Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 31, 2009

Apabila Kain Sendiri Dilondeh

Saya syorkan Ahli-Ahli PAS terus menyimpan manusia-manusia ini supaya PAS berantakan dan kehilangan keyakinan serta kepercayaan rakyat. Membuka luaskan pintu fitnah kepada UMNO untuk memburukkan PAS dan seterusnya PRU13 nanti PAS akan lingkup!

Dalam hal ini saya memberikan kredit kepada UMNO kerana bijak dan mengucapkan takziah kepada sekerat dua Pemimpin PAS kerana bodoh sombong. Kerana bodoh sombonglah PAS "berkucar-hayai" sekarang.

UMNO menyumbangkan pil khayal duniawi kepada Pak Lebai di dalam PAS, merabunkan mata mereka dan membutakan hati mereka. Pemimpin PAS yang khayal mulalah menegakkan benang basah di dalam khayalan walau pun ramai ahlinya yang meluat dan marah. Mereka menjadi pengkhianat kepada parti sendiri dengan membuka rahsia di dalam kain PAS semasa di dalam khayalnya kepada orang yang tidak sepatutnya tahu.

Adakah Ahli-Ahli PAS masih ingin menyimpan dan mengekalkan manusia jenis ini sebagai pemimpin. Sepatutnya pengkhianat kepada perjuangan dipancung dan disula di padang saja. Terpulanglah, tepuk dada tanya minda!

N3 yang saya ambil dari pinkturtle2.wordpress.com. Mohon keizinan...

Allah menunjukkan kita rentetan peristiwa yang sangat cantik. Bayekk punya plan. Tapi hanya untuk golongan berfikir.

1. Memola Allah takdirkan Presiden sindir Mursyidul Am, supaya jangan guna blog (media baru) dalam hal-hal dalaman parti.

2. Kemudian, sekejap sangat dari itu, Timbalan Presiden dan Hasan Ali melanggar sendiri sindiran itu dengan menjemput bloggers. Malah jauh lebih dasyat Allah takdirkan dengan penyertaan bloggers UMNO sendiri. Subhanallah. Cun gile.

Dari peristiwa itu, berlakulah satu rahsia party yang selama ini tidak disahkan atau dirasmikan, yakni satu kaedah baiah dengan taklik cerai. Lompat UMNO, cerai talak 3. Allah mengatur semua ini untuk kita, manusia yang berfikir.

Timbalan Presiden dan PJ Selangor sendiri mengesahkan rahsia jemaah Islam SeMalaysia di hadapan semua bloggers termasuk bloggers UMNO! Ini adalah satu kenyataan rasmi! Maha Suci Lu Ya Allah. Memang gua sujud terhadap Lu.

Lu bayangkan rakaman audio mengenai RAHSIA KAEDAH BAIAH CERAI TAKLIK yang berada dalam genggaman bloggers UMNO akan dimanipulasikan seluruh media perdana. Kemudian dibahaskan oleh seluruh ilmuan Islam sekular.

Cerai bini talak 3 jika masuk UMNO – Utusan


Cerai talak 3 adalah penyelewengan agama yang jijik – Mufti Johor.

Betapa besarnya fitnah yang terhasil? Muslim Melayu semakin keliru, non muslim semakin jauh. Kerana lafaz taklik tersebut, mereka tidak boleh melompat keluar party, tetapi berusaha menggabungkan PAS dengan UMNO. Hanya melalui itulah taklik tidak terjatuh. Subhanallah. Lu memang suci Ya Allah. Sungguh cantik sekali peristiwa yang lu susun untuk kami.

Gua tidak mempunyai akhlak yang baik untuk menegakkan satu negara Lu, ya Allah. Tapi gua mempunyai kecerdasan dan keberanian yang boleh melanggar Hadi tahun depan. Harap Lu kekalkan kecerdasan gua, dan tidak membolak-balikkan keberanian gua. Gua kembalikan anugerah yang Lu pinjamkan kepada gua dan rakan-rakan ke jalan Lu kembali. Lu mudahkanlah ya Allah.

Jumpa projek langgar Hadi tahun depan. Insyaallah. Amin.

Rujukan asal http://adukataruna.blogspot.com

Friday, October 30, 2009

Entity Asing?

Jam 1.15 pagi : Kami bertolak ke lokasi yang dikatakan Langsiur selalu muncul termasuk seorang yang telah diganggu dan seorang Bomoh/Dukun Hantu

Jam 1.40 pagi: Kami menunggu di lokasi sambil menghalakan kamera ke segenap arah dengan harapan dapat menangkap sesuatu yang berada di sekitar. Keadaan malam yang sunyi dan sejuk menebalkan harapan kami.

Jam 2.00 pagi: Masih tidak ada apa-apa yang menarik perhatian kami. Tapi kamera masih lagi dihalakan ke segenap arah.

Jam 2.30 pagi: Saya bersendirian merayau di satu lorong sunyi dan gelap di sekitar tempat itu dan saya menangkap sesuatu yang muncul di depan camera. Apa yang saya rakam adalah seperti gambar di bawah

Tompok-tompok di dalam gambar di bawah bukannya kesan jari pada lens camera tetapi sesuatu yang ada disekitar.

Juga gambar di bawah

Gambar di bawah pula adalah gambar di kawasan yang sama
tetapi tidak ada apa-apa yang ditangkap dan kelihatan kosong.


Di bawah ialah tompok-tompok cahaya yang saya besarkan

Mengikut Bomoh yang ikut serta, tompok cahaya ini adalah
satu aura entity asing dalam bentuk asal. Tanpa jelmaan.
Mengikut kata Bomoh itu, entity berkenaan tidak menjelma
dan menzahirkan diri kerana takutkan saya.
Wallahu Aklam!


Walau bagaimana pun saya masih tidak berpuas hati dengan
apa yang saya lihat malam tadi. Saya akan ke sana lagi
berseorangan untuk mencari kepastian.


Insya Allah jika ada apa-apa perkembangan nanti
saya akan ceritakan di n3 yang lain.

Di bawah pula saya uploadkan gelagat Pontianak yang berlaku di satu bangunan di Kota Bharu. Rakaman ini sempat dirakam oleh seorang Jaga yang bertugas di situ pada satu malam.
Rakaman ini saya mendapat secara terus darinya

Thursday, October 29, 2009

Tangkap Langsiur

Saya baru terima sms dari seorang Wartawan pengejar mistri untuk berjumpa jam 1 pagi ini 30 Okt. 2009 di tepi Taman Rekreasi Lubuk Mulung dan akan bergerak ke lokasi. Mengikut berita yang disampaikan, seekor Langsiur selalu berulang alik dari hutan di sebelah satu Taman Perumahan di situ ke satu lokasi lain yang tidak diketahui. Sudah ada yang dirasuk oleh Langsiur itu. Penduduk di sekitar kawasan itu terganggu dan ketakutan.

Malam ini saya diajak untuk menyertai sama operasi menangkap atau menghalau makhluk tersebut. Pada saya perkara ini antara percaya dengan tidak tetapi saya tetap akan pergi dengan membawa kamera digital kerana banyak pendapat menyatakan makhluk halus boleh dirakam dengan menggunakan kamera jenis itu.

Apa yang terjadi nanti saya akan ceritakan kemudian. Insya Allah.

Wednesday, October 28, 2009

Cuti Sakit

Hari ini saya Cuti Sakit kerana kecederaan lama sakit kembali di atas sebab yang tidak saya ketahui. Sebelum ini saya cuba mengangkat slab simen yang dijadikan bangku. Saya terjatuh dan terkoyak otot lengan.

Malam tadi sakitnya berulang, sakit dan susah untuk lena. Walau pun hari ini hanya duduk berehat saja di rumah tetapi hati ini amat malas nak melayan coretan maya kerana agak tawar hati dengan perkembangan di dalam PAS dan situasi kini di DUN Perak. Ditambah pula dengan pertelagahan antara bloggers yang menyokong PAS dan PR sendiri. Ada pula berlaku tuduh menuduh antara kita.




