Thursday, December 23, 2010

Bila Harapkan Musang Menjaga Ayam

Sime Darby Saman Bekas CEO & 4 Eksekutif Berhubung Tuntutan RM177 Juta

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd menfailkan saman sivil terhadap bekas ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan empat eksekutifnya bagi menuntut kerugian kira-kira RM177 juta melibatkan kegagalan dalam tiga projek.

Menurut satu pengumuman kepada Bursa Saham Malaysia, writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi itu mempunyai kaitan dengan penglibatan dalam Projek Petroleum Qatar, Projek Minyak Maersk dan projek pembinaan kapal marin.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan menerusi firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim & Co pada Khamis.

Selain Zubir, plaintif turut mengambil tindakan saman terhadap empat lagi defendan iaitu Ahmad Zubair, Datuk Mohamad Shukri Baharom, Abdul Rahim Ismail, Abdul Kadir Alias dan Mohd Zaki Othman berhubung tuntutan RM80.51 juta yang secara salahnya dibayar kepada konsultan-konsultan dalam Projek Petroleum Qatar.

Sime Darby turut menuntut sejumlah AS$48 juta daripada Zabir dan Shukri yang didakwa mengakibatkan kerugian di atas kegagalan menyiapkan tiga pembinaan kapal marin.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada awal Disember membuat pengumuman mengenai beberapa ‘elemen penipuan’ dalam Sime Darby telah dikenal pasti dan badan itu bekerjasama dengan polis serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk tindakan lanjut.

Dari mStar

Wednesday, December 22, 2010

Kenangan Perkahwinan Anak Saudara

Dilangsungkan di Jelapang pada 18 Dis. 2010.

Nurul Huda Ramli dan Mohd. Fauzi Haji Baharuddin


Doa dari Pak Uda dan Mak Uda "Semuga bahagia ke akhir hayat"

Isy.. Allah Pun Double standard Ke?

Saya setuju dengan pandangan BRIGED MP SEGAMBUT.

Kalau video ini benar, Allah memberikan jawapan Hukuman kepada TGNA?

Siapa TGNA?

Syiah - Antara SiGelojoh dan Berhemah

Satu pandangan dan tindakan yang berhemah dari IKIM.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menumpukan usaha memberi penjelasan terhadap pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah terlebih dahulu sebelum melebarkannya kepada anggota mazhab Syiah.

"Kita di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah (pun) ada perbezaan pandangan, (maka) ini kita beri tumpuan dahulu.

NONE"Dahulu, kita buat seminar (berhubung) adab perbezaan Pandangan. Kita dalam mazhab Syafie, kadang kala sensitif pendekatan mazhab lain, walhal (ia) dalam kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah," kata Ketua Pengarah IKIM Datuk Dr Nik Mustapha Nik Hassan.

Isu Syiah meletus semula apabila seramai 128 pengikut Syiah ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves pada Rabu lalu, dipercayai tangkapan terbesar melibatkan pengikut ajaran itu.

Dua daripada telah didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti. Selebihnya dijangka menghadapi pertuduhan sama pada Mac tahun depan.

Dalam sidang media di institut itu di ibu negara pagi ini, Dr Nik Mustapha berkata, sekiranya umat Islam memahami perbezaan pandangan dalam pelbagai mazhab, tidak akan timbul sebarang masalah dalam masyarakat.

"Yang penting faham. Itu sebabnya kita mesti ada kefahaman. Perbezaan pandangan adalah perkara kecil, bukan perkara asas. Iktikad tidak berbeza," katanya.

Kurangkan pecah-belah yang ada

Menurut Dr Nik Mustapha lagi, IKIM juga akan menganjurkan lebih banyak majliz muzakarah pakar bagi membincangkan perkara itu.

Dr Nik Mustapha berkata, untuk mencari kedamaian dan keharmonian di kalangan umat Islam, lebih baik perkara itu diserahkan kepada buah fikiran pemimpin bagi mencari penyelesaiannya.

NONE"Pecah-belah dalam masyarakat patut dikurangkan dan diminumkan. Saya tidak kata tidak ada perkelahian antara satu sama lain. Itu mungkin berlaku, yang penting kita kurangkan.

"Dalam agama, budaya setempat diambil kira. Sebab itu, hikmah (kebijaksanaan) daripada pemerintah sangat baik, supaya ada kestabilan," katanya.

Sebelum itu, Dr Nik Mustapha hadir dalam majlis pelancaran program gerak kerja IKIM 2011 yang dirasmikan oleh mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Besar IKIM.

Dalam majlis itu juga, Abdullah turut melancarkan dua buah buku terbitan IKIM bagi tahun ini hasil penyelidikan dan prosiding seminar yang dilaksanakan.

Dua buah buku itu ialah "Multi-Cultural Understanding of Filial Piety" dan "Pengurusan Kewangan dan Pemilikan Harta dalam Kalangan Wanita Islam".

Abdullah turut menyampaikan anugerah kepada sembilan kakitangan IKIM yang dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2009.

Dari sini

Dan ini pula salah satu dari tindakan yang gelojoh....

* Muhammed Khusrin Munawi Pengarah JAIS menuduh pengikut syiah di dalam video atas sebagai: "Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh". Lihat Utusan Malaysia 17/12/2010. Soalan saya nak ajukan kepada dua wartawan TV Hijrah yang nampak berani dalam video tersebut, 'Macam mana cik adik boleh terlepas ni? Tak Takut Disembelih Ke?'.

Baca sepenuhnya di sini

Tuesday, December 21, 2010

Nasi Kerabu Hijau

Lali dengan politik, kita bawa cerita makanlah pulak!

NASI kerabu cukup sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang. Namun, satu perkara yang mungkin tidak ramai mengetahuinya adalah hidangan yang menjadi simbol negeri Kelantan itu sebenarnya berasal dari negara jiran, Thailand. Masyarakat Melayu Kelantan menghasilkan variasi nasi kerabu. Daripada nasi yang berwarna kuning, biru dan hitam sehinggalah jenis nasi kerabu yang menggunakan kuah tumis berasaskan santan.


MEHTONG sedang menyediakan ramuan untuk sajian nasi kerabu hijau di Kampung Terbak, Tumpat semalam.

Nasi kerabu atau dalam bahasa Siamnya khao jam merupakan salah satu juadah istimewa masyarakat Siam Kelantan yang berasal dari Thailand. Suatu ketika dahulu, nasi kerabu lazimnya disediakan oleh penduduk kampung pada hari-hari keraian secara gotong-royong.

Khao dalam bahasa Thai yang membawa maksud nasi manakala jam pula bermaksud campuran.

"Perbezaan ketara antara nasi kerabu Siam dengan nasi kerabu Kelantan ialah ia tidak ada kuah tumis santan yang dimasak bersama budu seperti kaum Melayu Kelantan.

"Bahkan ramuan yang digunakannya untuk menghasilkan nasi kerabu Siam menggunakan bahan-bahan asli untuk memberi warna kepada nasi kerabu," kata Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Kelantan, Eh Chot Cha Chan ketika ditemui baru-baru ini.


VIPHADA (dua dari kiri) menghidangkan nasi kerabu hijau kepada pelanggan.

Menurut beliau, dalam pembuatan nasi kerabu Siam juga tiada bahan atau unsur haram cuma cara penyediaannya saja dilakukan oleh orang bukan Islam.

Pati air hijau

Pengusaha nasi kerabu asli berketurunan Siam, Mek Mas Ehtit, 71, misalnya, mula menjual nasi kerabu hijau dan bubur nasi seawal pukul 7 pagi hingga 6 petang setiap hari. Perniagaan tersebut dijalankan di pekarangan kompleks Wat Phikulthong Vararam, Kampung Terbak, Tumpat, kira-kira 20 kilometer (km) dari pusat bandar Kota Bharu. Mek Mas atau lebih mesra dengan panggilan Mehtong yang dibantu oleh anak dan cucunya mula memasak seawal pukul 6 pagi di rumahnya di Kampung Gelam Kechik di Tumpat.

"Nasi kerabu ini berwarna hijau kerana saya menggunakan perahan air dedaun hijau yang dikisar bersama serai. Ini termasuklah sejenis tumbuhan herba dipanggil kenchai atau temu lawak. "Bagi mendapatkan nasi yang sedap, saya menggunakan beras bermutu tinggi," katanya.

Antara bahan yang dikisar untuk mendapat pati air hijau tersebut termasuklah daun mengkudu, daun lagundi, daun kesum, daun serai kayu, daun cekur manis, daun pandan dan kunyit.

Menurut Mehtong, nasi kerabu hijau itu dihidangkan bersama bahan-bahan seperti bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum dan kacang panjang yang dihiris halus. "Selain itu, bahan wajib iaitu kelapa parut yang digoreng tanpa minyak dan ikan selayang bakar yang dikisar, budu, sambal cili padi dan kisaran lada hitam," katanya yang mempunyai pelanggan pelbagai kaum termasuklah masyarakat Melayu. Mehtong berkata, nasi kerabunya yang dijual pada harga RM1 sepinggan tanpa ayam atau daging bakar.


NASI kerabu hijau Mek Mas yang menyelerakan.

Salah seorang pelanggan tetapnya, Lee Leng Leng, 31, peniaga dari Kota Bharu berkata, nasi kerabu Mehtong cukup istimewa dan tidak dijual di tempat lain.

"Rasa nasi kerabunya sangat berbeza kerana aromanya, saya akan singgah di sini setiap kali ada urusan di Tumpat dan menempah beberapa bungkus untuk dibawa pulang," katanya.

- ASMA HANIM MAHMOOD

Thursday, December 16, 2010

Akan Ke Ipoh Hari Ini

Hari ini Mountdweller dan Isteri akan ke Ipoh menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Saudara Perempuan di Jelapang. Jadi since Moundweller ada kat Ipoh, sekiranya ada mana-mana Blogger yang sudi dan berhajat nak jumpa silakan call 0199391355 seandainya ada kelapangan.

Insya Allah kami akan pulang ke Kota Bharu pada hari Ahad.

Bila dah berada di blog ini tengoklah gambar 2 ekor beruk yang Mountdweller bela yang tidak ada pertalian darah pun begitu mesra dan kasih sayang. SiMichelle (yang lebih besar) cukup memberikan perhatian dan menjaga dan siRuby (yang kecil).

Tapi bagaimana pula manusia boleh membunuh dan membuang anak. Merogol anak dan cucu sendiri, melanyak dan membunuh kanak-kanak yang tidak bedosa? Agak di manakah letaknya taraf mereka?



Tuesday, December 14, 2010

Apa Hal Ni, PM Oii!

SHAH ALAM 13 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai pengkhianat sebenar oleh Mantan Timbalan Menteri yang bertanggungjawab menjaga FELDA, Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Ini kerana katanya rizab tunai agensi itu susut mendadak selepas Najib mengambil alih syarikat itu pada tahun 2005.

Tegasnya, tindakan terdesak itu juga ujarnya disebabkan Najib ingin menjaga 40 kerusi Parlimen yang terletak di bawah kawasan FELDA seluruh negara.

Dihubungi Tv Selangor Dr Tan berkata, selepas Najib mengambil alih pengurusan FELDA, rizab tunai lembaga itu jatuh daripada RM4.5 bilion kepada RM1.2 bilion.

Beliau mendakwa Najib sebagai individu yang bertanggungjawab penuh ke atas FELDA membazirkan RM3 bilion melalui pelaburan anak syarikatnya, FELDA Global Ventures.

FELDA juga baru-baru ini kata Dr Tan, cuba meminjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akibat kekurangan rizab tunai walaupun aset dari hartanah dan pegangan sahamnya banyak.

"Banyak lagi kes peneroka yang tidak berpuas hati tentang Tabung Tanam Semula.

"Dua bulan lalu, ada satu kes yang melibatkan peneroka berusia 60 tahun yang melalui skim tabung tersebut telah menyimpan sebanyak RM17,000.

"Oleh disebabkan alat-alat dan baja di bawah skim FELDA mahal, beliau menggunakan wang sendiri dan apabila beliau mahu menuntut wang tersebut, FELDA kata tak boleh," jelasnya.

Beliau yang mempersoalkan tindakan tersebut, menggesa supaya FELDA melantik syarikat akauntan untuk menjalankan audit dalaman terhadap akaun lembaga tersebut.

Dr Tan turut mempertikaikan kenyataan Najib di mana FELDA juga mempunyai 45 anak syarikat yang tidak diberikan butiran termasuk pelaburan luar negara RM3 bilion di Amerika Syarikat.

"Bagilah semua butir-butir, sebab kita tidak tahu apakah butir-butirnya tetapi beliau tidak jawab langsung," ujarnya.

Tambahnya, apabila FELDA kalah dalam kes Kadar Perahan Gred (KPG) di FELDA Kemahang 3 di Kelantan, Najib turut menyalahkan peguam di mana menyebabkan peneroka semakin marah dengan sikap sebenar kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN).

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata sebelum Najib dan pemimpin Umno membuat tuduhan, beliau harus melihat kembali tentang apa yang didedahkan oleh Dr Tan mengenai penyusutan rizab FELDA dari tahun 2004 sehingga 2009.

"Maknanya daripada sejumlah rizab FELDA menyusut daripada RM4 bilion kepada hanya RM1.3 bilion.

"Ia juga telah dikemukakan dalam Parlimen tentang kebenaran dakwaan Dr Tan dan telah dijawab oleh Datuk Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Beliau telah mengaku bahawa wujud kemerosotan tersebut, jadi adakah dengan jawapan secara berterus-terang itu bahawa kononnya pihak pembangkang telah membuat pengkhianatan dan tuduhan mengatakan FELDA bankrap?," soalnya

Justeru, Mazlan menegaskan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri seharusnya bertanggungjawab ke atas salah urus dan kemerosotan rizab tunai yang dipertanggungjawabkan ke atasnya ketika itu.

Semalam dalam satu ucapan di hadapan peneroka FELDA, Najib melabel golongan yang menuduh agensi itu bankrap sebagai pengkhianat.

FELDA pada ketika ini menyaman akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan yang menyiarkan laporan 'FELDA Bankrap' sehingga pihak Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan akhbar berpengaruh itu.

Sumber dari Sini

Monday, December 13, 2010

Adakah Mahkamah Akan Mendengarnya?



Anwar files complaint over sodomy publication

By South-East Asia correspondent Zoe Daniel

Posted 2 hours 18 minutes ago

Former Malaysian Deputy PM Anwar Ibrahim

Mr Ibrahim has filed a complaint to Malaysia's courts over the leak published by Fairfax newspapers. (AAP: Dean Lewins, file photo)

* Related Story: Court rejects Anwar gay lawsuit

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim has filed a legal complaint over a WikiLeaks cable published by Australian newspapers claiming he engaged in sodomy.

Through his lawyers, Mr Ibrahim has filed a complaint to Malaysia's courts over the leak published by Fairfax newspapers and then picked up by the Malaysian press.

The leaked US cable claimed that Singapore's intelligence agency had told Australian officers that sodomy charges against the opposition leader were the result of a set-up, but that he did commit the acts for which he has been indicted.

The case in which the opposition leader is accused of having sex with a male aide is currently before the courts.

Today his lawyers have filed a complaint, calling for Malaysian media who published the claims to be charged with contempt.

His lawyers say such intelligence reports are based on hearsay and cannot be trusted.

Tags: world-politics, information-and-communication, internet, journalism, law-crime-and-justice, courts-and-trials, malaysia

Sumber dari sini


Sementara itu baca pula apa kata Sahabat kepada Dajjal ini

Tajuk Paling Sedap Dari KOSMO

Cuma adakah Lee Kuan Yew bercakap mewakili Kerajaan Singapura?

Padaku Percaya pun tidak, tak percaya pun tidak. Nak komen aku tak berani kerana kes ini melibatkan Hudud..

Singapura percaya Anwar meliwat


PETIKAN laman web The Sun-Herald, Australia semalam.


SINGAPURA - Pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew percaya Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang pembantu lelakinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menurut kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan laman web WikiLeaks semalam.

Menurut agensi berita AFP, kabel diplomatik itu bertarikh November 2008 dan maklumat tersebut dibocorkan laman web WikiLeaks kepada kumpulan media Fairfax di Australia.

Akhbar The Sun-Herald di Australia semalam menyiarkan maklumat itu berdasarkan apa yang diberitahu Kuan Yew kepada Pejabat Penilaian Kebangsaan (ONA) yang merupakan agensi perisikan Australia.

Menurut kabel diplomatik itu: "Australia menyatakan bahawa perkhidmatan perisikan Singapura dan (bekas perdana menteri) Lee Kuan Yew telah memberitahu ONA dalam pertukaran (maklumat) mereka bahawa Ketua Pembangkang, Anwar pernah sesungguhnya melakukan perlakuan yang dia kini dituduh."

Kabel itu menyatakan bahawa pemerintah Singapura membuat rumusan tersebut berdasarkan "risikan teknikal".

Akhbar Australia melaporkan risikan teknikal itu berkemungkinan maklumat yang diperoleh daripada aktiviti memintas komunikasi.

Sumber-KOSMO

Sipengecut Bermulut Busuk Masih Bernafsu Berkata-kata

PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew turut tahu tentang kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa agensi perisikan Singapura mengesahkan kegiatan Ketua Pembangkang itu berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu.
"Ya memang…saya pun fikir dia (Lee) tahu tapi parti politik saja buat tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk "Globalizing Malaysians in 2020" di Universiti Tenaga Nasional di sini hari ini.
Menurut laporan akhbar, pendedahan itu dibuat oleh sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008.
Sementara itu, dalam syarahannya, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia terutamanya golongan muda harus menanam nilai-nilai jati diri yang kuat dalam menghadapi perkara yang kurang baik kesan dari ledakan globalisasi.
Katanya keterbukaan bukan bermakna sikap seseorang individu juga harus terbuka termasuk menghalalkan perkara yang songsang.
"Jika anda seorang Muslim, anda harus kekal dengan amalan-amalan dan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim," katanya.
"Persiapkan diri dan anak-anak anda dengan nilai-nilai yang baik mulai sekarang. Anda harus mempunyai interpretasi sendiri terhadap makna globalisasi agar kesan baiknya turut memihak kepada anda," katanya.

Sunday, December 12, 2010

Bodoh Yang Menyusahkan Orang Lain

Enam Sesat Dalam Hutan Ditemui Hari Ini

IPOH: Sekumpulan enam orang, termasuk dua wanita, terpaksa tidur semalaman di dalam hutan selepas sesat semasa meredah hutan di Gunung Chabang, Simpang Pulai, dekat sini.

Bagaimanapun, kesemua mangsa yang berusia lingkungan 20-an dan 30-an itu ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan penyelamat kira-kira 1.30 petang, Ahad.

Mangsa ialah Jeanne Kong yang bekerja sebagai seorang akauntan, Yaul Ken Men (chef), Wu Xiang (arkitek) serta tiga pelajar iaitu Michelle Kong, Desmond Koh dan Teo Guon Yew.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata mangsa bersama empat lagi rakan mereka yang tiba dari Kuala Lumpur, memasuki hutan itu bagi aktiviti pendakian dan perkhemahan pada kira-kira 9 pagi semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat markas pasukan penyelamat di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sini, beliau berkata mereka kemudian berpecah kepada dua kumpulan semasa memasuki hutan.

"Kumpulan pertama terdiri daripada empat pendaki, termasuk seorang daripada mereka yang pakar mengenai hutan berkenaan, manakala kumpulan kedua terdiri daripada enam mangsa yang hilang.

"Kumpulan pertama berjaya tiba di tapak perkhemahan mereka di kawasan pertengahan gunung berkenaan, tetapi kumpulan kedua dikatakan hilang kerana tersesat," katanya.

Azisman berkata seorang daripada mangsa yang tersesat itu sempat menghubungi pihak bomba sebelum telefon bimbitnya kehabisan bateri.

Beliau berkata sehubungan itu, operasi mencari dan penyelamat dilancarkan yang terdiri daripada pasukan bomba, polis, Pasukan Gerakan Am dan Jabatan Pertahanan Awam.

Katanya, isyarat daripada telefon bimbit mangsa membantu pasukan berkenaan mengesan mereka.

Ketika ditemui, beliau berkata dua daripada mangsa cedera ringan dan kesemua mereka keletihan serta lemah kerana hanya membawa air dan biskut sebagai bekalan.-mStar

Friday, December 10, 2010

Bila Terkena Batang Hidung Sendiri!

Tapi kita mau bertanya dimana pelir tuan AG dalam hal jaminan kes liwat Anwar Ibrahim? Hanya RM 20,000 sahaja yang ditawarkan pendakwa kepada mahkamah dalam kes yang berkaitan jenayah pemerkosaan liwat. Apakah tuan AG hanya berani tunjuk tegas dengan pemimpin yang sedang mengalami kemorosotan dalam karier politiknya pasca pilihanraya umum 2008 tetapi kecut telur berhadapan dengan barisan peguam Anwar yang diketuai OKU Singhnya? Kes liwat yang menjahanamkan masa depan seorang pemuda hanya dikenakan jaminan sebanyak RM 20,000 dan lebih dari itu Anwar bebas keluar masuk negara menjalankan aktiviti politiknya seolah menikmati kebebasan dalam erti kata sebenarnya.

Marah benar Blogger UMNO kepada AG kerana penangkapan dan jumlah jaminan yang dikenakan ke atas Khir Toyo sehinggan mencabar supaya letak jawatan......

Begitulah kita manusia yang bila hidupnya dihiuasai nafsu!

Bacalah sepenuhnya di sini

Thursday, December 9, 2010

Apa Sebenarnya

Kenapa?

Diberitahu, kita marah
Bertanya, malu
Ditanya, tidak senang
Beritahu, tidak mahu
Bercakap, bersetuju

Barangkali Saudara Jinggo boleh ulas...

Wednesday, December 8, 2010

Kenalkan Sultan Kelantan

Sultan Muhammad V teruskan salasilah keturunan Long Yunus

TUANKU Muhammad Faris Petra selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September lalu dan kini bergelar Sultan Muhammad ke-V. Pemilihan putera berusia 41 tahun yang juga anakanda sulung, Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, juga mengakhiri kemelut menyelubungi Istana Kelantan, sejak ayahandanya gering mulai Mei tahun lalu.

Pemasyhuran itu pantas mencipta sejarah keluarga diraja di negara ini kerana baginda dilantik menjadi Sultan memerintah negeri ketika ayahandanya masih hidup. Namun, perlantikan baginda dibenarkan mengikut Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang bersidang sebulat suara memilih, mengesahkan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai raja memerintah dan menaiki takhta kerajaan Kelantan.

Lima belas ahli MPN Kelantan yang bersidang itu sebulat suara bersetuju Tuanku Ismail Petra memerlukan pengganti berikutan gering baginda berlarutan sejak lebih setahun lalu.

Perkembangan yang berlaku di Kelantan dalam suasana Aidilfitri tahun ini, bukan setakat menarik minat semua lapisan rakyat yang menunggu saat pemasyhuran Sultan Muhammad ke-V, malah mengimbas kembali salasilah keluarga Diraja Kelantan serta sejarah kesultanan negeri ini.

Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V bermula dari keturunan Long Yunus Long Sulaiman, Sultan yang memerintah Kelantan antara 1765-1795.
Tuanku Ismail Petra iaitu ayahanda Sultan Muhammad ke-V, yang juga putera tunggal kepada Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Raja Perempuan Tengku Zainab II, ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada 30 Mac 1979, susulan kemangkatan ayahandanya ketika menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Mac 1979.

Tuanku Ismail Petra diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, adalah anak lelaki tunggal dan adik bongsu lima beradik iaitu Tengku Marjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani.

Hasil perkahwinan baginda dengan Tengku Anis, yang mempunyai hubungan kekeluargaan tahap dua sepupu, baginda berdua dikurniakan tiga putera iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra (Sultan Muhammad ke-V), Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhammad Fakry serta puteri, Tengku Amalin A'Ishah Putri.

Sultan Muhammad ke-V dilantik ayahanda baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan, pewaris takhta kerajaan pada 6 Oktober 1985, sebelum diangkat sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009 berikutan keadaan Tuanku Ismail Petra yang gering.

Kemakmuran dan keindahan negeri menjadikan Kelantan turut dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Tanjung Pura. Kewujudan banyak pondok kendalian ulama termasuk Tok Kenali dan Tok Selehor, yang menjadi tumpuan umat Islam mendalami ilmu agama membuatkan Kelantan menerima jolokan negeri Serambi Makkah.

Berdasarkan buku Keluarga Diraja Kelantan Darul Naim tulisan Mohd Zain Saleh, Kesultanan Kelantan dalam lipatan sejarahnya dikaitkan dengan kisah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang pernah ditabal sebagai raja yang bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang dipercayai tidak pernah berkahwin itu dikatakan terkenal sehingga menjadi tumpuan pedagang dalam dan luar negeri termasuk dari Arab.

Wanita pertama menjadi Raja Kelantan itu juga dikatakan memiliki seekor kijang sebagai binatang peliharaan kesayangannya sehingga gambar binatang itu diterap di atas wang emas perbelanjaan negeri dan diabadikan sebagai sebahagian daripada lambang kebesaran negeri hingga kini.

Ketika pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, ada sebuah kerajaan berpusat di Jembal yang diperintah oleh Raja Sakti (1638M atau 1046H). Selepas baginda mangkat, puteranya, Raja Loyor ditabal sebagai raja pada 1649M atau 1059H dan mempunyai dua anak termasuk Puteri Saadong.

Kerajaan Cik Siti Wan Kembang bersahabat baik dengan Raja Loyor, terutama selepas wanita pertama memerintah di Kelantan mengambil anak Raja Loyor, Puteri Saadong sebagai anak angkat untuk dijadikan pewaris takhta baginda.

Puteri Saadong dikatakan pernah menjadi tawanan Raja Siam, sebelum terpaksa membebaskan baginda selepas puteri berkenaan mengubati penyakit dihidapi raja itu.

Selain kisah Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong yang masih dianggap sebagai mitos sesetengah pihak, Kelantan juga pernah menyaksikan beberapa episod perebutan takhta untuk menguasai pemerintahan negeri ini.

Berdasarkan, buku Keluarga Diraja Kelantan Darul Naim, antara perebutan takhta yang pernah berlaku dalam sejarah negeri ini membabitkan Long Muhamad yang juga Sultan Muhamad I dengan iparnya iaitu Tengku Muhamad.

Kemelut tercetus ketika itu apabila Long Yunus mangkat tanpa menamakan penggantinya, walaupun mempunyai ramai pewaris. Keadaan diburukkan apabila tiada kesepakatan dicapai membabitkan tujuh putera Almarhum Long Yunus untuk melantik seorang daripada mereka sebagai raja.

Berikutan itu, menantu Almarhum Long Yunus, Tengku Muhamad yang juga putera Yang Di-Pertuan Terengganu, Sultan Mansur, dilantik sebagai Pemangku Sultan selama 100 hari bagi membolehkan jenazah Long Yunus dimakamkan sekali gus membolehkan pemerintahan negeri berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun, selepas tempoh 100 hari tamat, Tengku Muhamad enggan menyerahkan takhta menyebabkan timbul perbalahan perebutan kuasa membabitkan dirinya dengan Long Muhamad.

Pertembungan antara mereka bagaimanapun menyebelahi Long Muhamad, sekali gus membolehkan baginda menaiki takhta kerajaan mulai 1800 dengan gelaran Sultan Muhamad I.

INFO : Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad ke-V
  • Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan.
  • Anak sulung daripada empat beradik.
  • Dimahkotakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985
  • Dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009

    Pendidikan
  • Pra-sekolah - Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 - 1975.
  • Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan 1976- 1981.
  • Kelas Persediaan - The Alice Smith School,
  • A-Level - Oakham School Rutland, England 1983-1989
  • Pengajian Diplomatik - St. Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies 1989-91.
  • Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan - Huron University College, London
  • Pengajian Perhubungan Diplomatik - Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin.
  • European Business Administration - European Business School London.

    Hobi
  • Membaca
  • Ekspedisi pacuan 4 roda
  • Golf
  • Kuda Lasak
  • Menembak
  • Memanah
  • Badminton
  • Bolasepak
  • Bowling.

    Aktiviti sosial dan agama
  • Ziarah anak yatim, rakyat miskin dan ditimpa bencana
  • Ziarah masjid dan solat sunat terawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan
  • Dampingi alim ulama

    Ketenteraan
  • Brig-Jeneral (Kehormat) Komander 506 Askar Wataniah.

  • Sumber dari sini

    Tuesday, December 7, 2010

    Hey Ruby, Kau Percaya Ke?

    Ruby adalah anak beruk betina yang baru Pak Din beli di N3 sebelum ini. Ruby mungkin percaya kot?


    Kalau disingkap segala tindak tanduk SPRM sebelum ini, hanya sicacat otak saja yang percaya.

    Kesian Khir Toyo jadi siKambing Hitam!


    'SPRM telus, tak pilih bulu'

    KUALA LUMPUR 6 Dis. - Penahanan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo atas dakwaan rasuah memberi gambaran bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap telus dan tidak 'pilih bulu' dalam menjalankan tugas.

    Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, penahanan itu juga menunjukkan suruhanjaya berkenaan tidak pernah dipengaruhi mana-mana pihak dalam membuat keputusan.

    "Saya percaya ini satu perkembangan yang baik kepada SPRM kerana pihak pembangkang selalu mengkritik suruhanjaya itu tidak telus dan hanya 'memilih bulu' dalam melakukan siasatan terutama membabitkan kes yang berprofil tinggi.

    "Bagaimanapun, kes ini masih di peringkat awal dan saya berharap agar ia berjalan dengan baik tanpa gangguan mana-mana pihak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Ketua Pembangkang Selangor itu ditahan oleh SPRM di pejabatnya di Shah Alam awal pagi ini dan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan berkaitan pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.

    Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad turut sependapat dengan Wan Saiful dan memberitahu, SPRM tidak akan bertindak sekiranya bukti yang diterima tidak mencukupi.

    "Dalam hal ini, mungkin secara kebetulan suspek yang ditahan merupakan seorang yang berprofil tinggi termasuk pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar sebelum ini," kata beliau.

    Tambah Noor Sulastry, sekiranya isu ini gagal ditangani dengan baik, dikhuatiri kerajaan negeri terbabit akan menjadikan ia sebagai medan untuk menghentam bekas Menteri Besar Selangor itu.

    Dari UMO

    Macam Cakap Manusia Sasau

    Mana Rakyat tak sasau? Cakap Menteri pun bercelaru macam gila babi!

    KUALA LUMPUR 7 DIS: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dituduh cuba menghalang siasatan Kabinet bersabit kes mata lebam Anwar Ibrahim apabila mengisytiharkan siasatan tidak akan dibuka semula, the Malaysian Insider melaporkan.

    Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata pihaknya menerima surat daripada Hishamuddin mengatakan tidak ada keperluan untuk menyiasat semula kes itu walaupun wujud keterangan seorang pegawai polis kanan bahawa bukti-bukti dalam kes itu telah dipalsukan.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz sebelum ini memberi perakuan di Parlimen bahawa Kabinet mahukan penjelasan daripada Peguam Negara Gani Patail mengenai peranannya dalam kes mata lebam Anwar, 12 tahun lalu.

    Menurut Nazri, siasatan beliau dan Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim akan menjurus kepada dakwaan pegawai penyiasat Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa Tan Sri Abdul Gani merekacipta bukti dan memalsukan keterangan berhubung hasil siasatan terhadap mata lebam Anwar.

    Hari ini Kit Siang berkata Perdana Menteri Najib Razak harus memberi penjelasan atas pendirian bercanggah yang diambil oleh Hishamuddin dan Nazri bersabit kes itu, lapor Malaysian Insider.

    "Adakah kenyataan Hishamuddin bermakna jaminan Nazri Aziz di Parlimen bahawa Kabinet mahu menyiasat bukti terbaru sebagai sesuatu yang sudah tidak relevan lagi?" kata Lim.

    Dalam suratnya kepada Lim, Hishammuddin mendakwa Mat Zain telah membuat tuduhan-tuduhan tanpa memberikan bukti yang membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

    "Jika Nazri telah diarah menyiasat dengan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara, jadi mengapa perlu ada jawapan sedemikian daripada Menteri Dalam Negeri," tanya Kit Siang. .

    Lim mendedahkan bahawa Hishamuddin cuba membataskan kes mata lebam itu kepada tindak tanduk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor yang memukul Anwar, namun mengenepikan persoalan di sebalik tuduhan campurtangan dan pemalsuan bukti oleh Gani.

    Lim berkata Najib harus memberikan penjelasan kerana "ini bukan setakat soal profesionalisme, tetapi juga mengenai komitmen kerajaan ke atas sistem keadilan jenayah," kata beliau.

    Dari sini

    Darjah Kehinaan Manusia Dan Beruk

    Empat lima hari Mountdweller hilang. Bukan apa hanya mood blogging menurun kerana kenaikan. Minyak naik, gula naik menyebabkan keghairahan blogging terbantut. Apa nak jadi dengan rakyat yang kurang mampu?

    Kalau yang kurang mampu itu, mampu pula berfikir dan tidak hanya berleter di Kedai Kopi atau hanya semasa membeli keperluan di dalam sehari dua, maka sudah pasti Kerajaan akan sakit bila tiba Pilihanraya nanti.

    Tapi apakandaya manusia di bumi Malaysia semuanya mudah lupa. Betul kata Mahathir! Dilembukan pun memang tidak apa, tidak terlekat di mana-mana. Bila tiba PRU Tuan Lembu juga yang menang.

    Jadi tidak ada gunanya berleter di cyber atau di mana-mana. Tidak siapa yang akan ambil peduli dan tidak ada siapa pun yang terasa.

    Mountdweller nak beralih kepada isu Kemanusiaan dan kebinatangan pula.

    Suatu petang seorang kawan bertandang dan bersembang. Dia tengok Arnab, Puyuh dan Anak Beruk Betina yang baru mountdweller beli. Dia ceritakan yang Abang Iparnya menawarkan Anak Beruk berumur sebulan setengah kepadanya untuk dibela tetapi dia tidak mahu. Lantas mountdweller tawarkan diri untuk dibayar.

    Bila tuan empunya beruk bersetuju nak jual, mountdweller pun pergilah ambil di Kampung Pak Kancil, dekat Bandar Permaisuri, Terengganu.

    Adik begitu gembira dan excited bila melihat anak beruk yang comel, lincah dan nakal tetapi cukup rapat dijaga Ibunya. Tetapi tuannya nekad nak bagi kepada kami.

    Satu peristiwa paling sedih paling hiba bila tuan empunya beruk merampas anak beruk dari Ibunya. Ibu Beruk enggan lepaskan sehingga bergumpal berguling-guling di tanah. Ibu Beruk tercekik dengan tali ketika rampasan anak oleh tuanya. Meraung tak usah nak katalah. Sama kuat siIbu dan siAnak.

    Akhirnya di dalam ratap dan raungan ibu dan anak kami bawa pulang. Tuannya telefon saya menyatakan selama 3 hari siIbu masih memanggil anaknya. Mountdweller tidak tahu nak cerita dengan sensasimya tetapi cukup kalau mountdweller katakan cukup hiba dan sayu. Betapa hinanya bandingan manusia yang membuang anak dengan Ibu Beruk yang kehilangan anak.

    Beruk tidak berotak tetapi mempunyai penuh perasaan kasih sayang. Rupanya manusia memang ada otak tetapi kosong dan perasaan juga kosong. Jadi manusia menjadi berpuluh kali ganda lebih hina dari beruk!

    Ini anak beruk itu. Kami namakan dia Ruby. Sejak kami bawa balik, Ruby tidak boleh berenggan dari Adik. Manja dan mengada-ngada. Apa pun kali terhibur dan membelanya dengan kasih sayang. Tidur pun bersama adik.





    Wednesday, December 1, 2010

    Bodyguard Yang Dihantar Allah

    Kenapa tak rogol saya?
    Hilmi Halim

    Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

    Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

    Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

    Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

    Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

    Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

    Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

    Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

    Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

    Dia pun tanya perogol itu..

    “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

    (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

    Perogol tu jawab:

    “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

    (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

    Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

    Sumber- Harakah

    Na'uzubillahhi min zalik!

    Pun begitu, ada juga hikmah mengapa Allah Taala menggerakkan hati Kesavan Subramaniam sekaligus mencipta peristiwa menggunakan terjemahan ayat 190 dan ayat 191 Surah Ali Imran sebagaimana yang didakwanya... setidak-tidaknya untuk MENUNJUKKAN KEPADA GOLONGAN YANG SUKA SEKERAT, BUANG SEKERAT bahawa perbuatan mereka tidak lain hanyalah sebagai hasutan SYAITAN NIRROJIM dan IBLIS LAKNATULLAH yang tidak ada lain, melainkan untuk membolak-balikkan hati manusia terhadap kebenaran al Quran, Allah Taala dan rasul-Nya!!!!

    Article sepenuhnya dari THE FLYING KICK

    Apa yang Sdr. THE FLYING KICK katakan itu adalah benar. Ramai orang Bukan Islam membaca petikan ayat-ayat Alqur'an di dalam cerama-ceramah politik mereka. Tetapi apa kita dapati sebenarnya bukan sahaja orang-orang Bukan Islam sahaja yang melakukan perkara itu (petik separuh tinggalkan separuh) bahkan orang-orang Islam sendiri pun kerap melakukan perkara yang sama.

    Sengaja saya linkkan N3 ini untuk kita fikirkan perlaksanaannya oleh kebanyakan 'Orang Yang Tahu'. Tidak semestinya Ustaz dari PAS sahaja kerana saya dapati ada juga Ustaz dari parti Melayu Islam lain. Contohnya Mendiang bekas YB Foo Chou Yong yang juga digelarkan Ustaz Yong di Kelantan.

    "Harimau Belang besar!"

    Kami berlima bertolak turun dari Kem Taman tempat kami bermalam malam tadi pada jam enam petang setelah waktu tengaharinya kami habiskan bersantai di puncak Gunung Rabong. Kami merentasi Taman Bunian tanpa masalah cuma kadang kala jatuh tersadung akar yang timbul di permukaan tanah. Jatuh adalah biasa bagi kami bila berjalan dalam keadaan yang licin dengan laju.

    Kami tiba di rusuk Bukit Sarsi melalui Jalan Balak Lama yang dipenuhi Pokok Resam tua yang tingginya melepasi kepala serta banyak yang sudah mati. Di masa ini saya yang mengepalai jalan dengan jarak lebih kurang 20 meter dari orang kedua dan seterusnya. Bila saya menghampiri satu lurah yang terbentuk oleh hakisan lama, dan di sini Pokok Resam paling tebal dan tinggi. Saya hanya meredah (tidak menebas) dengan memijak dan menyelinap di celah-celahnya dengan bunyi derap yang agak kuat.

    Saya terperasan ada mendengar bunyi derap yang lemah seolah sesuatu berjalan di dalam keadaan mengendap atau berhati-hati. Saya terus melangkah dengan tidak mempedulikan bunyi itu. Setibanya saya di satu tempat yang di sebelah kiri saya bertebing tinggi dan tebing di sebelah kanan saya pula lebih rendah. Di sini ada kesan tanah bibir bukit yang sodok mungkin untuk laluan San Tai Wong memunggah balak membentuk lorong yang dalam dan berbatu.

    Tiba-tiba saya mendengar satu derapan kuat dan satu lembaga melayang di atas kepala saya. Bila saya tongak rupanya yang melayang itu ada Harimau yang melompat dari tebing kiri saya yang tinggi itu ke tebing di sebelah kanan saya yang lebih rendah dan menghilang di dalam semak. Mungkin Harimau ini terkejut dengan kehadiran saya dengan bunyi derapan yang keras saya memijak Pokok Resam dan terus melompat. Semasa melayang di atas kepala saya itu saya agak panjangnya melebihi dua depa saya.

    Saya terus memberikan isyarat supaya orang di belakang saya berhenti dengan gaya Polis Trafik menahan kenderaan. Tapi apa yang berlaku sebaliknya. Mereka berlari menyerbu saya dengan soalan "Apa dia Din". Jadi untuk membuatkan mereka beredar dengan cepat saya terpaksa menjawab "Harimau Belang besar!". Barulah masing berlari macam berlumba ke hujung lorong dan mendaki untuk melepasi Bukit Sarsi. Selepas itu sehinggalah kami tiba di Kem Sungai Milo tanpa apa-apa halangan.

    Setiba di rumah, saya ke rumah Abang Sulung saya dan saya ceritakan yang saya rasakan ada sesuatu keanihan bila saya terlalu kerap terserempak Harimau semasa di Hutan atau Gunung. Apa yang saya tahu geng-geng Pendaki lain tidak pula kerap terserempak dengan Sang Belang.

    Abang ceritakan yang Arwah Datuk kami ada mengamalkan Ilmu Penunduk Harimau. Untuk menjadikan Ilmu itu mujarab, Arwah Datuk terpaksa berhadapan dan bertarung mengalahkan Harimau. Lepas itu barulah Harimau akan tunduk kepadanya. Jadi kata Abang mungkin Ilmu itu turun kepada saya tanpa saya tahu sebab Datuk meninggal semasa saya berumur empat atau lima tahun. Saya merupakan Cucu kesayangannya.

    Cina Dan RM100 Di Galas

    Di dalam satu Majlis Penerangan yang dihadiri sama oleh Ketua MCA Kota Bharu, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Bharu berkata tuduhan itu tidak munasabah. Takkanlah orang Cina boleh dibeli dengan hanya RM100. Mereka tidak sebangsat itu!

    Jadi pada saya Melayu yang terima RM50 atau RM100 memang bangsat pada pandangan beliau!

    GUA MUSANG, 30 Nov. : Hampir sebulan PRK Galas melabuh tirai, penduduk yang memakai baju 1Malaysia akhirnya mendapat "pulangan" RM100 pada 26 November, daripada pertubuhan "1Malaysia" yang disokong MCA di sebalik tabir.

    Pada malam sebelum hari pengundian PRK Galas, pengacara jamuan malam anjuran "badan bukan kerajaan" (NGO) 1Malaysia memperingatkan penduduk agar memakai baju merah "1Malaysia" ketika mengundi. "Akan diberkati tuah...," katanya.

    Hampir sebulan berlalu sejak 4 November, MerdekaReview diberitahu bahawa pertubuhan yang disertai ramai ahli MCA ini telah "memberkati tuah" di satu pondok yang berdekatan dengan padang kampung baru.

    Sumber maklumat memberitahu MerdekaReview, mereka yang berbaju merah 1Malaysia pada hari pengundian boleh menerima RM100, dengan menunjukkan kad pengenalan mereka. Seandainya nama mereka ditandai "bintang" dalam senarai, maka RM100 akan diberikan.

    Menurutnya, tanda "bintang" tersebut bermakna mereka pernah mendaftarkan diri di kaunter perkhidmatan "1Malaysia". Senarai tersebut tertera jelas nama, nombor kad pengenalan dan tempat orang itu mengundi.

    Tersebarnya khabar "tuah diberkati..."

    Sumber maklumat berkata, "khabar baik" ini sememangnya di luar dugaan beliau, memandangkan PRK Galas telah tamat untuk satu tempoh yang agak panjang. Beliau lantas bergegas ke pondok di padang itu selepas menerima khabar tersebut, dan menerima dua keping wang yang bernilai RM50, membawa jumlah kepada RM100. Beliau menambah, MCA sering mengadakan aktiviti di pondok tersebut, dan kini menjadi seolah-olah kaunter perkhidmatan MCA.

    Bagaimanapun, beliau tidak faham mengapa wang diberikan setelah sekian lama. Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pihak yang membahagi wang takut pengundi memberontak pada pilihan raya umum akan datang, seandainya tidak menunaikan janji untuk memberi wang RM100 ini.

    Menurutnya, wang hanya diberikan kepada mereka yang mendaftarkan nama diri di kaunter "1Malaysia". Berdasarkan nama yang tertera pada senarai itu, beliau meramalkan lebih 100 orang yang akan menerima RM100 di pondok tersebut, tidak termasuk wang yang diberikan di kawasan Bandar Lama dan sebagainya.

    Ketika PRK Galas berlangsung, MerdekaReview pernah melaporkan bahawa mereka yang menyertai perarakan 1Malaysia memperolehi RM100 seorang. Sumber maklumat mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa seandainya seseorang itu menyertai perarakan 1Malaysia, dan juga memakai baju merah 1Malaysia pada hari pengundian, maka mereka akan memperolehi RM200 keseluruhannya.

    Baca: Perarakan Satu Malaysia: Satu Orang, Satu Ratus Ringgit

    *Tan Pek Kwan ialah Eksekutif Editorial MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal

    Tuesday, November 30, 2010

    Gua dipukul : Suasana perundangan yang jakun.

    Oleh : AdukaTaruna

    Perasaan memang kecewa akan suasana perundangan tahap jakun oleh Melayu. Tapi realitinya, itulah dia zaman gua di tanah air ini ketika ini. Kerana itu kita semua wajib mengubah semua ini.

    Ketika mahkamah berehat untuk sessi penangguhan (mungkin ayat dan istilah gua silap, kerana gua bukan ahli perundangan), gua keluar dari kamar mahkamah dan duduk di kerusi di luar. Bersebelahan dengan pintu masuk utama.

    Ini adalah pengkuan gua.

    Gambar akan diupload kemudian. Terdapat sedikit masalah kerana gambar ditangkap oleh penangkap yang bukan owner camera, dan sedikit kelam-kabut.

    Demi Allah,

    Ketika itu, gua didatangi oleh 3 lelaki, yang gua percayai saksi atau pengadu kepada kes gua ini. Ketika itu gua dalam keadaan duduk.

    "Kau ke AdukaTaruna?" Soal lelaki bergambar 1. Riak wajah sedikit provokasi.

    "Ya... saya." Gua senyum dan hulur tangan untuk bersalam. Masih dalam keadaan duduk.

    "AdukaTaruna?" Soal lelaki bergambar 2. Juga berwajah provokasi.

    "Ya." Gua senyum dan hulur tangan. Kedudukan gua masih duduk. Dan adik gua duduk disebelah gua.

    "Tak payah salam dengan budak kurang ajar macam ni." Sampuk lelaki 3 (suspek) sambil tepis tangan lelaki 2.

    Tetapi gua still tidak alihkan gaya tangan bersalam. Dan akhirnya lelaki 2 sambut bersalam sambil test genggam tangan gua. Gua hanya bertahan kerana gua dapat rasai bahawa genggaman gua lebih kuat. Wallahualam.

    Ketika keadaan inilah, lelaki 3 (suspek) memukul kepala gua. Gua bingkas bangun. Adik gua menyerbu. Ditahan oleh lelaki 1 dan 2. Manakala lelaki 3 lari ke kelompok polis yang berhampiran.

    Berlaku sedikit pergelutan. Antara gua dan adik, dengan lelaki 1 dan 2, dengan beberapa anggota polis. Gua minta adik gua tak lepaskan lelaki 3 dan gua turun dapatkan handphone berkamera. Menyesal gile sebab gua pengguna handphone nokia lampu suluh yang setia selama ini.

    Bila dapat, gua naik ikut tangga sebelah berlawanan dengan tempat adik gua tadi. Teorinya, gua akan sampai ke lelaki 3 dari belakang. Tapi dah ghaib. Adik gua masih ditahan. Adik gua tunjuk pintu mahkamah sebelah. Gua masuk, mahkamah kosong. Gua tanya adik gua kat mana brother botak bermisai tanglung tu, adik gua sound polis bawa dia kat situ (sambil menuding jari.) Gua cari keliling mahkamah sambil diekori polis. Dah takda. Satu polis bisik dekat gua, si pemukul adalah pengadu. Dia dah cuak dan tak boleh lari. *Kalau takda pelindung ajaib lah. Tanda * adalah ayat gua sendiri.

    Gua kol lawyer. Lawyer nasihatkan gua buat laporan polis. Gua kol ISA untuk makluman. Setelah mahkamah selesai membuat penangguhan, gua ke Balai Polis Seremban 2 terletak bersebelahan. Membuat report. Ketika membuat laporan, polis bertugas menghubungi (ASP Khu ntah gua lupa termasuk nama pangkat.) Dan berkata kepada gua begini :

    "Encik, ini *ASP Khublala mahu bercakap."

    *ASP Khublala speaking campur Melayu + Inggeris yang membuatkan gua hanya faham intipati. Gua boleh rekod, tapi bila mengenangkan handphone lampu suluh, gua terus kensel.


    1. *ASP Khublala mengatakan yang pihak polis professional. Dia galakkan membuat report bagi tindakan undang-undang.

    2. *ASP Khublabla menjelaskan bahawa gua hanya baru dituduh. Saksi, pengadu atau sesiapa tidak boleh menghukum secara sendiri.

    3. If I tempat you pun I marah. You boleh saman dia.

    4. Dia minta gua rujuk pada lawyer gua.

    Setakat ini dulu. Alhamdulillah, gua tidak mengalami apa2 kecederaan. Dan doakan gua supaya gua tidak mendapat pukulan ajaib yang mencederakan secara lewat seperti mana yang dialami Ketua Putera UMNO.

    Perbicaraan gua disambung pada Mac 2011, manakala untuk kes terbaru ini, *ASP Khublabla akan mendapatkan statement gua sebelum gua pulang ke Kelantan.

    Gua ucapkan terima kasih kepada seluruh rakan blogger dan rakan pembaca yang memberi sokongan. Toche... toche... Idop Kak Ros!

    Mountdweller:

    Aduka,

    ISA msg Pak Din pagi tadi. Pak Din hanya tanya dah buat laporan ke belum?
    Maafkan Pak Din, sebenarnya Pak Din lupa hari ni adalah hari perbicaraan.

    Samseng Taik Kucing Dan Aduka Taruna

    Aduka Taruna kena pelempang di Mahkamah

    Hari ini perbicaraan Aduka Taruna di Mahkamah Seremban.

    Berlaku sedikit kekecohan di Mahkamah sebentar tadi apabila sekumpulan lelaki (3 orang) yang berlagak seperti samseng kampung dusun membuat huru hara.

    Pada mulanya, Aduka Taruna telah di hampiri oleh 3 lelaki tersebut, dan salah seorang daripadanya berkepala botak dan berbaju biru telah menghampiri beliau dan bertanyakan nama. Aduka Taruna menghulurkan tangan untuk bersalaman sambil mengaku bahawa beliau adalah Aduka Taruna... sudah la salam yang di hulur tidak bersambut.... dalam masa yang sama mamat botak tersebut telah melempang Aduka Taruna (terkena bahagian kepala).

    Berlaku kekecohan dan pergelutan, apabila adik Aduka Taruna bingkas bangun untuk membelasah mamat botak tersebut, malangnya telah di halang oleh polis yang bertugas di Mahkamah.

    Dalam kekecohan tersebut si mamat botak itu telah menghilangkan diri, walau bagaimana pun kawan2 Aduka Taruna yang ada di situ sempat mengambil gambar 2 lelaki (kawan2) mamat botak tersebut. Gambarnya akan di upload dalam blog Aduka Taruna petang nanti dan menjadi bukti insiden tersebut.

    Lebih malang lagi, apabila polis hanya memegang adik Aduka Taruna dan tidak menangkap mamat botak yang berlagak samseng dan pengecut tarak teloq hingga berjaya meloloskan diri.

    Laporan Polis akan di buat oleh Aduka Taruna selepas perbicaraan tengahari nanti.

    Berita selanjutnya akan menyusul samada di blog ini atau blog Aduka Taruna.

    (Saat ini Aduka Taruna sedang berada di Balai Polis membuat laporan polis)

    Komen Mountdweller :

    Apa yang Aduka telah buat dulu pun aku tidak sokong. Setiakawan menjadikan aku penyokong dari segi moral. Makhluk pondan yang bertindak di luar Undang-Undang pun aku bukan setakat tidak sokong bahkan aku benci!

    Cakap banyak pun tak ada gunanya. Mamat pondan tu dah pun tak ditangkap. Polis bengong pula pegang adik aduka dan lepaskan mamat pondan tu. Hanya yang telur tak cukup umur saja yang tunjuk samseng dengan pukul curi!

    Untuk mamat pondan tu, berapa upah yang kamu dapat? Aduka bermastautin di Kota Bharu. Aku cabar kau carilah Aduka di Kota Bharu sekiranya memang kau ada cukup pelir dan batu!

    Cuma buat aduka, kau janganlah jadi baik sangat. Berhati-hatilah sikit dengan orang yang tak dikenali.

    Mountdweller ciplak dari blog Aduka Taruna

    Nazri Buat Aku Bengang

    Namewee Bebas!
    Nazri Aziz Bakal Dihukum

    Saya sudah malas untuk bercakap banyak dalam isu kebiadapan Namewee ini - sekali pun kita kritik, Nazri Aziz tetap akan buat pekak badak sahaja. Beliau bukan mahu mendengar kehendak dan hasrat rakyat, semua ikut kepala dia sahaja. Lagi pun, beliau bukan peduli sangat dengan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Kalau dengan Tun Mahathir pun beliau sanggup bersikap kurang ajar, jadi apalah sangat dengan suara blogger seperti kita ini. Bukan dia mahu dengar sangat pun.

    Oleh yang demikian, maka pada hari ini saya berjanji kepada diri saya sendiri, akan menggunakan 100% kuasa undi yang saya ada. Sebagai pengundi di bawah parlimen Padang Rengas, saya beriltizam, Datuk Seri Nazri Aziz tidak akan sama sekali memperoleh undi daripada saya. Walaupun saya ahli UMNO, tetapi bagi mana-mana pemimpin UMNO yang langsung tidak menunjukkan semangat untuk mempertahankan negara daripada dicaci dan dihina oleh warganegaranya sendiri, seperti mana yang dilakukan oleh Namewee ini - maka pemimpin tersebut tiada tempat dalam jiwa dan hati saya. Maaf, Datuk Seri, saya tidak akan mengundi Datuk Seri lagi.

    KUALA LUMPUR 29 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Wee Meng Chee atau Namewee tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan kerana mendakwa kenyataan itu dibuat setelah mendapat nasihat Pejabat Peguam Negara.

    Menurutnya, reaksi kurang senang ditunjukkan sesetengah pihak terhadap kenyataan beliau itu berkemungkinan disebabkan mereka tidak memahami undang-undang atau dipengaruhi emosi sehingga meminta kerajaan tetap mengambil tindakan terhadap Namewee kerana mendakwa video itu mempunyai unsur hasutan. "Dalam perkara sebegini, kita tidak boleh beremosi dan perlu melihat setiap kesalahan itu secara spesifik tanpa mengaitkannya dengan kesalahan yang lain.

    "Untuk kita kata dia mesti ada kesalahan lain sehingga boleh didakwa, itu sudah semacam kita ada masalah peribadi dengan dia. Sebagai pengamal undang-undang kita perlu profesional dan tidak mengambil sesuatu secara peribadi," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Parlimen di sini hari ini.

    Kelmarin, beliau dalam satu kenyataan memberitahu, Namewee melalui klip video terbarunya mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor dan ia merupakan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

    Disebabkan itu, mengikut akta tersebut katanya, hanya mangsa iaitu pengetua sekolah dalam kes ini yang boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Namewee. Sebagai mengulas kenyataan menteri itu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) melalui Setiausaha Agungnya, Dr. Hassan Mad menzahirkan rasa terkejut kerana menganggap video itu mempunyai unsur-unsur hasutan yang membolehkan Namewee didakwa.

    Mohamed Nazri menambah, meskipun terdapat kritikan ditujukan kepada Kementerian Pelajaran, namun ia tidak menjadi masalah kerana negara ini mengamalkan kebebasan bersuara. "Kalau dia kritik saya sebagai seorang menteri, tak kan saya hendak ambil tindakan? Tiada tindakan boleh diambil kecuali jika dia melanggar undang-undang negara.

    "Kalau ada mana-mana pihak yang rasa cerdik, pergilah nasihatkan Peguam Negara di bawah akta manakah undang-undang boleh diambil ke atasnya. Pejabat Peguam Negara sudah tengok klip video itu dan berbincang tetapi tiada tindakan boleh diambil. Itu hakikatnya," ujarnya.

    Mengenai klip video negarakuku yang lebih awal dihasilkan Namewee, beliau memberitahu masih belum menerima apa-apa makluman daripada Pejabat Peguam Negara. Namun beliau terlebih dahulu memberitahu bahawa tindakan tidak dapat diambil di bawah Akta Hasutan kerana apa dilakukan itu bukan hanya mendatangkan kemarahan kepada kaum Melayu sahaja malah rakyat Malaysia berbilang kaum.

    "Kita tak boleh ambil tindakan di bawah akta hasutan kerana apa dilakukan itu sebenarnya mendatangkan perasaan marah bukan hanya pada sesuatu kaum tetapi pada semua kerana negara ini bukan hak orang Melayu.

    "Kalau negara hanya hak orang Melayu dan dia hina negara, itu mungkin menghasut dan bersifat perkauman tetapi di sini ia tidak menjadi isu perkauman kerana negara ini hak rakyat Malaysia berbilang kaum," katanya. Ditanya mengapa mengambil masa terlalu lama masa diperlukan untuk mengambil tindakan terhadap klip video negarakuku, Nazri menegaskan: "Peguam Negara belum maklumkan apa-apa lagi. Saya tunggu nasihatnya.

    "Saya pun tidak tahu mungkin ada akta menghina lambang-lambang Malaysia yang membolehkan tindakan diambil tetapi di bawah Akta Hasutan, ia jelas tidak kerana Negaraku bukan hak orang Melayu sahaja. "Sebagai menteri yang menjaga undang-undang, saya tidak kira siapa. Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan, saya tetap akan ambil tindakan jika dia bersalah. Undang-undang tetap perlu ditegakkan," tegasnya.

    Saya punggah dari-

    Tindakan Pelik Yang Dipersoalkan Rakyat Kelantan

    Pada pukul 9.15 malam hari Isnin, 29 November 2010, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra, yang diiringi oleh Raja Perempuan Anis, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra dan Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah, telah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, kerana disyaki mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru Baginda. Bagaimanapun, belum pun sempat rawatan lengkap oleh pakar-pakar perubatan dibuat ke atas Baginda, Baginda telah dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian, menjelang pukul 10.00 malam hari yang sama.

    Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru pihak-pihak yang menjadikan penjagaan kesihatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sebagai hak peribadi mereka supaya lebih bertanggungjawab di dalam soal penjagaan kesihatan Baginda ini. Sudahlah sewaktu Baginda mula-mula mengalami kegeringan dahulu anda semua melengah-lengahkan usaha membawa Baginda ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, mengapakah kali ini pun anda semua mengambil masa yang sangat lama untuk membawa Baginda ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sedangkan Baginda dikesan mengalami masalah sejak lima hari lepas lagi?

    Jika anda semua benar-benar prihatin ke atas kesihatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra, anda semua sepatutnya terus membawa Baginda sama ada ke Hospital Universiti Sains Malaysia atau Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan segera sebaik sahaja Baginda dikesan mempunyai masalah kesihatan yang serius. Kami dan rakyat jelata amat tertanya-tanya mengapa Baginda terus dibawa pulang setelah tidak sampai pun satu jam menerima rawatan sedangkan dengan kedudukan Baginda selaku bekas Sultan dan selaku ayahanda kepada Sultan sekarang Baginda sepatutnya menerima rawatan terbaik dari pakar-pakar perubatan.

    Kami merasa sangat hairan mengapakah anda semua begitu cepat mahu membawa pulang Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sedangkan risiko yang terpaksa dihadapi oleh Baginda ekoran daripada tindakan kurang bijak anda semua ini adalah amat tinggi sekali. Mereka yang arif dengan dunia perubatan malah rakyat jelata yang berada di perkarangan hospital itu sekalipun kedengaran bersungut bahawa bagaimanakah rumusan tentang keadaan kesihatan Baginda dapat dicapai di dalam masa tidak sampai pun satu jam sedangkan ujian-ujian perubatan yang menyentuh tentang masalah jangkitan kuman ini biasanya memakan masa yang jauh lebih lama.

    Mengapakah anda semua begitu bertegas mahu membawa pulang Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra secepat mungkin sedangkan Baginda sepatutnya menerima rawatan terbaik yang hanya mampu diberikan oleh pakar-pakar perubatan di hospital kerana hanya di hospital sahajalah rawatan rapi yang menggunakan peralatan-peralatan, mesin-mesin dan makmal-makmal tertentu mampu diberikan? Jika aspek keselesaan Baginda yang menjadi pertimbangan anda semua, maka wad diraja yang telah dibaikpulih, sama ada di Hospital Raja Perempuan Zainab II atau Hospital Universiti Sains Malaysia, kini sudah sangat menyelesakan.

    Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dato’ Dr Ghazali Hasni Md Hassan, juga sepatutnya lebih bertanggungjawab di dalam soal ini dengan memastikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra menerima rawatan perubatan terbaik di hospital kendaliannya itu. Beliau sepatutnya mengambil inisiatif untuk menyelia dan mempengerusikan perbincangan di antara pakar-pakar perubatan berhubung dengan tahap kesihatan mutakhir Baginda serta segera menyembahmaklumkannya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V dan bukannya menyerahkan tugas ini kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Kamil Hassan.

    Ingatlah, keabsahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V selaku Sultan Kelantan telah pun diperakui oleh Mahkamah Persekutuan sendiri, jadi mana-mana pihak, sama ada pakar-pakar perubatan atau kaum keluarga Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sekalipun, tidaklah boleh membelakangkan Baginda di dalam apa sahaja perkara yang melibatkan keadaan kesihatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra yang juga merupakan milik rakyat jelata. Sudah-sudahlah mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra untuk kepentingan diri sendiri sehingga ke tahap boleh memudaratkan kesihatan Baginda.

    Sumber dari sini

    Gelagat Anak-Anak Ginger



    Beberapa hari mountdweller menghilang kerana PC kena virus gila babi. Sekarang dah agak ok tetapi tidak sepenuhnya sempurna.

    Mohon maaf dari semua rakan bloggers dan pengunjung.

    Anak-Anak Ginger

    Pet baru Adik


    Salah satu gambar yang saya suka

    Saturday, November 27, 2010

    Memang Hak Kita

    PRU-13 milik rakyat

    SHAH ALAM – Kerajaan Barisan Nasional (BN) seharusnya belajar daripada kesilapan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu sebelum berfikir mahu mengadakan PRU dalam masa terdekat kerana jika tersilap langkah, Putrajaya boleh menjadi milik parti lawan.

    Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir berkata, kita seharusnya melihat kembali punca mengapa Pakatan Rakyat (PR) pada PRU-12 lalu berjaya merampas beberapa negeri, sekali gus menafikan majoriti 2/3 BN dalam Dewan Rakyat.

    Menurutnya, ia sebenarnya berpunca daripada kekecewaan rakyat terhadap kepimpinan lalu ekoran tekanan ekonomi yang meningkat secara mendadak kerana kenaikan harga minyak yang disifatkan rakyat sebagai melampau, walaupun kerajaan berkata ia keperluan.

    Katanya lagi, kecenderungan rakyat sekarang sudah beralih daripada semangat politik kepada keperluan ekonomi dan parti-parti yang ada sekarang seharusnya mula mengubah strategi mereka jika mahu menang pada PRU akan datang.

    “Sebenarnya sukar mahu tentukan siapa yang punyai peluang, memang BN sudah berkata mereka bersedia pada bila-bila masa, tapi bagi saya BN tidak akan mengadakan PRU dalam masa terdekat.

    “Ini adalah kerana BN masih memerlukan sokongan undi daripada kaum Cina untuk pastikan majoriti 2/3 kembali kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

    Sementara itu, Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohamad Agus Yusoff pula menegaskan masih terlalu awal untuk menentukan siapa yang akan memenangi PRU-13.

    Katanya, keadaan politik cepat berubah, selaras dengan senario semasa sosial dan ekonomi negara.

    “Jika PRU-13 diadakan pada masa terdekat, saya rasa sukar bagi PR untuk menang. Walau bagaimanapun kerajaan juga ada kelemahannya sendiri, tetapi pada masa akan datang kita tidak tahu apa akan terjadi.

    “Bagi saya, kerajaan seharusnya menyambung dan memantapkan lagi jentera kerana kerajaan biasanya tidak akan membubarkan Dewan Rakyat dalam tempoh tiga tahun selepas PRU,” katanya.

    Sumber dari SH

    Sunday, November 21, 2010

    Bukankah Ini Peringatan Untuk Kita Juga?

    Allah Maha Berkuasa. Rahmatnya akan ditumpahkan di mana sahaja mengikut kehendaknya dan Bala juga akan diturunkan di mana sahaja juga mengikut kehendaknya.

    Semuanya untuk kita renung dan insaf. Di sisiNya kita tidak ada apa-apa.....

    Bala ini Allah turunkan di Haiti

    DI laluan pejalan kaki berhampiran sebuah hospital di Port-au-Prince, ibu negara Haiti, seorang wanita terbaring dalam keadaan yang sungguh melarat.

    Tanpa dibaluti sebarang pakaian, tubuh kurusnya mengerekot sementara tangan kanannya digunakan untuk melindungi dada yang terbuka.

    Sirna matanya mengharap agar ada manusia yang sudi membawanya ke hospital untuk dirawat namun tiada siapa yang peduli dengan keadaan wanita berkenaan.

    Orang yang lalu-lalang hanya memandang dan terus pergi tanpa rasa belas. Alasannya, mereka tidak mahu dijangkiti oleh wabak pembunuh yang sedang merebak di negara itu.

    Senario ini bukan kebiasaan di Port-au-Prince walaupun Haiti digelar negara paling miskin di Amerika Latin.

    Air najis

    Namun, sejak dua minggu lalu, wabak taun yang mula merebak menjadi mimpi ngeri kepada seluruh rakyat negara itu. Apa tidaknya, dalam tempoh sebulan, sudah lebih 1,000 nyawa menjadi korban.

    Deretan bencana yang menimpa Haiti seolah-olah memberi petanda bahawa gelombang maut bakal tiba ke pulau tersebut.

    Bermula dengan Taufan Tomas yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh serta lebih 6,000 keluarga hilang tempat tinggal awal bulan ini.

    Haiti juga hampir musnah dalam bencana gempa bumi yang meragut 250,000 nyawa dan mengakibatkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal Januari lalu.

    Musibah banjir baru-baru ternyata merumitkan lagi keadaan di Haiti. Kawasan pedalaman dikatakan terjejas teruk apabila sawah padi dan kawasan penempatan ditenggelami air sehingga menyukarkan mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih.

    Seorang menteri tempatan, Ruben Petit berkata, penduduk di kawasan luar bandar sangat bergantung kepada sungai sebagai sumber air untuk minuman dan pertanian di samping aktiviti harian seperti memasak, membasuh dan mandi.


    LIMPAHAN air banjir yang kotor juga boleh menjadi penyebab kepada penularan pantas wabak taun.

    "Sungai Artibonite memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat di St. Denis. Walaupun sudah dimaklumkan terdapat bakteria daripada najis manusia yang menyebabkan air sungai ini tercemar, mereka masih meminum airnya.

    "Kami sangat memerlukan bekalan air bersih dan tandas di sini supaya penularan wabak ini dapat dikurangkan sekali gus menyelamatkan lebih ramai nyawa," ujarnya.

    Menurut laporan akhbar Haiti Libre, jurucakap Kementerian Kesihatan Awam dan Populasi negara itu, Singer Ronald memberitahu, sehingga kini, jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak taun adalah seramai 1,200 orang, manakala 19,000 lagi masih dirawat.

    Dianggap sebagai ancaman kesihatan paling teruk dalam tempoh lebih 100 tahun, wabak tersebut ternyata mencetuskan kebimbangan di seluruh Haiti memandangkan rakyat negara itu tidak pernah diberikan pelalian taun sebelum ini.

    Sementara itu, Koordinator Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Haiti, Nigel Fisher berkata, angka korban terus meningkat terutama di bahagian utara negara itu. Kadar kematian yang dicatatkan ialah 7.5 peratus, iaitu paling tinggi di seluruh negara.

    "Dijangkakan di antara 2.5 hingga 3 juta rakyat tinggal di Port-au-Prince dan sebahagian besar daripadanya tinggal di khemah perlindungan.

    "Apa yang membimbangkan, kesesakan lebih 1.3 juta rakyat yang berlindung di khemah tersebut boleh menyebabkan wabak merebak dengan cepat lebih-lebih lagi jika kebersihan diabaikan.


    SEORANG lelaki mengheret mayat bapa mertuanya yang mati akibat taun di Cap Haitian.

    Pencemaran

    Keadaan ini tidak mustahil walaupun sistem sanitasi di situ lebih baik jika dibandingkan dengan kawasan lain seperti Cité Soleil," katanya.

    Cité Soleil yang merupakan sebuah bandar yang dianggap kotor dan sesak telah merekodkan kematian sebanyak 38 penghidap taun.

    Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) yang berpangkalan di Atlanta, Amerika Syarikat, kes taun yang pertama dilaporkan terjadi berdekatan dengan Sungai Artibonite yang terletak di utara Port-au-Prince manakala kes-kes selepasnya dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman tercemar.

    Walaupun sedar akan risiko dan bahaya yang menanti, masyarakat Haiti tidak mempunyai banyak pilihan yang boleh menjamin keselamatan nyawa mereka.

    Demi kelangsungan hidup, air sungai tercemar terpaksa juga diminum lantaran tidak mampu untuk membeli air bersih yang dijual dalam botol.

    "Saya tahu air itu tercemar dengan kuman yang menyebabkan taun, tetapi kami semua tidak ada pilihan dan hanya itu yang kami ada.

    "Jika kami ada Clorox (agen peluntur), kami akan campurkannya sedikit dan meminumnya walaupun rasanya sangat teruk.

    "Ataupun, andainya kami mampu menggali tanah, kami akan gali sehingga jumpa air dan meminumnya," kata Alienne Cilencrieux, 24, yang ditemui ketika beratur di hadapan pagar sebuah klinik yang masih berkunci di St. Denis beberapa hari lalu.

    Turut bersamanya ialah Elian, 27, yang turut membawa dua anaknya, Maiderson, 7, dan Ferguson, 3, masing-masing dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

    Mereka bersama-sama ratusan penduduk lain yang menanti pintu pagar klinik dibuka untuk mendapatkan rawatan walaupun telah dimaklumkan klinik akan dibuka pada keesokan harinya.


    AIR banjir terpaksa digunakan untuk keperluan harian ekoran tiada sumber air lain.


    Sementara itu, tidak menolak aspek kesesakan, kebersihan dan pencemaran, pengkaji dari Universiti Florida, Amerika Syarikat, Afsar Ali, berkata komuniti yang tinggal di sepanjang perairan Haiti terdedah kepada risiko dijangkiti taun.

    "Air payau boleh menjadi kawasan pembiakan bakteria.

    "Seperti yang kita tahu, khemah besar tersebut terletak sangat hampir dengan sungai dan muara. Saya berpendapat ini adalah tempatnya di mana wabak taun membiak, bukannya di bandar.

    "Saya juga menjangkakan wabak ini membiak di kawasan pedalaman sebelum menular ke bandar utama seperti Port-au-Prince dan Cap-Haitien," ujar Afsar yang pernah menjalankan kajian mengenai wabak taun di Bangladesh.

    Wabak taun merupakan penyakit yang tertumpu pada saluran penghadaman akibat daripada jangkitan bakteria vibrio cholera.

    Ia berlaku apabila kuman taun daripada pesakit atau pembawa menjangkiti individu sihat melalui mulut selepas mengambil makanan atau minuman yang tercemar.

    Sumber dari sini