Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Showing posts with label Rompak. Show all posts
Showing posts with label Rompak. Show all posts

Thursday, November 17, 2016

Apa dah jadi ni: RM10 juta hasil Negeri Kelantan dibolot PAS, Hadi mesti tampil beri penjelasan

Skandal lombong bijih mangan: Presiden Pas mesti tampil beri penjelasan
17 November 2016 | ARIF ATAN
Anggaran jumlah sumbangan Vigorous Global Sdn Bhd kepada Pejabat Presiden Pas yang viral di media sosial.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang dirinya memegang jawatan berkenaan, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti.

"Sejak saya menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.

"Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.

"Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas  beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial.

Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek.

"Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden Pas sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri," dipetik daripada dokumen tersebut.

Dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden Pas yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti.

"Saya tidak fikir tandatangan bagi 'Pemegang Amanah Pejabat Presiden Pas' lengkap dengan saksi dibuat tanpa pengetahuannya.

"Jika sekarang baru tahu, Presiden harus ambil tindakan terhadap nama-nama yang memperakui mewakili dirinya.

"Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti Pas itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden," tegasnya.
Surat Akujanji antara Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas

Pada masa sama, ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan juga tidak harus berdiam diri terhadap projek melombong mineral itu yang terletak di Lot PT6728 Mukim Relai di Daerah Chiku dengan anggaran kawasan diluluskan seluas 600 hingga 800 ekar itu.

"Ini dalam negeri Kelantan. Agihan kepada kerajaan negeri yang hanya RM5 per metrik tan yang lebih rendah berbanding untuk parti politik akan dilihat ramai pihak sebagai tidak adil.

"Tentu rakyat Kelantan akan marah. Sepatutnya, kerajaan negeri yang mendapat hasil yang lebih bukan pihak lain.

"Bahkan, rakyat melihat ada unsur-unsur rasuah apabila seolah-olah pihak Pas yang menolong mendapatkan projek melombong itu dengan syarat beri RM10 per tan metrik kepada parti. Jangan nanti orang kata oh inilah budaya politik matang dan sejahtera," tambahnya lagi.

Friday, July 10, 2015

Diamnya Adenan sewaktu Najib bermasalah membuktikan kebenaran wujud!

02:30PM Jul 10 2015
oleh Edgar Ong
FOKUS SARAWAK:   Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem yang sebelum ini lantang menyuarakan sokongan dan pujian kepada Najib Razak yang mana telah menerimanya dengan baik.

‘Janji’ dari PM untuk negeri termasuklah peruntukan RM27 bilion untuk Lebuhraya Pan Borneo, RM87 juta untuk jalan di Kapit, RM37 juta yang membolehkan penduduk Baleh dan Pelagus mempunyai jalan terus ke bandar Kapit, dan beberapa juta lagi untuk beberapa projek yang lain.

Selain daripada RM27 bilion untuk Lebuhraya Pan Borneo yang akan diperuntukkan dalam masa beberapa tahun, jumlah peruntukan yang diberikan mencecah hampir RM2 bilion. Menurut Adenan, peruntukan ini yang terbanyak pernah diberikan oleh perdana menteri kepada negeri.

Najib juga berjaya mengagumkan Adenan kerana janji dan sokongan kepada permintaan negeri untuk mempunyai lebih banyak kuasa bagi mentadbir negeri dan pengurangan kawalan persekutuan dalam banyak ‘agenda persekutuan’ yang selama ini telah mencetuskan banyak masalah sehingga menimbulkan slogan ‘Sarawak untuk orang Sarawak’.
Dalam tempoh beberapa minggu sahaja, dengan ‘berita gempar’ berterusan pendedahan ‘kehilangan RM42 bilion’ yang disebabkan oleh 1MDB selain daripada skandal hartanah Mara di Melbourne pada harga melebihi harga pasaran tiba-tiba muncul, dan banyak lagi skandal yang dikaitkan dengan kroni Umno dan yang paling serius ialah perpindahan dana sebanyak US$700 juta yang ‘didedahkan dipindahkan masuk ke dalam akaun peribadi PM’- kemeriahan sokongan kepada Najib tiba-tiba bertukar sunyi sepi.

Tiba-tiba sejak pecahnya berita skandal hartanah Mara di Australia meraih perhatian dan liputan antarabangsa kita tidak mendengar apa-apa dari Adenan, selain daripada ‘bunyi kesunyian’. Dia masih belum berkata apa-apa, mengeluarkan kenyataan atau komen atau catatan Facebook- samada sokongannya kepada PM masih kukuh, sedang goyah atau sudah berhenti!

Tanpa ragu dia masih mengkaji situasi, menghalang dan mengekang dirinya daripada mengeluarkan komen- mencela atau menyokong- sehingga semua air keruh dan jerebu tebal yang mengelilingi isu ini hilang.

Kecuali ada perkara besar yang akan terdedah dalam masa beberapa hari lagi, tiada siapa yang tahu dengan pasti apakah yang akan berlaku esok, kerana gelombang demi gelombang telah menghempas pesisir pantai politik kita sejak beberapa bulan lepas!

Bagi Adenan, sepanjang bulan Mei dan Jun yang lepas, perarakan awam telah diadakan di Sarawak dan sokongan kuat kepada Najib disuarakan dengan lantang dalam majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri di mana dia dan ahli kabinetnya secara terbuka memberikan sokongan penuh kepada PM.

Terbaru ialah perarakan yang diadakan sempena perayaan Gawai yang Najib sendiri mengeluarkan kenyataan- “Saya sangat tersentuh dan teruja dengan sokongan yang ditunjukkan kepada saya. Ia memberikan semangat besar kepada saya bahawa orang Dayak berada di belakang saya sepenuhnya dan menyokong kepimpinan saya. Saya pasti ini ialah sokongan yang ikhlas dan bukannya kerana dipaksa. Ia ialah kerana komuniti ini melihat apa yang telah dilakukan untuk mereka sejak saya menjadi perdana menteri.”

Tetapi kemudiannya berita buruk mula muncul, satu demi satu, seolah-olah ianya disusun rapi dan berstrategi.

Kali ini, berita buruk itu bukan hanya didedahkan oleh laman berita berpengkalan di Malaysia tetapi penerbitan antarabangsa yang berwibawa seperti The Age di Australia dan Wall Street Journal di New York- maka tahap penerimaan dan kebolehpercayaannya lebih tinggi.

Adenan Satem ialah orang lama dalam politik. Dia banyak membaca dan dilatih dengan pemikiran perundangan, jadi dia memang mengetahui bila masanya dia perlu bercakap dan bila masanya perlu berdiam diri.

Ketua menteri seorang ini pastinya seorang yang bijaksana kerana mendengar ‘bunyi kesenyapan’ buat masa sekarang, mungkin juga menurut kata-kata dalam lirik sebuah lagu terkenal tahun 1960-an dari Britain yang dinyanyikan oleh Tremeloes, ‘Silence is Golden’.

Dengan berbuat demikian, banyak pihak merasakan kesenyapan Adenan sebenarnya telah membuktikan wujudnya kebenaran!

Thursday, July 9, 2015

Anwar: Penjara Bukan Pusara

Posted on Tuesday, July 07 @ 15:55:34 MYT by paktam 
Oleh Mohd Sayuti Omar
SUDAH lebih lebih 100 hari Anwar Ibrahim meringkuk dalam penjara dihimpit keseksaan dan dimamah kehancuran.

Beliau menanggung segala keseksaan dan derita bersendirian. Dia mengulik nestapa diri dan membangun kekuatan jiwa kesendirian. Namun, dia tidak pernah menyesal terhadap apa yang berlaku. Jauh sekali berputus asa dan kecewa. 

Suaranya tetap bergema dan memecah tembok batu memesankan salam dan menebarkan seruan jihad setiap masa terluang. Lawan tetap lawan...

Anwar tidak pernah pasrah kepada takdir, beliau tidak mahu sampai ke pita penamat dalam perlarian juangnya yang sudah dilewati ribuan kilometer.

Reformasi membela rakyat diteruskan. Api refomasi yang dinyalakan 17 tahun lalu tidak akan mudah padam, selagi ia tidak membakar lumat menjadi debu segala penyelewengan, ketidakadilan, kezaliman pemerintah ke atas rakyat, ia diteruskan.

Ternyata, walaupun ramai kawan-kawan yang menjadi pemegang atau pembakar obor reformasi bersamanya sudah melarikan diri kerana tidak betah menahan panas api, tetapi ia tetap menyala dan hangat. Mereka yang lari itu adalah sang pengecut yang oportunis mencari sebuku dua gula dan setitik madu untuk memaniskan hidup.

Api berunggunkan di jantung hati itu tidak akan dipadam, terus dihembus dan ditup ke segenap jagat nusa bangsa. Tiada kepayahan bagi seorang pejuang baginya untuk menyuntik semangat itu.

Jeriji besi dan tembok batu bukan jadi pelerai jiwanya dengan pejuang dan ia tidak bisa mematikan harapan berkobar rakyat. Semangat juangnya tetap terpanggung atas atmajiwa. Bagi Anwar penjara bukan penamat segalanya. 

Dia tidak memperdulikan sakit. Sangsara baginya adalah makanan dan pencaroba bagi seorang pejuang. Dia tidak melayan rindu dendam kepada isteri, anak-anak dan lebih-lebih kepada cucu-cucunya. Usia sepertinya, cucu adalah permainan yang menghiburkan. Cucu adalah bunga-bungaan yang mewangi hidup seorang datuk dan nenek.

Keletah dan gelak tawa cucu-cucu senantiasa menyirai dimata dan menjadi pengubat kelenguhan dan lelah. Namun itu tidak pernah mengheretnya ke pinggir duka dan air matanya tidak tumpah kerana keranuman cinta. Mungkin juga kolam matanya sudah gersang disedup mentari cabaran dan dugaan perjuangan sepanjang zaman yang silih berganti.

Tetapi ada perkara yang tersumbat sendut dihatinya. Jiwanya menjadi lara dan lirih, apabila mengenangkan medan juang yang dianyamnya. Pergolakan di luar menyebabkan dia risau dan resah menyekang mata mencari makna dan ikhtiar penyelesaian. Doanya menjadi panjang bukan untuk kebebasan dirinya, tetapi demi menghentikan gelora yang memanjangkan musim pertapaanya yang membantutkan mengapai kemerdekaan rakyat.

Wadah berupa tikar terbang keramat bernama Pakatan Rakyat yang dibentangkan untuk rakyat hasil tajaanya kesekian lama, sudah robek dan carik. Dukanya untuk ini lebih dalam daripada kekesalannya atas kezaliman menimpa dirinya. Kalau dia tiba-tiba tersendu dan tersenguk dipalang pintu penjara, inilah isbabnya.

Dari tembok batu Sungai Buloh, orang tidak memahami apakah resah dan kesalnya paling besar, melainkan kepada kepunahan tikar hikmat itu. Bahtera yang dibina bersama yang menulang aspirasi rakyat kini sudah tercabut layar dan sauhnya putus menyebabkan teroleng-oleng ditengah laut tanpa bisa diistirehatkan, apa lagi untuk terus maju ke destinasi hujung. Tikar atau bahtera itu kini berjalan sendiri mengikut jalur kabur tanpa kelasi yang memandunya. Ia terserah nasib kepada alunan dan bedalan ombak ganas di samudra luas.

Itulah duka panjang dan dalam Anwar bin Ibrahim. Yang mengacakan rasa pilu di hujung hatinya. Kenapa semua itu harus berlaku? Apa dapat difahami, ini terjadi sesudah beliau "tiada", apabila fizikalnya "disendur" dalam penjara. Jadi ternyata sebelum ini beliaulah yang menganyam segala harapan rakyat, yang menjahit perca-perca cita rakyat kemudian disatukan atas sebidang wadah bernama Pakatan Rakyat untuk menjadi landasan menentang kezaliman penguasa.

Kalau bukan dia, mungkin tikar hikmat itu tidak wujud. Dan sesudah dia "tiada" ia musnah. Ini mencerminkan pakatan itu dibentuk bukan atas kesatuan hati dan kepaduan harapan luhur, tetapi kerana elemen kepuraan-puraan. Ia bersatu lantaran menghormati gamitan beliau. Pantaslah Tuhan tidak membenarkan tikar hikmat itu melayang mengapai kemenangan pada pilihan raya lepas.

Di sinilah menimbulkan persoalan tanpa terjawab olehku. Apakah pengorbanaan beliau selama ini, bermula daripada meninggalkan jawatan, kedudukan, kerana membela rakyat dibiarkan begitu sahaja. Pengorbanan kubranya, sehinggakan dipukul, diterajang dan diaibkan tidak terasa oleh orang lain.

Kemudian meringkuk dalam penjara selama empat tahun dan kini diulang tambah selama lima tahun. Apakah pengorbanan dan balasan untuk beliau? Apakah sumur budi kita sudah gersang?

Anwar tidak mahu apa-apa daripada rakan-rakananya. Dia tidak meminta jasanya dibalas, tetapi mahu budinya dikembalikan kepada rakyat. Dia hanya mahu kepada sebuah perpaduan menjatikan perjungan untuk rakyat. Dia tidak meminta, untuk menjaga keluarganya, hatta nyawanya sendiri tidak dipedulikan. Tetapi hasrat dan impian rakyat hendaklah dihormati dan dipelihara. Dia tidak mahu apa yang dilakarkan demi rakyat dan negara itu disia-siakan.

Anwar berpuas hati kalau dia terus menjadi dian membakar diri memberi sejalur cahaya buat semua. Cuma apa yang diharapkan, tepislah angin dan ribut dari meliuk lintukkan cahaya yang beliau nyalakan agar rakyat dapat menikmatik sorot itu sewajarnya.

Dan semalam Anwar masih menghantar mesej dari celah-celah batu penjara agar rakan diluar memupuk semangat juang berlandasakan aspirasi Pakatan Rakyat. Katanya kandati pun pakatan itu sudah tidak wujud secara formal tetapi bingkai persefahaman yang telah membuahkan hasil harus diteruskan.

Mesej itu menunjukkan kesungguhan dan iltizam beliau kepada perjuangan membela rakyat menerusi Pakatan Rakyat. Ia menzahirkan keyakinan bahawa kemenangan dapat dicapai apabila tangan-tangan tergenggam erat.

Demikian Anwar yang tidak pernah kalah dan kecewa dalam apa pun keadaan. Dan baginya PENJARA BUKAN PUSARA, yang mengabadikan segala cita-cita dan azamnya di dalam gubuk kezaliman itu. Bagi Anwar dia tidak pernah termimpi nisan menandakan perjuangannya demi rakyat akan tercacak di sisi jasadnya. Tidak. 

Wednesday, July 8, 2015

1MDB: Kenyataan Hadi lebih berasas dari Haron Din namun.......

Hadi lebih menekankan bukti dan saksi yang adil tidak sebagaimana Haron Din dengan berkata 'tak logik' tanpa menyusuri dulu susul-galur isu walau pun Hadi tahu tidak akan ada saksi sebagaimana yang dia mahukan di WSJ (adil mengikut Islam)

Di sini bagi aku Hadi bukannya membela Najib tetapi penekanannya terhadap bukti dan saksi yang adil. Jadi sekiranya tidak ada saksi yang punya kriteria itu makanya Najib bersih dan terlepas dari tanggungjawab?

Selepas Mursyidul Am PAS, giliran Hadi pula bela Najib
TMI - Published: 7 July 2015 12:21 PM
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dengan mengatakan ia sama seperti pertuduhan yang dilemparkan terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan saksi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Julai, 2015.

Selepas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, giliran Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dengan mengatakan perdana menteri bukannya malaikat tetapi manusia biasa dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya mestilah dikemukakan saksi.
Presiden PAS itu berkata, ini sama sahaja seperti pertuduhan yang dilemparkan terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan saksi.
“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil," kata Hadi merujuk kepada laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang mengatakan berbilion ringgit wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya seperti dilaporkan portal Astro Awani Online di Kota Baru, Kelantan mengulas kenyataan Haron pada Ahad yang mempertahankan Najib daripada skandal terkini seperti didedahkan WSJ.
Haron sebelum ini dilaporkan menyifatkan dakwaan WSJ sebagai “tidak logik” dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dahulu sambil mengatakan, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu, akaun sulit akan digunakan dan bukannya akaun peribadi.
Minggu lalu, Malaysia digemparkan dengan laporan WSJ berhubung dokumen siasatan pihak berkuasa Malaysia terhadap syarikat sarat hutang yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013 dan 2015.
Najib menafikan dakwaan itu dan menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sebagai dalang di belakang pendedahan tersebut.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada Sabtu mengatakan sebuah pasukan petugas khas yang dianggotai dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, sudah pun memulakan siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Gani turut mendedahkan, pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Najib, dan menambah beliau sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu.
Gani berkata, beliau sudah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut. – 7 Julai, 2015.

Wednesday, April 1, 2015

Malaysia pun ada Robocop?

Pujian harus diberikan kepada Robocop kita yang bekerja keras 
07:30PM Apr 01 2015
oleh Hazlan Zakaria

KOMEN: "Hidup atau mati! Awak akan saya berkas," ini adalah slogan ikon filem, televisyen dan watak komik yang terkenal, penguatkuasa undang-undang ‘cyborg’ Robocop.
Apabila filem yang menampilkan Robocop telah ditayangkan pada tahun 1987, ramai yang kagum dengan sifat polis berprinsip seperti cyborg ini, berpandukan nilai-nilai manusia tetapi tidak penat dan lelah seperti mesin.
Ramai yang mengharapkan tindakan penguatkuasaan undang-undang yang tidak korup dan sentiasa berwaspada, berbanding dengan penguatkuasa undang-undang manusia, yang senang diumpan dengan rasuah dan terlalu banyak kerja.
Namun adalah lucu yang apabila kita mempunyai satu salinan karbon Robocop dengan kualiti yang hampir sama, kita tidak begitu menghargainya.
Ada kemungkinan bahawa dia tidak tidur lena, tidak berkelip dan tidak melakukan apa-apa perkara lain selain menjadi pengadil berwaspada terhadap media dalam talian, dan juga memerintahkan orang-orangnya untuk menangkap individu-individu yang mengancam keharmonian negara.
Ketua polis kita adalah seperti Robocop kita sendiri, berkesan, sentiasa ada dalam talian dan aktif menjalankan pelbagai tugas, walaupun saya rasa dia kurang dihargai dan dikritik terlalu banyak.
Saya yakin yang rakyat Malaysia tidak seharusnya mengkritik beliau, walaupun kerja-kerja baik yang ditunjukkannya untuk memastikan Malaysia selamat dan kerajaannya selesa.
Telah diperkatkana bahawa dia telah bekerja keras untuk memastikan jalan-jalan kita selamat daripada perhimpunan yang tidak diingini, dan menghapuskan hasutan-hasutan daripada masyarakat sopan dan dari kerajaan yang hanya mahu memenuhi mandat pilihanraya.
Banyak yang telah diperkatakan tentang Khalid dan juga kaedah kepolisan baru beliau yang berkesan, sambil menyelam minum air, melalui tangkapan secara automatik ke atas ahli-ahli politik pembangkang, penyokong mereka dan aktivis pro-demokrasi yang datang memberi kenyataan, dan juga metodologi atas talian beliau yang sentiasa ada, yang kebanyakannya negatif.
Atas kehadiran beliau di atas talian, beberapa pihak menuduhnya hanya mensasarkan ahli-ahli politik pembangkang. Tetapi Khalid sendiri berkata, pada masa ini hanya ahli politik pembangkang yang melakukan kesalahan dalam talian.
Beliau juga pernah berkata bahawa jika kita boleh menunjukkan kepadanya seorang ahli politik BN yang melakukan perkara yang sama, beliau akan mengheret mereka sama seperti ahli-ahli politik pembangkang yang bersalah. 
Apa jadi jika apa yang Khalid katakan adalah benar? Bahawa ahli-ahli politik parti pemerintah tidak pernah melakukan kesalahan setakat ini?
Tetapi apa yang pengkritik katakan sudah tentu tidak benar, kerana ahli-ahli politik yang ada kaitan dengan parti pemerintah tidak boleh melakukan kesalahan, kerana mereka berada dalam parti yang betul.
Berkenaan kaedah kepolisan beliau yang berkesan, telah turut maklum bahawa ia membantu polis menyelesaikan kes-kes tertunggak yang melibatkan tokoh-tokoh dan aktivis pembangkang.
Jadi ianya baik bagi KPI polis supaya polis yang ditugaskan untuk memantau, menyiasat dan mengikuti kedua-dua kumpulan kini boleh kembali bertugas memerangi jenayah.
Bukankah ini sesuatu yang baik? Bagi polis untuk dibebaskan dari tugas mengawasi perbezaan pendapat, dan kembali untuk melakukan apa yang lebih penting?
Sementara itu, usaha gigih ketua polis untuk menjaga jalan-jalan kita telah menyaksikannya menulis ‘tweet’ terhadap mana-mana pelanggaran undang-undang berhimpun secara aman, dan orang-orangnya tidak berhenti berusaha memburu orang-orang yang melanggarnya.
Beliau juga telah menyelia penahanan serta-merta ramai orang yang mengancam untuk mengadakan perhimpunan aman yang tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman.
Jalan-jalan kita pasti sudah selamat dari perhimpunan aman pada masa kini.
Walau bagaimanapun, ada yang menimbulkan kejadian-kejadian kes ragut dan jenayah yang berleluasa, walaupun kita harus memahami bahawa ini adalah dua perkara yang berbeza dan adalah ibarat membandingkan epal dengan oren.
Ada pula orang-orang seperti Speaker Selangor, Hannah Yeoh dan pak lawak, Harith Iskander yang meninggalkan mesej-mesej berlapis di media sosial bahawa adalah lebih baik untuk menjaga keselamatan jalanan, dari menangkap orang-orang yang mengatakan perkara yang salah dalam talian.
Tetapi mungkin Khalid mempunyai pemahaman yang lebih baik daripada mereka.
Saya percaya bahawa kita mungkin perlu memikirkan semula perkara ini, dan mula menghargai KPN kerana tindakan baik beliau dan pegawai-pegawainya. 
Saya pasti dia tahu tugasnya, kerana walaupun pelantikan beliau datang melalui cadangan eksekutif, beliau dilantik oleh raja dan sama seperti arahan perdana Robocop, mesti "menegakkan undang-undang", "melindungi orang yang tidak bersalah" dan "berkhidmat demi kepercayaan awam".
Saya pasti yang Ketua Polis Negara 'Robocop' kita menuruti semua ini tanpa belok-belok.
Dan tidak seperti Robocop dalam filem, yang telah ditanam dengan arahan tersembunyi keempat yang membuatkannya tidak berupaya mengambil tindakan terhadap eksekutif-eksekutif OmniCorp (syarikat-syarikat yang memiliki teknologi yang mewujudkannya) walaupun mereka rasuah, saya meragui yang ada arahan yang disembunyikan dalam Ketua Polis Negara kita, untuk menghalangnya daripada memburu ahli-ahli parti pemerintah.

Thursday, March 26, 2015

Apa hal pulak Zahid ni?

ZAHID BOHONG? Menteri kata 24 jam, fakta pula sebaliknya
Rabu, 25 Mac 2015 19:06
Menteri dalam negeri mengatakan bahawa siasatan awal dan rakaman kenyataan dua pemimpin Umno - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Mashitah Ibrahim - disiapkan dalam tempoh 24 jam, tetapi fakta dan kronologi kes itu menunjukkan sebaliknya.
Ia sebaliknya mengambil masa kira-kira seminggu sebelum Ismail Sabri yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, disoal siasat oleh polis berhubung gesaannya supaya memboikot peniaga Cina.
Begitu juga, dengan kes Mashitah berhubung dakwaannya bahawa beberapa orang Cina di Kedah telah membakar helaian al-Quran, di mana beliau hanya disoal siasat oleh polis sembilan hari selepas DAP membuat laporan polis terhadapnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Parlimen semalam bahawa tidak timbul keperluan untuk menangkap mereka kerana siasatan awal dan rakaman kenyataan mereka disiapkan dalam tempoh 24 jam dari tempoh aduan dibuat.
Zahid menjawab soalan MP Ipoh Barat, M Kulasegaran yang bertanya mengapa ahli politik Umno tidak ditangkap kerana membuat membuat kenyataan yang provokatif baru-baru ini.
Ia ekoran tindakan polis menangkap hampir kesemua aktivis pembangkang selepas mereka secara sukarela hadir di balai polis selepas dipanggil untuk memberi keterangan.
Penangkapan terbaru ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Ia ekoran perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac yang menyaksikan kira-kira 10,000 orang berarak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara.
Ismail Sabri membuat kenyataan kontroversi pada 2 Februari, di mana Ketua Polis Negara Khalid Tan Sri Abu Bakar dalam tweet pada hari yang sama mengatakan polis akan memanggil beliau untuk disoal.
Ia pada asalnya dijadual pada 4 Februari, tetapi kemudiannya ditangguhkan kepada 9 Februari, kerana dikatakan kesibukan jadual menteri itu kerana tarikh itu kebetulan sama dengan tarikh lawatan rasmi Presiden Indonesia Joko Widowo ke Malaysia.
Ismail Sabri kemudiannya menjelaskan bahawa beliau hanya merujuk kepada peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan mereka walaupun kejatuhan harga minyak.
Bagi Mashitah pula, beliau membuat dakwaan itu di Perhimpunan Agung Wanita Umno pada 26 November, tetapi dakwaannya itu kemudiannya didapati tidak benar.
MP Kulai Teo Nie Ching dan beberapa yang lain membuat laporan polis terhadap Mashitah pada 28 November dan, menurut Agenda Daily, kenyataan Mashitah yang dicatatkan pada 7 Disember. - M'kini

Saturday, January 31, 2015

Setan celaka!

Sebenarnya setan macam ni ada di mana-mana
Kat kampung saya tu khabarnya siap pergi jual kat kedai runcit lagi
Ada juga sampai diusung sehingga lima buah dapur bantuan siap dengan tong gas satu keluarga!
Sedihnya yang malang macam ni pun ada

Bantuan mangsa banjir orang asli di Kelantan didakwa ‘dirompak’
Published: 31 January 2015 11:04 AM
Sukarelawan Dr Betty Teh menjelaskan penggunaan ubat kepada wakil Orang Asli Temiar di Kampung Depak, Awir Awie semasa konvoi bantuan mangsa banjir semalam. – Gambar ihsan Eliana Lee, sukarelawan konvoi, 31 Januari, 2015.

Ketika Putrajaya membelanjakan hampir RM800 juta untuk membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara, terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas kesulitan mangsa banjir.
Timbul dakwaan barangan keperluan makanan yang sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir tidak diterima mereka seperti yang sepatutnya apabila sebahagian daripada sumbangan berkenaan "dilarikan" mereka yang tidak bertanggungjawab.
Antara insiden berkenaan termasuklah misi bantuan pasca banjir pertubuhan sivil ke perkampungan Orang Asli suku Temiar di kawasan Gua Musang, Kelantan semalam yang dicemari insiden "rompakan" apabila bantuan beras didakwa dilarikan pihak berkenaan.
Menurut jurucakap kumpulan sukarelawan tersebut, Siti Zabedah Kassim, seorang peguam hak asasi manusia daripada Majlis Peguam, lori dengan muatan 3 tan yang digunakan mengangkat barangan keperluan harian bagi diagihkan di sekitar 20 perkampungan orang asli di pedalaman negeri itu lesap bersama muatan mereka.
Insiden berkenaan dipercayai berlaku ketika salah sebuah daripada 8 lori yang digunakan untuk mengangkut barangan keperluan harian seperti beras, gula, sardin, biskut, dan banyak lagi, bernilai lebih RM50,000, sumbangan daripada syarikat Allianz Malaysia dan individu persendirian, dari Kuala Lumpur ke Gua Musang tidak tiba seperti yang dijadualkan.
Beliau difahamkan oleh penduduk orang asli di Kampung Parek, 7 lori tiba di Gua Musang sekitar jam 12 tengah malam, dan ketika di kawasan perkampungan yang dijadikan pusat pengumpulan sebelum bekalan diagihkan ke kampung berdekatan kira-kira sejam kemudian, sebuah lori bersama muatan beras tiada di lokasi.
"Mereka memaklumkan saya sebuah lori tiada di Kampung Parek, sedangkan kesemua lori itu tiba di Gua Musang," kata Siti kepada The Malaysian Insider, di Kelantan.
Malah, beliau turut mendakwa, pemandu lori yang menghantar barangan makanan kepada penduduk orang asli tersebut turut mengambil sumbangan yang diberikan orang ramai atas alasan masyarakat orang asli berkenaan "sudah mempunyai banyak stok makanan".
"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, penderma semua perlu pastikan barangan yang didermakan mereka sepatutnya tiba ke kawasan mangsa banjir," kata Siti, kepada The Malaysian Insider.
Malah, turut timbul dakwaan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menyimpan stok bantuan kepada mangsa banjir dan tidak mengagihkan bantuan makanan berkenaan kepada penduduk orang asli yang terjejas banjir.
Banjir yang melanda negara pada penghujung Disember 2014 adalah antara yang terburuk apabila hampir 200,000 orang dilaporkan menjadi mangsa banjir.
Negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang antara kawasan terburuk terjejas akibat banjir apabila terdapat penduduk yang kehilangan kediaman mereka apabila rumah mereka dihanyutkan air deras.
Tinjauan The Malaysian Insider di lokasi perkampungan orang asli di pedalaman Gua Musang semalam juga mendapati kediaman mereka masih lagi terbiar dengan sebahagian daripada mereka kini mula membina pondok di kawasan bukit apabila kediaman mereka tidak lagi boleh digunakan.
Selain menggunakan khemah dan kanvas, mereka yang terjejas juga turut menggunakan buluh untuk membina pondok kediaman sementara menunggu kediaman mereka boleh diduduki semula.
Sukarelawan misi bantuan banjir juga terpaksa menggunakan kenderaan pacuan roda (4WD) dan helikopter untuk memasuki kawasan kampung terpencil kerana kemudahan jalan perhubungan terjejas akibat banjir.
Terdapat sebahagian kawasan perkampungan penduduk orang asli juga tidak mempunyai pilihan lain selain menantikan bantuan dan sumbangan makanan daripada pihak luar apabila sumber makanan dan tanaman mereka musnah dilanda banjir. – 31 Januari, 2015

Sunday, January 12, 2014

Ada Sesiapa Tahu Siapa Dia Ni?

Sabtu Januari 11, 2014
Pistol Milik Bekas Pemain Bola Sepak Ditemui Semula

KUANTAN: Sepucuk pistol bersama 17 butir peluru milik bekas pemain bola sepak kebangsaan bergelar Datuk, ditemui semula 12 jam kemudian selepas keretanya dipecah pencuri di sini, malam Jumaat.
Ketua Jabatan Siastaan Jenayah Pahang, Datuk Zakaria Ahmad berkata hasil maklumat orang awam polis menemui kembali beg berkenaan yang dicampakkan berhampiran kawasan semak di tepi jalan Bukit Ubi di sini pada 10.40 pagi Sabtu.
"Polis menemui pistol bersama 17 butir peluru, lesen senjata api dan cek kosong dipercayai milik pengadu di lokasi itu, bagaimanapun wang tunai berjumlah RM3,000 lesap," katanya ketika dihubungi di sini Sabtu.
Katanya, dalam kejadian 10.50 malam Jumaat, mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an itu, singgah di sebuah restoran di Jalan Besar di sini untuk membeli makanan.
Mangsa yang merupakan pemain bola sepak era 1980 hingga 1990-an, menyedari kejadian itu selepas kembali ke keretanya 10 minit kemudian dan mendapati cermin tingkap bahagian penumpang depan kereta jenis Perodua MyVi itu dipecahkan.
Hasil pemeriksaan, mangsa mendapati beg yang berisi senjata api itu bersama wang tunai lesap dilarikan pencuri.
Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kuantan. - BERNAMA

Saturday, November 30, 2013

Warga Asing, Warga Asing, Warga Asing.....Tak Habis Datang Buat Celaka!

Sabtu November 30, 2013
Suspek Bunuh Nenek 74 Tahun Dipercayai Warga Asing
BATU PAHAT: Suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang nenek berusia 74 tahun dan rompakan kedai runcit miliknya di Jalan Jelawat, Taman Banang, pada Jumaat lepas dipercayai warga asing.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek, yang merupakan seorang lelaki itu berkemungkinan bertindak sendirian dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi.
"Daripada rakaman kamera litar tertutup yang diperoleh, suspek menunggang basikal dan meninggalkannya di tepi kedai runcit sebelum menuju ke arah belakang.
"Ini mungkin kes jenayah oportunis," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup kejohanan badminton Ketua Polis Johor oleh Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim di sini, Sabtu.
ACP Din berkata siasatan sedang dijalankan dan menggesa saksi supaya tampil.
Pada 22 November lalu, mayat Lau Pow Ling ditemui kira-kira pukul 9.00 pagi oleh dua anak lelakinya.
Polis berkata, keluarga Lau bimbang selepas mereka cuba menghubunginya dari pukul 6.30 pagi, tetapi semua panggilan tidak dijawab.
Apabila mereka pergi ke kedai, mereka mendapati mangsa tidak bertindak balas dengan kecederaan di bahagian kepala dalam sebuah bilik di belakang premis itu.
Dia dipercayai telah dipukul dengan kayu besbol.
Terdapat lubang pada bahagian siling kedai dan kaunter di kedai ini telah digeledah

Tuesday, July 16, 2013

Korang Agak Berapa Kroni Dapat Dari RM20 Juta Kompaun?

Bukan saja pengundi BN yang kena, pengundi pembangkang pun mampus sama!

Selasa Julai 16, 2013
673,339 Saman AES Dikeluarkan Setakat Jun
KUALA LUMPUR: Sebanyak 673,339 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setakat 11 Jun lalu.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah bayaran kompaun pula sebanyak RM20 juta sejak ia dikuatkuasakan September 2012.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him (DAP) yang salinannya diedar kepada media di lobi Parlimen, Selasa.
Hishammuddin berkata setakat ini sebanyak 14 kamera AES beroperasi di lokasi yang ditetapkan di seluruh negara kecuali di Melaka yang masih dalam proses mengenal pasti lokasi pemasangan yang sesuai.
AES ialah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan, selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan, ia sebagai kaedah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. - mStar

Sunday, June 9, 2013

Sunday, May 12, 2013

Tak Habis Dengan Ujub Dan Statements Bongok!

Dia ingat semua orang bodoh ker
Dia ingat Mahsiswa ni lembu ker senang di hasut dan rela dicucuk hidung dan diheret ke sana-ke mari
Walhal yang dicucu hidungnya ada tuan empunya diri kerana kerana kuasa dan jawatan
Amanah yang dipikul tercicir merata!
Oooo....aduyai manusia......takkan pernah mengaku kelemahan diri!
Timbalan Pengerusi SPR: Memorandum kepada SPR hasil hasutan

PUTRAJAYA - Memorandum yang diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada beberapa pergerakan belia dan mahasiswa semalam dibuat berdasarkan fitnah dan hasutan termasuk daripada pemimpin pakatan rakyat yang tidak bertanggungjawab dan media sosial.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata memorandum itu jelas menunjukkan bahawa ia dibuat tanpa penyelidikan dan oleh mereka yang tidak memahami undang-undang negara.

"Inilah akibat meracuni fikiran anak-anak kita, pelajar kita di universiti-universiti, kolej-kolej, dengan pembohongan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini hari ini.

Wan Ahmad berkata memorandum itu antara lain menyebut tentang kehadiran pengundi asing pada pilihan raya umum Ahad lepas, sedangkan penjelasan telah diberikan  mengenai proses pendaftaran pengundi di negara ini iaitu adalah mustahil untuk warga asing mengundi.

Mengenai manipulasi dan penipuan yang didakwa dilakukan SPR termasuk mengenai pengundi hantu, beliau meminta bukti-bukti mengenainya dibawa ke mahkamah.

Wan Ahmad berkata golongan muda selalunya mempunyai sikap 'menentang' dan ingin membuat perkara  yang berlainan, dan perkara itulah yang diambil kesempatan oleh pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang tidak bertanggungjawab.

"Saya difahamkan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya (Rabu lepas), 80 peratus (yang hadir) adalah berusia 40 tahun ke bawah dan ada sebahagiannya tak sampai umur 21 tahun, tak tahu apa tapi seronok pergi stadium. Pemimpin (pakatan rakyat) ambil kesempatan cakap berapi-api kerana kecewa tak dapat jadi Perdana Menteri, inilah yang berlaku di negara kita sekarang," katanya.

Wan Ahmad menegaskan apa yang dibuat SPR adalah mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara dan parti-parti politik sedia maklum  mengenai undang-undang tersebut, malah banyak buku-buku penjelasan mengenainya telahpun diterbitkan.

"Anak-anak muda yang dihasut pemimpin pembangkang mungkin tak baca buku undang-undang, tapi pemimpin politik baca.

"Kalaulah pihak berwajib tidak membetulkan segala dakyah yang berlaku ini, amat malang sekali kerana Malaysia sudah berjaya dalam pelbagai bidang, kemajuan ekonomi, sosial...proses demokrasi berlandaskan undang-undang, namun pihak yang kalah mengajar rakyat tak mahu terima undang-undang akan membawa negara ke arus kehancuran," katanya.

Semalam, sekumpulan kira-kira 50 pemuda yang mendakwa daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa  Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia dan Gerakan Mahasiswa 13, menghantar memorandum kepada SPR di sini antaranya mendesak pegawai SPR  meletak jawatan, penubuhan SPR di bawah satu kepimpinan baharu dan pilihan raya umum diadakan semula. - SH

Daripada ko tertidur sebab syok sendiri dengan segalanya ko yang betul ada baiknya ko baca laporan polis kat sini

Yang Ni Semua Orang Dah Baca Tapi Saja Nak Simpan Dalam Blog Ni

Anwar: 'Adakah saya gagal dalam PRU?'
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN, NOOR SHAZURA ZUKI.
11 Mei 2013


PASCAPILIHAN Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan pelbagai perkara termasuk insiden pengundi hantu menarik perhatian media. Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tidak berpuas hati dan menganggap perikatan itu sepatutnya sudah menang. Ikuti temu bual Anwar bersama wartawan Sinar Harian dan Sinar Harian Online SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN dan NOOR SHAZURA ZUKI.

SINAR HARIAN ONLINE:Datuk Seri, nampaknya berbanding 2008, Datuk Seri terima keputusan pilihan raya. Semalam (Ahad lalu), Datuk Seri memberikan pandangan yang sebaliknya walaupun bilangan kerusi Parlimen meningkat. Mengapa?
ANWAR: Kerana kita dah menang... kemudian dirompak kemenangan itu dari BN dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini kita perkukuh dengan bukti kehadiran orang Bangladesh, Myanmar mengundi, pegawai SPR mengeluarkan kertas undi ke luar, pemadaman lampu. Kes di Lembah Pantai terpaksa di kawal begitu keras sekali, kalau tidak kita tewas. Ini hanya lambang penipuan dan politik samseng. Kalau tidak ada dukungan yang kuat, semangat anak-anak muda di Lembah Pantai, Nurul Izzah akan tewas.

Gerombolan yang terlibat dalam penipuan itu terlalu kuat dengan pengaruh dan kaya. Bukti lain yang besar ialah, undi awal, undi pos, termasuk yang dari media.

Saya sudah tahu kerana mereka mengundi... tak kan 12 peratus saja diberi kepada kita. Keduanya, undi itu diberi kepada pejabat pos, melalui pejabat pos. Bukannya SPR. SPR beri pejabat pos, pejabat pos kepada media.
Media undi, pos beri kepada SPR, baru kita boleh pantau. Jadi, pemantauan itu hanya berlaku pada peringkat akhir. Kita tengok pada undi-undi daripada luar negara, itu 70 hingga 80 peratus memilih PR yang dinyatakan.

Tetapi apabila buka undi semuanya, kita 12 hingga 15 peratus. Ini semua berapa undi media, 50,000. Undi pos, 230,000. Undi awal jumlah keseluruhan mungkin dalam 200,000. Jadi besar. Kalau tidak dipantau, maka kecurangan berlaku.

SINAR HARIAN ONLINE: Nampaknya, Datuk Seri menggunakan istilah kemenangan dirompak. Adakah Datuk Seri masih tidak mahu menerima keputusan PRU13 walaupun ada peningkatan bagi pihak PR?
ANWAR: Ya. Bukan soal peningkatan. PR sudah menang. Cuma pendekatan kita seperti yang kita tahu harus mengikut beberapa proses undang-undang, sama ada... saya bincang dengan Pas terutamanya dengan PKR, apakah kita buat petisiyen pilihan raya untuk beberapa kawasan. Tiap kali kalau kira semula, kita tewas semua. Atau keduanya, bantahan. Seperti mana yang dicadangkan oleh badan-badan bukan kerajaan.


Kemenangan dirompak
SINAR HARIAN ONLINE: Ke mana nak pergi selepas ini? Pilihan yang Datuk Seri ada bagi PR? Nampaknya kecurigaan itu (berterusan)...
ANWAR: Kalau hak kita dirompak, kita minta hak kita semula. Kalau tidak diberikan, maka ada cara-cara. Sepatutnya, bukan dibuat oleh SPR yang ada sekarang ini. Yang ini suruhanjaya cawangan Umno. Ia mesti suruhanjaya bebas dan adil.

Sebab ini hak dari Perlembagaan, sebagai seorang Muslim atau rakyat Malaysia ia tak boleh buat penipuan yang terang-terang bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan melanggar undang-undang. Tapi kalau tanya, semua dia kata tak ada. Ini dakwat kekal, tak boleh basuh.

Pembohongan yang ditertawakan oleh semua rakyat. Kalau dulu semasa undi pos, sebahagian orang saya tengok yang tergolong dalam 'social network' Umno ini yang diupah mengatakan tengok ini penipuan PR.

Sekarang apa jurucakap Umno cakap tentang dakwat kekal? Tidak ada jawapan. Kerana mereka boleh pulang dan basuh. Di Permatang Pauh, tak kurang dari puluhan orang yang tunggu saya, sebab saya akan melawat pusat mengundi, tunjuk tangan dia. Saya kata, bila nak undi. Dia kata dah undi. Dia boleh basuh. Tengok dalam Facebook tapi apa jawab SPR? Oh tidak mungkin. Ini semua alat pembangkang.

Saya beri 42 nama (warga) Bangladesh, Indonesia yang undi pos atas nama tentera dan polis. Seminggu sebelum pilihan raya, dari senarai sah 2013 SPR. Mahu bukti apa lagi? Sepatutnya SPR tidak perlu tanya bukti, tanya hati nurani mereka apakah mereka ini, perasuah atau penjenayah?

SINAR HARIAN ONLINE: PR akan hantar memo (memorandum) secara rasmi?
ANWAR: Memo apa? Mereka tak baca. Memo apa lagi yang perlu? Siapa yang tidak tahu bahawa dakwat kekal itu tak kekal? Siapa yang tidak tahu berlaku percanggahan dalam senarai pengundi? Siapa yang tidak tahu bahawa orang Bangladesh datang mengundi?

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana desakan itu akan dibuat?
ANWAR: Petisyen pilihan raya itu adalah untuk proses penipuan. Tapi SPR ini, bagi saya ia perlu ditukar.  Kalau Datuk Najib kata sekarang ini kita harus ada penyatuan semula.

Bagi saya, kalau begitu, saya akan beri yang terbaik. Melainkan kempen kita ini secara sivil... anda bacalah Utusan. Sivil ke biadab? Tonton TV3, RTM. Nasib baik Sinar boleh tahan sedikit. Kadang-kadang kritik, tak apa. Kalau tak setuju, kritik. Kebebasan media. Tapi tidaklah sampai menghina orang, mengaibkan orang terus-menerus. Tak bagi ruang langsung. Ini kita kata pilihan raya bebas dan adil? Begitu bodoh kalau ada yang berpandangan sebegitu.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah PR akan boikot angkat sumpah, ahli-ahli Parlimen?
ANWAR: Yang itu kita sedang fikirkan sebab kita tak mahu ambil atau memilih cara yang saya nampak bukan menimbulkan keresahan. Jadi, kita kena timbang juga. Sebab itu, saya tidaklah menghalang kerajaan untuk meneruskan kerja, nanti kita tak ada kerajaan pula.

Tapi janganlah kerajaan itu boleh terus-menerus menipu dan rasuah macam sedia kala. Menghina orang dan menggunakan jentera kerajaan untuk mendera orang.

SINAR HARIAN ONLINE: Datuk Seri, komen sedikit tentang peningkatan kerusi DAP?
ANWAR: Itu yang disebut Datuk Seri Najib, tsunami politik. Ini saya rasa satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dari seorang pemimpin yang uar-uarkan 1Malaysia. Di Kelantan, Melayu semua dan Pas pertahankan dua pertiga kerusi. Di Terengganu Melayu, kawasan Melayu, dan Pas menambah kerusi dari satu kerusi Parlimen jadi empat. Kawasan saya (PKR, Azmin Ali), Gombak majoriti Melayu dan kita menang dengan mudah. Jadi, untuk mengatakan begitu...ya betul, etnik Cina ada suara dukungan yang ada juga etnik Melayu.

Yang ada kemungkinannya ialah jenis penipuan lebih itu banyak di kawasan yang dianggap campuran atau Melayu kerana majoriti yang diperoleh PR tidak besar. Agak lebih mudah untuk buat penipuan. Kalau nak dibuat penipuan di Bukit Bintang, dia kena bawa orang Bangladesh 10 kapal terbang pun tak cukup. Ini hanya dilakukan oleh SPR. Sebab itu kalau dilihat, orang yang marginal 6 itu, Bangladesh itu banyak muncul di kawasan marginal. Ada lah satu dua terselit masuk ke Bukit Bintang dan Permatang Pauh.

Tak wajar (dilabel tsunami cina). Maknanya pertentangan. Satu, dia kata kita rekonsiliasi, kemudian dia kata kita tsunami Cina, kenyataan ini tidak konsisten, tidak wajar. Kalau betul pun kemarahan orang Cina, tanyalah sebab apa. Sebab apa ada kebangkitan kemarahan masyarakat Cina?

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana masa depan politik negara berdasarkan keputusan PRU13?
ANWAR: Ya, saya dukacita kerana masa depan negara itu tercemar. Sudah 50 tahun merdeka, kita gagal mengamalkan politik yang bersih dan pilihan raya yang bebas dan adil. Ia dijamin dalam perlembagaan ini merampas hak rakyat.

SINAR HARIAN ONLINE: Tahun lepas Datuk Seri pernah kata kalau Datuk Seri gagal dalam pilihan raya, Datuk seri mungkin akan berundur dari politik.
ANWAR: Adakah saya gagal dalam pilihan raya kali ini? Ada peningkatan kerusi, kita menang. Soal keputusan saya itu, seandainya pilihan raya itu bersih, malah saya sudah berbincang dengan teman-teman di beberapa universiti utama untuk, jawatan pun sudah sedia untuk saya, tak realistik.  Kalau pilihan raya itu okey dan kita tewas, nak pergi Uitm mereka tak boleh terima.


Buat masa sekarang tidak. Buat masa sekarang saya harus jalankan tanggungjawab untuk memastikan proses pilihan raya itu, kecurangan itu diperbetulkan.

SINAR HARIAN ONLINE: Pada tahun 2008, Datuk Seri menjadi Ketua Pembangkang tapi kali ini dari segi komposisi kerusi, DAP mengatasi PKR.
ANWAR: Dari dulu pun kerusi DAP mengatasi PKR. Saya memang menawarkan diri untuk undur tapi kedua-dua, DAP dan Pas minta saya teruskan.


Saya ada beritahu tadi... tidak ada masalah sebenarnya jika YB Kit Siang (Lim Kit Siang) menjadi ketua pembangkang. Kelayakan dia, pengalaman dia. Saya boleh tumpu pada kerja-kerja lain. Setakat ini, DAP dan Pas berpendirian saya harus teruskan tapi saya akan bincangkan lagi. Jangan pula tulis Anwar letak jawatan... belum belum.

Masa depan Pakatan Rakyat

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana masa depan Pakatan Rakyat selepas ini Datuk Seri?
ANWAR: Baik. Kita meningkat dan kerjasama baik. Semalam dengan pimpinan DAP, tadi kita jumpa Dap dan Pas, semalam pun jumpa Dap dan Pas. Saya hubungi Ustaz Hadi secara personal, berbincang panjang soal ini. Juga dengan Lim Guan Eng. Hubungan itu masih baik.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana kerusi MB Selangor?
ANWAR: Kerusi MB Selangor itu memang kita bagi sedikit masa dan kita runding dengan baik. Sebab itu saya dapatkan Lim Kit Siang, Ustaz Hadi. Tidak seperti mana yang berlaku pada tahun 2008, ada satu kelompok yang berebut dengan keadaan ini, saya syukur keadaan lebih baik. Tapi memang perkara ini dibincangkan. Hari ini atau esok kita selesaikan.

SINAR HARIAN ONLINE: Kemungkinan besar Tan Sri Khalid?
ANWAR: Saya tak ada masalah Tan Sri Khalid. Tapi masalahnya... bukan masalah tapi perlu satu perbincangan. Apakah ada calon lain, ke muka nama lain, nak teruskan?

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah Datuk Seri sedih kerana PR kehilangan satu negeri, di Kedah?
ANWAR: Ya, tapi kita nak tahu juga sejauh mana kecurangan itu menyebabkan kekalahan kerusi-kerusi di situ. Ataupun ada masalah-masalah lain. Macam kekalahan Kulim Bandar Baru, saya tidak percaya itu berlaku tanpa proses yang curang. Kerana sambutan yang kempen itu luar biasa.

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah strategi PR itu sendiri silap apabila tak beri tumpuan pada kerusi-kerusi yang dimenangi?
ANWAR: Tidak juga. Kita menang kerusi-kerusi dengan baik. Fuziah, Azmin, Surendran. Cuma, apabila calon-calon dulu yang lompat dan tidak menjalankan tanggungjawab. Prestasi kawasan cukup lemah. Sedangkan sebab dia lompat itu sebab saya bagi isyarat bahawa kamu tidak boleh mempertahankan rekod dan prestasi kawasan itu lemah. Itu kadang-kadang ada menjejaskan. Tapi kalau kehadiran Saifuddin di Kulim, itu lain. Sebab saya tahu, Kulim itu kejiranan saya. Saya tidak fikir boleh kalah.

SINAR HARIAN ONLINE: Di sebalik serangan berterusan oleh musuh selama ini, adakah Datuk Seri mahu memberi mesej kepada penyerang-penyerang supaya berhenti semua itu?
ANWAR: Kita bagi mesej ini, hanya pada orang yang (tidak) tahu batas akhlak dan politik yang sivil. Jadi saya tidak peduli... tengok badan-badan yang Tibai lah, apa... mereka diupah untuk mencerca. Kadang-kadang kerana begitu lucah dan kotornya, dia tahu pimpinan Umno tak sanggup buat begitu, sebab itu akan buat orang tak suka. Dia upah. Saya selalu sebut.

Saya kata, saya boleh pilih nak buat begitu kerana saya pernah pimpin negara ini. Banyak maklumat sampai pada saya. Tapi saya tak sanggup aibkan orang kerana ia melibatkan orang lain. Itu tidak menjamin mereka menghentikan. Dalam ucapan saya sebut, peralihan kuasa ini juga peralihan nilai etika, sistem akhlak. Maknanya, kita tak boleh apabila ada kuasa ia sebagai sijil atau kesempatan untuk menyerang orang tanpa pertimbangan.