Tuesday, October 27, 2009

PAS Oh PAS

Kenapa perkara sebegini terjadi lagi kepada PAS?. Sekarang Ust. Nasa dan Hassan Ali, dulu tahun 79, Allahyarham Dato' Mohammad Nasir dan gengnya serta disampuk pula oleh polong UMNO dan dibantu oleh Ibrahim Alkatak. Pada tahun itu PAS hanya tinggal Batu Nisan di DUN Kelantan. Apakah PAS terlalu bodoh untuk mengambil iktibar dari peristiwa dulu? Kenapa masih ada lagi manusia begini di dalam PAS dan disimpan pula oleh Perwakilan melalui Muktamarnya baru-baru ini? Atau adakah ini membayangkan persetujuan majoriti Ahli-Ahli PAS yang mengundi mereka?

Satu lagi perkara pelik, kenapa Geng ini menjemput pula pertemuan dengan bloggers anti PR untuk memaklumkan perkara yang tidak sepatutnya diketahui mereka? Apakah niat mereka sebenarnya? Adakah mereka ingin menggunakan bloggers ini untuk mengutuk dan melagakan Pemimpin PAS sebagaimana yang dikatakan oleh blogger PERISIK RAKYAT? Baca di sini

Ini hanyalah persoalan-persoalan dari saya yang secara peribadinya sebagai penyokong perjuangan PAS untuk Agama dan keadilan. Saya agak kecewa dengan keadaan ini walau pun saya bukan Ahli PAS. Dan yang pastinya saya tidak akan menyokong mereka di masa akan datang sekiranya mereka tinggalkan agama dan prinsip perjuangan. Mereka akan jadikan parti mereka sama saja dengan UMNO dan sekiranya itu yang terjadi kenapa tidak sokong saja UMNO?

Hakikatnya PAS perlu dibersihkan dan sintukkan limau!

Saya juga tertarik dengan komen Dato' MAZA, mantan Mufti perlis di blognya berkenaan kemelut PAS ini. Sebahagian petikan saya copy n paste sebagaimana di bawah.

Satu perkara yang wajar PAS akui ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul. Bukan sahaja orang bawahan, bahkan pihak atasan PAS.

Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz Bari. Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS itu menulis:

“Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah..”.

Inilah layanan terhadap kritikan yang saya kira jujur dari Prof Dr. Aziz Bari. Saya tidak menyatakan saya setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Aziz Bari, tetapi saya hairan melihat bahasa sindir dan kutuk yang digunakan, padahal Dr Aziz Bari boleh dikatagorikan sebagai rakan mereka. Jika pun kita tidak bersetuju, gunakanlah uslub atau gaya bahasa yang lebih terhormat.

Bagaimanakah keadaan seperti ini jika PAS berjaya membentuk kerajaan, dan orang-orang awam, ahli akademik serta berkecuali ingin menyampaikan pandangan?! Saya bimbang ruang demokrasi atau bersuara akan menjadi semakin sempit. Pun begitu, alhamdulillah dalam suasana krisis ini, sudah ada pihak dalam PAS juga yang cuba menilai pandangan luar.

Akhirnya, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.

Beberapa perkara berikut patut difikirkan oleh PAS;

  1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?
  2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?
  3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?
  4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?
  5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?
  6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?
  7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?

- Dr Mohd Asri Zainul Abidin, USM.

Sila baca sepenuhnya di sini

Hari Lahir Along

UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR BUAT ALONG
Dari Papa , Mama dan Adik
Dengan doa dan harapan semoga Along akan dirahmati Allah,
di tunaikan cita-cita dan dimurahkan rezeki.

Ucapan yang agak lambat sikit kerana Along sedang belayar
Kami semua rindukan Along

Saturday, October 24, 2009

Tidak Petriotikkah Ayah?

Ketika Jepun menyerang dan menakluki Malaya, ayah masih dengan Kereta Lembunya. Zaman itu adalah zaman survival. Ramai manusia kebuluran dan tidak cukup makan dan pakaian pun tidak ada. Ramai yang hanya hidup dengan Ubi Kayu dan Jagung. Pakaian yang ada hanya sehelai sepinggang yang koyak rabak dijahit dengan menggunakan urat daun nenas yang dijadikan benang. Ada yang hanya mempunyai sehelai kain untuk suami isteri bergilir-gilir. Kalau sisuami berkain maka siisteri terpaksa bertapa di dalam bilik bertelanjang!. Bayangkanlah betapa susahnya peribumi di zaman itu.

Kerana Jepun amat memerlukan pengangkutan untuk membawa barangan militer serta bekalan logistik dan sebagainya, ayah mengambil peluang ini bekerja dengan Jepun mengangkut barang-barang Jepun menggunakan kereta lembunya. Pada waktu malam pula ayah mengurut badan Pegawai tentera Jepun. Jadi melalui usaha begitu ayah mempunyai hubungan yang rapat dengan Jepun. Mengikut cerita ayah keluarga kami agak mewah ketika itu walau pun orang lain hidup penuh derita dan papa kedana. Keluarga kami mewah dengan beras, lauk dan pakaian. Tidak payah makan ubi dan jagung dan tidak payah bergilir pakaian untuk melindungi badan.

Bila ayah ceritakan pada saya tentang kehidupannya di zaman itu, hati saya terdetik dengan satu soalan, "Adakah ayah tidak petriotik?". Kerana apa yang saya faham mengikut cerita sejarah, ramai Orang Melayu mati kerana melawan Jepun yang menakluki kita tetapi ayah membantu Jepun dengan kereta lembunya!. Sekarang barulah saya tahu, demi survival keluarga, ayah terpaksa lakukan itu. Di masa itu ayah sudah mempunyai dua orang anak kecil iaitu Abang Sulung dan Abang Kedua saya. Mereka berselang dua tahun.

Hakikatnya ayah bertarung nyawa bila bekerja dengan Jepun di Pengkalan Tentera Gong Kedak, Pasir Puteh. Pengkalan Tentera Gong Kedak ialah sebuah Pengkalan Tentera British yang ada landasan Kapal Terbang Perang yang telah dikuasai oleh Jepun di Kelantan. Pengkalan ini boleh dikatakan lengkap dengan pertahanan dan sebagainya di zaman itu. Bukan hanya ayah seorang saja yang berkerja dengan Jepun di situ. Ramai lagi manusia yang berfikiran seperti ayah bekerja di situ.

Pada suatu pagi ketika ayah dan kawan-kawannya sedang memacu kereta lembunya dengan muatan barangan Jepun di tengah-tengah landasan terbang di situ, pihak British melakukan serangan udara. Ayah terperangkap di tempat lapang di situ. Tentulah ayah dan kawan-kawannya menjadi sasaran British yang sedang mengebom. Sudah tentu dari segi logiknya British menganggap semuanya Jepun walau siapa pun di sana kerana mereka membantu Jepun.

Ketika kelam kabut itu, orang lain semuanya lari bertempiaran dengan meninggalkan lembu dan keretanya di tempat yang lapang itu menjadikan sasaran yang mudah bagi british kerana terdedah. Ayah tidak meninggalkan lembu-lembu dan keretanya. Namun ayah tetap memacu kereta lembunya dengan tenang merentasi lapangan itu sehingga memasuki Kubu bawah tanah. Banyak lembu yang mati dan kereta lembu hancur menjadi sasaran serangan itu. Alhamdulilllah ayah dan lembunya selamat dilindungi Allah.

Bila saya tanya ayah kenapa dia tidak lari dan meninggalkan lembu dan keretanya di situ untuk menyelamatkan diri? Ayah menyoal saya balik, "Bolehkah kamu larikan diri dari maut sekiranya ditakdirkan kamu akan mati ketika itu?". Barulah saya faham rupanya ayah mempunyai hati yang kental dan tawakkal yang tinggi. Rupanya bagi ayah, Lembu dan keretanya adalah nyawanya dan nyawa keluarga!. Jadi ayah tidak akan menggadaikannya.

Dalam persoalan ini saya tanya ayah, tidakkah ayah merasa bersalah bekerja dengan Jepun demi untuk hidup sedangkan orang lain bermatian berjuang melawan Jepun? Jawapannya mudah. Dia menyoal saya balik "Apa bezanya dengan Melayu yang berkerja dengan British sebelun ini, bukankah British itu juga Penjajah?". "Bukankah sia-sia dan bodoh namanya menggadaikan nyawa melawan Penjajah Jepun untuk diserahkan pula kepada Penjajah Brittish?". Sambungnya lagi, "Bukankah lebih hina manusia yang kekerja membantu British ketika aman kerana inginkan kemewahan berbanding dengan ayah bekerja untuk Jepun semasa gawat/perang demi survival keluarga?"

Saya tabik ayah!

Friday, October 23, 2009

Muktamar Luar Biasa

Bagi saya alasan YAB. Tok Guru Dato' Nik Aziz menyarankan AGM luar biasa PAS adalah praktikal. Dengan memberikan mandat kepada perwakilan yang mewakili akar umbi adalah wajar untuk membersihkan PAS. Sekiranya akar umbi masih mahukan pemimpin yang dianggap bermasalah dan mencemari prinsip dan perjuangan PAS, maka lantaklah. Yang pasti bagi saya, mereka akan membawa kehancuran sebab kehilangan sokongan pengundi.

Saya yang di atas pagar pun tidak senang hati melihat satu wadah politik yang berorientasikan agama Islam semakin longgar pegangannya dan semakin terhakis sokongan rakyat kepada mereka. Mereka semakin menyenakkan penyokong dengan bercakaran idea dan teknik perjuangan. Kluk-klek dan ghok-ghak di dalam PAS membawa liability kepada Pakatan Rakyat kerana memberikan persepsi negatif kepada rakyat. Sekiranya di kalangan pemimpin PAS sendiri masih tiada hala tuju yang tetap dengan percakaran pandangan dan pendapat, bagaimana mahu menarik kepercayaan rakyat?

PR masih di dalam pemerhatian pengundi. Kepercayaan rakyat masih belum terpahat sepenuhnya di hati rakyat. Rakyat masih dan sedang menilai kebijaksanaan pemimpin PR memimpin parti serta sikap masing-masing sebelum menyerahkan kuasa pemerintahan Malaysia. Rakyat tidak sembrono di dalam hal ini. Kestabilan PR adalah bergantung kepada kestabilan parti-parti di dalamnya. PR bukanya kuat lagi. Masih diperingkat tunas yang baru membesar. Rakyatlah yang membajainya. Dalam hal ini komen Prof. Dr. Aziz Bari adalah relevan.

Bagi blogger aduka taruna dan mungkin juga Pak Bakar, adalah kedudukan
Mursyidul Am bukannya berkuasa memanggil AGM tetapi seperti kata aduka taruna sparknya boleh mencetuskan bakaran semangat ke arah itu. Tetapi perkataan "Timing" di tajuk blog aduka taruna dan juga Pak Bakar saya tidak faham. Mungkin kerana saya bukan di dalam kalangan orang dalaman PAS maka saya buta dengan keadaan dan suasana di dalam PAS itu sendiri. Di sini saya perlu memohon maaf sekiranya saya tersilap.

Di bawah saya petik sebahagian pandangan
YAB. Tok Guru Dato' Nik Aziz, Mursyidul Am PAS di blognya.

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :


“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”

Seterusnya sila ke sini

Thursday, October 22, 2009

Apakah Ini Gambaran Sikap PAS?

Apakah ini bermaksud parti yang berorientasikan agama tidak boleh ditegur? Atau memang menggambarkan kerasnya kepala dan hati Institut Kajian Polisi, PAS Negeri Terengganu (IKPNT)?

Pro Aziz Bari disanjung hanya jika beliau mengkritik UMNO tetapi akan diherdik jika mengkritik dan memberi cadangan kepada PAS! Apakah ini melambangkan rupa PAS sebenar?

Sila baca di sini
di sini

Tuesday, October 20, 2009

Tahniah Adik

Tahniah untuk Adik, Papa bangga.
Terima kasih
Adik
Bersama keluarga dan sepupunya
Saya amat bangga dengan mereka (anak-anak)
Tetapi masih belum berbangga dengan penampilan.

Dalam hal ini saya masih gagal walau pun
benihnya telah lama disemai

Saturday, October 17, 2009

Hilang Jap

Assalamualaikum w.b.t

Maaf semua tak dapat update blog 3-4 hari. Sekarang saya bercuti di KL dan Shah Alam kerana menghadiri Convo anak kedua (Adik) di UiTM Shah Alam.

Sekarang menginap di rumah adik di Sunway Kayangan.

Selamat Dipavalli untuk semua rakan Hindu, semoga sejahtera.

Wednesday, October 14, 2009

Kenapa PAS Kalah?

Saya suka pada analisa di bawah yang saya petik dari sini. Izinkan saya.

Mereka hanya bergantung sepenuhnya dengan kerja dan perancangan akal manusia.


Solat, yer solat. Tetapi berapa ramai yang solat kerana Allah swt? Berapa ramai yang solat sebab "dia ahli PAS"? Berapa ramai yang solat kerana malu sebab orang lain solat?

Lebih malang lagi, berapa ramai yang berkopiah dan berjanggut tapi tak solat pun !!!!

Amatlah malang sekali apabila kita yang mendakwa sebagai ahli Gerakan Islam masih menjadikan faktor "dunia" sebagai "bunga silat" dalam menghalalkan kekalahan kita dan gagal sama sekali untuk merenung dan bermuhasabah diri dengan faktor faktor "Allah swt".

Tuesday, October 13, 2009

Sekadar Buat Renungan

He who knows not, and knows not that he knows not.
He who knows, and knows not that he knows.

Ramai dari kalangan kita mempunyai sifat-sifat di atas. Sifat inilah yang membuat kita lemah
Dan alangkah baiknya sekiranya kita adalah masyarakat yang mempunyai sifat-sifat di bawah tetapi sayang, ianya amatlah sedikit jumlahnya.

He who knows not, and knows that he knows not.
He who knows, and knows that he knows.

Sunday, October 11, 2009

Salam Untuk Pejuang

Janganlah kecewa dengan kekalahan.

Tidak ada kufur maka tidak dapatlah pahala dakwah
Tidak ada miskin maka tidak dapatlah pahala sedekah
Tidak ada Jahat maka tidak dapatlah pahala pembela
Tidak ada jihad maka tidak dapatlah anugerah syahid
Tidak ada maksiat maka tidak dapatlah pahala mencegah

Jangan kita lupa sebarang sokongan, akur dengan perbuatan fasik, kufur dan rasuah maka kita tidak akan lepas dari palitannya.

Bayangkan sekiranya Allah jadikan semuanya baik, dapatkah kita pahala/kebajikan dari perjuangan ke jalanNya? Allah jadikan jalan yang berliku, adalah untuk kebaikan kita.

Friday, October 9, 2009

Terperangkap Memandu Bersama Manusia Gila

Petang 7 Okt. 2009 saya terpaksa menghabiskan masa selama lebih sejam hanya untuk laluan sepanjang 1+km untuk ke pekan Kota Bharu dari Kubang Kerian mengambil isteri dari pejabatnya. Pada petang itu sebelum saya keluar pejabat telah berlaku hujan dan ribut, mungkin kena tempias taufan yang berlaku di negara jiran.

Setelah jenuh bersesak-sesak dan merayap di antara kenderaan yang bergerak mengalahkan kura-kura tempang, tibalah saya di
traffic-light simpang Taman Maju. Rupa-rupanya traffic-light di simpang itu mati. Semua kenderaan dari empat penjuru telah terperangkap di tengah-tengah simpang head to head kerana masing-masing tidak mahu mengalah. Dan akhirnya semua tercebak macam masuk lukah. Nak reverse tak boleh sebab kenderaan yang di belakang sudah bersesak panjang. Nak ke depan pun tidak ada ruang. Jadi masing-masing dah masuk ke bubu. Tetapi masing-masing tidak mahu mengalah. Kepala Batu!

Dengan mengisut-ngisut lebih sejam, bila tiba di simpang itu saya terpaksa buat u-turn kembali ke Lundang dan mengambil Jalan Dato' Lundang sebagai altanatif ke Pekan KB.

Apa yang saya nak katakan ialah sikap pemandu. Ego, Penting Diri, Tidak mahu mengalah, Masuk setan menyebabkan bersikap samseng dan kepala dah jadi gila. Peribadi sebagai Muslim sudah tercicir langsung akibat keadaan. Setan sudah menguasai kepala hotak masing-masing.

Memang inilah sikap Orang Kelantan di Jalan Raya yang saya perhatikan sejak dari dulu. Yang memakai Ketayap dan Serban lagilah. Perangai mereka di jalan raya di buatnya seolah dia sudah berada di Syurga. Ikut sedap dia ajer. Mereka tidak malukan Ketayap dan Serban yang dipakai sebagai lambang Muslim yang berhikmah, tetapi biadap yang lebih. Saranan Agama yang diajar oleh Qur'an dan Rasul mereka cicirkan ketika di Jalan Raya.

Tapi yang menghairankan saya, mereka-mereka ini sekiranya ke KL atau berada di luar Kelantan tahu pula beradap ketika memandu. Agaknya malu mereka hanya kepada orang luar. Meraka tidak malu kepada Allah yang mengajar mereka supaya beradap walau di mana saja mereka berada.

Pihak Polis pun satu hal. Di masa dan keadaan yang saya anggap tidak perlukan Polis, mereka rajin pula tolong menyesakkan simpang. Kekadang tu naik marah juga kita kerana mereka menjalankan tugas secara bodoh melambatkan dan menyesakkan kenderaan di simpang-simpang yang semangnya traffic light berfungsi dengan baik dan lancar. Tetapi di dalam kes sebagaimana di atas, jangankan muka Polis, Topi polis pun tidak kelihatan. Di mana mereka?

Thursday, October 8, 2009

Khabar Jam 11.40 Dari Lumut

Gambar ciplak dari pulakdah.blogspot.com

Khabarnya memangnya Kapal KD Inderapura yang terbakar dengan kebakaran yang agak besar.

Khabarnya kebakaran berlaku sewaktu loading barang-barang Anggota.

Khabarnya berlaku short-circuit dan api menyambar tilam dan berlaku letupan.

Khabarnya 3 orang Pegawai yang di dalam OJT terperangkap dan usaha meyelamat masih dijalankan.

Khabarnya Jentera Bomba dari Luar Kem dipanggil untuk membantu kerana kebakaran berlaku adalah besar.

Khabarnya inilah satu-satunya Kapal Pengangkut terbesar yang kita ada.

Bersama-samalah kita berdoa agar nyawa tiga orang Pegawai yang di dalam OJT itu dapat diselamatkan. Bayangkanlah kita adalah Ibu Bapa mereka bertiga.

Berita edit pagi ini 9 Okt. 2009.

Mengikut sumber Otai Manjung, api marak kembali di kapal itu pagi ini walau pun petang semalam dikatakan sudah berjaya dipadamkan.

Pandangan dari seorang
Brigadier Bersara

Bagan Pinang : Adakah PAS Syok Sendiri?

Saya copy sebahagian dari N3 MSO yang bertajuk Perkembangan Bagan Pinang


Saya tidak ke sana dan masih kabur tentang perkembangan di sana. Jadi saya tidak boleh untuk mengulas di dalam gelap dan hanya bergantung kepada maklumat dari teman-teman blogger sahaja. Tujuan saya adalah untuk mendapat feedback selanjutnya.

Di bawah adalah sebahagian dari N3 itu. Izinkan saya MSO

Manakala laporan dari pelapor bebas pro PR lain pula bunyinya. Katanya selama dua malam dia meninjau ke tempat ceramah Pas sambutan dingin sekali. Yang hadir tidak begitu ghairah seperti dalam beberapa pilihan raya kecil yang lalu. Misalnya di satu ceramah Pas malam tadi dihadiri tidak sampai 50 orang. Keadaan ini membimbangkan, kata pelapor itu.


Mungkin laporan itu benar. Ada benarnya juga kalau pengundi Bagan Pinang tidak mengerumuni ke tempat ceramah Pakatan Rakyat. Harus difahami kebanyakan mereka mempunyai hubungan yang lama dengan Mohd Isa. Lagipun kebanyakan kenal dan rapat dengan Mohd Isa dan sudah berguni memakan budi Mohd Isa. Jadi ada yang malu alah untuk pergi ke tempat PR.


Walaupun ada sesetengahnya tidak senang dengan Mohd Isa dan bercadang untuk mengundi Pas, tetapi mereka mengambil sikap memprotes secara senyap. Mereka tidak mahu mennonjolkan diri. Inilah ada taktik pengundi yang cerdik kerana mereka tidak mahu bergaduh dengan Mohd Isa secara terang.


Saya lantas bertanya seseorang yang dikenali memainkan peranan untuk merebahkan Mohd Isa di Bagan Pinang. Dia ini dari kalangan UBN yang bermasalah dengan Isa. Katanya memang benar pengundi takut dan senagaja tidak mahu ke tempat Pas kerana mereka ada strategi sendiri.


Katanya pengundi Bagan Pinang yang dulunya merupakan penyokong kuat Isa akan tetap menolak Isa kali ini. Katanya mereka akan menyembelih Isa dalam gelap kerana tidak berani untuk menentang Isa dalam terang. Beliau begitu konfiden sekali kali ini Mohd Isa kecut perut dalam menghadapi pilihan raya berkenaan.

Wednesday, October 7, 2009

Monday, October 5, 2009

Tips Berlari Di tempat Curam

Agak lama saya tidak menulis tentang rekreasi dan kegiatan luar. Apa pun saya suka untuk kungsikan beberapa teknik untuk berlari di tempat yang curam dengan selamat. Ramai orang mahukan kepantasan. Pantas berjalan, cepat sampai. Maka waktu rehat pun akan menjadi lebih lama dari orang lain.

Dalam kegiatan rekreasi dan mendaki, perkara yang amat penting adalah keselamatan. Biasanya bila menuruni bukit atau cerun kita akan terbawa mengikut rentak atau momentum badan, momentum pula akan ditentukan oleh berat badan dan beban, kecuraman cerun dan kepantasan bergerak. Kalau kita gagal untuk mengimbangi badan dengan momentum kita boleh jatuh atau tercedera. Kalau cerun atau lurah yang dalam, kita boleh menemui maut sebagaimana yang telah berlaku kepada dua orang Doktor Pakar di Bukit Tabuh/Tabur sebelum ini.

Ada beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk perimbangan badan di lokasi seperti ini. Pertamanya kasut. Kasut mestilah yang ringan dan mempunyai permukaan tapak yang mencengkam dan agak lembut. Yang keduanya adalah teknik pergerakan badan. Ketika di dalam keadaan berlari atau berjalan laju menuruni cerun badan hendaklah sedikit bongkok dengan lutut di bengkokkan sesuaikan dengan darjah kecerunan. Kedudukan begini akan merendahkan pusat graviti dan memantapkan perimbangan badan. Kalau terjatuh pun ketika kita di dalam kedudukan sebegini, impaknya tidaklah teruk. Kedudukan betis hendaklah tegap dengan buku lali dan tapak kaki yang fleksibel mengikut keadaan permukaan tanah.

Ketika memijak akar atau batu, hendaklah memijak dengan melintangkan kaki supaya tidak tergelincir. Elakkan dari memijak di atas daunan yang gugur. Daun yang gugur dan basah sememangnya licin. Sambil berlari turun, pandangan dan perhatian mata serta fikiran mestilah tajam dan tumpukan 100 peratus terhadap trek, persekitaran dan tanah tempat di mana kita akan akan meletakkan kaki. Mesti bersedia untuk menghadapi kemungkinan tergelincir atau tersalah pijak. Lembutkan pergerakan sendi buku lali untuk mengelak dari terseliuh sekiranya tersalah pijak. Kaki hendaklah diletakkan secara mendatar dan lembut. Jangan dihentak. Hentakan akan memudaratkan tulang rawan lutut dan buku lali.

Berlari untuk mendaki pula hendaklah dengan langkah yang pendek dan memijak pada tapak yang teguh. Gunakan akar atau pokok kecil untuk berpaut menolong meringankan beban memanjat. Dengan langkah yang pendek akan meringankan beban pada kaki, lutut dan sendi. Langkah yang pendek juga akan menjimatkan tenaga.

Thursday, October 1, 2009

Kad Raya Along

Kad Raya dari Along yang membuatkan Mamanya menangis
Dan saya pun ikut tersentuh