Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Showing posts with label Ucap Selamat. Show all posts
Showing posts with label Ucap Selamat. Show all posts

Thursday, June 29, 2017

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua walau pun terlambat!

Dari saya suami isteri dan cucu paling kecil
Selamat Hari Raya Aidilfitri, pohon ampun dan maaf dari semua yang berkunjung ke sini

Saturday, November 30, 2013

Pengantin Yang Menarik Di Mata Dan Menyejukkan Jiwa

GAMBAR PERKAHWINAN KEDUA USTAZ SYED ABDUL KADIR SYED HUSSIN AL JOOFRE DENGAN SALIMA AF

Tahniah diucapkan untuk anda berdua

Sumber gambar dari blog Omak Kau 

Monday, July 8, 2013

Selamat Hari Lahir Isteriku.....

'Kek Hari Lahir' dari Adik untuk Mamanya
Ucapan Selamat Menyambut Hari Lahir ke 55 buat Isteriku tercinta
Semoga Allah berkati dan rahmati hidup kita sekeluarga

Sunday, August 19, 2012

Salam Dan Selamat Menyambut Aidilfitri

Pak Din dan Keluarga Mengucapkan 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Mohon maaf di atas semua salah silap
sama ada zahir atau pun batin
Kepada semua Teman Maya dan Rakan-Rakan Bloggers

Monday, January 30, 2012

Biawak Tua Yang Menggeletar Ketakutan

Dr Mahathir Paling Takut Bila Pakatan Berkuasa


SHAH ALAM, 29 JAN - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Umno paling takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya
.
Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir kebanyakkannya untuk memperleceh kerajaan PR bahawa prestasi Pakatan Rakyat mendukacitakan dan gagal mentadbir negeri-negeri dikuasainya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa pakatan itu berwibawa dan layak diangkat sebagai kerajaan berdasarkan prestasi membanggakan dipamerkan setakat ini.

"Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah di istiharkan sebagai empat negeri yang menerima pelaburan luar paling tinggi di negara ini sedangkan negeri-negeri yang di tadbir Umno-BN tercorot kerana tiada keyakinan pelabur luar," ujar beliau

Maka, tegasnya, rakyat disaran terus memberikan peluang dan mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang bagi mengekal dan meluaskan kuasa seterusnya menguasai Putrajaya.

"Setakat hari ini prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat amat memberangsangkan bukan mendukacitakan termasuklah kita tengok skim yang kita tawarkan dan kita akan tawarkan lebih baik lagi sepertimana janji kita soal penurunan harga petrol, letrik dan tol," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Idris menyatakan apa yang disuarakan Dr Mahathir itu adalah menzahirkan kebimbangan beliau dengan menutup kegagalan di dalam pelbagai perancangan seperti projek penswastaan ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menurutnya, kebanyakan projek dirancang Dr Mahathir menemui kegagalan seperti yang boleh dilihat dialami oleh Proton ketika ini serta yang lain termasuk Indah Water dan MAS kerana semua projek itu mementingkan kroni dan pihak tertentu.

Maka dengan itu, jelasnya Dr Mahathir sering memberi gambaran buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menutup kepincangan dan kelemahan kerajaan BN sejak sekian lama.

"Sebenarnya dia nak lindung segala kelemahan dia tinggalkan selama ini, selama 22 tahun. Terakhir kita tengok dasar-dasar penswastaan Dr Mahathir semua gagal. Dengan semuanya apabila kroninya kenyang, suku sakatnya kenyang, akhirnya kerajaan terpaksa tanggung 'biawak hidup'," ujarnya.

Idris seterusnya berkata, Pakatan Rakyat berjaya dengan cemerlang sebagai kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kerana pentadbiran penuh kebertanggungjawaban, telus dan adil.

"Maka sebab itu kita berjaya, pasal kita buat dan kita beri (kepada semua rakyat) bukan kepada ahli Umno atau penyokong BN. Setakat ini kemampuan kita berjaya berbanding dengaan apa Dr Mahathir dan juga suku sakat serta anak buahnya, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) buat hari ini," katanya.

Menurut Idris, Tindakan Dr Mahathir tersebut juga ekoran kebimbangan berhubung nasib dan suku sakat serta kroni-kroni beliau berhubung pelbagai salah guna kuasa yang dilakukan ketika menguasai negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak.

Sumber dari sini

Thursday, January 26, 2012

Kenalkan Anggota Baru Keluarga

Alhamdulillah dan`selamat datang' Haris Salahuddin.
Cucu pertama kami yang lahir pada 24 Jan. 2012
di HAT Lumut jam 18.45


Saturday, August 20, 2011

Hari Kelahiranku

Hari ini 20 Ogos 2011 adalah Hari Lahirku yang ke 56.
Saya dan Isteri masih lagi di Lumut

Kek Hadiah dari Anak dan Menantu
Potong keklah tu
Bergambar dengan Menantu
Ciuman tahniah dari Along

Saturday, April 2, 2011

Majlis Pertunangan Anak Sahabat

Empat hari PC Pak Din pengsan. Demam kerana virus. Pak Din bedah dan buat sedikit pertukaran organ, dah ok.

Jumaat lepas Pak Din dijadikan "Orang Tua" di Majlis Pertunagan anak sulungnya oleh seorang sahabat. Gambar di bawah merakamkan saat-saat gembira keluarga itu

Tetamu yang hadir

Ibu sebelah lelaki menyarungkan Cincin Pertunangan ke jari Bakal Menantu
Pelajar tahun akhir Perubatan di UKM

Bapa sebelah perempuan menyarungkan Cincin ke jari Bakal Menantu Lelaki
seorang Jurutera


Sunday, March 13, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, syukur dan pujian hanya kepada Allah. Pagi tadi jam 10.40 pagi 13 Mac 2011, Along dan Mohd. Yusoff Marzuki telah diIjab kabulkan oleh Imam Muda Masjid Telipot.

Mountdweller upload sedikit gambar dahuluan yang kualitinya agak kurang kerana hanya menggunakan H/P yang kehabisan bateri. Gambar yang lebih berkualiti akan menyusul, insya Allah.

Agak dukacita, walau pun mountdweller menjemput semua Bloggers yang ada di sekitar Kota Bharu, namun yang muncul hanya Melor Jelita bersama anak-anak dan Aduka Taruna sahaja.

Mohd. Yusoff sedang diIjab Kabul

Batal Wudhu'

Bersanding



Teman-Teman Along dari TLDM

Wednesday, December 22, 2010

Kenangan Perkahwinan Anak Saudara

Dilangsungkan di Jelapang pada 18 Dis. 2010.

Nurul Huda Ramli dan Mohd. Fauzi Haji Baharuddin


Doa dari Pak Uda dan Mak Uda "Semuga bahagia ke akhir hayat"

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualaikum w.b.t.
Salam untuk semua Muslimin dan Muslimah
Pak Din dan Keluarga memohon kemaafan dari Semua Rakan Bloggers
Sempena menyambut Aidil Fitri

Pak Din dan Keluarga juga mengucapkan
Selamat Aidil Fitri kepada semua semoga Hari Kemenangan
disambut dengan gembira tanpa apa-apa musibah
di Jalan Raya dan sebagainya


Thursday, August 26, 2010

55 Tahun Aku Di Sini

Hari ini 26 Ogos 2010

Pada hari ini genaplah selama 55 tahun aku menumpang di bumi Allah ini

Hari ini genaplah selama 55 tahun aku menumpang kasihnya Allah
di alam fana ini

Hari ini genaplah 55 tahun Allah limpahkan aku dengan rahmatNya.

Hari ini genaplah 55 tahun aku menumpang Rahman Allah
dengan nikmat rezeki yang melimpah dan kesihantan yang baik.

Hari ini genaplah 55 tahun Allah hidayahkan aku agamaNya
dan itulah Rahmat terbesar dariNya

Syukur alhamdulillah........

Upload pula Kek hadiah dari Adik

Terima kasih Adik

Sunday, August 1, 2010

Ulang Tahun

HARI ULANG TAHUN RUMAH TANGGA KAMI KE 28
Pada 31 Julai 2010

Alhamdulillah, syukur dan segala puji-puji padaMu ya Allah.
Sesungguhnya Kau mengurniakan segala-galanya
dengan Rahmat dan Nikmatmu kepada kami dengan kadarnya di atas Takdirmu.

Saturday, December 26, 2009

Selamat

SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BAHAGIA BERKETURUNAN
Diucapkan kepada :

Blogger ASROL KELATE
Dan ADUKA TARUNA

Salam dari :
Pak Din dan Keluarga

Friday, November 27, 2009

AIDIL ADHA

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA
Kepada semua Muslimin dan Muslimat
Dengan doa semoga sentiasa bahagia dan dirahmati Allah


Salam dari Mountdweller

Wednesday, November 4, 2009

Bola Dan Politik

Gambar yang memberikan pengertian dan seribu makna
kepada yang mahu berfikir, permusuhan yang bersempadan
Gambar ini yang membuat hatiku kembang!

Gambar sumber asal dari blog NOBISHA

KAMI IRINGI PASUKAN KELANTAN DENGAN DOA
SEMOGA ALLAH GANDAKAN KEKUATAN
DAN PULANG DENGAN JAYA

Terima kasih Kerajaan Negeri Kelantan kerana
mengistiharkan Cuti Peristiwa pada hari Ahad


Terima kasih Tan Sri Annuar

Kerana membawa Kelantan ke final

Tuesday, October 27, 2009

Hari Lahir Along

UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR BUAT ALONG
Dari Papa , Mama dan Adik
Dengan doa dan harapan semoga Along akan dirahmati Allah,
di tunaikan cita-cita dan dimurahkan rezeki.

Ucapan yang agak lambat sikit kerana Along sedang belayar
Kami semua rindukan Along

Tuesday, October 20, 2009

Tahniah Adik

Tahniah untuk Adik, Papa bangga.
Terima kasih
Adik
Bersama keluarga dan sepupunya
Saya amat bangga dengan mereka (anak-anak)
Tetapi masih belum berbangga dengan penampilan.

Dalam hal ini saya masih gagal walau pun
benihnya telah lama disemai

Saturday, October 17, 2009

Hilang Jap

Assalamualaikum w.b.t

Maaf semua tak dapat update blog 3-4 hari. Sekarang saya bercuti di KL dan Shah Alam kerana menghadiri Convo anak kedua (Adik) di UiTM Shah Alam.

Sekarang menginap di rumah adik di Sunway Kayangan.

Selamat Dipavalli untuk semua rakan Hindu, semoga sejahtera.

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidil Fitri

Assalamu alaikum w.b.t.
PAK DIN DAN KELUARGA
mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI
kepada semua 116 orang Followers blog ini
dan semua rakan cyber

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pak Din nak kungsi kenangan lalu semasa Pak Din masih kanak-kanak menyambut Aidil Fitri.

Biasanya selepas Solat Raya kami pulang dulu ke rumah dan menikmati Juadah Raya yang disediakan sehingga kenyang dan berkumpul dengan kawan-kawan. Kami akan berbincang nak menyerbu ke rumah orang yang paling kaya dan pemurah di sekitar kampung. Bila dah banyak dapat duit raya kami akan bersantai di Padang Merdeka sebelum meronda pekan.

Pada Hari Raya yang kedua kami akan ke kubur kerana semacam menjadi adat orang di sini akan menziarahi kubur pada Hari Raya kedua sambil bersedekah dan berzakat. Rezeki dari kubur biasanya menjadikan kami kaya sekajap. Di kubur bagi orang Kota Bharu seolah bertukar menjadi tapak Pesta kecil. Siap dengan orang menjual bermacam-macam termasuklah Nasi dan Air minuman serta permainan kanak-kanak.

Tektik Pak Din senang saja, bukannya meminta tetapi biasanya Pak Din akan pilih kubur orang kaya dengan pelawatnya yang ramai dengan waris. Kebiasaannya setiap kubur orang kaya akan ada Wakaf dan di situ ada disediakan naskah Alqur'an yang dipecahkan ke Juzud-Juzud kecil. Oleh kerana pada masa itu Pak Din sudah khatam qur'an sejak umur sembilan tahun, Pak Din sudah lancar dengan bacaan yang agak baik (mengikut Guru Qur'an Pak Din), Pak Din akan duduk di Wakaf dan membaca Alqur'an tanpa diminta oleh sesiapa.

Kebiasaannya sedang kita membaca akan datanglah waris-waris simati menghulurkan RM1.00 atau RM2.00. Kekadang tu ada yang lebih pemurah akan menghulurkan RM5.00 atau RM10.00 bergantunglah kepada nasib dan rezeki. Bayangkan berapa banyak Pak Din boleh kumpul dengan seharian di kubur. Kalau Pak Din rajin, pada Hari Raya ketiga Pak Din akan pergi ke kubur lagi.

Selepas Hari Raya bila sekolah telah dibuka, Pak Din dan kawan-kawan memang joli. Pada masa itu bukannya berkira nak menyimpan!