Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 30, 2015

Kenyataan Media Pakatan Harapan: Kita tengok bagaimana respon Azmin

DERAF.

KENYATAAN MEDIA

PAKATAN HARAPAN PERLU SEGERA MEMBENTUK KERAJAAN SELANGOR

1. Parti Amanah Negara Negeri Selangor (Amanah Selangor) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan Pulau Pinang kerana berjaya membentuk kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang ekoran terbentuknya Pakatan Harapan secara rasminya pada 22hb September 2015 yang lepas.

2. Amanah Selangor dengan sukacita mencadangkan supaya Selangor mengambil langkah yang sama dan membentuk dengan segera kerajaan Pakatan Harapan Selangor mengikut  ketetapan yang telah diputuskan di peringkat pusat. Kegagalan untuk segera melaksanakan keputusan ini di peringkat  negeri Selangor akan memberi petanda yang kurang elok kepada kewibawaan pimpinan PKR, DAP dan Amanah dalam membentuk pasukan yang mantap untuk pilihanraya akan datang. Amanah Selangor percaya kekuatan dan kesepaduan Pakatan Harapan adalah ciri penting dalam menambah keyakinan rakyat kepada kemampuan kita untuk menggantikan BN dan tidak boleh dibuat hanya ketika menjelang pilihanraya umum akan datang. Dalam erti kata lain usaha itu perlu bermula sekarang.

3. Sehubungan dengan itu Amanah Selangor ingin mencadangkan supaya pimpinan PKR, DAP dan Amanah supaya segera bertemu dan berbincang berhubung pembentukan kerajaan Pakatan Harapan Selangor.  Amanah Selangor ingin  memaklumkan kesediaan kami sebagai satu komponen parti dalam Pakatan Harapan untuk terus bersama membantu membina dan memperkukuhkan Kerajaan Negeri Selangor bagi mencapai hasrat memberikan khidmat terbaik untuk rakyat Selangor.

4. Para pemimpin dan aktivis Amanah Selangor adalah terdiri dari kalangan mereka yang berpengalaman dan komited dengan tugas mereka di pelbagai peringkat jentera kerajaan, samada sebagai ADUN, Penyelaras DUN, Ahli-Ahli Majlis PBT, dan Ketua-Ketua Kampung.

5. Amanah Selangor juga ingin menegaskan di sini bahawa tindakan pihak-pihak tertentu yang berusaha dengan pelbagai pendekatan, termasuk ugutan memecat, untuk menyingkir penjawat-penjawat kerajaan negeri dari kalangan aktivis parti Amanah amat dikesali. Ini kerana sebagai satu daripada parti komponen Pakatan Harapan yang bersama mendokong kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor, Amanah Selangor akan terus konsisten dengan tanggungjawab untuk melaksanakan sebarang tugas  mengikut polisi dan ketetapan kerajaan negeri.

6. Akhir kata, Amanah Selangor ingin menyeru sekali lagi agar semua pimpinan Pakatan Harapan peringkat Negeri Selangor agar dapat memulakan perbincangan dalam usaha menilai, merencana dan memperkukuh kedudukan pentadbiran kerajaan Selangor dan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 akan datang. Jangan hampakan rakyat dengan polemik dan kecelaruan politik yang berpanjangan.  Pakatan Harapan adalah harapan baru rakyat.

Sekian.

Amanah. Progresif. Peduli.

Tn Hj Ir Izham Hashim
Pengerusi
Parti Amanah Negara
(Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia)
Negeri Selangor.

30 September 2015.

Dua kali lima bengapnya!


Hahaa.......bila datang soal duit dan kedudukan wala' pun diketepikan!

Iskandar: Itu pandangan peribadi ketua Dewan Ulama
Shakira Buang


Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa parti itu mempertimbang keluar daripada kerajaan Selangor dikatakan hanya pandangan peribadi.
Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan mereka akan terus kekal dalam kerajaan pimpinan menteri besar PKR itu, walaupun selepas Pakatan Harapan dibentuk.
“Itu pandangan peribadi, bukan pandangan PAS Selangor. Malah PAS Pusat bersetuju kita terus bersama di dalam kerajaan negeri Selangor.
“Kami di Selangor telah diarah untuk terus bersama dalam kerajaan,” kata Iskandar yang juga naib presiden PAS kepada Malaysiakini.
ADUN Cempaka itu mengingatkan bahawa Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sendiri menegaskan Pakatan Harapan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri Selangor.
“Pakatan Harapan adalah strategi politik untuk menghadapi PRU14,” kata Iskandar.
“Negeri Selangor dirampas bersama dari BN oleh PAS, PKR dan DAP bukan Pakatan Harapan,” tegas Iskandar lagi.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahfodz sebagai berkata, PAS akan mempertimbangkan keputusan keluar daripada Selangor berikutan pembentukan Pakatan Harapan tanpa PAS.
“PAS tidak akan ada perhubungan lagi de­ngan DAP. Kita akan bawa berbincang mengenai perkara ini (keluar dari Selangor) dalam jawatankuasa politik PAS dalam masa terdekat.
“Pakatan pembangkang yang baharu masih baharu dan secara realitinya, PAS masih berada dalam pakatan kerajaan di Selangor sehinggalah pilihan raya umum akan datang,” Mahfodz dipetik sebagai berkata.
Dalam gabungan baru itu, PKR dan DAP menerima Parti Amanah Negara (AMANAH), serpihan PAS, sebagai sekutu baru.

Tuesday, September 29, 2015

Kalau pengecut lebih baik diam saja!

Rahman Dahlan, kalau berani namakan sahaja ‘dia’
07:30PM Sept 29 2015
oleh V Shuman

SEKILAS PANDANG:  Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman Dahlan menyerang sekali lagi.
Kali ini, sasaran serangannya adalah kepada ahli korporat terkenal Nazir Razak, yang kebelakangan ini banyak memuatnaik mesej berteka-teki melalui akaun Instagram.
Mesej yang dimuatnaik oleh Nazir telah ditafsirkan sebagai kritikan kepada kerajaan, yang dipimpin oleh abangnya sendiri Najib Razak.
Pada hari Isnin, Abdul Rahman buat kacau dalam akaun Twitternya, menulis mesej yang mensasarkan kepada “jurubank yang mencetuskan kebimbangan pasaran”, tanpa memberikan nama siapa yang dimaksudkan.
Dia mula-mula menulis, “ Walaupun menarik mana pun situasi politik semasa, seorang jurubank perlu mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang hanya menambah kebimbangan dalam pasaran. Itu paling utama.”
Mesej kemudiannya berbunyi: “ Jika anda mahu menunjukan kebimbangan anda, katakana sekali sahaja dan diam diri. Orang tahu maksudnya kali pertama. Jangan kacau pasaran.”
Abdul Rahman kemudian berkata “Menggunakan Instagram untuk membincangkan isu ekonomi yang memberi kesan besar kepada Malaysia tidak bijak. Gunakan platform rasmi. Jangan mudahkan isu ini.”
Menteri itu, yang merupakan penyokong setia Najib, juga berkata yang jurubank yang dihormati mengamalkan kawalan diri dalam ucapan dan tindakan dan “tidak campur adukan pandangan ekonomi di antara catatan jogging dan makan di luar.”
“Jurubank yang dihormati tidak sesuka hati buat kacau. Mereka tenang dan sentiasa bersedia. Kecualilah kalau mereka politikus sambilan!” katanya dalam satu lagi mesej.
Komen Abdul Rahman, tidak mengejutkan, menarik komen negative dari netizen.
Mereka mengecamnya kerana tidak menamakan Nazir dalam mesej-mesejnya, sekiranya benar tuduhannya ada logic.
Salah seorang pengguna Twitter malah mencadangkan yang seseorang menangkap screenshot catatan Abdul Rahman dan meletakannya dalam Instagram untuk Nazir, yang tidak aktif di Twitter.
Catatan lain antaranya adalah sudah mustahil memberikan pandangan tentang “fakta yang tidak menyenangkan” melalui platform rasmi, malah akhbar berdaftar juga ditutup kerana berbuat demikian.
Tepat sekali.
Tidak okay untuk Nazir memuatnaik catatan kritikan kepada kerajaan melalui akaun Instagram peribadinya, tetapi Abdul Rahman boleh pula mengkritik orang lain kerana menyebabkan bandar berbau hancing dan mengancam membuang sampah di depan pejabat mereka menggunakan Twitter?
Seterusnya apa? Adakah Rahman Dahlan akan menyakinkan rakan kabinetnya Salleh Said Keruak untuk menutup Instagram, supaya rakyat tak boleh membaca catatan Nazir?
Dalam hal itu, bukan catatan Nazir yang menyebabkan “kebimbangan pasaran”, Rahman Dahlan.
Ianya disebabkan ketidakmampuan kerajaan untuk menangani pelbagai skandal yang melibatkan pemimpin serta perjanjian meragukan yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, yang menyebabkan pelabur menjauhkan diri dan ekonomi kita sedang menerima kesan buruk dalam jangka masa panjang.
Ketidakmampuan Putrajaya untuk menjelaskan dana berbilion dalam akaun peribadi Najib yang menjadikan masyarakat dunia mempersoalkan  kewibawaan kita sebagai negara demokratik dan menjauhkan diri mereka daripada kita.
Ia juga disebabkan oleh tindakan yang diambil kerajaan kepada sesiapa sahaja yang mempersoalkan atau mengkritik yang menjadi tajuk utama berita akhbar seluruh dunia, yang menjejaskan reputasi kita.
Cuba cari jalan untuk menyelesaikan semua masalah ini dan pasaran akhirnya akan kembali pulih.
Sementara itu, jangan kacau Nazir dan catatan Instagramnya.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com

Cerita keuntungan balak selepas Nik Aziz

KEUNTUNGAN KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN JATUH MENJUNAM SELEPAS TGNA TIDAK MENJADI MB.

~ Rujuk tahun 2014, Bekali Pakat Kekoh Balak agaknya la!

Data Keuntungan bagi tahun semasa KPKSB:

- 2012 : RM 1,018,126
- 2013 : RM 1,430,376
- 2014 : RM 700,569

** KEUNTUNGAN KPK MEROSOT KETARA SELEPAS PEMERGIAN TGNA tidak menjadi MB merangkap Pengerusi BOD PKINK, sykt Induk kepada KPK.

Tahun 2013 - 2014 ialah YB Hj Zulkifli Mamat, Adun Pulai Chondong Menjadi Pengerusi BOD KPK dan selepas itu diganti dengan Yb Azami, Adun Kadok sekarang.

Minta Perjelasan YB Zulkifli Mamat dan YB Azami, OPS Bukan pasal keuntungan berkurang, tetapi pasal 20,000 Ekar Kawasan Balak LESAP dan duit untuk buat Bandar Baru DABONG entah kemana?

Trm kasih.

Syam Ghaz

Kelajuan internet: Korang baca apa kata menteri tin kosong ni kata.......

Kit Siang tidak sedar tentang pelbagai kelajuan internet di Malaysia - Salleh
Kit Siang tidak sedar tentang pelbagai kelajuan internet di Malaysia - Salleh
SALLEH SAID: Kami mahu memastikan bahawa pada tahun 2020 sekurang-kurangnya 95 peratus daripada rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada Internet. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang veteran, Lim Kit Siang mungkin tidak sedar tentang pelbagai kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia apabila beliau merungut tentang internet yang perlahan di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Di Malaysia, seseorang itu malah boleh memilih kadar 20 megabit sesaat (Mbps) jika mereka mahukan perkhidmatan Internet kelajuan lebih tinggi, kata Salleh, ketika menyangkal dakwaan Anggota Parlimen Gelang daripada DAP itu bahawa beliau tidak prihatin dengan kelajuan Internet Malaysia yang lemah.

"Sebenarnya terdapat pelbagai kadar kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia namun begitu kira-kira 71 peratus daripada pengguna Internet Malaysia lebih menyukai pakej jalur lebar Streamyx yang lebih perlahan dengan menawarkan kelajuan antara 384 Kbps sehingga 1 Mbps," katanya dalam posting terkini blog beliau, sskeruak.blogspot.my, Isnin.

Bagaimanapun, Salleh berkata meskipun kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi boleh didapati, namun majoriti pelanggan akan melanggan pakej lebih murah, justeru lebih perlahan.

Mengambil maklum bahawa beberapa negara termasuk Singapura dan Thailand mempunyai pelbagai kelajuan Internet sehingga 5Mbps, Salleh berkata Malaysia juga boleh meningkatkan kelajuan internet ke tahap yang sama, sekali gus menjadikan rakyat Malaysia membeli pakej kelajuan lebih tinggi.

"Tetapi itu bermakna kos akan turut menjadi lebih tinggi dan penggunaan Internet akan dinikmati hanya oleh mereka yang mampu membayarnya.

"Jadi kesudahannya ia berbalik kepada soal kemampuan dan Malaysia menawarkan Internet yang mampu dibayar oleh mereka yang mahu memanfaatkannya manakala Internet berkelajuan lebih tinggi pula kepada golongan yang pada mereka wang bukanlah satu masalah," katanya.

Sambil membidas Lim kerana hanya bercakap tentang kelajuan, Salleh berkata tumpuan Malaysia adalah kelajuan, liputan dan kemampuan.
"Kami mahu memastikan bahawa pada tahun 2020 sekurang-kurangnya 95 peratus daripada rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada Internet. Kami juga mahu memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan bandar dan 20 peratus daripada kawasan luar bandar mempunyai kelajuan jalur lebar 100 Mbps," katanya.

Ahad, dengan mengambil kesempatan daripada laporan berita berhubung kedudukan Malaysia yang lemah dari segi kelajuan Internet, Lim dilaporkan menyindir Salleh dan kecenderungan beliau menulis dalam blog untuk mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bukan memberi tumpuan kepada infrastruktur Internet Malaysia.

Mad Yaacob terus diasak:Fakta-fakta isu penswastaan tebangan balak KPK

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah Maha Pengasih

 FAKTA-FAKTA ISU PENSWASTAAN TEBANGAN BALAK KPK
(2,000 ekar setahun untuk tempoh sepuluh tahun dengan harga bersih RM 1,370 se ekar)

01. Untung bersih mengikut harga pasaran sekarang bagi setiap tan balak adalah tidak kurang dari  RM 500 se tan.

02. Kawasan KPK mempunyai 8 tan - 12 tan minima balak se ekar (Mengambil kira had tebangan).

03. Ini bermakna keuntungan bersih se ekar sepatutnya adalah di antara RM 4,000 -  RM 6,000. (RM 500 x 8 tan = RM 4,000 atau RM 500 x 12 tan = RM 6,000)

04. Dengan itu, keuntungan bersih KPK  sepatutnya di antara RM 8 juta hingga  RM 12  juta setahun (RM 4,000 x 2,000 ekar = RM 8 juta atau RM 6,000 x 2,000 ekar = RM 12 juta)

05. Bagi tempoh 10 tahun (20,000 ekar) keuntungan yang patut dijana adalah antara RM 80 juta hingga RM 120 juta.

06. Sedangkan mengikut kertas cadangan Souncern yang dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah KPK pada bulan Disember 2014, bayaran bersih se ekar yang akan dibayar kepada KPK hanyalah sebanyak RM1,372.70 sahaja. (RM 1,370 dibahagi RM 500 = 2.74 tan se ekar)

07. Adakah munasabah kawasan KPK hanya mempunyai kurang dari tiga tan se ekar??

08. Ini bermakna, keuntungan yang akan diberikan oleh Souncern adalah hanya sebanyak RM 2.7 juta setahun.

09. Mengikut kertas itu juga, Souncern mencadangkan KPK memeterai perjanjian untuk tempoh 10 tahun, melibatkan kawasan sebanyak 20,000 ekar.

10. Bagi tempoh 10 tahun keuntungan yang dijanjikan hanya sebanyak RM 27.4 juta sahaja.

11. Berasaskan perkiraan ini, KPK akan mengalami kerugian keuntungan di antara RM 52 juta hingga  RM 92 juta bagi tempoh sepuluh tahun (Tidak termasuk 30% keuntungan tambahan yang dijanjikan kerana diragui ianya boleh terjadi  atau tidak).

12. Ini belum mengambil kira kemungkinan pengeluaran sebenar adalah lebih besar, kayu yang dikeluarkan bermutu tinggi dan harga kayu akan meningkat pada masa akan datang.

13. Angka keuntungan bersih RM 500 se tan dan pengeluaran purata KPK antara 8-12 tan se ekar, saya perolehi daripada maklumat dalaman dan orang yang arif  dengan kawasan KPK dan industri kayu.

Saya dimaklumkan, 6,000 ekar pertama kawasan yang diserahkan kepada Souncern telah pun di"tagging".

Ini bermakna KPK sudah pun mengetahui nilai sebenar yang ada di dalam kawasan berkenaan.

Nilainya lebih tinggi dari tawaran yang diterima.

14. Saya difahamkan KPK tidak melantik mana-mana penilai bagi pihaknya bagi urus niaga ini.

15. Souncern pula dikatakan melantik penilainya sendiri. Nilai yang diletakkan adalah RM1,950.00 se ekar kasar.

16. Bagi urus niaga sepenting ini, adalah sangat menghairankan mengapa KPK tidak melantik satu penilai bebas untuk menilai asetnya.

17. Souncern adalah syarikat yang dimiliki oleh Sern Kou Berhad, Syarikat tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.

18. Tidak ada dalam pengetahuan saya KPK diberikan tawaran  saham dalam syarikat induk Souncern iaitu Sern Kou.

19.  Semakan saya menunjukkan harga saham Sern Kou telah meningkat daripada 40 sen se saham pada akhir Disember (tarikh KPD membuat keputusan) naik kepada 69 sen sebelum ditutup pada 65 sen se saham pada Hari Raya Korban 2015 baru-baru ini.

Bermakna, syarikat berkenaan mendapat faedah yang lebih besar dari khazanah KPK.

20. Saya hairan mengapa tidak ada susunan korporat yang lebih menyeluruh di mana KPK diberikan saham dalam Sern Kou untuk mendapat faedah yang maksima dari urus niaga ini.

21. Sebagai kesimpulannya, saya masih berpendirian keuntungan bersih yang ditawarkan kepada KPK adalah sangat rendah.

22. Saya berpendirian jika tawaran terbuka dilakukan, KPK boleh mendapat keuntungan yang lebih besar.

23. Adalah menjadi tugas saya selaku Adun yang berjuang atas nama Islam untuk menjaga kepentingan terbanyak rakyat yang memberikan amanah dengan cara yang saya fikirkan berkesan untuk menghentikan amalan melepaskan khazanah Negeri Kelantan di bawah nilai pasaran secara berterusan satu demi satu sekarang.

Husam Musa
Adun Salor
15 Zulhijjah 1436/29 September 2015


Kertas Putih perlu untuk dedahkan skandal Bandar Baru Dabong dan KPK
SUSUPAN PAGI

Beberapa pendedahan dan pembongkaran yang berlaku dalam pengurusan syarikat Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) nampaknya makin parah meletakkan syarikat milik Kerajaan itu dalam keadaan kritikal dan hilang kepercayaan umum.

Kesan daripada itu ia membawa kepada timbul persepsi kepada ketelusan dan kebersihan dalam kepimpinan kerajaan Pas Kelantan hari ini yang "diselawatkan" dengan kepimpinan Islam. Sudah pasti masalah itu juga akan mudah dikaitkan dengan ketiadaan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sekaligus menjejaskan wibawa penggantinya, kerana ia dibangkitkan selepas ketiadaan murabbi ummah itu.

Senario itu memerlukan kepada satu penyelesaian atau jawaban yang tuntas daripada pihak kerajaan. Sikap mendiam diri atau menjawab dengan seribu penafian, apa lagi menganggap pendedahan itu berniat jahat tidak lagi membawa apa-apa erti bila mana isu yang berlaku sudah sampai ke pengetahuan rakyat. Apa lagi fakta dan dalil-dalilnya sudah dapat dilihat oleh umum dengan mata lender dan kepala sendiri.

Kepedulian terhadap KPK juga sangat penting kerana ia sebuah syarikat milik kerajaan yang diwujudkan dengan semangat dan aspirasi besar kepada rakyat. KPK bukan sahaja setakat diberi tanggungjawab mengilang kayu kayan menerusi kilangnya, (terletak di Dabong) memberi peluang pekerjaan, menguruskan penanaman semula balak, tetapi hakikatnya juga sebagai khzanah menjaga hutan rimba Kelantan yang merupakan eset kekayaan Kelantan sejak zaman berzaman. KPK bertindak menjadi institusi mengurus khazanah bernilai itu

Justeru sebagai pemangking pendapatan negeri, KPK diberi konsesi ratusan ribu ekar untuk diuruskan secara tertib, mesra alam dan profesional, sudah tentu ia diharap menjanakan kewangan kepada perbendaharaan negeri Kelantan. Sementara pembangunan atau projek hilirannya memberi ruang pekerjaan dan keselesaan kepada rakyat serta membangun kawasan penempatannya itu.

Bagaimana pun perjalanan KPK secara tersusun, bertanggungjawab beberapa dekad lalu sekaan tercemar, bila mana dilaporkan berlaku beberapa penyelewengan dan skandal menyebabkan syarikat itu dipertikaikan dan tercemar wibawanya. Apa yang berlaku itu menggambarkan kelemahan, ketidaktelusan pihak pengurusan KPK khasnya dan kerajaan amnya.

Isu-isu yang diperkatakan tentang KPK sekarang ini adalah seperti berikut;

1. Mengenai projek pembangunan bandar baru Dabong bernilai RM40 juta dimana projek itu dibangunkan secara usahasama di antara KPK dengan syarikat swasta bernama DSP Gorup Compenies. Projek itu dimula pada tahun 2012 tetapi hingga sekarang ia tidak menampakkan bekas.

Tidak ada pejelasan daripada mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau KPK sendiri berhubung projek berkenaan, sedang nilai atau kos upacara perasmiannya dikatakan menelan jutaan ringgit. Paling menyedihkan ada juga tuduhan mengatakan projek bandar baru Dabong itu adalah projek gajah putih kerana matlamat sebenar di sebalik projek itu ialah untuk merimbat kekayaan KPK?

2. Tindakan pengurusan KPK yang memberi atau menyerahkan kepada syarikat lain ke atas konsensi yang diberikan kepadanya. Tindakan ini menyebabkan hasil yang sepatut dapat dikutip oleh KPK berkurangan atau pun dalam kata lain KPK kerugian. Proses penyerahan konsensi ini juga menimbulkan keraguan akan ketelusannya, kerana terdapat harga tawaran jauh berbeza dengan harga biasa dan makenisma penentuan harga juga tidak menyakinkan.

(Untuk penjelasan perkara ini boleh dirujukan kepada surat Adun Salor Husam Musa kepada MB Kelantan Ahmad Yaakub yang dikeluarkan hari ini 7 September 2015). - MSO

Puii.......salah orang jer dia nampak, sendiri tak salah sebab maksum?

Puak-puak wala'un bolehlah dikelentong!
Alaah........apa kisah, Amanah takkan bertahan 2 tahun pun.....

Hadi, pemimpin PAS ‘hilang saudara’ kerana Amanah
Published: 29 September 2015 7:00 AM
Tindakan pemimpin progresif dalam PAS meninggalkan parti itu dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) turut mengakibatkan perpecahan di di kalangan ahli keluarga pimpinan utama PAS, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2015

Tindakan pemimpin progresif dalam PAS meninggalkan parti itu dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) mengakibatkan perpecahan bukan saja di kalangan ahli dan pemimpinnya bahkan juga ahli keluarga pimpinan utama PAS, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi yang berpangkalan di Rusila, Marang, Terengganu kehilangan keluarganya apabila anak saudara di sebelah isterinya, Miqdad Zakaria, dilantik sebagai ketua Amanah kawasan Marang.
Pada 19 September, Miqdad bersama ahli jawatankuasa Amanah Marang melancarkan program pertama mereka pada majlis pembukaan pejabat di Wakaf Dua iaitu kawasan penempatan campuran antara Melayu dan Cina dalam kawasan Marang.
"Saya buat ini atas dasar sayang kepada rakan seagama sebab saya lihat menjadi satu kesilapan daripada segi akidah apabila ditanam seolah-olah PAS ini agama," kata Miqdad kepada The Malaysian Insider.
Rumah Miqdad hanya 200 meter saja dari Masjid Rusila dan juga rumah Hadi. Sejak sekian lama beliau adalah ahli jemaah masjid itu dan kekal hingga sekarang.
Namun Miqdad terpaksa membayar harga yang mahal dengan keputusannya menerima pelantikan sebagai ketua Amanah Marang, kawasan Parlimen yang diwakili Hadi, apabila beliau diboikot penyokong PAS di tempat tinggalnya sendiri.
"Saya akan hadapi semuanya walaupun pelbagai perkara dilakukan mereka (penyokong dan ahli PAS).
"Saya diboikot mereka, salam saya tidak berjawab, 24 surau dan masjid yang selama ini saya dijemput untuk memberikan kuliah sudah berhenti berbuat demikian," cerita Miqdad yang belajar di Universiti Al Azhar sebelum ini.
Apa yang dialami Miqdad boleh difahami logiknya kerana Rusila adalah kubu PAS sejak dulu.
Hadi, yang memberikan kuliah mingguan di Masjid Rusila sejak 1980-an, dalam kenyataannya sebelum ini menyifatkan mereka yang menyertai Amanah adalah pengkhianat dan tidak akan bekerjasama dengan mereka.
Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, pihaknya menyedari penyertaan Miqdad yang mempunyai pertalian darah dengan Hadi.
"Saya maklum penyertaan beliau, tetapi saya tidak pasti beliau merupakan anak saudara Hadi, ataupun anak saudara isteri Hadi.
"Sepatutnya tidak menjadi isu kerana mereka sertai Amanah atau mana-mana parti dengan kerelaan masing-masing," katanya.
Beliau turut mengakui mempunyai saudara mara yang merupakan ahli PAS dan Umno.
"Sesiapa pun yang menyertai Amanah adalah atas kepercayan mereka terhadap parti.
"Ada juga ibu dan bapa yang sertai Amanah, tetapi anak mereka masih mahu bersama PAS, itu tidak menjadi isu," katanya.
Apa yang dialami Hadi, sama seperti Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Salleh apabila adiknya, Saberi Salleh sendiri turut menyokong Amanah.
Saberi yang kini tinggal di Pasir Puteh, Kelantan juga menjadi penggerak utama penentangan terhadap kepimpinan PAS sejak penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau PasMa, kemudiannya Gerakan Harapan Baru (GHB) dan kini Amanah.
Di Bachok, Kelantan anak dan cucu bekas yang dipertua PAS Bachok allahyarham Datuk Omar Muhamad juga menjadi penggerak utama Amanah kawasan itu.
Khairudin Omar, anak bekas speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan itu kini ketua Amanah Bachok manakala anak beliau yang juga cucu Omar, Syahidulamri Khairudin ketua Pemuda Amanah Bachok.
PAS kini berpecah kepada 2 dengan kelahiran Amanah. Ketika pelancarannya 16 September lalu, Kelantan menjadi penyumbang ahlinya yang paling ramai iaitu 8,000 daripada kira-kira 30,000 ahli Amanah yang berdaftar ketika itu.
Menjelang hujung tahun ini, Amanah mensasarkan keahliannya seramai 100,000 orang yang majoritinya bekas ahli PAS.
Amanah dalam kempennya terus mahu menyebarkan kasih sayang dengan taglinenya Amanah Sayang Semua, tetapi sukar bagi PAS menerimanya kerana bagi mereka Amanah adalah pengkhianat perjuangan mereka. – 29 September, 2015.

Lor... Umno hina Islam.. tak der pulak JAIP nak bising?

UCAPAN PEMIMPIN UMNO YANG MENGHINA ISLAM

Tun Mahathir:

1. Kenyataan Tun Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim : “Hukum rejam kepada penzina adalah primitive”.

2. Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme di Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS] pada 26 Feb 2012 : " Hukum hudud adalah ciptaan ahli feqah dan ia tidak terdapat di dalam Al Quran"

3. Ucapan Tun Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor : “Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti”.

4. Ucapan Tun Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan : “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

5. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”

6. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik”.

7. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994 : “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

8. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992 : “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

9. Tun Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992 : “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

10. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994 : “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

11. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

12. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

13. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

14. Tun Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992 : “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

15. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991 : “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

16.Tun Mahathir Mohamad 2/5/92 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”.

17. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

18. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

Tun Abdullah Badawi:

1. Tun Abdullah Ahmad Badawi 13/11/99 : “Apa erti negara Islam jika mundur”.

Najib Tun Abduk Razak:

1. Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1993 kepada para wartawan : “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.

2. Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

Lain-lain Pemimpin UMNO:

1. Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio 3 Ibu Kota, 6 Mac 1994 : “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

2. Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993 : “Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan”.

UCAPAN MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

2. Tun Mahathir Mohamad 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO : “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

3. Tun Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 apabila tiga orang gadis Melayu Islam ditangkap oleh lima pegawai JAIS : “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

UCAPAN MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’

1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu,yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

2. Tun Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC : “Ajaran ulama’ inilah yangmenyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

Lanjutan dari gesaan itu Dato’ Ishak Baharom telah ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT & MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

1. Tun Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : “Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya”.

2. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : “Tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang”.

3. Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,”

UCAPAN-UCAPAN LAIN BERUNSUR PLURALISME & SEKULARISME

1. Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) dan diterbitkan di dalam infoline Majlis Peguam : “(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”

2. Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam : "Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS".

Firman Allah dalam Surah al-`An`am, ayat 68 :
Maksudnya : Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

PKR Bakal Hilang Kelayakan Untuk Terajui Pakatan Harapan

Terus Harapkan PAS, PKR Bakal Hilang Kelayakan Untuk Terajui Pakatan Harapan


Pakatan Harapan perlu hayati aspirasi bersama 

BANTING - Rundingan meja bulat yang berlangsung membuahkan hasil dengan wujudnya pakatan baru, Pakatan Harapan biarpun tanpa kehadiran wakil Pas, namun ia tidak merencatkan perbincangan bagi merangka formula untuk mewujudkan sebuah barisan alternatif baru untuk berdepan dengan Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum ke 14. 

Pensyarah Pengurusan Strategik Kualiti, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Kamarudin Musa berkata, sebuah barisan alternatif yang kuat memerlukan setiap anggota pendukung memahami dan menghayati aspirasi bersama, menumpukan kepada kepentingan bersama, berfokus kepada keserasian

Menurutnya, parti-parti politik yang bergabung membentuk Pakatan Harapan mesti meletakkan kepentingan rakyat dan pembinaan negara bersumberkan aspirasi perlembagaan sebagai agenda utama

“Pakatan Harapan tidak seharusnya mengulangi kegagalan Pakatan Rakyat apabila adanya anggota gabungan yang mengambil sikap membelakangi aspirasi bersama. 

“Pakatan Harapan perlu wujud atas dasar strategik ke arah hala tuju politik berteraskan sistem dua parti sebagai usaha untuk memperkukuh dimensi demokrasi,” katanya kepada Sinar Harian mengulas mengenai senario yang berlaku sejurus Rundingan Meja Bulat dilakukan. 

Dr. Kamarudin berkata, penyokong Pakatan Harapan juga perlu melihat lebih jauh, bukan semata-mata proses penyertaan pilihan raya tetapi mekanisme jangka panjang untuk pendidikan politik serta pembangunan kesedaran politik bagi mewujudkan kematangan penglibatan politik. 

Katanya, Pakatan Harapan perlu menjadi model dalam konteks kepedulian perjuangan rakyat selain mengelak daripada terjerumus dalam konflik ideologi dan pendekatan politik secara terbuka. 

“Jika Pakatan Harapan mahu dipandang aktif, ia perlu menunjukkan hakikat ianya relevan diwujudkan serta mampu berperanan aktif dalam mempengaruhi landskap persekitaran politik di Malaysia,” katanya 

Katanya, dengan mempunyai kemahiran mengurus konflik dan ideologi, ia dapat menjadi model pakatan politik yang berwibawa sekali gus dapat menarik kepercayaan dan keyakinan rakyat. -SH 

Pakatan Harapan: PKR masih harapkan Pas

PERMATANG PAUH - PKR masih mengharapkan Pas akan dapat berkerjasama dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan parti yang dalam proses didaftarkan Parti Amanah Negara.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perbezaan pendapat antara DAP dan Pas bukan satu perkara baharu malah telah berlaku sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

Katanya, PKR akan berfungsi sebagai jambatan kepada DAP dan Pas untuk menyelesaikan perbezaan pendapat mereka dan berharap mereka akan dapat berkerjasama dalam satu pasukan.

"Kita berharap Pas akan menyertai pakatan baharu (Pakatan Harapan) bersama-sama dengan DAP atas dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri korban Wanita PKR Cabang Permatang Pauh di Dataran Guar Perahu di sini hari ini.

Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang turut menolak dakwaan bahawa penubuhan Parti Amanah Negara oleh bekas ahli Pas akan mengeruhkan hubungan antara DAP dan Pas.‎

Isnin lepas Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara dan DAP dalam pakatan pembangkang baharu itu. - Bernama
ULASAN GB

Sekalipun PAS telah berkali-kali sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH), dan telah terbukti bahawa PAS yang telah mengambil sikap membelakangi aspirasi bersama sewaktu di dalam Pakatan Rakyat dahulu, namun PKR nampaknya tidak serik-serik, malah terus mengharapkan PAS untuk menyertai Pakatan Harapan.

Pendekatan dan pendirian yang diambil oleh PKR itu sendiri telah membelakangi parti-parti komponen PH, DAP dan AMANAH. Di Selangor, PKR nampaknya membelakang aspirasi bersama di dalam PH apabila meneruskan kerajaan PR bersama PAS tetapi tidak mengikut aspirasi PH. Begitu juga dengan langkah PKR Kelantan untuk menyertai H60K anjuran PAS di Kelantan beberapa minggu lagi. Ia dilihat oleh beberapa penganilisis politik sebagai langkah awal "kecurangan" PKR sendiri terhadap Pakatan Harapan.

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan... bahawa apabila sesebuah parti di dalam gabungan PH sudah tidak berlaku jujur atau dalam perkataan lain, berlaku curang" dengan aspirasi bersama, maka ia akan tercicir dan tergelincir dengan sendirinya dari pakatan itu. DAP dan AMANAH telah pun menunjukkan persefahaman apabila menerima cadangan agar Anwar Ibrahim menjadi PM jika PH berkuasa. Tetapi PKR pula membalasnya dengan membelakangkan DAP dan AMANAH apabila terus mengharapkan PAS berada di dalam PH. Peranan PKR selaku "abang besar" dalam PH juga akan turut terjejas dan ia akan terlucut dengan sendirinya apabila PKR berlaku curang dan gagal untuk mematuhi keputusan yang telah diputuskan bersama di dalam rundingan meja bulat. Yang curang tidak akan berjaya walaupun ia bona fide.

Mengapakan tidak mahu berlajar dari hukum yang universal itu? 

PAS dan UMNO: Ma'ah weh, ambo nok suka kuat!

Musuh utama PAS adalah UMNO/BN........

Video: Tragedi Mina dan perangai Raja Arab

Monday, September 28, 2015

Saman kerana Hudud

TIMBALAN KETUA KESATUAN ULAMAK SEDUNIA, TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG BAKAL DI SAMAN KERANA :

BERUSAHA MENGEMUKAKAN PRIVATE'S MEMBER BILL DI PARLIMEN UNTUK MENGUKUHKAN UNDANG-UNDANG HUDUD DI MALAYSIA.

PERBICARAAN KES SAMAN TERHADAP YB. DATO' SERI TUAN GURU PRESIDEN PAS BERKAITAN PRIVATE MEMBER'S BILL DI PARLIMEN...

PADA 28/9/2015 (ISNIN)
JAM 9.00 PAGI
MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA, KUALA LUMPUR.

Siapa yang berkelapangan hadir , dijemput turun untuk memberi sokongan.

PERBICARAAN KES SAMAN TERHADAP YB. DATO' SERI TUAN GURU PRESIDEN PAS BERKAITAN PRIVATE MEMBER'S BILL DI PARLIMEN...

PADA 28/9/2015 (ISNIN)
JAM 9.00 PAGI
MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA, KUALA LUMPUR.

Penyaman:

1. Mansoor bin Saat
2. Azira binti Aziz
3. Hasbeemaputra bin Abu Bakar
4. Hazwany binti Jamaludin

Disaman:

1. YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi
2. Pandikar Amin bin Hj Mulia
3. Hj Ismail Mohd Said
4. Ronald Kiandee
5. Roosme binti Hamzah

Saman ini menyebabkan Speaker dewan rakyat terpaksa tangguhkan Private Bill sehingga kes ini selesai.

Semoga Allah swt menghukum ke empat2 orang Islam yang khianat agamanya sendiri.

Sebarkan bagi menunjukkan solidariti.

Biar betuul........pastinya ayam togel dari reban PAS tak terfikir!

27 SEPTEMBER 2015
Apa Disebalik PAS Bersendiri?
Bhai/DeeDee semua...

Ramai kawan tanya gua... Aper jadahnyer disebalik agenda PAS untuk bersendiri? PAS selamanya kalu bersendiri alamat tak pergi mana.... Hahaha... Wei... lu orang silap... PAS sebenarnya akan jadik kuat kalu bersendiri..  Lu jangan tak tau..

PAS biler dier bersendiri... dier akan lebih memperlihatkan parti itu menjadi satu parti yang kuat dalam mempertahankan agama... PAS akan jadi lebeyy rigid... PAS akan jadik lebih inklusif... PAS akan jadi lebih dilihat agamanya berbanding jika dalam keadaan berpakat dengan pihak lain...

PAS boleh sahaja menang besar jika PAS bergerak bersendiri... Semua kerusi yang PAS tandingi akan dapat menang besar disebabkan undi dari orang Melayu Islam yang solid.... Pastinya orang Melayu yang akan dimomokkan dengan sentimen agama akan mudah untuk memberikan undi mereka kepada PAS... lu jangan riso la... Pastinyer Terengganu dan Kelantan akan dikuasai oleh PAS di peringkat Negeri...

Jangan riso la....

Jika PAS bersendiri.... walaupun dilihat PAS tak akan dapat banyak duit derma dan sumbangan... tapi semua tue takder masalah... sebab ahli PAS akan dimomokkan dengan isu jihad dan infaq... syurga dan pahala.... so takder masalah la nak dapat sen masyuk....  Yer la... setiap kali ceramah berapa boleh dapat.... Lu orang jangan ingat kutipan masa ceramah ciput jer... wei... sebab itu lah PAS takmo nak audit kutipan masa ceramah semua tue... sebab nanti kalu audit... boleh la tau berapa banyak masyuk setiap kali ceramah....

Cuba lu tengok aaa.... setiap kali solat Jumaat... ader Masjid boleh buat collection sampai RM18 ribu senang-senang jer..... tak percaya ka?? Hahaha... boleh semak kat Masjid Subang Jaya la bhai... semak kat papan kenyataan dier... Hahaha

Lagipun... kalo PAS bersendiri..... sumbangan disebalik tabir akan dibuat dan dihulurkan oleh UMNO... Hahaha... Aper lu ingat UMNO tak pernah bagi sumbangan kat PAS ker... Wei... lu orang silap kalo kata UMNO tak pernah bagi sumbangan kepada PAS.... setiap tahun UMNO akan kasik wang sumbangan kepada PAS melalui saluran-saluran tertentu... Hanya sebilangan kecil jer yang tahu benda nih... dan sumbangan nih dah dibuat sejak dari tahun awal-awal Merdeka...

Itu belum masuk sumbangan dari hartawan dan jutawan UMNO..... Hahaha...... Money trail tue boleh dikesan la kalu lu betul-betul nak kesan dier.... Hahaha - sumber C++

# sebelum kata ianya merapu..........perlu fikir siasat terlebih dahulu

Anda mungkin juga nak baca: