Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Showing posts with label Auta. Show all posts
Showing posts with label Auta. Show all posts

Friday, December 1, 2017

Angelina Jolie atau hantu jerangkong?

Buat pembedahan untuk kelihatan seperti Angelina Jolie
SH  - 1 DISEMBER 2017
DEK kerana terlampau minat kepada aktress, Angelina Jolie, seorang wanita sanggup menjalani sekurang-kurangnya 50 pembedahan di wajahnya lapor The Daily Haze.

Sahar Tabar berasal dari Tehran, Iran menjadi 'selebriti' di Instagram berikutan menjadikan laman media sosial tersebut sebagai diari dia bertukar menjadi selebriti kesayangannya itu.

Menurut Jastrzab Post, Tabar juga menjalani diet khas untuk mengekalkan berat 40kg, namun tidak dapat dipastikan dari mana wanita tersebut mampu membiayai segala pembedahannya itu.

Dalam pada itu, beliau juga turut mempunyai lebih 300,000 pengikut di laman Instagramnya.

Walaupun rata-rata mengecam tindakannya itu dengan menggelarnya 'The Corpse Bride' berdasarkan sebuah filem animasi Tim Burton, akan tetapi ada juga yang memberikan sokongan kepadanya.

Wednesday, November 15, 2017

Siapa yang terkeliru? Najib atau rakyat?

Politik lidah bercabang Umno
November 14, 2017 
Oleh SYED IBRAHIM SYED NOH 
Saya mengikuti pandangan umum rakyat berkenaan ahli politik dan percaya sebahagian rakyat pandang sinis terhadap pandangan orang politik.

Ada yang menganggap ahli politik lidah bercabang dan talam dua muka. Walaupun bukan semua ahli politik yang begitu tetapi oleh kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga.

Cuba kita amati beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin politik utama Umno BN baru-baru ini.

Pada Perhimpunan Agung MCA pada 5 November lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata mustahil DAP boleh menubuhkan kerajaan persekutuan walaupun menang besar.
Katanya, “Beritahu komuniti Cina, DAP tidak akan boleh tubuh kerajaan, realitinya pada PRU lepas mereka menang pun tidak boleh tubuh kerajaan”.

Sedangkan awal tahun ini di Kuala Ketil, Kedah, beliau memberitahu bahawa DAP akan menguasai kerajaan Malaysia sekiranya BN tumbang. Beliau mendakwa walaupun jika PKR, AMANAH dan BERSATU menguasai majoriti kerusi, DAP tetap mengawal kerajaan baru.

Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Najib? Kepada masyarakat Cina, mesejnya ialah DAP tidak kuat dan tidak boleh memimpin orang Cina sebagai kerajaan. Kepada masyarakat Melayu, mesejnya ialah DAP amat kuat dan akan mengawal kerajaan apabila BN tumbang.

Siapa yang terkeliru? Najib atau rakyat? Siapakah yang mengelirukan rakyat? Parti pemerintah Umno BN atau Pakatan Harapan?

Sebenarnya inilah amalan politik perkauman yang sering kali dijaja oleh Umno/BN. Di satu sudut pemimpin Umno BN konon menggalakkan keharmonian kaum namun di sudut yang lain mengambil kesempatan penuh atas politik perkauman.

Tingkah laku pemimpin nombor 1 Umno BN sendiri membuktikan politik perkauman amat sebati dengan darah daging Umno BN dan tidak dapat dilindungi lagi.

Baru-baru ini pada 5 November juga, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempolitikkan bantuan kerajaan persekutuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.Katanya kerajaan persekutuan komited membantu mangsa banjir biarpun negeri tersebut diperintah sebuah parti yang bukannya membentuk kerajaan persekutuan.

Namun pada 11 November ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan, di Kuala Lumpur, Ahmad Zahid berkata banjir kilat yang berlaku di Pulau Pinang awal bulan ini merupakan petanda daripada Tuhan untuk BN merampas kembali negeri itu.

"Tuhan telah menurunkan bala kepada mereka yang mendabik dada kononnya Pulau Pinang bebas dari banjir.

“Tetapi apa yang berlaku adalah sesuatu yang Tuhan tunjukkan, bahawa inilah waktu terbaik untuk kita ambil balik kerajaan Pulau Pinang,” katanya.

Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Ahmad Zahid? Kepada umum diingatkan supaya tidak mempolitikkan isu banjir di Pulau Pinang tetapi kepada anggota Gerakan dikaitkan isu banjir dengan pengambilalihan kuasa Pulau Pinang kembali kepada BN yang jelas bermotif politik.
Masalah lidah bercabang seolah-olah menjadi perkara biasa bagi orang politik terutamanya parti pemerintah. Lebih buruk lagi apabila orang politik juga dituduh hipokrit, talam dua muka atau munafik. Kalau tidak cermat, orang politik daripada Pakatan Harapan pun termasuk dalam satu bakul.

Apakah kenyataan dan ungkapan yang dikeluarkan oleh orang politik itu semuanya dianggap begitu?

Maksud saya, cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap dan cakap di sini lain cakap di sana lain.
Atau apakah ia dibolehkan atas nama muslihat politik? Dibolehkan atas sebab matlamat menghalalkan cara atau ala Machiavelli?

Untuk menjawab soalan-soalan ini, saya kira perkara pertama yang harus difahami ialah politik mempunyai sumbangannya kepada pengurusan masyarakat, negara dan dunia.

Menurut Hassan Al-Banna, pemikir dan pengasas gerakan Islam tersohor, seorang Muslim tidak akan sempurna agamanya kecuali jika dia menjadi ahli politik iaitu memiliki pandangan yang jauh tentang permasalahan umatnya, memperhatikan urusan-urusan mereka dan bersedia membantu mencari jalan penyelesaiannya.

Ini bermakna politik jika difahami dalam konteks di atas merupakan satu tugas yang mulia malah menyempurnakan agama.
Kedua, sikap dan tingkah laku orang politik wajib berteras kepada rakyat iaitu faham masalah mereka, teliti urusan mereka dan bantu cari jalan penyelesaian untuk mereka. Ini tidak bermakna orang politik mesti memenuhi semua kehendak dan keperluan rakyat namun orang politik wajib mengutamakan rakyat.

Dalam kefahaman saya, ini termasuk mendekati rakyat, menyampaikan perkara yang benar, tidak mengelirukan, tidak berbohong, tidak memudaratkan atau membebankan rakyat.
Ia juga bermakna berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan keluar kepada permasalahan yang ditanggung rakyat.

Justeru, kalau pun ada muslihat politik (memang pun ada), ia sewajarnya tidak boleh menggadaikan nasib dan masa depan rakyat. Segala strategi dan pertimbangan politik boleh dilakukan untuk umpamanya menang dalam PRU-14, namun bukan atas penipuan apatah lagi bukan memudaratkan rakyat.

Ketiga, rakyat sendiri perlu melengkapkan diri dengan ilmu supaya tidak menjadi “korban” orang politik. Dengan ilmu di dada dan di medan, rakyat boleh menimbang, memilih dan memutuskan jalan mana yang membawa manfaat lebih banyak dari mudarat.

Rakyat menjadi lebih matang dan berani memecahkan tembok dan budaya ancaman yang mungkin dicipta oleh orang politik.
Saya masih ingat pengalaman saya sewaktu memimpin Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) suatu masa dahulu. Saya berdepan dengan orang politik, khususnya parti pemerintah, yang mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan pelbagai cara.

Mereka ugut, ancam dan taburkan fitnah serta dakyah ke atas GMI. Mereka pertahankan ISA di media massa di semua peringkat masyarakat di seluruh negara menggunakan segala alat yang ada, termasuk Biro Tata Negara (BTN), Cawangan Khas dan Jabatan Penerangan.

Saya tahu tugas memansuhkan ISA satu tugas yang hampir mustahil. Namun hakikatnya, apabila rakyat didedahkan dengan kebenaran dan pengetahuan yang jelas maka rakyat sendiri boleh menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Akibat desakan rakyat, ISA telah dimansuhkan.

Akhirnya, sementara saya nyatakan tiga perkara di atas, malangnya saya percaya budaya politik lidah bercabang dan talam dua muka akan tetap menjadi budaya orang politik dalam negara kita.

Selagi tiada perubahan besar berlaku kepada pucuk parti pemerintah maka selagi itulah politik kotor dan jijik terus bermaharajalela.

Cumanya saya berharap dengan kembalinya kita kepada pegangan agama dan nilai serta dengan adanya kemajuan teknologi maklumat di hujung jari, maka orang politik yang berlidah cabang, bertalam dua muka dan hipokrit tidak lagi boleh menapak jauh.

* SYED IBRAHIM SYED NOH adalah ketua penerangan PKR.

Thursday, November 9, 2017

Oii Lobai.......tak malu ka?

Pas ‘kitar semula’ foto lama bantu mangsa banjir
ARIF ATAN  -  November 7, 2017 3:33 pm 
Tular di media sosial apabila pemimpin dan penyokong Pas menyebarkan beberapa gambar yang diambil pada 11 tahun lalu dengan dakwaan kononnya pihak mereka membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria contohnya turut berkongsikan kiriman seorang penyokong parti itu, Hanapiah Khalid di Facebook.

“Ratusan petugas Jabatan Amal Pas telah mula turun bagi membantu mangsa banjir di Penang,” dakwa Hanapiah yang difahamkan ahli Pas Serdang.
Razman Zakaria

Status Hanapiah yang juga disertai lima keping gamabr itu kemudiannya dikongsi oleh Razman di Facebook beliau dengan menulis “UP”.

UP adalah singkatan bagi penjenaman terbaharu Pas menjelang pilihan raya akan datang yang bermaksud Undi Pas.

Bagaimanapun, kebanyakan sukarelawan Jabatan Amal dalam gambar-gambar tersebut sudah berada dalam AMANAH. Ini termasuklah kelibat ketua Biro Keselamatan dan Kebajikan (ARiF) di bawah AMANAH.

Gambar yang memuatkan wajah Pengarah ARiF Nasional, Johari Osman itu difahamkan diambil pada Disember 2006 di Sri Medan, Batu Pahat.

Bahkan, foto-foto lain sempena Jambori Amal Kebangsaan di Johor manakala gambar sekumpulan lelaki berpakaian Jabatan Amal adalah ketika demonstrasi berdekatan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan ‘mengitar semula’ gambar lebih sedekad itu sebagai langkah terdesak Pas untuk menampilkan parti mereka relevan di mata rakyat.
(dalam bulatan) Johari Osman ketika dalam misi bantuan banjir di Johor pada tahun 2006.

Wednesday, October 25, 2017

Pulak.........nak temberang siapa ni?

Kenaikan harga barang bukan sebab GST, kata timbalan menteri
Yasmin Ramlan · Diterbitkan pada 25 Oct 2017 11:17AM
Timbalan Menteri Kewangan Othman Aziz mempertahankan cukai kontroversi yang dilaksakan pada 1 April 2015 dengan kadar 6% itu, dengan berkata kerajaan turut menyediakan bantuan kewangan lain kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meringankan beban mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Oktober, 2017.

KENAIKAN harga barang bukan disebabkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tetapi atas faktor-faktor lain, kata Timbalan Menteri Kewangan Othman Aziz.

Menyedari kenaikan harga barangan itu, Othman yang juga Ahli Parlimen Jerlun (BN) mempertahankan cukai kontroversi yang dilaksanakan pada 1 April 2015 dengan kadar 6% itu, dengan berkata kerajaan turut menyediakan bantuan kewangan lain kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meringankan beban mereka.

"Kita tak boleh kata GST saja (penyebab) maka harga barang naik. Kita kena ingat bahawa input barang-barang atau kos terhadap barangan itu bukan saja atas cukai, ia juga melibatkan berkaitan dengan pertukaran mata wang, kos minyak turun naik, kos input tambahan.

"Kita di peringkat kementerian (KPDNKK) sedang memantau kenaikan harga barang dan kita menyedari bahawa walaupun ada naik, pada masa sama (kerajaan) BN (Barisan Nasional) yang bertanggungjawab untuk memberi compensation sedikit direct, indirect seperti bantuan BR1M, bantuan-bantuan kepada pekebun kecil, bantuan kepada nelayan, petani dan sebagainya.

"Semua ini (bantuan) mengimbangkan kenaikan harga tersebut supaya tak terlalu membebankan mereka. Jadi kenaikan harga barang bukan kerana GST tetapi komponen lain kepada kenaikan tersebut," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Othman berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke (DAP) yang meminta beliau menjelaskan sama ada Kementerian Kewangan ada membuat kajian mengenai harga barang yang turun serta senarai barangan tersebut.

Loke berkata, ini berikutan kenyataan bekas timbalan menteri kewangan ketika itu, Ahmad Maslan yang mengatakan harga barang akan menurun dengan pelaksanaan GST.

Menurut Othman, GST telah dilaksanakan di lebih 160 buah negara dan kadar 6% tersebut merupakan paling rendah di kalangan negara Asean. Sehingga 30 September 2017, bilangan peniaga yang berdaftar dengan GST adalah sebanyak 454,609.

Jumlah hasil bersih kutipan GST bagi 2015 dan 2016 masing-masing adalah sebanyak RM27.01 bilion dan RM41.21 bilion. Manakala bagi 2017, jumlah hasil bersih kutipan GST bagi tempoh 1 Januari 2017 hingga 30 September 2017 adalah sebanyak RM29.81 bilion.

Minggu lalu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berkata GST menjejaskan peniaga-peniaga Melayu sehingga menyebabkan mereka “gulung tikar” dan “tutup kedai”.

Bagaimanapun, semalam, Perdana Menteri Najib Razak pula berkata GST tidak seharusnya dianggap sebagai cukai baharu, sebaliknya sebahagian daripada pembaharuan cukai menyeluruh yang direka bagi menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, dapat mengawal ekonomi hitam dan haram, serta mengurangkan pengelakan cukai dan meluaskan asas percukaian negara. – 25 Oktober, 2017.

Tuesday, September 26, 2017

Setelah nyata dirinya terpalit dan terbelit bersama Umno, bijakkah PAS dok jaja isu ini kepada pengikutnya?

* Tak heran mereka cuba kelirukan ahli-ahlinya kerana mereka tahu pengikut2nya ramai yang kelabu tahap pemikiranya 

Itulah sebabnya Mahfuz berkata begini: Melayu mana lagi hendak sokong PAS

PAS kempen kata Dr Mahathir, Anwar akan masuk Umno semula
Zulkifli Sulong
Diterbitkan pada 26 Sep 2017 11:00AM ·
PAS berusaha memujuk penyokongnya yang kecewa dengan keputusan tidak bersama Pakatan Harapan dengan mendakwa tidak mustahil Dr Mahathir Mohamad dan beberapa bekas pemimpin Umno lain kembali kepada parti Melayu itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 September, 2017.

PAS meningkatkan serangannya terhadap Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim dengan mendakwa kedua-dua pemimpin itu akan kembali ke pangkuan Umno. Ini berlaku ketika parti Islam itu nampaknya mengunci sebarang kemungkinan untuk bekerjasama dengan PKR dan Bersatu.

Selain menggunakan lidah parti, Harakah, pemimpin PAS sudah mula memberitahu pengikutnya dalam majlis ceramah bahawa tiada gunanya bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana Dr Mahathir dan Anwar akhirnya akan berpatah balik dan masuk semula Umno.

Dr Mahathir kini merupakan pengerusi PH sementara Anwar ialah pemimpin de factonya. Dr Mahathir dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berulang kali sebelum ini mengatakan mereka tidak akan kembali menyertai Umno kerana ia sudah rosak teruk.

PAS juga memberitahu ahli-ahlinya di akar umbi yang pakatan pembangkang akan berpecah tidak lama lagi, nada yang sama yang diucapkan oleh Perdana Menteri Najib Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) apabila yang menggelar pakatan itu sebagai "satu lawak jenaka".


Pengarah Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob dalam satu rencana bertajuk "Anwar atau Mahathir mungkin U-Turn kepada Umno?" menulis Anwar mungkin akan mengikuti jejak langkah Muhammad Muhammad Taib dan pulang ke pangkuan Umno.

Rencana itu mengingatkan yang Muhammad, Anwar dan Najib pernah bersama dalam Team Wawasan ketika Anwar merampas kerusi timbalan presiden parti itu daripada Ghafar Baba pada 1993.

"Tidak mustahil dalam keadaan terdesak mendepani politik Tun Mahathir dalam menjelang PRU14 ini,  Anwar akan dikembalikan ke dalam Umno semula oleh rangkaian yang disebutkan tadi.

"Apatah lagi ia strategi yang paling ampuh untuk melumpuhkan PKR yang kini berpecah belah angkara beberapa pemimpin tidak sehaluan.

"Dan tidak mustahil bagi Najib yang terdesak mempertahankan survival politiknya dengan membebaskan Anwar dari penjara, kemudiannya menjadikan Anwar sekutu rapatnya dalam mendepani PRU14.

Wan Nordin juga menulis Dr Mahathir juga boleh patah balik masuk Umno "selepas melihat PH yang dipimpinnya berantakan tidak keruan hala tuju, dengan sikap DAP yang semakin dominan."

Di pentas ceramah, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Riduan Mohd Nor mengatakan Dr Mahathir akan balik semula menyertai Umno.

"PH ini akan pecah bahkan tidak mustahil Dr Mahathir masuk balik ke dalam Umno,"  dalam satu ceramah di Terengganu, pada hujung minggu lalu.

Para penyokong parti Islam itu dipujuk agar mereka tidak kesal dengan keputusan PAS bekerjasama dengan parti-parti kecil lain dalam Gagasan Sejahtera, dan bukannya pula menyertai PH.

Membendung kesan negatif

Serangan PAS terhadap dua pemimpin ini datang ketika ia terpaksa menangani kesan dalam kalangan ahli-ahlinya sendiri ekoran keputusannya menarik diri daripada PH. Ada dalam kalangan ahli akar umbi PAS merasakan pilihan terbaik untuk parti itu sampai ke Putrajaya ialah bekerjasama dengan pembangkang.

Kajian yang dibuat oleh PAS juga mendapati parti itu rugi sekiranya bertanding sendirian dalam pilihan raya umum nanti.

Tanpa bantuan PKR, DAP dan Bersatu, PAS berkemungkinan hilang separuh kerusinya di Selangor. Sekiranya itu berlaku, PAS berdepan kemungkinan tersingkir daripada kerajaan Selangor kerana ia tidak bersama PH dan tidak pula bersama BN.

Ini bermakna selepas hampir 10 tahun menjadi sebahagian daripada kerajaan di Selangor, parti itu akan hilang semua kedudukan dalam pentadbiran negeri, pihak berkuasa tempatan malah jawatankuasa masjid.

Oleh itu, ketika pimpinan tertinggi PAS berulang kali mengatakan keengganan menyertai PH, pemimpin lain seperti Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir terus menghantar mesej yang berbeza dengan mengatakan ia terbuka untuk bekerjasama dengan PKR dan Bersatu.

Dr Mahathir juga mengatakan parti Islam itu akhirnya akan membantu BN secara tidak langsung dengan memecahkan undi pembangkang sekiranya PAS memaksa pertembungan tiga penjuru di kerusi-kerusi yang ia tidak boleh menang.

Dr Mahathir, Mukhriz and Memali

Di Terengganu, Riduan memberitahu penyokong PAS yang ia sudah berusaha memujuk Dr Mahathir untuk bekerjasama dengan parti Islam itu.

"Pada awal pembentukan Bersatu, kita sudah jumpa anak dia, Mukhriz.

"Kita minta Mukhriz pujuk ayahnya agar pergi ke Memali dan hanya sebut 'minta maaf' saja, tetapi dia tidak mahu," katanya dalam ceramah di kubu parti Islam itu di Rhu Rendang.

Bagi Riduan, meminta maaf atas tragedi Memali 1985 lalu adalah antara syarat untuk membolehkan PAS bekerjasama dengan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

Atas dasar itulah, katanya, PAS mendesak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk bagi menyiasat kejadian yang mengorbankan 14 orang termasuk empat anggota polis itu.

"Kita ingin tahu, anggota polis yang terkorban ini kerana ditetak dengan parang atau (terkena) peluru M16," kata Riduan yang dianggap oleh PAS sebagai pakar sejarah.

Dr Mahathir dan Kertas Putih Peristiwa Memali yang dikeluarkan oleh kerajaan menyalahkan tragedi Memali ke atas "Amanat Hadi" yang diucapkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 1981, semasa jadi Pesuruhjaya PAS negeri. Hadi tidak pernah menarik balik amanat itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Asri Mat Daud berkata Dr Mahathir jugalah pihak yang menghalang Kelantan melaksanakan hudud.

"Dr Mahathir menghantar surat kepada Tok Guru Nik Aziz (bekas menteri besar Kelantan) memberikan amaran agar jangan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang di uluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan," kata Asri yang juga setiausaha akhbar menteri besar Kelantan sekarang.

PAS sedang berkempen menjelang perhimpunan besar, Fastaqim 2.0 yang akan diadakan di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu 29-30 September ini. – 26 September, 2017.

Thursday, September 7, 2017

Siapa yang harus jawab: Apa jadi dengan duit 1MDB yang dihantar ke syarikat palsu IPIC dulu

PERDANA MENTERI SELAKU MENTERI KEWANGAN KENA JAWAB APA JADI DENGAN DUIT 1MDB YANG DIHANTAR KE AKAUN SYARIKAT PALSU IPIC DULU?! PDRM DAN SPRM KENA SIASAT SEMULA SECARA ADIL SERTA SAKSAMA!!

Najib tun razak selaku perdana menteri paling korup merangkap menteri kewangan mesti jawab kepada 32 juta rakyat malaysia apa jadi dengan duit sejumlah rm16 bilion yang dihantar masuk dalam akaun syarikat palsu IPIC?!

Apa jadi dengan duit tersebut?! Mana pergi?! Ini bermakna syarikat 1mdb telah menipu kerajaan serta rakyat malaysia dengan pembayaran dua kali pada realitinya!!

Apa pdrm dan sprm buat?! Mereka hanya jaguh tangkap ikan-ikan bilis namun kes skandal 1mdb yakni kes skandal kewangan yang terbesar di dunia pada dekad ini tak berani disentuh secara bersungguh-sungguh mahupun telus!!

Di luar negara semua konspirator dan pesalah kes skandal 1mdb sudah didakwa serta dipenjarakan!! Tetapi di malaysia peguam negara kata tiada kes!!

Saya gelar dia 'haprak' dulu terus kena panggil bagi kenyataan pada ibu pejabat polis bukit aman di bawah akta hasutan!!

Sekarang saya dah takut panggil peguam negara sebagai 'haprak!!'

Hutang sekarang dibayar pada syarikat IPIC yang sah!! Apa jadi dengan duit-duit yang dimasukkan ke dalam syarikat IPIC palsu dulu?! Sejumlah rm16 bilion dilesapkan begitu saja!!

Najib tun razak dan arul kanda kandasamy ingat rakyat malaysia bodoh?! Mereka berdua kata program rasionalisasi 1mdb berjaya!! Tolong jangan senantiasa nak perbodohkan rakyat!! Mereka berdua mungkin bangang tapi rakyat malaysia bijak kini!!

Sekiranya hartanah kerajaan serta rakyat tidak diberikan pada syarikat 1mdb seterusnya menaikkan penilaian nilai aset-aset tersebut; anak syarikat milik kementerian kewangan 100% ini sudah pasti bankrap!!

Seandainya nilai aset-aset yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat 1mdb tidak dianjakkan sudah pasti semua bebanan hutang tidak mampu untuk dilupuskan kerana duit-duit telah dilesapkan dengan jumlah yang amat besar!!

Hakikatnya, jumlah nilai aset-aset sebenar tidak mampu untuk menampung bebanan hutang-piutang 1mdb!!

Saya sudah pun buat pelbagai laporan-laporan pada pdrm serta sprm mengenai kes skandal ini. Pdrm dan sprm harus siasat semula secara professional, telus serta tanpa tunduk pada sebarang tekanan politik!!

Kita jangan takut sesama manusia tetapi kena takut pada hukum hakam Allah swt!! Hidup ini hanyalah sementara!!

Ketua polis negara dan ketua pesuruhjaya sprm tolong fikir-fikirkan lah!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
1 September 2017

Wednesday, June 21, 2017

'Kepala' penipu ditahan

Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my
PENGASAS skim pelaburan Kelab MFace berusia 50-an ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di rumah di Taman MBI, Kulim, Kedah pagi semalam.

Operasi Ops Token II pada 6.30 pagi itu membabitkan sepasukan anggota dan pegawai Pasukan Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasa, KPDNKK Putrajaya bersama-sama Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata,operasi itu membabitkan satu premis kediaman di Sungai Dua, Butterworth dan dua premis kediaman mewah di Taman MBI, Kulim, Kedah.

Beliau berkata, operasi itu susulan tindakan ke atas skim Kelab MFace pada 29 Mei lalu di Lembah Kelang dan M Mall, Pulau Pinang dan hasil risikan dan makluman awam sejak lebih sebulan lalu, ketiga-tiga premis yang disyaki menjadi transit penyimpanan wang tunai diperiksa.

Katanya, dalam pemeriksaan di premis pertama di Sg Dua, Butterworth, pihaknya menyita wang tunai RM280,000 dan menyita RM187,612 serta pelbagai mata wang asing bernilai RM218,000 di sebuah rumah di Taman MBI Desaku, Kulim termasuk tiga kereta mewah iaitu Jaguar, Range Rover dan Velfire.

"Pihak KPDNKK turut membuat membekukan ke atas empat akaun suspek sebanyak RM30 juta dan kini ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

"Sehingga kini jumlah pembekuan ke atas akaun yang terbabit dalam skim berkenaan adalah 98 akaun membabitkan 49 akaun syarikat dan 49 lagi akaun individu berjumlah RM209 juta," katanya pada sidang media di Bank Negara Malaysia (BNM) negeri di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2017 @ 6:10 PM

Friday, June 16, 2017

Pelikkah orang politik berbohong dan fitnah walau di bulan Ramadhan?

Sanggup berbohong untuk lindungi samseng bazar Ramadan
15 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE
Sheikh Omar Ali

Dua pemimpin Umno yang mempertahankan tindakan samseng sekumpulan lelaki mengasari dan mengherdik ahli parlimen Kluang, Liew Chin Tong di bazar Ramadan dekat sini tempoh hari digesa memohon maaf kerana berbohong.

Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim dan Adun Mahkota, Datuk Md Jais Sarday seperti dilaporkan media mendakwa kononnya DAP meminta agar bazar di mana insiden berkenaan berlaku dipindahkan ke kawasan lain pada 2007 sehingga membangkitkan kemarahan peniaga.

Bagaimanapun, Chin Tong dalam kenyataan balasnya menafikan dakwaan itu malah sebaliknya yakin parti komponen BN iaitu MCA sebagai dalang di sebalik cadangan perpindahan tersebut.

Beliau yang juga pengarah pendidikan politik DAP kebangsaan berkata, tidak mungkin DAP boleh mencadangkan pemindahan tersebut memandangkan parti itu tidak mempunyai kerusi di daerah berkenaan sebelum pilihan raya umum 2008.
Pengerusi MCA Kluang yang juga mantan Adun Mengkibol Gan Ping Sieu mengesahkan pernah menyuarakan kebimbangan peniaga mengenai lokasi bazar tersebut dan mencari alternatif lain pada 2007.
Penolong Setiausaha DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata, kenyataan Ping Sieu itu sekaligus membuktikan bahawa Jais dan Razali berbohong.
 “Perkara ini sangat mendukacitakan. Saya ingin bertanya kepada Jais dan Razali; di manakah letaknya kredibiliti anda sebagai seorang pemimpin politik dan masyarakat? Anda sanggup memfitnah, menyebarkan pembohongan. Di mana maruah anda?
“Pemimpin yang sanggup berbohong dan memfitnah tidak wajar sama sekali memegang amanah kepimpinan. Lebih baik mereka letak jawatan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga pembantu khas Chin Tong justeru menggesa Jais dan Razali memohon maaf secara terbuka ekoran fitnah yang dilemparkan terhadap DAP.
Dalam insiden sekitar jam 6.45 petang Sabtu lepas, sekumpulan lelaki bertindak samseng menghalau dan memaki hamun rombongan Pakatan Harapan yang mengedarkan kurma kepada pengunjung dan peniaga bazar.
Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong turut dikasari kumpulan tersebut sehingga kaca matanya terjatuh.

Saturday, June 10, 2017

Data Ekonomi: Berhentilah kelirukan rakyat

BERHENTILAH MENGELIRUKAN RAKYAT DENGAN MEMANIPULASI DATA EKONOMI

Kenyataan Media | 09 Jun 2017

Saya berasa lucu apabila membaca kenyataan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan selaku Menteri Jabatan Perdana Menteri yang begitu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Dengan sekali lagi hanya menggunakan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebagai petunjuk ekonomi.

Rahman Dahlan masih tidak serik cuba mengelirukan rakyat dengan memanipulasi data ekonomi semata-mata untuk meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap Umno BN yang imejnya kian tercemar dengan budaya pembaziran, rasuah dan tatakelola yang buruk.

Dengan menjaja nama Bank Dunia yang membuat unjuran bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia akan berada pada paras 4.3 peratus, angka ini sebenarnya tidak cukup untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju atau negara berpendapatan tinggi.

Mengikut pengiraan atlas, Bank Dunia mendefinisikan negara berpendapatan tinggi iaitu apabila KDNK per kapita (jumlah tahunan KDNK dibahagikan bilangan penduduk Malaysia) mencecah USD 12,475 atau lebih kurang RM53,181. Sedangkan pada tahun 2016, KDNK per kapita Malaysia sekadar mencecah sekitar RM37,104 sahaja.

Dengan suasana ekonomi yang muram, ditambah lagi meningkatnya pengangguran dan inflasi. Negara akan semakin sukar untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Seperkara lagi adalah peningkatan dan kejatuhan kadar matawang ringgit Malaysia yang mempengaruhi pengiraan KDNK.

Amalan boros dan pembaziran kerajaan Umno BN dapat dilihat dalam dasar fiskal yang diamalkan. Acapkali pembentangan bajet tahunan, Kerajaan Persekutuan akan mengusulkan belanjawan defisit iaitu jumlah perbelanjaan akan melebihi pendapatan.

Meskipun Rahman Dahlan menyatakan bahawa jurang defisit semakin menguncup, hakikatnya Malaysia mempunyai pertambahan hutang negara yang semakin tinggi hingga menyebabkan Najib Razak terpaksa mengusulkan belanjawan tambahan.

Kenaikan kos sara hidup, pertumbuhan gaji yang rendah, jurang kaya-miskin yang melebar dan bertambahnya bilangan penerima bantuan kebajikan jelas menunjukkan bahawa data ekonomi yang digemburkan adalah retorik semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Saya sarankan Umno BN untuk berhenti mengelirukan rakyat dengan mengemukakan data-data ekonomi yang kononnya mengandungi angka-angka positif sedangkan rakyat secara realitinya berhadapan dengan suasana yang sukar.

Kerajaan Umno BN seharusnya menggubal polisi ekonomi yang mengutamakan kebajikan rakyat dan bukannya melebihkan poket kroni, kleptokrat dan hartawan yang sekian lama telahpun memiliki kekayaan yang lebih banyak berbanding rakyat kebiasaan.

Dato’ Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti KEADILAN Rakyat

Monday, May 29, 2017

Sekali gitu, sekali gini........kali ini rapuan apa pulak ni?

Sebahagian pemimpin utama peluk UMNO
Segelintir lagi kononnya meluat dengan UMNO
Kalau bab dedak ada sape-sape meluat?

Jadi kalau gitu kata TITM, Toksahlah PAS dok menipu pengundi mereka dengan selagat dan perkataan mereka yang separuh tolol tu!

BN tak mampu bertahan lepas PRU14
ATIRAH HASLI - 29 MEI 2017
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM – Pas menjangkakan BN tidak akan mampu bertahan selepas PRU14 akan datang.

Ini kerana menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, rakyat kini tidak termakan lagi dengan teknik alih perhatian yang cuba dimainkan oleh kerajaan.

“Dalam keadaan seperti ini, teknik mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu yang sedang melanda rakyat kepada isu-isu remeh-temeh dan sensasi sedang dilakukan giat.

“Dengan teknik ini, BN berharap rakyat dapat melupakan isu seperti 1MDB dan kenaikan kos sara hidup dan memberi tumpuan kepada program-program seperti TN50, drama-drama politik yang tidak henti seperti insiden tampar dan juga tangkapan-tangkapan berprofil tinggi para penjawat awam seperti seorang bekas polis pegawai tinggi yang dituduh menerima komisen RM1 juta tapi akhirnya dibebaskan.

“BN akan mencuba apa sahaja, tapi realitinya, perubahan politik ini tidak dapat dielakkan lagi, hanya masa sahaja belum diketahui,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, kemelut yang berlaku dalam negara kini memerlukan satu perubahan atau anjakan politik yang serius.

“Kebangkitan golongan muda dan desakan ke arah perubahan total semakin hari semakin kuat.

“Kegawatan ekonomi, yang sebahagiannya besarnya berpunca dari salah urus khazanah negara telah sampai kepada kemuncaknya bila semua penyelewengan yang selama ini ditutup, kini terbuka satu demi satu,” katanya lagi.

Sunday, May 7, 2017

Siapa dia ‘Anna Ong Iye Lung’

Cari segera ‘Anna Ong Iye Lung’
ATIRAH HASLI - 6 MEI 2017
Jemaah mengamuk gara-gara bunyi hon ketika solat Jumaat Sedutan video kekecohan berkenaan.

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap pemilik Facebook Anna Ong Iye Lung yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat Islam di Facebooknya, semalam.

Difahamkan, status Facebook itu dikeluarkan sebagai respons kepada insiden pergaduhan jemaah sebuah masjid dengan seorang pemandu Toyota Camry yang tular di media sosial.

"Tindakan menggelar umat Islam sebagai pengganas tanpa meneliti kejadian sebenar adalah satu tindakan bukan saja biadab malah boleh membawa kepada perbalahan kaum atau agama.

"Beliau sepatutnya mengambil iktibar terhadap insiden sebelum ini membabitkan beberapa individu bukan Islam yang menghina umat Islam di Malaysia dengan perbuatan provokasi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Status Facebook tersebut mula tular di laman sosial di mana ia mendatangkan kemarahan kepada umat Islam di seluruh negara.

Sinar Online cuba mendapatkan maklum balas daripada pemilik akaun itu, bagaimanapun akaun tersebut telah ditutup sejak malam tadi.

Sebuah video tular di media sosial yang memaparkan keadaan kecoh di sebuah masjid selepas solat Jumaat semalam.

Memetik kenyataan di laman Facebook Malaysian Response Team, video kekecohan itu dikatakan berlaku di Masjid Austin Perdana Johor Bahru.

Difahamkan, kekecohan timbul gara-gara tindakan pemilik sebuah kereta membunyikan hon ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah mengamuk gara-gara bunyi hon ketika solat Jumaat]

"Tindakan tegas perlu diambil dan perkara sebegini tidak boleh dibiarkan wujud demi keamanan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya lagi.

Tuesday, March 7, 2017

BR1M: Lembut sungguh lidah pemimpin kita memasang jerat?

Pendaftar SSM tidak dapat BR1M, media sosial panas dengan #BR1MSSM
 | BORHAN AHMAD
Datuk Seri Najib ketika melancarkan kempen mendaftar dengan SSM Disember 2016 lalu. Kini mereka yang berdaftar tidak mendapat BR1M.

Pada 4 Disember hujung tahun lepas, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan program menggalakkan penuntut institut pengajian tinggi mendaftar syarikat perniagaan mereka dengan percuma mulai 1 Januari lepas.
Mereka akan dikecualikan daripada sebarang bayaran pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, kata Perdana Menteri.
Beliau mengumumkan geran khas bernilai RM10 juta bagi tempoh 10 tahun, disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk tujuan tersebut, yang akan menggalakkan golongan muda berkecimpung dalam bidang keusahawanan.
Perdana menteri menggalakkan golongan usahawan muda memulakan perniagaan secara dalam talian untuk memastikan mereka mendapat akses dan pasaran yang lebih luas.
Hasilnya beribu-ribu pelajar IPTA mendaftar perniagaan masing-masing melalui SSM walaupun belum bercadang memulakan sebarang perniagaan.
Pantun BR1M yang disebarkan di kalangan pengguna laman sosial.Pantun BR1M yang disebarkan di kalangan pengguna laman sosial.Semalam apabila bayaran BR1M mula di keluarkan, ramai pelajar IPTA mengamuk terutama di media sosial, mereka tidak dapat lagi bayaran BR1M tahun ini.
Puncanya, mereka ada syarikat yang berdaftar dengan SSM.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Hawa Cool yang berasal dari Pekan, kawasan parlimen Najib, menaikkan status beliau di facebooknya.
Kau : kau ada daftar SSM x?
Awak : xda..awak??
Kau : Ada..Napa kau xdaftar??
Awak : sebab nk BRIM..hahaaa
Seorang lagi pengguna Facebook, Mohamad Fadhil Ahmad mencatatkan dalam dinding facebooknya bagaimana ramai orang marah dengan cara BR1M diagihkan.
"Malam ni keadaan dalam media sosial panas. Sana sini rakyat yang tak terlibat dengan kemelut politik MELEPASKAN EMOSI pasal cara BR1M di agihkan tahun ni," tulis beliau.
Antaranya orang yang bendaftar perniagaan dengan SSM tidak lagi menerima BR1M.
Menurut beliau, hari ini (semalam) ramai yang seharian bercakap fasal BR1M.
"Pemberian katanya iklas dari kerajaan untuk bantu rakyat tapi kena beratur jumpa Ketua Bahagian Umno untuk ambil. Berjam jam kena tunggu," katanya.
Menurut beliau, yang satu hal pula lagi sadis apabila permohonan mereka ditolak atas alasan kena istihar cukai setelah berdaftar dengan SSM.
"Yang suruh daftar SSM ni dulu kerajaan juga. Konon nanti senang nak mohon tabung ushawan kecil hasil dari perniagaan kecil kecilan tadi. Kalau tak daftar ssm akan jadi satu kesalahan (masa tu)," katanyn.
Menurut beliau, zaman Tun Dr Mahathir jadi PM aktiviti jualan langsung secara separuh masa atau jualan atas talian tiada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang hendak korek sana sini selongkar.

Sunday, February 12, 2017

Kita tengok dulu...kalau nak gelak, kita gelak kemudian

SUNDAY, FEBRUARY 12, 2017

Walaun semakin mengarut dan tengin melampau

Wow hebatnya! Kedah hantar 139 buah bas dengan 60 ribu peserta. Manakala Trengganu 172 bas dengan 48 ribu peserta.

Menurut Lembaga Perlesenan Perdaganagan, had builangan penumpang dan tempat duduk bas cartar atau express satu (1) tingkat ialah 44 penumpang /45 tempat duduk. 

Manakala Bas dua (2) tingkat pula, 62 penumpang/63 tempat duduk.


Kehadiran walaun himpunan
355 pada 18 Feb 2017
 Mengambil contoh hak Kedah. Ini bermakna jika mahu mengangkut 60,000 penumpang, sudah tentu Pas Kedah memerlukan lebih kurang 1333 buah bas tingkat satu. 

Cuba kalian bayangkan bagaimana seramai 60,000 penumpang mahu dimuatkan kedalam 139 bas? kah! kah! kah!

139 bas x 45 penumpang = 6,255 penumpang. Mana nak sumbat baki 53745 orang tu lagi? 

Oooh.... 53745 guna pelbagai cara lain...naik kereta.... motorsikal... LRT... Agaknya jumlah tu termasuk malaikat yang dijemput?? Kah! Kah! Kah!

Awatlah walaun semua ni semakin mengarut dan tengin melampau! Tempat pun tulis Dataran Merdeka pula tu?? 

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 2:30 pm 

Monday, January 23, 2017

Sape tipu: Laman web Jabatan Penerangan sahkan MCA minta jawatan TPM

PERDANA Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dilapor menafikan dakwaan Tun Mahathir bahawa parti komponen BN, MCA pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Sejak saya jadi PM, MCA tidak pernah minta nak jadi TPM. MCA dah dapat jadi menteri pun mereka sudah berterima kasih dah," kata Najib.
Seperti biasa apa sahaja yang keluar daripada mulut Najib tentu sekali tidak boleh dipercayai kerana beliau sudah banyak kali kantoi menipu

Contohnya sebelum ini Najib disahkan menipu berhubung status hartanah Forest City yang dikatanya dijual kepada warga asing secara 'leasehold' (pegangan pajak) padahal laman web dan papan iklan Forest City mengesahkan bahawa hartanah tersebut dijual secara 'free hold' (hak milik kekal).

KLIKLaman Web Forest City sahkan status freehold (hak milik kekal)

Jadi dalam hal ini, aku cuba membuat carian di internet untuk menyemak sama ada benar atau tidak kata Najib bahawa MCA tidak pernah minta jadi TPM sejak beliau menjawat jawatan PM sejak 3 April 2009.

Jika Najib berkata benar, maknanya Tun Mahathir menipu, namun jika sebaliknya maka jelaslah Tun Mahathir berkata benar, dan Najib lah yang menipu.

Hasilnya aku jumpa laman web Jabatan Penerangan Malaysia, yang mengesahkan bahawa Najib menipu lagi. 

Web Jabatan Penerangan mengesahkan bahawa MCA pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN untuk diisi oleh presiden parti itu pada bulan April 2009 bagi mencerminkan "perkongsian kuasa sebenar".
Jadi jelas di sini Najib kantoi lagi menipu. Tapi aku tak hairan pun sebab Najib sudah biasa menipu, setakat menipu macam ni memang perkara biasa bagi dia. - sumber

23 Jan. 17Laman Web Jabatan Penerangan padam artikel MCA minta jawatan TPM

Tuesday, December 20, 2016

Kos MRT: Rafizi cabar PM

Samanlah jika kos MRT tak lebih RM100b, Rafizi cabar PM
Geraldine Tong      Hari ini, 1:23 tengahari      Hari ini, 2:04 tengahari
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan saman jika beliau tersalah tentang kos pembangunan projek Transit Aliran Massa (MRT).

"Saya cabar Najib untuk saman saya di mahkamah dalam masa tujuh hari jika benar jumlah kos projek MRT melibatkan 150 kilometer tidak melebihi RM100 bilion.

"Jika beliau tidak memfailkan tuntutan mahkamah itu dalam tempoh tujuh hari dari hari ini, saya mahu beliau memohon maaf kepada rakyat kerana kenyataan mengelirukan (projek MRT) berjaya berjimat RM2 bilion," kata Rafizi dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Najib menafikan dakwaan pembangkang yang kononnya projek MRT Laluan 1 Sungai Buloh-Kajang (SBK) menelan belanja RM100 bilion.
Hakikatnya, jelas beliau, kerajaan mampu melaksanakan projek mega malahan dengan kos lebih rendah iaitu RM21 bilion berbanding peruntukan yang disediakan RM23 bilion.

"Kita nak nafikan pembangkang yang kononnya projek ini menelan belanja RM100 bilion, ini satu fitnah, satu hasutan dan hakikatnya BN telah melaksanakan projek MRT lebih rendah daripada bajet yang ditetapkan.

"Saya telah melancarkan fasa satu projek MRT ini yang siap mengikut jadual dengan kos projek lebih rendah daripada bajet disediakan RM23 bilion tetapi kita belanja RM21 bilion," kata Najib lagi.

Pada Sabtu yang lalu, Rafizi mendakwa pengumuman Najib sebelum itu mengesahkan kebimbangan kos projek MRT secara keseluruhan akan melebihi RM100 bilion.