Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Showing posts with label Kehilangan. Show all posts
Showing posts with label Kehilangan. Show all posts

Saturday, October 29, 2016

Hilang lagi: Kali ini jurutera Australia hilang di Taman Negara Mulu

Kawasan pencarian jurutera Australia hilang di Taman Negara Mulu diperluas
Astro Awani |  Diterbitkan pada Oktober 29, 2016 13:39 MYT
Gaskell Andrew James, 26 hilang di Taman Negara Mulu sejak 20 Okt lalu. - Foto JBPM

MIRI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) jurutera warga Australia, Gaskell Andrew James, 26, yang hilang di Taman Negara Mulu sejak 20 Okt lalu diteruskan hari ini dengan memperluas kawasan pencarian dan bilangan anggota.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Zulbada Alior berkata operasi yang masuk hari ketiga hari ini ditambah kepada 34 orang berbanding 22 orang semalam.

"Lokasi pencarian kini meliputi Lagang Cave, Moon Milk Cave, Stonehorse Cave dan Mulu Summit," katanya.

Pencarian hari ini turut disertai oleh bapa saudara mangsa, Brian Giles.
Operasi hari ketiga pada hari ini telah bermula pada jam 8 pagi tadi disertai oleh seramai 34 orang anggota mencari dan menyelamat . - Foto JBPM

Sementara itu, operasi hari ini turut mengekalkan pencarian mengikut kumpulan iaitu pecahan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan satu terdiri daripada 10 orang yang lokasi pencarian mereka adalah di kawasan Lagang Cave dan Moon Milk Cave.

Manakala untuk kumpulan kedua pula terdiri daripada lapan orang  yang mencari di kawasan Stonehorse Cave yang memakan masa perjalanan selama 40 minit dari pejabat pengurusan Taman Negara Mulu.
Operasi hari ni turut mengekalkan pencarian mengikut kumpulan iaitu pecahan kepada tiga kumpulan. - Foto JBPM

Manakala untuk kumpulan SAR ketiga pula, ini terdiri daripada 6 orang ahli  akan mencari di kawasan Summit Mulu yang terletak  24 kilometer dari pusat operasi di pejabat pengurusan Taman Negara Mulu.

Kumpulan SAR ketiga telah  bergerak pada jam 11 pagi tadi bermula di pejabat SFC Mulu menuju ke Camp 1, Camp 2, Camp 3 dan Camp 4 seterusnya terus ke Summit Mulu menggunakan jalan darat.

Laporan kehilangan dibuat rakan mangsa, Kalang Anak Baling di Balai Polis Pusat Miri.
Mesej terakhir daripada mangsa yang diterima pada 20 Oktober lalu, memaklumkan bahawa mangsa akan pulang pada keesokan harinya, iaitu Sabtu lalu.

Namun sejak itu mangsa tidak dapat dihubungi.

Saturday, June 4, 2016

Alfatihah: Muhammad Ali Meninggal Dunia

June 4, 2016 - 1:11 PM Lagenda Tinju Muhammad Ali Meninggal Dunia Di Usia 74 Tahun
The greatest boxer of all time, Muhammad Ali meninggal dunia kerana masalah komplikasi pernafasan, kata wakil dari keluarga Muhammad Ali mengesahkan berita kematian Muhammad Ali ini di NBC News.

“Selepas 32 tahun berlawan dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali telah meninggal dunia pada usia 74 tahun,” kata Bob Gunnell, wakil dari keluarga Ali.

Penyakit Parkinson yang dihidapi juara World Heavyweight 3 kali itu sangat serius yang memperlahankan pergerakan beliau dan membuatkan beliau sentiasa dalam keadaan menggigil. Penyakit ini sama seperti penyakit yang dihidapi aktor Back To The Future, Michael J. Fox. Beliau akan dikebumikan di kampung halamannya di Louisville, Kentucky.

Walaupun dalam keadaaan kesihatan yang kurang memuaskan, beliau lantang melawan proposal dari Donald Trump Disember lalu berkenaan isu menghalang orang Islam dari memasuki Amerika. “Kami dan Muslim seluruh dunia berdiri bersama-sama melawan propaganda yang menjatuhkan Islam untuk personal agenda mereka,” kata Ali.

Sedikit berkenaan sejarah Muhammad Ali. Pada awal 1060an, ketika beliau sedang memegang gelaran Boxing Heavyweight Champion, beliau menerima Islam dan menolak untuk berjuang di Vietnam War dan menjadi ikon kekuatan dan keberanian dunia. Float like a butterfly, sting like a bee. Al- Fatihah buat Muhammad Ali.

Sunday, April 3, 2016

Inilah dikatakan ajal maut tak siapa yang tahu

Anggota penyelamat Highland Towers maut dalam nahas  
Azyyati AhmadAstro Awani |  April 03, 2016 10:42 MYT    
Anggota penyelamat Highland Towers maut dalam nahas
Mendiang N.Yogaraja ketika muncul di televisyen dalam sesi pertemuan semula dan temubual khas dengan Nur Hamidah dan ibunya - Foto Bomba
KUALA LUMPUR: Salah seorang anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat semasa tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993, maut dalam nahas jalan raya awal pagi Ahad.

Pegawai Bomba Kanan 1, Yogaraja Nadaraja dilaporkan maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam nahas jalan raya di persimpangan lampu isyarat Kinrara-Puchong menghala ke Taman Sri Manja, Petaling Jaya.

Menurut jurucakap bomba, laporan awal mendapati nahas yang membabitkan motosikal yang ditunggang mangsa terbabas dan melanggar pembahagi jalan kira-kira jam 2 pagi tadi.

"Dukacita dimakumkan Yogaraja yang bertugas di unit Pengesan K-9 dan pernah berkhidmat di Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya.

"Mayat mendiang kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Upacara pengebumian akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Mendiang merupakan antara individu yang terlibat dalam operasi menyelamat dua warga Indonesia, Umi Rasyidah Khoiruman, 44 dan anaknya Nur Hamidah Nadjib, 24 tahun, semasa kejadian 23 tahun lalu.
29 Mac lalu, Yogaraja dan beberapa anggota pasukan penyelamat yang terlibat dalam tragedi itu, muncul di televisyen dalam sesi temuramah khas dengan Nur Hamidah.

Friday, March 18, 2016

Alfatihah: Adnan Abu Hassan meninggal dunia

Adnan Abu Hassan meninggal dunia
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 MAC 2016
Adnan Abu Hassan

KOMPOSER terkenal, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang jam 2.17 pagi tadi.

Arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang sekitar jam 2 pagi semalam akibat serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang.

Jenazah Adnan akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Sebelum ini, Pengurus Artis & Repertoire Luncai Emas, Sham Amir Hussain berkata, doktor mengesahkan keadaan komposer itu sedang tenat malah turut meminta ahli keluarga berada di sisinya untuk memberikan semangat.

"Sejak dimasukkan ke hospital awal pagi tadi, beliau hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

‎“Doktor juga ada meminta ahli keluarganya berada di sisi untuk memberikannya semangat," katanya.

Adnan merupakan komposer yang bertanggungjawab menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim melalui karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih.

Sunday, March 13, 2016

Lagi dongeng MH370........

Serpihan pesawat disyaki MH370 dijumpai remaja dari Afrika Selatan
Serpihan pesawat disyaki MH370 dijumpai remaja dari Afrika Selatan
Reuters turut melaporkan, dengan kerjasama pihak penguatkuasa Malaysia dan wakil dari Boeing Co., cebisan pesawat yang dijumpai oleh Lotter akan dihantar ke pasukan yang sama di Australia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang remaja dari Afrika Selatan telah menjumpai serpihan yang dipercayai dari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dari radar dua tahun lalu, menurut Jabatan Penerbangan Awam Afrika Selatan (SACAA) pada Jumaat.

Memetik laporan agensi berita Reuters, Liam Lotter, 18 telah melaporkan mengenai penemuannya kepada stesen radio, South Africa’s East Coast di sebuah pantai di bandar Mozambique sewaktu sedang bercuti bersama keluarganya Disember lalu. Mereka kemudian membawa pulang serpihan itu ke kediaman mereka di Afrika Selatan.

Lotter berkata, beliau hanya menyedari tentang perihal itu selepas penemuan cebisan dari pesawat malang itu di Mozambique baru-baru ini. Logam putih berukuran satu meter yang dipercayai berfungsi sebagai penstabil mendatar pesawat Boeing 777 itu, kini sudah berada di Australia untuk dianalisa bagi pengesahan lanjut.

Reuters turut melaporkan, dengan kerjasama pihak penguatkuasa Malaysia dan wakil dari Boeing Co., cebisan pesawat yang dijumpai oleh Lotter akan dihantar ke pasukan yang sama di Australia.

“Kami sedang dalam usaha untuk mengambil cebisan tersebut untuk dihantar ke pihak berwajib yang dilantik oleh kerajaan Malaysia di Australia,” jurucakap SACAA Kabelo Ledwaba dipetik sebagai berkata.

Penerbangan MH370, membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.

Pesawat itu masih belum ditemukan walaupun operasi mencari besar-besaran dilaksanakan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir selepas melencong daripada laluan asal.

Pada Julai tahun lepas, sekeping flaperon ditemukan terdampar di pantai Pulau Reunion, Perancis dan pada 6 Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Malaysia  Datuk Seri Najib Razak mengesahkan ia daripada pesawat MH370.

Pada hari ulang tahun kedua insiden tersebut 8 Mac lalu, Pasukan Penyiasat Annex 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah mengeluarkan kenyataan interim berhubung kehilangan pesawat itu.
Ketua Penyiasat Datuk Kok Soo Chon berkata, laporan akhir berhubung kehilangan pesawat itu akan disiapkan sekiranya pesawat dijumpai atau sekiranya misi pencarian pesawat berkenaan ditamatkan, yang mana lebih awal. - video di sini

Tuesday, February 16, 2016

Rasa bangga rakyat yang hilang: Mampukah dicari semula?

Mencari rasa bangga rakyat yang hilang
14 Februari 2016 | TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa ingin merasa bangga terhadap negara dan juga institusi-institusi berkuasa dan kewangan negara.

Mereka dahagakan pujian-pujian terhadap Malaysia. Mereka ingin dengan bangganya menyebut ‘Kita orang Malaysia’ tanpa orang lain mengungkit dan bertanya soalan-soalan mengenai skandal berskala antarabangsa yang memalukan.

Mereka juga ingin merasa bangga dan syukurnya Malaysia dipuji kerana negara ini ditadbir oleh pemimpin-pemimpin yang bersih, dilihat bersih, sanggup bertanggungjawab, sedia mengaku salah dan memberikan keyakinan kepada rakyatnya.

Begitu juga dengan sistem keadilan negara, mereka ingin merasa bangga apabila  Malaysia dipuji kerana adanya seorang Peguam Negara yang boleh bertindak secara berdikari, adil dan saksama terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat.

Namun, hari ini, majoriti rakyat Malaysia berasa malu dengan apa yang sedang melanda negara kita.

Sebabnya mudah, nama Malaysia kini terpalit dengan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang tidak dapat terpisah dengan skandal kewangan yang melanda 1MDB dan juga ‘cerita sebenar’ derma RM2.6 bilion yang muncul di dalam akaun peribadinya.

Lebih menyayat hati, kini nama Peguam Negara juga diheret bersama sejurus beliau mengumumkan tiada tindakan susulan terhadap PM selepas menerima laporan siasatan SPRM terhadap derma RM2.6 bilion dan SRC International.

Hari ini, nama Malaysia kini sering disebut bersama 1MDB dan RM2.6 bilion di mana-mana pelusuk dunia. Perkara ini memberatkan hati rakyat kerana ia telah menjejaskan nama baik negara sepenuhnya.

Akhirnya, rakyat juga yang terpaksa memikulnya – dalam bentuk kejatuhan nilai Ringgit, laporan negatif media-media antarabangsa yang bertubi-tubi dan juga pandangan serong negara lain.

Meskipun begitu, rakyat Malaysia jangan berputus asa. Rakyat Malaysia perlu terus menjadi pendesak kepada kerajaan dan pembangkang, terutamanya para ahli politik negara untuk melakukan yang terbaik untuk negara.

Rakyat perlu berani menyatakan bantahan dan terus mendesak kepada salahguna kuasapenyelewengan dan penipuan kerajaan. Rakyat perlu bertegas dengan pembangkang pada perkara-perkara yang sama.

Rakyat perlu menghantar mesej bahawa para ahli politik perlu berusaha dan bekerja untuk mendapatkan undi mereka. Gunakan media sosial sebaik mungkin secara bertanggungjawab sebagai medium pendesak.

Daripada meletakkan tenaga untuk menjatuhkan seseorang,  rakyat boleh mencuba untuk menaikkan seseorang ahli politik yang dianggap mereka berwibawa untuk menerajui negara. Kerana naiknya seorang yang baru, maka akan gugurlah yang lama.

Demi masa depan negara tercinta dan misi mencari kembali rasa bangga yang kehilangan, segalanya kini terletak di bahu rakyat - bos sebenar Malaysia tatkala kebanyakan para ahli politik negara terus bercakaran tanpa pertimbangan kesannya terhadap negara dan rakyat secara keseluruhannya.

Monday, February 1, 2016

Jasad isteri U-Wei yang hilang seminggu ditemui

Jasad isteri U-Wei yang hilang ditemui di pantai Amerika Syarikat
TMI - Published: 31 January 2016 7:45 PM

Isteri kepada pengarah filem tersohor tempatan U-Wei Saari, Diana Gail Saari, 62, ditemui mati di sebuah pantai di Alameda, California, Amerika Syarikat Jumaat lepas setelah 7 hari dilaporkan hilang.

U Wei atau nama sebenarnya Zuhir, dalam responsnya kepada Bernama melalui Whatsapp, enggan mengulas lanjut dan hanya mencatat: "Terima kasih. Doakan rohnya dirahmati, ditenangi dan disenangi Allah dan berada bersama orang yang beriman."

Sebelum itu, pada Rabu lepas U-Wei dalam catatan di laman Facebooknya menulis: "i love you usah (gail)."

Status berkenaan dipenuhi dengan ucapan takziah sejak semalam daripada kaum keluarga dan rakannya termasuk Sabri Yunus, Pyanhabib, Khalid Salleh, Siti Zainon Ismail dan Eman Manan.

The San Francisco Chronicle melaporkan jasad Gail dijumpai  Unit Marin Jabatan Polis Oakland di perairan luar pantai Alameda, California pada petang Jumaat (waktu tempatan) selepas dilaporkan hilang lebih seminggu. – Bernama, 31 Januari, 2016.

Saturday, January 16, 2016

Lima fakta tentang suami Celine Dion

Siapa Rene Angelil? Lima fakta tentang suami Celine Dion
Syafique ShuibAstro Awani |  Januari 15, 2016 22:37 MYT
Siapa Rene Angelil? Lima fakta tentang suami Celine Dion
Rene Angelil merupakan tulang belakang dalam karier Celine Dion sehingga mencapai kejayaan.
.
BERITA tentang kematian suami kepada penyanyi terkenal Celine Dion mengejutkan dunia hiburan

Selepas bertarung dengan penyakit kanser selama 20 tahun, Rene Angelil menghembuskan nafas terakhir di sisi Celine pada Jumaat.

Rene Angelil terkenal bukan sahaja sebagai suami kepada Celine Dion, tetapi menjadi tulang belakang dalam karier penyanyi itu sehingga mencapai kejayaan.

Berikut adalah beberapa fakta tentang Rene Angelil:

1) Rene dilahirkan pada 16 Januari 1942 di Montreal Kanada. Ayahnya berasal dari Syria dan ibunya pula warganegara Kanada yang berasal dari Lubnan.

2) Menurut USA Today, beliau bermula sebagai penyanyi pop pada tahun 60-an di Kanada sebelum memasuki bidang pengurusan artis. Rene mula mengenali Celine Dion ketika penyanyi itu berusia 12 tahun lagi.

Walaupun Rene 26 tahun lebih tua daripada Celine Dion, ia tidak menghalang mereka untuk menjalin hubungan cinta. Mereka terus berkahwin pada 17 Disember 1994 di Montreal.

3) Menurut laman web Heavy.com, Rene merupakan seorang pemain poker profesional dan layak untuk bertanding di satu pertandingan bertaraf antarabangsa.

4) Pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan memiliki enam anak. Beliau mempunyai tiga orang anak bersama Celine Dion iaitu Rene-Charles dan pasangan kembar Eddy dan Nelson.

5) Celine Dion dalam satu temuramah untuk satu rancangan televisyen di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa permintaan terakhir Rene adalah untuk menghembus nafas terakhir dipelukkan Celine. 

Monday, January 4, 2016

Update dengan terjeman setelah diminta oleh pengunjung: Kisah Allahyarham Capt. Hasman Hussin dan empat lagi terbunuh.........

UPDATE: 5 international soldiers who drowned identified

The five international soldiers who drowned when the vehicle they were in crossed a flooded road in Pulaski County that got swept away have been identified.
By Staff Reports

Posted Dec. 30, 2015 at 2:18 PM
Updated Dec 30, 2015 at 9:23 PM 

Capt.
Capt. Hasman Hussin, 33
The five international soldiers who drowned when the vehicle they were in crossed a flooded road in Pulaski County that got swept away have been identified.
 
Fort Leonard Wood Public Affair Office states that the victims are as follows:
• Maj. Mohammad Hassan Ibrahim, 32, Egypt;
• Maj. Akram Abu Al-rub, 38, Jordan;
• Capt. Ahmed Moussouni, 32, Algeria;
• Capt. Ahmed Abdelghani, 29, Egypt; and
• Capt. Hasman Hussin, 33, Malaysia.

The Missouri State Highway Patrol states that their next of kin have been notified. Their names were not previously released because the U.S. State Department had not notified their families yet.
Missouri State Highway Patrol berkata waris terdekat mangsa sudah dimaklumkan. Sebelum ini nama-nama mereka tidak didedahkan oleh jabatan negara kerana  kepada keluarga mangsa masih dimaklumkan 

According to the patrol incident report, the five men were in a 2007 Chevrolet Impala traveling eastbound on State Highway U, at Tavern Creek, about 3 miles west of Crocker and 15 miles northwest of Fort Leonard Wood. at about 8:26 p.m. Dec. 26.
Mengikut laporan peronda kejadian, kelima-lima mangsa berada di dalam Chevrolet Impala model 2005 menghala ke timur di Lebuhraya U, di Tavern Creek lebih kurang 3 batu dari Croker dan 15 batu barat-laut dari Fort Leonard Wood pada lebih kurang pukul 8:26 petang, Dec. 26

It is unknown which of the five soldiers was driving the vehicle. The patrol states that the Chevrolet was swept away during a flash flood. Four of the bodies were recovered Sunday. The fifth body was recovered Tuesday about 6 miles downstream from where the vehicle got swept off the highway.
Tidak dapat dipastikan siapa di antara lima tentera itu yang memandu. Peronda berkata kereta Chevrolet berkenaan dihanyutkan ketika banjir kilat melanda. Empat mangsa ditemui pada hari ahad. Mangsa ke lima telah ditemui pada hari selasa lebih kurang 6 batu di hilir sungai dari tempat di mana kenderaan itu dihanyutkan dari lebuhraya

"Some were recovered in the car and outside it," Pulaski County Sheriff Ron Long told The St. Louis Post-Dispatch. "The last one was way downstream.
'Setengahnya ditemui di dalam dan di luar kereta' " Beritahu Pulaski County Sheriff Ron Long kepada The St. Louis Post-Dispatch. ' Mangsa terakhir di hilir sungai.
'
The men were driving back to the fort after a shopping trip, he said.
Mereka dalam perjalanan pulang ke Fort Leonard Wood setelah berbelanja 

A witness reported seeing the car go off the road about 8:30 p.m. Saturday and quickly lost sight of the car floating away.
Seorang saksi dilaporkan telah melihat kereta berkenaan tergelincir dari jalan lebih kurang jam 8:30 petang, hari sabtu dan dihanyutkan, dihilang dari penglihatan dengan cepat

"It's just a very dark and rural highway, and I am sure they had no idea of what was ahead of them until they got into the water," Long said. "Most of the time, these roads are traveled by people who know what lies ahead. They don't venture off into the water."
"Keadaan begitu gelap dan lebuhraya yang terpencil, dan saya pasti mereka tidak tahu apakah bahaya  yang ada di hadapan mereka sehinggalah mereka berada di dalam air," Long berkata " Jalan ini selalunya digunakan oleh orang-orang yang tahu keadaan di hadapan mereka. Mereka tidak akan menempuh bahaya terbabas ke dalam air".
  
These five international soldiers were temporarily stationed at Fort Leonard Wood for training with the International Student Detachment.
Lima orang tentera antarabangsa ini ditempatkan sementara di Fort Leonard Wood untuk berlatih bersama International Student Detachment

All five soldiers were attending officer education at the Maneuver Support Center of Excellence, a program that brings troops from other countries to the installation to study engineering, military policing and chemical defense.
Kesemua lima pegawai ini mengikuti latihan pegawai di Maneuver Support Center of Excellence, satu program yang membawa pasukan dari negara-negara luar ke pusat berkenaan untuk belajar kejuruteraan., kepolisian tentera dan  pertahanan kimia.

The five soldiers, who were on holiday leave, were returning to post from Osage Beach. All five victims are being returned to their home country for burial and services.
Lima orang tentera ini di dalam cuti, dan dalam perjalanan pulang dari Osage Beach. Kesemua lima mangsa sedang dihantar pulang ke negara asal masing-masing untuk perkhidmatan dan di makamkan 
The Associated Press contributed to this report.

Wednesday, December 30, 2015

Ingatkan di Israel saja wujud benda macam ni........

Dinding jadi pemisah antara si kaya dan miskin
BH - 30 DISEMBER 2015
LIMA - PERU. Di Lima, Ibu Kota Peru, didirikan sebuah dinding setinggi 3.5 meter dengan panjang mencapai 10 kilometer yang dibangunkan dengan hanya satu tujuan iaitu untuk memisahkan antara si kaya dan si miskin.

Dinding itu juga dilapisi kawat berduri di bahagian atasnya, bagi memastikan golongan miskin tidak menggangu kehidupan si kaya.

Memetik laporan Daily Mail, dinding yang digelar sebagai tembok Berlin Peru itu, baru-baru ini mencuri tumpuan dunia, apabila terdapat gelombang massa yang bangkit untuk merobohkan dinding itu kerana dianggap sebagai 'dinding penindas' dan diskriminatif.

Dalam pada itu, beberapa foto yang bertebaran di media sosial, para demonstrasi yang kesal dengan pembinaan dinding itu mengecat dinding dengan mural dan menulis kata-kata sindirian serta kecaman.

Sementara itu, para demonstrasi mengelar dinding itu sebagai dinding Wall of Shame (Dinding Rasa Malu) memisahkan wilayah Casuarinas  tempat si kaya dengan wilayah Vista Hermosa yang menjadi tempat tinggal si miskin.

Tidak hanya masyarakat Peru, masyarakat di seluruh dunia mengecam adanya dinding Wall of Shame. Bagi beberapa warga miskin disana, dinding itu dianggap sebagai aib.

Namun bagi warga kaya di Las Casuarinas, dinding itu dianggap sebagai alat yang tepat untuk melindungi diri mereka.

Thursday, December 10, 2015

Masih ada cerita dongeng berkenaan MH370?

Laporan: MH370 jadi 'zombie terbang' sebelum jatuh

Sebuah laporan baru mencadangkan pesawat Malaysia Airlines MH370 terhempas selepas mengalami gangguan kehilangan kuasa elektrik pesawat.
Biro Pengangkutan Australia, yang menjalankan carian pesawat itu, mengeluarkan dapatan bahawakehilangan kuasa elektrik mungkin menyebabkan Boeing 777 itu bertukar kepada kawalan automatik.
Ia, menurut laporan itu, terbang sehinggalah kehabisan minyak dan terhempas ke Lautan Hindi.
Kegagalan itu menyebabkan sistem pesawat itu lumpuh, menjadikannya seperti “zombie terbang, lapor Stuff yang memetik The Daily Beast.
Pencarian pesawat Penerbangan MH370 telah berlarutan beberapa bulan tanpa membuahkan kejayaan.
Satu-satunya serpihan pesawat itu yang ditemui setakat ini ialah bahagian flaperon di pulau Perancis, La Reunion pada Julai lalu.
Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Berdasarkan isyarat yang diterima satelit Inmarsat, kedudukan terakhir pesawat itu dikesan di selatan Lautan Hindi.

Tuesday, December 8, 2015

Kita kongsi sikit kesedihan orang lain........

Warkah pilu Permaisuri Johor buat almarhum Tunku Jalil

 | December 8, 2015
Tuanku Zarith Sofiah berkongsi kesedihan kemangkatan anakanda baginda, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Jalil.
zarith-sufiah
PETALING JAYA: Kemangkatan Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim memberi kesan mendalam kepada seluruh kaum kerabat Diraja Johor dan rakyat Malaysia amnya.
Paling terkesan sudah tentulah bonda yang melahirkan Almarhum, Permaisuri Johor, Tunku Zarith Sofiah ibni Almarhum Sultan Idris.
Membaca nukilan baginda yang berkongsi saat-saat terakhir bersama Almarhum Tunku Jalil. mampu meruntun perasaan rakyat Malaysia kerana kehidupan keluarga Sultan Johor sangat dekat di hati rakyat.
Warkah buat anakku, Jalil :
Mama tahu, satu satunya sebab Lil pergi ke hospital adalah kerana Lil berada menanggung kesakitan yang amat sangat. Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di rumah : Lil telah terlalu terlalu kerap ke hospital.
Namun Allah S.W.T., Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil disana agar kami, keluarga Lil, dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.
Mama menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari hari terakhir Lil di dunia ini.
Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejam mata dan air mata menitis di pipi Lil, semasa Lil cuba melawan kesakitan yang ditanggung. Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis.
Mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sedu sedan Mama dari kedengaran. Mama fikir, Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam.
Tapi Lil tahu. Lil meletak tangan kanan Lil di atas tangan Mama dan menepuk nepuk dengan perlahan, seolah berkata “Jangan menangis, Lil tidak apa apa.”
Mama ingat semua mesej pesanan ringkas yang Lil hantar kepada Mama. Bila Mama mengatakan bahawa Mama telah berdoa untuk Lil, Lil membalas dengan mengatakan bahawa Lil juga telah berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. biarlah Lil yang menanggung semua kebimbangan Mama.
Bila mama melihat makam Lil, hati mama dipenuhi keperitan. Mama masih terbayangkan detik ketika Babah, abang dan adik Lil memenuhkan kubur dengan tanah sementara Boo dan Inah berdiri di sisi Mama.
Mama memandang ke arah abang dan adik Lil, dan membilang hanya tiga anak lelaki. Boo disisi mama. Anak lelaki Mama lima orang. Di mana anak mama yang lagi seorang? Dan mama baru tersedar bahawa Lil yang tiada. Lil kini berada dibawah timbunan tanah itu.
Dan pada ketika itu, mama menadah kedua tangan mama dan berbisik, “Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku.”
Moga Lil ditempatkan bersama mereka yang soleh.

Saturday, December 5, 2015

Tunku Laksamana Johor mangkat



Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dilaporkan mangkat kira-kira jam 7 malam tadi dan dimaklumkan oleh beberapa pihak termasuk Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.
Dalam kemas kini di akaun laman sosial beliau Tunku Azizan menulis: "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh anak saudara saya Tengku Abdul Jalil yang baru mangkat kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah."
Berita sedih itu turut dimaklumkan melalui akaun Facebook Johor Southern Tigers.
"Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Johor atas kemangkatan YAM Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang telah kembali ke rahmatullah pada 5hb Disember 2015.
"Ucapan tulus ikhlas daripada pasukan Johor Darul Ta'zim, pengurusan dan kakitangan Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Southern Tigers Sdn Bhd dan para penyokong Harimau Selatan. Al-Fatihah."
Setakat berita ini dimuat naik, pengumuman rasmi mengenai kemangkatan Tunku Abdul Jalil belum dibuat oleh pihak istana.
Sinar Harian melaporkan Tunku Abdul Jalil terkenal sebagai tokoh yang dekat dengan rakyat serta merendah diri.
Beliau didapati menghidap kanser pada Ogos tahun lalu.
Sementara itu Bernama yang memetik Majlis Jemaah Diraja melaporkan Tunku Abdul Jalil meninggal dunia pada jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah.
Beberapa pemimpin kerajaan turut menyatakan rasa dukacita dengan kemangkatan berkenaan.
Antaranya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Tunku Abdul Jalil adalah anakanda keempat Sultan Ibrahim Ismail.
Al-Fatihah.

Thursday, November 19, 2015

Onar kakitangan kerajaan lagi.......

Pelakon Shahriza Mahmud berang layanan 'biadab' petugas hospital
Pelakon Shahriza Mahmud berang layanan 'biadab' petugas hospital
Shahriza nasihatkan petugas perubatan agar miliki sifat perikemanusiaan yang tinggi. Foto/Facebook Shahriza Mahmud
SEORANG pelakon wanita tempatan mengkritik sikap yang ditunjukkan beberapa petugas di sebuah hospital di Negeri Sembilan.

Shahriza Mahmud, antara pelakon yang popular di era 90an, berkongsi kisah yang dialami adiknya yang bersalin dalam usia kandungan kira-kira lima bulan.

Dalam status di akaun Facebook, Shahriza meluahkan rasa tidak puas hati dengan doktor dan jururawat yang bertugas dan menyifatkan mereka sebagai biadab.

Petikan status Shahriza di Facebook

Ini berikutan sikap yang dipamerkan mereka, selain penggunaan ayat-ayat yang dilihat tidak sesuai diucapkan.

Antara ayat yang digunakan ialah 'kalau tak tahan sakit jangan mengandung'.

Di akhir statusnya, Shahriza menasihatkan agar mereka yang berhasrat untuk menjadi doktor atau jururawat untuk memiliki bukan sekadar ilmu, tetapi juga rasa perikemanusiaan yang tinggi.
Shahriza turut memaklumkan bayi adiknya meninggal dunia kerana lahir tidak cukup bulan.

Teka teki serpihan tulang yang ditemui dalam tali air........

"Kami tunggu keputusan ujian DNA dulu..."
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 NOVEMBER 2015
Rokiah menunjukkan gambar Nur Zalila yang hilang dua tahun lalu dan menyifatkan terlalu awal untuk kaitkan penemuan serpihan tulang di kampung Pak Keral dengan anaknya.

TUMPAT - "Kami tunggu keputusan ujian DNA dulu... terlalu awal nak kaitkan serpihan tulang dipercayai rangka manusia yang ditemui di Kampung Pak Keral itu sebagai adik saya," kata Nurul Huda Ibarhim, 20.

Nurul Huda merupakan kakak kepada Nur Zalila Ibrahim, 12, yang dilaporkan hilang pada Jun 2013 dan dipercayai dilarikan oleh seorang 'tomboy' dikenali dengan nama Along.

Mangsa dikatakan dilarikan oleh 'tomboy' berkenaan selepas suspek menumpang tinggal selama beberapa hari di rumah mangsa di Kampung Jejulok, Pengkalan Kubor, dekat sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Gempar jumpa serpihan tulang, korset tepi tali air]

Turut lesap pada masa kejadian adalah motosikal jenis Honda EX-5 berwarna merah dengan nombor pendaftaran DBV 5347 yang dipercayai dinaiki suspek pada malam kehilangan Nur Zalila.

Menurut Nurul Huda, orang ramai mengaitkan penemuan serpihan tulang di Kampung Pak Keral dengan adiknya kerana sebelum ini, motosikal dilarikan suspek ditemui di dasar tali air berkenaan selepas tersangkut pada jala direntangkan penduduk.

"Polis ada panggil saya untuk buat pengecaman berhubung penemuan motosikal itu pada Ogos lalu di Balai Polis Pengkalan Kubor. Memang benar itu motosikal milik keluarga saya yang dilarikan oleh tomboy berkenaan.

"Sekarang ini bermacam-macam cerita tersebar mengenai penemuan serpihan tulang itu dan ada yang mengatakan ia adalah rangka 'tomboy' berkenaan, malah ada juga mengaitkan serpihan tulang itu dengan adik saya," katanya.

Tambahnya, mungkin lokasi serpihan tulang dan motosikal terbabit ditemui berdekatan dan hanya dipisahkan oleh pintu air menyebabkan bermacam cerita sebegitu tersebar.

Bagi mengesahkan identiti rangka itu, Nurul Huda memberitahu, darah ibunya, Rokiah Awang, 46, telah diambil untuk dilakukan ujian DNA di Hospital Raja Peprempuan Zainab II (HRPZ II).

“Kami juga berdebar menunggu keputusan ujian DNA itu kerana bertahun kami tunggu kepulangan Nur Zalila. Jika benar itu rangka adik saya, kami sekeluarga reda,” katanya.

Wednesday, November 18, 2015

Terkejut jumpa serpihan tulang manusia

Penduduk Kampung Pak Keral terkejut jumpa serpihan tulang manusia
Penduduk Kampung Pak Keral terkejut jumpa serpihan tulang manusia
Pada mulanya penduduk kampung menyangka penemuan itu adalah sekadar tulang haiwan . - Foto Bernama
TUMPAT: Penduduk Kampung Pak Keral, Pengkalan Kubur di sini dikejutkan dengan penemuan beberapa serpihan tulang dipercayai rangka manusia ketika kerja pembersihan dilakukan di tali air, kampung berkenaan.

Seorang penduduk Fauzi Abdullah, 40, berkata pada mulanya penduduk menyangka serpihan yang dijumpai itu adalah serpihan tulang haiwan, namun selepas mengamatinya ia kelihatan seperti tangan manusia.

"Dah dua hari ada kerja-kerja pembersihan dilakukan di tali air ini, tapi pada petang semalam, penduduk terlihat ada serpihan tulang terangkat ketika jengkaut gali tali air ini.

"Apa yang mencurigakan penduduk apabila melihat pakaian wanita seperti korset berdekatan tulang berkenaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata serpihan tulang itu tertimbus dalam lumpur di dalam tali air berkenaan, ditemui penduduk kampung kira-kira 7 petang semalam.

"Kami masih membuat siasatan berhubung penemuan serpihan tulang berkenaan dan pasukan forensik telah dikerahkan ke tempat kejadian.
"Kita akan tunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA)," katanya selepas menghadiri Sesi Taklimat Persiapan Banjir Kuala Krai yang disampaikan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Abdullah Roning di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai.