Friday, November 17, 2017

Suspek bunuh 3 beranak di Kelantan rapat dengan mangsa

TMI · Diterbitkan pada 16 Nov 2017 9:30PM
·
SUSPEK yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tiga sekeluarga di sebuah rumah yang dijadikan stor simpanan perkakasan di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab di Kota Bahru semalam, dikatakan agak rapat dengan keluarga terbabit.

Mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut, Kha Xing Rhuu, 15, berkata suspek sudah empat tahun bekerja dengan bapanya dan rapat dengan keluarganya.

Dia ditemui pemberita sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk menghadiri  pengebumian ibu, bapa dan adiknya yang dibunuh dalam kejadian di Wakaf Mek Zainab tersebut.

Dalam kejadian antara 1.30 tengah hari dan 2 petang semalam, mangsa yang maut ialah Kha Eng Ni, 42;  isterinya Chua Joo Seok, 43 serta anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13.

Xing Rhuu berkata dia mangsa yang terakhir dicederakan oleh suspek menggunakan penukul sebelum suspek melarikan diri menggunakan van pikap keluarganya. 

Katanya dia dipukul di kepala dan bahu namun bernasib baik kerana pukulan itu tidak kena tepat di kepala, menyebabkan dia hanya menerima dua jahitan di kepala selain lebam di bahu.

"Ketika kejadian saya baru pulang dari sekolah bersama adik lelaki saya, Kha Zee Hanz dengan menaiki van.

"Sebaik sampai ke rumah suspek menghalang adik saya untuk masuk ke rumah dan mengarahkan adik mengambil fail di dalam van," katanya.

Katanya ketika itu dia terus masuk ke dalam rumah dan terkejut melihat bapa terbaring di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah.

Menurutnya ketika itu dia terus menelefon rakan dan sempat melihat adiknya ditarik masuk ke dalam rumah oleh suspek.

"Saya kemudiannya berteriak sambil merayu supaya suspek tidak mengapa-apakan adik saya namun suspek terus menghentak kepala adik saya dengan penukul.

"Ketika itu saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana kejadian begitu pantas. Selepas itu suspek datang kepada saya dan turut memukul saya dengan tukul yang sama, " katanya.

Menurut gadis itu, kejadian disedari oleh jiran yang kemudian membawanya ke hospital.

"Saya tidak tahu kenapa suspek bertindak sedemikian kerana dia sebelum ini tiada sebarang perbalahan antara kami dan dia dianggap sebagai keluarga sendiri oleh kami semua, " katanya. – Bernama, 16 November, 2017.

1 comment:

  1. Pokok yahudi ada dimana mana selagi ada kepentingan disitulah Pokok yahudi meliar subur ditanam dan dibaja yahudi boleh memakmurkan sesebuah negara dgn kekayaan yahudi cukup cukup mahir tentang economy yahudi cukup mahir ilmu yang keji sehinga orang yang disangka Islam rupanya tidak dan penyikutnya orang yang munafik yang menuju jalan jalan kekafiran manakala penhasad dan penghasud akan menghasud bila perasaan hasad dengki menghantui diri maka jadilah anak anak yahudi bahananya pada pengikut Nabi as..bani Saud raja yang menjaga tempat suci umat Islam dan pabila berlaku pergolakan di kiblat pertama umat yaitu masjid AL aqsa ada sesuatu yang tidak kena dgn Dunia bani quraish ada sesuatu yang tersembunyi didunia Arab sesuatu yang misteri hubungan raja dgn barat cukup bagus hubungan dgan negara balkan cukup bagus.. Tapi tidak cukup bagus dgn negara negara jiran Arabian dan sering slogan barat menentang exstrimis pabila bani Saud melobi kelengkapan senjata dibarat Dan dibalkan dgn jumlah yang besar Arab Saudi meletakan umat Islam disekitarnya dlm bahaya.. Yang menentang diangap pelampau dan harus dilenyapkan begitu abgkuh dan sombong itu tabiat orang yang berkuasa dizaman kekalifahan dahulu juga bersukur begitu dan takdir tak menyebelahi mereka.. Jatuh dan tersungkur ini adalah pengajaran untuk umat muhamad umat akhir Zaman.. Diepilog akan datang Saya akan menerangkan siapa itu dajal yg para phd sarjana tak kentuan mengulas siapa itu dajal insaalah itupun jika diizinkan Allah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa