Friday, September 30, 2016

Macam ni kah kerajaan Islam berikan perlindungan kepada anak negeri?

DENGARLAH SUARA ORANG ASLI KELANTAN
Melihat foto deretan Orang Asli, termasuk wanita dan kanak-kanak, membuat sekatan ke atas pembalak untuk masuk - mengharukan.

Ia adalah isu kemanusiaan besar yang memerlukan perhatian semua pihak, khususnya Kerajaan Negeri.

Tidak patut Kerajaan Negeri membisu.

‘Orang Asli juga adalah manusia seperti kita. Mereka adik beradik kita’, begitulah antara kata-kata Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang masih saya ingat.

Mereka juga adalah rakyat Kelantan. Kerajaan Kelantan WAJIB menjaga dan memelihara kepentingan dan nasib mereka.

Mereka diiktiraf Islam sebagai pihak yang mempunyai hak dan maruah. Hak untuk melindungi kehidupan mereka.

Jika benar bumi mereka telah dibersihkan, sesuatu perlu dilakukan untuk membetulkan keadaan.
Sebagai sebuah Kerajaan yang menggunapakai Islam sebagai slogan, kecuaian menguruskan isu ini dengan baik dan berkesan akan mencemarkan nama baik Islam.

WAJIB bagi Kerajaan Kelantan melindungi nama baik Islam dari tercemar dengan insiden yang sedang berlaku kini dengan bertindak berani, pantas, adil, berperikemanusiaan dan prihatin.
Ini adalah kewajipan agama, bukan hanya kewajipan demokrasi dan tanggung jawab sosial.

Jagalah nama baik Islam.

Saya telah berkali-kali memberikan teguran atas amalan pembalakan semborono. Apa lagi jika ia secara langsung mengakibatkan kemusnahan kepada penduduk sekitar, sekali pun mereka adalah Orang Asli.

Insiden yang sedang berlaku kini, sekali gus menunjukkan pembalakan atau pembalakan tebang habis untuk perladangan telah masuk jauh ke dalam kawasan pendalaman Kelantan.

Aktiviti ini sedang mendaki Banjaran Titiwangsa!
Saya agak, kawasan terlibat agak tinggi kedudukannya dan curam kontornya.

Saya tidak dapat bayangkan kemusnahan yang boleh berlaku tatkala hujan lebat musim monson tiba.

Curahan air yang banyak melanda deras dari puncak tinggi!
Laungan dan jeritan batin anak-anak Orang Asli dan perempuan-perempuan mereka, mungkin sebenarnya untuk menyelamatkan rakyat Kelantan yang lain dari bencana.

Bukan kita selalu diajar, bila manusia tidak mempunyai manusia untuk bersimpati atas musibah yang menimpa, meraka akan berpaling ke Langit untuk mengadu?
Ketika itu, Allah jua yang tahu!

Oh pemimpinku, di manakah telinga dari hati nurani anda.

Husam Musa
29 September 2016
27 Zulhijjah 1437

Video:


RUU Akta 355: Cerdik ke ni, belum bahas sudah disuruh sokong?

RUU Akta 355 untuk penuhi tuntutan politik
30 September 2016 | HAZAYANI ZAKARIA
Prof MadyaDr Shamrahayu Abdul Aziz (kiri) dan Dr Zukqarnain Lukman ketika bercakap mengenai RUU di USIM baru-baru ini.

Rang Undang-undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat lebih kepada tuntutan politik berbanding tuntutan syariah.

Peguam syarie, Dr Zulqarnain Luqman berkata, tindakan membaca usul berkenaan tanpa dibahaskan serta menangguhkan perbahasan selama lima bulan menimbulkan kontroversi dan perdebatan hangat dalam masyarakat.

Malah katanya, tindakan agamawan yang menyeru orang ramai menyokong Akta 355 adalah tidak masuk akal kerana ia belum pun dibahaskan.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

“Penyokong YB Marang memang bergerak aktif untuk ceramah di masjid-masjid, memberikan penerangan tentang Akta 355.

“Sehingga ada ustaz yang kata kalau Wan Azizah tidak sokong (RUU355) jatuh iman. Nanti tanam di jirat cina. Ini kan tak bagus. Ia masih dalam perdebatan di parlimen.

“Apa relevannya pergi ceramah RUU 355 di masjid-masjid? Ceramah di sini pun tak relevan pun sebenarnya sebab awak semua tak mengundi pun dalam Dewan Rakyat. 

“Tapi sebab ini dah jadi kecoh. Kalau tidak sokong dituduh kafir,” katanya dalam forum RUU355: Matlamat Politik atau Tuntutan Syariat di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Nilai pada Rabu.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada kontroversi kuliah Yang Dipertua Pas Padang Serai Shaharuddin Ibrahim yang menyifatkan ahli parlimen yang tidak menyokong RUU 355 sebagai 'jatuh akidah' (rosak akidah) dan layak dikebumikan di jirat (tanah perkuburan Cina).

Shaharuddin bagaimanapun telah menarik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sementara itu, seorang lagi ahli panel, profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Shamrahayu Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak bersetuju terhadap hukuman yang tidak ditetapkan seperti yang terkandung dalam seksyen 2A yang hendak dipinda.

Melalui Seksyen 2A, tidak dinyatakan bentuk dan had hukuman yang boleh dikenakan Mahkamah Syariah kecuali “yang dibenarkan oleh undang-undang syariah selain hukuman mati”. 

“Adakah saya bersetuju dengan unlimited hukuman kecuali hukuman mati, saya tidak bersetuju dengan wording sekarang. Kalau kerajaan nak bawa RUU ini, kerajaan kena lihat balik untuk jumlah hukuman.

“Kita sokong pindaan dengan penambahbaikan. Kalau pindaan itu berlaku dalam keadaan sekarang saya payah untuk mengatakan bahawa saya sokong seratus peratus. Saya perlukan pindaan kepada wording dalam usul pemberitahuan. Tapi itu bukan bermakna menolak pindaan,” katanya.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa teknikal pelaksanaan kanun jenayah syariah peringkat kebangsaan yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan,berkata, tidak berbaloi untuk umat Islam berpecah belah hanya kerana pindaan Akta 355.

“Adakah berbaloi kita berpecah atas perkara menambah baik Islam? Semua kita nak tunjuk kita mahu tambah baik Islam. Parti A begini, parti B begitu. Tidak berbaloi untuk kita mencemuh atau berburuk sangka ke atas orang lain atas RUU ini,” katanya.

Sebagai rekod pada Mei lalu Abdul Hadi membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Tindakan Umno memberikan laluan kepada Presiden Pas untuk membentang Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 dibantah keras oleh empat pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) MCA,MIC,Gerakan dan SUPP yang mengertak akan melepaskan jawatan menteri kabinet masing-masing sekiranya hudud dilaksanakan.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula memperjelaskan pindaan terhadap Akta 355 itu bermatlamat untuk memperkasakan bidang perundangan Syariah sedia ada kepada sistem yang selari dengan perkembangan semasa berlandaskan kepada sumber-sumber perundangan syariah yang diiktiraf di dalam Islam.

Ingatan utk AMANAH & DAP

*Ingatan utk AMANAH & DAP*

1. PAS dah isytiharkan DAP & AMANAH ialah musuh ketat yg perlu dihapuskan, terlebih perlu dihapuskan berbanding musuh mereka BN.

2. Dlm keadaan begini PAS & PKR saling bkerjasama antara satu sama lain. Sudah tentulah kdua2 pihak ini mau meraih keuntungan politik. Apabila keuntungan plitik mjadi target kdua2 parti ini & jika bjaya diperolehi, dah tentulah ianya mjadi kerugian politik kpd AMANAH & DAP.

3. DAP & AMANAH sewajarnya memberi kata dua kpd PKR samada terus perkukuhkn PH dgn meninggalkan PAS atau nyahkan shj PKR drp PH.

4. Tak jujur PKR terserlah dlm soal perundingan pembahagian kerusi dlm PH apabila PKR dilihat cenderung menuntut lebih kerusi dgn mengelakkan bertembung dgn PAS & membiarkan pertembungan dgn PAS hanya melibatkn DAP & AMANAH shj.

5. PKR jika maukan banyak kerusi, sila berunding dgn PAS shj dgn x payah berunding dgn DAP & AMANAH.

*AMANAH & DAP jgn terpedaya dgn permainan politik PKR*

*RCML*
*K.Trg*
*30/9/16*

Ada lagi manusia macam ni di zaman ni?

Enggan beli kerana anak kacukan Melayu-Afrika, penjual 'sekolahkan' individu rasis 
Syafique ShuibAstro Awani |  September 29, 2016 15:20 MYT
Enggan beli kerana anak kacukan Melayu-Afrika, penjual 'sekolahkan' individu rasis
Seorang individu tidak jadi beli produk Noor Akmar Kamaruddin setelah mendapat tahu anaknya kacukan Melayu-Afrika. -Facebook/Emma Adelia
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga atas talian bertindak untuk ‘menyekolahkan’ seorang individu yang tidak jadi membeli produknya hanya kerana anaknya berkacukan Afrika.

Menerusi paparan skrin perbualan yang dikongsi oleh seorang wanita bernama Noor Akmar Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Emma Adelia di Facebook, ia bermula apabila seorang individu bertanyakan tentang produk yang dijual.

Apabila Noor Akmar berkongsi tentang produk dan harganya, soalan yang ditanya menyentuh kepada perihal peribadi.

“Gambar di Facebook itu anak ke?

“Kalau anak Afrika, saya minta maaf. Saya tidak mahu berurusan dengan 'Sis'. Suami saya tidak izin saya terlibat perkara yang berkait dengan Afrika,” kata individu itu.

Setelah pandangan itu disuarakan, Noor Akmar terus menjawab individu terbabit yang antaranya berkata beliau sendiri tidak lagi berminat untuk menjual kepada individu yang rasis.

“Maaf, saya pun rasa tidak boleh hendak berjual dengan 'Sis'. Ya, anak saya kacukan Nigeria tetapi anak saya cantik. Tidak macam 'Sis' dengan suami.

“Terus terang saya memang anti-rasis,” kata Noor Akmar kepada individu itu.

Perkongsian itu menjadi viral dengan 2,458 jumlah shares setakat ini. 

Dalam status berasingan, Noor Akmar berkata beliau bersyukur menerima pelbagai mesej dari netizen yang menyokong tindakan beliau.
Beliau juga berkata jumlah pelanggan kian bertambah.

“Saya hilang seorang pelanggan, tetapi Allah hantar lebih dari 10 pelanggan baharu,” katanya. 

Dinosaur yang hilang prinsip bila berdepan dengan dedak!

Pas parti dinosaur yang longgar prinsipnya, dakwa Husam Musa
BORHAN AHMAD
Amanah adalah parti masa depan Pas adalah dinasour, dakwa Husam Musa.

Pas didakwa sebagai sebuah parti dinosaur yang longgar prinsipnya apabila berdepan dengan kedudukan dan kuasa, dakwa bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa.

Katanya, Pas selalu menjadikan alasan tidak boleh bekerjasama dengan Dap dan juga dengan Amanah kerana ia parti pengkhianat.

Ia selalu dinyatakan oleh pimpinan Pas apabila membincangkan isu satu lawan satu dalam pilihan raya umum nanti bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Dap dan parti yang berbaik-baik dengannya.

"Pada pendapat saya, Pas lebih longgar prinsipnya. Pas bagi saya sangat 'pragmatik'.

"Dalam kes Selangor, dengan memegang jawatan exco dan 15 kerusi yang dimenangi dengan undi bukan Melayu, Pas tidak tinggalkan kerajaan Selangor.

"Dia masih duduk dengan Dap dalam kerajaan negeri Selangor. Ia menunjukkan Pas adalah sebuah parti yang mempunyai prinsip yang sangat longgar dan boleh diubah-ubah.

"Bila datang kepentingan politik kuasa, Pas boleh bersama Dap dan tidak tinggal kerajaan Selangor," kata Husam dalam dialog sempena sambutan satu tahun Amanah di Muar malam tadi.

Pas juga, kata Husam yang kini menyertai Amanah, adalah sebuah parti yang suka berpusing-pusing apabila sampai ke persimpangan jalan.

"Saya yakin rakyat memerlukan parti yang jelas perspektifnya untuk masa depan," kata Husam.

PARTI MASA DEPAN

Bagi Husam, Amanah adalah parti masa depan manakala Pas adalah parti dinasour.

"Jadi saya nasihat kepada tuan-tuan semua, tidak payahlah pergi melutut kepada Pas.

"Sesama orang mukmin sepatutnya kita merendahkan sayap sesama sendiri tetapi bukan melebarkan keangkuhan kita," kata Husam dipercayai ditujukan kepada Presiden Pas yang berkata, Amanah dan rakan-rakannya akan melutut kepada Pas satu hari nanti.

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia - Apa kata TS Muhammad Taib

Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia

Tiba2 soal siapa yang paling layak untuk menggantikan D Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dibangkitkan pada ketika ini.

Mengapa perkara ini timbul dan menjadi topic yang amat menarik sekarang?

Prof Dato Dr Mohamad Redzuan Othman dan badan selidik beliau membuat survey di Selangor dan di dalam soal siasat serta kaji selidik beliau mereka mendapati nama Anwar Ibrahim masih mendapat tempat tertinggi dalam senarai siapa yang paling layak untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Saya akui pendapat itu juga merupakan pendapat majoriti rakyat Malaysia hari ini.

Seorang Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mengemudi sesebuah negara.
Hala tuju ke mana? Persiapannya bagaimana? Teamnya bagaimana? Sebenarnya segala2nya bermula dari diri dia sebagai Perdana Menteri.

Dia tak perlu pegang apa2 portfolio di dalam kabinet.

Seperti seorang guru besar di sebuah sekolah yg tidak pegang mana2 darjah. Beliau menjaga seluruh sekolah.

Menjaga guru2. Menjaga murid2. Menjaga duit sekolah. Menjaga kebersihan sekolah.

Melihat seluruh perjalanan sekolah.

Begitu juga seorang Perdana Menteri.

Segala2 aspek di dalam sesebuah negara di amati dan diselia oleh seorang Perdana Menteri.
Soal ekonomi, pelajaran, kesihatan, keselamatan dan semuanya adalah di dalam pemerhatian dan tindakan beliau.

Semacam di dalam permainan bola sepak jika sebuah pasukan bolasepak ada penyerang handal seperti Mokhtar Dahari seperti pada satu ketika dahulu pasukan itu akan jadi juara.

Seorang pemimpin hebat akan menjadikan negaranya pun hebat.

Pemain bolasepak yg biasa sahaja tidak akan menjadikan pasukannya juara.

Seorang Perdana Menteri yg hebat akan menjadikan negaranya hebat. Dr Mahathir contoh yang baik.

Selepas beliau setakat ini saya hanya nampak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selanjutnya yg boleh mengemudi negara ini dgn lebih baik.

Saya pernah bekerja bersama beliau. Beliau cukup ingridient untuk menjadi Perdana Menteri yang baik.

Semoga Allah swt merestuinya.

TS Muhammad Muhammad Taib

28 Sept 2016

Mengapa Jadi Begini?

Gelaran “Dr” PhD dan Gelaran-gelaran Palsu – Mengapa Jadi Begini?

1. Hari ini kecoh di media sosial tentang kenyataan Universiti Malaya yang menyatakan bahawa universiti tersebut tidak pernah menganugerahkan sebarang Ijazah Kehormat Kedoktoran kepada Encik Azizan Osman.

2. Rentetan dari kenyataan tersebut, timbul kembali perbincangan tentang isu gelaran-gelaran palsu. Saya sedar tulisan saya ini adalah tulisan berisiko tinggi. Tapi sebagai pendidik, saya sanggup mengambil risiko tersebut.

3. Kembali kepada Ijazah Doktor Kehormat Dr Azizan Osman. Apa ynag ditulis di laman web beliau ialah seperti berikut: Azizan Osman - Ph.D (Hon) Entrepreneurship (UM).

4. UM yang ditulis di situ mungkin bukan merujuk kepada Universiti Malaya. Boleh jadi ianya merujuk kepada University of Massachusetts, atau mungkin Universiti Mongolia, mungkin juga Universiti ManekUrai dan boleh jadi juga Universiti Melaka. Terdapat pelbagai kemungkinan di sini.

5. Oleh itu, saya tidak berminat untuk mengetahui samada gelaran tersebut didapati beliau secara sah atau tidak. Biarlah beliau menjelaskannya.

6. Sebaliknya saya ingin menyentuh penyalahgunaan pelbagai gelaran palsu di Malaysia. Sebagai contoh, terdapat juga ramai pengasas-pengasas produk “kesihatan” dan “kecantikan” menggunakan pelbagai gelaran, Professor, Professor Emeritus, Dr dan sebagainya. Itu belum masuk bab pelbagai gelaran Datuk palsu.

7. Mengapa jadi begini? Apa yang menyebabkan mereka begitu bersungguh-sungguh tanpa segan silu menggunakan pelbagai gelaran palsu yang entah dari mana datangnya.

8. Hipotesis saya ialah kerana kita hidup didalam masyarakat yang “power distance”nya cukup tinggi. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai tahap “power distance” yang paling tinggi di dunia (Hofstede, 1991).

9. “Power distance” merujuk kepada budaya di mana yang kurang berkuasa memandang tinggi kepada mereka yang lebih berkuasa. Ianya berkait rapat dengan darjat dan kedudukan didalam masyarakat.

10. Ketinggian tahap “power distance” di Malaysia telah lama berakar. Ianya berlaku semenjak zaman feudal dan terus mengukuh di zaman British dan berterusan hingga ke hari ini.

11. Dalam konteks ini, mereka yang mempunyai gelaran akan dipandang tinggi oleh masyarakat.

12. Oleh itu, tidak peliklah ramai yang sanggup menggunakan pelbagai gelaran palsu dengan harapan masyarakat akan lebih memandang tinggi kepada mereka seterusnya dapat membantu perniagaan dan pelbagai urusan mereka.

13. Selagi tidak ada penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh oleh pihak berkuasa, penggunaan gelaran palsu ini tidak akan ada penghujungnya.

14. Apabila saya mendapat PhD, anak-anak saya bertanya, “Mengapa abah tidak guna gelaran doktor”. Saya jawab, “Di Australia kita tidak gunakan gelaran di depan nama. Professor sekalipun tidak ingin mereka dipanggil Professor”.

15. Ini adalah budaya di negara yang mempunyai tahap “power distance” yang rendah.

16. Saya masih ingat, di dalam satu majlis di Australia, seorang rakyat Malaysia memperkenalkan diri beliau kepada anak perempuan saya yang ketika itu berusia enam tahun. Beliau kenalkan diri, “Nama saya Dr xxxx”. Anak saya jawab, “Oooo…abah saya pun Dr juga. Tapi kat Australia orang tak panggil dia Dr. Kat Malaysia je orang panggil dia Dr”.

17. Saya tidak kata budaya “power distance” yang rendah adalah lebih baik. Apa yang saya ingin tekankan ialah bagaimana sesetengah dari anggota masyarakat mengambil peluang di atas budaya “power distance” yang tinggi di Malaysia. Penguatkuasaan yang lemah menyebabkan perkara ini berleluasa.

Dr Radzi Jidin
Hobart
Australia
29 September 2016
Untuk FB Page Bicara Malaysia

MH17: Empat persoalan yang terjawab hasil siasatan JIT

AFP |  September 29, 2016 14:06 MYT
MH17: Empat persoalan yang terjawab hasil siasatan JIT
Barisan anggota pasukan Siasatan Bersama (JIT) pada pembentangan hasil siasatan kes MH17 di Nieuwegein pada 28 September 2016 - Foto AFP / EMMANUEL DUNAND
NIEUWEGEIN: Siasatan jenayah antarabangsa berkaitan insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine pada 2014 yang didedahkan pada Rabu merumuskan pesawat tersebut ditembak oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia.

Selain fakta utama itu, berikut adalah antara beberapa penemuan lain daripada siasatan yang dijalankan oleh pasukan Siasatan Bersama (JIT), diketuai oleh pendakwa raya dari Belanda bersama pasukannya dari Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.

Apakah senjata yang digunakan? 

JIT berkata bahawa mereka “mempunyai bukti yang tidak dapat disangkal bagi mengesahkan bahawa pesawat MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK daripada siri-9M38 pada 17 Julai 2014.

Keputusan ini dicapai selepas usaha menanggalkan pelbagai bahagian dan komponen peluru berpandu BUK dan membuat perbandingan dengan beberapa bahagian logam yang didapati dari lokasi insiden.

Penyiasat mengandaikan senario alternatif yang mungkin terjadi seperti kemalangan atau serangan udara namun menurut maklumat radar, tiada pesawat lain yang berada di kawasan itu.

Dari mana peluru berpandu ini dibawa?

Menggunakan gambar, video dan pintasan panggilan telefon, penyiasat dapat menjejak sistem laluan peluru berpandu yang dikatakan berasal dari Rusia.

“Sistem ini telah dibawa dari kawasan Rusia ke timur Ukraine dan kemudian dibawa menggunakan treler kecil yang dipaut kepada trak Volvo berwarna putih. Trak ini telah diiringi oleh beberapa kenderaan lain dan lelaki berpakaian seragam dan bersenjata.”

Perbualan telefon yang berjaya dipintas pada Rabu, 16 Julai 2014, 7:09 malam itu dikatakan berlaku antara dua individu berbahasa Rusia yang memihak kepada puak pemisah yang mencadangkan agar pelancar peluru berpandu itu melepasi sempadan pada malam antara 16 dan 17 Julai.

Perbualan antara individu dikenali sebagai Nikolayevich dan Sanych turut dipintas.

Nikolayevich dipetik berkata beliau tidak tahu sekiranya pihaknya dapat menunggu lagi dan bertanya jika Sanych boleh menghantar peluru berpandu tersebut pada pagi itu juga dan Sanych bersetuju untuk menghantar.

BACA: Malaysia mahu tindakan tegas terhadap dalang tembak jatuh MH17 - PM

BACA: 100 orang disiasat berkaitan nahas MH17 - Penyiasat
Di mana lokasi pelancaran peluru berpandu?

Lokasi terakhir sistem pelancar BUK-TELAR adalah di ladang berdekatan Pervomaiskyi yang dikatakan kawasan dikuasai puak penentang.

Saksi berkata mereka terlihat kepulan asap, BUK-TELAR di kawasan pelancaran di Pervomaiskyi dan peluru berpandu tersebut selepas ia dilancarkan dan beberapa saksi lain juga telah mengambil gambar jejak pengeluwapan dan pelancaran peluru berpandu tersebut.


Siapa dalangnya?

Penyiasat tidak mendedahkan nama-nama suspek namun mereka memberitahu bahawa mereka telah mengenalpasti lebih kurang 100 orang yang boleh dikaitkan dengan insiden MH17 dan BUK-TELAR dan siasatan akan dilanjutkan sehingga Januari 2018.

“Siapa yang memberi arahan untuk membawa BUK-TELAR dan siapa yang memberi arahan untuk menembak jatuh pesawat MH17? Adakah mereka membuat keputusan sendiri atau menerima arahan?  Ini adalah sangat penting dalam menentukan kesalahan yang dibuat oleh pelaku kesalahan,” jelas laporan siasatan.

Pihat JIT telah memuat naik beberapa pintasan panggilan telefon di laman web www.jitmh17 dan meminta sesiapa yang mengenali suara-suara tersebut untuk tampil bersama maklumat.

BACA: Waris mahu tahu siapa dalang tembak MH17

Ku Li buat orang PAS bengang!

Ahli PAS tidak tertarik dengan hudud, dakwa Ku Li

  | September 29, 2016
Wakil rakyat Umno itu berkata ahli PAS mempersoalkan mengapa sekarang ini hukuman lebih keras untuk kesalahan syariah ditonjolkan.

PETALING JAYA: PAS kini dipandu pemimpin lemah yang tidak mempunyai arah tuju yang tetap, oleh sebab itu berlaku perpecahan dalam parti, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
Dalam satu wawancara eksklusif Sinar Harian, veteran Umno itu juga mendakwa ahli PAS tidak tertarik dengan desakan parti Islam itu untuk meminda undang-undang syariah.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul peribadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), yang akan menyaksikan hukuman lebih keras untuk kesalahan tertentu.
“Perjuangan ini untuk tegakkan islah, bukan hendak tegakkan hukum. Kalau dahulu tidak dilakukan kenapa dibuat sekarang? Jadi ahli persoal itu juga.” katanya lapor Sinar Harian.
Sebelum ini Hadi menjelaskan PAS mendesak pembentangan rang undang-undang itu sejak 1995.
Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata mungkin kerana itu ramai ideologis PAS menyertai Amanah.
Amanah ditubuhkan tahun lepas oleh kumpulan profesional dalam PAS.
Walaupun kepimpinan PAS kelihatan lemah, termasuk di Kelantan, Ahli Parlimen Gua Musang tidak banyak bercakap mengenai peluang Umno di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
“Saya sendiri pun tidak faham Umno Kelantan ini,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Ini bukan kali pertama ahli politik Kelantan itu menyatakan keraguan terhadap PAS di negeri Pantai Timur Semenanjung.
Bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim awal bulan ini berkata PAS “tidak berguna” kerana tidak dapat menyelesaikan isu dan hanya berminat menjual Islam.
Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu berpandangan PAS di Kelantan akan tergugat dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Thursday, September 29, 2016

Bijak menghidu: Haha.......rupanya PAS jadi makhluk yang selalu mereka umpamakan!

Tuan Ibrahim: Pas boleh hidu kawan, lawan
RAZIATUL HANUM A.RAJAK - 29 SEPTEMBER 2016
Tuan Ibrahim Tuan Man Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Sebagai parti lama yang telah berpengalaman dalam kerjasama politik, Pas mendakwa mampu menghidu kawan mahupun lawan.

Sehubungan itu, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas kini sedang membina kekuatan blok politik ketiganya, Gagasan Sejahtera bersama rakan yang sedia menerima dasar dibawa parti Islam itu.

“Pas boleh mengenal ribut yang perlu diharungi melalui istiqamahnya, mengenal keikhlasan kawan atau yang hanya ingin menumpang kekuatan Pas, menghidu musuh dan kepura-puraan musuh yang ingin berkawan serta menyedari ia tidak boleh lari dari kesilapan tapi sentiasa istiqamah dalam memperbaiki kesilapan dan mengatasi kekurangan.

“Pas sedang membina kekuatan blok Gagasan Sejahtera walaupun pelbagai cemuhan dibuat. Bagi Pas, ia lebih senang berpakat dengan yang jujur dari yang hanya ingin mengambil kesempatan dalam muafakat,” katanya dalam satu kenyataan. 

Mac lalu, Pas membentuk blok politik ketiga dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang dipanggil Gagasan Sejahtera.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa parti itu dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadikan sasaran pihak tertentu dengan pelbagai tuduhan kurang enak, mutakhir ini.

Namun, Tuan Ibrahim berkata meskipun parti itu dijadikan ‘puching bag’, masih ada pula yang mengharapkan untuk bekerjasama dengan parti Islam itu.

“Hari ini, Pas dan Presiden Pas dijadikan ‘punching bag’ dengan pelbagai tuduhan kurang enak terutamanya fitnah yang paling banyak diulang iaitu kononnya nak kerjasama dengan Umno dan makan dedak Umno.

“Meskipun diserang, hari ini nampaknya ramai pula mengharapkan kerjasama bersama Pas. Bukankah pelik untuk meminta kerjasama dengan sebuah parti yang dituduh makan dedak Umno?,” katanya.

Menyentuh soal pilihan raya, beliau mendakwa ada parti yang memiliki calon namun jentera dan petugasnya langsung tidak kelihatan semasa berkempen.

“Kempen pilihan raya bukan sekadar menonjolkan calon yang kononnya diiktiraf berwibawa dan boleh menang ketika pilihan raya mendekati tetapi juga persediaan jentera dan petugas. Ada parti yang ada calon tapi jentera dan petugas langsung tak nampak batang hidung.

“Lebih malang, ada parti yang melonggokkan poster calon serta bendera di pejabat dan markas Pas meminta petugas Pas yang menguruskannya.

“Kalau parti setahun dua ditubuhkan, Pas sentiasa membantu dan memaafkan kekurangan. Tetapi parti lama yang jenis yang hanya muncul pada musim pilihan raya dan berucap berdegar-degar, maaflah,” katanya.

Tegasnya, Pas ingin membawa perubahan kepada sistem yang berpaksi kepada kebenaran dan keadilan sebagaimana yang diwahyukan ALLAH SWT.

“Perubahan sistem bukan hanya berlegar kepada sistem sekular yang sama, yang hanya menukar nama. Ada orang sinis dengan gagasan ini apa lagi bila dikaitkan dengan Islam atau nilai Rabbani.

“Mereka merasa akal manusia lebih hebat dari apa yang diturunkan oleh ALLAH. Pedulikan pandangan naif ini kerana kemanisan madu tidak akan dapat dinikmati, melainkan orang yang meminumnya,” katanya.

# kerana bijak menghidulah PAS selalu kena kelentong!
   Hal fitnah pula siapa yang fitnah siapa dan siapa yang melabel siapa?
   Siapa pula yang kuat auta dan konar baring?
   Siapa pula yang cakap tak sama bikin?
   Hakikatnya pemimpin PAS adalah dari jenis manusia POYO

Soalan maut atau soalan bodoh?

SOALAN MAUT ATAU KEBUDAK2AN?

YANG meletihkan saya bila ada soalan kebudak2an di laman sosial terutama di grup Whatsapp. Kekadang saya terlepas pandang tetapi mereka katakan itu soalan maut DSSA tak bisa jawab dan memang kekadang soalannya kebudak2an dan tidak semua saya layan.

Yang terbaru Panglima Hitam banyak sangat menyalahkan DS Shafie dan sebelum ini banyak pertanyaan bahawa apa saja yang DSSA lakukan terhadap Sabah.

DSSA duduki menteri persekutuan dan DSSA kena jaga seluruh Malaysia bukan semata Sabah dan kalau dia menumpu Sabah semata atau Semporna maka itu namanya tidak adil dan Allah akan hukum DSSA sebagai pemimpin berat sebelah.

Sekarang DSSA tidak lagi duduki kerusi persekutuan, maka itu yang menyebabkan dia punya masa kelilingi Sabah dan jelaskan apa sebenarnya.

Masa duduki kerusi kabinet persekutuan, DSSA kena akur ETiKA KABINET bahawa apa saja persoalan kena bincangkan di kabinet dan tidak boleh terus ke parlimen dan kalau majoriti kabinet setuju maka barulah dibenarkan.

Ahli kabinet tidak boleh suarakan sesuatu yang memudaratkan parti meski BENAR dan bila bercakap di luar hal parti itu makna melanggar ETIKA KABINET dan itu sebabnya DSSA dipecat dari kabinet. Memecat ahli kabinet memang kuasa seorang PM selaku pengerusi kabinet. Itu FAKTA bukan Auta.

Panglima Hitam nama palsu diharap hatinya tidak hitam dan dia menghentam DSSA konon soalanya merupakan soalan maut yang tidak boleh dijawab oleh seorang DSSA. Soalan itu jelas soalan kebudak-budakan yang harus banyak belajar dan banyak membaca lagi.

Di Malaysia ini memang aneh ada dua kerajaan, satu kerajaan Negeri dan satu kerajaan persekutuan. Semua yang mahu jadi penulis politik atau ahli politik kena faham fungsi kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan ini.

Kita ke pokok persoalan dan Panglima Hitam kata soalanya itu soalan maut DSSA tak boleh jawab dan saya juga ia katanya konon tak boleh jawab sebab soalannya MAUT.

Panglima Hitam jelas kurang ilmu dan kena belajar peraturan TRESURY INSTRUCTIONS atau "TI" dan kemudian kuasa kerajaan negeri dan juga kuasa2 DO di Sabah.

Memang benar DSSA duduki menteri di persekutuan dan punya peruntukan bilion dan peruntukan yang ada di Kementeriannya itu ia salurkan ke kerajaan negeri Sabah dan kekadang masuk ke Jabatan Pembangunan Sabah dan kemudian disalurkan ke Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Dari Kementerian Kewangan kekadang terus disalur ke Pejabat Daerah masing-masing di Sabah dan di situ meskipun sudah ada individu datang ke KL untuk mohon peruntukan itu belum tentu haknya dan bila sampai ke pajabat daerah, maka tuan DO kena hubungi YB MP/Dun di kawasan berkenaan.

Pernah berkali-kali yang berusaha turun naik di pejabat DSSA di Kuala Lumpur dan bila sampai ke Daerah kesan dia tidak menyokong YB berkenaan maka peruntukan itu dicantas dan YB kononya memberikan kepada orang lain dan sikawan gigit jari.

Nah, Panglima Hitam kena faham istilah tender tertutup, terbuka, terhad dan TERBUKA dan kena faham juga yang disebut Quatation. Jika tak faham kena tanya pegawai kerajaan dan kena tanya yang kerja di bendahari atau kementerian kewangan.

Pernah DSSA salukan peruntukan sekitar 100 juta untuk bakalan air di Kota Marudu dan itu dikuasai oleh Kementerian Kewangan dan bila peruntukan disalur ke Sabah maka DSSA langsung tidak ada kuasa, malah Dr Mix yang MP Kota Marudu juga kehilangan kuasa sebab projek dekat 100 juta. Mata membesar melihat jutaan untuk penuhkan kantung sendiri.

Siapa yang dapat?

Maka itulah kuasa kementerian kewangan dan mesti kelulusan Ketua Menteri sendiri melalui setiausaha tetap Kementerian di maksud jika dikasih secara AWARD dan di sini jelas kuasa itu kerajaan Negeri dan bukan DS Shafie Apdal. Kasus dekat 100 juta projek air Kota Marudu itu terbantut tiga tahun kesan berebutan siapa yang dapat kontrak. Faham?

Kasus dan peraturan kewangan ini kena faham dan bukan komen membabi buta dan menyalahkan DS Shafie sendiri dan cara itu tidak benar dan kasus ini sudah berkali-kali saya jelaskan dan nampaknya soalan yang dikatakan MAUT itu adalah soalan sampah dan soalan kebudak-budakan yang main hentam keromo.

ISMAILY BUNGSU
PK-DSSA
29 september, 2016
2:26pm

Elak tragedi MH370: Menteri dituntut laksanakan tiga perkara

Menteri disaran laksana tiga perkara elak tragedi MH370 berulang atau letak jawatan
 | ARIF ATAN
Zaidi AhmadZaidi Ahmad
Berikan elaun kritikal kepada juruterbang jet pejuang seperti amalan beberapa negara lain; wujudkan kursus pendek juruterbang pejuang untuk tugas pemintasan udara serta menggaji semula juruterbang jet pejuang yang telah menamatkan perkhidmatan secara kontrak.
Itu tiga saranan bekas Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad bagi mengatasi alasan kononnya wujud masalah kekurangan juruterbang jet pejuang sehingga terpaksa menurunkan tahap siap sedia pesawat pejuang (alert status) daripada 30 minit kepada dua jam seperti sebelum nahas MH370.
“Ini adalah sebahagian langkah yang boleh difikirkan oleh kerajaan khususnya Menteri Pertahanan. Jika perkara sebegini pun beliau tidak boleh fikir dan buat, elok beliau letak jawatan saja.
“Sejarah tercatat bahawa tragedi MH370 dan MH17 berlaku semasa beliau adalah Menteri Pertahanan dan Menteri Pengangkutan,” tegasnya dalam satu kenyataan merujuk kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, sekiranya nahas kedua-dua pesawat itu berlaku di luar negara, menteri dan panglima angkatan tentera berkenaan telah meletak jawatan atau dipecat.
“Namun, hakikatnya di Malaysia yang tidak cekap dan gagal tetap dikekalkan asalkan mahu bersekongkol dengan Perdana Menteri yang terpalit dengan pelbagai skandal terutama skandal rompakan wang negara berjumlah RM14 bilion melalui 1MDB,” bidasnya.
Walau bagaimanapun, Zaidi mengingatkan operasi jet pejuang bukanlah penyelesaian terbaik kepada krisis seperti MH370 memandangkan radar pesawat pejuang hanya boleh melihat ke hadapan dan tidak ke sekeliling.
Aewacs AewacsHal ini, jelasnya, berbeza dengan pesawat radar amaran awal (Aewacs) yang mampu mengesan pesawat lain pada jarak lebih jauh berbanding pesawat pejuang.
“Tempoh terbang yang singkat oleh pesawat pejuang hanya sekitar maksima dua sehingga tiga jam berbanding pesawat Aewacs sekitar empat sehingga lima jam,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau yang berpengalaman sebagai juruterbang jet pejuang lebih dua dekad berpendapat perolehan pesawat Aewacs sebagai aset paling mendesak bagi negara ini demi mengelak berlakunya tragedi lebih buruk daripada nahas MH370.

Apa masalahnya kalau cakap Melayu sekali pun?

Anak Zahid tampil pertahankan ayah

  | September 28, 2016
Nurulhidayah akui bahasa ayahnya tidak bergaya seperti 'mat salleh Malaysia'
PETALING JAYA : Anak timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah hari ini tampil mempertahankan ayahnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikritik orang ramai kerana kesalahan bertutur ketika berucap kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
di sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Nurulhidayah berkata, ayahnya tidak mempunyai ‘bahasa bergaya’ untuk menarik perhatian gaya ‘mat salleh Malaysia’.
“Tetapi bagi saya, dia adalah seorang lelaki bergaya yang berani bercakap dan mempertahankan apa yang dia percaya dan memberikan yang terbaik sebagai timbalan kepada perdana menterinya. Itu yang penting,” katanya menerusi Instagram miliknya.
Sebelum ini, Zahid dikritik kerana kesalahan bertutur ketika mewakili di sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan PBB (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.
Malah, Zahid turut tersilap menyebut Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Malaysia
Pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji keberanian Zahid selain memberi kata-kata dorongan.
“Saya pun dulu gagap dan tidak fasih dalam bahasa Inggeris, tetapi alhamdulillah sekarang saya diberikan mandat untuk mengajar di lebih 25 negara.
“Hadirlah ke kelas bahasa Inggeris dan mulakanlah diri untuk terlibat dalam suasana yang bertutur dalam bahasa Inggeris,” kata Syed Saddiq dalam status di Facebook semalam.
Selain Syed Saddiq, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin turut mempertahankan Zahid dan menyatakan tidak ada apa hendak dimalukan jika tidak fasih berbahasa Inggeris, namun lebih memalukan sekiranya tinggal di Malaysia tetapi tidak fasih bertutur bahasa kebangsaan.

# Bukankah biasa cina berbahasa cina dan jepun berbahasa jepun di UN?
Lagi pun takkanlah lidah Melayu Zahid nak dijadikan lidah orang putih dengan lenggok dan slanga mereka?
Tersalah sebut tu mungkin gabra berucap di hadapan pemimpin dunia!

Goebbels kecil yang berhasil kosong!

28 Sep 2016
PROPAGANDA

1. Di bawah pemerintahan Nazi di Jerman, Menteri yang terkenal sekali ialah Joseph Goebbels, Menteri Propaganda. Tugasnya ialah mentransformasi segala yang buruk yang dilakukan oleh rejim Nazi supaya ternampak bukan sahaja baik tetapi mulia.

2. Malangnya selain dari orang Nazi, tiada siapapun yang mempercayai gambaran yang cuba dipamerkan oleh Goebbels dan kementeriannya. Sudah tentu dunia luar menolak bulat-bulat propaganda berkenaan Hitler dan rejim Nazi-nya. Akhirnya Goebbels bukan sahaja membunuh diri tetapi juga isteri dan anak-anaknya. Ia tidak dapat menafi kekalahan rejim Nazi.

3. Sejak Najib dituduh melesapkan berbilion Ringgit wang 1MDB (duit rakyat), ramailah Goebbels kecil yang ditugaskan memperbaiki imej Najib dengan berbagai jenis penjelasan dan dakwaan.

4. Yang baru dan bukan terakhir ialah dakwaan oleh Gani Patail, bekas Peguam Negara bahawa dianya tidak dianiaya tetapi sebaliknya pemberhentiannya mengikut aturan-peraturan Kerajaan dan memangpun Perdana Menteri berhak untuk menamatkan khidmatnya.

5. Kenyataan ini amat berbeza dengan kenyataan yang dibuat sendiri olehnya sejurus selepas hilang jawatan. Oleh itu orang ramai yang tahu akan kepercayaan Najib bahawa “Cash is King” menolak kenyataan baru ini.

6. Mereka menjangka banyak dedak yang diguna, selain dari ugutan-ugutan. Mereka yang bersama Najib pun tidak percaya akan kenyataan baru Gani Patail, walaupun mereka tidak berani menyatakan apa yang terbuku dalam hati mereka.

7. Percubaan membersih Najib ini adalah satu pembaziran kerana tidak dapat mengubah barang sedikit pun kepercayaan mereka dalam Negara bahawa Najib memang bersalah seperti dituduh.

8. Sejak skandal 1MDB, banyaklah percubaan oleh Najib untuk membersihkan diri dengan cara ini. Demikian kenyataan oleh Sirul yang lari ke Australia bahawa Najib tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya.

9. Demikian juga dengan peralihan kesetiaan blogger Big Dog dan Rockybru. Mereka boleh nafi mereka telah dibeli, tetapi masyarakat semua faham sebab peralihan haluan oleh mereka. Apapun yang ditulis oleh mereka dimasukkan dalam bakul sampah.

10. New Straits Times, Utusan dan TV3 sudah tidak dibaca atau dilihat oleh penonton. Mereka benci dengan pembohongan laporan yang disiar. Mereka yang menghadiri ceramah berkenaan salah-laku Najib, 1MDB dan lebih-lebih lagi duit sebanyak 2,600 lori yang diberi oleh orang Arab untuk Najib masuk dalam akaun peribadinya, untuk dibelanja sesuka hatinya, gelak ketawa apabila media suruhan Najib melapor kononnya hanya 200-300 orang sahaja hadir, sedangkan mereka berada di ceramah berkenaan dan melihat beribu-ribu yang hadir.

11. Sesungguhnya propaganda Najib tidak berkesan. Duit yang banyak yang di hadiah kepada Goebbels kecil ini tidak menghasil apa-apa perubahan pandangan oleh masyarakat amnya dan penentang Najib khasnya. Sebenarnya dengan pembohongan dan propaganda Najib, mereka lebih yakin tuduhan-tuduhan terhadap Najib mempunyai asas yang kuat dan benar.

12. Najib banyak duit. Oleh itu teruskanlah propaganda melalui orang yang tidak mempunyai kredibiliti sama sekali. Saya ucap tahniah kepada Salleh Said Keruak, Tengku Adnan, Tengku Sarifuddin dan Rahman Dahlan kerana berjaya menipu Najib bahawa kenyataan-kenyataan mereka berkesan. - sumber

Pada aku MP tua yang tak tetap pendirian ni takleh pakai!

Wednesday, September 28, 2016
Mencari PM sementara sebelum Anwar keluar
ENAKDOT PETANG
Semua orang masing-masing ada tokoh untuk dilantik menjadi perdana menteri. Ini menunjukkan jawatan itu menjadi perhatian semua orang. Keupayaan atau pun keinginan untuk melantik seseorang jadi perdana menteri ini samalah keadaanya atau keinginan seorang lelaki yang hendak berkahwin.

Kerana hanya berdasarkan fitrah lelaki harus berkahwin maka dia juga hendak berkahwin walaupun tidak menyedari kelemahan dan kekurangan yang ditanggugnya.

Tidak mengapalah, keinginan dan cita-cita sebegitu adalah hak asasi seseorang. Cuma hendak diingatkan lelaki yang hendak dikahwinkan itu mestilah benar-benar berkamampuan dari segi zahir dan bathin.
Masih relevan jadi PM walaupun dipenjara

Bagi orang politik pula kehendak atau niat mereka untuk mengangkat seseorang jadi perdana menteri itu adalah hak dijamin demokrasi. Sesiapa sahaja boleh bermimpi untuk diletak di kerusi berkenaan. Tidak salah. Cuma apakah dia atau orang yang hendak dilantik itu mampu, berkebolehan atau tidak. Lebih penting lagi apakah ia diterima oleh rakyat kebanyakan?

Tidak ada guna kalau kita paksa orang untuk berkahwin atau mencari jodoh buatnya, bina pelamin dan sebagainya kalau keupayaan untuk dia berkahwin dan memasuki alam sunnah itu tidak ada. Ia tidak akan dapat menzahirkan zuriat. Ertinya usaha itu akan sia-sia sahaja.

Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah mencadangkan (menyebut) Muhyiddin Yassin akan dilantik sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan yang disertai partinya (PPBM) menang. Itu cita-cita dan kehendak Dr Mahathir secara peribadi bukan suatu konsesus.

Tidak ada siapa pun tidak boleh membantahnya atau merendah-rendahkan kualiti Muhyiddin untuk jadi PM.  Peluang Muhyiddin jadi TPM beberapa tahun di bawa Najib Razak cukup baik dan sebagai latihan buat Muhyiddin. Mungkin Dr Mahathir membuat cadangan itu mengambil kira apa yang berlalu itu?

Kita hormati pilihan Dr Mahathir itu. Dan marilah kita memasukkan nama Muhyiddin sebagai salah seorang calon PM.

Selepas Mahathir mencadangkan Muhyiddin, Saifuddin Abdullah melontar agar Pakatan Harapan melantik PM intrim sekiranya pakatan itu menang. Idea Saifuddin itu tumbuh selepas Dr Mahathir bercakap mengenai mauduk itu. Beliau tidak menyebut nama tokoh dicadangkan itu dan menyerah kepada PH, tetapi konotasi cadangan itu memberi isyarat bahawa calon pilihan Saifuddin adalah Anwar Ibrahim.

Baginya sebelum Anwar keluar dan dibebaskan dari penjara maka harus ada satu nama sebagai PM. Apakah nama itu sama dengan cadangan Dr Mahathir itu? Boleh jadi jika diambil kira rahim yang melahirkan Saifuddin ke atas dunia sama dengan Muhyuddin, yakitu Umno.

Kalau itu Saifuddin tampak (Anwar PM de facto) maka dia memiliki mata zahir dan hati sama dengan saya. Saya juga telah nampak Anwar sebagai orang selayaknya menjadi PM selepas Najib. Tetapi apa boleh buat beliau kini dalam penjara menyebabkan peluang itu ternafi. Maka itu Saifuddin menyebut nama orang lain buat sementara.

Atas semangat demokrasi dan menghormati kebebasan hak asasi di sini saya juga ada pandangan dan calon lain sebagai menjawab persoalan dikosongkan Saifuddin itu. Disebabkan Saifuddin tidak ada calon PM sementara, bolehlah saya mengisi nama ini menjadi PM sementara atau PM interim sebelum Anwar melangkah keluar dari penjara.

Orang yang saya maksudkan ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Ada beberapa sebab atau pun kemunasabahan kalau Tengku Razaleigh dipilih sebagai PM sementara. Tentunya ia berdasarkan kepada track record penglibatannya dalam politik selama ini. Ia juga berpegang kepada sejarah yang Tengku Razaleigh seharus menjadi PM sebelum daripada Dr Mahathir Mohamad lagi.

Tengku juga dilihat seorang yang sedarhana dan dapat diterima oleh semua pihak. Beliau tidak pernah melontarkan idea kontroversi dalam politik. Beliau tidak dilihat rasis, ekstrem atau fanatik dalam memegang sesuatu ideologi atau agama. Beliau mempunya pemikiran terbuka yang bergerak seiringan dengan keadaan semasa.

Cuma masalah Tengku Razaleigh beliau dilihat masih kejap berpegang kepada adat dan tradisi dunia yang membesarnya, yakni Istana. Sebenar persepsi itu kurang tepat kerana beliau seorang yang suka merendah diri dan ada kalanya tidak terperasaan bahawa dia berdarah raja. Keenggannya untuk tidak menjadi kontroversi dan mengelak daripadanya itulah masalah buatnya.

Sebenarnya apa yang berlaku dalam dunia politik sekarang ini dimana orang ramai juga sukar untuk memfokus kepada seseorang calon berdasarkan komitmen mereka, (melainkan Anwar) orang seperti Tengku Razaleigh itulah layak menjadi PM dan sesuai untuk citarasa Malaysia. Dari segi kelayakan Tengku Razaleigh sudah terlebih masak untuk memegang jawatan itu.

Mungkin ada yang tidak setuju dengan nama ini tetapi seperti saya katakan, kita kena hormati dan mengambil kira semua pandangan.

Dari segi pengaruh akar umbi Tengku Razaleigh masih ada pengaruh jatinya tersendiri. Mungkin dia kelihatan sudah terkeluar dari orbit politik hari ini kerana usia dan tanpa jawatan, namun pengaruh dan pengkagumnya masih ada. Pertemuan bekas pemimpin Semangat 46 tidak lama dahulu menyerlahkan akan kekuatan pengaruh ahli Parlimen Gua Musang itu. Kira-kira 300 orang hadir yang kebanyakan bekas pimpinan, bekas calon dalam pilihan raya dan tokoh politik yang berjuangnya dengan dalam Semangat 46.

Mereka ini adalah pegkagum dan setiawan Tengku Razaleigh yang mengambil sikap berdiri di tengah dalam kancah politik hari ini. Walaupun Tengku Razaleigh dan penyokongnya dikerah menyertai Umno, tetapi sebahagian bekas pemimpin Semangat 46 mengambil sikap berkecuali. Mereka tidak menyertai atau aktif dalam Umno.

Kebetulan sewaktu cadangan nama-nama untuk jadi PM ini timbul saya sedang menyiapkan buku antara lain cuba mencari atau menyuluh siapakan bakal menjadi PM. Bertolak dari teori RAHMAN sudah berakhir, maka saya cuba mengangkat perkataan RAHIM sebagai teori baharu.

Penjengok akan dapat membaca serta mengkaji apakah teori baharu ini tepat atau terjadi seperti teori RAHMAN yang sudah menjadi sejarah itu. Saya membuat ulasan panjang lebar mencari justifikasi atau pun menyusun "asbab" mengenai teori itu.

Yang jelas dalam teori RAHIM ini timbalan perdana menteri sekarang ini tidak membayangkan dia bakal menjadi PM. Pandangan menuruti askara dalam teori itu seakan tepat dengan senario dalam Umno bahawa Zahid Hamidi tidak sempat menjadi PM. Hakikinya kerusi PM masih terbuka luas.

Tunggulah penerbitan huku baharu saya yang mengangkat subjek ini untuk kita lihat dan hisab siapakah PM sebelum Anwar Ibrahim. Siapa mendahului Anwar kemudian akan mengikut jejak Anwar selepas itu? Ada beberapa nama tersenarai dalam teori itu selain Razaleigh, mereka ialah tokoh-tokoh muda, Nurul Izzah, Azmin Ali, Husam Musa, Hishamuddin Hussein, Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Mukhriz Mahathir. Maaf nama Abdul Hadi tidak tersenarai. [wm.kl.2:28 pm 28/09/16]

Posted by mohd sayuti Omar at 3:48:00 PM