Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts

Monday, February 26, 2018

Wanita Malaysia antara ditahan pemberontak Kurdish di Syria

Zam Yusa | February 26, 2018
Kebanyakan wanita ditahan bersama anak mereka, kata Pertubuhan Hak Asasi Manusia.
Pejuang YPG Kurdish di Syria. Penganalisis keganasan Asia Tenggara, Pawel Wójcik, berkata masih banyak keluarga ditahan YPG dan Angkatan Demokratik Syria. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Sekumpulan wanita warga Indonesia dan Malaysia yang dikaitkan dengan IS ditahan tentera Kurdish di Syria, kata pegawai badan hak asasi manusia.

Pegawai itu berkata kebanyakan wanita itu ditahan bersama-sama anak mereka.

Dipercayai terdapat sekurang-kurangnya 15 warga Indonesia dan seorang wanita Malaysia dalam kalangan tahanan itu.

Akhbar Jerman, Die Welt, melaporkan awal bulan ini, lebih kurang 800 wanita warga asing yang menyertai kumpulan militan IS bersama anak-anak mereka ditahan tentera Kurdish yang disokong Amerika Syarikat, di utara Syria.

Akhbar Jerman itu menemu bual Pengarah Program Keganasan dan Counterterrorism Pertubuhan Hak Asasi Manusia, Nadim Houry, yang bercakap dengan ramai wanita semasa melawat beberapa kem tahanan di kawasan pegangan tentera Kurdish di Syria bulan lepas.

“Saya tahu terdapat warga Indonesia, sekurang-kurangnya 15 keluarga,” kata Houry kepada FMT menerusi emel.

“Saya tidak ternampak warga Malaysia, tetapi saya diberitahu terdapat satu keluarga.

“Kebanyakan keluarga mempunyai anak, jadi walaupun saya tidak mengetahui maklumat lanjut tentang keluarga-keluarga ini, saya merasakan mereka juga (keluarga Malaysia) mempunyai anak.”

Houry berkata Indonesia antara beberapa negara yang sudah membawa pulang beberapa keluarga pada 2017.

“Lagi satu negara yang sudah membawa pulang warga mereka adalah Rusia. Tetapi masih ada yang belum dibawa pulang,” katanya.

“Saya tidak berpeluang bercakap lebih lanjut dengan mereka kali ini.

“Tetapi saya sudah bertemu dengan keluarga-keluarga warga Indonesia semasa lawatan sebelum ini pada Julai 2017, walaupun saya diberitahu Indonesia sudah membawa pulang sekumpulan wanita itu.”

Houry tidak berkata jika terdapat wanita dari negara Asia Tenggara lain di kem tersebut dan apa yang berlaku kepada keluarga Malaysia itu.

Akhbar itu turut memetik Houry yang mengatakan 800 wanita dan kanak-kanak itu ditahan di 4 kem.

“Mereka berasal dari lebih kurang 40 negara. Terdapat wanita warga Kanada, Perancis, Britain, Tunisia, Yaman, Turki dan Australia,” katanya sambil menambah, terdapat 15 daripada mereka berasal dari Jerman.

Houry berkata wanita di kem itu diberikan tahap kebebasan tertentu tetapi tidak dibenarkan meninggalkan kem.

Mereka ditahan daripada pejuang IS yang ditangkap, katanya.

Sesetengah wanita ditemubual Houry mengadu, mereka “dipukul dan dimalukan” semasa soal siasat dan dipaksa tinggal dalam keadaan tidak bersih dengan bayi mereka.

“Wanita-wanita ini dalam situasi sangat sukar. Terutamanya bagi anak-anak kecil, keadaan sememangnya tidak baik,” kata Houry sebagaimana dipetik.

Houry berkata wanita-wanita tersebut mahu pulang ke rumah dan sanggup dijatuhkan hukuman jenayah di negara asal mereka.

“Sesetengah wanita mahu sekurang-kurangnya menghantar anak mereka pulang,” katanya sambil menambah, kerajaan Eropah sepatutnya membenarkan anak-anak tersebut pulang.

“Kanak-kanak itu tidak melakukan sebarang jenayah, mereka mangsa perang dan biasanya menjadi mangsa ibu bapa mereka yang radikal,” katanya.

Kemungkinan dihantar balik

Pawel Wójcik, penganalisis keganasan Asia Tenggara laman bahasa Polish yang mengetengahkan isu semasa, mPolska24, berkata terdapat banyak keluarga dari Asia Tenggara masih dalam tahanan Angkatan Demokratik Syria dan YPG (Unit Lindungan militia Kurdish).

“Orang Kurdish terbuka untuk rundingan dengan kerajaan bagi proses menghantar balik warga negara,” katanya kepada FMT.

“Keluarga dalam tahanan Iraq mempunyai pilihan yang lebih sedikit kerana mereka lebih cenderung untuk mendakwa atau menjalankan hukuman mati ke atas mereka.”

Kata pakar itu, ia tertakluk kepada Malaysia untuk memutuskan apa perlu dilakukan dengan rakyatnya di sana.

“Sememangnya terdapat keperluan untuk menyiasat peranan rakyat Malaysia dalam organisasi keganasan IS itu sebelum mereka dicekup oleh orang Kurdistan,” katanya.

“Ini penting kerana dalam sesetengah kes, masih ada peluang untuk menjalankan deradikalisasi dan membantu wanita-wanita itu menyesuaikan diri semula dalam masyarakat.

“Bagaimanapun, dalam kes lain, contohnya wanita Malaysia yang menjadi ahli polis moral atau berkhidmat dalam ketenteraan atau pentadbiran IS, ia lebih sukar untuk kerajaan Malaysia menjalankan proses deradikalisasi atau menyesuaikan mereka semula.”

Sunday, January 7, 2018

Donald Trump - Some Facts

Sunday, January 7, 2018

Sections of the American mainstream media is on a witch hunt to take down President Donald Trump. Talk show hosts, late night commentators and others are leading the charge as well.

The latest is a book Fire And Fury written by a Michael Wolff (two fs) that says  Trump is insane, mentally unstable, psychologically disturbed, deranged etc to hold the office of the US President.

This book is coming out AFTER an almost year long quite ridiculous effort to prove that Donald Trump is a Russian agent. To be more exact - an agent of Vladimir Putin - who is of course another Darth Invader bad boy of the pro-blood-shedding Western death cults.

Anyway here are some simple Sunday morning facts about Donald Trump that may be useful.

Donald Trump finished high school circa 1964 as a military cadet at the New York Military Academy. 

Here is a picture of Trump at the military academy.  He is 2nd from the left.
After that in 1968 Donald Trump graduated from the super Ivy League Wharton School of Finance at the University of Pennsylvania. He holds a Bachelor of Science in Economics. 
Donald graduating from Wharton 1968. Here with his multi-millionaire father

Other people who have graduated from the same Wharton School of Finance include Elon Musk, Mortimer Zuckerman, Additya Mittal, Anil Ambani and one fatty boy char kway teow seller from Penang.  Some say Warren Buffet is also a graduate of the Wharton School.
Elon Musk : Tech genius, entrepreneur extraordinaire and billionaire
Billionaire Mortimer Zuckerman : Owns FIVE MILLION square feet of office buildings,  owns US News and World Report and was a Harvard professor.
Aditya Mittal, son of billionaire Lakshmi Mittal and heir to the Mittal Steel empire, the largest steel producer in the world.
Anil Ambani - Chairman of the Reliance Group, billionaire industrialist

Trump graduated from the Ivy League Wharton School,  the alma mater of some of the greatest industrialists, businessmen and billionaires in the world.  These are facts.

Donald Trump then went ahead to build his business empire.  The less informed identify Trump as a TV personality but that was just Trump's pre-planning to position himself for his run for the presidency. He wanted to become a household name first.

Trump's greatest success is his multi-billion dollar business empire. Trump says he has made over US$8 billion from his business. And he is still making more money. These are facts.  That is indeed a clever businessman. 

In politics, Trump has no experience. Hence his rookie outing as a presidential candidate had to be a cleverly thought and well prepared move. He has won the presidency as the 45th president of the United States, with no previous record in politics, defeating not just 'deep state'candidates but also the mega media machinery that was against him. This is another humongous achievement. These are facts.

Within the first 12 months of being in office, Trump has become the first and most decisive US President yet to cut off US$2.0 billion military aid to Pakistan. These are facts.  

This means US$2 Billion less human blood shed, killing and destruction in Pakistan and elsewhere where Pakistan sends its terrorists.  Trump is now pondering  cutting more aid to Pakistan.

In my view, Trumps greatest achievement thus far is the revamping of the US tax regime, particularly cutting corporate taxes from a whopping 35% down to a more sensible 20%.  

This will free up TRILLIONS of dollars for American companies - to reinvest, to expand production, to employ more workers, to pay dividends to shareholders, to buy yachts, to buy Rolls Royces etc.  Their country is about to take off.  

Since Donald Trump became President less than 12 months ago, the US economy is taking off. Wall Street has gone skyrockets. The Dow Jones has breached 25,000 for the first time. When I lived in the US in the mid 80s, the Dow was at around 1400.

Here is the Dow Jones chart from March 2017 until 5th January, 2018.
When Donald Trump became president, the Dow Jones was around 20,000. Now it has reached 25,295. That is an explosion of over 26 % in under 12 months !!

The NYSE (where the Dow Jones is computed) now has a market capitalisation of almost US$20 TRILLION !!

In 12 months of Trump's presidency the NYSE has added ALMOST US$5 TRILLION to their wealth !!

All these are facts.  

It does not sound very insane or deranged or psychologically disturbed.

Posted by Syed Akbar Ali at 11:31:00 AM 

Thursday, November 30, 2017

Iran kepada Saudi: Selesaikan dulu masalah dalaman sendiri sebelum campuri urusan luar

Tehran gesa Arab Saudi cermin diri sebelum mahu jadikan Iran 'kambing hitam'
Agensi | Diterjemahkan oleh: Syah Hairizal Kamalul Arifin
Diterbitkan pada November 29, 2017 19:32 MYT
Hassan berkata dengan menjadikan Iran sebagai 'kambing hitam' dalam segala permasalahan bukan jalan penyelesaian terbaik buat Riyadh. - Gambar fail

TEHRAN: Iran dakwa Arab Saudi cuba menutup keburukan Riyadh dengan menimbulkan kekeruhan dalam kalangan negara-negara Arab.

Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata Riyadh juga telah gagal dalam usahanya di Yaman dan di beberapa negara rantau itu.

Hassan berkata dengan menjadikan Iran sebagai 'kambing hitam' dalam segala permasalahan bukan jalan penyelesaian terbaik buat Riyadh.

"Arab Saudi perlu terlebih dahulu berusaha untuk menyelesaikan dua masalah itu sebelum mencari alasan untuk menjadikan Iran sebagai 'kambing hitam'.

"Pertama Riyadh perlu menyedari kesilapan yang dilakukan di Qatar, Iraq, Syria dan baru-baru ini di Lubnan.

"Kedua, masalah dalam negerinya, Arab Saudi sedang menghadapi masalah dalaman,jadi mereka perlu meyelesaikan isu terbabit sebelum mencampurinya dengan urusan luar," jelas Hassan Rouhani dalam satu temubual yang disiarkan di televisyen pada rabu.

Sebaliknya Arab Saudi digesa menyelesaikan dua isu utama itu terlebih dahulu sebelum menjadikan Iran sebagai seteru.

Kedua-dua negara kuasa besar terbabit telah bertelingkah sejak sekian lama terutama isu yang melibatkan fahaman sunni dan syiah hingga membawa kepada kemudaratan seperti di Qatar, Yaman, Syria dan Lubnan.

Saturday, November 25, 2017

Dua lelaki ini bergaduh cetus panik di London Central Tube

Imej dua lelaki terlibat pergaduhan di Oxford Street didedahkan
Agensi |  November 25, 2017 15:17 MYT
Imej dua lelaki terlibat pergaduhan di Oxford Street didedahkan
Imej dua lelaki didedahkan Polis Pengangkutan British yang dipercayai bergaduh hingga mencetuskan situasi panik di Oxford Street, London.
LONDON: Polis telah mengeluarkan imej dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di stesen bawah tanah London Central Tube yang mencetuskan panik pada hari Jumaat.

Pegawai mahu saksi yang berada di stesen bawah tanah Oxford Circus ketika proses pemindahan di  untuk tampil membantu siasatan.

BACA: Polis siasat dakwaan pergaduhan punca insiden panik di Oxford Street

Sementara itu, BBC News dipetik berkata Datuk Bandar London, Sadiq Khan dalam satu kenyataan memuji tindakan pantas pasukan perkhidmatan kecemasan bandar tersebut.

Wartawan BBC, Helen Bushby berkata dia telah melihat "rempuhan besar-besar" orang yang melarikan diri dari stesen Oxford Circus.

"Mereka menangis, menjerit, menjatuhkan beg membeli-belah mereka. Situasi pada masa itu sangat panik.

"Orang ramai berkata mereka terdengar bunyi tembakan dan panik," katanya.

Thursday, November 23, 2017

Keakraban Arab-Israel: Bahaya Iran dan pengaruh Syiah terhadap Sunni atau menjaga keselamatan Israel?

Hubungan intim Arab dan Israel
HAJI ABDUL HADI AWANG  -  November 22, 2017 11:36 am
Beberapa media Arab mendedahkan hubungan terbuka dan sulit secara intim di antara Arab dan Israel. Dikatakan tujuannya ialah keselamatan serantau Asia Barat. Namun fikirkan hujahnya, adakah bahaya Iran dan pengaruh Syiah terhadap dunia Sunni atau menjaga keselamatan Israel?

Semua media yang dikuasai oleh kerajaan di serantau Asia Barat menjadikan bahaya Syiah dan Iran sebagai noktah yang satu dan disokong pula oleh media Israel. Adapun gerakan menentang Israel seperti Hamas, Tanzim Jihad daripada Sunni dan Hizbullah daripada Syiah semuanya dilabelkan pengganas. Marilah berfikir dan mengkaji terlebih dahulu dengan bijak, sedar dan insaf sebelum membuat keputusan.

Kumpulan Syiah sudah wujud sejak zaman awal Islam, kerana kekhilafan berhubung masalah perlantikan khalifah selepas wafatnya Rasulullah S.A.W.

Pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin, pelantikan Saidina Abu Bakar R.A, Saidina Umar R.A, Saidina Uthman R.A dan Saidina Ali K.W.H diterima secara sepakat oleh para ulama muktabar daripada semua mazhab, sehingga bersatu mempertahankan Islam, menegakkannya dan menyebarkan dakwah ke seluruh pelosok dunia.

Namun dihangatkan semula pada zaman Umawiyah dan Abbasiyah apabila platform Ahli Sunnah diambil oleh para khalifah, khususnya yang berlaku zalim. Pertelingkahan politik berkenaan calon khalifah yang semuanya sudah meninggal dunia dinyalakan semula pada zaman mutakhir.

Ahli Al-Bait menjadi sasaran buruan pemerintah tanpa mengira Sunni, Syiah atau Khawarij semata-mata kerana pengaruhnya dikira ancaman kepada khalifah yang ada. Para ulama pula ada yang beristiqamah dan ada yang hanyut. Namun semua ulama dan ketua madrasah mazhab khususnya Ahli Sunnah tidak menyokong khalifah yang zalim dan bersama Ahli Al-Bait, padahal mereka bukan Syiah. Semuanya melaknat peristiwa pembunuhan Saidina Husain R.A, cucu Baginda Nabi S.A.W.

Ada kalangan yang dizalimi sehingga dibunuh seperti Abdullah bin Al-Zubair, dan dikalangan para sahabat dan kalangan Tabi’ein seperti Said bin Jubair dan lain-lain. Ada yang dipenjarakan seperti Imam Abu Hanifah. Di sana ramai kalangan ulama ahli Al-Bait bersama dengan ulama Ahlu Sunnah turut menjadi sasaran pemerintah pada zamannya seperti Imam Jaafar Al-Sodiq. Ada juga kalangan ulama mujtahid yang selepasnya seperti pengikut Said bin Jubair dan lain-lain yang dibunuh oleh khalifah yang zalim, tiba-tiba pengikutnya disenaraikan kumpulan Khawarij oleh kerajaan pada zamannya dengan sebab kepentingan politik, bukan hukum syariat.

Walaupun mazhab politik dalam Islam ini akhirnya mempengaruhi pengajian aqidah, feqah dan tasawuf sehingga berkhilaf pula di dalamnya, serta ada yang melahirkan banyak perkara bid’ah yang wujud daripada semua mazhab. Namun, para ulama mengumpulkan semua mazhab di dalam kitab-kitab yang dikarang supaya dikaji mana yang kuat hujahnya dan mana yang ditolak berpandukan sumber hukum Islam yang sahih berpandukan Al-Quran dan Sunnah, serta kaedah sumber kajian yang lain secara ijtihad yang adil. Peranan ini adalah tugas para ulama semua mazhab yang boleh dilakukan dengan mudah tanpa campur tangan kerajaan yang tidak istiqamah (konsisten).

Semuanya adalah perkara rumahtangga umat Islam yang tidak boleh diizinkan campur tangan asing, khususnya kalangan musuh Islam yang nyata tidak ikhlas terhadap umat ini. Langkah awal OIC yang menubuhkan kumpulan pemikir daripada kalangan para ulama muktabar sangat baik dengan syarat jangan diganggu oleh pengaruh politik negara yang tidak sihat.

Sila kembali kepada sejarah penjajahan Barat yang menggunakan Syarif Husain sebagai Raja Hijaz (termasuk Makkah dan Madinah) supaya mengisytiharkan Revolusi Agung Arab di Tanah Suci ini pada tahun 1916, yang sepatutnya tidak berulang lagi kerana membawa celaka yang panjang ke atas umat Islam.

Kedatangan Presiden Donald Trump ke Arab Saudi dan susulannya menubuhkan kumpulan negara Arab dan Islam, serta dilakukan perubahan struktur kerajaan Arab Saudi terkini dan disertakan pula penglibatan Israel secara terbuka yang mendukung gagasan untuk menghadapi bahaya yang dikatakan Syiah dan Iran, hendaklah difikirkan dengan bijak secara bebas dan ikhlas, khususnya hari ini dipalu gendang perang selepas Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri membuat kenyataan peletakan jawatannya. Persoalannya, mengapa di Riyadh bukannya di Beirut?

Al-Quran mengajar umat Islam supaya sentiasa bersama Kitab Allah ini dan Rasul yang diutuskan bersamanya. Al-Quran mengesahkan walaupun Nabi Musa A.S dan Harun A.S daripada bangsa Yahudi tetapi Allah melantik mereka menjadi Rasul bersama Kitab Allah bernama Taurat. Maka Allah memerintahkan supaya beriman kepada kitab Taurat dan Rasul-Nya walaupun daripada bangsa Yahudi dan menolak Firaun Mesir yang kafir laknat walaupun kelahiran Mesir di bumi Al-Azhar yang menjadi pusat ilmu Islam kini kerana Firaun menolak Rasul dan Islam.

Begitulah Allah mewajibkan beriman kepada Al-Quran dan Rasulullah S.A.W bukan kerana bangsa Arab dan Bumi Makkah yang suci dan Batu Kaabahnya. Allah menolak Abu Jahal dan Abu Lahab kerana mereka menolak Al-Quran dan Rasulullah S.A.W. walaupun kelahiran di Makkah dan daripada keluarga Ahli Al-Bait.

Kini Israel ditubuhkan bagi menegakkan negara Haram Israel yang merupakan agenda Yahudi Zionis ke arah menakluk dunia di atas nama keagungan bangsa Yahudi, bukan kitab Taurat daripada Allah dan Islam yang sebenar. Berbeza dengan negara yang dipimpin oleh Nabi Sulaiman A.S. yang dibanggakan oleh bangsa Yahudi kini, sedangkan mereka bukannya menegakkan Islam warisan Nabi Sulaiman A.S, sepertimana dinyatakan dalam perutusannya yang disebut di dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya surat itu daripada Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani (30) Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan Islam (menyerah diri, beriman dan mematuhi ajaran agama Allah) (31)” (Surah AN-Naml: 30-31)

Adakah bunga Perang Dunia Ketiga dinyalakan di Makkah sepertimana perisytiharan Revolusi Arab pada tahun 1916 oleh Syarif Husain di Makkah yang mencetuskan Perang Dunia Pertama yang telah meranapkan kuasa Islam?

Apakah yang dilakukan ini kerana sebenarnya bahaya Syiah dan Iran? atau sebenarnya kerana keselamatan Israel yang menjadi kubu paling hadapan menghadapi kebangkitan semula umat Islam?

Saya tidak boleh menerima alasan bahaya Syiah, hujahnya kerana Sana’a di Yaman kini sudah dikuasai oleh mereka. Saya tidak lupa betapa Arab Saudi menyokong kumpulan Syiah ini sejak tahun 1961 sehingga diubah pendirian hari ini dengan menentangnya selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyelar Amerika di hadapan Kongresnya setelah kumpulan Syiah menawan Sana’a, dan Saudi terus melakukan perisytiharan perang ke atas Yaman di Washington, bukannya di Riyadh. Barangkali mengambil contoh Perdana Menteri Lubnan mengisytiharkan peletakan jawatannya di Riyadh, bukannya di Beirut.

Saya tetap kembali kepada Al-Quran walaupun raja yang menjadi khadam dua Tanah Haram mengadakan hubungan intim dengan Israel bersama Amerika Syarikat kerana saya tidak beriman kepada Batu Kaabah tetapi beriman kepada Allah.

Saya mendukung gabungan Turki, Iran dan Rusia, serta Qatar yang sudah beralih kecenderungan kepadanya bersama beberapa negara Arab yang lain tanpa mempedulikan kebanyakan negara teluk. Malah Mesir menunjukkan kegoyangan pendiriannya walaupun pernah bersama Israel.

Turki menunjukkan perubahannya daripada sekular dan bersekutu dengan Barat dan Israel kepada ke arah Islam. Iran pula menunjukkan perubahan kerajaannya yang tidak terikat dengan Feqah Syiah yang fanatik dalam pemerintahannya kepada sistem Islam yang demokratik yang mereka sebut Wilayah Al-Faqeh. Sedangkan negara Arab terus berlindung dengan Sunni yang paling Salafinya, tetapi berwajahkan diktator yang tidak ada kaitan dengan Sunni. Adapun Rusia menunjukkan polisi yang tidak bersifat Islamofobia mengikut agenda Amerika dan sekutunya.

Apakah alasannya yang kita wajib bersama kumpulan Islam Hamas, Jihad daripada Sunni dan Hizbullah daripada Syiah yang dijadikan kambing-kambing hitam yang hendak dikorbankan dengan mudah? Marilah kita bersatu menghadapi Israel dan sekutunya terlebih dahulu, kemudian selesaikan isu Sunni dan Syiah secara dalaman dan ukhuwwah dalam satu keluarga Islam dalam perkara rukun dan asas, walaupun berkhilaf cabangnya.

Allah juga mendedahkan bahawa kumpulan Yahudilah yang mencetuskan api peperangan dunia dan Allah tidak mengizinkannya marak sehingga kemuncak. Firman Allah:

“Dan orang-orang Yahudi itu berkata: Tangan Allah terbelenggu (bakhil, kikir), sebenarnya tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurnia-Nya luas melimpah-limpah). Dia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga Hari Kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan. (64) Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertakwa tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka dan tentulah Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (65) Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah) dalam Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya. (66)” (Surah Al-Maidah: 64-66)

Benarkah wanita bertudung ini, suspek dalam pengeboman kuil?

Thailand tahan wanita bertudung, suspek pengeboman kuil Bangkok
Astro Awani, Agensi | Diterjemahkan oleh: Hamzah Hamid
Diterbitkan pada November 23, 2017 06:07 MYT
Wanna Suansan kembali ke Thailand dari sebuah negara luar pada Rabu dan ditangkap oleh Polis Thailand bagi menjawab pertuduhan terhadapnya. --fotoBERNAMA

BANGKOK: Polis Thailand pada Rabu menahan seorang wanita yang dikehendaki kerana menjadi suspek insiden pengeboman sebuah kuil pada tahun 2015 di Bangkok hingga mengorbankan 20 orang termasuk pelancong asing, lapor Reuters.

Insiden letupan di Kuil Erawan yang popular dalam kalangan pelancong di tengah-tengah bandar raya Bangkok itu, sebelum ini dilaporkan mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan kumpulan minoriti Muslim Uighur dari Xinjiang, wilayah barat China.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap letupan yang antara lain membunuh lima warga China dan dua dari Hong Kong serta mencederakan lebih daripada 120 orang tersebut.

Suspek wanita Thailand itu, Wanna Suansan, 29, telah ditahan di lapangan terbang Bangkok, kata Timbalan Ketua Polis, Srivara Ransibrahmanakul.

Bagaimanapun, Srivara enggan mendedahkan dari mana wanita itu datang.

Wanna berdepan pelbagai dakwaan termasuk merancang pembunuhan dan memiliki senjata serta bahan letupan. Dia adalah antara 17 orang yang dikehendaki kerana terkait dengan pengeboman itu.

Dua lelaki Uighur yang turut didakwa melakukan serangan bom itu kini masih dalam perbicaraan di Thailand. Mereka bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Pasukan penyiasat berkata, pada tahun 2015, Wanna menyewakan sebuah bilik di Bangkok kepada salah seorang lelaki itu. Wanna telah meninggalkan Thailand sejurus serangan itu berlaku.

Polis tidak menyifatkan serangan itu sebagai aktiviti 'keganasan', sebaliknya mengaitkan insiden berkenaan sebagai tindak balas terhadap usaha pihak berkuasa membanteras rangkaian sindiket penyeludupan manusia.

Seorang saudara Wanna berkata, kepulangan Wanna ke Thailand adalah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Wednesday, November 22, 2017

Video: Rakyat Zimbabwe rai pengunduran Mugabe 50 minit yang lalu



More: http://edition.cnn.com/2017/11/21/africa/zimbabwe-live-updates/index.html

Sunday, November 19, 2017

Parti ZANU-PF akan tentukan nasib Mugabe hari ini

Mugabe, isteri dijangka disingkir hari ini
mk      Hari ini, 11:20 am
 
Pimpinan parti kerajaan dari parti ZANU-PF mengadakan mesyuarat hari ini bagi membincangkan usaha menyingkirkan Presiden Robert Mugabe, 93 dan melantik semula naib presiden, Emmerson Mnangagwa, yang dipecat sebelum ini.

Menurut sumber, jawatankuasa pusat parti itu dijangka bersidang jam 10.30 pagi (waktu tempatan) bagi menyingkirkan Mugabe, empat hari selepas tentera mengambil alih kuasa.

"Isteri Mugabe, Grace, 52 pula akan dipecat sebagai ketua Liga Wanita Zanu-PF," kata sumber seperti dilapor Reuters.
Sementara itu, televisyen negara itu berkata Mugabe akan bertemu komander tentera pada Ahad, dengan memetik seorang paderi Katolik yang menjadi pengantara dalam rundingan dengan presiden.

Pemerintahan Mugabe sejak negara itu merdeka 37 tahun lalu berakhir selepas pihak tentera merampas kuasa pada Rabu, selain menahan presiden itu di kediamannya.

Sementara itu, beberapa kereta dilihat meninggalkan kediaman rasmi presiden di Harare, namun tidak jelas sama ada Mugabe menaiki salah satu kenderaan itu.

Sabtu lalu, beratus ribu rakyat Zimbabwe membanjiri jalan raya di sekitar Harare sambil menyanyi dan menari, malah dilihat memeluk anggota tentera bagi meraikan kejatuhan Mugabe dan isteri.

Mereka turut berarak menuju ke kediaman rasmi presiden yang memerintah negara itu sejak 1980.

Kejatuhan pasangan itu dilihat menyebabkan kejutan di seluruh Afrika dengan Presiden Uganda, Yoweri Museveni dan Presiden Republik Demokratik Congo Joseph Kabila, turut menghadapi tekanan untuk disingkirkan.

* Isteri Mugabe, Grace akan dipecat. Kalau lelong semua beg Gucci dia tu, rasanya boleh bayar hutang negara....

Saturday, November 18, 2017

Hariri lawat Perancis selepas letak jawatan: Ditekan Saudi atau memang kerana keselamatanya?

Lepas umum letak jawatan, Hariri kini lawat Perancis
TMI · Diterbitkan pada 18 Nov 2017 8:35AM
Poster gambar Perdana Menteri Lubnan Saad Hariri kelihatan tergantung di bangunan di Beirut. – Gambar AFP, 18 November, 2017

PERDANA Menteri Lubnan Saad Hariri, hari ini meninggalkan Arab Saudi untuk ke Perancis, dua minggu selepas peletakan jawatannya secara mengejut.

Saluran televisyen milik keluarganya melaporkan, Hariri meninggalkan lapangan terbang Riyadh dengan jet peribadinya bersama isteri.

"Mereka menuju ke lapangan terbang Le Bourget, di timur laut Paris," menurut Future TV.

Sumber yang rapat dengan Hariri mengesahkan penerbangan itu, menambah perjalanan bekas perdana menteri itu akan mengambil masa enam jam setengah.

Presiden Lubnan Michel Aoun menuduh pihak berkuasa Arab Saudi “menahan” Hariri dan enggan menerima peletakan jawatannya dari luar negara.

Hariri, yang memegang dua kerakyatan Arab Saudi, berada di Riyadh ketika mengeluarkan kenyataan itu di televisyen di sana pada 4 November dengan berkata beliau meletak jawatan kerana bimbangkan nyawanya sementara menuduh Iran dan sekutu Lubnan, Hezbollah menyebabkan negaranya tidak stabil.

Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka bertemu Hariri tengah hari ini.

Peletakan jawatan Hariri dianggap sebagai perkembangan terkini dalam perang antara Arab Saudi, dengan pesaing lamanya, Iran.

Ia menimbulkan keresahan tentang kestabilan Lubnan, yang sudah lama menyaksikan ketidaksepakatan antara blok Hariri dan gerakan Hezbollah yang disokong oleh Iran.

Pengumuman peletakan jawatan Hariri –dilaporkan turut mengejutkan pegawainya yang paling rapat –dan beliau masih belum pulang ke tanah air untuk meletak jawatan secara rasmi, semakin menguatkan spekulasi yang beliau hanya bertindak atas arahan penaungnya, Arab Saudi.

Future TV tidak menyatakan sama ada Hariri dan isteri ditemani anak-anak mereka, di mana dua orang berada bersama mereka ketika di Riyadh. Anak sulung mereka kini belajar di luar negara. – AFP, 18 November, 2017.

Friday, November 17, 2017

'Jangan main-main dengan Putera Mahkota Arab Saudi'

ABDUL MUEIN ABADI  - 16 NOVEMBER 2017
1. DAHSYAT sekali perkembangan terkini politik Timur Tengah disebabkan seorang individu.  Kemaraan terkini percaturan Putera Mohammad Bin Salman, Putera Mahkota Arab Saudi sebenarnya perlu dibaca menerusi pelbagai sudut pandangan.

2. Strategi beliau wajib difahami di tiga peringkat: politik dalaman Arab Saudi; politik serantau Timur Tengah; dan juga politik imbangan kuasa-kuasa besar dunia melibatkan Amerika Syarikat (AS), Rusia, dan China.

3. Dalam sekelip mata, habis kesemua putera pencabar mahkota Arab Saudi ditangkap. Betapa strategiknya perancangan Mohammad Bin Salman yang juga merupakan Menteri Pertahanan Arab Saudi ini boleh diperhatikan dari segi posisi yang disasarkan. Tiga individu penting yang memegang kunci ketenteraan dan keselamatan Arab Saudi iaitu Putera Mohammed Bin Nayef, Putera Miteb Bin Abdullah, serta Ketua Komander Tentera Laut Arab Saudi Abdullah al-Sultan telah diketepikan.

4. Individu yang memegang kunci ekonomi turut diketepikan seperti Putera Alwaleed Talal dan Menteri Ekonomi Adel Fakeih.  Percaturan sebegini meletakkan beliau sebagai pusat kuasa yang perlu digeruni dan ditaati sepenuhnya di Arab Saudi yang diperkukuhkan dengan ‘rally-round-the-flag effect’ menerusi naratif ancaman Iran.

5. Strategi beliau di peringkat rantau Timur Tengah pula tidak perlu diperkenalkan lagi. Hancur binasa bumi Yaman.  Qatar ditekan dengan hebat.  Perdana Menteri Lubnan ditekan hingga letak jawatan.  Aset ketenteraan Amerika Syarikat dibeli besar-besaran.  Pakatan Tentera ala-NATO Arab cuba diwujudkan.  Iran menjadi sasaran untuk dimusnahkan atas sebab peluasan pengaruh Tehran bersama Houthi di Yaman, di Lubnan, Syria, dan Iraq.

6. Kesemua langkah ini meletakkan Riyadh sebagai peneraju utama politik Timur Tengah, dan bukan lagi semata-mata berdiam diri melihat kuasa lain seperti Turki di bawah kepimpinan Erdogan yang selama ini dilihat lebih banyak terkehadapan.

7. Tiada siapa mampu nafikan percaturan Mohammad Bin Salman dalam sektor geo-ekonomi juga tidak kurang hebatnya berbanding dengan percaturan geo-politik beliau. Antaranya seperti keberanian mengisytiharkan sebahagian saham syarikat minyak gergasi Saudi Aramco bakal dibuka untuk Tawaran Awam Permulaan (IPO).  Kebergantungan ekonomi Arab Saudi ke atas petroleum cuba dikurangkan melalui Visi 2030 yang beliau terajui.

8. Ramai yang menyatakan risiko sekiranya dasar dan politik Arab Saudi terus tidak stabil, ekonominya juga akan turut menerima kesan buruk antaranya seperti kebimbangan para pelabur.  Walau bagaimanapun, keadaan sebaliknya semakin jelas berlaku iaitu pengukuhan kuasa Mohammad Bin Salman bakal menjadikan kerajaan monarki Arab Saudi berada dalam keadaan yang kukuh dan terpusat.

9. Arab Saudi sering dilabel sebagai ‘proksi’ Amerika Syarikat kerana mementingkan keuntungan pelaburan petroleumnya dalam mata wang Dollar Amerika serta memesatkan pembelian aset persenjataan dengan Washington.  Terkini pembelian aset persenjataan bernilai melebihi AS$100 bilion sewaktu lawatan Presiden Donald Trump sewaktu Riyadh Summit baru-baru ini.

10. Bagaimanapun, sekiranya diamati secara lebih terperinci dan lebih mendalam, Putera Mohammad Bin Salman turut mencaturkan imbangan kuasa ketenteraan dengan dua pesaing utama Amerika Syarikat, iaitu Rusia dan China.  Sewaktu lawatan Raja Salman ke Moscow pada Oktober 2017, Arab Saudi bukan sahaja bersetuju untuk membeli sistem pertahanan udara buatan Rusia yang terkemuka S-400, bahkan juga menandatangani persetujuan pemindahan teknologi ketenteraan Rusia ke Arab Saudi dalam pakej keseluruhan yang dianggarkan berjumlah AS$3 bilion.

11. Malah dengan gergasi Asia iaitu China pula, Arab Saudi di bawah Mohammad Bin Salman baru sahaja menandatangani pembelian aset persenjataan bernilai sebesar AS$70 bilion apabila Timbalan Perdana Menteri China Zhang Gaoli melawat Arab Saudi selama tiga hari dari 23 Ogos ke 25 Ogos 2017 baru-baru ini.  Percaturan kuasa ketenteraan Arab Saudi antara AS, Rusia, dan China ini menunjukkan ada perancangan strategik sedang diatur untuk jangka masa panjang oleh Mohammad Bin Salman yang perlu diikuti rapat.

* Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Wednesday, November 15, 2017

Zimbabwe semakin tegang, semua rakyat Malaysia selamat

* Dari situasi: Kuasa Mugabe semakin lemah, tentera mula bertindak

Semua rakyat Malaysia di Zimbabwe selamat, kata Wisma Putra
TMI · Diterbitkan pada 15 Nov 2017 9:30PM
Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, semua rakyat Malaysia yang mungkin telah melakukan perjalanan di Zimbabwe dinasihatkan supaya berada dalam rumah dan mengelakkan tempat-tempat yang sesak serta juga mengelak membuat perjalanan pada waktu malam. – Gambar EPA, 15 November, 2017

KEMENTERIAN Luar (Wisma Putra) mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia yang tinggal di Harare, Zimbabwe kini dalam keadaan selamat di tengah-tengah keadaan politik yang semakin tegang di ibu negara itu.

Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, semua rakyat Malaysia yang mungkin telah melakukan perjalanan di Zimbabwe dinasihatkan supaya berada dalam rumah dan mengelakkan tempat-tempat yang sesak serta juga mengelak membuat perjalanan pada waktu malam.

"Kementerian Luar sedang memantau perkembangan politik dan ketenteraan di sana melalui Kedutaan Malaysia di Harare,"  kata Wisma Putra.

Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia yang mungkin sudah membuat perjalanan di Zimbabwe diminta menghubungi Kedutaan di +263 433 4413 / 4414, +263 77 500 1441 atau melalui e-mel di mwharare@kln.gov.my.

Warga Malaysia juga boleh menghubungi Kementerian Luar di Putrajaya menerusi talian 03-8887 4587 (semasa waktu pejabat), 03-8887 4570 (selepas waktu pejabat) atau melalui e-mel di maisarahariffin@kln.gov.my untuk memaklumkan lokasi mereka, kata kenyataan itu.

Kementerian Luar juga menasihatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk membuat perjalanan ke Zimbabwe dalam masa terdekat supaya menangguhkan perjalanan yang tidak penting sehingga diberitahu kelak.

Menurut laporan media, beberapa letupan kedengaran di bahagian tengah Harare awal Rabu, dua hari selepas pihak tentera mengancam untuk “campurtangan” bagi mengakhiri krisis politik di negara tersebut. – Bernama, 15 November, 2017.

Monday, November 13, 2017

Rupanya Korea Utara marah dipanggil 'Korea Utara'?

'Jangan panggil kami Korea Utara'
SH  -  12 NOVEMBER 2017
MEDIA Malaysia yang membuat liputan perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Korea Utara diberi ‘pengajaran’ bagaimana untuk memanggil nama negara komunis itu dengan betul.

Semasa sidang media sebelum perlawanan diadakan, seorang penterjemah dari Korea Utara meminta media Malaysia berhenti memanggil nama negara itu sebagai Korea Utara, sebaliknya menggunakan nama rasminya, Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK).

“Jangan panggil kami Korea Utara, tidak ada Korea Utara,” kata pegawai negara itu yang kelihatan marah apabila media Malaysia berulang kali merujuk negaranya sebagai Korea Utara ketika sidang media di Stadium i-mobile di sini hari ini.

Pegawai itu mencelah soalan yang dikemukakan oleh media Malaysia untuk membuat penjelasan mengenai nama rasmi negaranya itu.

Pegawai itu bertindak sebagai penterjemah untuk kapten Korea Utara, Kim Yu Song pada sidang media itu, yang turut dihadiri ketua jurulatih pasukan itu, Jorn Andersen yang dilahirkan di Norway tetapi memegang kerakyatan Jerman.

Malaysia akan bertemu Korea Utara sekali lagi jam 7 malam esok (8 malam waktu tempatan) di stadium yang sama, berikutan kekalahan 1-4 pada perlawanan pertama dua hari lepas.

Perlawanan itu sepatutnya diadakan Mac lepas tetapi ditunda hingga kini kerana hubungan diplomatik antara dua negara berikutan pembunuhan Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada Februari lepas.

Perlawanan itu juga menjadi mangsa kepada keadaan yang semakin buruk di Semenanjung Korea berikutan pelancaran peluru berpandu Korea Utara.- Bernama

Sunday, November 12, 2017

Amerika berpotensi kalah sekiranya pecah perang dengan Korea Utara

Jika Perang Melawan Korut Pecah, AS Berpotensi Kalah
ERVAN HARDOKO
Kompas.com - 12/11/2017, 13:05 WIB
Foto handout ini dirilis oleh US Forces Korea (USFK) menunjukkan sistem pertahanan M270 menembakkan sebuah misil taktis MGM-140 ke arah Laut Jepang (Laut Timur), dari sebuah lokasi yang tidak diketahui di pantai timur Korea Selatan, Rabu (5/7/2017). Peluncuran itu dilakukan Korea Selatan dan Amerika Serikat sebagai respons peluncuran misil balisktik antarbenua yang dilakukan Korea Utara pada Selasa, 4 Juli kemarin.(AFP PHOTO AND USFK / HANDOUT)

WASHINGTON DC, KOMPAS.com - Jika perang antara Amerika Serikat dan Korea Utara benar-benar pecah, maka pasukan AS di Korea Selatan tak akan bisa berbuat banyak.

Peringatan ini disampaikan Letjen Jan-Marc Jouas mantan wakil komandan pasukan Amerika Serikat di Korea Selatan.

"AS hanya memiliki 28.500 personel militer di Korea Selatan yang jumlahnya kalah jauh dibanding Korea Utara, demikian pula dengan jumlah pasukan Korea Selatan," kata Jouas dalam suratnya kepada sejumlah anggota Kongres dari Partai Demokrat.

"Tak seperti seperti konflik lain setelah Perang Korea, Amerika tak akan mampu menambah pasukan sebelum perang pecah," tambah Jouas yang menyebut Korut memiliki setidaknya 1,2 juta personel militer.

Baca juga : Trump Segera Tentukan Sikap pada Korea Utara Usai Tur Asia

Surat yang ditulis Jouas ini ditujukan kepada anggota kongres Ted Lieu dan Ruben Gallego serta Senator Tammy Duckworth.

Ketiga politisi ini adalah para veteran perang yang amat prihatin terhadap retorika yang dilemparkan Presiden Donald Trump kepada Korea Utara.

Sejak Januari 2012 hingga Desember 2014, Jouas terlibat dalam perencanaan serangan balik ke Korea Utara jika negeri itu menyerang Korea Selatan.

"Ancaman ini adalah yang paling berbahaya yang pernah saya hadapi sejak Perang Dingin berakhir dan merencanakan serangan itu merupakan hal paling menantang yang saya hadapi selama 35 tahun karier saya," ujar Jouas.

Jouas juga menekankan, risiko konflik itu terhadap warga sipil Korea Selatan dan Amerika yang tinggal di kawasan tersebut.

Dia menambahkan, akan membutuhkan beberapa hari untuk menghancurkan seluruh artileri, roket, dan misil Korea Utara yang mengancam Seoul, yang berjarak kurang dari 100 kilometer dari perbatasan kedua negara.

Baca juga : Trump kepada Korea Utara: Jangan Main-main dengan Kami

"Akan jatuh korban jiwa yang amat besar dan krisis pengungsi akan terjadi, termasuk ribuan orang warga sipil AS yang akan mengandalkan tentara AS untuk mengeluarkan mereka dari Semenanjung Korea," lanjut Jouas.

Akhirnya, Jouas menegaskan, aksi militer AS terhadap Korea Utara, sekecil apapun, akan memicu perang besar dan nyaris tak bisa menghancurkan seluruh persenjataan nuklir Korea Utara.

Wednesday, November 8, 2017

Ibu tunggal tunjuk isyarat lucah kepada Trump dipecat

Agensi |  November 07, 2017 17:10 MYT
Ibu tunggal tunjuk isyarat lucah kepada Trump dipecat
Antara reaksi pengguna media sosial tentang aksi Briskman yang menunjuk isyarat lucah dengan jari kepada Trump. - Foto:Twitter
VIRGINIA: Seorang wanita yang gambarnya viral selepas menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang membawa Presiden Amerika Syarikat (AS) telah dipecat dari kerja, lapor agensi berita AFP.

Ibu tunggal itu, Juli Briskman, menunjukkan isyarat tersebut ketika mengayuh basikal di Virginia bulan lalu sewaktu dia dipotong oleh konvoi kenderaan yang membawa Donald Trump.

“Ketika dia melewati, saya tiba-tiba naik darah.

“Dialah yang menyebabkan penerima program Daca dibuang. Dia juga yang menarik balik pendaftaran Obamacare. Hanya satu per tiga daripada Puerto Rico mempunyai kuasa. Saya berfikir, dia pasti menghabiskan masa di padang golf saja," ujar Briskman.
Aksi Briskman itu dirakamkan seorang jurugambar yang kebetulan menyertai konvoi Trump. Imej itu telah tersebar ke platform media sosial dengan pantas.

Ramai yang menyifatkan Briskman sebagai wira, termasuk ada yang berjenaka mengatakan dia layak untuk bertanding dalam pilihan raya tahun 2020.

Hos program komedi larut malam juga menyiarkan tentang berita tersebut.

Briskman bekerja sebagai pegawai pemasaran dan komunikasi di sebuah syarikat kontraktor di Virginia selama enam bulan.

Dia telah berhubung dengan jabatan sumber manusia syarikatnya itu mengenai kekecohan di media sosial, namun seterusnya telah dipanggil oleh majikannya.

“Mereka berkata: ‘Kami melepaskan anda’.

“Secara umumnya, anda tidak boleh meletakkan gambar lucah atau tidak senonoh di media sosial,” ujar Briskman.

Tambahnya, syarikat tersebut tidak bersetuju dengan tindakan Briskman menggunakan imej viral itu sebagai gambar profil di akaun Twitter dan Facebook miliknya.

Majikannya menegaskan bahawa perbuatan itu melanggar polisi media sosial serta merosakkan reputasi syarikat itu sebagai kontraktor kerajaan.

Berita tentang pemecatan Briskman juga tersebar dengan cepat, hingga mencetuskan kemarahan netizen yang mempertikaikan hukuman itu, sedangkan Briskman hanya mengekspresi kebebasan bersuara, seperti termaktub dalam perlembagaan AS.