Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 2, 2015

'Barua': Hang ada fakta, ada bukti ke?

Jangan pulak sampai orang kata MP Pasir Mas bodoh
Bercakap dan tuduh ikut sedap mulut tanpa bukti!
Atau hanya sekadar ikut sedap mulut macam Presiden?

Hanipa: Siapa agaknya 'barua' PAS itu?
mk - 2:34PM - 2 Mar 2015

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan siapakah golongan “barua” yang dimaksudkan oleh ahli jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dalam parti itu.

“Tanya (Nik) Abduh-lah, sebab dia yang cakap. Kalau dia kata ada barua dalam PAS, dia kena buktikan.

“Setahu saya tidak ada barua dalam PAS. Saya pun nak tahu (siapa). Kita sama-sama nak tahu,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Nik Abduh mendakwa terdapat "barua” di kalangan ahli PAS yang lebih taat setia kepada Pakatan Rakyat berbanding kepada parti itu sendiri.

Nik Abduh (kanan) yang juga anggota parlimen Pasir Mas mendakwa, kelompok itu juga cuba memisahkan pemikiran Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hanipa hari ini menjelaskan, apa yang berlaku dalam PAS hanya perbezaan pendapat seperti lazimnya dalam mana-mana parti politik.

"Bila berlaku pemilihan ia semakin rancak"

“Muktamar ini macam perlawanan persahabatan, kadang-kadang ada yang main kasar kena juga kad merah. (Ini) normallah dalam parti,” katanya.

Hanipa ketika ditanya sama ada menjadi antara individu yang mahu menggulingkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjawab “tidak mahu melayan khabar angin”.

ISIS: Dunia ditipu?

Chapter : isis -isil dll... isis = intelligence secret israel service ? part 4
Masih ramai antara kita tertewas dgn percaturan the hidden hands hinggakan ada someone fb yg memberikan aku gambar2 ttg muslim @ isis -isil menyembelih non muslim.Sebbelum ni aku dah menulis siapa leaderya sekarang mari kita tgk sebalik langsir isis ini.

Penaung gerakan ini terdiri dari negara arab saudi-bahrain'-turki-uae-jordan-qatar.Mereka adalah foundations nya.Ini kerana utk menjaga kepentingan tertentu mereka spt kedudukan -kekuasaan mereka.Ramai terkejut tentang turki.Tetapi itulah sandiwara politik.Jangan lupa perang teluk dahulu ...turki satu2nya yg membuka pengkalan udaranya utk logistics u.s.a.

Untuk yg non muslim spt yg didakwa oleh xxxjohn pd aku.Perlu diingat mereka ini bkn membunuh non muslim shj tetapi juga muslim terutama muslim di Iran yg menjadi musuh amerika hingga kini malah merrka juga merogol pelarian2 muslim.Mereka ini bukan gerilla sesebuah negara atau joint ventures antara negara tetapi merupan gerila upahan dari pihak the hidden hands yg menyalurkannya untuk amerika bertindak sebagai majikan mereka dgn foundation dari negara arab sendiri.
Ia sama spt al qaeda dulu alat sebagai amerika menghalalkan serangan keatas negara islam itu sendiri.Isil -isis juga begitu.Walau di remote oleh amerika tetapi amerika cubamengambarkan isil -isis itu terrorist di kaca mata dunia.Amerika mengambarkan isis ini suka menyembelih non muslim dan muslim padahal amerika sendiri yg jadi dalangnya.
Jika kita rajin mencari fakta & logiknya carian internet ukup menjadikan kita menarik nafas.Kita akan dpt lihat kumpulan ini menaiki pancuan 4x4 toyota baru-senjata canggih-malah berpuluh ratus gambar yg menunjukan kepalsuan mereka menyembelih tahanan mereka.Dari rakan fb di timur tengah terdpt gambar2 khemah kumpulan isis-isil ini tertera u.s.a.Tujuan yg jelas agar non muslim dan muslim bersengketa dan usa akan terus melebel islam itu terrorist dan mencari peluang menyerang negara islam jika perlu
.
Difb wujud puluhan group yg mendedahkan kepalsuan mereka ini....tetapi kita lebih suka frends dengan artis dari kawan2 yg berilmiah.Adakah isis bermaksud intelligent secret israel service ? Ia bkn israel lagi tetapi bapa segala israel yg inginkan the new world order.
* hanya pendapat peribadi semata2 -bkn utk mempercayai 100% .
Info capaian internet dan fb.
— with Don Faizal Aleppo and Irsalina Irsyad.
yang bawah ni aku tambah

Apa perlunya kenyataan ini dikeluarkan?

Untuk dipercayai oleh rakyat?

UMNO hormati proses pengampunan Anwar
 | March 1, 2015
Bagi saya tiada yang mustahil untuk kita tumbangkan mereka di Permatang Pauh.
DATUK SERI SHAFIE APDALTASEK GELUGOR: Barisan Nasional (BN) menerima keputusan pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghormati proses yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kemungkinan berlaku pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh tidak boleh ditolak.
“Sekiranya berlaku (PRK Permatang Pauh), kita pasti akan letak calon sesuai yang diterima pengundi di sana,” katanya.
Beliau menambah, “Ada persepsi yang menyatakan kerusi berkenaan kubu kuat pakatan pembangkang, tapi bagi saya tiada yang mustahil untuk kita tumbangkan mereka di sana tetapi mesti mempunyai gerak kerja yang berkesan.”
Menurut Mohd Shafie, selepas mengharungi pelbagai cabaran pentadbiran, UMNO dan BN telah membuktikan rekod cemerlang dalam membawa hala tuju negara ke arah lebih baik.
Beliau berkata, transformasi yang dilaksanakan menerusi pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN membuktikan perikatan berkenaan terus relevan dalam membela nasib orang Melayu dan agama Islam serta tidak meminggirkan kaum lain.
“Bermula sebagai negara ‘miskin’ lebih 50 tahun lalu dan hanya bergantung
kepada eksport bijih timah, Malaysia hari ini muncul sebagai negara membangun paling maju di dunia.
“Negara juga pernah menjadi negara miskin serta diuji dengan krisis ekonominnamun kita tidak rebah dan terus bersemangat melangkah ke hadapan,” katanya, lapor Bernama.
Beliau berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang ang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir
dan Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.

Ini satu isu yang malas aku nak letak di kepala.......korang nak tahu bacalah

Jho Low didakwa larikan AS$700 juta dari 1MDB, kata portal
Published: 1 March 2015 12:08 PM
Keratan laporan di laman Sarawak Report yang mendakwa muslihat licik oleh ahli perniagaan Jho Low bagi melarikan sejumlah AS$700 juta. – 1 Mac, 2015.

Ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali Jho Low, didakwa merancang usaha sama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International pada 2009 bagi melarikan AS$700 juta dari syarikat pembangunan strategik itu, dakwa portal Sarawak Report.
Laman berpusat di Britain itu mendedahkan bayaran balik hutang syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi sebanyak AS$700 juta kepada PetroSaudi pada 2009 hanyalah bagi mengaburi mata, sedangkan wang itu disalurkan kepada Good Star Limited, sebuah syarikat yang didakwa dimiliki Low.
Peruntukan pinjaman AS$700 juta itu merupakan sebahagian perjanjian usaha sama di antara Petro Saudi International dan 1MDB, kata Sarawak Report, yang turut menyebut dokumen yang diperolehinya dan menerbitkannya bersama pendedahan tersebut.
“Apa yang ditunjukkan melalui bukti ini ialah muslihat penting bagi menyalurkan 'pinjaman' dan 'premium' AS$700 juta kepada Jho Low berlaku sejurus selepas perjanjian (antara PetroSaudi dan 1MDB) dimeterai pada 29 September – dan Jho Low juga terlibat dan dimaklumkan setiap langkah,” kata Sarawak Report.
Menurut salinan perjanjian pinjaman PetroSaudi seperti diperolehi Sarawak Report, AS$700 juta dipinjamkan daripada PetroSaudi Cayman Holdings kepada syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi pada 25 September, 2009.
"Bagaimanapun, tiada bukti menyokong 'pinjaman' itu melainkan ia sekadar sesuatu transaksi yang dirancang antara dua sayap PetroSaudi, sebuah syarikat dengan modal kerja yang amat kecil.
“Tiga hari kemudian, 1MDB terpaksa membayarnya balik secara tunai," kata laman tersebut.
Pada 29 September, 2009, ketua pegawai eksekutif (CEO) PetroSaudi Tarek Obaid mengeluarkan surat kepada 1MDB PetroSaudi Limited menuntut AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun bernombor 11116073, RBS Coutts Bank Ltd di Zurich, Switzerland.
Sarawak Report mendakwa akaun tersebut berdaftar di bawah nama syarikat Good Star Limited.
“Ini bermakna, wang yang dinyatakan dibayar balik kepada PetroSaudi sebagai memenuhi syarat perjanjian usaha sama, sebenarnya dipindahkan Tarek Obaid kepada pihak ketiga yang berasingan, Good Star Limited.”
Tambahnya, dana AS$700 juta itu dibayar balik oleh 1MDB secara bersendirian memandangkan PetroSaudi tidak menyalurkan sesen pun ke dalam usaha sama berkenaan dan hanya bersetuju dengan penilaian asetnya.
Good Star kemudiannya membayar Tarek Obraid "yuran broker AS$85 juta” pada hari sama surat tuntutan itu ditulis, menurut laporan itu lagi.
Sarawak Report mendakwa keseluruhan perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi itu didalangi Low dan pasukannya pada 8 September, 2009, tidak sampai sebulan sebelum ia dimeterai.
Selain Low, ia menamakan ahli perniagaan Britain, Patrick Mahony; rakan Low, Seet Li Lin; dan peguam Tiffany Heah, sebagai mereka yang terlibat dalam perbincangan awal.
Mahony bekerja dengan kumpulan pelaburan Ashmore yang membiayai operasi utama PetroSaudi, sementara Seet merupakan ketua pegawai pelaburan Good Star Limited dan naib presiden syarikat Low, Jynwel Capital, menurut Sarawak Report.
Laman itu berkata, ketika dihubungi bagi meminta beliau mengulas mengenai peranannya di Good Star, Seet menafikan mengetahui perkara itu sebelum "mematian telefonnya".
Melalui emel, Mahony memberitahu Low beliau memahami Low mahu menggunakan PetroSaudi International untuk "berdepan perjanjian tertentu" dan "kami sukacita untuk melakukannya".
Sarawak Report berkata CEO 1MDB, Shahrol Halmi dan rakannya dari Malaysia hanya terlibat dalam perbincangan pada 15 September atas initiatif Low yang memulakan panggilan telesidang di antara pihak terlibat.
Laman tersebut juga menerbitkan semula sebuah emel yang didakwa dari Shahrol, yang menunjukkan betapa 1MDB tidak tahu perniagaan sebenar PetroSaudi International, kerana Shahrol masih belum menerima profil syarikat itu beberapa hari sebelum perjanjian usaha sama dimeterai.
Pada 21 Februari lepas, 1MDB mendakwa menerima keuntungan AS$488 juta hasil usaha samanya bersama PetroSaudi.
Dalam kenyataan di laman web syarikat itu, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut berkata wang pelaburannya dalam usaha sama itu ditukar balik dalam bentuk nota Murabaha selepas rancangan itu tidak diteruskan.
“Pada 2009, 1MDB mengadakan perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi, yang ditubuhkan bagi menjalankan pelaburan dalam projek tertentu.
“Kedua-dua pihak kemudian memutuskan tidak meneruskan usaha sama berkenaan dan wang pelaburan kami ditukar kepada nota Murabaha.
“Nota Murabaha ini dibayar balik sepenuhnya, dengan 1MDB mencatat keuntungan AS$488 juta, pada 2013,” kata Arul dalam kenyataan itu. – 1 Mac, 2015.

Sunday, March 1, 2015

GAMBAR: Babi Hutan Dirakam Jilat Pinggan Mangkuk Gerai

Di Hentian puncak?
Nasib baik aku tidak berhenti di situ ketika berulang-alik Kota Bharu - Ipoh - Lumut - Penang
Ini jalan yang aku sering ikut.....paling tidak sebulan sekali
Eee....geli!

Apalaa.....tuan gerai ni tak senonoh sangat.....tinggalkan bekas sisa makanan gitu!

Dr. Rosli Allani tibai sape ni?

Apa dikecoh gesa presiden undur?
Posted on Sunday, March 01 @ 15:55:46 MYT by paktam
Oleh DR ROSLI ALLANI ABDUL KADIR

Pemuda PAS Kota Bharu ingin melahirkan rasa dukacita ke atas kemelut yang berlaku di dalam PAS menjelang pemilihan kepimpinan parti Jun ini. Cara kita menangani kritikan memperlihatkan seolah-olah PAS adalah sebuah parti yang tertutup, mana-mana ahli yang menegur pimpinan dianggap telah melakukan kesalahan

Jika ada ahli yang menyarankan mana-mana pimpinan parti mengundurkan diri maka ahli ini dikatakan telah melakukan dosa besar, tidak wala' kepada pimpinan.

Dalam soal ini, Pemuda PAS Kota Bharu ingin mengimbau kembali tindakan yang telah dibuat oleh almarhum Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz (kiri), ketika PAS berkemelut pada tahun 1982 dahulu.

Dalam laporan bertajuk "Nik Aziz akui krisis dengan Asri: Masalah dalam pilihan raya umum lalu", Tuan Guru Nik Aziz mempertikaikan tindakan Datuk Asri melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Calon PAS Kelantan dan cara pemilihan calon PAS dalam pilihan raya umum 1982.

Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka mengkritik presiden PAS pada waktu itu, Datuk Asri, dalam akhbar Berita Harian pada 6 Julai 1982.

Kata Tuan Guru Nik Aziz, sepatutnya beliau yang menjadi pesuruhjaya PAS Kelantan dilantik mengetuai jawatankuasa tersebut, bukan Datuk Asri.

Beliau malah menyebut dalam laporan tersebut betapa beliau telah diperalatkan oleh Datuk Asri. Apa tindakan Datuk Asri terhadap Tuan Guru Datuk Nik Aziz pada waktu itu?

Tiada apa tindakan pun. Begitulah terbukanya PAS pada waktu itu.

Tiada tindakan pada Nik Aziz

Begitulah juga dalam soal menggesa pimpinan parti mengundurkan diri di mana Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka telah menggesa Datuk Asri mengundurkan diri sebagai presiden PAS dalam majalah Mingguan Bumi pada 23 Oktober 1982.

Kata beliau, dalam laporan bertajuk "Asri, Sikap Nik Aziz" ini, Tuan Guru Nik Aziz menyebut "sudah sampailah saat dan ketikanya Datuk Asri mengundurkan diri dari pucuk pimpinan PAS secara terhormat”.

Datuk Asri seharusnya menyerahkan kepimpinan PAS kepada anak buahnya di waktu beliau masih sihat dan fikirannya masih diperlukan.

Beliau juga mengkiaskan kedudukan Datuk Asri pada waktu itu dengan jawapan Rasulullah SAW kepada pertanyaan seorang sahabat tentang saat dan ketika yang paling baik untuk bersedekah.

Jawapan Rasulullah ialah, sebaik-baik ketika untuk bersedekah atau memberi kekayaan kepada orang lain ialah pada waktu kita masih sihat dan sangat-sangat memerlukan kekayaan.

Kata Tuan Guru Nik Aziz lagi, kalau kita sudah sakit terlantar, kita tidak perlu bersedekah lagi, sebab kalau kita tidak beri pun orang akan merampas kerana kita sudah tidak terdaya lagi.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz ini dibuat menjelang Muktamar Tahunan PAS 1982, waktu tempoh mandat Datuk Asri sebagai presiden PAS belum berakhir lagi kerana mandat hanya akan tamat pada tahun 1983.

Apa tindakan Datuk Asri terhadap Tuan Guru Datuk Nik Aziz pada waktu itu? Sekali lagi, tiada apa tindakan pun.

Baiah 30 tahun lalu

Jadi, di dalam konteks ini, apalah yang perlu dikecohkan dengan gesaan supaya Presiden PAS mengundurkan diri yang dibuat oleh sesetengah ahli PAS sekarang?

Apa lagi bila mandat kepimpinan presiden PAS sekarang akan berakhir tahun ini, kerana sedangkan seruan serupa waktu mandat masih ada pada tahun 1982 dahulu pun tidak pernah menimbulkan sebarang masalah kepada penyuaranya.


Pemuda PAS Kota Bharu berpandangan bahawa PAS perlulah kembali kepada semangat asal konsep kepimpinan ulama waktu ia diperkenalkan dahulu yang menekankan betapa muktamar adalah syura tertinggi parti.

Jika perwakilan mahukan apa sahaja jawatan parti ditandingi maka biarlah pertandingan ini berlaku secara sihat dan terbuka kerana kita percaya bila demokrasi di dalam parti itu sihat maka parti kita juga akan lebih kuat.

Pemuda PAS Kota Bharu juga berpendirian bahawa usaha mana-mana pihak untuk menandingi mana-mana jawatan parti yang halal di sisi perlembagaan parti perlulah dihormati dan tidak segera dilabelkan sebagai usaha untuk menggulingkan mana-mana pemimpin yang dikira sebagai kesalahan.

Berhubung dengan konsep wala' pula, Pemuda PAS Kota Bharu menyeru semua ahli PAS kembali merenung baiah yang dilafazkan di dalam Muktamar Tahunan PAS 1982 dulu.

Bai'ah ini adalah berbunyi: "bahawa kami para perwakilan muktamar tahunan PAS yang bersidang pada hari ini berikrar berdiri teguh di belakang pucuk pimpinan baru pas dan bersedia mematuhi segala keputusan dan arahannya selama ia tidak bercanggah dengan hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya.”

Pemuda PAS selaku ketua kepada pembacaan baiah di dalam Muktamar Tahunan PAS 1982 seharusnya mengambil daya utama untuk mengembalikan keharmonian di dalam PAS demi memastikan hala tuju PAS tidak terpesong dari landasan sebenarnya.


DR ROSLI ALLANI ABDUL KADIR ketua Pemuda PAS Kota Bharu. 

Kenapa tidak, kalau tidak benar?

PasMa belum sedia lapor polis dakwaan terima wang DAP
Published: 1 March 2015 10:48 AM
Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan dakwaan kumpulan itu menerima dana DAP bagi menjatuhkan presiden PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Mac, 2015.

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) masih belum bersedia membuat laporan polis walaupun terdapat dakwaan mereka menerima wang imbuhan RM500,000 daripada DAP sebagai ganjaran menjatuhkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi menyifatkan perkara itu tidak benar, tetapi buat masa ini, katanya beliau hanya mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang dan menyeru orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang dakwaan selain kenyataan rasmi PasMa.
"Buat masa ini kita belum bercadang membuat laporan polis terhadap pihak yang cuba memburukkan imej PasMa.
"Kita serahkan perkara ini kepada penasihat undang-undang PasMa untuk pertimbangan sewajarnya," katanya.
Sebelum ini, Phahrolrazi menafikan dakwaan yang mula tersebar luas di beberapa laman blog dan portal berita mengatakan PasMa menerima wang imbuhan RM500,000 setiap tiga bulan sebagai ganjaran menjatuhkan Hadi dalam pemilihan PAS akan datang.
Terdahulu, sesetengah pimpinan PAS menuduh PasMa menjadi duri dalam daging kerana hubungan baiknya dengan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP dan PKR.
PasMa menjelaskan, ia mahu merapatkan kerjasama PAS dan PR yang merosot sejak kemelut menteri besar Selangor tahun lepas.
Antara lain, Phahrolrazi yang juga seorang pemimpin PAS peringkat negeri Kedah, pernah berkata, pelaksanaan hukum hudud di Kelantan perlu dirujuk dan mencapai kata sepakat tiga parti dalam PR.
"Jika mahu dilaksanakan juga hudud, ia harus mencapai konsensus di antara ketiga-tiga parti ini.
"PasMa tidak terlibat membuat keputusan terhadap isu yang spesifik, sebaliknya keputusan dibuat melalui satu konsensus," katanya menjelaskan pendirian PasMa yang melihat semua keputusan perlu dicapai secara bersama.
Ia bukan hanya meliputi isu hudud, malah termasuk juga isu persempadanan semula kawasan pilihan raya, katanya. – 1 Mac, 2015. - sumber

'Barua' pulak daah.....!

Selepas broker dan syaitan.......barua pulak
Agak-agak barua ni jenis macam mana ek?

Lantak hanglah nak gelar apa pun, mereka ni semuanya dari parti hang juga
Lagi pun tentang kumpulan UG ni dah terang, tak payah nak bersuluh
Takyah nak nafi dan berdolak-dalik lagi......
Biarkan ahli yang cerdik menilainya nanti 

Ada 'barua' dalam PAS, kata Nik Abduh
mk - 3:19PM - 1 Mar 2015

Terdapat golongan yang dilabelkan sebagai “barua” di kalangan ahli PAS, kata Ahli Jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Dakwanya lagi kelompok itu lebih wala' (taat setia) kepada Pakatan Rakyat berbanding kepada parti Islam itu sendiri, lapor Sinar Harian hari ini.

Beliau mendakwa kelompok itu juga cuba memisahkan pemikiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Lebih kurang 5 tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk 'Kerja-kerja bodoh dalam PAS' sewaktu arwah ayah saya berada di Mekah.

"Ia menjadi kecoh di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik.

"Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis ialah bagi memberi gambaran kepada kesemua ahli PAS terhadap kewujudan usaha memisahkan golongan ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan fitnah 'kerajaan perpaduan' terhadap presiden PAS," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Akibat pijak Qur'an

Khabarnya di Jerman - apa pun tak sahih kerana terima melalui WhatsApp dari abang aku

Imbasan: Almarhum Ust. Fadhil Noor - semakan sejarah

 13 Mac 1937 - 23 Jun 2002
Kerjaya
Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (1973-1978).Beliau dipecat dari UTM kerana bertanding dalam Pilihan raya 1977 di DUN Alor Merah dan parlimen Kuala Kedah. Beliau membawa kes itu ke mahkamah kerana pemecatan tidak mengikut saluran yang betul. Mahkamah memerintahkan UTM membayar ganti rugi dan kembali menjadi pensyarah. Beberapa bulan kemudian beliau meletak jawatan demi perjuangan PAS sepenuh masa.
Presiden ABIM 

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Penerangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978) dan Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976). 

ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS di mana 8000 ahli ABIM ialah ahli PAS. Siaran ABIM juga giat menyebarkan buku dan tulisan Ikhwanul Muslimin seperti Hassan al Banna, Syed Qutb dan Jamiat Islami, Maududi. Beberapa tokoh PUM juga tonggak penting PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.
Fadzil Noor dilantik menjadi Presiden ABIM apabila Anwar Ibrahim ditahan ISA pada 1974 ekoran isu demonstrasi kebuluran di Baling. Tokoh penting ABIM ketika itu ialah Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman.
Politik
Beliau mula bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1978 menentang Datuk Senu Abdul Rahman tetapi kalah. Pada tahun itu, PAS kalah teruk di Kelantan yang dikuasai sejak 1959.

Dr Mohd Natsir menggesa umat Islam merapatkan jemaah demi perjuangan Islam. Beliau menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. 

Pada 1980, beliau bertanding di DUN Anak Bukit berikutan kematian wakil rakyat di situ. 

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan raya umum Malaysia 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414. 

Pada Pilihan raya umum Malaysia 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Fadzil Noor mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman.

Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).
Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. DUN Anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah.
Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS (1981-1982) dan kemudian Timbalan Presiden pada 1983.Peristiwa Memali dan Peristiwa Lubuk Merbau terjadi pada 1985. Pada 30 Mac 1989 beliau dipilih sebagai Presiden PAS selepas pengunduran Tuan Guru Haji Yusof Rawa.
Pada tahun yang sama (1999), beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Lim Kit Siang yang kalah dalam pilihanraya umum itu.
Gerak
Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK (Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia) (Gerak). 

Gerak ditubuhkan oleh PASDAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menawan semula Kelantan dan Terengganu
Hasil kerjasama PAS dengan Parti Semangat 46 dan membentuk Angkatan Perpaduan Ummah pada 1989, PAS berjaya menang majoriti kerusi di negeri Kelantandan kerajaan PAS dibentuk semula di Kelantan pada 1990 semenjak kalah teruk pada 1977.
Pada 1999, PAS menubuhkan Barisan Alternatif bersama Keadilan dan berjaya mendapatkan semula Terengganu yang terlepas pada 1964. Rakan ABIMnya ,Tuan guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu.
Meninggal dunia
Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganukerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat Hercules dari Selangor ke Kedah.
Jenazah Ustaz Fadzil Noor disemadikan di madrasah di tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul UlumPokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga 20 km.
Kata-kata
"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir. - sumber

“Aci kerat kelingking saya kalau perdana menteri berani saman Harakah"

Bekas ahli PAS tidak yakin PM berani saman Harakah
Published: 28 February 2015 7:44 PM
Anak bekas timbalan perdana menteri Mohd Tamrin Abdul Ghafar, yakin Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak akan berani menyaman Harakah. – Gambar The Malaysian Insider, 28 Februari, 2015.

Anak bekas timbalan perdana menteri Mohd Tamrin Abdul Ghafar, yang juga bekas ahli PAS, penuh yakin Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak akan berani menyaman Harakah kerana beliau tidak akan sanggup "mendedahkan" dirinya di mahkamah.
“Aci kerat kelingking saya kalau perdana menteri berani saman Harakah,” katanya menggunakan perumpamaan membawa maksud beliau sanggup memotong jarinya sekiranya perdana menteri benar-benar menyaman lidah rasmi PAS itu.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, Tamrin berkata, Najib sebelum ini pernah menghantar surat ugutan menyaman portal Malaysiakini dan dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) - Rafizi Ramli (Pandan) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara) - namun ia tidak dilaksanakan sehingga kini.
“Saya tidak nampak dia, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan anak tirinya Riza Aziz berani ke mahkamah untuk mendedahkan segala kelemahannya,” katanya merujuk anak Rosmah hasil perkahwinan terdahulunya.
Pada Khamis, Utusan Online melaporkan, Najib bakal menyaman portal Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dan Riza dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui satu artikel bertajuk “Dana 1MDB biaya syarikat filem Riza Aziz (Bhg 2)' diterbitkan pada 19 Februari.
Najib menyifatkan artikel tulisan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub itu, yang mempersoalkan sama ada Riza mendapat manfaat daripada 1MDB, satu "fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan".
"Saya mengarahkan peguam saya mengambil tindakan undang-undang menuntut HarakahDaily menarik balik artikel tersebut," katanya.
Tamrin berkata, beliau percaya Najib tidak akan meneruskan tindakan saman itu. 
“Kalau kepada mereka pun Najib hanya berani gertak sahaja, inikan pula Harakah,” kata Tamrin merujuk surat yang pernah dihantar kepada kepada Malaysiakini, Rafizi dan Pua.
“Ia hanya nota tuntutan sahaja… Sekadar drama minggu ini sahaja,” kata Tamrin yang pernah menjadi Pengerusi Mara ketika berada dalam Umno sebelum menyertai PAS pada 2013.
Tamrin meninggalkan PAS selepas parti Islam itu dilanda krisis dengan PR ekoran cadangan PKR menukar menteri besar Selangor.
Rosli dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, sebagai orang kecil, beliau berbangga disaman orang besar seperti Najib.
Rafizi yang juga naib presiden PKR pula mencabar Najib menyaman beliau terlebih dahulu sebelum menyaman pihak lain memandangkan beliau juga pernah menerima surat ugutan begitu sebelum ini.
"Bukan saja saya terkejut kerana kelakuan sebegitu tidak pernah ditunjukkan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini, saya lebih terkejut kerana Najib belum lagi menyaman saya walaupun pernah mengugut untuk berbuat begitu baru-baru ini.
"Oleh itu, saya menasihati Najib supaya menyaman saya dulu sebelum mengugut untuk menyaman pihak lain.
"Saya juga menggalakkan lebih ramai pihak mengkritik Najib dan jangan takut dengan ugutan saman kerana sehingga sekarang beliau masih belum menyaman sesiapa pun, lebih-lebih lagi pengkritik nombor 1 beliau iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 28 Februari, 2015. - sumber

DUN Chempaka: Ahli UMNO bertanding tiket bebas?

Dia tidak sebacul Brehem Ali yang hanya cakap berdegar-degar marahkan UMNO tak bertanding

Saya tetap bertanding, kenyataan Tok Pa bersifat politik - Fadzillah
OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KUALA LUMPUR 

Aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Fadzillah Hussin yang menawarkan diri bertanding atas tiket bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chempaka 22 Mac ini menyifatkan peringatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai kenyataan politik.
Katanya, walaupun beliau ahli UMNO Cawangan Kepala Batas di Tumpat sejak berumur 18 tahun, tetapi tidak pernah memegang sebarang jawatan, apatah lagi aktif dalam parti itu.
Beliau berkata, peringatan itu juga tidak menjejaskan hasrat, tujuan dan niatnya untuk bertanding merebut kerusi DUN Chempaka yang kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lalu.
"Saya menjadi ahli UMNO sejak dulu lagi dan tidak pernah berbelah bahagi memberi sokongan kepada parti. Apapun, saya anggap kenyataan Tok Pa (Mustapa) adalah kenyataan politik yang tidak akan memberi apa-apa kesan kepada saya.
"Kalau saya dikenakan tindakan lucut keahlian sekalipun, ia tidak menjejaskan hasrat dan niat saya untuk bertanding kerana saya adalah orang yang menyokong dasar kerajaan," katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di Kuala Lumpur, hari ini.
Semalam, Mustapa dalam kenyataannya di Kota Bharu berkata, anggota Barisan Nasional (BN) akan dikenakan tindakan sekiranya mengambil kesempatan bertanding atas tiket Bebas pada PRK DUN Chempaka 22 Mac ini.
Kata beliau, anggota parti perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan untuk tidak meletakkan calon bertanding pada PRK berkenaan.
Menurut Fadzillah yang juga Yang Dipertua Kelab Bumi Rahmat, jika keahliannya dipecat, beliau tidak teragak-agak akan menubuhkan parti baru yang diberi nama parti Bumi Rahmat menggunakan lambang kijang.
Jelasnya, beliau hanya ahli biasa dalam UMNO cawangan itu dan tidak pernah terlibat secara aktif dalam parti berkenaan, melainkan banyak menghabiskan masa berjuang bersama NGO yang menyokong dasar kerajaan Pusat.
Beliau turut memberitahu, akan mengadakan rapat umum dan menyampaikan ucapan pertamanya bertajuk Perpaduan Melayu Islam di Kelantan di kawasan DUN Chempaka.
"Saya akan maklumkan tarikh dan tempat kemudian. Saya juga akan memaklumkan kepada rakyat tujuan saya masuk bertanding," katanya. - MalaysiaGazette

Ini dia wajah Phahrolrazi - Presiden PasMa

Pengolakkan dalam PAS, Phahrolrazi ada kepentingan?
Posted on Saturday, February 28 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Siapakah Phahrolrazi dan menjawab fitnah terhadap Allahyarham Ust Azizan Razak oleh Mohd Sayuti Omar (MSO) didalam bukunya.

Dalam buku MSO, ‘Kejatuhan PAS Kedah’, Phahrol menyatakan antara sebab dia menentang Ust Azizan ialah kerana Ustaz telah membatalkan Projek Ladang Sejahtera… Dia marah sangat sebab projek itu sudah ada pelabur dari China! Betul kah begitu?

Sebenarnya, Projek Ladang Sejahtera tidak pernah dibatalkan, malah dirancakkan lagi dengan penglibatan Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan (KLPK) sebagai agensi pelaksana, berkerjasama dengan Kedah Agro. Ustaz Azizan merasmikan pembukaan dan menyerahkan dividen pertama kepada 250 peserta fasa pertama Ladang Sekahtera Gunung Inas di Baling.

KLPK dan Kedah Agro (anak syarikat MBI) telah mengenalpasti beberapa kawasan lain untuk dibangunkan ladang-ladang itu, dan peserta program telahpun dipilih dari kalangan rakyat kedah berpendapatan dibawah RM750 yang mendaftar dengan e-sinar. Tidak kurang 5 keluarga miskin disetiap kampung telah dipilih untuk menyertai projek Ladang Sejahtera.
Ladang Sejahtera adalah ilham Ust Azizan, diubahsuai daripada satu proposal projek ladang getah klon balak (TLC) sebagai ladang hutan di zaman BN antara Kedah Agro dan PT Rubber (M) Bdn Bhd. Ia dibiayai oleh pinjaman mudah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).

Phahrol selaku Exco Pertanian waktu itu telah mengarahkan kerjasama itu dibatalkan kerana mendakwa individu yang mengetuai PT Rubber adalah kroni UMNO.

Oleh itu, MB telah mengarahkan projek itu diusahakan oleh Kedah Agro dengan penglibatan KLPK sebagai agensi pembangunan ladang. Maka projeknitu dinamakan Projek Ladang Sejahtera! Pembangunan ladang buah-buahan di pinggir tasik Pedu yang dilancarkan dengan himpunan besar-besaran sebelum PRU -13 adalah salah satu komponen program ini.

Rancangan yang dibatalkan ialah pengambilalihan Kilang Hivea Bukit Perak oleh beberapa individu melibatkan pelabur dari China. Bagaimana ia terjadi?

Begini…..

Phahrol mendakwa Kilang Hivea milik PKNK yang diuruskan oleh Kumpulan Ladang2 Perbadanan telah mengalami kerugian RM20 juta dan pihak pengurusan telah memanipulasi Akaun Kumpulan Ladang Perbadanan diketuai oleh Dato’ Shahabudin Shafie – Kenalan MB yang dilantik mengetuai GLC.

Dato’ Phahrolrazi mendakwa YAB DS Ustaz Azizan membawa masuk individu yang tidak dikenali oleh pimpinan parti untuk mengetuai GLC dan mereka mengambil kesempatan di atas ruang di GLC untuk mengautkan kekayaan dan menyebabkan kerugian. Tiada siapa yang dapat membuat teguran kepada Dato’ Shabudin kerana beliau adalah kenalan yang sentiasa dipertahankan oleh YAB DS Ustaz Azizan.

Dato’ Shabudin Shafie ialah bekas Ketua Pengarah RISDA, dilantik mengetuai Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan (KLPK), selepas CEO sebelumnya meletak jawatan sekitar bulan Mei 2008.

Sejak Januari 2012, Dato’ Shabbudin dilantik menjadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kedah Berhad (MBI) hingga Julai 2013 (Berhenti selepas kontraknya tamat setelah kerajaan bertukar). Disamping itu beliau jugak memantau perjalanan KLPK dan Kedah Agro (anak syarikat MBI).

Beliau didakwa oleh Dato’ Phahrolrazi telah menyembunyikan kerugian Kilang Hivea Bukit Perak Sdn Bhd (milik Syarikat Ladang Bukit Perak Sdn Bhd – anak syarikat PKNK yang diuruskan oleh KLPK) sebanyak RM20 juta dan memanipulasi akaun Kumpulan Ladang untuk dilihat mencatat keuntungan, tetapi sebenarnya mengalami kerugian.

Beliau mengarahkan KLPK menyumbangkan RM3 juta kepada PKNK jika benar- benar mencatat keuntungan, tetapi Dato’ Shabudin gagal berbuat demikian. Ini bermakna KLPK tidak mencatat untung seperti seperti yang dinyatakan oleh Dato’ Shabudin dalam penyata syarikat.

PENJELASAN 

RM 20 juta yang didakwa rugi itu ialah wang tuntutan cukai ses yang dituntut daripada Risda oleh Ladang Bukit Perak Sdn Bhd (milik PKNK yang diuruskan oleh KLPK) telah tersilap bayar terus ke akaun PKNK. Wang itu tidak rugi atau hilang sebaliknya ada dalam akaun PKNK yang sedang diuruskan oleh akauntan dan juruaudit untuk dipindahkan balik kepada Ladang Bukit Perak Sdn Bhd.

Dakwaan bahawa Kilang Hivea disalah urus hingga mengalami kerugian RM20 juta adalah tidak benar. Operasinya dihentikan semala hampir dua tahun untuk proses menaik taraf mesin dan kelengkapan. Sepanjang proses itu, KLPK telah mengeluarkan kos menaiktaraf dan overhead kilang sekitar RM5 juta.

Operasinya telah berjalan semua sejak September 2011dan telah mencatat pulangan RM700 ribu sehingga Disember 2011. Bagi tahun 2012, operasinya diunjurkan akan mencatakan keuntungan sebanyak RM3 juta.

Isu ini dibangkitkan dipercayai mempunyai kaitan dengan usaha yang telah dibuat oleh Dato’ Phahrol dan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang juga pegawai kanan di PKNK (Bob a.k.a Mustafar) yang merancang membawa masuk pelabur asing dari China untuk mengambil alih kilang ini.

Proposal ini telah diluluskan oleh EXCO PKNK tetapi dibatalkan oleh PKNK dalam mesyuarat penuh Ahli Lembaga Pengarah PKNK atas alasan kilang itu telah siap dinaiktaraf dan telah beroperasi semula dan sedang mencatat keuntungan. Adalah tidak masuk akal menjual sebuah kilang yang sedah dinaiktaraf dan sedang beroperasi,

Dato’ Phahrolrazi adalah EXCO PKNK dan dipercayai mempunyai kepentingan di atas proposal ini melalui pembabitan rakan yang juga jirannya – Man Juta.

Phahrol mengetuai delegasi lawatan ke China dan Hong Kong (2 kali) mengadakan perjanjian dengan pelabur bagi mengambil alih operasi kilang tanpa mandat daripada PKNK, Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berauthoriti. Dia juga tidak memaklumkan tindakannya itu kepada MB yang juga Pengerusi PKNK. Dia bertindak tanpa mandat mewakli kerajaan negeri mencari pelabur untuk mengambil alih sebuah kilang milik PKNK.

Mesyuarat penuh ALP PKNK kemudiannya mengarahkan rancangan ini dibatalkan memandangkan tiada keperluan untuk menjual kilang itu. Man Juta kemudiannya diarahkan oleh Phahrol menyaman PKNK di mahkamah menuntut jutaan ringgit sebagai gantirugi.

Dalam ‘Pertemuan Mentaloon’ , hal ini dibangkitkan oleh Phahrol dan mendakwa Ust Azizan telah memalukannya dimata pelabur China dengan pembatalan itu.
Phahrol melalui tulisan MSO dalam buku ‘fitnahnya’ telah berbohong kononnya Ust Azizan membatalkan projek Ladang Sejahtera- untuk menutup persundalannya dengan Bob dan Man Juta untuk kepentingan diri mereka dalam rancangan itu. Yang batal ialah rancangan tamak mereka menjual kilang getah yang siap dinaiktaraf dan sedang beroperasi dengan keuntungan! Inilah gaya Presiden PasMa! Beginikah gaya pentadbiran bekas ‘bakal MB Kedah’ yang siang malam berusaha menjatuhkan ketuanya sendiri? Kini dia mendakwa PasMa bertujuan menyelamatkan PAS? Selamat daripada siapa?!

Kalau niat dia sebaik itu, kenapa dia perlu berbohong melalui penulis upahan seperti MSO? Lagi kerap dia berbohong lagi banyak kebenaran tentang dirinya akan didedahkan.

Catatan: Cukai ses ialah cukai yang diambil oleh kerajaan dalam urusan jualan komuditi getah untuk eksport dan domestik untuk bantuan tanaman semula getah di tadbir oleh RISDA.

Skim tanam semula bagi sektor estet diwujudkan berasaskan peruntukan di bawah seksyen 10, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 setelah dipinda oleh Akta RISDA 1972.

Skim yang dinamakan Rancangan Perusahaan Getah (Penanaman Semula) Bagi Estet 1974 memperuntukan supaya wang SES yang dipungut dikembalikan kepada ladang-ladang besar (melebihi 40.5 hektar) mengikut bukti pengeluaran mereka setiap suku tahun. ..

AMACAM…????

Dari FB Alia UmairahFarhanah - via 
tranungkite