Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Monday, December 18, 2017

Is ECRL project an investment or a loan?

December 17, 2017
Daim: Is ECRL project an investment or a loan?
Farhan Darwis
SUBANG JAYA: Former finance minister Daim Zainuddin has questioned if the RM60 billion East Coast Railway Link (ECRL) project was a form of investment to the country, or if it is actually a loan.

He said if the government has to repay the cost of the project — which reportedly will be funded through a loan from the Export-Import Bank of China — then it is the latter, not an investment like Putrajaya had claimed.

“If it’s true that the project brings in money, then okay. How much investment does it bring (to the country)?

“Does the train (ECRL) bring in money?

“If it’s a loan, it has to be paid back. If it has to be paid back, is that an investment? If you’re an investor, what would you say?

“(You would say) it’s not an investment, it’s a loan.”

Daim was speaking to reporters after a closed-door dialogue session here today, urging the government to bring investments into the country so job opportunities will be made available to the people.

He said this is a matter that has to be dealt with immediately, considering the fact that the public, including university graduates, are facing difficulty securing employment.

“Investments are important to create jobs. There are reports stating that many can’t get a job.

“So the government should create an environment where investors will come in, resulting in job opportunities.

“I read a report by Malaysian Trades Union Congress which spoke about retrenchment. So we have to address this issue immediately,” he said.

Certain quarters have expressed concern over investments from China in Malaysia, especially on the aspect of the country’s sovereignty.

Prime Minister Najib Razak, however, has denied such claims, saying the government will continue to protect Malaysia’s independence.

Read moreECRL will only burden Malaysians

Monday, November 27, 2017

Usul Adun Batu Burok di DUN Terengganu: Kenapa telaga minyak Bertam diserah kepada Pahang

Kenapa telaga minyak Bertam diserah kepada Pahang, Adun Batu Burok buat usul
MALAYSIA DATELINE  -  November 26, 2017 10:46 am
Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi hari ini memfailkan satu usul ke Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi membolehkan isu Telaga Minyak Bertam yang dikatakan berada dalam negeri Terengganu tetapi telah diserahkan kepada negeri Pahang.

Notis usul itu dibuat di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 31(2) peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan negeri Terengganu dengan notis 14 hari.

Usul yang diberi notis ini adalah sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Disember 2017.

Usul ini adalah bagi DUN meneliti dan membahaskan semula status Royalti Minyak Terengganu dan Telaga Minyak Bertam P307.

Dalam usul itu, beliau mencadangkan:

“Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 31(2) peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu dengan memberi notis 14 hari bagi meneliti serta membahaskan kembali perkara-perkara berikut;

1. Status Perjanjian Royalti minyak diantara kerajaan negeri Terengganu dengan PETRONAS dan kerajaan Pusat.

2. Status hak milik keatas penemuan kawasan minyak di Medan Minyak Bertam PM 307.

Menurut notis itu, beliau membangkitkan bahawa
kerajaaan negeri Terengganu telah menerima bayaran royalti dengan bayaran sulungnya sebanyak RM5.7juta dari pihak Petronas pada tahun 1978 di bawah fasal 2 ‘Perjanjian Royalti’ seperti yang telah di persetujui oleh semua pihak.

Perjanjian ini adalah sebagimana dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petrolium 1974, yang telah di luluskan oleh kerajaan pimpinan yang dikasihi Al-Marhum Tun Abdul Razak bin Husin di Dewan Parlimen pada 15 November 1974.

Al-Marhum menegaskan bahawa;

“Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas atau ejensi-ejensi ataaupun kontraktor-kontraktornya.”

Malangnya, pembayaran Wang Royalti secara tunai kepada kerajaan Terengganu menurut perjanjian Akta Kemajuan Petrolium 1974, telah dimansuhkan pada 5 September 2000 dan digantikan dengan ‘Wang Ehsan’ yang dikendalikan terus oleh Kerajaan Pusat.

Lebih malang lagi pihak Petronas juga memaklumkan secara rasmi pada 25 September 2015 bahawa; Pihak Petronas tidak lagi terikat secara undang-undang untuk membuat sebarang bayaran tunai kepada negeri Terengganu di bawah Perjanjian Pembayaran yang ditandatangani Petronas dengan kerajaan Terengganu.

Ini berdasarkan terma ‘di dalam negeri’ bahawa;

“kerajaan negeri Terengganu tidak lagi berhak menuntut hasil Wang Royalti kerana segala penemuan telaga minyak adalah di luar 3 batu nautika yang di ukur dari garis air surut persisiran pantai negeri”.

Menurut tafsiran diatas, kerajaan Terengganu kini tidak mempunyai sebarang hak atas apa jua tuntutan hasil minyak & gas yang terletak diperairan negeri. Semua telaga minyak yang ditemui selama ini dan terletak di perairan Terengganu bukan lagi menjadi milik ‘sah’ kerajaan Terengganu kerana kedudukannya di luar daripada 3 batu nautika.=

“Oleh itu adalah wajar dewan yang mulis ini menuntut penjelasan dari pihak Petronas dan kerajaan Pusat tentang status perjanjian tersebut yang jelas telah tidak ditepati,” katanya dalam usul itu.

Syed Azman juga mengulangi persoalan tentang status Telaga Minyak Bertam PM 307 yang dilapurkan oleh syarikat perunding yang telah dilantik dari Scandanivia, Lundin Petroleum, bahawa ianya terletak didalam kawasan hak tuntutan Terengganu.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Disember 2013, Menteri Besar Terengganu Dato’ Sri Ahmad Said (kini mantan MB) menyatakan bahawa;

“Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu…Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran.”

Katanya, Adun Kijal juga turut mengesahkan bahawa pihak kerajaan negeri ada menulis surat kepada Petronas mengenai status penemuan minyak itu, namun sehingga kini belum lagi menerima jawapan.

“Di atas penentuan asal tersebut kenapakah hasil kewangan dari penemuan tersebut diserahkan kepada Negeri Pahang?” soalnya.

Bagi beliau, semua ahli-ahli Dewan ini juga mesti dimaklumkan berapakah jumlah hasil yang telah ‘diserahkan kepada negeri Pahang’ sejak pengeluaran telaga minyak BERTAM PM 307 telah dimulakan?

Yang paling penting adalah penjelasan dari pihak Petronas agar dapat kembali menjernihkan pengumuman awal Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang terlebih dahulu mengistiharkan pada 30 Oktober 2012 lalu bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti di medan minyak Bertam tersebut.

Perdana Menteri juga menegaskan bahawa negeri Pahang dijangka menerima royalti sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

“Saya yakin demi kedudukan Petronas sebagai simbol mercu kejayaan negara, serta sanjungan dan penghormatan tinggi rakyat yang diberikan kepada Petronas, ia akan memberi jawapan yang seadil-adilnya di atas persoalan Bertam ini yang menjadi hak dan kedaulatan negeri Terengganu ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi memohon Dewan yang mulia ini meneliti dan segera mengadakan sidang khas bagi membahaskan kembali isu hak royalti minyak serta telaga minyak Bertam ini.

“Isu ini adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat,” tegasnya.

Oleh hal yang demikan beliau memohon seluruh ahli-ahli Dewan yang mulia ini demi mempertahankan kedaulatan dan keyakinan rakyat Terengganu, agar segera mendesak pihak Petronas memberi jawapan segera kepada kerajaan negeri Terengganu bagi menjamin amalan demokrasi dan proses keadilan dalam negara kita yang tercinta ini akan berjalan dengan baik, bersih dan adil.

“Setiap rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti wajib bersatu berdiri teguh bagi mempertahankan hak demi kebaikan negeri Darul Iman ini, negeri yang berdaulat dan negeri yang berpayung dibawah Tuanku Al-Sultan kita, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud,” katanya.

Sunday, November 26, 2017

RM12.1 juta dalam operasi pelacuran

Imigresen rampas RM12.1 juta dalam 2 operasi pelacuran

 | November 25, 2017
Wang tunai lebih RM11 juta ditemui dalam bilik sebuah hotel, manakala lebih RM1.1 juta lagi ditemui dalam sebuah bangunan lain.

PETALING JAYA: Sepasukan penguatkuasa imigresen terkejut dengan penemuan RM12.1 juta menerusi operasi membanteras kegiatan pelacuran di Sabah, yang merupakan rampasan wang tunai terbanyak dalam sejarah jabatan itu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dipetik China Press sebagai berkata, operasi itu dijalankan di 2 lokasi di Kota Kinabalu, Khamis lalu, di mana pasukan penguatkuasanya menemui wang tunai lebih RM11 juta dalam bilik sebuah hotel.
Beliau ketika menghadiri program di Akademi Jabatan Imigresen di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini berkata, berdasarkan maklumat risikan, mereka kemudiannya menemui lebih RM1.1 juta lagi dalam sebuah bangunan lain.
Katanya, pihaknya belum tahu pemilik wang tunai itu dan siasatan dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Mustafar berkata, jabatan itu berjaya menyelamatkan 17 warga Filipina berusia lebih 10 hingga 40 tahun yang dipaksa melacur, selain menahan 2 lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Filipina.
Katanya, kes itu diserahkan kepada unit khas yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Datuk Jaafar Mohamed untuk siasatan lanjut.

Tuesday, November 21, 2017

Tidak peduli akaun 1MDB tidak diaudit bukti cubaan sembunyi perkara sebenar

TMI · Diterbitkan pada 21 Nov 2017 1:16PM
The government is looking for another master developer as deal with IWH-CREC Sdn Bhd falls through. – The Malaysian Insight pic, May 5, 2017

AHLI Parlimen DAP, Tony Pua menyelar Kementerian Kewangan hari ini kerana tidak bimbang dengan syarikat milik penuhnya 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diperiksa oleh juruaudit luar sejak lima tahun lalu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata "sikap tidak acuh" kementerian itu membuktikan dakwaan rasuah melibatkan firma pelaburan negara itu cuba disembunyikan.

Ia merupakan respons Pua terhadap jawapan secara bertulis Parlimen oleh menteri kewangan yang siasatan polis terhadap 1MDB menghalang pengauditan penyata kewangannya bagi 2015 dan 2016.

Tetapi Pua menyatakan Deloitte Malaysia menarik balik kelulusan bagi penyata kewangan 1MDB bagi tempoh Mac 2013 dan Mac 2014.

Penyata kewangan terakhir yang disediakan oleh Deloitte adalah untuk tempoh berakhir Mac 2014 dan sejak itu tiada audit rasmi bagi 1MDB.

"Ini bermakna sejak Mac 2012, atau lebih lima tahun lalu, 1MDB belum memfailkan sebarang penyata kewangan yang disahkan oleh juruaudit luar.

"Dan sekarang, menteri kewangan beritahu kita ia sepenuhnya mengalah dan ia tidak dapat memberikan tarikh akhir."

Beliau mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Najib Razak, yang juga menteri kewangan, tidak berjaya mengatur perancangan dengan polis untuk memastikan audit dapat dijalankan.

"Pastinya tidak terlalu sukar bagi penyiasat untuk membenarkan juruaudit, paling tidak, melihat dokumen yang diperlukan?

"Kami tidak meminta polis mengembalikannya, melepaskan atau memusnahkan bukti yang mungkin di tangan mereka. Kami hanya meminta mereka membenarkan audit berkanun 1MDB dilaksanakan."

Awal bulan ini, pihak polis menghantar semula kertas siasatan ke atas 1MDB kepada peguam negara, yang pada bulan lepas, membuka semula kes itu dan meminta lebih banyak maklumat.

Pua berkata, tiada sebab tidak mengaudit buku akaun 1MDB kerana polis sudah menyelesaikan siasatan dan menyerahkan kertas itu kepada Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata pengauditan sedemikian sangat penting memandangkan tuduhan berbilion ringgit disalahgunakan daripada 1MDB.

"Hakikat 1MDB tidak dapat memberikan sebarang penyata kewangan yang telah diaudit sejak Mac 2012 menolak pembelaan dan pujian Najib Razak terhadap 1MDB, dan dakwaan berani yang 1MDB akan kembali menjana keuntungan tidak lama lagi.

"Ia tidak dapat menghasilkan akaun sendiri, jadi keuntungan apa yang dikatakan perdana menteri?" – 21 November, 2017.

Tuesday, November 7, 2017

Dalam isu ni, siapa yang bodoh, siapa yang untung dan siapa yang rugi?

* Sebenarnya perihal guna nama ni dah lama berlaku di Kelantan. Orang Kemboja berhijrah ke sini dan ramai yang gunakan nama Melayu untuk membeli tanah. Yang pedihnya Melayu, bila mereka dah dapat tanah, tanah orang Melayu pula dihimpitnya.

Kerana mereka berduit mereka dengan senang beli pengaruh di kalangan orang yang berkuasa setempat. Jadi di sini siapa yang silap dan siapa yang bodoh?


Warga asing guna nama Melayu untuk miliki harta, dakwa Mahathir
AKMAL HAZIQ  -  November 7, 2017 11:16 am
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, di bawah dasar ekonomi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, orang asing kini mudah untuk membeli tanah di Malaysia.

“Sekarang datang satu cara baru. Orang asing nak beli tanah di Malaysia. Pinjamkan nama orang Melayu sebagai Presiden, CEO, Pengurus untuk tubuh syarikat Bumi Sdn. Bhd. Beli tanah. Harga tak penting. Beli, beli, beli.

“Yang mudah sekali tanah orang Melayu. Tak mahu jual, naik harga. Naik harga, naik harga sehingga jual. Tanah milik bukan Melayu pun boleh beli jika kena harga,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam tulisan beliau yang terbaru dalam blognya Chedet.

Pemilik syarikat ini katanya kemudian akan menghadiahkan berjuta ringgit kepada tuan punya nama pinjaman untuk syarikat yang didaftar sebagai syarikat tempatan milik bumi tersebut.

“Orang asing yang pinjam nama orang bumi amat kaya. Mereka memiliki berbillion ringgit. Banyaklah tanah akan dimiliki oleh mereka melalui proksi Melayu.

“Kemudian apabila dihitung, Melayu tak ada tanah lagi. Warga Malaysia lain pun sudah tidak ada tanah lagi. Bersama dengan TRX, Sg Besi, Melaka, Kuantan, Johor, Langkawi, Kedah, tanah yang berharga sudah tidak lagi milik rakyat. Ia sudah jadi sebahagian daripada negara lain,” kata beliau.

“Tetapi okay. Melayu dan lain-lain warga negara sudah kaya. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada hutang 1 billion sudah dibayar. Bandar-bandar moden, canggih dan mewah terdiri di seluruh negara. Dan orang Malaysia, terutama orang Melayu dapat melihat dengan bangganya betapa Malaysia sudah jadi negara maju, penuh dengan bangunan pencakar langit. Mereka sendiri tinggal dalam pondok papan berbumbung zink di kawasan setinggan,” sindir beliau.

Menurut Tun Mahathir, kekayaan hasil daripada pinjaman nama tidak kekal dan orang Melayu akhirnya akan kembali ke pinggir hutan, jauh dari bangunan pencakar langit yang memenuhi tanah Melayu dahulu.

“Ingat, kita jual Singapura. Masih kita punyakah? Tanah di Malaysia yang kita jual kepada orang asing, masih kita punyakah? Bukan sahaja sudah bukan kita punya, undang-undang negara kita, duit negara kita juga tidak diguna. Masih kita punya kah?” soal beliau.

Sunday, November 5, 2017

Cara Najib menangi hati India......

Jomo: PM menangi hati India dengan salur wang melalui proksi
mk      4 Nov 2017, 10:46 pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memenangi hati masyarakat India dengan menyalurkan wang kepada mereka melalui proksi, kata ahli ekonomi Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

"Perdana menteri, melalui proksi, ramai yang bukan benar-benar dari MIC, telah mewujudkan yayasan-yayasan kecil di mana wang pergi ke bawah (kepada masyarakat India).

"Dia (Najib) telah melakukan perkara-perkara tertentu, yang telah memberikan kesan kepada sentimen orang ramai, jadi saya fikir ada beberapa sentimen yang sangat menguntungkan BN.

"Secara tepatnya berapa banyak adalah sukar diberitahu," kata Jomo.

Beliau bercakap pada forum bertajuk "Membayangkan Masa Depan: Malaysia Mendepani PRU14" di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Anggota panel lain termasuk bekas timbalan gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakop, bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Sheriff Kassim, Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (AMANAH) Dr Dzulkefly Ahmad dan Anggota Parlimen DAP, Charles Santiago.

Charles bersependapat dengan Jomo bahawa kerajaan menyalurkan banyak peruntukan kepada masyarakat India.

Malah katanya Najib mensasarkan kaum berkenaan terutama di Selangor kerana mahu memenangi semula negeri itu.

Jadi katanya, HARAPAN perlu berhati-hati di Selangor bagi meraih sokongan kaum India.


Jomo terlebih dahulu memberi amaran bahawa kaum Cina juga boleh menjadi kurang penentangannya terhadap BN dan juga berputus asa terhadap apa yang boleh ditawarkan HARAPAN kepada mereka.

Charles mengakui amaran itu dan mengatakan bahawa tiada jaminan bahawa orang Cina akan menyokong sepenuhnya HARAPAN dalam Pilihan Raya Umum akan datang (PRU14).

Friday, November 3, 2017

Salahkah apa yang Irwan katakan ini?

Kementerian: Irwan tidak pernah kata miskin kerana malas

  | November 2, 2017
Kementerian Kewangan berkata Irwan hanya menekankan sifat positif jika mahu berjaya dalam perniagaan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menafikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berkata kemiskinan di Malaysia disebabkan kemalasan.
Kementerian berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang bertanyakan sama ada pandangan Irwan itu merupakan pendirian sebenar kerajaan Barisan Nasional.
“Irwan menyempurnakan Majlis Perasmian 1Malaysia Entrepreneur (1MET) Graduation Day 2017 di Dewan Utama Kompleks Perbendaharaan pada 27 September 2017.
“Di dalam perasmian tersebut, Irwan tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kemiskinan di Malaysia adalah disebabkan kemalasan.
“Sebaliknya, beliau telah menekankan kepada peserta 1MET agar mengamalkan sifat positif supaya boleh terus berdaya tahan dan maju dalam perniagaan.
“Para peserta juga disarankan supaya merebut peluang perniagaan yang begitu banyak di negara ini,” kata jawapan itu.
Pada September, dilaporkan Irwan berkata rakyat tempatan perlu lebih makmur dari pekerja asing di negara ini, yang dalam kalangan mereka menjalankan perniagaan di sini, dan jika rakyat tempatan yang miskin, ini kerana mereka tidak cukup berusaha.

* Kalau pun betul Irwan kata 'miskin kerana malas', aku rasa tak salah sebab pada hemat aku, tak semua yang miskin tu sudah cukup kental berusaha untuk manaikkan taraf hidup mereka kalau dibandingkan dengan pendatang seperti Bangla, Indon dan Myanmar

Monday, October 30, 2017

Kutuk Bajet 18: Pemimpin pembangkang otak senget?

KUTUK BAJET 2018: SAH PEMIMPIN PAKATAN OTAK SENGET…
Posted by Editor | 30 October 2017
MP PKR Kelana Jaya, Wong Chen bersama ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail cuba persoalkan langkah Kerajaan BN mansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau kononnya rakyat ditipu kerana konsesi akan tamat.

Bagaimanapun, mereka kata tidak tahu bila konsesi tamat kerana dokumen perjanjian tertakluk kepada OSA. Nampak sangat tidak buat “homework” sebab pada April 2015, PLUS telah keluar kenyataan yang konsesi disambung kepada 2038 untuk elakkan kenaikan tol.

Nurul Izzah sibuk tanya kos penamatan tol itu tapi dalam Belanjawan Pakatan, pembangkang tidak pun menerangkan apa mekanisme yang akan digunakan untuk tamatkan tol seluruh negara jika menang PRU14. Hanya tahu buat janji kosong.

MB Selangor Azmin Ali pula cuba ambil “credit” tentang dua program ADAM50 dan program penakungan air sungai kerana sama dengan program-program Selangor iaitu Tawas dan Horas. Tapi dia kena gelak sebab mantan MB Khalid Ibrahim yang reka 2 program tersebut sejak 2009.

Jelas Pakatan sudah terkedu dengan kecemerlangan Bajet 2018 yang telah mendapat tempat dihati rakyat. Agaknya apa lagi penipuan yang akan mereka buat nanti?

#TolakPakatanPRU14 #KekalBN

Komen Facebook

Saturday, October 28, 2017

Durian Malaysia pula jadi rebutan antarabangsa

Durian Malaysia pergi ke China, Singapura putih mata
TMI · Diterbitkan pada 28 Oct 2017 4:29PM
Durian Musang King menjadi kegilaan penggemar raja buah itu dari China yang sanggup berbelanja secara komersial untuk membawa masuk produk itu ke negara mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Oktober, 2017

MALAYSIA berjaya menempatkan diri dalam pasaran buah durian yang menguntungkan di China menyebabkan negara jiran berputih mata, lapor South China Morning Post, hari ini. 

Malaysia mendapat lampu hijau untuk mengadakan Festival Durian King selama tiga hari di Nanning, China, yang mana sehingga kini tidak membenarkan import durian segar dari Malaysia, sebaliknya hanya isi yang disejuk beku. 

Manakala penanam durian di Malaysia mengharapkan acara itu akan membawa kepada akses tanpa kawalan ke dalam pasaran China namun Singapura dan Thailand yang mengharapkan sebaliknya.

Singapura tidak berharap membayar lebih untuk durian Malaysia, yang mana harganya akan melonjak naik sekiranya pembeli kaya dari China mula membida raja buah itu. 

Sementara Thailand juga bimbang sekiranya larangan ke atas durian Malaysia akan menyebabkan kehilangan monopolinya ke atas pasaran China untuk buah berkenaan. 

Terima kasih kepada Mao Shan Wang, iaitu sejenis varieti durian yang dikenali warga tempatan sebagai 'Musang King'.

Keinginan untuk isi raja buah itu menyebabkan Beijing mula membuka pintu, walaupun sebahagiannya untuk Malaysia, yang membenarkan eksport Musang King ke negara China, tetapi hanya dalam bentuk isi yang disejukbekukan. 

Bagaimanapun, Beijing membenarkan Malaysia membawa masuk empat tan durian segar ke negara itu pada festival yang akan diadakan di wilayah Guangxi pada Jumaat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahmad Shabery Cheek dan Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia akan mengetuai delegasi Malaysia untuk hadir pada acara itu, yang dijangka akan menarik 100,000 pengunjung. 

China, merupakan negara yang mempunyai pasaran terbesar durian menerima hampir 600,000 tan buah itu tahun lalu, sebelum ini bergantung kepada stok dari Thailand. 

Ini kerana durian Thai boleh dituai sebelum ia masak, menjadikan penghantaran ke luar negara lebih mudah. Sementara durian Malaysia dibiarkan masak di pokok dan akan cepat menjadi masam selepas dituai, menjadikan eksport ke China agak sukar. 

Permintaan masyarakat Cina memberi kelebihan kepada pengeluar tempatan, dengan harga domestik Musang King gred AAA kini melonjak sekitar RM130 sekilogram, dari hanya RM50 sekilogram lima tahun lalu. Di China, jenis yang sama dijual sekitar RM150 sekilogram.

"Lebih ramai warga China datang melawat...mereka kaya dan sanggup berbelanja untuk Musang King. Mereka amat menggemari rasanya yang agak sedikit pahit dan lembut," kata Stephen Chow yang keluarganya memiliki beberapa kebun durian di Pahang. 

Di Singapura, penjual durian bimbang sekiranya perniagaan mereka terjejas berikutan kesungguhan China mendapatkan durian Malaysia, yang boleh menyebabkan harganya melonjak dan melemahkan permintaan tempatan.

Negara berpopulasi 5.6 bilion iitu mengimport 17,847 tan durian tahun lalu, yang mana 93 peratus daripadanya adalah dari Malaysia, menurut statistik PBB. 

"Akhirnya, ia hanya bergantung kepada berapa yang mampu dibayar, aapa harga siling mereka. Sekiranya (harga durian) menjadi terlalu tinggi, jadi kita perlu menjualnya (dengan agak murah). Itu bagaimana perniagaan ini berjalan," kata pemilik greai durian Ah Seng yang popular di Singapura. – 28 Oktober, 2017

Friday, October 27, 2017

1MDB jana dividen RM2.18b karut - Tony Pua

Dakwaan 1MDB jana dividen RM2.18b karut, kata Tony Pua
mk   -   Hari ini, 1:21 pm
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa 1MDB tetap mengalami kerugian apabila menjual kepentingan tenaganya kepada China General Nuclear Corp (CGN).

Pua berkata, dakwaan 1MDB bahawa syarikat itu menjana RM2.18 bilion dalam bentuk dividen dengan sebahagian besarnya digunakan untuk membayar faedah bagi hutang pengambilalihan itu adalah tidak benar

"Apabila saya menyemak penyata kewangan anak syarikat tenaga 1MDB, tidak ada satu tahun di mana mereka mengumumkan dividen kepada 1MDB.

"Ini bermakna dividen yang diperkatakan 1MDB adalah mengarut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua mengulas kenyataan 1MDB semalam yang mendakwa biarpun pertimbangan pembelian kasar itu adalah RM12.05 bilion, syarikat-syarikat yang dibeli itu mempunyai lembaran imbangan tunai RM1.63 bilion.

Hal ini menyaksikan pertimbangan pembelian bersih kira-kira RM10.42 bilion apabila asetnya dijual kepada CGN pada tahun 2015 dengan harga RM9.83 bilion.

Oleh itu, 1MDB berkata apabila tunai, dividen dan kos-kos lain diambil kira dalam penjualan tunai RM9.83 bilion kepada CGN, syarikat itu hampir mencapai 'pulangan balik' pelaburan tenaganya.

Penyata kewangan terkini 1MDB adalah bagi tahun 2014.

Pua juga berkata meskipun dakwaan 1MDB bahawa ia menerima RM2.18 bilion adalah benar, maka syarikat itu juga perlu mengambil kira kos faedah RM3.5 bilion untuk pinjaman yang telah diambil bagi memperoleh aset tenaganya itu.

"Hanya ketua pegawai eksekutif bodoh yang akan beritahu para pemegang sahamnya bahawa dia membuat wang dari dividen, tanpa mengambil kira faedah yang jauh lebih tinggi daripada dividen yang dikatakan!" kata Pua.

Wednesday, October 25, 2017

Benarkah mereka ini dihasut atau memangnya mereka yang bertambah cerdik?

Exco: Peniaga pasar enggan pindah sebab dihasut
mk   -   Hari ini, 8:25 pm
Kerajaan Kelantan mendakwa sekumpulan peniaga Pasar Besar Pasir Puteh enggan berpindah ke pasar baru mungkin akibat termakan hasutan pihak tertentu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, beliau hairan dengan kedegilan peniaga untuk berpindah, memandangkan pasar baru yang dinamakan Pasar Siti Hajar itu akan memberikan banyak kemudahan kepada mereka.

"Ada parti seolah-olah mahu menjadi hero dalam kes ini sedangkan ia menjejaskan pendapatan peniaga apabila tidak berpindah di pasar baru yang kita sediakan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan Persatuan Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh yang enggan berpindah ke pasar baru itu walaupun diberi notis sejak 15 Oktober lalu.

Pengerusinya Kamaruzaman Che Ngah mendakwa pasar baru itu hanya menyediakan satu laluan masuk, terletak di kawasan berisiko banjir dan lot kedai yang sempit.
Justeru mereka membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana merasakan bangunan baru itu tidak sepadan dengan kos pembinaan yang didakwa berjumlah RM6.1 juta.

Abdul Fattah berkata beliau yakin pembinaan pasar baru itu mengikut prosedur yang betul dan kerajaan negeri akan memberikan kerjasama kepada SPRM dalam siasatan nanti.

"Kita tiada masalah jika SPRM mahu menyiasat susulan laporan yang dibuat pihak peniaga semalam kerana kita sentiasa terbuka.

"Bagaimanapun, dakwaan yang dibangkitkan mereka tidak benar kerana kita sudah menambah keluasan (lot kedai) daripada 3x5 kaki persegi kepada 6x6 kaki persegi," katanya lagi.

Isu ini pada mulanya dibangkitkan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan. Hari ini, Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa mengadakan pertemuan dengan peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh.

Dalam pertemuan itu, beliau berkata akan membawa peniaga yang tidak berpuas hati untuk bertemu sendiri dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob bagi mendapatkan penjelasan.

"Selagi peniaga tak puas hati dengan pasar baru, saya minta jangan berpindah lagi.

"Saya ajak persatuan dan peniaga kita pergi berjumpa menteri besar. Kerana apa juga masalah rakyat Kelantan adalah tanggubgjawabnya," katanya.

Tuesday, October 24, 2017

Takkan baru sedar: Semakin naik harga rokok, semakin banyak kerajaan rugi

Semakin naik harga rokok, semakin banyak masalah - Pakar cukai
Shafizan JohariAstro Awani |  Oktober 23, 2017 20:54 MYT
Semakin naik harga rokok, semakin banyak masalah - Pakar cukai
Kajian Persekutuan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) pada 2015 mendapati setiap dua kotak rokok yang dijual, satu ialah rokok seludup. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tindakan menaikkan harga rokok dilihat tidak akan mengurangkan jumlah perokok kerana mereka akan memilih rokok seludup yang jauh lebih murah.

Lebih memeritkan adalah negara akan hilang lebih banyak hasil cukai jika kerajaan memutuskan untuk menaikkan duti import rokok kerana lebih ramai perokok akan beralih kepada rokok seludup.

Presiden Persatuan Akauantan Percukaian Malaysia Abdul Aziz Abu Bakar khuatir penyeludupan rokok akan lebih berleluasa sementara kerajaan juga semakin rugi.

“Pada saya lebih baik jika hasil cukai yang diperoleh menerusi rokok ini digunakan untuk menambah baik usaha pencegahan,” jelasnya kepada Astro AWANI.

Negara hilang RM4 bilion akibat penyeludupan rokok pada 2015. Angka berkenaan bersamaan 10 peratus daripada GST yang dikutip pada tahun lalu.

Sebelum ini bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim menerusi artikel yang diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini memberi amaran, kenaikan harga rokok akan meningkatkan permintaan rokok seludup dan akhirnya menyebabkan kerajaan hilang pendapatan cukai.

Malah, beliau turut menyatakan aktiviti penyeludupan rokok ini sukar dikawal memandangkan kawalan sempadan Malaysia yang masih longgar.

Kenyataan beliau adalah selari dengan dapatan kajian Persekutuan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) pada 2015 yang mendapati setiap dua kotak rokok yang dijual, satu ialah rokok seludup.

Isu ini berbangkit susulan kenyataan Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusuf yang mencadangkan harga rokok dinaikkan sehingga RM50 sekotak bagi membendung gejala dadah kalangan remaja dan belia.

Tuesday, September 12, 2017

Tidakkah pelik dengan apa yang berlaku pada Arab Saudi ni?

Apa sudah jadi dengan Arab Saudi?
A KADIR JASIN  -  10 SEPTEMBER 2017
ARAB Saudi, negara pengeksport petroleum terbesar di dunia tiba-tiba terpaksa meminjam daripada pasaran kewangan antarabangsa, termasuk daripada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).

Ia bukan sembarangan negara. Ia adalah negara beraja mutlak dengan rizab minyak kedua terbesar di dunia dan menjadi pelindung dua kota suci Islam – Makkah dan Madinah.

Adakah ia sudah muflis atau hampir muflis hingga terpaksa pinjam AS$10 bilion (kira-kira RM43 bilion) daripada IMF? Orang yang tahu berkenaan kewangan antarabangsa pula tentu hairan mengapa ia meminjam jumlah yang kecil. AS$10 bilion adalah jumlah kecil bagi negara kaya macam Arab Saudi.

Mereka juga tahu bahawa pinjaman IMF adalah jalan keluar penghabisan bagi negara-negara yang mengalami masalah kewangan kronik. Adakah ini bermakna Arab Saudi sedang mengalami masalah kewangan yang teruk?

Kita tahu bahawa boleh dikatakan semua negara pengeksport minyak menderita pengurangan hasil yang teruk apabila harga minyak mentah jatuh merudum daripada kira-kira AS$147 (kira-kira RM646.80) setong pada tahun 2008 kepada sekitar AS$47 (RM206.80) setong sekarang.

Saudi mengeksport kira-kira 7.5 juta tong minyak mentah sehari dan inilah hasil utama kerajaan. Boleh dikatakan hampir keseluruhan perbelanjaan negara ditampung oleh hasil minyak.

Yang jadi persoalan ialah ke manakah perginya pendapatan minyak Arab Saudi selama ini? Adakah semua habis dibelanjakan?

Kerajaan Saudi masih ada rizab walaupun jumlahnya jatuh dengan teruk daripada AS$737 bilion (RM3,242.8 bilion) pada Ogos 2014 kepada kurang daripada AS$500 bilion (RM2,200 bilion) April lalu, iaitu paras paling rendah sejak tahun 2011.

Jawapan mutakhir tentulah susah diperoleh kerana sebagai negara beraja mutlak (absolute monarchy), pemerintah tidak perlu berkongsi maklumat dengan rakyat jelata.

Berbanding kekayaan hasil buminya, Arab Saudi tidaklah terlalu banyak berhutang. Ia menduduki tempat ke-34 dalam dunia dengan hutang sebanyak AS$200.9 bilion (RM883.96 bilion). Malaysia yang menduduki tempat ke-33 lagi banyak berhutang dengan jumlah AS$201.8 bilion (RM887.92 bilion) pada 31 Mac lalu.

Masalah ekonomi Saudi ialah ia terlalu bergantung kepada hasil minyak. Menurut laporan Middle East Monitor, sebuah organisasi pemantauan media yang berpangkalan di London, pemerintah Arab Saudi tidak melabur secukupnya di dalam negara untuk memajukan prasarana, teknologi makanan, teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) dan sumber manusia.

Sebaliknya pelaburan disalurkan ke luar negara, terutama ke negara-negara Barat. Awal bulan lalu, Fahd bin Jumaa, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Majlis Syura Arab Saudi memberitahu Arab News perangkaan Perbadanan Jaminan Kredit Arab (Dhaman), mendapati pelaburan Arab Saudi di luar negara berjumlah AS$$41.4 bilion (RM182.16 bilion) di antara tahun 2003 dengan 2015.

Terdapat sebanyak 526 projek Saudi yang dimiliki oleh 240 syarikat di 30 buah negara dengan peluang pekerjaan sebanyak 96,000.

Ini, kata Fahd merugikan rakyat jelata Saudi. Majlis Syura telah mencadangkan agar kerajaan mengenakan cukai 20 peratus ke atas pelaburan Saudi di luar negara. Kini, rakyat jelata Saudi mula bimbang mengenai masa depan negara mereka yang terkenal sebagai negara tanpa cukai dan sarat dengan subsidi.

Tanda keterdesakan kerajaan Arab Saudi ialah apabila ia mengenakan cukai keluarga sebanyak 100 riyal (kira-kira RM111.70) sebulan, memperkenalkan cukai tokok nilai (VAT) serta menarik balik subsidi air, elektrik dan minyak.

Rakyat jelata dan orang asing yang mencari rezeki di negara itu mula mengalami kesukaran dan kesusahan. Tetapi IMF dan pasaran kewangan antarabangsa gembira kerana Arab Saudi tidak lagi bebas di segi kewangan.

Campur tangan IMF menjadi prasyarat kepada bank-bank antarabangsa memberi pinjaman. IMF masuk untuk menjadi saksi dan penjamin bahawa Arab Saudi akan mematuhi syarat-syarat hutang dan sekiranya sesuatu terjadi, duit yang dipinjam daripada IMF itulah yang akan digunakan untuk membayar balik hutang Arab Saudi.

Sebab itulah kita selalu mengingatkan diri dan kerajaan kita agar jangan terlalu asyik berhutang walaupun ada pihak di dalam dan luar negara yang boleh memberi hutang dan mereka memuji fundamental ekonomi kita padahal rakyat jelata semakin hari semakin tertindas.

Sebab itulah apabila berlaku Krisis Kewangan Asia 1997/98, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, seboleh-bolehnya menolak campur tangan asing, khususnya IMF, dalam urusan ekonomi dan kewangan negara.

Wallahuaklam.

Saturday, September 9, 2017

RCI Forex: Pelanduk yang ditembak, kaki sendiri yang berdarah!

Saturday, 9 September 2017
SELEPAS RCI FOREX MENIKAM DIRI, BERANIKAH NAJIB TUBUH RCI MEMALI?

Atas keinginan untuk memperlihatkan Tun Mahathir Mohamad juga melakukan banyak kesalahan sewaktu menjadi Perdana Menteri, selain RCI forex yang sedang menjalankan pendengaran sekarang ini, kerajaan juga tidak menolak kemungkinan untuk mewujudkan RCI bagi tragedi Memali.

Mula dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang mengatakan kerajaan sedia menimbang perkara itu jika ada permintaan daripada individu, pertubuhan atau parti-parti politik, Najib Razak kemudiannya pada 24 Ogos lalu menyambut positif kemungkinan tersebut dengan tujuan utama, tambahnya, ialah untuk mencari kebenaran mengenai tragedi Memali.

Kerajaan, bagaimanapun katanya, masih menunggu reaksi masyarakat mengenai kemungkinan mewujudkan RCI bagi tragedi berdarah itu yang mengorbankan 14 nyawa, termasuk 4 anggota polis.

Sama seperti sewaktu berlakunya kerugian forex, ketika terjadinya tragedi Memali juga Tun Mahathir hanyalah Perdana Menteri saja. Ketika kerugian forex, Menteri Kewangan adalah Tun Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim, manakala ketika Memali, Menteri Dalam Negeri pada waktu ialah Musa Hitam.
Najib yang terpalit dengan skandal 1MDB dan didesak oleh banyak pihak agar sedia menubuhkan RCI bagi menyiasat syarikat yang ditubuhkannya itu, terlihat tiada pilihan lain selain menubuhkan RCI forex dan mungkin seterusnya bagi Memali untuk mengelabui wajah hitamnya serta mengalihkan pandangan masyarakat terhadap dirinya yang sebenar.

Melalui RCI forex, selain Najib, jentera propaganda beliau dengan sendirinya tiba-tiba ada modal baru dan kerja tambahan untuk dilakukan bagi terus memperlekehkan Tun Mahathir yang semakin mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat.

Melalui RCI Memali pula, meskipun tujuan Zahid Hamidi membangkitkannya barangkali dengan tujuan agar Najib terus bersengketa lebih parah dengan Tun Mahathir, Perdana Menteri dalam masa yang sama tidak mampu menolak kemungkinan ada laba politik di sebaliknya, terutamanya dalam usaha beliau menjinakkan lagi Pas agak kekal dalam dakapan UMNO dan BN.

Apa pun pertimbangan mengenai RCI Memali, sama ada akan diwujudkan atau sebaliknya, mahu tidak mahu ia tentunya bergantung kepada hasil RCI forex terlebih dahulu yang diberi tempoh selama tiga bulan untuk membentangkan keputusannya.

Jika RCI forex berjaya menghasilkan sesuatu yang positif dan melaluinya nama Tun Mahathir dapat diburukkan serta wajah Najib diperlihatkan harum mewangi, tentunya tidak mustahil RCI Memali pula akan menyusul selepasnya.

Namun demikian, tanpa disangka-sangka, RCI forex nampaknya telah mengalami "pancutan awal"  berikutan keterangan Nor Mohamed Yakcop yang mengaku bertanggungjawab sepenuhnya atas segala kerugian urusniaga matawang asing itu, selain beliau juga membersihkan Tun Mahathir daripada dikaitkan dengan kerugian tersebut.

Ini membuatkan RCI forex sudah boleh dikatakan anti klimaks jadinya. Tun Mahathir yang disasarkan, tetapi akhirny nama beliau telah dibersihkan oleh Nor Mohamed Yakcop.

Jika dijangka lebih awal Nor Mohamed Yakcop akan membuat pengakuan sedemikian rupa, tentunya mustahil bagi Najib setuju mewujudkan RCI forex. 

Tidak berbaloi menubuhkan RCI forex jika hanya kesalahan Nor Mohamed Yakcop yang menjelma. RCI forex ditubuhkan kerana Tun Mahathir, bukan disebabkan Nor Mohamed Yakcop yang sudah diberikan Najib jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional.
Kekecewaan Najib, UMNO dan kerajaan terhadap keterangan Nor Mohamed Yakcop dengan jelas dapat difahami daripada kenyataan Dr. Puad Zarkashi, Ahli MT UMNO yang dijadikan Ketua Pengarah JASA, sebuah agensi propaganda kepada Putrajaya.

Dr. Puad tanpa ragu-ragu mengatakan keterangan Nor Mohamed Yakcop adalah semata-mata untuk melindungi Tun Mahathir kerana kononnya terhutang budi, sambil mendakwa sedia menjadikan dirinya sebagai kambing hitam.

Dalam hal ini, Dr. Puad seperti tidak dapat menerima hakikat bahawa  Nor Mohamed Yakcop  hanya bercakap adalah berasaskan fakta dan kebenaran. Setidak-tidaknya, bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu seharusnya diberikan pujian kerana berani mengatakan kebenaran, di sebalik ia mungkin mengancam kedudukan dan jawatannya sekarang.

Kenapa Dr. Puad tidak dapat menerima kebenaran? Apakah kebenaran di Malaysia ini hanya apabila ia memihak kepada Najib semata-mata?

Kiranya Nor Mohamed Yakcop mementingkan diri sendiri dan mahu membodek Najib, beliau tentu boleh melencongkan fakta dan memperlihatkan seolah-olah Tun Mahathir atau Anwar bersalah dalam kerugian forex itu.

Agaknya jika begitu nada keterangan Nor Mohamed Yakcop tempohari, mungkin melimpah ruah pujian dan sanjungan daripada Dr. Puad terhadapnya.

Dalam keadaan sekatang, oleh kerana Nor Mohamed Yakcop adalah individu utama dan paling penting di sebalik urusniaga dan kerugian forex, selain keterangannya sudah menjadikan keadaan sebagai anti klimaks, sasaran asal ditubuhkan RCI juga seolah-olah sudah menikam diri sendiri.

Tak ubah umpama kancil yang mahu diburu, kaki sendiri yang ditembusi peluru.

Lalu, beranikah Najib mewujudkan RCI untuk Memali? (ShahbudinHusin 09/09/2017).

Anda mungkin juga meminati:
RCI FOREX - TUN MAHATHIR SAH TIDAK BERSALAH?

Posted by Shahbudin Husin at 08:56  

Friday, September 8, 2017

Anwar di RCI hari ke-6: Agak panjang, kalau korang nak bacalah....

RCI hari ke-6: Kenapa tidak Felda atau 1MDB, soal Anwar
Asila JalilBede Hong
Diterbitkan pada 7 Sep 2017 9:16AM
Pihak penjara Sungai Buloh memberi kebenaran kepada Anwar Ibrahim untuk menghadiri Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai skandal forex Bank Negara Malaysia di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 September, 2017.

BEKAS ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan memberi keterangan sebagai saksi pada hari keenam persidangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian dialami Bank Negara Malaysia (BNM) ketika beliau bertugas sebagai menteri kewangan, lebih 25 tahun lalu.

Anwar, yang tiba di Istana Kehakiman awal hari ini, menjadi saksi pertama yang akan memberi keterangan tanpa teks yang disediakan lebih awal.

Anwar ialah menteri kewangan dari 1991 hingga 1998. RCI itu menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing dialami bahagian perdagangan urus niaga mata wang asing bank pusat itu pada 1980-an hingga 1994.

Sepina dihantar ke pengarah penjara Sungai Buloh petang semalam bagi membawa beliau ke mahkamah, kata peguamnya.

Pemimpin de-faktor PKR itu berulang kali menggesa diberikan peluang untuk memberikan kesaksian pada RCI, bersama bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

The Malaysian Insight membawakan kepada anda perkembangan terkini prosiding:

5.02pm: Sesi Anwar berakhir dan prosiding ditangguhkan. Anwar meninggalkan bilik pembicaraan diiringi kakitangan jabatan Penjara selepas bercakap dengan Tian Chua dan Ahli Parlimen PKR, Sivarasa Rasiah. 

4.58: Peguam mewakili Dr Mahathir, Haniff Khatri Abdulla meminta kebenaran Sidek untuk menyoal Anwar beberapa soalan. Haniff diberi keizinan.

Haniff: Anda ingat semua minit mesyuarat pada 30 Mac, 1994 dan 6 April, 1994? Anda boleh ingat semua perbincangan yang dibuat pada 27 tahun yang lalu?

Anwar: *ketawa* Saya tak ingat semua. Minit mesyuarat itu mudah. Ia menyatakan 40 minit tetapi mesyuarat Kabinet berlangusng selama tiga jam. Enam jam kalau dilakukan Dr Mahathir *ketawa*

Haniff: Jika ada menteri yang fikir mereka keliru (semasa mesyuarat Kabinet), jadi mereka, termasuk Najib perlu ke sini (RCI)?

Anwar: Apabila mereka minta penjelasan, kami berikan penjelasan.

Sidek kepada Haniff: Datuk Seri yang ketika itu adalah menteri kewangan berkata, apa yang dilaporkan kepada Kabinet telah diaudit.

Haniff: Pada fahaman saya, pada masa itu beliau percaya apa yang diberikan kepadanya. Tiada kerugian.

Sidek: Jadi, Kabinet tidak dimaklumkan tentang kerugian itu.

Anwar: Itu pun tidak benar. RM9.3 bilion masih lagi kerugian. Jika menteri tidak bodoh dan jika mereka faham, RM3.9 bilion ditimbulkan.

Sidek: Mereka hanya sedar tentang RM5.7 bilion.

Haniff: Tan Sri, hanya untuk komen, anda tiada dalam mesyuarat Kabinet itu.

Sidek: Ya, saya tiada di sana tetapi saya baca minit mesyuarat.

Anwar: Perana setiausaha agung atau menteri kewangan ialah melaporkan sebarang penyata.

(Jika anda ingin persoalkan) Semua accounting role, jika itu masalahnya, kenapa tidak ambil Felda atau 1MDB? Kami hanya ambil laporan yang diaudit. Jangan buat pengecualian dalam kes ini untuk menganiaya sesiapa.

Saya boleh terima jJika ini SOP kerajaan. Jika anda tidak berpuas hati, hubungi juruaudit untuk penjelasan.

Kenapa sekarang anda fokus beberapa isu dan mengetepikan yang lain?

Tolong simpan RCI ini untuk mempastikan integritinya tidak terjejas. Tolong pastikan kita kendalikan secara profesional.

I rest my case. Terima kasih.

4.30pm: Anwar berkata beliau mendapat sokongan penuh Dr Mahathir dalam menangani isu ini.

SCB: Anda ambil serius masalah ini ketika menjadi menteri kewangan dan menguruskannya sendiri. Betul?

Anwar: Perdana menteri sokong. Saya diberi sokongan penuh. Sehingga 1998 lah *ketawa

Sidek berkata beliau mengagumi Anwar yang masih positif di sebalik semua yang berlaku.

Anwar: Saya ketawa dalam tangisan.

*semua ketawa 

4.20pm: Anwar dan Sidek berhujah sama ada jumlah sebenar kerugian dilaporkan kepada Kabinet.

Anwar: Dr Mahathir tidak berikan arahan. Saya mengarahkan Clifford utuk menyediakan laporan itu dan kami berjumpa Dr Mahathir. Beliau tidak pernah beri apa-apa arahan untuk meneruskan urusniaga forex atau pun tidak. Beliau hanya mendengar.

Sidek: Kabinet tidak dimaklumkan tentang kerugian sebenar?

Anwar: Kabinet dimaklumkan tentang laporan BNM yang diaudit.

Sidek: Walaupun mereka tahu, apa yang Kabinet bimbangkan mereka tidak dimaklumkan tentang kerugian sebenar.

Anwar: Laporan yang dibuat kepada Kabinet adalah laporan akhir.

Sidek: Maknanya, Kabinet hanya dimaklumkan tentang perbelanjaan tertunda sebanyak RM5.7 bilion?

Anwar: Keseluruhan akaun kewangan dikemukakan kepada Kabinet.

* Mereka kemudian bertelagah sama ada Kabinet tahu atau tidak kerugian sebenar selama beberapa minit.

Sidek: Saya pasti anda lebih bijak dari itu, Datuk Seri. 

Anwar: Saya melaporkan apa yang telah diaudit. Buka apa yang disebut dalam surat.

Dr Mahathir meninggalkan mahkamah sementara Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang masuk. Prosiding diteruskan.

4pm: Saw Choo Boon berkata Anwar dimaklumkan mengenai kerugian sebenar tetapi membuat keputusan untuk berpegang kepada angka laporan tahunan yang dikemukakan kepada Kabinet dan dibentangkan di Parlimen.

Anwar: Apa yang perlu ketua jabatan, setiausaha agung perbendaharaan atau menteri lakukan? Berikan pandangan peribadi atau bentangkan laporan yang diberikan?

3.50pm: Mohd Sidek Hassan berkata beliau ada dalam mesyuarat Kabinet pada 6 April, 1994 yang mana dinyatakan tiada kerugian pada 1992.

Anwar: RM9 bilion mungkin forward position.

Dua puluh tahun kemudian, kami dapat maklumat baru dan kami cantumkan semuanya... itu tak betul.

Sidek: Anda bercakap tentang pemulihan akaun. Saya tak tahu bagaimana hendak buat anda faham maksud saya.

Anwar: Saya mengambil risiko besar untuk bercakap tentang RM9 bilion. Tiada menteri akan melakukannya. Saya mengambil risiko yang besar.

Selepas enam tahun dalam penjara, kemudian dibebaskan, kerugian pada 2007 masih RM5.7 bilion.

Pada 2012, ia masih RM5.7 bilion.

3.40pm: Minit mesyuarat Kabinet pada 30 Mac, 1994 menyatakan perbelanjaan tertunda adalah kurang RM5.7 bilion hasil daripada dagangan forex, kata Saw Choo Boon (SCB).

SCB: Kerugian sebenar adalah RM15.291 bilion. RM5.7 bilion tidak boleh diserap ke mana-mana rizab. Jadi ia diletakkan sebagai perbelanjaan tertunda.

Dalam mesyuarat lain pada 6 April, 1994, Kabinet mengakui kerugian itu sebanyak RM5.7 bilion, yang bukan kerugian sebenar iaitu RM15.291 bilion pada 1993, yang anda diberitahu.

Kenapa anda tidak dedahkan kepada Kabinet?

Anwar: Saya telah jelaskan yang surat juruaudit negara terbatas kepada perbincangan dengan BNM. Apa yang kami bawa ke Kabinet dalah hasilnya.

Pada bulan April 1994, kami sebut RM9 bilio. Apa yang kami katakan juga kerugian atas kertas dan forward position. Kerugian RM5.7 bilion kekal di situ.

Di Parlimen pada 24 September, 2012, saya ada ketika menteri kewangan menyebut kerugian pada awal 1990-an adalah RM5.7 bilion seperti mana yang dinyatakan dalam laporan BNM.

Ia masih kekal RM5.7 bilion pada 2007.

Saya harus beritahu apa yang diputuskan selepas perbincangan di antara bank pusat dengan juruaudit negara.

Mohd Sidek mencelah: "Anda berada di sana sebagai menteri kewangan. Anda menguruskakn kewangan negara.

"Anda diberitahu mengenai kerugian sebenar pada tahun itu. Tapi anda pilih untuk tidak memaklumkan Kabinet."

Anwar memotong cakap Sidek.

3.30pm: Saw Choo Boon (SCB) berkata laporan tahunan tidak menunjukkan kerugian, sebaliknya ia menunjukkan sedikit keuntungan.

SCB: Tetapi kita dan anda tahu kerugian yang berlaku pada tahun 1992 dan 1993. Kos  perakaunan pada 1992 menunjukkan kerugian adalah RM12 bilion dan pada 1993, ia RM15 bilion. Ia dimasukkan ke dalam rizab. Ia memerlukan banyak analisis untuk mengetahui berapa banyak kerugian. Mengapa maklumat ini tidak dikongsi dengan Kabinet atau PM?

Anwar: Anda betul yang apa dibentangkan sudah diaudit. Tidak timbul persoalan. Tetapi untuk menyatakan yang mereka tidak tahu mengenai kerugian itu tidak benar. Mereka menyedarinya.

SCB: Mereka mungkin menyedari beberapa kerugian tetapi mereka tidak tahu. Satu-satunya angka yang diberikan ialah RM5.7 bilion.

Anwar: Mereka tahu menyedari kerugian yang dialami.

3.25pm: Kerugian bagi tahun 1993 yang dihadapi BNM adalah RM15.391 bilion dan bukannya RM5.7 bilion seperti yang dinyatakan sebagai perbelanjaan tertunda, soal pegawai pengendali Julia Ibrahim.

Anwar: Secara peribadi, saya pastinya tidak terlalu gembira. Bagaimanakah audit dan lembaga boleh bersetuju? Ada isu di situ dan saya memaklumkan kepada PM dan beliau mempunyai tanggapan "ada kalanya kita untung, ada kalanya kita rugi".

Saya berkata akan memberikan arahan sewajarnya untuk menghentikan bank. Mereka perlu menghentikan  operasi. Sheriff (setiausaha agung Kementeri Kewangan Mohd Sheriff Mohd Kassim) berkata beliau membawanya kepada lembaga pengarah. Walaupun saya tidak layak, saya faham ia adalah keadaan yang sukar.

3:10pm: Julia Ibrahim berkata surat daripada Jaffar Hussein kepada ketua setiausaha perbendaharaan pada Mac 1994 menyatakan Anwar bersetuju membantu bank jika ia menghadapi sebarang masalah.

Anwar: Mereka memerlukan sokongan kerajaan. Kami tidak mempunyai pilihan selain memberinya. Ia isu yang mengganggu. Kami tidak mempunyai pilihan, dalam undang-undang kerajaan, kami terpaksa melakukannya.

2:55pm: Pegawai pengendali, Julia Ibrahim, menunjukkan kepada Anwar surat daripada timbalan gabenor Lin See Yan, bertarikh 1 April 1993, yang mengesahkan kerugian forex, menunjukkan perenggan di mana beliau mengatakan kerugian forex itu tidak boleh didedahkan kepada orang ramai.

Anwar: Laporan itu sudah keluar dan kerugiannya adalah RM9.3 bilion dan kami tidak dapat menjelaskannya. Kita perlu menerangkannya.

Selepas surat itu, saya memberitahu gabenor untuk menerangkannya. Dan beliau melakukan secara terperinci. Beliau menghantar kenyataan setengah jam sebelum sidang media.

Beliau bimbang semua urusan forex akan terdedah dan mungkin memberi ancaman kepada negara. Saya tidak bersetuju dan ia sepatutnya dijelaskan.

Melalui panggilan telefon, saya berkata perkara itu harus dijelaskan oleh gabenor. Tetapi ia dilaporkan di Parlimen dan gabenor tidak boleh hadir ke Parlimen. Justeru, saya mengambil alih untuk menerangkannya.

Anwar kemudian memaklumkan kepada pegawai pengendali apa yang dikatakan gabenor itu disahkan oleh ketua audit negara.

Anwar: Sebagai menteri kewangan, saya hanya dapat menjelaskan kepada Parlimen dan Kabinet kenyataan yang diaudit. Isu yang dibangkitkan adalah mengenai perubahan dalam prosedur perakaunan. Saya boleh meminta gabenor secara langsung tetapi saya tidak boleh mempersoalkan apa yang telah diluluskan oleh BNM dan ketua audit negara.

Saya tidak diberitahu berapa banyak kerugian daripada perdagangan hadapan. Apabila saya memberitahu mereka untuk berhenti, mereka mahu "unwind positions". Ia menyukarkan saya.

2:45pm: Anwar berkata beliau meminta gabenor membuat kenyataan media untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai kedudukan akaun pada tahun 1992.

2.38pm: Pegawai pengendali menunjukkan Anwar surat bertarikh 31 Mac 1993 daripada beliau ke Perbendaharaan.

Semasa ketua audit negara (Ishak Tadin) mencadangkan penyelidikan mengenai kerugian, adakah anda ingat mengambil sebarang tindakan?

Anwar: Clifford Herbert berbincang dengan ketua setiausaha perbendaharaan dan mencadangkan agar post-mortem dilakukan.

Pandangan saya ialah selepas kenyataan ketua audit negara, ada keperluan dan saya percaya Ishak tidak akan menulis kepada saya jika beliau fikir perkara itu tidak serius.

2.30pm: Merujuk kepada laporan kewangan 1992, pegawai RCI meminta Anwar mengesahkan jika laporan itu dibentangkan kepada Kabinet. Anwar berkata "Ya".

Anwar berkata beliau sedar tentang "kerugian besar" sebelum membentangkan laporan itu.

"Zain (ketua setiausaha perbendaharaan Zain Azraai Zainal Abidin) berkata terdapat dagangan forex di BNM."

Tetapi gabenor berkata ia untuk melindungi ringgit.

2.25pm: Anwar memberitahu panel yang beberapa bulan kemudian, beliau menerima maklumat berbeza daripada rakan-rakannya di Zurich. Dan ketika di Hong Kong, beliau diserang dan ditanya oleh banyak pihak mengenai kerugian di bank pusat.

"Sudah tentu, saya menafikan. Saya membawa kes itu kepada (gabenor) Jaffar (Hussein) dan beliau memberitahu saya angka itu sangat besar."

Bagaimanapun, gabenor tidak fikir jumlah itu akan menyebabkan sebarang masalah kewangan.

Pegawai pengendali kemudian bertanya kepada Anwar tentang laporan tahunan.

"Laporan kewangan 1992 - adakah anda terlibat dalam penyediaan laporan kewangan BNM untuk tahun 1992?"

Anwar: Menteri tidak terlibat. Tetapi saya terkejut apabila KSP (ketua setiausaha perbendaharaan) memberi peringatan kita mungkin mengalami kerugian besar.

Terdapat pandangan daripada ketua audit negara yang kita menghadapi kerugian besar ... tetapi tiada laporan daripada gabenor.

Sepatutnya ada taklimat sebelum laporan itu dibentangkan. Saya bimbang dan marah kerana pihak perbendaharaan sudah dimaklumkan dan hanya KSP mengetahui dan seterusnya saya.
2.20pm: Dr Mahathir Mohamad memasuki bilik dan duduk di galeri awam.

2.18pm: Pegawai yang menjalankan siasatan bertanya Anwar, "Semasa anda menjadi menteri kewangan, bilakah anda tahu tentang kerugian forex?"

Anwar: Sesiapa yang mengikuti perkembangan ekonomi di negara ini ... dan saya percaya Kabinet mengikuti media antarabangsa, yang mula mengkritik pentadbiran BNM pada 1980-an.

Terdapat taklimat oleh Adnan ... Mereka memberitahu saya untuk memberi perhatian kepada laporan negatif dan lembaga pengarah BNM.

Sebagai seorang menteri, saya boleh menghubungi gabenor dan mendapatkan penjelasan.
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya awal pagi tadi di mana suaminya, bekas ketua pembangkang Anwar Ibrahim akan dipanggil sebagai saksi hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 September, 2017.

2:10pm: 14 pegawai penjara mengiringi Anwar ke mahkamah bagi menunggu sambungan  pendengaran. Isterinya yang juga Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir.

2:03pm: Mahkamah diberitahu berhenti 10 minnit bagi Anwar menunaikan solat.

2:00pm: Pendengaran disambung. Saksi keempat, Anwar Ibrahim, dipanggil untuk memberi keterangan.

12:06pm: Pegawai pengendali Saw Choo Book bertanya kepada Ahmad sama ada beliau pernah membincangkan punca kerugian forex dengan gabenor sebelumnya, Jaffar Hussein.

Ahmad: Saya boleh membuat spekulasi mengenai apa yang berlaku. Tetapi kami tidak langsung (membincangkan perkara itu).

12:28pm: Sesi berakhir dan akan disambung semula pada jam 2 petang.

12:00pm: Ahmad berkata dasar pengurusan rizab menyatakan "bank tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti yang berdasarkan semata-mata spekulatif, tetapi hanya berdasarkan pelaburan untuk melindungi nilai rizab dan mengoptimumkan pulangan bagi pelaburan".

Beliau berkata telah menghantar surat kepada Anwar bertarikh 8 Ogos 1994 yang mengandungi perkara berkaitan moral pegawai dan pengurusan rizab BNM.

"Saya tidak ingat jika saya menerima sebarang jawapan bertulis daripada Anwar bagi surat itu. Bagaimanapun, kenaikan bayaran dari segi gaji dan sumber manusia dilakukan pada BNM".

11:30am: Saksi ketiga, Ahmad Mohamad Don, bekas gabenor BNM memberikan keterangan. Ahmad berkata garis panduan dan operasi rizab luar Jabatan Perbankan ditubuhkan sejurus selepas pelantikannya sebagai gabenor.

"Saya tidak tahu sama ada terdapat dasar bertulis mengenai dagangan forex oleh BNM sebelum saya mengambil alih sebagai gabenor pada Mei 1994," katanya.

"Saya tidak ingat jika ada jawatankuasa ditubuhkan di BNM untuk memantau urusan forex sebelum saya mengambil alih sebagai gabenor."

10:21am: Saksi kedua Hadenan Abdul Jalil, bekas ketua audit negara dipanggil.

“Saya tidak pernah ada perbincangan peribadi dengan gabenor atau menteri kewangan pada masa itu berhubung kerugian forex dialami BNM, ketika saya berkhidmat sebagai setiausaha kewangan di jabatan kewangan,” kata Hedenan ketika membaca kenyataannya.
Saksi kedua Hadenan Abdul Jalil berkata beliau tidak pernah berbincang secara peribadi dengan gabenor atau menteri kewangan berhubung kerugian forex BNM. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 September, 2017.

“Saya tidak berbincang dengan perdana menteri pada masa itu mengenai kerugian forex dialami BNM.”

10:00am: Azman sekali lagi menekankan pedagang hanya berurusan dengan ketua pedagang dan Nor Mohamed. Ketika pegawai pengendali K Pushpanathan bertanya pendapatnya mengenai kenyataan Nor Mohamed semalam yang pedagang hanya melaporkan kepada ketua pedagang dan bukan padanya, Azman menjawab, “Letak dia di sebelah saya”.

Pegawai pengendali Tajuddin Atan kemudian bertanya adakah sebarang usaha untuk melaporkan kerugian dalam urus niaga itu.

Azman: Kalau kami melaporkan, kami lapor kepada timbalan gabenor atau gabenor.

Tajuddin: Adakah itu budaya BNM di mana orang bertindak seperti itu? Adakah rasa takut menyebabkan anda di BNM tidak mahu keluar dari zon selesa anda?

Azman: Kami masih baru di bank pada masa itu, kami cuba yang terbaik dan berbangga dapat berkhidmat dengan bank itu.

Saifuddin: Kerugian BNM berlaku pada 1991 hingga 1993. Tiga tahun. Tidak ada periksa dan imbang untuk setiap tahun? Tidak akan ada kerugian pada 1992 dan 1993 jika pemeriksaan dilakukan pada 1991.

Azman: Tidak ada.

Ketika ahli panel Kamaludin Mohamad Said bertanya Azman berapa jumlah keseluruhan kerugian, beliau menjawab, “Saya boleh katakan kerugiannya besar.”

9:30am: Selepas enggan memberi anggaran nilai dagangan harian, pegawai pengendali Saifuddin Hashim Musaimi bertanya Azman adakah jumlah harian itu lebih AS$1 bilion, Azman menjawab “Ya”.

9.47am: Pegawai pengendali Saw Choo Boon bertanya Azman bagaimana nilai itu boleh naik kepada “jumlah yang besar seperti itu”.

Azman: Pada awalnya ia tidak besar. Makin lama ia makin besar. Kami tidak mendapat keuntungan.

Saw: Urus niaga BNM menarik perhatian ramai, ketika anda jadi pedagang dulu, ada anda terima kunjungan daripada individu penting seperti VIP atau PM?

Azman: Kami tidak bersosial. Saya tidak ingat ada kunjungan sesiapa.

9:00am: Persidangan mahkamah bermula.

9:05am: Saksi pertama Azman Mat Ali, bekas pengarah jabatan pengurusan mata wang asing dan operasi dipanggil. Katanya, beliau menerima arahan sama ada daripada ketua pedagang atau Nor Mohamed mengenai pembelian dan penjualan mata wang asing.

“Saya tidak ingat transaksi tertinggi dalam sehari, tetapi boleh mencapai hingga beberapa bilion dolar.

“Saya tidak berani buat pertukaran mata wang asing tanpa arahan ketua pedagang atau Nor Mohamed,” kata Azman, yang juga pedagang forex dari 1988 hingga 1998. – 7 September, 2017.
Saksi pertama Azman Mat Ali, bekas pengarah jabatan pengurusan mata wang asing dan operasi berkata beliau terima arahan daripada ketua pedagang atau Nor Mohamed. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 September, 2017.