Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 30, 2010

Siapa Nombor 31?

Kami bersama 30 orang peserta berada di Jeram Linang, Pasir puteh. Kali ini kami putuskan akan trekking pada malam nanti sebab hari pun sudah hampir senja. Selesai makan malam dan solat Isyak barulah kami akan berangkat trekking meredah hutan dan bukit menuju ke Bukit Baka, Machang. Perjalanan dijangka mengambil masa 22 jam.

Setelah saya selesai berikan taklimat akhir, semua peserta diberikan nombor peribadi dari nombor 1 sehingga 30 dan selepas ini peserta akan dikenali dengan nombor untuk memudahkan pengecaman dan kiraan jumlah anggota.

Pada jam 9.00 malam kami memulakan perjalanan dengan menggunakan lampu suluh kecil dengan bateri bersaiz 2A sahaja kerana ringan dan senang di bawa. Kami pun berjalanlah dengan kaedah single file. Setelah berjalan 2 jam saya arahkan semua anggota berhenti rehat selama 8 minit sahaja. Kenapa singkat? Rahsianya adalah bila kita berjalan/mendaki jangan biarkan peluh di badan kering. Kalau peluh di badan kering, ianya akan menjadikan kita malas dan letih. Untuk mendapatkan momentum dan berpeluh kembali akan meletihkan. Kekadang kita akan cramp.

Setelah berhenti dan semua anggota kumpulan ada, semua peserta diarah untuk mengira dengan menyebut nombor peribadi yang diberikan dari 1 sehingga 30. Setelah benar-benar lengkap 30 orang peserta baharulah peserta boleh melakukan apa saja di waktu rehat yang dihadkan itu.

Setelah 8 minit saya minta semua peserta menyebut sekali lagi nombor peribadi masing-masing. Genap 30 kami pun mula berjalan semula. Setelah melepasi dua puncak bukit ada peserta yang mengadu letih dan perlukan rehat sekejap. Sekali lagi bila tiba di satu tanah rata dan agak lapang saya arahkan semua berhenti rehat dan melaungkan nombor peribadi masing-masing.

Kiraan bermula dari peserta bernombor 1 sehingga 30, tetapi saya dapati ada orang yang melaungkan nombor 31. Saya mengarahkan supaya dilaungkan sekali lagi nombor masing-masing. Peserta melaungkan lagi. Masih ada lagi nombor 31. Saya naik hairan, dari siapa pula nombor 31?

Saya mula memarahi budak-budak ini kerana main-main. Mereka semua diam.
"Siapa sebut nombor 31, dah tua macam ini pun mengira masih tak reti?" Tanya saya dengan suara yang agak kuat. Semua diam sambil berpandangan antara satu sama lain.

"Ok, kamu semua kira sekali lagi" Jerkah saya

Mereka menyebut nombor masing-masing tetapi masih ada suara yang bernombor 31. Maka fahamlah saya nombor 31 bukan dari peserta tetapi dari makhluk lain yang mungkin mengekori kami pada malam itu.

"Nombor 31, kamu diam. Jangan menyampuk bila kita orang mengira. Kalau kamu nak ikut, ikut aku dan jaga jejak aku. Jangan kacau orang lain. Aku tahu kamu siapa!" Saya berkata dengan nada suara separuh jerkah.

Selepas itu saya minta peserta mengira sekali lagi dan bilangan 1 sehingga 30 lengkap. Tidak ada lagi suara yang menyebut nombor 31.

Kami teruskan perjalanan tanpa apa-apa gangguan walau pun semua peserta tertanya-tanya antara satu sama lain siapa dia yang bernombor 31.

Saya rasa orang lain pun yang memimpin trekking/mendaki di waktu malam ada yang mendapat pengalaman begini.

Friday, October 29, 2010

RESPONS MAIWP

Pada saya tidaklah adil sekiranya saya tidak publish responds dan jawapan dari isu yang berkaitan dari MAIWP setelah mountdweller juga ada publishkan n3 berkenaan.

RESPONS MAIWP ARTIKEL MALAYSIAKINI DAN THE MALAYSIAN INSIDER

MAKLUMBALAS MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) BAGI ARTIKEL MALAYSIAKINI DAN MALAYSIAN INSIDER PADA 26 DAN 27 OKTOBER 2010

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pelupusan 70 unit penghawa dingin seperti yang dinyatakan dalam artikel berkenaan tidak bermaksud ianya dibuang atau dibiarkan tanpa digunakan.
3. Berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 – Tatatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan, pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan.

4. Terdapat pelbagai kaedah bagi pelupusan antaranya jualan secara tender, Sebutharga atau lelong, jualan sisa, hadiah, dimusnahkan, ditenggelam atau kaedah lain pelupusan yang difikirkan sesuai.

5. Berhubung isu yang dibangkitkan, MAIWP telah mengambil tindakan selaras pekeliling di atas seperti berikut:-
i) memindahkan penempatan aset berkenaan ke Institut Kemahiran Baitulmal dan Bahagian Baitulmal MAIWP 16 unit

ii) Melupuskan secara pemberian hadiah kepada Anggun Mulia sdn. Bhd, syarikat milik MAIWP 22 unit
iii) Dilupuskan secara ‘salvage value’ yang terkandung dalam kerja-kerja kontrak merobohkan bangunan berkenaan 32 unit
untuk diubahsuai bagi kegunaan Anggun Mulia Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Kolej Sains Kejururawatan PUSRAWI MAIWP (Melalui kaedah “salvage value” atau tukar beli, kos bagi kerja-kerja merobohkan bangunan berkenaan akan ditolak dengan nilai semasa 32 unit penghawa dingin tersebut.
6. Alat-alat penghawa dingin tersebut tidak dibawa ke bangunan baru MAIWP yang disewa di Bangunan PERKIM kerana bangunan tersebut telah sedia ada mempunyai sistem penghawa dingin secara berpusat.

7. Berkaitan isu sebanyak 348 aset alih yang ditinggalkan di ibu pejabat lama MAIWP di Wisma Baitulmal, aset-aset tersebut ditinggalkan sebagai hadiah bagi kegunaan operasi Kolej Sains Kejururawatan PUSRAWI MAIWP (Anggun Mulia Sdn. Bhd.-syarikat MAIWP) setelah bangunan siap diubahsuai. Namun demikian, aset-aset tersebut tidak ditinggalkan begitu sahaja, tetapi aset-aset tersebut disimpan di tempat yang selamat dan di bawah kawalan pengawal keselamatan yang dilantik oleh MAIWP. Bagi tujuan hadiah tersebut, aset berkenaan dirujuk sebagai harta pelupusan untuk dikeluarkan dari tanggungan MAIWP secara pentadbiran.

8. MAIWP sebenarnya sebelum ini telah memaklum dan menjelaskan kepada Jabatan Audit Negara dan lain-lain pihak berkaitan tindakan-tindakan yang telah diambil berhubung semua isu-isu yang dilaporkan dalam artikel tersebut .

9. Sebenarnya wang zakat tidak dicuri oleh mana-mana pihak. Ia telah diuruskan berdasarkan peraturan sedia ada yang telah ditetapkan. Oleh itu, isu wujudnya “hantu” atau pihak yang mencuri atau menipu wang zakat seperti yang dibangkitkan dalam artikel berkenaan adalah tidak berbangkit sama sekali.
Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 27, 2010

MAIWP, Apa Dah Jadi?

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bercadang melupuskan 70 unit penghawa dingin walaupun ia masih berfungsi dengan baik, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009.

Malah, menurut laporan itu lagi, sebanyak 14 unit telah digunakan oleh syarikat subsudiarinya Anggun Mulia Sdn Bhd yang menduduki sebahagian bangunannya sejak April 2009.

"Sebanyak 70 unit alat penghawa dingin yang diperoleh pada tahun 2007 dan 2008 yang hendak dilupuskan tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pihak pengurusan MAIWP telah mencadangkannya untuk pelupusan," laporan itu dipetik.

Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP daripada Wisma Baitulmal ke Bangunan Perkim pada Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin ditinggalkan.

Ekoran itu, lembaga pemeriksa mencadangkan aset itu dilupuskan secara hadiah kepada Anggun Mulia atau ke bahagian lain yang memerlukan atau dimusnahkan.

Menurut laporan itu, lawatan audit pada Oktober tahun lalu mendapati aset alih berkaitan masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

"Pada pandangan audit, MAIWP perlu memastikan proses pelupusan dibuat mengikut peraturan yagn ditetapkan dengan melengkapkan rekod yang berkaitan supaya tindakan pelupusan dapat dilaksanakan dengan segera.

"Pemeriksaan tahunan secara menyeluruh hendaklah dilakukan untuk memastikan semua set dalam keadaan baik dan mengenal pasti aset yang rosak dan usang untuk tujuan pelupusan," laporan itu dipetik.

Penemuan lain yang dinyatakan dalam laporan itu, antaranya:

(1) Sebanyak 10 unit alat bengkel kemahiran (harga perolehan RM63,380), 1 unit alat muzik (RM1,495), 2 unit periuk(RM7,800) dan 1 unit mesin jahit butang (RM6,167) tidak digunakan kerana pelbagai sebab seperti ketiadaan tenaga pengajar dan tidak menepati keperluan.

Periuk - Kuali Range 36" di Kompleks Darul Kifayah yang dibeli misalnya terlalu besar berbanding dapur untuk meletakkannya.

Justeru, pihak audit berkata, sekiranya aset itu tidak diperlukan, ia perlu dijual dengan segera supaya tiada kemerosotan nilai berlaku.

(2) Semakan terhadap fail kehilangan MAIWP mendapati berlaku kehilangan aset sebanyak 21 unit bernilai RM45,789, antaranya melibatkan peralatan komputer dan kamera.

Terdapat juga prosedur kehilangan yang tidak dipatuhi seperti kehilangan tiga motorsikal Honda C1004 yang tiada tindakan susulan.

(3) Terdapat pembelian minyak yang meragukan. Berdasarkan laporan butiran belian minyak yang dikeluarkan syarikat minyak pada tahun 2007 hingga 2009 didapati pengisian minyak bagi 4 kenderaan dibuat dalam selang masa yang tidak munasabah dan kos pengisian yang meragukan.

Sebagai contoh, sebuah kenderaan selepas mengisi minyak RM2 dalam tempoh empat minit kemudian mengisi sebanyak RM134.95.

(4) Pembelian minyak melebihi kapasiti tangki. Menurut spesifikasi Proton Waja 1.6, kapasiti penuh minyak kereta adalah 60 liter. Bagaimanapun semakan audit mendapati 7 transaksi pembeliau sebanyak 78.13 liter, melebihi kapasiti penuh sebanyak 18.13 liter.

Tujuh transaksi berikut melibatkan RM1,050.

Dari mk

Juga berkaitan sila baca Dr Asri: 'Hantu' mana curi wang zakat kita?

Ulang Tayang

Mountdweller tak mahu ulas atau komen apa-apa. Lihat, baca dan nilailah sendiri.


Sumber dari sini


Sumber dari sini

Tuesday, October 26, 2010

Ketepatan Berita Umno-Online

Kerana ketepatan dan kecanggihan maklumat UMNO-Online dah nak kena saman

Tuduh khalwat: Nik Aziz setuju dibawa ke Mahkamah


GUA MUSANG, 26 Okt:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju jika tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang membuat tuduhan kononnya calon PAS berkhalwat.

Ketika ditanya wartawan tentang wujudnya tuduhan terhadap Dr Zulkefli Mohamed pernah ditangkap khalwat, Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau bersetuju tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang membuat tuduhan itu.

"Nak tuduh boleh tuduh, tapi betul ke tak benda tu. Saya setuju kalau benda tu bawa ke mahkamah. Dia (Zulkefli) nak bawa ke tidak, terpulang pada dia," katanya.

Zulkefli sebelum itu berkata, isu beliau ditangkap khalwat yang dibangkitkan Umno-Online adalah dilakukan dengan sengaja bagi memfitnahnya.

Sehubungan itu, beliau akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.

“Tindakan pertama ialah meminta supaya didropkan fitnah itu daripada web Umno-Online, dan sekiranya tidak dipatuhi maka tindakan selanjutnya akan menyusul.

“Kedua, tempoh bagi tindakan adalah bergantung kepada tindakan dilakukan Umno-Online terhadap permintaan yang pertama itu,” katanya.

Selepas diisytiharkan calon PAS, beliau dilaporkan media Umno-Online bahawa pernah ditangkap khalwat dengan ‘isterinya’ sekarang, Ramlelah Mat Jusoh.

Zulkefli dengan tegas menafikannya kerana Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya, sedangkan isterinya ialah Zainab Jalar.

“Berkenaan dengan hak yang dikeluarkan dalam Umno-Online yang dikatakan saya terlibat dalamkes khalwat, kemudian diletak pula nama Ramelah binti Mat Jusoh.

“Ramelah binti Mat Jusoh itu adalah sebenarnya emak saya, dan untuk kes khalwat ini sepatutnya dibuat semakan di mana-mana Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah untuk dipastikan, dan (kes yang dibangkitkan ini) saya menafikan sekeras-kerasnya,” ujarnya.

-Harakahdaily

Kenyataan Yang Buatkan Aku Gelak

Aziz Minta Pengundi Bijak Pilih Wakil Rakyat

GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff mahu pengundi di DUN tersebut membuat pilihan yang bijak dalam memilih wakil rakyat yang boleh berjasa dan membawa pembangunan kepada mereka.

Katanya beliau tidak mahu penduduk tersalah pilihan seperti yang berlaku dalam pilihan raya umum 2008, dan menurutnya kini sudah sampai masanya pengundi membuat penentuan terbaik kerana hanya BN sahaja yang dilihat mampu membawa segala pembangunan di kawasan itu.

"Semua boleh lihat sendiri bagaimana kemajuan yang dinikmati di negeri-negeri lain di bawah kepimpinan BN, dan saya tidak mahu penduduk Galas ini terus ketinggalan selepas ini," kata Setiausaha Umno bahagian Gua Musang itu kepada Bernama di sini hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan pada 4 November ini berikutan kematian penyandangnya (PAS) Chek Hashim Sulaima, 46, yang meninggal dunia akibat barah usus pada 27 September lepas.

Abul Aziz berkata setiap penduduk seharusnya jangan mudah terpedaya dengan janji kosong pemimpin PAS yang hanya cuba mempengaruhi undi sahaja, namun tidak dapat membuktikan kejayaan dalam membawa kemajuan.- mStar

Kataku : Aziz ni betul ke nak jadi Wakil Rakyat? Dia minta Pengundi menjadi bijak, tetapi bijakkah dia bila dia membuat kenyataan dangkal terutama yang saya warnakan merah di atas. Dia sendiri umpama katak diserkup belanga buruk!

Cubalah keluar dari Belanga buruk itu dan buka mata serta minda. Walau pun engkau hanya ada SPM tetapi sebagai manusia yang bercita-cita menjadi Pemimpin mestilah lebih bijak dari itu. Kalau dia dengan otak dan fikiran begini dipilih oleh makhluk Galas, aduh... simpatinya saya!


Rupanya Di tepi Pagar Mountdweller Pun Ada

Gambar yang dirakam malam semalam

Di tepi pagar rumah mountdweller menghadap rumah jiran

Ke arah belakang tepi pagar kandang Arnab

Di bahagian rusuk rumah

Monday, October 25, 2010

Bekas PM Dapat Hadiah Kasut Dari Jasanya

Shoes thrown at Howard during Q&A

Former prime minister John Howard has had shoes thrown at him during an episode of the ABC's Q and A.

Mr Howard had just finished answering questions about the Iraq war when the protester struck.

‘‘That is for Iraqi dead,’’ the man appeared to shout at Mr Howard as he threw two shoes at the former prime minister.

A female audience member then shouted: ‘‘You’ve got blood on your hands’’, before walking out of the studio.

The man was led out by ABC staff.

Mr Howard appeared to take the incident in his stride. "It’s all right, don’t worry. Forget it, forget it. Relax," he said.

An audience member then told Mr Howard "if that’s all they’ve got to throw at you, you’ve got nothing to worry about".

The incident had echoes of an infamous incident when shoes were thrown at former US president George Bush during a trip to Iraq in 2008.

Mr Howard was a strong advocate of the US-led invasion of Iraq. -AAP




Dari sini

Insiden Di Spratly

Rasanya Along terlibat di dalam peristiwa ini namun disorokkan dari pengetahuan keluarga. Cuma ada bayangan yang diberikan.

Terumbu Layang-layang

Memang prosedurnya sebarang gerakan atau operasi adalah rahsia


EKSKLUSIF DARI MOM – CHINA VS MALAYSIA

44.Insiden yang melibatkan kapal perang dan pesawat milik TUDM ini dilapor berlaku pada akhir April 2010.

45.Ia tidak dilapor dalam mana-mana media tempatan dalam negara tetapi menjadi tajuk utama dalam akhbar di China.

46.Laporan dari akhbar The Southern Daily (akhbar rasmi komunis China dalam bahasa Cina) bertarikh 1 Mei memberitahu, sekumpulan kapal perikanan China sedang menjalankan aktiviti pelayaran mereka di kepulauan Spratly yang dipanggil Nansha oleh pihak China.

47.Armada kapal-kapal perikanan China ini sebenarnya merupakan strategi China untuk menguatkan tuntutan dan penguasaan mereka ke atas seluruh pentas Laut China Selatan dan khususnya Spratly.

48.Pembaca sekelian, kapal-kapal perikanan China bukanlah seperti kapal-kapal dari Jabatan Perikanan Malaysia kerana kebanyakkan kapal-kapal perikanan China ini mempunyai keupayaan untuk belayar di laut dalam dan jauh dari pengkalan mereka.

49.Kapal-kapal ini ada di antara berat 1,400 tan sehingga 2,400 tan mempunyai besar yang hampir menyamai kapal korvet.

50.Ada kapal-kapal perikanan laut China ini merupakan modifikasi dari bekas-bekas kapal perang China.

51.Akhbar The Philippine Star pada tahun 2009 ada menyiarkan hasrat China untuk menggunakan kapal-kapal perikanan yang kelihatan “innocent” ini untuk berlayar di Laut China Selatan.

52.Jurucakap dari kedutaan China di Manila iaitu Hua Ye memberitahu akhbar tersebut bahawa China tidak melanggar atau membuat sebarang provokasi di kawasan tuntutan bertindih memandangkan tidak ada kapal perang yang dihantar berlayar di kawasan yang sedang direbut oleh Vietnam, Filipina dan Malaysia itu serta beberapa buah negara lain kecuali kapal milik jabatan perikanan negara itu.

53.Berbalik kepada siaran berita yang disiarkan oleh akhbar The Southern Daily tadi, berikut merupakan terjemahan yang dibuat oleh seorang rakan penulis :

54.Beberapa hari sebelum 1 Mei, armada kapal nelayan China telah dihalang secara agresif oleh bot peronda milik Malaysia.

55.Kapal-kapal nelayan China itu dengan diiringi oleh kapal agensi perikanan China sudah lama mencari ikan di kawasan yang sudah ditandai sebagai kawasan tradisi mereka.

56.Bot peronda Malaysia dilihat bertindak agresif dan penuh provokasi apabila muncung meriam di halakan kepada kapal yang paling hadapan di dalam armada kami.

57.Pada pukul 10.30 pagi, radio kapal nelayan China disergah dengan amaran oleh suara pegawai dari kapal perang Malaysia.

58.”Chinese fishery fleet, we are Malaysian warships, I hope you will leave.” suara amaran dari kapal perang Malaysia.

59.Armada perikanan China bagaimanapun telah mendapat arahan dari ibupejabat marin untuk mengekalkan haluan dan menambah kelajuan.

60.Tiba-tiba dari jauh kelihatan sebuah kapal perang yang lebih besar dan jelas kelihatan, ia membawa peluru berpandu.

61.Bot peronda tadi menghampiri bot bernombor 311, anak kapal China melihat kelasi kapal perang bot peronda itu sudah memakai topi besi dan meriam kapal itu dihalakan kepada kapal bernombor 300, suasana tiba-tiba menjadi tegang.

62.Pada pukul 11.30 pagi, sebuah pesawat terbang Malaysia dilihat terbang mengelilingi armada perikanan China selama 15 minit.

63.Kapal-kapal perang Malaysia seterusnya dilihat mengikuti armada kapal perikanan China sehingga pada pukul 22.30 malam dan keadaan ini berterusan sehingga pada pukul 3 pagi.

64.Terjemahan seterusnya gagal difahami…..maaf setakat di sini sahajalah.

Baca cerita penuhnya di sini

Bangsat Sangatkah Melayu Ketika Itu?

Dia bohong atau memang tidak tahu sejarah? Amat malang kerana nak menjaga hati bangsa lain di dalam komponan BN, seorang Menteri rela memutar belitkan sejarah.

Mana tidaknya seorang PM pun sanggup menidakkan hakikat yang bangsa Cina dan India bukan Pendatang. Bukan apa, hanya untuk menjaga hati mereka dan menarik undi mereka kerana parti mereka masih bersama di dalam BN. Sedangkan sejarah pengkhianatan mereka kebanyakan yang belajar dan membaca buku sejarah tahu.

Dulu semasa bersekolah bila tiba bab Bendahara dan Sultan Melaka, memang hati saya cukup terbakar. Sultan berbinikan Keling dan Berbendahara keturunan Keling (keling adalah istilah sejarah) merujuk kepada pendatang dari 'Benua Keling'. Sekarang pula mereka ramai menjadi tokoh penting di dalam UMNO yang menerajui negara ini. Kita dipaksa menelan dan menerima hakikat ini oleh UMNO. Sebuah parti orang Melayu konon!

Maaflah wahai saudara senegara Cina dan India. Terimalah hakikat sebenar yang anda semua menjadi rakyat negara ini kerana Melayu negara ini gila sangat nak merdeka dari Inggeris. Dan memang kami terima hakikat yang anda juga rakyat Malaysia yang mempunyai hak keatas negara ini. Cuma janganlah kerana kepentingan politik sejarah digelapkan.

HANG PI BELAJAR SEJARAH LA, ZAHID OIII... BUAT MALU SAJALAH....
CUCU TOK WAN | Posted at: 12:05 AM

Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO menceritakan tentang 6 orang 'ABU' di dalam UMNO. Pada masa yang sama, dia turut mengaitkan UMNO, kekuatan UMNO dan Melayu dengan sejarah penaklukan serta kejatuhan Melaka.

Sesuatu yang menarik apabila Zahid dalam ucapannya menceritakan bagaimana Kerajaan Melaka pada waktu itu ketinggalan dalam serba-serbi, bersenjatakan hanya keris, parang, kapak dan tombak berbanding Portugis yang menggunakan senjata api. Sekaligus menyebabkan Melaka kalah kepada Portugis.

Zahid sebenarnya PERLU MENGAMBIL SEMULA MATAPELAJARAN SEJARAH...

Menurut Relazione del primo viaggio intorno al-mondo (Report on the first voyage around the world) karangan Antonio Pigafetta, kekuatan Melaka pada waktu itu adalah 20,000 orang tentera yang terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan beberapa negeri Islam yang lain. Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.

Manakala menurut Malacca History karangan Haji Buyong Adil yang memetik daripada Sejarah Melayu, kelengkapan pertahanan Melaka juga tidaklah sekuno seperti yang digambarkan oleh Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India. Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka.

Cina-Cina tersebut mempersoalkan kekuatan Portugis untuk berhadapan dengan tentera-tentera Melaka dan mengalahkan negeri Melayu itu kecuali dengan menyekat bekalan makanan yang datangnya dari Jawa daripada sampai ke Melaka.

Alburquerque kemudiannya meminjam beberapa buah jong besar daripada angkatan dagang China dan memberikan sebuah galleon besar serta tinggi kepada mereka sebagai tempat menonton aksi pertempuran antara Portugis dan Melaka.

Itu sejarahnya yang tercatat....

Barangkali Zahid Hamidi 'segan' hendak berterus-terang tentang sejarah penaklukan Melaka kerana ia membabitkan pengkhianatan pedagang-pedagang Cina dan India yang sebenarnya diberikan tempat serta kedudukan yang tinggi di dalam Kerajaan Melayu Melaka, terutama bermula dari zaman Sultan Mansur Syah.

Begitu juga dengan kerapuhan pertahanan darat Melaka apabila para penyokong Mundeliar yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah, membuka pintu kota sekaligus memudahkan pasukan Portugis yang mendarat di dua tempat menawan bahagian selatan dan utara Melaka dengan agak mudah sebelum menawan Jambatan Melaka yang terletak di tengah-tengah Kota Melaka, iaitu di kaki Bukit Melaka pada 25 Julai 1511.

Tidak sahaja pengkhianatan Mundeliar, saudagar dari India yang diberikan pangkat sebagai Syahbandar Pelabuhan Melaka, Melaka turut menerima pengkhianatan Nina Katu, sekutu kuat Mundeliar. Nina Katu bagaimanapun, dibunuh oleh Alburquerque selepas Melaka berjaya ditawan oleh Portugis.

Zahid mungkin seorang Melayu jati. Melayu jati maknanya, Melayu yang akan menjadi sangat rendah diri dan sentiasa menganggap orang lain jauh lebih baik berbanding mereka. Melayu jati juga bermaksud, golongan yang sanggup menerima kefahaman bangsa lain di dalam menanggapi bangsa Melayu...

Itulah sebabnya, sejarah Melaka pun, Zahid tidak tahu walaupun dia adalah seorang Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO. Kebimbangan dimarahi oleh Cina dan India kerana kejatuhan Melaka adalah disebabkan oleh puak-puak imigran itu, mungkin menyebabkan Zahid menjadi SYAITAN BISU yang hanya menyalahkan Sultan dan Ketua Bangsanya sendiri!!!!

Sunday, October 24, 2010

Mountdweller Pun Menangis!

Kisah benar: Aku, Lim & Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.


“Allah menyukai seorang apabila di bekerja sesuatu pekerjaan, dia akun dan mahir dalam pekerjaan itu” (Hadis).

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.


AF merekrut idola-idola baru pelapis dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia, jauh dari ciri-ciri idola para Sahabat Rasulullah saw.


Rentak Juara 2010 juga merekrut idola-idola baru untuk generasi harapan umat, jauh dari ciri-ciri idola Ali bin Abi Talib ra, Usamah bin Zaid ra, Asmak dan Aisyah binti Abu Bakar ra dan pemuda pemudi seumpama mereka di zaman Rasulullah saw.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

” He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.


9 pemuda Melayu didakwa rogol seorang gadis 15 tahun.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.


2 ibu membuat lapuran polis 2 anak gadis tingkatan 2 mereka tidak pulang ke rumah.


Ketiga-tiga remaja perempuan tingkatan 2 tersebut akhirnya ditemui oleh polis di Georgetown bersama dengan 2 orang lelaki. Pemeriksaan hospital telah dibuat keatas wanita-waita tersebut.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.


Konsert Wings & Search dihadiri 20 ribu penonton kebanyakannya Melayu.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.


Bayi Melayu dibuang berdekatan lampu isyarat di persimpangan jalan utama. Bahkan ramai bayi Melayu dibuang merata-rata tanpa belas kasihan.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.


Benarkah pepatah Melayu mengatakan “Menang Sorak Kampung Tergadai” ? Kalau benar pepatah warisan, siapa yang bersorak, apa yang tergadai ?


Tanjong Pagar, baki terakhir wilayah milik Islam Malaysia di negeri Temasik yang tergadai dan menjadi milik Singapura pada tahun 2011 depan.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Kisah benar ini kiriman seorang ahli jemaah Masjid al-Munawwarah. Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Sebahagian pengajaran dari kisah benar di atas ialah :

  1. Ramai orang Melayu Islam di Malaysia gagal memahami hakikat kelahiran mereka di dunia ini, iaitu untuk menjadi pendakwah dan contoh tauladan kepada masyarakat dan umat yang lain. “Demikianlah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi-saksi (pembawa risalah Islam) keatas manusia lain, dan Rasul menjadi saksi (pembawa risalah Islam) keatas kamu” (Al-Quran).
  2. Bahkan lebih asas dari itu ramai orang Melayu di Malaysia yang gagal memahami dan menghayati Islam itu sendiri, sedang mereka dilahirkan siap beragama Islam dan pergi sekolah setiap hari sejak kecil.
  3. Apabila Lim mendapat cahaya Islamnya di Amerika, ini menunjukkan betapa di sebuah negara Barat lagi Kristian, terdapat orang-orang Islam di sana walaupun dari kalangan minoriti yang bekerja keras menunjukkan kepada manusia akan jalan kebenaran, berbanding dengan ramainya orang Melayu yang majoriti di negara Malaysia.
  4. Lim sangat memahami firman Allah swt di atas. Oleh itu beliau menyebut perkataan ” .. aku akan dakwa semua orang melayu Islam di dalam kampung kita … “. Setiap insan yang diamanahkan untuk menyampaikan Islam dalam bentuk perkataan (mengajak) dan perbuatan (contoh teladan), tetapi tidak menunaikan tugasan dan tanggungjawab tersebut, boleh bahkan akan didakwa oleh Allah swt kelak di Hari Kiamat. Mereka juga menjadi orang-orang yang didakwa oleh orang-orang sekeliling mereka yang tidak mendapat Risalah ini sedang mereka berjiran, berkawan dan berkenalan.
  5. Lim seorang yang sangat menghargai Islam yang dimilikinya serta seorang yang bekerja keras demi mencapai cita-cita. Dalam masa 5 tahun sahaja, beliau telah mengislamkan 20 orang termasuk ada dari kalangan adik beradiknya sendiri. Jika orang Melayu tidak dapat mengislamkan 20 orang kafir untuk menyayingi Lim dalam perkara kebaikan, apa kata mereka berusaha mengajak 20 orang Melayu Islam ke masjid dan kuliah-kuliah agama ? Atau mereka sendiri telah jauh dari mengunjungi rumah-rumah ibadat kepada Allah swt ? “Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan surau dan masjid ALlah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat” (Al-Quran).
  6. Ramai orang-orang Melayu hari ini membandingkan prestasi hidup sesama mereka dengan nilaian material seperti saiz dan rekabentuk rumah dan perhiasan, jenis kereta dan jumlah harta terkumpul, tetapi sepatutnya mereka membanding-banding sesama mereka sejauhmanakah prestasi projek Dakwah yang masing-masing sedang usahakan seperti majallah, tadika Islam, pusat tahfiz, rumah kebajikan dan anak yatim, pembinaan masjid dan surau, penganjuran kuliah dan kursus agama di masjid , surau dan institusi-institusi, projek kesenian Islam seperti merekod nasyid, pementasan dan kebudayaan Islam, penulisan artikel, cerpen, buku, novel dan blog Islam serta banyak lagi projek-projek Islam yang menanti dan boleh mereka lakukan demi berdepan dengan projek pemusnahan akhlak umat yang sedang dan berjaya dilakukan oleh musuh-musuh Islam dalam berbagai bidang kehidupan moden hari ini.

Semoga Allah swt memelihara kita dari kemurkaanNya lantaran kealpaan dan kelalaian ramai masyarakat kita dari tanggungjawab mereka sebagai hamba ALlah. Moga Allah memilih kita sebagai pendokong-pendokong agamaNya selagi nyawa belum bercerai badan. “Ya Allah jangan Engkau palingkan hari-hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kepada kami rahmatMu. Sesungguhnya Engkau sangat suka memberi” (Al-Quran).

Copy N Paste tanpa sebarang pindaan dari Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

Awe, Mu Ni Kuat Sungguh Bermimpi

Tak taulah nak komen apa. Dibandingnya pula kita dengan negara maju!

"Perlu diingatkan, di negara-negara maju, tidak ada orang pun yang mempersoalkan projek-projek besar. Bangunan pencakar langit bukan satu atau dua, bahkan semuanya adalah bangunan-bangunan tinggi.



Minggu lalu, ketika membentangkan Bajet 2010, Perdana menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan projek bangunan 100 tingkat yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan antara yang tertinggi di dunia.

Petikan dari mk. Baca sepenuhnya di sini

Google Earth Membuktikan Mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam hadith riwayat Attabarani, Rasulullah SAW perintah seorang sahabat supaya mendirikan sebuah masjid di taman bernama Bathan di daerah San'a yg terletak di negeri Yaman. Baginda mengarahkan supaya qiblat masjid itu menghadap ke puncak gunung Deyn yg terletak sekitar 30km dari San'aa.

Setelah 14 abad kemudian, Google Earth membuktikan kebenaran Rasulullah SAW. Melalui rakaman satelit, dapat di lihat dengan jelas bagaimana qiblat masjid ini yang di perintahkan oleh Nabi Muhammad SAW menghadap ke puncak gunung Deynn, apabila di usulkan seterusnya , ia terus mengarah ke tengah Kaabah di Baitullah Masjidil Haram.



Tiada manusia yg dapat mengetahui perkara ini tanpa bantuan alat2 canggih. Benar lah kata Nabi Muhammad SAW. Subhanallah…

Pada saya : Hanya yang mempunyai fikiran dan menggunakan fikirannya untuk berfikir sahaja yang akan menemui kebenaran yang hakiki.

Ihsan dari sentiasa.blogspot.com

Kira Malaysia Tak Malulah!

Ketua-ketua Tentera Laut Diraja Britain malu besar tetapi adakah Menteri dan Ketua-ketua Tentera Laut Diraja Malaysia tidak ada perasaan malu?

Atau sememangnya mereka tidak ada perasaan malu langsung walau pun kepada diri sendiri?

Malu kapal selam nuklear tersadai


LONDON - Ketua-ketua Tentera Laut Diraja Britain malu besar selepas sebuah kapal selam nuklear yang didakwa mampu mengelak daripada dikesan radar musuh akhirnya menjadi bahan jenaka orang ramai setelah ia terdampar di perairan Scotland, lapor sebuah akhbar semalam.

Kapal selam HMS Astute berharga £1.2 bilion (RM5.8 bilion) turut dilengkapi sistem navigasi berkomputer tercanggih.

Namun, nasib tidak menyebelahi kapten kapal selam itu selepas kipasnya tersekat dalam lumpur ketika memasuki sebuah teluk yang cetek di Kepulauan Skype kelmarin.

Orang ramai yang berada di lokasi tersebut tersengih melihat beberapa pegawai dan kru kapal selam tersebut keluar sementara menunggu air pasang bagi membolehkan HMS Astute ditunda.

"Walaupun tiada kebocoran nuklear berlaku, kapten kapal selam itu atau anak-anak buahnya boleh didakwa di mahkamah tentera kerana kecuaian," kata satu sumber selepas HMS Astute ditunda pada petang kelmarin.

Kapal selam sepanjang hampir 100 meter itu dapat menghasilkan air minuman dan udara daripada air laut sekali gus mampu menyelam mengelilingi dunia tanpa timbul ke permukaan.

HMS Astute membawa torpedo berat Spearfish 38 dan peluru berpandu Tomahawk Serangan Darat yang boleh mengenai sasaran di Afrika Utara dari Britain. - Agensi

Saturday, October 23, 2010

Malaysia Hilang Enjin Jet, Amerika Hilang Kod Nuklear

Inilah untungnya bila rapat dengan 'Orang Besar'. Di Amerika tidak diambil apa-apa tindakan tetapi di Malaysia siap dengan 'Kambing Hitam'.

Mayat berkecai pun tak apa sebab 'Kambing Hitam' tetap ada untuk dikorbankan.

Kad pelancar serangan nuklear AS hilang


WASHINGTON - Seorang pesara tentera Amerika Syarikat (AS) yang pernah berkhidmat dengan bekas Presiden AS, Bill Clinton mendedahkan salah satu komponen penting dalam protokol pelancaran serangan nuklear hilang semasa Clinton menduduki Rumah Putih.

Pendedahan itu dilakukan oleh Jeneral Hugh Shelton dalam buku terbarunya yang menceritakan pengalamannya bekerja di bawah Presiden AS.

"Kod pelancar nuklear itu hilang selama berbulan-bulan. Itu adalah sesuatu yang serius tetapi kami bernasib baik tiada masalah timbul," katanya.

Menerusi bukunya bertajuk ’Without Hesitation’, Shelton memberitahu kad mengandungi kod pelancar nuklear akan disimpan oleh salah seorang pembantu yang 'melekat dengan Presiden seperti gam'.

Kod itu membenarkan Presiden membuka sebuah beg bimbit mengandungi arahan melancarkan serangan nuklear.

"Saya pasti kehilangan kad itu tidak diketahui oleh Clinton," katanya.

Sumber SH

Kealpaan "pemimpin dahulu".

Setidak-tidaknya beliau mengaku!

Keadaan Melayu Pulau Pinang kini kritikal

2010/10/22 KUALA LUMPUR: Keadaan orang Melayu di Pulau Pinang sangat kritikal terutama dalam isu pemilikan tanah dan ketika ini kira-kira 7,000 penduduk negeri berhadapan dengan risiko diusir dari rumah yang mereka duduki, demikian menurut wakil Umno Pulau Pinang Mohamad Farid Saad.

Beliau yang mendedahkan hasil maklum balas kajian Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yang dikumpul dari 13 ketua bahagian berkata, penduduk dari 60 perkampungan di Pulau Pinang didapati akan kehilangan tempat tinggal kerana tanah rumah yang didiami sekarang bukan milik mereka.

Katanya kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP dilihat semakin melampau apabila mereka mula membuka tanah yang selama ini dipertahan, untuk dibangunkan, dan beliau memberi contoh satu lot tanah yang di Sungai Burung yang dikhaskan untuk sawah dikeluarkan dari gazet, dan satu lagi kes yang membabitkan sebahagian daripada Taman Negeri yang dibuka untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan. "Kes ini akan membuka laluan kepada pembukaan kawasan-kawasan lain dari kategori yang sama. Ini semua adalah penyalahgunaan kuasa yang mesti dihentikan," kata ahli Umno Bahagian Balik Pulau itu ketika membahaskan usul ucapan presiden di Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Mohamad Farid berkata apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang adalah contoh kes pengusiran melalui polisi dasar, selain berlakunya pengusiran secara fizikal, psikologi dan terang-terangan.

Mohamad Farid berkata kerajaan perlu mempunyai kuasa untuk menghalang pembangunan di kawasan yang digazet, seperti kawasan-kawasan yang sensitif dalam menjaga alam sekitar di semua negeri.

"Jika tidak, lebih cepatlah orang Melayu diusir. Hari ini tanah milik orang Melayu di daerah timur laut hanyalah 1.16 peratus saja, tanah di Balik Pulau hanya 15.07 peratus, di Seberang Perai 44.2 peratus, Seberang Perai Tengah 23.5 peratus dan di Seberang Perai Selatan 18.09 peratus sahaja milik orang Melayu," katanya dan menambah ketika ini hanya 20.41 peratus sahaja tanah di Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah milik orang Melayu.

Beliau berkata orang Melayu sudah lama bertapak di Pulau Pinang, tetapi hari ini, sedikit demi sedikit tanah yang dimiliki turun temurun dijual dan bertukar tangan.

Katanya jika generasi dahulu boleh bertolak ansur, generasi baru tidak ada lagi belas kasihan, di mana yang ada kini hanyalah 'you keluar dari sini, kalau tak puas hati jumpa di mahkamah nanti'.

Mohamad Farid berkata hakikat yang perlu diterima ialah keadaan ini berpunca daripada kealpaan "pemimpin dahulu". - BERNAMA

Friday, October 22, 2010

Kejadian Di Hadapan Rumah Mountdweller

Kejadian berlaku ketika Pak Din di Besut rumah 'Gadis Yang Hilang'. Kejadian ini diberitahu oleh anak jiran Pak Din kepada 'Adik' (anak Pak Din).

Mengikut anak jiran, dia dengar dua das tembakan tetapi tidak tahu siapa yang menembak dan siapa pula yang ditembak. Yang dia nampak hanya Kelisa mengejar Kancil.

Kalau benar apa yang berlaku adalah memalukan pasukan Polis itu sendiri. Polis dari Daerah lain bawa senjata di luar tugas dan menembak sesuka hati. Kalau berlaku kematian bagaimana agaknya.

Adakah akan berlaku lagi bukti yang diletakkan (Planted evidence)?

Percayalah Rakyat Malaysia yang berkepala hotak sudah jemu dengan lagak brutal dan keterlaluan Polis!


Lelaki terkena tembakan polis


KOTA BHARU-Gara-gara cuba potong memotong ketika memandu kereta, seorang lelaki cedera di punggung selepas dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi semalam di Batu 2, Jalan Kuala Krai dekat sini, mangsa yang berusia 20-an itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II akibat kecederaan yang dialaminya dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan kecemasan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua rakannya menaiki kereta jenis Perodua Kancil melalui Jalan Kuala Krai.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta yang dinaiki mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kereta Perodua Kelisa yang dinaiki dua anggota polis terbabit.

“Pada masa sama berlaku potong memotong dan secara tiba-tiba anggota polis terbabit dikatakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta mangsa. Tembakan itu mengena bahagian punggung dan mangsa mengalami luka,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, pemandu kereta yang dinaiki mangsa kemudian berhenti di tempat kejadian dan anggota polis terbabit kemudian keluar dari kenderaannya lalu memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

“Selepas kejadian anggota polis terbabit kemudian melarikan diri dan mangsa kemudian dibawa ke HRPZ II oleh rakannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.

"Sebaik menerima laporan, polis Kelantan membuat semakan terhadap kereta Perodua Kelisa dan mendapati kenderaan itu milik seorang anggota polis yang berusia 28 tahun," katanya.

Menurutnya, anggota polis terbabit bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, Pahang dan datang ke Kelantan untuk urusan perbicaraan di mahkamah.

“Polis Kelantan juga sudah menghubungi IPD Pekan dan memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya.

Katanya, pihaknya kini mengesan anggota polis terbabit dan sudah mengarahkan tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota berkenaan.

“Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh. Jika sabitkan kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun,” katanya.

Sumbar dari SH

Di Rumah Gadis Yang Dilarikan

Malam semalam Pak Din dan enam orang teman ke rumah Gadis yang diceritakan selalu hilang diambil/bawa oleh makhluk misteri.

Mengikut cerita Ibunya memang dia hilang sekiranya alpa. Pernah disorok di dalam kubur selama tujuh jam. Di bawa ke Bukit Keluang dan ada masanya dirosok di atas siling dan bumbung.

Sejak dua minggu sebelum puasa, memang keluarga ini menderita diganggu makhluk itu. Derita ini bermula sengan peristiwa gadis ini terluka kena kaca yang pecah dan urat ibu jari kakinya terputus. Di masa inilah makhluk itu datang menghisap darah dari liang lukanya.

Mengikut gadis ini makhluk itu huduh. Rupa fizikalnya macam beruk. Pak Din syak makhluk itu adalah Hantu Raya.

Inilah gadis malang yang menjadi mangsa itu

Mangsa dan Ibunya

Suasana di luar rumah keluarga ini


Siling yang ditendang dan dipecahkan oleh Makhluk itu kerana mengamuk

Di atas pokok manggis ini, mangsa pernah disorok

Nampak semacam dua makhluk anih di atas bumbung rumah
Tapi Pak Din sendiri kurang pasti

Dua makhluk yang Pak Din besarkan

Satu lagi imej makhluk lain

Dan Imej yang Pak Din besarkan

Thursday, October 21, 2010

Mengapa?

Kenapakah UMNO Kota Bharu humbankan maruah ke longkang? Tak ada duit atau sengaja?
Walau pun ada sebab dan alasan tertentu, tidak semua orang tahu.

Tidakkah malu dan hina bila lambang UMNO diturunkan dan digantikan pula dengan bendera dan Logo parti lawan?

Tahniah Pemuda PAS Kelantan!


PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.

Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

Petik dari sini

Ini pula komen Mohd Sayuti Omar

APA sudah jadi? Pembelian bangunan Umno Kota Bharu oleh Dewan Pemuda Pas sungguh memalukan parti tersebut. Ke mana ketuabahagian Umno Kota Bharu, Mohd Fatmi Che Salleh (foto) hendak meletakkan mukanya. Bangunan adalah lambang kediaman dan keutuhan sesebuah pertubuhan. Kalau rumah mereka kini sudah dibeli orang ibarat miskin dan dhaif sangatlah parti berkenaan.

Khabarnya tuanpunya bangunan itu Zaid Ibrahim telah menjual bangunan itu kepada Dewan Pemuda Pas dengan harga RM4.5 juta. Murah.

Sebelum ini katanya Zaid minta Umno membayar dengan harta sekitar RM6 hingga RM8 juta sekiranya Umno berminat untuk memiliki bangunan tersebut. Apakah ada diskaun dan ianya begitu tinggi kerana ada apa-apa di sebalik batu?
Petikan dari sini

Wednesday, October 20, 2010

Logikku Tak Terima

Dengan melepaskan 17 das tembakan, adakah benar tiada niat untuk tembak bunuh?

Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid tanpa niat di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lalu. Satu tuduhan dan dakwaan tidak logik dan tidak boleh diterima akal.

Hafiz Yatim
Okt 12, 10
10:51am


Mahkamah Sesyen Shah Alam yang mendengar perbicaraan seorang koperal yang didakwa menembak mati remaja berusia 15 rahun, Aminulrasyid Amzah, yang bermula hari ini diberitahu 17 kelongsong peluru dijumpai di lokasi kejadian.

Pasukan forensik polis juga menjumpai dua butir peluru hidup daripada jalan di mana adengan mengejar itu berlaku.

Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid tanpa niat di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Laporan sepenuhnya di sini

Tolong Komen

Gambar ini dihantar oleh seorang bernama 'mhaneffs' pengunjung blog ini.

Beliau mohon gambar isterinya semasa berkursus di Kem BTN ulu sepri negeri sembilan diberikan komen oleh yang pakar. "Adakah Imej di belakang mereka bertiga itu hasil dari pantulan cahaya atau imej makhluk lain?"

Saya perturunkan harapan beliau:

Salam Pak Din..

Saya tgh confius nie..hehe..nie gambar isteri saya(bertudung purple) semasa berada di Kem Ulu Sepri,negeri Sembilan (kem BTN)..masalahnya,yang kat belakang tue,pantulan kamera ker..atau MAKHLUK tue..?kepada yang pakar,boleh laa komen2 sket..

Regards
mhaneffs


Pak Din ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi berikan pandangan. Rasanya blogger Murai Senja dan Anak Laut sudi-sudilah berikan pandangan.

Tuesday, October 19, 2010

Lagi Kerja Tak Ada Guna (Bagi setengah orang)

Awal pagi tadi jam 2.45 pagi Pak Din bersama rakan Wartawan itu pergi ke Sungai Belemak di kampung berhampiran tempat Pak Din. Sungai ini dikatakan keras dan berpuaka.

Bagi sesetengah orang ini adalah kerja sia-sia yang tidak mendatangkan satu faedah pun. Tetapi bagi Pak Din ini adalah satu usaha penerokaan alam yang satu lagi ciptaan Allah. Bukan Allah juga yang menyarankan supaya kita menerokai dan memahami segala kejadianNya?

Tapi Pak Din dan rakan tetap hampa untuk merakam gambar yang berwajah dan memang menarik dari segi seni fotografi alam ghaib.

Apa yang Pak Din dapat hanyalah gambar-gambar yang biasa dilihat. 'Orbs'

Orbs memang banyak


Yang kat bawah ni pelik sikit. Terang dan bercahaya



Yang di bawah ini pun bercahaya dan terang


Pak Din panggil dekati Pak Din untuk bergambar. Rupanya menjadi

Di bawah ini adalah orbs yang berada di atas sebelah kiri Pak Din

Dan yang ini pula adalah lembaga yang berada di belakang Pak Din

Itulah saja hasil Pak Din merayau sehingga jam 4.00 pagi tadi