Friday, October 6, 2017

PAS-UMNO DNA sama: Kenapa Deris melenting?

Umno jangan perasan DNA sama Pas
WARTAWAN SINAR HARIAN  -  6 OKTOBER 2017
Idris Ahmad - Foto sumber internet

SHAH ALAM - Pas menasihati Umno agar tidak perasan mengatakan kedua-dua parti mempunyai DNA yang sama.

“Mungkin mereka (Umno) ingat DNA sama tapi jangan perasanlah kerana Pas tak sama dengan parti lain,” demikian sindiran Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Menurut Idris, Pas berperanan untuk menegakkan Islam secara lengkap buat seluruh rakyat di negara ini dan ia sama sekali berbeza dengan perjuangan Umno.

“Macam mana dia (Annuar Musa) boleh kata matlamat Pas dan Umno sama? Kalau sama, tak perlulah ada lagi Umno.

“Pas wujud kerana matlamat Umno tidak sama dan kami ingin menegakkan Islam secara lengkap dan bukan saja dalam bentuk ritual,” katanya.

Kelmarin, Annuar mengatakan Pas dan Umno mempunyai DNA sama dan  bakal bekerjasama selepas ini.

Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, Pas tidak akan mempunyai sebarang bentuk kerjasama dengan Umno malah akan menentang parti Melayu itu khususnya dalam PRU14.

“Pas memperjuangkan Islam di dunia dan akhirat malah parti ini juga turut berpolitik dengan cermat.

“Umno dengan Pas berbeza umpama seperti ikan keli dan ikan sembilang. Kedua-duanya nampak sama tapi sebenarnya lain,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Kerjasama Umno, Pas akan terbentuk, milik DNA sama

3 comments:

  1. Dulu mungkin lain tapi la ni... Byk persamaan.

    ReplyDelete
  2. Dulu mungkin lain tapi la ni... Byk persamaan.

    ReplyDelete
  3. #1/tahaluf siasi satu perundangan Islam yang baik Dan satu kerjasama politics yang baik untuk satu matlamat consensus dan tujuan.. lupakan dahulu persoalan untung rugi.. satu penghijrahan itu yang sering disebut dlm alquran selagi kita berpegang teguh pada alquran al hadish dan al sunah solat dan zakat.. dan setiap solat kalian kalian berwala begini Allah maha besar lagi sempurna kebesarannya, segala puji bagi Allah sepanjang pagi dan petang, kuhadapka wajah ku dan hati ku dzat yang menciptakan langit dan bumi dlm keadaan lurus dab berserah diri dan aku ya Allah bukanlah dari kalangan kaum yg musyrik.sesunguhnya solat ku ibadah ku hidup dan matiku hanyalah pada Allah tuhan semesta alam.. tiada yang mendua sekutu baginya demikianlah aku diperintahkan dan wama Anna minal muslimin.... tahaluf siasi ini satu ibadah dan sebai satu solusi solution piagam madinah dizaman hebatnya dan terus berkembang.. dikembangkan oleh bahtera islam.. mahzab itu sebagai bahtera..dgn satu tujuan lailah laillahlah Muhammad rosul allah..... paham kalian dan apabila anda kalian sedang ber tahaluf tiba tiba bila sang pencipta alam menguji anda cepat melatah Dan menuding Jari dan saling memutuskan diikuti dgn doa doa laknad.... yang nabi pun tak pernah ajar... maka and dgn demikian andalah pejuang yang lari dari medan uhud.. dan Islam dicemuh sekali lagi..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa