Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 4, 2013

Gerakan Masih Terkial-Kial Mencari Jalan Keluar.......

Quitting BN still an option for Gerakan

Leven Woon September 4, 2013
The new leadership elected next month may consider the possibility, says party veteran Chin Fook Weng
PETALING JAYA: As the Gerakan elections get under way, the call for the party to quit Barisan Nasional has again been raised from within.
Veteran Chin Fook Weng, who heads the party’s election supervisory committee, believes that nothing is set in stone in any political alliance. He said it remained a possibility for Gerakan to leave BN.
“If a new situation requires new thinking and new moves, we have to face them,” he told FMT today.
“You must not say, ‘Because I’m already with a certain alliance, it should be like that forever.’ But the new leadership has to decide whether the scenario is right for it.”
Chin noted that the current situation was similar to the aftermath of the 2008 general election, when Gerakan’s loss of Penang roused many to urge the leadership to cut its ties with BN.
Becoming an opposition party will not be strange to Gerakan. The party was founded as an opposition party in 1968. It captured Penang the following year, ousting the Umno-MCA-MIC alliance.
Chin said that after the 2008 polls, party leaders travelled the entire nation for months to deliberate on a proposal to quit BN.
Five years later, in last May’s general election, Gerakan not only failed to recover lost ground, but came close to being wiped out altogether. It won only one parliament seat and three states seats.
Chin said it was so humiliating that party members would console themselves by saying that the party did well enough in contests where it lost by 4,000 votes.
“This was the first time in Penang history that two BN candidates lost their deposits in the elections. Luckily, they are not from Gerakan.”
Chin said it would be up to the wisdom of the new leaders to examine last election’s results and decide in the party’s best interest.
But he added that Gerakan retained “strong sentiments” as a member of BN, cautioning that he was speaking as a founding member of the coalition.
Commenting on the ongoing party elections, Chin said there was a healthy trend of veteran leaders stepping down on their own will in favour of new blood.
Five of the 13 divisions in Penang have ushered in new leaders, and in Negeri Sembilan last weekend Choong Vee Hing took over as state party chief.
Penang Gerakan will conduct its election on Sept 15, while Sabah Gerakan, which has been dubbed the party’s “life-saving straw” for contributing two state seats in the last general election, will vote on Sept 28.
Chin believes that a blend of old and new leaders will do wonders for the 45-year-old party.
“The old leaders have the experience and knowledge, while the young ones have enthusiasm and appeal with the voters,” he said. “They must work together.”

Korang Nilailah Sape Yang Bodoh, Sape Yang Bangang!

Yang tentunya rakyat yang kena bayar sendiri atas apa saja keperluan
Menteri dan Pembesar semuanya ditanggung dengan duit rakyat!

Kalau tak korap dan bersih kenapa takut istihar harta?

Nazri: Cadangan Rafizi bodoh
Ahmad Fadli KC
  • 9:01PM Sep 3 2013
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan agar menteri menggunakan duit sendiri untuk mengisi minyak sebagai "cadangan bodoh".

Menurutnya lagi, ia sepatutnya dilaksanakan ketua-ketua negeri Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

NONEBeliau berkata demikian sewaktu mengulas cadangan itu yang diajukan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam sidang medianya pagi tadi susulan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20sen.

"Saya tak nak jawab soalan bodoh yang dia (Rafizi) utarakan. Dia memang bodoh budak ini. Dulu pun saya tak korup dia kata saya korup.

"Saya nak suruh dia beritahu menteri besar dia dan exco-exconya, ketua menteri Pulau Pinang dan menteri besar Kelantan supaya bayar duit sendiri juga," katanya selepas satu sidang media petang tadi.

Menurutnya, negeri-negeri Pakatan perlu melaksanakan cadangan itu dahulu memandangkan ia datang daripada Pakatan Rakyat sendiri.

"Mulalah dahulu, kita tak cadang, sebab kita ini berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Walau Pun Nafi Tetapi Sacara Tersiratnya Tetap Cina Yang Di Tuduh

Nazri Aziz nafi kata Cina pencetus 13 Mei
OLEH DIYANA IBRAHIM
SEPTEMBER 03, 2013LATEST UPDATE: SEPTEMBER 03, 2013 11:08 PM


Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) menafikan mengeluarkan kenyataan  mengatakan masyarakat Cina sebagai pencetus kepada Tragedi Berdarah 13 Mei 1969.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, apa yang dbeliau katakan pada ketika itu adalah seluruh komuniti Cina tidak bersalah disebabkan insiden dilakukan segelintir individu.
Mengulas mengenai cadangan Penasihat DAP Lim Kit Siang agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan tragedi 13 Mei, Nazri mengatakan ianya merupakan satu cadangan bodoh."Saya tidak berkata demikian, mereka salah faham apa yang saya cakap, if you know me, saya tidak akan cakap macam tue," kata Mohamed Nazri kepada pemberita semasa Majlis Warna-Warni Aidilfitri anjuran Kementerian Pelancoongan di Kuala Lumpur hari ini.
"Saya tidak rasa sejarah harus diubah semula dan itu semua adalah cadangan bodoh," katanya. 
"Mereka tanya mengenai Tanda Putera, saya tanya apa masalah dengan filem ini, kemudian seorang wartawan kerana tanya kerana kaum Cina terasa apabila digambarkan sebegitu.
"Apa yang saya katakan hari itu jangan kerana satu dua orang Cina seluruh masyarat Cina disalahkan dan saya bagi contoh Hitler yang membunuh Yahudi tapi kita tidak boleh cakap seluruh rakyat Jerman yang melakukan perbuatan itu,” katanya lagi.
Sabtu lalu Mohamed Nazri dilaporkan bersetuju dengan gambaran filem Tanda Putera yang kononnya kaum Cina sebagai pencetus 13 Mei.
Namun, beliau turut berkata ia hanya dilakukan oleh segelintir individu dan menegaskan mana-mana pihak tidak seharusnya terasa kerana apa yang dipertontonkan itu adalah sejarah. – 3 September, 2013.

Tuesday, September 3, 2013

Majlis Pernikahan Fakhron Elliyana (Adik)

Adik adalah anak bongsu saya dan inilah kenduri yang terakhir pernikahan anak
Upacara akad nikah dilangsungkan di Masjid Telipot oleh Imam Kampung Sireh
Fakhron Elliyana dan Ungku Mohd. Zulkifli Ungku Mohd. Yunos
 
 
 
 
Aduka Taruna dan Isteri turut menyerikan Majlis kami
Sahabat baik saya yang sekian lama terpisah - Kamal dan Isteri

Rupanya Kerajaan Mesir Kekeringan Modal Untuk Menyalahkan Morsi

Kedurjanaan Al-Sisi dan Tentera cuba diletakkan ke bahu Morsi dan Morsi akan dimangsakan
Mereka cuba mengelirukan rakyat dan menipu pihak antarabangsa

Mursi bakal dibicara bersama pemimpin IM
Mursi menghadapi satu lagi tuduhan selepas ditahan 3 Julai lalu.

KAHERAH - MESIR. Pasukan Pendakwa Raya Mesir bersepakat mahu bekas Presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Mursi menghadapi perbicaraan atas tuduhan mencetuskan keganasan, pembunuhan dan kegiatan samseng.

Media melaporkan, Mursi berhadapan tuduhan itu bersama 14 pemimpin Ikhwanul Muslimin (IM) di Mahkamah Jenayah Kaherah.

Selain beliau, Essam El-Erian yang kini masih menyembunyikan diri dan Mohammed El-Beltagy yang ditahan minggu lalu turut menghadapi tuduhan sama.

“Pendakwaan diketuai Hesham Barakat. Tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan. Kes merujuk kepada salah satu keganasan ketika pemerintahan setahun Mursi yang meragut 10 nyawa tahun lalu,” menurut laporan Press TV.

Agensi berita kerajaan melaporkan, siasatan dijalankan oleh pasukan pendakwa raya mendakwa, Mursi mengarahkan pasukan pengawal republikan dan menteri bertanggungjawab mengekang tunjuk perasaan itu.

Mereka yang bimbang berlaku pertumpahan darah bagaimanapun mengingkari arahan dikeluarkan Mursi.

Orang kanan Mursi kemudiannya, dituduh mengarahkan penyokong IM mengekang bantahan di luar perkarangan istana presiden.

Sejak penahanannya, kerajaan melancarkan operasi bersepadu membanteras pengaruh IM.

Dalam perkembangan lain, Presiden sementara, Adly Mansour mengumumkan senarai 50 ahli panel dilantik mengkaji semula draf Perlembagaan.

Jurucakap Mansour, Ehab al-Badaoui berkata, nama 50 ahli panel itu akan diumumkan minggu ini.

“IM tidak tersenarai dalam 50 ahli panel kerana enggan mengambil bahagian,” katanya. 

- sumber

Minyak Naik: Golongan Yang Menyelamatkan BN Lebih Tertekan?

Jangan lupa penduduk luar bandar selamatkan BN PRU13, kata bekas bos NSTP
OLEH MD IZWAN
SEPTEMBER 03, 2013
Datuk A. Kadir Jasin (pic) membidas kerajaan Barisan Nasional (BN) ekoran keputusan menaikkan harga minyak semalam, serta menggesa kerajaan tidak lupa akan rakyat luar bandar yang menyelamatkan mereka pada pilihan raya ke-13 lalu.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) tersebut menegaskan kenaikkan tersebut akan menekan rakyat khususnya luar bandar, dimana keputusan pilihan raya lalu telah menunjukkan secara jelas BN terselamat kerana sokongan mereka.
"Pengurangan subsidi menyebabkan harga minyak naik dan beban pengguna meningkat. Menteri Kewangan kata, kenaikan terbaru ini akan menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion.
Beliau juga mengecam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana bersikap boros dan tidak berbelanja secara berhemah sehingga menjadikan rakyat sebagai mangsa."Di mana penjimatan itu akan dibelanjakan kita kena tahu. Harap-harap janganlah tumpu kepada bandar saja. Ingatlah siapa yang menyelamatkan BN pada 5 Mei lalu!" bidas Kadir dalam tulisan blognya susulan pengumuman kerajaan semalam.
"Dilihat dari luar, nampak kerajaan boros. Belanja lawatan ke luar negara Perdana Menteri saja RM44.07 juta sejak Mohd Najib jadi PM lima tahun lalu.
"Belanja baik pulih dan ubah suai kediaman rasmi pula berapa?" katanya lagi.
Selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu, penganalisis membuat kesimpulan berlaku peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang antara bandar-luar bandar Malaysia semakin luas.
BN walaupun berjaya mempertahankan kuasa persekutuan dalam pilihan raya paling sengit negara, mereka telah kehilangan bandar-bandar besar dari George Town ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar besar di Johor.
BN gagal untuk menang di Selangor dan Pulau Pinang – dua negeri perindustrian di Malaysia – walaupun berjaya merampas kembali Kedah, negeri pedalaman dan jelapang padi itu.
Putrajaya semalam mengumumkan kenaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang menjelang 2020.
Langkah tersebut mendapat sokongan pakar ekonomi yang menyifatkannya sebagai baik bagi menangani hutang kerajaan yang semakin meningkat, iaitu ketika ini berada pada paras 53.5 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada hujung tahun lalu.
Sejurus pengumuman semalam, orang ramai bergegas dan memenuhi stesen minyak serta meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah kerajaan tersebut.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel adalah naik pada tahun 2010, mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter. - 3 September, 2013

Bikin Pening Kepala Lagilah....

SPR bertindak, pembangkang fail batal keputusan PRU13
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
SEPTEMBER 03, 2013
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencabar tuntutan sivil Pakatan Rakyat (PR) untuk membatalkan keputusan bagi 222 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
SPR memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan itu memetik tindakan pembangkang dan beberapa individu yang tewas dalam pilihan raya mencabar keputusan berkenaan di mahkamah sivil walaupun sepatutnya ia perlu melalui petisyen pilihan raya di mahkamah pilihan raya.
Dalam membatalkan permohonan itu, SPR berkata, pihak-pihak yang tidak berpuas hati hanya boleh memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya sebaik saja hasilnya diwartakan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kesalahan Pilihan Raya.
SPR memfailkan permohonan membatalkan tuntutan itu pada 29 Ogos sebagai tindak balas terhadap tindakan pembangkan dan lain-lain memfailkan tuntutan.Hakim pilihan raya dilantik untuk mendengar petisyen dan pihak yang tidak berpuas hati mempunyai satu peluang membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Ia berkata, writ tuntutan itu remeh dan menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.
Hakim Datuk Rosnaini Saub memberikan peguam yang mewakili pembangkang tempoh sebulan untuk memfailkan afidavit balas terhadap permohonan pembatalan itu.
SPR akan diberikan sebulan lagi untuk menjawab afidavit pembangkang.
Pada 15 Julai, PR di sebalik meminta mahkamah untuk mengenepikan keputusan semua 222 kerusi parlimen, juga menggesa kepimpinan SPR sedia ada dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.
Dalam penyata tuntutan, pembangkan berkata langkah yang tidak pernah dibuat itu adalah perlu kerana penggunaan dakwat kekal itu gagal menyebabkan penipuan besar-besaran.
Pembangkang mendakwa walaupun jumlah peratusan pengundi tidak jujur yang mengundi dua kali adalah kecil, ia cukup untuk memberikan kesan kepada keputusan dan ada signifikan terhadap jumlah kerusi.
Tambahan lagi, isu berkaitan dakwat kekal berkenaan boleh dibasuh dengan mudah, plantif – PKR, DAP dan PAS – menyalahkan tujuh ahli SPR.
Selain tiga parti politik PR, plantif lain dalam tindakan itu ialah calon pembangkang Dzulkefly Ahmad, M Manogaran, Saifuddin Nasution, Arifin Rahman dan R Rajoo, yang semuanya tewas dengan majoriti yang tipis.
Plaintif menggambarkan bahawa SPR adalah partisan, berat sebelah dan berpihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional dalam pilihan raya itu menyebabkan ia kehilangan keyakinan orang awam dan tersasar daripada objektivitinya, seperti dinyatakan dalam Perlembagaan iaitu perlu berdiri sendiri, tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.
Plaintif mendakwa pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, menerima arahan daripada perdana menteri dan ahli Kabinet, menyebabkan ketiadaan sikap berkecuali.
PR juga meletakkan kesalahan kepada suruhanjaya itu atas kegagalan dengan sengaja melakukan penipuan terhadap dakwat kekal yang membenarkan pengundi mengundi lebih daripada sekali.
Pakatan juga meminta seperti di bawah:

  • Semua ahli SPR dikeluarkan daripada pejabat SPR kerana sikap penipuan
  • Kerajaan persekutuan akan kekal sebagai penjaga kerajaan, sehingga keputusan pilihan raya baru diketahui
  • Setiap defendan membayar ganti rugi teladan dan am kepada plaintif tetapi tanpa meminta bantuan daripada Dana Tergabung. – 3 September, 2013.

Kerana 47% Yang Bodoh, 53% Turut Merana!

Minyak: BN umpan 47% rakyat, 53% turut merana
Harakahdaily 03 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat telah memberi tawaran yang cukup menarik dalam manifesto untuk rakyat iaitu menurunkan harga pertrol pada keesokan hari selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu jika berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.

Malangnya, kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar 47% rakyat negara ini termakan tipu muslihat Barisan Nasional dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen. 

Beliau menyatakan demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah membuat pengumuman semalam harga petrol RON95 dan diesel naik RM0.20 mulai tengah malam tadi.

Ini, ujarnya bermaksud rakyat negara ini terpaksa menghadapi tanggungan yang lebih besar mulai hari ini. 

Katanya, kerajaan secara bijak mengurangkan subsidi yang dibayar dan memindahkan kos itu kepada rakyat jelata.

Pengerusi DAP Perak itu berkata, Pakatan Rakyat telah memberi amaran kepada rakyat supaya membuat pilihan secara was-was dalam PRU13 lalu. 

“Kita telah menjangkakan strategi Barisan Nasional yang akan mengurangkan subsidi minyak petrol dan diesel selepas pilihanraya,” ujarnya dalam satu kenyataan. 

Pada masa yang sama, jelasnya Pakatan Rakyat juga telah memberi tawaran yang cukup menarik dalam manifesto untuk rakyat iaitu menurunkan harga pertrol pada keesokan hari selepas pilihanraya jika berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.

“Malangnya, 47% rakyat negara ini termakan tipu muslihat Barisan Nasional dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen. 

“Terbukti bahawa mereka ini berjaya diumpan oleh Barisan Nasional untuk kepentingan politiknya,” katanya. 

Golongan ini, tambahnya telah dipengaruhi dan mempercayai kata-kata manis Barisan Nasional lantang membuat pemilihan yang salah dalam PRU13. 

Mereka, ujar beliau diberi hadiah yang cukup istimewa oleh Barisan Nasional dengan menaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 per liter.  

“Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13,” ujarnya sinis.

Jelasnya, harga petrol RON95 naik dari RM1.90 kepada RM2.10 seliter manakala harga diesel pula naik dari RM1.80 kepada RM2.00. 

Untuk mendapatkan gambaran yang jelas, kata beliau pembelian 50 liter petrol RON 95 atau diesel akan menambahkan beban sebanyak RM10. 

Sebagai contoh, katanya sebelum kenaikan harga, jumlah yang perlu dibayar untuk 50 liter petrol RON95 ialah RM95. 

Beliau menambah, setelah kerajaan mengurangkan subsidi RM0.20, harga baru yang perlu dibayar untuk kuantiti yang sama ialah RM105 iaitu tambahan sebanyak RM10.

Pada masa ini, ujarnya kerajaan memberi subsidi harga minyak sebanyak RM24.8 bilion  setahun. 

“Untuk mengurangkan tanggungan ini, kerajaan cuba memindahkan beban ini kepada rakyat jelata. 

“Selepas kenaikan harga ini, rakyat terpaksa menanggung lebih kurang RM1.1 bilion setiap tahun,” katanya lagi. 

Ini, kata Sivakumar adalah kesan langsung yang terpaksa dipikul oleh rakyat dengan serta merta.

“Apa yang lebih membebankan rakyat ialah kesan tidak langsung iaitu rantaian yang timbul akibat kenaikan harga petrol dan diesel ini,” ujarnya lagi. 

Katanya lagi, kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak  ini sudah pasti akan mewujudkan kejutan ekonomi. 

Tambahnya, kos barangan dan perkhidmatan akan bertambah yang akan menaikan harga semua barangan yang bergantung secara langsung dan tidak langsung kepada bahan api terutamanya petrol dan diesel. 

Justeru, katanya kenaikan harga petrol dan diesel akan mengakibatkan inflasi yang tidak boleh dikawal dengan mudah. 

“Apabila harga barang-barang lain meningkat maka beban atau kos hidup akan bertambah juga. 

“Inflasi seperti ini akan menurunkan taraf hidup rakyat Malaysia kerana tidak ada perubahan dalam pendapatan yang diterima,” kata Sivakumar lagi.

Hishamuddin Jawab: Mengapa mereka kibar “Sang Saka Malaya”

Mengapa mereka kibar “Sang Saka Malaya”?
SEPTEMBER 03, 2013

OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA
Gambar fail menunjukkan bendera Sang Saka Malaya dikibarkan pada perhimpunan Merdeka di Kuala Lumpur, tahun lalu.Gambar fail menunjukkan bendera Sang Saka Malaya dikibarkan pada perhimpunan Merdeka di Kuala Lumpur, tahun lalu.Dua aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim yang ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 semalam kerana mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 di Dataran Merdeka dibebaskan awal pagi ini.
Malam tadi, kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk disiasat mengikut akta itu.
“Tuduhan kibar bendera Sang Saka di bawah Akta Hasutan. Polis datang geledah rumah. Bebas di rumah jam 3 pagi dengan seorang penjamin. Tunggu siasatan sama ada ke mahkamah atau tidak,” kata Hishamuddin dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider awal pagi ini.
“Ini kerana suasana sejak 2008 pada hemat saya sebagai seorang pemerhati politik sama seperti suasana pada ketika Putera-AMCJA, maka Sang Saka dikibarkan,” katanya merujuk kepada dua gabungan politik kiri terbesar di Malaya sebelum penjajah British menghancurkannya pada tahun 1948; Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malaya Council of Joint Action yang beliau anggap hampir menyamai gabungan politik PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).Dalam wawancara bersama The Malaysian Insider sebelum ini, Hishamuddin menjelaskan bendera Sang Saka Malaya dikibarkan kerana suasana politik tanah air pada ketika ini, mirip kepada keadaan Malaya sebelum penjajah British melancarkan Darurat pada tahun 1948.
“Apabila mereka melancarkan Perlembagaan Rakyat, mereka juga melancarkan Sang Saka sebagai bendera kepada Tanah Melayu merdeka. Bila saya cakap tentang Tanah Melayu merdeka itu Tanah Melayu merdeka bersama-sama Singapura.”
Menurut Hishamuddin, Putera-AMCJA ditakuti British pada ketika itu kerana gabungan itu mahukan Malaya (nama Semenanjung Malaysia sebelum 1963) merdeka 100 peratus dan kepentingan penjajah itu akan hilang jika dibiarkan menang.
“Salah satu clause fasa yang ada dalam Perlembagaan Rakyat yang saya anggap paling penting untuk saya ialah, ‘sesiapa sahaja yang menganggap Tanah Melayu ini sebagai tanah tumpah darahnya mereka akan ditakrif sebagai Melayu.’
“Ini adalah satu klausa yang radikal pada 1947. Iaitu kita menerima Cina, kita menerima India, kita menerima sesiapa saja. Kalau dia hendak duduk berpayung di Persekutuan Tanah Melayu ini maka dia akan dianggap Melayu, dianggap Malayan. Tapi konsep ini menakutkan penjajah British ketika itu,” katanya.
Semalam Polis Kuala Lumpur menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat insiden mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Jumaat lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh memberitahu Bernama, pasukan khas itu akan menyiasat insiden itu daripada pelbagai sudut dan membuka kertas siasatan berhubung insiden itu.
Selain itu, tiga buah badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Hishamuddin berhubung insiden mengibarkan bendera itu.
Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di Jalan Kasipillay sementara Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay menyifatkan perbuatan mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang ketika negara meraikan sambutan kemerdekaan sebagai tidak boleh diterima dan menyinggung perasaan rakyat.
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya pula berkata perbuatan itu menghina kedaulatan negara dan tidak seharusnya dibiarkan terus berlaku.
 “Mana lebih tidak patriotik? Meruntuhkan Stadium Merdeka, meruntuhkan Stadium Negara tempat yang mempunyai sejarah merdeka adakah itu langkah patriotik?
“Mereka lupa, bendera rasmi United Malay National Organization itu Sang Saka. Bendera rasmi parti PAS itu Sang Saka. Bendera Singapura ini Sang Saka. Bendera daripada Indonesia itu Sang Saka. Sang Saka ini memang dari dulu bendera kepulauan Nustantara,” kata Hishamuddin.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera "Sang Saka Malaya" jika ada laporan dibuat mengenainya.
Beliau menegaskan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang sebagai bendera Malaysia.
Mengulas mengenai kumpulan yang mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" pada sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka Jumaat lalu, beliau berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan insiden itu harus membuat laporan polis.
Katanya, sebagai rakyat Malaysia yang mengaku taat setia kepada negara, soal mempertikai bendera kebangsaan harus dielakkan. – 3 September, 2013

'Bersembunyi': Adakah Khalid Bohong?

Pak Samad: Saya ada rumah, tiada siapapun datang
Abdul Rahim Sabri
  • 11:54AM Sep 3 2013
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menafikan dakwaan ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau menyorok ketika polis mengunjungi kediamannya pada malam tadi.

Katanya beliau berada di rumah semalaman semalam dan tiada siapa pun termasuk anggota polis datang ke rumahnya semalam.

Tegasnya, dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau menyorok adalah "cakap-cakap angin untuk menyebar citra buruk" terhadap dirinya.

"Saya ada di rumah semalaman. Tiada siapa pun yang datang. Ya, saya ada di rumah terus-terusan. Tiada (polis) yang rasmi (datang).

"(Dakwaan) ini khabar angin untuk menyebar citra buruk kepada saya,"kata tokoh sastera itu ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

A Samad yang mesra dipanggil Pak Samad mengulas kenyataan Khalid yang meminta beliau menyerah diri membantu siasatan berhubung tindakan individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya berhampiran Dataran Merdeka pada Jumaat malam lalu.

Khalid mendakwa A Samad “menyorok” ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi.

Aiik....Pak Samad Pun Akan Kena Juga?

IGP dakwa Pak Samad 'bersembunyi'
Kow Kwan Yee
  • 10:56AM Sep 3 2013
Polis meminta sasterawan negara Datuk A Samad Said menyerah diri kepada pasukan itu untuk membantu siasatan berhubung tindakan individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya berhampiran Dataran Merdeka pada Jumaat malam lalu.

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa A Samad “bersembunyi” ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi.

Katanya, polis cuba mengesan A Samad selepas menahan aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli jam 8.40pm pada malam tadi di Kampung Baru.

Polis menjalankan siasatan ke atas dua aktivis berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948.

Khalid bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di kampus Universtiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pagi ini.

"If you dare to challenge the law, you have to bear with the consequences," he told a press conference after attending an event at Universiti Islam Antarabangsa in Gombak today

Jangan Marah. Bukankah Ini Yang Kamu Mahukan?

Inilah yang pengundi Dacing mahukan, kenapa marah?
Selepas ini semua barang keperluan akan naik
Tarif letrik juga akan naik sebab kerajaan akan tiada alasan untuk menyekatnya walau pun sekarang telah pun tertipu dengan meter digital yang baru
Atau ini juga salah satu helah untuk naikkan tarif letrik dan air?

Rakyat bukan saja terbeban dengan minyak dan gas tetapi akan terbeban dengan segala macam barang keperluan harian yang memang berkait rapat dengan kenaikan harga minyak
Kerajaan boleh berhelah dengan apa saja alasan mewajarkan tindakan

Padan muka rakyat Malaysia!
Aku pun kena gakk....

Akhirnya minyak naik 20 sen. Cukai baru selepas ini?
OLEH MD IZWAN
Putrajaya hari ini mengumumkan langkah untuk menaikkan minyak petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen seliter, kata Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini.
Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan, berkata kenaikkan tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
"Selepas berbincang, saya mengumumkan kenaikkan RON95 sebanyak 20 sen seliter," kata Najib.
Menurut Najib lagi, kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1.00 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.Pada ketika ini, harga seliter RON95 adalah RM1.90 seliter dan diesel pula RM1.80 seliter.
"Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel," kata Najib selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di Pejabat Perdana Menteri.
Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel adalah naik pada tahun 2010, dimana mengalami kenaikkan sebanyak 5 sen seliter.
Beliau juga menegaskan langkah tersebut bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.
"Melalui penilaian FPC, persekitaran luar didapati semakin mencabar. Lebihan akaun semasa imbangan pembayaran (BOP) yang sederhana disamping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi.
"Oleh itu, langkah mengukuhkan kedudukan fiskal adalah penting untuk mengekalkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat dan pelabur," kata beliau lagi.
Malaysia telah mengalami defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut, malah agensi penarafan global Fitch Ratings baru-baru ini juga meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif ekoran hutang negara meningkat kepada 53.3 peratus dalam KDNK pada penghujung tahun 2012 daripada 51.6 peratus pada hujung tahun 2011 dan 39.8 peratus pada hujung 2008.
Beliau turut memberikan alasan langkah pengurangan subsidi tersebut diambil bertujuan untuk memastikan ia sampai kepada kelompok sasaran memandangkan subsidi ketika ini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuklah mereka dikalangan berpendapatan tinggi dan rakyat asing.
"Kita perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas," ujar Najib lagi yang menyatakan kerajaan ketika ini terpaksa menanggung subsidi bahan api sebanyak RM24.8 bilion untuk tahun ini.
Bagi memastikan kelompok yang lebih memerlukan ini menikmati subsidi, Najib juga mengumumkan pentadbirannya berjanji akan meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia yang akan diumumkan semasa pembentangan belanjawan 2014 nanti.
"Kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 dimana jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan Bajet," tambahnya lagi.
Selain itu, Najib juga berkata kerajaan akan menyemak semula pelaksaan projek-projek sektor awam bagi menangani lebihan akaun semasa yang semakin berkurangan.
"Projek-projek yang mempunyai kandungan import yang rendah dan kesan pengganda yang tinggi akan diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terjejas.
"Manakala pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada imbangan pembayaran," katanya lagi.
Bagaimanapun, Najib menegaskan projek Mass Rapid Transit (MRT) tetap akan diteruskan, namun projek Southern Corridor High Speed Rail (HSR) pula masih dalam rundingan.
Najib menegaskan kesemua langkah yang beliau umumkan hari ini adalah demi memastikan Malaysia dapat berhadapan dengan situasi ekonomi semasa dan global yang semakin mencabar.
"Pelaksanaan semua langkah tersebut bukan sahaja untuk menangani cabaran semasa terhadap ekonomi dan kedudukan kewangan kerajaan tetapi ia juga akan mengukuhkan kemampanan fiskal negara dalam jangka masa sederhana dan panjang," tambahnya lagi.
Defisit fiskal negara melebar kepada RM14.9 bilion pada tahun ini, disamping penurunan mendadak lebihan akaun semasa kepada RM2.6 bilion dalam suku kedua tahun ini.
Najib yang bakal berhadapan cabaran kepimpinan menjelang pemilihan parti Oktober ini, menimbulkan ketidaktentuan janjinya untuk mengurangkan defisit sebanyak 4.5 peratus daripada KDNK, Malaysia antara negara yang mempunyai hutang tertinggi di Asia.- 2 September, 2013.

Lagi kisah minyak Pengguna naik minyak

Makan Mayat - Kalau Tak Loya Tengoklah!

Video Ritual Makan Mayat Puak Aghori Di India
Sebuah mazhab Hindu Aghori di India mempunyai ritual yang sangat mengerikan bahkan boleh dikatakan sebagai ritual biadab. Mazhab ini mempunyai ritual makan mayat manusia yang dibuang di sungai Gangga, perlu di ketahui Sungai Gangga adalah merupakan tempat untuk membuang Mayat untuk orang-orang miskin di India yang tidak mampu melakukan ritual pembakaran mayat kerana biayanya mahal. Mayat tersebut di ambil oleh mazhab Aghori kemudian di makan mentah-mentah oleh ahli Sekte tersebut. Mereka meyakini memakan mayat akan memberikan keabadian bagi mereka dan akan memberikan kekuatan ghaib.

Ketika melakukakan ritual ini mereka menaburkan abu pembakaran mayat ke tubuh mereka, ahli-ahli Kumpulan ini juga mempunyai kebiasaan mengenakan kalung dari tulang-tulang manusia. Menurut beberapa maklumat dari sumber yang di perolehi, Sekte ini selain makan bangkai manusia juga memakan kotoran dan minum air kencing bahkan melakukan hubungan sexsual dengan binatang

Dalam video ini anda akan melihat bagaimana salah seorang anggota Sekte Aghori melakukan ritual ini, jasad kaku tersebut dimakan mentah-mentah setelah sebelumnya mereka melakukan ritual tertentu.

Video ini tentu sangat mengerikan dan tidak sesuai bagi orang-orang yang sensitif.


- sumber

Monday, September 2, 2013

Hiba Dan Menyayat Hati.....

Bayangkan seorang kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa menangis dengan memeluk mayat bapanya selama 6 jam di malam buta.....
Terharu sungguh!

 Enam jam ratap mayat ayah
Oleh Abdul Rahman Adam
Miri: Tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menangis lebih enam jam sambil mendakap jenazah bapanya yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.
Keadaan jalan yang sunyi ditambah dengan hujan lebat membuatkan tiada sesiapa yang menyedari kemalangan itu sehinggalah beberapa pengguna jalan raya curiga melihat sebuah motosikal tersadai di bahu jalan berhampiran Universiti Curtain di sini, semalam.
MOHD Ariel yang tidak berhenti menangis ditenangkan saudaranya.
Motosikal dinaiki Mohd Amin Abdullah, 28, dan anaknya, Mohd Ariel dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting ke bahu jalan dalam kemalangan ketika hujan lebat sekitar jam 12.30 malam.

Difahamkam berlaku ketika Mohd Amin dalam perjalanan menghantar anaknya ke rumah bapanya di Kampung Merikan, Lutong terletak tidak sampai 10 kilometer dari asrama pekerja didiaminya di Senadin, di sini.
JENAZAH Mohd Amin dibawa ke Hospital Miri.
Saksi yang juga rakan mangsa, Micheal Nyami, 24, berkata, dia dimaklumkan sebelum kejadian Mohd Amin menunggang motosikal untuk menghantar anaknya pulang ke rumah bapanya selepas seharian menghabiskan masa bersama sempena cuti umum, kelmarin.

Tak Taulah Apa Nak Jadi.....

Apa dah jadi?
Dari Pegawai Tentera menjadi Ketua Gengster!

Bekas anggota TUDM sah ketua Geng 36
mi -SEPTEMBER 02, 2013
Polis hari ini mengesahkan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mati ditembak di Taman Rishah, Silibin di Ipoh, pagi semalam adalah ketua kumpulan kongsi gelap Geng 36 di Batu Gajah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata hasil siasatan mendapati S Jambukeshan, 39, ditembak mati akibat pergaduhan membabitkan tiga kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 36, 04 dan 08.
"Pergaduhan dipercayai berpunca kerana berebutkan kawasan pengedaran dadah," katanya.
Katanya, polis percaya akan dapat memberkas suspek dalam kes tembak itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai berhampiran lokasi kejadian.Beliau ditemui pemberita selepas majlis serah terima tugas antara Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan dengan penggantinya, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, hari ini.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek yang terlibat melebihi dua orang.
Mohd Dzuraidi berkata, setakat ini polis mengambil keterangan dua saksi yang berada di tempat kejadian.
Dalam kejadian pada jam 7.15 pagi semalam, bekas anggota TUDM itu mati ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah restoran di Jalan Permaisuri Mazwin, Taman Rishah. - Bernama, 2 September, 2013

Masing-Masing Nak Jadi Juara!

Saat dekat Pemilihan parti
Baik UMNO atau MIC
Akan tonjolkan diri menjadi juara kaum masing-masing

Bila dah menang dan mendapat kedudukan 
Masing akan lepas tangan dan semua yang pihak berkuasa sama ada tempatan atau nasional akan dikatakan betul dan dibela atas nama kepentingan rakyat konon!

Itulah dunia politik yang penuh dengan sifat hypocrite

Ketua Pemuda MIC pula ditahan ekoran pergelutan mempertahankan kuil
OLEH MUZLIZA MUSTAFA DAN DIYANA IBRAHIM
SEPTEMBER 01, 2013
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 01, 2013 05:51 PM

Ketua Pemuda MIC, T Mohan antara enam dari pergerakan pemuda MIC yang ditahan polis ekoran dari kekecohan yang berlaku berhubung bantahan pembinaan tembok bagi memberi laluan kerja-kerja pembinaan bangunan Hap Seng di Kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman yang berusia 101 tahun di Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur.
Antara yang ditahan ialah  Setiausaha Pemuda MIC Sivarajan, Dhinagaran Exco Pemuda MCA, Soma Sundaran , Dharamakumaran, K. Kesavan.
Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke balai polis Dang Wangi bagaimapun tiada wakil polis yang dapat mengesahkan jumlah rasmi tangkapan yang dibuat setakat ini.
Keadaan bertukar kecoh dan tidak terkawal apabila Menteri Wilayah, Tengku Adnan yang menghantar pegawai khasnya enggan melayan permintaan jawatankuasa komuniti kuil itu untuk tidak memecah masuk.Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap seramai 10 orang, dua dari PKR dan dua ahli komuniti kuil tersebut.
Menurut wakil ahli  jawatan kuasa kuil, Bala krishnan  pihak DBKL sebelum ini tidak memberi sebarang notis untuk membina temboh membabitkan kawasan 8 kaki dalam kuil tersebut.
"Saya terkejut apabila pagi ini melihat begitu ramai pegawai DBKL dan polis ada dihadapan kuil dan saya persoalannya memgapa perlu membawa sekali polis," katanya.
Pagi tadi polis menahan S.Jayathas apabila beliau cuma menahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL merobohkan kuil hindu.
Timbalan Ketua PKR mengetuai hak asasi itu dibawa ke Ibu Pejabat polis daerah Dang Wangi kerana menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dibawah Seksyen 186.
N. Surendran yang ditemui ketika itu berkata DBKL jelas telah menyalahi undang-undang kerana tidak mengemukan notis terlebih dahulu.
"Ia adalah salah,melanggar undang-undang kerana mereka tidak menyediakan notis rasmi, "katanya kesal.
Kira-kira jam 12 tengah hari Raman Ramakrisnan, pembantu kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor datang ke kuil tersebut memberitahu kuil itu bahawa DBKL hanya mahu mendirikan tembok.
"Ia bukan untuk merobohkan kuil," katanya sambil menambah, kuil itu memasuki tanah kerajaan dan dinding akan didirikan untuk dijadikan pemisah," kata Raman.
"Ini adalah arahan dari kementerian, notis secara rasminya sudah dikeluarkan, dan pembinaan dinding akan dijalankan," katanya lagi.
Sejurus selepas arahan itu dikeluarkan  keadaan bertukar tegang apabila ramai yang bertindak membantah keputusan tersebut.
Keadaan bertambah buruk apabila pergerakan pemuda MIC turut menghalang DBKL dari membina dinding tersebut menyebabkan berlakunya pergaduhan kecil antara mereka.
Ia menyebabkan Ketua Pemuda MIC T Mohan ditangkap dan disusuli dengan ahli yang lain.
Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Dang Wangi dan sehingga kini mereka masih belum bebas.

Sunday, September 1, 2013

Ayyoyoo....Inilah Malaysiaku Yang Aman Damai!

Published: Ahad September 1, 2013 MYT 11:30:00 AM
Lelaki Mati Ditembak Selepas Terkena Tiga Das Tembakan di Kepala
IPOH: Seorang lelaki, dipercayai bekas pegawai tentera udara ditembak mati di Taman Rishah, awal pagi Ahad.
Lelaki berkenaan dipercayai ditembak sebanyak tiga kali di kepala pada pukul 7.15 pagi.
Lelaki berkenaan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Sumber mengatakan tiga suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Toyota Vios selepas terlibat dengan kejadian tembakan tersebut.