Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 2, 2015

9M-NAA Tak Temui KL/KLIA?

Jet rasmi kerajaan kini di Bangkok
Published: 2 January 2015
Pesawat rasmi kerajaan 9M-NAA yang digunakan perdana menteri kini dilaporkan sudah mendarat di Bangkok selepas berada di Amerika Syarikat. – Gambar YouTube, 2 Januari, 2015.

Selepas berada di London, New York dan Dubai semalam, pesawat rasmi kerajaan 9M-NAA  hari ini tiba di Bangkok, Thailand pada 11.11 pagi tadi, menurut sebuah laman yang merakamkan perjalanan udara antarabangsa.
Menurut laman Flight Radar 24, pesawat Airbus A319 itu meninggalkan Dubai pada 1.53 pagi ini, selepas tiba dari London pada 12.16 pagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan pesawat itu untuk pergi bercuti bersama keluarga, namun Najib terpaksa bergegas pulang selepas banjir di pantai timur bertambah buruk.
Najib juga menggunakan peluang bercuti bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii, baru-baru ini.
Setakat jam 1 tengahari ini, laman Flight Radar 24 tidak merekodkan destinasi pesawat 9M-NAA yang seterusnya.
Pesawat ity sebelum ini mendarat di beberapa tempat seperti Los Angeles, Indianapolis dan Honolulu.
Sebelum ini, PKR mempersoalkan di mana pesawat rasmi kerajaan itu berada selepas kepulangan Najib menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Chean Chung mempersoalkan mengapa pesawat 9M-NAA mendarat di Indianapolis dan siapa penumpang pesawat itu.
“Saya mahu tahu mengapa pesawat rasmi tidak membawa Najib pulang tetapi pesawat TUDM yang digunakan, hanya menambahkan kos?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu itu.
Pengguna media sosial juga bertanya ke mana pergi isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor di saat pantai timur dilanda banjir besar.
"@NajibRazak Rosmah kat mana, Rosmah Rosmah kat mana (yeaa), Rosmah kat mana, Rosmah Rosmah kat mana (ditanya tanya lagi) #TaufikBatisah," kata Lucius Maximus melalui Twitter, menggunakan bait-bait lagu penyanyi popular dari Singapura, Taufik Batisah.
Kedahkini turut bertanya: "ROSMAH MANSUR KAT MANA?".....TERUS JADI TANDA TANYA"
Megat Trainor (@akeemzamani) pula berkata: "Rosmah ulang alik kt US shopping barang utk mangsa banjir kot #Husnuzon (sangka baik)"
Sementara Munifah (@mo0n94) berkata, “Alhamdulillah. Macam ni la FLOM yang kita nak,” merujuk kepada singkatan First Lady of Malaysia atau wanita pertama Malaysia.
Najib dalam menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Obama di Hawaii baru-baru ini menafikan beliau mengabaikan bencana banjir seperti dituduh sesetengah pihak.
Katanya, aktiviti itu dirancang lebih awal atas dasar menjalinkan hubungan diplomasi dengan pemimpin dunia bagi mendatangkan manfaat kepada Malaysia.
Beliau berkata, jemputan itu disampaikan sewaktu Obama melawat Malaysia April lepas, dan amat sukar menolaknya kerana ia dirangka lebih awal berdasarkan jadual kedua-dua pemimpin.
"Main golf ini bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa... sebab zaman Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua Malaysia), Tun Dr Ismail Abdul Rahman (timbalan perdana menteri kedua) bermain golf dengan pemimpin dunia merupakan perkara yang boleh dikatakan sebagai 'golf diplomacy',” katanya. – 2 Januari, 2015 - sumber

Badan Berasap Kena Renjatan Elektrik Tapi Masih Bergerak

Rentung Terkena Renjatan Elektrik

macam mana bleh jadi gitu tak tahulah.....

Banjir: Satu Lagi Cerita Menyentuh Perasaan

Sejuk dalam hutan
ADILA SHARINNI WAHID1 Januari 2015

Beginilah keadaan penduduk yang hanya diterangi cahaya lilin pada waktu malam. 
Kanak-kanak yang masih belum mengerti kesusahan menimpa keluarga masing-masing, tersenyum menerima bantuan mi segera.

DABONG - Satu kampung seramai 70 orang daripada 11 keluarga ditemui dalam keadaan kesejukan di tengah-tengah kegelapan hutan di tepi jalan Dabong-Sungai Sam, Kuala Krai.

Mereka dari Hulu Temiang, Manek Urai, terpaksa bermalam di kawasan berkenaan apabila rumah masing-masing musnah dalam bencana banjir besar, Selasa lalu.

Amat menyedihkan apabila mereka terpaksa duduk dalam cahaya samar api lilin yang hanya tinggal sebatang.

Mohd Rizal Abdullah, 35, berkata, mereka tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan ketika banjir besar melanda dan mengambil keputusan berteduh sementara di kawasan tersebut.

“Sudah masuk hari keempat kami bersama kira-kira 30 kanak-kanak bermalam di kawasan hutan di bukit ini.

“Kalau nak buang air besar atau kecil, terpaksa buang di mana-mana sahaja yang dirasakan sedikit terlindung daripada pandangan dan sumber air pula kami peroleh dari sungai berdekatan,” katanya.

Sinar Harian yang dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas menjayakan misi Tangan Dihulur Tangan Bersambut di Dabong, kelmarin, kebetulan terserempak dengan mereka, kira-kira jam 9 malam.

Dalam pada itu, Mohd Rizal berkata, mereka sangat mengalu-alukan pihak luar datang memberi bantuan berikutan sudah buntu dengan kesan bencana yang ditanggung hingga memaksa mereka merempat di tepi jalan.

“Kami terpaksa berlindung sementara di sini dalam keadaan sejuk kerana tiada selimut mahupun bantal, sementara bantuan makanan pula diterima daripada orang ramai yang melalui jalan ini, yang sudi  menghulurkan pertolongan.

“Kami juga tidak tahu selama mana kami akan tidur di sini menanti banjir di kawasan kami surut, ditambah pula dengan bekalan makanan yang semakin berkurang,” katanya.

Tiada Masa Banjir: Nasib Ko Lah Anwar Tidak Ada 'Jet Rasmi'

Anwar: Semua pihak perlu kurangkan berpolitik
ROSMIZA KASSIM
1 Januari 2015
Anwar ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam

KOTA  BHARU - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan semua pihak termasuk jentera partinya agar tidak terlalu berpolitik ketika keadaan rakyat di Pantai Timur khususnya Kelantan menghadapi musibah banjir.

Anwar berkata, dalam keadaan sekarang, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan perlu memberi tumpuan terhadap usaha meringankan beban mangsa banjir.

“Saya mohon supaya semua pihak beri tumpuan kepada kerjasama dan bagi ruang serta peluang kepada semua yang mahu membantu, jangan ada cengkaman politik mahupun diskriminasi.

“Jangan lihat dari segi kepentingan politik, lihat kepada kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, untuk melawat mangsa banjir di negeri ini, semalam.

Ketika mengulas dakwaan mengatakan beliau tidak sensitif kerana masih berada di luar negara walaupun banjir besar melanda Kelantan, Anwar memberi alasan faktor tiket kapal terbang sebagai halangan beliau bersama rakyat.

“Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar.

“Gambar saya mengayuh basikal yang disebarkan itu sebenarnya sebelum banjir lagi, takkan saya naik basikal sebelum banjir pun nak dijadikan isu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, dalam tempoh bencana tersebut, beliau sentiasa mendapatkan maklumat melalui pimpinan parti yang berusaha untuk memberi bantuan sewajarnya.

Katanya, dalam keadaan genting itu, tidak perlu mengumumkan peruntukan wang berjuta-juta, sebaliknya apa yang penting menyegerakan bantuan makanan dan keperluan lain kepada mangsa banjir.

MH370: Cerita Atau Teori?

MH370- KANTOI penumpang ukraine MH370 masih hidup dan Lokasi MH370 ada di bawah tanah

Written By canang on Khamis, 1 Januari 2015 | 1/01/2015 10:05:00 PTG

Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara sevastopol, ukraine... 

Setelah disahkan pesawat tersebut ialah pesawat MH 370 milik Malaysia
baca lagi kupasan dan bukti2 oleh kapten Sharifah Sofia Syed Rashid

Kemana pesawat tersebut berada dan apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 akan terjawab fan menemui noktah yg muktamad.

Sah pesawat Boeing 777 yang mempunyai sistem berkomputer aitu ' fly by wire system ' berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi yang berada di dalam pesawat MH 370 sebelum seseorang masuk ke dalam kokpit pesawat dan mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie.

2 penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq Chustrak dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut dan mematikan transponder dan seluruh suis yg berada dlm pesawat MH 370 secara automatik sebelum menceroboh masuk ke dalam kokpit pesawat.

Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang disampaikan secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid

Usaha mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian beralih di Selat Melaka dan selepas itu di Laut Andaman, sebelum pasukan SAR mencari dan mengalih tumpuan ke perairan Australia Barat iaitu di Selatan Lautan Hindi. 

Susulan daripada pencarian yg berubah-rubah ini penyiasat telah pun membuat kesimpulan yg sebenarnya laporan MH370 " berakhir " dilautan hindi adalah teori dan rekaan semata-mata.

Perhatikan gambarrajah di bawah ini yang menunjukkan pesawat MH370 cuba membuat u-turn.Yg sebenarnya sewaktu MH370 hilang dari radar yg pesawat tersebut telah pun melalui ruang udara Thailand.

Kerajaan Thailand " mengisytiharkan " bahawa dpt mengesan pesawat MH370 melalui ruang udaranya. Bila ditanya kenapa Thailand tidak memaklumkan kpd kerajaan Malaysia ttg hal ini., mereka menjawab sbb kerajaan malaysia tak tanya mereka.... 

Inilah laporan yg betul dan telah disahkan serta disiarkan oleh semua media termasuk media utama di Malaysia.

Selang beberapa hari kemudiannya media-media M'sia tiba-tiba mengeluarkan berita yg dianggap ' uturn ' bahawa Kerajaan Thailand menafikan laporan yang mengatakan radar Thailand dapat mengesan pesawat MH 370 lalu diruang udaranya. 

Nampak tak tangan ghaib di sini siapa ?
Ni dia wajah 2 penumpang MH370 dari Ukraine iaitu Oleg Chustrak & Sergii Deineka iaitu askar upahan yg terlatih. Beliau merupakan agen CIA yg berjaya mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie dan menerbangkannya ke koridor utara

Kedua-dua dajjal ini mempunyai rekod jenayah dlm data base Russia iaitu :-

(1) Percubaan untuk bunuh president Angola
(2) Pernah mengebom Balai Polis Bab Azzur
(3) Pembunuh upahan untuk peperangan di serbia,
(4) Menjual senjata haram pada Al-Qeeda & agen CIA US.
Ni bukti yg penumpang Ukraine yang menaiki pesawat MH 370 masih hidup. lihat oleg Chustrak ini boleh online webcam lagi pada 28/7/2014 semasa bercuti di Bali .Pesawat MH hilang pada 08/03/14..

Sekarang ni FSB Russia sedang memburu kedua-dua dajjal yang telah menghijacked pesawat MH 370
Di bawah ni bukti yang diambil di akhbar russia " The voice of Russia & Ria Novosti "

Kerajaan Thailand tunjukkan bukti dan serahkan kepada Russia. Radar Thailand di Phuket berjaya mengesan pesawat MH 370 ditutup transponder dan cuba terbang rendah di bawah 1000 meter menghala ke utara andaman sea seterusnya pergi ke Bangladesh pada jam 2.40 pagi.. 

Take Note: Data sulit Marshal Montol Suchookorn ini telah diserahkan pada kerajaan Russia sebagai bukti pesawat MH 370 telah terbang rendah melalui radar udara Thailand.
Okey ni bukti penting yang ingin ditunjukkan kepada dunia dan kepada semua keluarga mangsa pesawat MH 370 ke mana sebenarnya MH 370 dibawa.

Perhatikan baik-baik tracking route map pesawat MH 370 bergerak. Dari aceh Thailand Bangladesh Nepal Kyrgyzstan besh tesh valley talas caspian sea Azerbaijan, Georgia & seterusnya ke sevastopol air base Ukraine.... 

Menurut Serik Mukhtybayev pesawat MH 370 yg dipandu oleh Oleq Chustrak dan Sergii Deinika sengaja dipandu mengikut laluan negara tidak maju untuk elak di kesan oleh radar moden.

Sebelum pesawat MH 370 sampai ke Ukraine, pesawat tersebut sempat mendarat di Kyrgyzstan untuk mengisi minyak iaitu us airbas airport lama yg dulu digunakan utk menyerang Afganistan dan meneruskan perjalanan ke Sevastopol airbase ukraine....

TAKE NOTE: Pesawat MH 370 tidak terhempas di lautan hindi Australia seperti yang didakwa oleh inmarsat dan media-media pro usa. Perhatikan bulatan biru itu radar russia di kg.Talas berjaya mengesan pesawat MH 370 menghala ke Ukraine.
Anda tahu siapa orang di bawah ni?
Dialah orang yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Russia untuk menjaga radar di sempadan Kg. Talas. Nama beliau ialah Mr. Serik Mukhtybayev. Beliau berjaya mengesan pesawat MH 370 merentasi sempadan Kazakhstan pada jam 8.15 pagi (waktu Malaysia)

Take Note (Penting): Walaupun pesawat MH 370 cuba ditutup atau diduplicate transponder. Radar Russia masih boleh mengesannya.. 

Menurut Serik Mukh org yg bertanggunjawab menjaga radar pada 08 march 2014, pesawat MH 370 berjaya dikesan bersembunyi di belakang pesawat SIA68 15 minit melintasi Kazakhstan menuju ke ukraine
Semua keluarga mangsa MH 370 termasuk Malaysia sendiri telah dikencing hidup-hidup oleh laporan Inmarsat yg berpangkalan di UK yang mengatakan pesawat MH 370 telah terhempas di selatan lautan hindi. 

Yg sebenarnya pesawat tersebut tidak terhempas mahupun pun ditembak.

Ini bukti pesawat MH 370 menghala ke Koridor Utara menuju ke Ukraine. Kali ini data radar tentera Kazakhstan pula mengesannya pada jam 08.59 pagi pesawat transponder MH 370 cuba ditutup merentasi sempadan Kyrgyzstan - Kazakhstan- laut caspian - Georgia -dan seterusnya menghala ke sevastopol ukraine.

Maklumat data sulit di bawah ini berjaya diberikan oleh negara Kazakhtan dan diserahkan kpd Serik Mukhtybayev org yg menjaga radar di Kg. Talas (Russia)
Anda nak bukti lagi nah ambik ni...

Ni satu lagi bukti radar tentera di Turkmenistan berjaya mengesan Pesawat MH 370 yg ditutup transponder cuba sembunyi di belakang pesawat SIA68 di (-48E70/Singapore) menuju arah utara ke Ukraine.
Ni bukti terakhir kedudukan lokasi sebenar dimana pesawat MH 370 disembunyikan sekaligus Russia berjaya mengcheckmate Amerika dlm kes misteri kehilangan MH 370 yg selama ini membelenggu masyarakat dunia 

Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara sevastopol, ukraine... 

Setelah disahkan pesawat tersebut ialah pesawat MH 370 milik Malaysia 
Nilah dia 2 gambar dajjal dunia iaitu Yatsenyuk & Obama yg merancang untuk kes pesawat MH 370 dan MH 17

Ramai yg tertanya kenapa Amerika memilih pesawat MAS dlm siri dajjalnya. Ini jawapannya: 

Tujuan sebenar Amerika menyuruh Ukraine hijacked pesawat MAS adalah untuk mendapat dana dari PBB sebanyak 1bilion usd... 

Apabila dapat duit sebanyak tu dari PBB UKraine hendak membayar tunggakan gaji kakitangan kerajaan dan tenteranya dari bulan ogos 2013 hingga ogos 2014.



Manakala ekonomi dan nilai mata wang Dollar Amerika sudah jatuh so Amerika memgambil kesempatan untuk.menagih simpati dari duit PBB dengan cuba menuduh Russia cuba menembak pesawat MH 370 tetapi gagal kerana setelah MH 370 dilandingkan di Ukraine dan ditukar enjin tiba-tiba pesawat tidak boleh diterbangkan dan Plan B digunakan untuk menuduh Russia tembak pesawat MH 17. 

Atas dasar ini Amerika melihat Malaysia sebuah negara yg kecil yg tidak mempunyai musuh dan berbaik dgn semua negara maka senanglah Amerika menjadikan pesawat Malaysia sebagai sasaran dlm kata lain dikambing hitamkan.

TIMBUL PERSOALAN di sini: Siapa yg berani mendakwa 2 dajjal ni utk dihadapkan ke mahkamah antarabangsa di suatu hari nanti ataupun di akhir cerita nanti berkesudahan dgn peperangan yg mana Amerika dan sekutu-sekutunya akan diserang oleh Russia dan sekutu-sekutunya.

Tunggu dan lihat bagaimana kes berprofil paling tinggi di dunia setakat ini akan berakhir *y)

- sumber

Thursday, January 1, 2015

Seruan Harussani Demi Rakyat: Bekerjasama Ok, Bersatu Tanyalah Hadi......

Aku tak tahu.....aku bukan Ahli PAS
Cuma PRU13 aku sokong PR
PRU14 kalau panjang umur.....tak tahulah nak pangkah siapa

Bersatulah untuk kebaikan rakyat, kata Mufti Perak
WARTAWAN SINAR HARIAN 1 Januari 2015

KUALA LUMPUR - Menjadi tanggungjawab kepada mana-mana pemimpin membela nasib rakyat apatah lagi yang baharu sahaja ditimpa musibah, kata Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Beliau berkata, walaupun berlainan ideologi, Islam mengajak umatnya bersatu bukannya berpecah-belah.

“Berbeza pandangan itu perkara biasa tetapi bukan sampai menyusahkan rakyat. Islam mengajak semua bersatu dan ini mungkin masa yang paling sesuai untuk Pas dan Umno bekerjasama demi kepentingan rakyat," katanya ketika mengulas cadangan kerajaan campuran di Kelantan bagi membolehkan proses pembangunan semula.

Katanya, setiap pemimpin diingat berpegang amanah yang diberi agar tidak mementingkan peribadi sahaja.

“Insya-ALLAH langkah ini mampu membantu rakyat khususnya di Kelantan membina kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, langkah itu sangat baik dilakukan ketika ini di mana rakyat terjejas mahukan pembelaan sewajarnya bukan lagi berdepan dengan sebarang masalah.

“Rakyat penat dan sedih dengan kemusnahan dialami dan mereka harapkan ada bantuan segera untuk memulakan kehidupan," katanya.

Tambahnya, ini bukan masa bercakap tentang kepentingan ideologi tetapi mengenai pembangunan rakyat.

Air Mata Rakyat Kelantan


Aku Dah Kata Ada Dalang Tapi Kalau Dah Hulur Bersambut, Kedua-Dua Jahatlah Jadinya!

'Idea k'jaan campuran bukti Umno jahat'
2:30PM - 1 Jan 2015 - mk

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan pembentukan kerajaan campuran Umno-PAS di Kelantan menunjukkan “betapa jahat” parti lawannya itu.

Ia juga, kata Mahfuz, menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan selama ini sukar menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan.
Katanya, cadangan pemilik Sinar HarianDatuk Hussamuddin Yaacub juga memberi gambaran bantuan hanya akan diberikan jika idea kerajaan campuran itu menjadi kenyataan.

"Saya ucap terima kasih kepada Datuk Hussamuddin yang buat cadangan ini. Tetapi melihat kepada sebalik kenyataan ini, ia menunjukkan betapa Umno dan BN ini jahat.

"Saya gambarkan kenyataan itu sebagai bagaimana Umno dan BN itu memiliki tiga sifat iaitu pendera, penzalim dan pembuli.

"Maknanya, kalau nak minta tolong Umno kena ada kerajaan campuran. Dia (Hussamuddin) orang Kelantan, dia tau betapa Kelantan sudah nak dapat bantuan kerajaan pusat," katanya.

Wang royalti untuk pembangunan

Mahfuz menegaskan kerajaan campuran antara BN-PAS tidak akan berlaku.

Sebaliknya, katanya, apa yang perlu diberi tumpuan kini ialah kerjasama antara kerajaan persekutuan dan negeri perlu diperkukuhkan.
Malah, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, apa yang menjadi keutamaan kini juga ialah kerajaan pusat perlu membayar wang royalti minyak milik Kelantan.

Katanya, sekiranya wang royalti itu diberikan ia dapat digunakan bagi tujuan pembangunan di negeri tersebut.

"Itu hak kerajaan Kelantan untuk dapat royalti dan wang itu untuk manfaat menmangunkan Kelantan.

"Kerajaan campuran tak perlu. Tetapi kerjasama antara G2G (kerajaan dengan kerajaan) perlu dilakukan. Bukan melalui kerajaan campuran.

"Dan selama ini kita memang beri kerjasama (dengan kerajaan persekutuan)," katanya lagi.

QZ8501: Jenis makhluk tak bertanggung jawab ni di mana-mana pun ada

QZ8501 - Penduduk Belitung Dakwa Nelayan Temui Mangsa Terselamat
Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 11:58 AM - mStar

BELITUNG: Terdapat penumpang pesawat milik AirAsia Indonesia, QZ8501 berjaya diselamatkan oleh nelayan di perairan Belitung Timur di sini dakwa BangkaPos.com.
Dalam laporan yang dimuat naik pada Rabu itu, portal berita tersebut menyebut dakwaan itu merupakan khabar angin yang telah tersebar di kalangan penduduk di sini.
Bagaimanapun jelas BangkaPos.com, tiada kebenaran dan pengesahan diperolehi berhubung dakwaan tersebut setakat ini.
"Tiada pengesahan boleh dibuat hasil daripada maklumat tersebut setakat ini walaupun ada yang mengatakan bahawa terdapat penumpang telah diselamatkan nelayan.
"Malah mayat mangsa juga telah ditemui terapung di perairan Jawa yang merupakan lokasi nahas," kata pegawai polis Belitung, Yanto.
Tambahnya, berdasarkan maklumat dari Pangkalan Bun, berkemungkinan besar tiada mangsa nahas yang terselamat.
Oleh itu penduduk telah diminta supaya menghentikan sebarang khabar angin berhubung nahas pesawat QZ8501.

Amaran Ribut Tropika Jangmi

Jangkaan Hujan Lebat, Angin Kencang Di Sabah Sehingga Ahad
Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 8:33 AM
Oleh: STEPHANIE LEE dan D. KANYAKUMARI

KOTA KINABALU: Mereka yang tinggal di pantai barat Sabah, dan juga di Sandakan dan Kudat, dinasihatkan supaya bersedia untuk menghadapi hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berterusan sehingga Ahad.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak pergi ke laut dalam tempoh tersebut.

"Hujan itu, walaupun dianggap sederhana di sini, masih mendatangkan bahaya kepada bot-bot kecil serta aktiviti-aktiviti rekreasi di laut," katanya, Rabu.

"Kelajuan angin dianggarkan antara 60 dan 80km/jam, manakala gelombang boleh menjadi setinggi 3.5 meter," katanya.

Sementara itu, satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menyatakan bahawa Ribut Tropika Jangmi dijangka tidak akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak, dengan ribut itu dilaporkan bergerak ke arah selatan pada kelajuan 19km/jam.

Jurucakap JMM Dr Mohd Hisham Anip berkata, Jangmi yang dijangka melanda Malaysia pada Sabtu, namun kesannya berkemungkinan rendah.

Beliau menambah bahawa  Pusat Amaran Taufan Tropika di Guam, Amerika Syarikat, telah mengeluarkan kenyataan pada 11 pagi Rabu mengatakan bahawa siklon tersebut telah lemah.

"Amaran terakhir mereka dengan jelas menyatakan bahawa ia adalah amaran terakhir yang dikeluarkan untuk taufan itu, yang bermaksud ia berada di bawah kawalan.

"Sebelum ini telah berlaku siklon tropika, tetapi ia telah lemah dari masa ke masa dan pada hari ini, ia akan terus lemah dan menjadi apa yang kita panggil sistem tekanan yang rendah," katanya kepada The Star.

Tuu....dia 35 mati sambut tahun baru ikut cara orang puteh!

35 maut, 42 cedera rempuhan sambutan Tahun Baharu di Shanghai
KHAMIS, 1 JANUARY 2015 @ 8:52 AM
ANGGOTA keselamatan cuba menghalang orang ramai daripada memasuki sebuah hospital di mana ahli keluarga mereka menerima rawatan selepas kejadian rempuhan menjelang Tahun Baharu di Bandaraya Shanghai, China, malam tadi. Sambutan menjelang detik 12 malam yang diadakan di sebuah dataran sungai itu mengorbankan 35 orang, manakala lebih 42 lagi cedera. - Foto AFP

SHANGHAI: Seramai 35 orang maut dalam rempuhan apabila orang ramai berasak-asak menyambut detik 12 malam menjelang Tahun Baharu di Bandaraya Shanghai, malam tadi, bencana kematian paling buruk menimpa bandar raya terkenal itu.

Kerajaan Shanghai dalam satu kenyataan berkata, seramai 42 orang lagi cedera dalam kejadian yang berlaku setengah jam sebelum tengah malam.

Kejadian berlaku di Bund, satu kawasan dataran tepi sungai popular di Shanghai yang biasa digunakan dalam majlis keraian besar-besaran.

Stesen televisyen CCTV America menunjukkan video keadaan jalan raya di Shanghai selepas rempuhan itu dengan dipenuhi timbunan kasut yang ditinggalkan.

Satu gambar yang dikongsi oleh Agensi Berita Xinhua menunjukkan sekurang-kurangnya seorang peserta memberikan pertolongan cemas terhadap seorang lelaki tanpa baju yang dipercayai sesak nafas, manakala beberapa orang lagi terbaring di padang berdekatan.

Punca rempuhan setakat ini masih dalam siasatan, demikian lapor Agensi Berita Xinhua.
Minggu lalu, akhbar berbahasa Inggeris, Shanghai Daily melaporkan sambutan menjelang Tahun Baharu di Bund yang biasanya akan menarik kunjungan lebih 300,000 orang, dibatalkan disebabkan masalah mengawal jumlah mereka yang datang.

Laporan itu kemudian menyatakan bahawa upacara itu tetap diadakan tetapi tidak dibuka kepada orang awam. - AP

Temerloh: ‘Dah tak ada apa’

Oleh Nurul Huda Kosnon dan Mior Azlan Kamarulbaid
Khamis, 1 January 2015 @ 12:11 AM

MERCU tanda Temerloh hampir lenyap ditenggelami air selepas paras air Sungai Pahang naik mendadak

Temerloh: "Dah tak ada apa dah...rumah pun hanya nampak bumbung.

"Semua perkakas rumah, termasuk televisyen, mesin basuh dan perabot musnah ditenggelami air," kata Nik Mohd Zaihan Mat Ali, 35, yang mendakwa dia dan keluarganya hidup sehelai sepinggang selepas kediamannya ditenggelami banjir yang melanda Kampung Tebal, Seberang Temerloh, Rabu lalu.

Dia kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh bersama keluarga serta kira-kira 3,000 mangsa banjir di seluruh kawasan berkenaan.

Nik Mohd Zaihan yang juga bekerja sebagai penghantar barang berkata, dia mula menyedari air naik dan memasuki kediamannya selepas terjaga daripada tidur iaitu 8.30 pagi, 28 Disember lalu.

"Ketika itu, saya hanya terfikir anak dan keluarga sebelum meninggalkan kediaman 30 minit kemudian untuk menyelamatkan diri," katanya.

Katanya, dia dan isteri, Nurul Fatini Abdul Manan, 35, juga runsing memikirkan keadaan rumah tapi tidak mampu berbuat apa-apa selain reda dengan ketentuan Allah SWT.

"Anak kedua saya berusia tiga tahun turut menghidap lelah sejak berusia tiga tahun dan perlukan perhatian sepenuhnya.

"Sejak dipindahkan di pusat pemindahan ini hampir setiap hari anak saya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Menurut bapa tiga anak itu, dengan pendapatannya yang tidak menentu dia buntu memikirkan keadannya sekeluarga terutama untuk membina semula kediaman selepas banjir surut.

“Isteri tidak bekerja dan anak sulung saya berusia lima tahun akan memulakan sesi pra-sekolah tidak lama lagi.

"Saya tidak tahu apa nak buat. Bila tengok rumah mahu menangis rasanya kerana sampai sekarang pun bumbung rumah saja yang nampak," katanya.

Jumlah mangsa banjir di Pahang mencatatkan angka 51, 263 orang dengan daerah Temerloh seramai 21,301 orang.

NIK Mohd Zaihan. FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid

Najib Dah Pulang, Jet Rasmi Kerajaan Di Mana?

Najib perlu jawab ‘kehilangan’ jet rasmi kerajaan
 | December 31, 2014
Ia bukan saja berkaitan kelayakan menggunakan jet rasmi itu tetapi juga menambahkan lagi pembaziran wang negara
najib razak_300PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu memberikan jawapan mengenai ‘kehilangan’ jet rasmi kerajaan di dalam negara tatkala beliau sedang sibuk melawat mangsa banjir.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin mendakwa, ‘kehilangan’ tersebut merupakan kesilapan besar yang membayangi percutian Perdana Menteri bermain golf di Hawaii bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Beliau menambah, kerja keras Najib selama beberapa hari menyelesaikan masalah banjir tidak akan dikenang rakyat apabila mendapati jet tersebut digunakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor meneruskan percutian ke Indianapollis.
”Ketika orang ramai bercakap soal banjir dan pesawat Air Asia hilang, mereka juga turut bercakap mengenai pesawat rasmi kerajaan yang juga ‘hilang’ sedangkan Najib sudah berada di dalam negara.
“Ia bukan saja berkaitan kelayakan menggunakan jet rasmi itu tetapi juga menambahkan lagi pembaziran wang negara,” katanya, dalam entri terbaru shahbudindotcom.blogspot.com.
Kata Shahbudin, tindakan isteri Perdana Menteri menggunakan jet rasmi kerajaan telah menjadi alasan terbaik pembangkang untuk melancarkan kecaman dan burukkan lagi sikap tidak peduli terhadap kemarahan rakyat.
Dakwanya, Najib seolah-olah menganggap penggunaan jet oleh isterinya tidak menjadi kesalahan dan bukan pembaziran kerana beliau Rosmah banyak berjasa kepada negara.
“Barangkali jawapannya, ‘biarlah Rosmah menggunakannya, pengorbanannya amat besar kepada negara. Dia juga penyokong dan pendokong Najib dengan sepenuh hati selama ini. Lagi banyak jet digunakannya, tambah makmur negara kita’,” tambah Sahahbudin.