Friday, October 6, 2017

Wakil BN terima cabaran debat Rafizi dengan syarat...

mk  -  Hari ini, 5:55 petang
 
Pada awal September lalu, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Eric See-To memohon Naib Presiden PKR Rafizi Ramli supaya menangguhkan cabaran debatnya selama sebulan.

Tepat sebulan kemudian, See-To menerima cabaran untuk berdebat mengenai pungutan cukai. Walau bagaimanapun, persetujuannya itu dengan satu syarat.

See-To mahu Rafizi meyakinkan ahli parlimen DAP Tony Pua untuk menerima cabaran debatnya sebelum ini mengenai projek terowong Pulau Pinang.

"Tepat sebulan lalu, Rafizi mencabar saya untuk berdebat mengenai pungutan cukai.

“Memandangkan beliau sibuk terbabit dalam pertengkaran terbuka dengan rakan-rakan partinya itu, saya memohonnya bertanya kepada saya semula sebulan kemudian - iaitu sekarang.

"Bagaimanapun, Rafizi mungkin terlupa ... Dalam sebarang kes, saya sekarang mengingatkan Rafizi tentang cabaran debatnya dan dengan rendah hati menerimanya, walaupun ini adalah perdebatan umum pertama dalam hidup saya.

"Tetapi saya ada satu syarat. Saya akan menerima cabaran Rafizi hanya jika Rafizi berjaya mendapatkan Pua untuk berdebat mengenai projek terowong Pulau Pinang. Ia akan menjadi dua perdebatan ataupun tidak ada langsung," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sambil menyatakan bahawa Pua tidak menyahut cabarannya, See-To berkata hanya adil jika wakil Pakatan Harapan menerima cabaran debat daripadanya jika mereka mahu dirinya berdebat dengan mereka.

Tambahan pula, beliau berkata perdebatan mengenai projek terowong itu adalah penting, kerana ia berpotensi menelan berbilion-bilion dana awam.

"Perdebatan terbuka mengenai projek (terowong Pulau Pinang) itu diperlukan di mana kita akhirnya akan mendapat jawapan daripada DAP," katanya.

Sekiranya Rafizi bersetuju dengan syarat ini, See-To meminta Invoke, organisasi penyelidikan dasar pemimpin PKR itu untuk mengaturkan kedua-dua perdebatan berkenaan.

1 comment:

  1. Ayat lain untuk menolak cabaran debat dengan Rafizi... sama seperti cara Puteri Gunung Ledang menolak peminangan Sultan Melaka.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa