Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 31, 2015

Parti Amanah Negara: Senarai Kepimpinan

Senarai penuh penjawat jawatan kepimpinan Parti Amanah Negara

31 Ogos, 2015


MEREKA YANG MEMEGANG JAWATAN DALAM PARTI AMANAH NEGARA GUGUR KEAHLIAN PAS SECARA AUTOMATIK

Dengan pengumuman ini, keahlian parti lama bagi mereka yang terlibat memegang jawatan di atas, gugur secara automatik. Pengumuman parti baru, Parti Amanah Negara telah disempurnakan oleh Hj Mohammad Sabu ptg tadi, 31 Ogos 2015 di Vistana Hotel.

1. Mengambil alih Parti Pekerja Malaysia setelah permohonan Parti Progresif Islam ditolak.

2. Nama parti dikekalkan sehinggalah ROS meluluskan nama baru yang dicadangkan iaitu Parti Amanah Negara (AMANAH).

3. Parti AMANAH akan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan.

4. Sekarang dalam proses tukar nama dan perlembagaan baru kepada ROS.

5. Majlis pelancaran akan diadakan pada 16 September 2015.

Berikut adalah nama-nama PEMEGANG JAWATAN:

Penasihat Umum:
Al Fadhil Ust Ahmad Awang

Pengerusi:
Hj Mohammad Sabu

Timb Pengerusi:
Hj Salahuddin Ayub

Naib-Naib Pengerusi:
1. Ust YB Dr Mujahid Yusof
2. Ust Hasanuddin Mohd Yunos

Ketua Wanita:
YB Dr Mariah Mahmud

Ketua Gerakan Anak Muda:
Sdr Mohd Sany Hamzan

Setiausaha Agung: Hj Anuar Tahir

Timb. Setiausaha Agung: Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

Bendahari: Hj Asmuni Awi

Setiausaha Organisasi: Suhaizan Kaiat

Ahli Jawatankuasa :

1. Dr Mohd Hatta Ramli
2. Dr Dzulkefly Ahmad
3. Ir Khalid Samad
4. Ir Izham Jashim
5. Hj Adly Zahari
6. Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi
7. Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
8. Mazlan Aliman
9. Aminolhuda Hassan
10. Mohd Hanipa Maidin
11. Dato' Phahrolrazi Zawawi
12. Saari Sungib
13. Zulkifli Mohd Omar
14. Hu Pang Chaw
15. Dato Wan Abd Rahim Abdullah
16. Hasnul Baharuddin

*Dengan pengumuman ini, keahlian parti lama bagi mereka yang terlibat memegang jawatan di atas, gugur secara automatik.

Guling kerajaan, siapa perintisnya?

Guling kerajaan, siapa mulakan?
Posted on Monday, August 31 @ 10:24:11 MYT by paklang
Oleh DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

TIMBALAN Perdana TMenteri, YAB Dato’ Seri Zahid Hamidi mendakwa wujud usaha menggulingkan kerajaan melalui suatu komplot terancang.

Beliau tidak mahu mendedahkan nama individu berkenaan, tetapi beliau meminta individu berkenaan menafikan jika dakwaan beliau tidak benar. Sifir beliau, “siapa makan cili, dia berasa pedas.” Itu cara beliau menjaga keselamatan negara dan kerajaan.

Menurut beliau, kerajaan akan digulingkan dengan cara undi tidak percaya – yang dibolehkan berlaku di Parlimen – dan usaha mendapatkan sokongan daripada ahli parlimen pembangkang secara akuan bersumpah sedang berjalan. Jika benar kaedah ini berlaku dan berjaya, ia bukannya “guling kuasa” tetapi “tukar kuasa.”

Siapakah yang mulakan cara selain pilihan raya untuk membentuk kerajaan? Tidakkah Umno yang melakukannya secara komplot terancang sehingga kejatuhan kerajaan Perak di bawah Pakatan Rakyat pada tahun 2009?

Tidakkah Umno juga menjadi dalang kejatuhan kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 1961 apabila membeli wakil rakyat untuk membentuk kerajaan baru? Baru-baru ini di Tampin, beliau mengumumkan pula bahawa individu yang mahu gulingkan kerajaan itu akan berjumpa Perdana Menteri. Kata beliau, individu berkenaan telah sedar bahawa perbuatannya adalah salah.

Kalau dakwaan itu benar, tidak adakah prosedur dan peruntukan undang-undang untuk membendungnya? Kenapa prosedur dan peruntukan undang-undang ini tidak digunakan?

Sememangnya Dato’ Seri Zahid sangat bimbang kejatuhan kerajaan BN. Cepat atau lambat yakinlah ia pasti jatuh bukan kerana komplot tetapi kerana kegagalan dan kebobrokan Umno dan Dato’ Seri Najib yang terpalit dengan begitu banyak isu integriti.

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI Kuala Terengganu

Like father like daughter

Anak Zahid Hamidi Kutuk Peserta BERSIH Buat Kerja Bodoh
MONDAY, 31 AUGUST 2015
PETALING JAYA: Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan penyokong Bersih 4 kerana membuat perhimpunan jalanan.

Di laman Facebook miliknya, Nurulhidayah Ahmad Zahid menyifatkan protes itu sebagai perbuatan bodoh dan lebih baik penyokong-penyokong yang terlibat memasuki askar dari membuat demo jalanan.

"Nak sangat pertahankan NEGARA konon? Pergi masuk Askar la. Jaga sempadan.

"Pegi Ops Pasir.. segala mak bapak Ops korang bole rasa. Nie takat uniform kuning bangga dapat masuk TV, masuk paper.. apa ke jadahnya?

"Don't make me speak Malay language because I will speak the language that made u really understand. 

Nurulhidayah juga turut menyatakan perasaan kesalnya kerana pernah berdemo ketika pada 1998 ketika era reformasi. Ketika itu, ayahnya, Zahid Hamidi pernah ditangkap oleh ISA kerana dilihat sebagai sekutu Anwar Ibrahim ketika era pemerintahan Mahathir.

"Berani sangat la tu konon nak bangkang macam tu? Aku pernah merasa zaman 1998 macam korang. Betapa BODOH nya aku ketika itu sbb berkumpul nak seronok2. 

"Time tu aku suruh Tun Mahathir turun. Aku percaya ramai yang mcm tu dulu. Tapi zaman skrg dah tak releven babe kat atas jalan ni! 

"Negara luar tu dok perhati jer nak Malaysia ni huru hara. Malas la nak cakap. Pendapat aku - ITU KERJA SIA2. Dalam bahasa mudah faham - KERJA BODOH!", tulisnya di Facebook

Selain dari itu, turut kelihatan beberapa rentetan posting di Facebook yang menyuarakan pendapatnya mengenai Bersih 4.

Andaian nakal atau fakta?

MISTERI ZAHID HAMIDI LAWAN GHB TERJAWAB
MONDAY, AUGUST 31, 2015

Zahid Hamidi baru2 ini telah menolak permohonan Harapan Baru utk menggunakan nama Parti Progresif Islam.

Ini kerana Harapan Baru berpotensi besar menggalakan perancangan PAS-UMNO yang selama ini telah terjalin.

Rancangan asalnya kumpulan2 progresif akan dibersihkan dari kepimpinan.

Selepas itu akan berlaku pembahagian kerusi antara PAS dengan PKR.

Di hari penamaan calon kelak, PAS akan tarik diri dari semua kerusi yg UMNO telah menangi.

UMNO juga akan memberi kemenangan percuma kepada kerusi2 yang PAS telah menangi.

Pada waktu yang sama PAS akan meletak calon melawan PKR dan DAP.

Di kerusi2 tersebut UMNO akan menarik diri.

Hasilnya nanti PKR akan hilang sebahagian besar kerusi mereka.

UMNO/BN akan mendapat 2/3 dengan bantuan kerusi2 yang dirampas oleh PAS dari PKR.

PAS pula akan memerintah di Kelantan daen Terengganu dan mngkin Kedah.

Haji Hadi dan Majlis Syura Ula ma pula akan beri alasan penting menggembalikan majoriti 2/3 kepada UMNO dan BN kerana hendak meminda Perlembagaan bagi membolehkan hudud.

Pendek kata segala2nya halal kerana hudud.

Harapan Baru mengagalkan perancangan ini. Harapan Baru akan meletak calon di kerusi2 yang UMNO dan PAS bertanding.

Tidak akan berlaku menang percuma kepada PAS mahupun UMNO disebabkan Hrapan Baru.

Kalau PKR masih mahu terus mempercayai PAS, silakan.

Namun yang pastinya PAS akan mengkhianati PKR atas nama hudud.

TULANG BESI

Kenapa tidak mereka tinggalkan negara ini sahaja?

Bersih 4: Seruan patriotik kaum Cina?
UPDATED: Aug 31, 2015 07:21am

KUALA LUMPUR, 31 Ogos:

Walaupun penyertaan kaum Melayu dalam himpunan Bersih 4 tidak seramai dijangkakan, tetapi sokongan kaum Cina yang amat luar biasa, tidak patut diketepikan.
Pemerhati politik, Denison Jayasooria berpendapat, kerajaan tidak harus memandang remeh jumlah peserta Cina dalam himpunan Bersih kali ini.
“Apa yang membuatkan ribuan orang Cina sanggup berarak, bermalam di sana dan teruskan untuk hari kedua?
“Apa yang membuatkan mereka sanggup mengambil risiko, dengan melanggar arahan Kementerian Dalam Negeri dan polis untuk hadir dengan berbaju kuning Bersih 4?” soalnya.
Menurutnya, majoriti peserta himpunan Bersih 4 terdiri daripada golongan pertengahan masyarakat Cina, menunjukkan mereka kurang yakin dengan keadaan ekonomi negara.
“Kehadiran masyarakat Cina mungkin menterjemahkan mereka tidak yakin dengan kepimpinan negara sekarang.
“Ia juga akan memberi impak besar terhadap aliran keluar mata wang negara dan pelaburan global.
“Ini adalah trend amat membimbangkan. Keadaan ekonomi sekarang menjadikan mereka lebih sensitif terhadap tadbir urus negara yang lebih baik dan anti rasuah,” katanya kepada The Rakyat Post.
Tambahnya, kerajaan tidak boleh memandang rendah pendirian mereka terhadap dimensi ekonomi negara, kerana ia adalah kaum kedua terbesar di negara ini.
Katanya, ia adalah satu kesilapan untuk mengetepikan penyertaan kaum Cina sebagai tindakan tidak patriotik.
“Ini adalah seruan patriotik daripada masyarakat Cina. Kenapa tidak mereka tinggalkan negara ini sahaja?
“Mereka berbuat demikian (menyertai himpunan Bersih 4), kerana mereka prihatin terhadap cara negara ini diurus tadbir.
“Jadi, adalah tidak wajar suara mereka diketepikan dan memberi alasan berbentuk retorik, tanpa memikirkan kesannya,” katanya. - sumber

Ini muka yang mahukan Muhyiddin berundur?

Umno Sg Besar mahu Muhyidddin lepas jawatan


Umno Bahagian Sungai Besar hari ini meluluskan usul meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan timbalan presiden parti secara terhormat.
Usul itu dicadangkan oleh ketua bahagian berkenaan, Datuk Jamal Md Yunos dalam persidangan perwakilan Umno bahagian Sungai Besar di sini hari ini sebelum ia dibahas dan diluluskan dengan sejumlah 274 perwakilan menyokong manakala 171 membantah.
Usul tersebut antara lain berpandangan bahawa Muhyiddin perlu memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi meneruskan usaha mengukuhkan parti untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.
Jamal dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu berakhir, berkata usul itu dibangkitkan setelah pihaknya berpendapat Umno tidak boleh mempunyai dua nakhoda, apatah lagi di saat parti sedang diasak dengan pelbagai isu yang memerlukan kesepakatan semua anggotanya.
"Usul ini menerima sokongan lebih dua pertiga perwakilan yang hadir. Kita merasakan Najib perlu mempunyai pembantu yang setia, iaitu Ahmad Zahid. Masa sudah terlalu suntuk, fokus perlu diberikan untuk menentang pihak lawan.
"Jika Muhyiddin terus kekal sebagai Timbalan Presiden, Najib nanti tidak ada kerja lain kerana asyik perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan Muhyiddin," katanya.
Jamal berkata cadangan usul itu juga bagi menjaga kerahsiaan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti.

Prinsip integriti, akauntabiliti: Adakah mereka peduli?

Prinsip integriti, akauntabiliti kian terhakis


Negara kita telah merdeka selama 58 tahun. Telah banyak kemajuan yang dicapai oleh negara kita selama ini dan Malaysia berdiri megah sebagai sebuah negara yang berdaulat, bermaruah dan dihormati di persada dunia.
Asas yang membina kemerdekaan dan kemajuan negara kita ialah kepercayaan. Sebelum merdeka dahulu, penduduk negara ini yang berbilang kaum dan agama mempunyai rasa sangsi antara satu sama lain. Namun, berkat kebijaksanaan pemimpin kita yang terdahulu, mereka telah berjaya memupuk kepercayaan masyarakat majmuk di negara ini bahawa Malaysia adalah milik semua warganegara tanpa mengira kaum dan agama.
Semua warganegara mempunyai hak yang dijamin oleh perlembagaan dan semua mereka bertanggugjawab untuk memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian negara dengan memupuk perasaan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.
Kepercayaan juga terbentuk antara pemimpin pelbagai kaum. Pemimpin Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai kepentingan semua kaum dan merancang kemajuan negara kerana mereka mempercayai antara satu sama lain.
Tak pernah melampau
Memang sepanjang negara ini ditadbir oleh BN, terdapat beberapa masalah yang wujud antara masyarakat pelbagai kaum, tetapi semua masalah ini dapat diatasi kerana pemimpin BN percaya, perundingan dan kerjasama adalah jalan terbaik untuk mencari penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.
Rakyat juga mempercayai kerajaan yang memerintah. Mereka percaya kerajaan bertanggungjawab memerintah secara adil dan saksama, melaksanakan pembangunan demi kesejahteraan rakyat, memacu kemajuan ekonomi, menyediakan pendidikan berkualiti, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Kerana itu, selama 58 tahun merdeka, rakyat di negara kita tidak pernah bertindak melampau untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik menerusi pilihan raya yang bebas dan adil.
Para pelabur dan komuniti perniagaan juga selama ini mempunyai kepercayaan tinggi terhadap negara kita. Mereka yakin bahawa dengan kestabilan politik, keharmonian kaum dan kecekapan kerajaan mengurus negara, pelaburan dan perniagaan mereka di negara kita adalah terjamin.
Dengan keyakinan ini, Malaysia merupakan antara penerima pelaburan langsung asing yang tertinggi di rantau ini dan saban tahun mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif.
Sekiranya kita dapat mengekalkan, malah memperkukuhkan kepercayaan antara sesama pemimpin, antara sesama rakyat, antara rakyat dan pemimpin, antara kerajaan dan rakyat, antara pelabur, komuniti perniagaan dan institusi ekonomi negara, maka saya yakin negara kita akan terus berada pada landasan yang betul dan bersedia untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Sentimen rakyat agak negatif
Namun, pada masa ini ramai pihak berpandangan bahawa negara kita sedang menghadapi masalah defisit kepercayaan(trust deficit) yang parah. Kepercayaan rakyat kepada kerajaan sudah semakin longgar. Kepercayaan pelabur dan komuniti perniagaan kepada ekonomi negara juga sudah luntur.
Ringgit kita kian merudum terutamanya berbanding dollar AS dengan nilainya sekarang yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun. Pasaran saham jatuh, rizab negara merosot dan sentimen pengguna adalah paling rendah dalam tempoh tujuh tahun.
Benar, faktor luaran seperti kejatuhan harga komoditi mempengaruhi pasaran kewangan dan ekonomi, tetapi prestasi kita antara yang paling rendah dalam kalangan negara-negara serantau. Inilah realiti yang harus kita terima dan mesti diatasi dengan segera.
Saya menyambut baik kenyataan Gabenor Bank Negara bahawa asas ekonomi negara kita kukuh. Ini adalah satu perkembagan yang amat baik untuk kita membina semula kepercayaan masyarakat dunia terhadap ekonomi dan politik negara kita.
Yang perlu kita atasi ialah sentimen rakyat, pelabur dan masyarakat antarabangsa terhadap negara kita yang agak negatif disebabkan oleh beberapa isu politik yang sedang melingkari kita hari ini.
Rakyat semakin resah apabila hari demi hari prinsip integriti dan akauntabiliti kelihatan semakin terhakis dalam pentadbiran negara. Pegawai-pegawai kerajaan yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ditamatkan perkhidmatan, ditukar, diugut dan diambil tindakan.
Kebebasan institusi-institusi penting negara seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia seolahnya semakin disekat.
Kredibiliti pemimpin dipersoal
Tidak dapat dibayangkan dalam sejarah perkhidmatan awam negara kita, terdapat pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berdedikasi sanggup bersuara lantang menentang pihak atasan yang cuba mencabuli prinsip perkhidmatan awam yang adil, tegas dan berkecuali.
Ada juga sesetengah pemimpin politik yang mengugut untuk menyekat kebebasan rakyat daripada menyuarakan pandangan terutamanya di media sosial kerana tidak sanggup lagi mendengar kritikan dan teguran rakyat yang semakin hari semakin lantang.
Selain itu, mereka yang menegur tindak tanduk pemimpin digelar sebagai pengkhianat dan dituduh hendak menggulingkan kerajaan. Mereka ini jelas tidak dapat membezakan antara menegur pemimpin dengan menggulingkan kerajaan adalah dua perkara yang berlainan. Betapa ramai pemimpin negara sebelum ini yang menerima teguran, tetapi kerajaan terus kekal, malah bertambah kukuh.
Atas segalanya, kredibiliti pemimpin semakin dipersoalkan. Institusi demokrasi yang ada dilihat sudah tidak dapat lagi berfungsi dengan baik untuk melakukan perubahan kerana ditekan dan dikawal dengan ketat oleh mereka yang berkuasa.
Saya bimbang selagi kemelut besar kepimpinan ini tidak dapat diselesaikan, maka selagi itulah negara dan kerajaan akan terus dibebani dengan masalah defisit kepercayaan yang semakin parah.
Bagi saya, isu kepercayaan ini akan dapat diselesaikan jika negara kita kembali dipimpin berlandaskan prinsip integriti, akauntabiliti dan penanggungjawaban kepada rakyat. Prinsip ini jugalah yang dituntut oleh Islam ke atas setiap pemimpin sebagaimana hadis Rasululullah SAW (bermaksud): "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya”.
Sesuai dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu “Sehati Sejiwa”, marilah kita bersama-sama membentuk kesatuan hati atau “wahdatul qulb” untuk membina semula kepercayaan terhadap negara kita dengan mengembalikan kepimpinan yang berintegriti, berakauntabiliti dan bertanggungjawab.
Yakinlah bahawa Malaysia adalah tanah air kita yang berdaulat dan bermaruah, dan kita sebagai rakyat bertanggungjawab untuk terus memelihara kedaulatan dan maruah negara kita. Saya berdoa agar negara kita terus kekal aman, maju dan berdaulat.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN adalah Timbalan Presiden Umno.

Bersih, harapan baru dan merdeka

Posted on Sunday, August 30 @ 11:48:50 MYT by paktam
Oleh Mujahid Yusof Rawa

Ada apa dalam faktor kesamaan perkataan Bersih, Harapan Baru dan Merdeka? Kesemuanya membawa kepada satu nilai iaitu kebebasan.Jika diambil perkataan Bersih secara bahasa contohnya, berlawanan dengan kotor dan bolehlah dikatakan Bersih adalah kebebasan dari kekotoran dan ia adalah sesuatu yang sangat didambakan manusia.

Perkataan Harapan pula membawa konotasi anti kekecewaan dan apabila dikaitkan dengan deskripsi 'Baru' ia seolah-olah kebebasan dari rasa kecewa dan senantiasa melihat masa depan yang cerah.
Apa pula tentang Merdeka?

Perkataan Merdeka lebih 'direct' kepada makna kebebasan sebagai kata lawan daripada sifat kongkongan dan menjajah.

Ketiga-tiga perkataan adalah sinergi kepada kelahiran entiti baharu dan stimulus kepada impian yang mahu dicapai bersama.

Tetapi faktor kesamaan ini secara operasionalnya jauh lebih realistik dan mencabar sifatnya.

Bersih sudah terbukti sebagai gerakan massa yang mencipta sejarahnya tersendiri apabila tuntutan pilihan raya Bersih mengubah cara SPR mengendalikan pilihan raya dan membebaskan sikap SPR yang dilihat berat sebelah sebagai pengadil demokrasi berpilihan raya.

Bersih merakamkan tiga perhimpunan besar sebelum ini (2007, 2011 dan 2012) melibatkan seluruh rakyat Malaysia yang inginkan demokrasi dan cara pengendaliannya yang adil dan telus.

Bersih tidak berhenti sekadar isu pilihan raya, kini ia menuntut ketelusan pemerintahan, hak berdemo, mengukuhkan sistem berparlimen serta menyelamatkan ekonomi negara.

Usah dikira susah payah yang terpaksa dilalui berhadapan dengan polis anti rusuhan yang satu ketika memalukan dunia reaksi berlebihan dan salah guna kuasa untuk menyuraikan perhimpunan aman.

Bersih adalah perjuangan mempertahankan Artikel 10 Perlembagaan Negara serta menguji keberkesanan pihak polis mengawal hak ini bagi melahirkan sebuah masyarakat yang matang dan bertamadun dalam mengendalikan penentangan secara sivil.

Negara tidak terkecuali dari dinamika parti politik yang membentuk sebahagian dari proses demokrasi.

Politik kepartian adalah tonggak terbentuknya sebuah kerajaan, walaupun di negara dunia yang lain parti politik boleh sahaja berubah asalkan mereka menang pilihan raya, tetapi di Malaysia kenyataan ini nampaknya masih taboo pada amalan politik Malaysia.

Parti pembangkang sejak sekian lama cuba untuk membentuk pakatan politik yang kuat dan rekod terbaiknya ialah pada PRU13 dengan jentera Pakatan Rakyat atau PR.

PR memperkukuhkan kedudukannya sehingga meraih 52% undi popular dan Barisan Nasional haya mampu mengekalkan kemenangan dengan kerusi yang dimenanginya di Timur Malaysia.

Namun harapan untuk melihat PR bertambah kukuh berkecai kerana parti komponennya masih berbalahan sehingga 52% undi yang diperolehinya seolah tidak dihormati.

PAS, DAP dan PKR sudah tidak dilihat bersatu lagi walaupun jaminan demi jaminan diberikan namun keretakan hanya menanti belah.

Peluang dalam krisis PR tercipta dengan lahirnya sebuah Harapan Baru yang mahu mengekalkan momentum pembangkang mengambil alih pentadbiran negara dari UBN.

Kelahiran Harapan Baru adalah dari kehendak gelombang rakyat terbentuk daripada kelompok pelbagai yang mahu bebas dari politik lama dan harapan lama.

Kini Harapan Baru akan muncul sebagai entiti politik menyatukan kekuatan pembangkang dalam kelahiran PR 2.0 yang dinanti-nantikan.

Merdeka menjadi kebanggaan setiap anak watan negara ini malah lagu Bahtera Merdeka sudah cukup menaikkan semangat menambahkan kecintaan kita pada negara ini.

Merdeka adalah sebuah perjuangan membina dan mewarisi amanah besar tanpa sebarang syarat dan siap berkorban supaya negara ini kekal Merdeka.

Setelah perginya penjajah perjuangan kemerdekaan mengambil bentuknya yang lebih rumit iaitu merdeka daripada korupsi, merdeka dari pemimpin berkepentingan, merdeka dari kongkongan akta yang menyekat, merdeka dari ideologi sempit agama dan kaum serta merdeka minda dan cita-cita.

Bersih akan berhimpun di ambang kemerdekaan bagi menuntut sesuatu yang jauh lebih besar daripada sekadar mengibar Jalur Gemilang atau melaungkan kalimah keramat merdeka!

Perhimpunan penuh makna ini adalah dalam semangat kemerdekaan yang padat dengan patriotisme kepada negara.

Harapan Baru akan mengumumkan pada pelancaran awalnya 31 Ogos ini tentang parti baharu bagi meneruskan gelombang rakyat dan cita-cita membentuk kerajaan baharu.

Merdeka akan tetap datang tanpa Bersih ataupun Harapan Baru namun kali ini Merdeka akan senyum kerana kedatangannya disambut oleh dua pengawal kiri dan kanannya untuk menyuntik semangat pada kita semua bahawa Bahtera Merdeka akan tetap terus melayari lautan bergelora demi memenuhi impian ke Pulau Idaman, destinasi seluruh rakyat Malaysia.

Itulah kebebasan yang dicari, erti sebuah kemerdekaan hakiki.

SALAM BERSIH!
SALAM HARAPAN!
SALAM MERDEKA!

GHB: Keyakinan akar umbi

Akar umbi GHB yakin parti baru dapat menggantikan PAS 
05:40PM Ogos 30 2015
oleh Alyaa Alhadjri

BERSIH 4: Peranan PAS dalam menggerakkan hadirin Melayu dalam perhimpunan 34 jam telah menjadi subjek perbincangan di kalangan pemerhati.

Malah sehingga ada yang menyindir bahawa jumlah kehadiran keseluruhan adalah “kemenangan buat DAP” - berdasarkan apa yang dilihat hadirin majoriti dari kaum Cina, daripada lebih 100,000 penunjuk perasaan.

Ketiadaan PAS telah diselamatkan oleh kumpulan serpihannya, Gerakan Haapan Baru (GHB).

Krew Unit Amal dengan berbaju merah hati telah digantikan oleh 500 orang skuad beruniform Arif GHB berwarna hitam dan jingga.

Seorang ahli GHB dari Pontian, Johor, Noorsaiful Amri Suloh berkata beliau telah bermalam di jalanan dan ianya “berbaloi”.

"Kita muda-muda tidur atas jalan. Kita hantar mesej yang jelas," kata beliau.

Noorsaiful memberitahu Theantdaily bahawa GHB sedang bersiap-sedia untuk melancarkan parti rasmi mereka pada 31 Ogos.

“Kami telah bersedia. Pada saat parti ini dilancarkan, ramai daripada kami di PAS Johor akan keluar parti dan menyertai parti baru ini,” kata Noorsaiful.

“Terdapat ramai daripada kami (GHB) di Bersih 4 tetapi kami masih lagi belum diiktiraf,” kata beliau berkaitan kehadiran penunjuk perasaan berbangsa Melayu yang mengecewakan.

Terlebih dahulu awal minggu ini, ahli jawatankuasa induk GHB Mujahid Yusof Rawa berkata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah menolak permohonan mereka untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam SeMalaysia.

Noorsaiful, bagaimanapun, berkata beliau yakin bahawa parti baru GHB akan berjaya meraih sokongan akar umbi PAS di Johor, kerana idea untuk menubuhkannya dicetuskan ketika "Himpunan Jasamu Dikenang" yang dianjurkan di negeri itu.

Perhimpunan itu telah dianjurkan berikutan pemimpin progresif PAS dicantas pada pemilihan parti itu, menentang kelompok ulama di bawah presiden Abdul Hadi Awang.

Keputusan oleh PAS untuk tidak menggerakkan ahlinya jelas sekali kerana politik, selepas berpecah dengan DAP dan kematian Pakatan Rakyat.

Di lapangan, bagaimanapun, penunjuk perasaan sendiri lebih peduli tentang menghantar satu mesej, tetapi dengan ‘jutaan’ cara berbeza.

Malahan hujan yang telah mula turun pada sekitar jam 3.30 petang tidak mematahkan semangat mereka.

Jika apa-apa pun mereka bertenaga semula selepas hampir dua hari berpanas terik.

Bagaimanapun, ia kelihatan akan kembali hangat sekali lagi dengan penampilan kedua bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sunday, August 30, 2015

Selepas sebulan jadi TPM, bagaimana prestasi Zahid sebenarnya?

12:30PM Ogos 30 2015
oleh Shahbudin Husin
SUARA LANTANG: Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai lalu untuk menggantikan Muhyiddin Yassin yang disingkirkan pada tarikh yang sama. Selepas sebulan memegang jawatan itu, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri bukan saja diuji dengan himpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos ini, tetapi prestasinya turut menjadi bualan sepanjang tempoh itu. 

Sehari sebelum berlangsungnya himpunan yang dijangka mendapat sambutan hangat itu, Zahid telah mengeluarkan warta kerajaan yang melarang sesiapa memakai pakaian berwarna kuning atau yang mengandungi perkataan Bersih 4 berkuatkuasa serta merta. 

Ia seperti memberi bayangan awal bahawa pihak berkuasa akan bertindak lebih keras menangani perhimpunan kali ini. Dan ini sekaligus menjadikan Zahid terus menjadi sorotan umum. 

Tetapi selepas sebulan bergelar YAB, orangramai juga mulai menilai prestasinya.  Adakah prestasnya sepanjang sebulan ini menunjukkan beliau lebih baik atau lebih buruk berbanding TPM-TPM sebelum ini? 

Bolehkah rakyat bergantung harap kepadanya sebagai pemimpin yang mewakili semua kaum dan pelbagai lapisan rakyat di negara ini? 

Dalam masa yang sama, apakah beliau merupakan TPM yang berpeluang menjadi PM atau bakal kecundang di tengah-tengah pendakian sepertimana ramai yang lain sebelum ini? 

Dari segi sokongan ahli-ahli UMNO dan kesetiannya kepada Perdana Menteri Najib Razak, Zahid Hamidi barangkali tidak perlu dipertikaikan lagi. 

Beliau bukan saja lama dalam politik dengan bermula dari era Pemuda UMNO lagi, tetapi juga bergelumang lama dengan Najib kerana penglibatan awalnya dalam kerajaan ialah sebagai Setiausaha Politik Najib yang ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan. Selain itu, dengan dua kali berturut-turut memperolehi undi tertinggi bagi jawatan Naib Presiden UMNO adalah bukti nyata bahawa sokongan akar umbi memang kukuh terhadapnya. 

Bagaimanapun, apabila menjadi TPM tentu saja Zahid tidak boleh bergantung kepada populariti di kalangan ahli UMNO semata-mata. Kedudukan sebagai orang nombor dua dalam kerajaan turut menjadikannya perhatian kepada seluruh rakyat. 

Malangnya, sepanjang sebulan ini Zahid belum menampakkan lagi wibawanya yang sebenar sebagai TPM kepada semua rakyat, malah orang lebih banyak mempersoalkan wibawanya berbanding memuji kedudukannya sebagai pengganti kepada Muhyiddin Yassin. 

Lihat saja bagaimana beliau mendedahkan adanya usaha menjatuhkan PM melalui undi tidak percaya di Parlimen. Bukan saja dalang yang disebutnya itu gagal dibuktikannya sehingga sekarang, malah dakwaannya bahawa dalang tersebut sudah insaf dan ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri tidak ubah seperti "omongan kosong"  sahaja.

Kemudian, dalam isu derma RM2,600 juta yang diterima Najib, beliau juga menyebut sudah bertemu dengan wakil keluarga penderma dari Timur Tengah yang murah hati itu dan menghuraikan mengapa sumbangan itu diberikan. 

Selain kata-kata itu agak meragukan ramai, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad selepas itu lantas mencabar Zahid agar membuktikan siapakah keluarga penderma yang ditemuinya itu. 

"Jadi biar beliau buktikan orang Arab ini ada duit yang banyak untuk diberikan kepada Malaysia dan beberapa negara lain. Negara mana, daripada sumber mana duit itu, apa perniagaannya, apakah nama bank yang digunakannya?

"Tunjukkan akaun dia dalam bank, cek yang dikeluarkannya, khususnya wang AS$700 juta itu.  Bank penerima sepatutnya memegang cek itu," cabar Tun Mahathir kepada Zahid melalui blognya. 

Sama seperti dakwaan adanya usul undi tidak percaya yang disebutnya sebelum ini dan pertemuan dalang terbabit dengan Najib untuk meminta maaf yang gagal dibuktikan sehingga kini, Zahid juga tidak berani bersuara apa-apa terhadap cabaran Tun Mahathir.

Ini bermakna, termasuk dalang insiden Lahad Datu dan buktinya Syiahnya Mohamad Sabu yang juga gagal dibuktikan setelah digembar-gemburkannya, Zahid sebenarnya mempunyai deretan hutang kepada rakyat yang belum dilunaskannya meskipun sudah meningkat kedudukannya menjadi TPM. 

Sebagai TPM, ramai yang menyifatkan Zahid tidak wajar membuat sesuatu dakwaan  yang belum dibuktikan kesahihannya kepada umum. 

Beliau bukan lagi Ketua Pemuda UMNO atau Setiausaha Politik kepada Najib yang boleh sesuka hati melakukan "tembakan rambang" atau "melempar bom asap"  semata-mata untuk menarik perhatian ramai. 

Cakap seorang TPM mesti berdasarkan fakta dan perkara yang nyata. 

Seorang TPM tidak boleh semata-mata bercakap untuk meraih populariti politik, tetapi harus mengutamakan kepentingan negara. Perkara yang belum sahih lebih baik disimpan dahulu daripada dihebohkan kepada umum. 

Sebarang cakap dan kenyataan seorang TPM bukan saja diperhatikan ramai, malah juga seharusnya mewakili negara. 

Namun apakah manfaatnya kepada negara apabila mendedahkan mengenai dalang yang mahu menyingkirkan Najib dan kemudian mengatakan dalang terbabit sudah insaf serta memberikan tarikh dan masa pertemuannya dengan Perdana Menteri, tetapi langsung tidak dapat dibuktikan? 

Apakah cukup bijak apabila mengatakan sudah bertemu wakil keluarga penderma yang menyumbang RM2,600 juta kepada Najib, namun apabila dicabar oleh Tun Mahathir, terus terdiam tanpa mampu menyahut walau sepatah pun? 

Kecuali Zahid segera merubah wataknya dan benar-benar menjiwai bahawa beliau kini adalah TPM yang merupakan orang nombor dua dalam negara, kepercayaan rakyat daripada pelbagai lapisan masih jauh dari meyakinkan berdasarkan penampilannya dalam tempoh sebulan ini. 

Beliau bukan saja terkebelakang berbanding TPM sebelumnya sejak era Tun Musa Hitam, malah ada yang mengatakan Tun Ghafar Baba yang tidak bersekolah tinggi pun lebih baik dan lebih menjiwai jawatan nombor dua itu berbanding dirinya. 

BERSIH 4: Pandangan Ahli Demonstran

Mufti yang tidur tanpa memahami politik dan keadaan rakyat boleh pakaikah?
Mufti yang tak berani nak tegur kecurangan pemimpin yang berkuasa boleh percayakah?

PANDANGAN KAMI BEBERAPA AHLI DEMONSTRAN BERSIH 4.9/0

Assalamu'alaikum warahmatullah saudara se-Islamku,

Alhamdulillah pagi Subuh 30 Ogos 2015 ini, kami aktivis Bersih, masih lagi berada di Jalan Tunku Abd Rahman / Tun Perak di lapangan Bersih 4.0

Kami ingin beri pandangan tentang komen beberapa org ulama yg tlh mberi komen yg  tidak seimbang tentang Bersih 4.0 malahan boleh menglirukan ummah.

Ada ulama yang tidak turun padang dan tidak mengkaji masalah ummah secara mendalam dan merujuk kepada pakar2 bidang lain seperti kajian politik dan sosial, tiba2 saja kata buat Bersih 4.0 ni tidak demokratik dan tidak patriotik.

Tetapi pemimpin2 negara yang mggelapkan duit rakyat dan kemudian saling berpakat menutup lubang, berbohong, mengugut pengawai kerajaan, demokratik dan patriotikkah mereka? Ulama yang sama tidak pula mbuat kenyataan pemimpin ini tidak demokratik dan tidak patrioktik kerana menipu rakyat secara terang2.

Allah swt akan memenangkan agamaNya. Kita hanya berada didalam proses perubahan itu. Bersyukur kepada Allah swt dan tahniah kepada yang terlibat dalam Bersih 4.0

Jika satu kumpulan atau kaum enggan membantu agama Allah, maka Allah akan mengantikannya dengan kaum dan kumpulan lain.

Ramai kaum Cina di Malaysia bukan Islam, mereka berpakaian mendedahkan tubuh badan datang ke Bersih..memang mereka begitu. Mengapa ada pemimpin parti Islam mbangkit sudut ini.

 Tanggungjawab kita ialah membimbing mereka dgn nasihat dan teladan yang baik.

Kini mereka mendambakan kebaikan yang memang terangkum dalam Islam yang bersifat universal dan rahmatan lil alamin.

Mengapa pula parti Islam menolak mereka dan mencurigai mereka?

Sebahagian ummat Melayu telah terpengaruh dengan "fatwa" ulama' dan mufti yang tidak faham realiti atau keadaan semasa. Mereka mengunakan nas yang sahih tetapi diapplikasi di dalam konteks yang salah.

Mereka juga gagal mengimbangi di antara keperluan utk merubah kebatilan dgn tangan dengan menutup pintu kemungkaran.

Apakah kita ummat Islam begitu lemah imannya atau memiliki hati yang terlalu berpenyakit sehingga goyah pegangan agama jika melihat kaum Cina yang mendedah aurat? Walhal  BERSIH 4.0 ini adalah wahana perubahan utk kebaikan.

Mengapa mengamalkan "double standard"? Tidakkah kita bermuamalah dengan kaum Cina dan kaum Melayu sendiri yang berpakaian mendedah aurat semasa berjual beli, urusan sosial yg lain dan sebagainya?

Kita melihat para demonstran Cina amat berdisiplin dan berprinsip. Mereka taat dan berdisiplin, mengutip semasa Bersih dan sanggup tidur di Jalan TAR dan Tun Perak setelah diarah oleh penganjur. Bahasa yang  digunakan amat tertib tetapi tajam menuju sasaran rakyat Malaysia yang mahu melihat negara yang lebuh bersih. Pemidato mereka berusaha bertutur dalam bahasa Malaysia, dan mengajak rakyat bersama2 membina Malaysia yg bersih rasuah.

Bersih menuntut perubahan termasuk PERLETAKAN JAWATAN Perdana Menteri.

Menukar Kerajaan sebelum PRU14 dikatakan tidak demokratik? Adakah demokratik terhad kepada pilihanraya sahaja?

Bagaimana pula dengan membuat usul undi tidak percaya oleh ahli2 Parlimen dengan desakan rakyat dari kawasan Parlimen masing2? Bagaimana pula dengan gerakan luahan rasa rakyat melalui perhimpunan aman dan wahana BERSIH dan seangkatannya? Adakah kedua-dua perkara itu tidak demokratik sedang2 ia dibenarkan oleh undang2.

Umat Islam di Malaysia menanggung malu akibat "fatwa" yang pramatang oleh beberapa individu ulama ini.

Imam Abu Hanifah  membuat fatwa berkenaan muamalah jual beli, dan beliau, rahimahumullah adalah seorang ahli perniagaan. Imam Ibn Taimiyah apabila melawan kelesuan umat yang menutup pintu ijtihad, beliau sendiri giat terlibat dengan gerakan jihad berperang fi sabilillah.

Dalam suasana Malaysia, para ulama' seharusnya, jika tidak terlibat dgn bidang yang hendak dikeluarkan fatwa, hendaklah memanggil mereka yang terlibat dlm bidang kepakaran yg khusus atau turun padang merisik dan bergaul dengan mereka yang terlibat supaya faham akan realiti semasa. Di samping itu, mereka perlu dilatih dengan ilmu perancangan senario dan perancangan strate gik.

Tidaklah berlaku keadaan mengeluarkan fatwa dari kamar pejabat, masjid sahaja dll  dengan fatwa yang pelik dan tersasar jauh dari realiti semasa sehingga menjadi bahan tertawa puak 'civil society'.

Yang lebih menggerunkan ialah apabila para ulama' tersebut dilihat bersekongkol dengan pemerintah yang zalim dan rendah integriti. Memungkiri perjanjian dgn kumpulan belum Islam juga adalah satu amalan buruk.

Jika ada perkara yang kurang dipersetujui, tidak pula dibincangkan dlm mesyuarat secara terbuka tetapi mesyuarat pula kerapkali gagal dihadiri. Kemudian memberi alasan tidak sihat sepanjang tahun sedang pemimpin yg uzur perlu diwakili tatkala keputusan utk kepentingan ummah perlu diambil.

Tidak pula kita dengar para ulama itu menegur PM tentang salah lakunya. Atau mungkinkah mereka sudah terperangkap dengan jerat asabiah kemelayuan atau ketuanan Melayu?

Tidak boleh menjatuhkan Kerajaan yang dipilih rakyat secara sah kerana hukumnya adalah haram. Demikianlah isi kandungan fatwa seorang mufti sebuah negeri. Betulkah begitu?

Fatwa dibentangkan sedemikian rupa atau di orchestrated sehingga rakyat menjadi keliru dan menganggap luahan hati rakyat via Bersih adalah usaha menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan tidak mengikut saluran yang sah. Tuduhan ini tidak benar.

Fatwa tersebut dari kitab yang membicarakan isu bughah.

Orang yang bughah dan pemberontak, halal darahnya. Tetapi siapakah pula golongan bughah? Bukankah ia wujud pd zaman kegemilangan Islam di mana pemilihan dan wala' adalah kpd khilafah Islamiyah yang melaksanakan keadilan dan syariah sepenhnya. Mereka mengangkat senjata utk menentang kerajaan yang sah.

Adakah pembangkang di Malaysia mengangkat senjata?

Satu lagi, tatkala rakyat berhadapn dengan isu 1MDB dan RM2.6 billion dan lain-lain hingga mencetuskan Bersih 4.0, ummat Islam disajikan dengan khutbah Jumaat yang menegur penggunaan media sosial yang menfitnah pemimpin negara yang kononnya punca menyebabkan suasana huru hara. Ini satu rumusan yg tersasar jauh.

Bukankah badan khas seperti SPRM, PAC, BNM dan PDRM telah dilantik?Semua orang tahu apa yang berlaku kpd agensi tersebut. Semua orang tahu jalan cerita isu ini. Mula2 menafi laporan WSJ, kemudian disusuli pengakuan derma dari timur tengah, untuk melawan ISIS, kemudian pemecatan TPM / penamatan peguam negara sebagai pengendali kes, penukaran pegawai penyiasat,  pembubaran PAC dan cubaan mencemarkan kredibiliti gabenor Bank Negara. Pada masa yang sama isu 1MDB masih misteri.

Ini hakikat yng berlaku yang dilaporkan oleh pihak yang ada autoriti. Dan apa pula pandangan ulama berkenaan dlm hal yg amat memalukan negara ini?

Tiba-tiba ummat Islam disogokkan dengan konsep tabayyun dalm surah hujurat.

Wallahua'lam, bagi kami, ini satu lagi kes yang terang2 nak memperbodohkan umat Islam dalam isu penyelewengan yang dahyat yang dibuat oleh pemimpin negara, yang cuba ditutup lubang, dan v apabila rakyat  bangkit menyatakan suara dan perasaan mereka dicop tidak demokratik.

DEMONSTRAN BERSIH 4.0

Pagi Subuh, 30 Ogos 2015,
Tepi Persimpangan Jln Tun Razak dan Tun Perak.