Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 4, 2015

Ulama PAS mem“babi” dan “syaitan” terhadap orang lain tapi.......

Tapi....diri sendiri pantang ditegur 
Ulama PAS telah di'maksum'kan oleh penyokong mereka?

Bekas setiausaha agung bimbang budaya ulama PAS tidak boleh ditegur 
Oleh Zulkifli Sulong, Pengarang Analisis dan Rencana
Published: 4 March 2015 9:00 AM
Ramai yang bimbang dengan budaya perbezaan pandangan dalam PAS dengan puak tidak sehaluan saling menegur dengan cara tidak beradab. – Gambar fail oleh The Malaysian Insider, 4 Mac, 2015

Budaya menangani perbezaan pandangan dalam PAS kini berubah dengan puak tidak sehaluan pendapat saling tegur menegur dengan cara tidak beradab, ini menyebabkan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar melahirkan kekesalan dan kebimbangan dengan keadaan parti Islam itu sekarang.
Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, kumpulan ulama dalam PAS kini bersikap tidak boleh ditegur walaupun pada masa sama mereka bebas menegur kumpulan lain dengan mengeluarkan pelbagai istilah termasuk perkataan “babi” dan “syaitan”.
"Ada kawan menegur, kumpulan profesional kena beradab dalam menegur ulama, dan ada yang berkata, ulama juga kena beradab dalam menegur profesional," kata ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, katanya, sesuatu yang menyedihkan ialah, kumpulan ulama kelihatan seperti tidak boleh dikritik tetapi pada masa sama, mereka bebas mengkritik kumpulan yang bukan ulama.
"Ini amat membimbangkan," kata Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Kelantan, selama 4 penggal sejak 1999.
Beliau berkata keadaan itu berlaku ketika ini menjelang Muktamar PAS ke-61 Jun ini apabila pemilihan untuk jawatan tertinggi kepimpinan akan berlangsung.
"Saya tidak akan terkejut jika (peringkat) kawasan membuat pencalonan pelbagai nama untuk jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, kali ini.
"Mungkin akan ada perkiraan daripada segi sama ada seorang perwakilan ada hak atau tidak untuk memilih secara terbuka jawatan tertinggi, misalnya presiden, timbalan dan naib," katanya.
Kamarudin berkata, daripada pemerhatiannya, wujud pemikiran yang jelas bagi menunjukkan PAS sebuah parti terbuka yang tidak sekali-kali menolak sebarang bentuk pertandingan.
"Ini dibolehkan, dan ahli mempunya hak dalam perlembagaan untuk menjadi calon dan memilih jawatan dalam jawatankuasa PAS pusat," katanya.
Sejak sekian lama, jawatan presiden PAS tidak dipertandingkan manakala bagi jawatan tertinggi lain seperti timbalan dan naib presiden, serta ketua dewan Pemuda dan Muslimat, menyaksikan perebutan.
Pada pemilihan 2013, hanya 1 kawasan saja iaitu Kulim Bandar Baru di Kedah yang tidak mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden, tetapi beliau tidak ditentang kerana lawannya hanya mendapat satu pencalonan.
Kamarudin berkata, dengan apa yang berlaku sekarang, muktamar kali ini masa paling kritikal untuk ahli dan pimpinan PAS menentukan hala tujunya selepas ini.
Ahli PAS dipercayai akan membuat pertimbangan penting sama ada parti Islam itu mahu kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan mempertahankan prinsip utama parti atau keluar daripada gabungan itu.
"Jika keluar, PAS boleh jadi bersendirian atau bersama parti lain," katanya.
Beliau berkata, budaya dalam parti itu kini sangat menyedihkan dan ia amat membimbangkan khasnya selepas penyebaran audio didakwa suara Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu baru-baru ini.
Kamarudin berkata, rakaman audio itu merupakan satu perbualan yang diadakan di kawasan tertutup dan terhad.
"Ini bukan lagi amalan parti yang biasa, di mana apa yang dibincangkan di peringkat dalaman akan kekal di dalam saja," katanya.
Beliau juga memetik kes kereta Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli yang dibakar selepas beliau didakwa menjadi dalang konspirasi menjatuhkan presiden.
"Kedua-dua kejadian ini membimbangkan, dan kita takut-takut ia dikaitkan dengan isu yang melanda dalaman PAS kini," katanya.
Kamarudin berkata keadaan sekarang lebih panas daripada apa yang berlaku menjelang Muktamar PAS 1982 apabila Tan Sri Asri Muda meletakkan jawatan sebagai presiden PAS (ketika itu digelar yang dipertua PAS Pusat).
“Mengikut kajian saya, zaman Asri tidak seteruk ini," katanya yang merupakan bekas pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia ketika krisis melanda PAS sehingga Asri meletakkan jawatan pada 1982.
Katanya, pada zaman Asri ada ketertiban dalam menguruskan parti dan ia berjalan dengan baik.
"Pernah sekali ada dakwaan berlaku silap kira dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat tentang Datuk Mohamad Nasir. Asri memanggil balik mesyuarat itu dan membuat kiraan semula.
"Beliau dilihat cuba menjaga maruahnya dan kepimpinan ketika itu," katanya.
Kamarudin yang pernah menjadi pengarah urusan Harakah menyertai PAS semasa era reformasi 1998 dan pernah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Umno serta menjadi setiausaha politik bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.
Beliau menjangka muktamar akan datang bakal menyaksikan perbahasan berhubung struktur parti, khasnya berkaitan pertandingan jawatan tertinggi parti apabila sesetengah pihak melihatnya sebagai penentangan kepada pemimpin tertentu.
Ini susulan perbahasan hangat dalam parti Islam itu yang mendakwa sesetengah pihak dalam PAS tidak wala' atau patuh kepada pemimpin tertinggi khasnya presiden apabila ada kritikan dan usaha untuk bertanding menentang beliau dalam pemilihan kali ini.
Dr Hatta didakwa sebagai dalang dalam konspirasi menjatuhkan presiden Hadi pada satu demonstrasi dan majlis penyerahan memorandum oleh ahli PAS di depan pejabat agung parti itu pada 8 Februari lalu.
Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu pula didakwa merancang menjatuhkan presiden PAS apabila suara mirip beliau kedengaran di rakaman audio tersebut mengatakan, “secara umumnya Hadi dianggap ulama hebat dan maksum, tetapi ia perlu dinafikan".
Kamarudin berkata, beliau berharap dalam muktamar kali ini akan berbincang isu yang sepatutnya PAS bincang, iaitu melibatkan kepentingan rakyat yang sejak kebelakangan ini tidak dibincangkan.
"Saya harap ahli akan memikirkan soal pengurusan dalaman parti dan pengurusan kerajaan negeri yang ditadbir seperti Kelantan, Pulau Pinang serta Selangor.
"Apakah pencapaian parti dan kedudukan Kelantan kekal baik seperti di bawah allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dulu dan sebagainya,” katanya.
Selain itu beliau mencadangkan PAS berbincang mengenai peranannya dalam Dewan Rakyat sebagai parti pembangkang, sama ada ia berkesan atau tidak. – 4 Mac, 2015.

Tunggang sebelum ngap......tapi rezeki terlepas!

Gambar burung belatuk terbang bersama cerpelai jadi fenomena
Agencies |Kemas kini:Mac 03, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 03, 2015 20:07 MYT)

Gambar burung belatuk terbang bersama cerpelai jadi fenomena
Foto burung belatuk dan cerpelai ini begitu menakjubkan sehingga viral di media sosial.
Gambar seekor burung belatuk terbang dengan seekor cerpelai di belakangnya mencuri perhatian semua sehingga jadi viral di media sosial.

Martin Le-May, seorang jurugambar sambilan yang menetap di London Timur secara spontan merakamkan gambar menakjubkan itu pada Isnin.

Le-May sedang bersiar-siar bersama isterinya di Hornchurch Country Park untuk melihat burung belatuk hijau buat kali pertama dan tidak menyangka akan terserempak dengan situasi yang mengagumkan itu.

Foto itu pertama kali dimuatnaik di Twitter oleh @jayward7 atau Jason Ward, seorang peminat spesis burung dan merupakan jurugambar untuk Wildlife serta konsultan arborikultur (pengurusan penjagaan pokok).
Seperti dilihat di dalam foto, walaupun ia nampak manis seperti dua haiwan ini berkawan dan terbang bersama, namun hakikatnya cerpelai itu mensasarkan burung tersebut sebagai mangsanya.

Belatuk itu berjaya melepaskan diri daripada cerpelai tersebut apabila jatuh tidak jauh daripada pasangan berkenaan.

Kehadiran Le-May dan isterinya telah menakutkan cerpelai tersebut dan burung itu menggunakan kesempatan itu untuk melepaskan diri dan terbang kembali.

Hadi akan dicabar walau pun Mustapha kata tidak?

Hadi Awang bakal dicabar lebih seorang, ramal pemimpin PAS
Published On: Tue, Mar 3rd, 2015

PETALING JAYA – Seorang pemimpin kanan PAS meramalkan jawatan Presiden akan dipertandingkan pada pemilihan parti itu yang akan datang.
Beliau menjangkakan lebih daripada seorang calon akan mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatannya.
Mengambil kira pandangan di peringkat akar umbi, terdapat beberapa pencalonan untuk jawatan tertinggi, kata seorang pemimpin yang tidak mahu dikenali.
“PAS amat demokratik dan akan berlaku saingan sengit pada kali ini kerana terdapat banyak isu di dalam parti,” katanya.
Beliau mengulas ramalan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali bahawa jawatan No.1 tidak akan dipertandingkan kerana tiada calon berkemampuan di dalam parti untuk menandingi Hadi yang mendapat sokongan golongan pro-ulama.
“Biar jawatan presiden dipertandingkan. Dari segi perlembagaan, semua jawatan eksekutif terbuka kepada pencalonan dan dipertandingkan. Ini adalah apa yang anda semua sebut sebagai demokrasi,” katanya.
Hadi tidak pernah dicabar sejak beliau memegang jawatan sebagai Presiden berikutan kematian Datuk Fadzil Noor pada 2002.
Pemimpin tersebut berkata sebuah pertandingan adalah mekanisme penting penyemak dan pengimbang untuk membawa mana-mana parti politik ke hadapan. - sumber

Pengintip disembelih

Boko Haram Sembelih Dua Pengintip
Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 10:20 AM

KUMPULAN militan Nigeria, Boko Haram mendedahkan video mengejutkan apabila mereka menyembelih dua lelaki yang didakwa sebagai pengintip.
Dalam klip video itu, seroang lelaki telah membuat ucapan sama seperti yang dilakukan militan Negara Islam (IS) sebelum menyembelih tahanan mereka.
Hukuman ngeri bertajuk "penghapusan pengintip' itu turut menjadi sebahagian daripada video yang dikongsi oleh IS di laman sosialnya.
Dua lelaki yang disembelih itu didakwa telah ditugaskan oleh polis Nigeria untuk menyalurkan maklumat tentang kumpulan berkenaan.
Tahanan didakwa dikenali sebagai Dawoud Muhammad dan Muhammad Awlu. - sumber

Allahyarham TGNA di mata bukan UMNO - 4 gambar

Rombongan dari gereja utara menziarahi keluarga Allahyarham TGNA pagi ini.
Gambar daripada page Dewan Muslimat Pas Kelantan
 
 
 

Tuesday, March 3, 2015

PAS Perak: Cerita dua orang Pandir.......

Ini cerita PAS Perak. Hanya orang Perak yang lebih maklum......

Kenali Dua Pak Pandir PAS

Ada dua orang Pak Pandir dalam PAS ini yang kerja hanya tahu nak halau orang keluar dari parti. Kerja yang sepatutnya mereka lakukan sebagai pimpinan tinggi parti gagal dilaksanakan.

Seorang daripadanya adalah merupakan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki. Tetapi buat penyelidikan mengenai kronologi Presiden parti sendiri pun kurang cerdik. Fakta yang tidak betul dia kemukakan.

Zuhdi mendakwa kononnya usaha menjatuhkan presiden bermula 1998.Waima pada tahun 1998 jawatan Presiden PAS masih dipegang Datuk Fadzil Mohd Noor dan bukannya Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Fakta yang semudah ini pun beliau gagal kemukakan dengan tepat. Sangat memalukan kalau beginilah tahap kerjabuat seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan.

Seorang lagi ialah Pesuruhjaya PAS Perak yang hanya beberapa hari duduk dalam PAS yang tiba-tiba dilantik jadi PJ, melangkau PJ 1 dan PJ 2 & PJ 3?
Razman yang khabarnya masuk PAS pada 2010 selepas bersara dari Jabatan Kastam pada 2009, tiba-tiba sahaja mencanak naik namanya diangkat menjadi PJ Perak untuk sessi 2013 - 2015. Waima jadi JK PAS Perak pun tidak. 

Cer kalian cari nama Razman Zakaria di sini ....

Mana Razman? Mana kamu?

Itu pasalnya ramai mempertikaikan perlantikan Razman sebagai PJ. Gambar dibawah ini mungkin boleh menjelaskan kepada kita .......
Tentu tidak molek kalau ada orang berkata bahawa mereka telah mengadap Tuan Guru Presiden untuk melobi perlantikan seseorang sebagai PJ ke apa?

Mungkin kalau kunjungan mereka ke situ selepas perlantikan PJ sedikit masa lagi tu, tidak akan menimbulkan apa-apa prasangka atau spekulasi.

Razman menafikan adanya kerja lobo melobi ni, katanya dia tak ada niat langsung nak jadi PJ. Kalian percayalah, Memang Razman tidak pandai menipu. Debik orang pun dia tak ngaku... Itulah sebabnya Hj Hadi lantik Razman jadi PJ sebab jasanya begitu menonjol berbanding dengan DS Nizar ....

Kalau pun benar. Salahkah turunkan Presiden melalui Muktamar (demokrasi)?

Kalau dah ramai ahli tidak yakin dengan kewibawaan presiden
Kenapa harus ditutup pintu demokrasi?
Bukankah Presiden juga diangkat melalui demokrasi yang diamalkan di dalam PAS?
Adakah usaha nak gantikan Presiden itu sama dengan nak runtuhkan PAS?
PAS tu Presiden punya atau Ahli yang punya?
Adakah jawatan Presiden tu dikhaskan hanya untuk Hadi seorang saja?
Pelik sungguh kelaku dia ni
Penyakit apa yang dihidapi oleh mamat ni?

Nik Abduh bertegas ada pihak yang berhasrat musnahkan PAS
KUALA LUMPUR, 3 Mac:
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bertegas tidak akan berhenti untuk mendedahkan perkara sebenar yang terjadi di dalam parti Islam itu.
Malah beliau juga mengingatkan kepada mereka yang berkenaan untuk tidak terus menabur fitnah kerana menurut beliau, kebenaran akan tetap terbongkar.
Kenyataan ini dibuat berhubung konflik dalaman PAS yang juga memperlihatkan usaha untuk menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (TGHH).
“Siapa pun boleh berkata, tiada sebarang usaha gulingkan TGHH sebagai presiden PAS. Tetapi tiada siapa pun boleh menyekat kebenaran hakikat itu daripada didedahkan.
Siapa pun boleh berkata, ‘marilah kembali tautkan ukhuwwah Islamiyah’. Tetapi tiada siapa pun boleh menyembunyikan hakikat bahawa kadang-kadang kalimah keramat itu adalah bertujuan menutup kekejian yang kian terdedah.
“Mahu nafikan usaha buruk itu?? Jika anda bermati-matian mahu nafikan, saya hidup-hidup akan istiqamah membenarkan apa yang saya kata,” tulis beliau di Facebook hari ini.
Timbalan Ketua Pemuda PAS itu juga menyeru kepada semua ahli PAS untuk kembali taat kepada presiden parti.
“Nasihat saya, kembalilah taat kepada kepimpinan presiden dan hala tuju perjuangan PAS yang dipilih oleh ketua dan Majlis Syura Ulama. Ketaatan pada ketua adalah ibadah kepada Allah.
“Dan saya yakin, antara ketenangan ayahanda sebelum ajalnya adalah keharmonian hubungannya yang semakin teguh dengan para ulama syura PAS dan TGHH. Dan saya paling menikmatinya,” tambah beliau lagi.
Nik Abduh sebelum ini turut menyatakan bahawa adanya ‘barua’ di dalam PAS yang dilihat cuba untuk memecahbelahkan PAS.
Malah menurut beliau, barua ini lebih wala’ kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) berbanding PAS.
Bagaimanapun, kenyataan itu disangkal oleh Ahli Parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin yang menjelaskan apa yang berlaku dalam PAS hanya perbezaan pendapat seperti lazimnya dalam mana-mana parti politik.
“Bila berlaku pemilihan, ia semakin rancak.
“Muktamar ini macam perlawanan persahabatan, kadang-kadang ada yang main kasar kena juga kad merah. (Ini) normallah dalam parti,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
- sumber

Dana datuk: Dipertikaikan oleh A Kadir Jasin

A Kadir dan Zam hanya menanti lohong untuk tibai Najib?

Cerita dana datuk rugikan Najib
mk - 7:14PM - 3 Mar 2015

Laporan akhbar berhubung pembiayaan pendidikan Datuk Seri Najib Razak oleh datuknya, pengasas bersama pusat peranginan Genting, didakwa tidak menguntungkan perdana menteri.

Berita di Utusan Malaysia dan Berita Harian semalam turut dipertikaikan oleh tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin, dengan menyifatkan pendedahan itu boleh mencemar imej Datuk Sri Najib Abdul Razak.

Laporan itu dipercayai sebahagian cubaan pihak kerajaan membetulkan tanggapan tentang kekayaan Najib yang dipertikaikan sejak ia menjadi isu dalam laporan The New York Times.

"Adakah perlu Najib dan media massa arus perdana yang menyokong beliau membangkitkan hal (datuknya) Tan Sri Mohamad Noah Omar membiayai pendidikan cucu-cucunya kerana tidak dapat tidak orang yang mengetahui latar belakang Mohamad Noah akan mengaitkan beliau dengan lesen kasino?" kata Kadir dalam blognya hari ini.

"Di manakah dan apakah peranan penasihat media, komunikasi, perang saraf dan pereka imej Najib yang begitu ramai dan tergolong di dalamnya seorang penasihat orang putih?"

Akhbar milik Umno itu melaporkan semua anak Tun Razak Hussein dibiayai oleh Mohamed Noah dan perdana menteri kedua tidak pernah menggunakan dana awam.

Laporan ini sebahagian kenyataan Najib yang menegaskan bapanya seorang yang amanah dan berprinsip. Selain bersifat sederhana, bapanya juga tidak pernah dikaitkan dengan rasuah, tegas perdana menteri lagi.

Bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) itu menambah:

"Apakah semua (kenyataan) ini ciri-ciri sokong membawa rebah dan harapkan pagar, pagar makan padi atau, lebih teruk daripada itu ia berupa petanda bahawa perdana menteri sedang kehilangan jalan cerita?"

Penjagaan hutan: Kelantan paling teruk!

Penyelidik: Kelantan paling teruk jaga hutan
mk - 4:41PM - 3 Mar 2015

Seorang penyelidik lapangan Sahabat Alam Sekitar (SAM) hari ini mendakwa Kelantan dikenal pasti sebagai negeri paling teruk dalam penjagaan hutan di Malaysia.

Meor Razak Meor Abdul Rahman mendakwa keluasan hutan simpan kekal yang ditebang untuk dijadikan hutan ladang di negeri itu adalah terbesar di negara ini.

Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan negeri itu, sebanyak 41 lesen konsesi pembalakan diluluskan dalam hutan simpan kekal di jajahan Kelantan Selatan meliputi jajahan kecil Gua Musang dan Lojing."Jadi bagaimana Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yaakob) boleh menyatakan pemberian lesen dibekukan pada 2006 apabila masih ada lesen diluluskan pada tahun lepas?" katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Forum Media Khazanah Alam Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA)-Institut Akhbar Malaysia (MPI) 2015 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata pembalakan dan penerokaan hutan tersebut merupakan antara faktor penyumbang kejadian banjir luar biasa yang berlaku baru-baru ini.

Meor Razak berkata Kelantan mengamalkan konsep hutan ladang di mana melalui konsep itu, semua pokok ditebang sehingga gondol untuk ditanam dengan tanaman seperti getah dan kelapa sawit.

Sabah dan Selangor terbaik

Katanya ia menyebabkan tanah di kawasan itu tidak mampu menampung air hujan dan akhirnya mengakibatkan banjir.

Dalam pada itu, beliau berkata Sabah dan Selangor merupakan negeri terbaik dalam penjagaan hutan dengan Sabah mengamalkan pembalakan mampan, manakala Selangor tidak membenarkan sebarang pembangunan di kawasan hutan simpan kekalnya.

Sementara itu, PEKA mencadangkan penggunaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam memantau aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah secara berlebihan.

Timbalan presidennya Dr Abdul Razak Abdul Rahman berkata melalui pendekatan itu, pelbagai agensi dapat bergabung tenaga bersama Jabatan Perhutanan untuk membendung aktiviti tersebut.

"Sebagai contoh, Angkatan Tentera Malaysia boleh membantu dalam memantau pembalakan dan penerokaan hutan," katanya.

Beliau berkata faktor kekurangan penguatkuasaan daripada Jabatan Perhutanan menyebabkan kurangnya penyiasatan serta pemantauan terhadap aktiviti pembalakan.

Dr Abdul Razak berkata kerjasama tersebut juga dapat memastikan proses penanaman semula pokok oleh syarikat yang diberikan konsesi balak.

Setan masih belum puas melahap?

‘Pegawai tanah masih menerima suapan di Cameron Highlands’ 
oleh Cecilia Jeyanthi Victor

PETALING JAYA: Adakah situasi di Cameron Highlands telah menjadi bertambah baik selepas peristiwa banjir dan tanah runtuh Oktober lalu?
Tidak, bahkan ia semakin buruk menurut pendapat Presiden Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (REACH) R Ramakrishnan.
Beliau mendakwa “pegawai tanah masih menerima rasuah daripada peladang haram di beberapa kawasan.”
Disoal samada pegawai SPRM masih ditugaskan di Cameron Highlands bagi memantau kegiatan pembukaan kawasan secara haram, Ramakrishnan berkata pegawai SPRM nasih ada dan akan membuka pejabat mereka kelak.
Namun pasti ada yang melegakan Ramakrishnan secara peribadi, kerana dia tidak lagi diganggu gengster. Beliau merupakan individu yang lantang mendedahkan kegiatan perladangan haram di Cameron Highlands.
Akibatnya, Ramakrishnan menjadi sasaran kemarahan gengster. Mereka memotong gandar kenderaannya dan pernah mencaci-makinya.
Selepas kejadian Oktober lalu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel bertemu penduduk dan NGO berkaitan bagi mencari solusi.
Malangnya isu tersebut kurang dititikberatkan kerana Palanivel lebih memberi tumpuan kepada kemelut dalaman MIC. Rakyat merana akibat permainan politik di negara ini.
Perjumpaan Palanivel dengan pihak NGO membuahkan hasil dan sesi menanam tunas pokok di Cameron Highland dijadualkan pada 7 Mac ini bertempat di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Siku, Kompartment 5. Sebanyak 3,000 tunas dijangka ditanam.
Antara NGO yang terlibat termasuklah REACH, Malaysian Nature Society,  Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Sahabat Alam Malaysia dan Gunung Online. Mereka sedang galak mencari sukarelawan.
Usaha tersebut tentunya tidak akan dapat merungkai segala masalah, tetapi mereka bertekad memperbaiki keadaan.
Jika Palanivel dapat melupakan masalah MIC sejenak, mungkin beliau dapat melakukan yang terbaik bagi situasi di Cameron Highlands.

Penjelasan Najib: Timbulkan lebih banyak soalan

Penjelasan Najib hanya timbulkan lebih banyak soalan
09:30PM Mac 02
oleh V Shuman

SEKILAS PANDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya membuka mulutnya yang biasanya tertutup rapat (berhubung hal-hal yang benar-benar mustahak), menafikan kenyataan tentang harta warisan peninggalan arwah bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.
Akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Najib, yang mengulang kembali kenyatan adik-beradiknya bahawa Perdana Menteri kedua itu adalah seorang yang berprinsip, dan dikenali dengan sikap cermat, integriti dan besederhana.
Namun seperti selalu, “jawapan” Najib itu membangkitkan lebih banyak soalan, bukannya mendiamkan pengkritiknya.
“Sepanjang perkhidmatan, Tun Abdul Razak tidak pernah terlibat dalam apa-apa amalan rasuah dan salah guna kuasa.
"Beliau sentiasa meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi kepentingan peribadi ketika berkuasa,” kata Najib.
“Penjelasan” Najib itu berikutan tindakan empat adik lelakinya yang mengeluarkan kenyataan bersama minggu lalu, menafikan isu harta warisan bapa mereka.
Mereka berkata, Razak adalah seorang yang amat berintegriti dan keluarga mereka memandang serius terhadap berita tentang spekulasi berhubung warisan dan jumlah kekayaan Razak.
“Kami ingin menyatakan yang Tun Abdul Razak adalah seorang yang amat berprinsip, semua yang mengenalinya tahu sikapnya yang cermat dan amat berintegriti, dan apa-apa kenyataan atau kesimpulan yang menunjukkan sebaliknya adalah palsu sama sekali dan mengelabui memori, sumbangan dan pengorbanannya terhadap negara.
“Kami tidak akan bersetuju dengan sesiapa yang mencemarkan ingatan tentangnya, walau apa pun niat mereka,” kata mereka.
Isu ini timbul selepas laporan New York Times (NYT) berhubung hartawan Malaysia Jho Low, yang turut menyebut tentang anak tiri Najib, Riza Aziz sebagai salah seorang orang kenamaan luar negara yang memiliki hartanah mewah di New York.
Untuk menjustifikasikannya, Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan, menyebut Najib “menerima harta warisan” dan tidak mengetahui jumlah pendapatan dan pelaburan Riza.
Dengan kenyataan terbaru itu, Najib mungkin telah meredakan suara-suara tidak puas hati adik-adiknya, namun ia tidak menjawab sebarang persoalan berhubung imejnya.
Ia tidak menjawab bagaimana Najib, yang dalam rekod menerima pendapatan kira-kira RM274,000 setahun, sentiasa dikaitkan dengan perbelanjaan dan gaya hidup mewah, tanpa harta warisan tersebut.
Ia tidak menjawab bagaimana isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, seorang suri rumah, mampu mendapat dandanan rambut berharga RM1,200 dan pelbagai beg tangan, antara lain, yang kosnya sebanyak pendapatan tahunan kebanyakan rakyat Malaysia.
Dan mengapa Najib tidak menjelaskan, bagaimana isu “menerima harta warisan” itu boleh timbul?
Bukankah ia adalah penjelasan yang diberikan unit perhubungan awamnya sendiri?
Adakah ini bermakna unit PR Najib bekerja tanpa pemantauannya, dan mengeluarkan kenyataan yang boleh menghakis imej tanpa kebenarannya?
Mengapa beliau tidak menegur unit PR itu, yang nampaknya terus merosakkan imejnya yang sememangnya sudah merudum, dan bukan membantu memulihkannya?
Baru-baru ini, Najib dilaporkan mengambil tindakan undang-undang terhadap lidah rasmi PAS Harakahdaily, kerana memetik artikel NYT.
Hakikatnya, Najib akan membuat memberikan kebaikan kepada negara dan dirinya sendiri, jika beliau berhenti tindakan saman-menyaman ini dan lebih mengambil tahu apa yang dibuat oleh unit PR-nya itu.

Baik sungguh budak ni........bertuah Fatah jadikan menantu!

Edisi betul atau bohong?

Naik geli bulu ketiak aku.....
Tak habis-habis bersandarkan karisma ayah!
Memanglah mana ada ayah yang ajar anaknya balun orang kalau bukan jenis ayah samseng?
Tapi kalau anak jadi celupar dan mulut samseng bila dah besar nak buat macam mana?

Tapi adakah menghentam kawan dan rakan itu diajar oleh ayahnya?

Sebenarnya aku malas nak belek-belek semula ucapan dia sebelum ni
Kalau korang rajin korang carilah.......

Nik Abduh: Ayah tidak ajar saya hentam Umno
mk - 9:38PM - 2 Mar 2015

"Ayahanda mendidik saya bukan dengan memukul Umno dan BN.

"Saya juga mengenal ayahanda saya mendidik rakyat bukan dengan memukul Umno dan BN bertalu-talu."

Demikian jawab anak tokoh PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sewaktu dihadapkan tuduhan bahawa beliau mewakili kumpulan pro-kerajaan perpaduan yang sering mengkritik sesama pemimpin parti itu.

Walaupun tidak menjelaskan kumpulan yang mendakwa begitu, Nik Abduh berkata terdapat tanggapan beliau "kurang memukul Umno dan BN" dan "kuliahnya berlapik-lapik, tidak luka Umno dan BN."
Semalam Nik Abduh dilaporkan mendedahkan wujudnya "barua" dalam parti itu yang lebih pro-Pakatan Rakyat dan kumpulan ini dulu pernah "cuba memisahkan pemikiran presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Nik Aziz".

Kenyataan ini sebahagian daripada siri pertelagahan terbuka dua kumpulan utama dalam PAS sejak beberapa tahun lalu.

Satu kumpulan dikenali pro-ulama, yang didakwa pro-kerajaan perpaduan dengan Umno, manakala satu lagi mahu menarik PAS bersama Pakatan Rakyat dalam usaha merampas Putrajaya.

Dalam kenyataannya di Facebook petang ini, ahli jawatankuasa pusat PAS itu menambah, Nik Aziz juga pernah berpesan agar tidak ghairah menentang Umno sejak beliau masih di kampus.

"(Sewaktu) berkuliah itu, jangan asyik pukul Umno, asyik cakap politik saja. Beri ilmu agama kepada masyarakat hatta masa ceramah politik (apatah lagi dalam kuliah agama).

"Jangan asyik ikut orang lain. Kita ada ilmu, kita beri ilmu. Orang tidak ada ilmu, dia tidak boleh memberi apa yang orang berilmu boleh beri," Nik Abduh memetik pesan bapanya.

Bekas menteri besar Kelantan itu dan mursyidul am PAS meninggal dunia bulan lepas.
Nik Abduh (kiri) juga berkata Nik Aziz berpesan padanya: "Apabila masyarakat berilmu, senanglah mereka faham mengapa kita melawan Umno. Sekali cakap sahaja orang terus faham.

"(Cara) melawan Umno, bubuh ilmu banyak-banyak, lama-lama lenyaplah Umno."

Beliau, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, cuba menepis lebih awal tanggapan umum bahawa bapanya antara tokoh PAS yang paling lantang mengecam dasar dan pendekatan Umno.

"Anda hanya mengenal ayahanda saya melalui ceramah politik dan aktiviti politiknya sahaja. Maka sisi itulah yang anda mengenali ayahanda. Anda beruntung dapat ilmu politik daripadanya.

"Tetapi saya lebih beruntung kerana mendapat ilmu kehidupan daripadanya," tambahnya, tanpa menghuraikan lebih jelas kenyataannya itu.

Nik Abduh juga mempertahankan pandangan-pandangannya di media sosial yang tegas mempertahankan kumpulan pro-ulama dalam PAS.

"Tulisan-tulisan saya di alam maya ini adalah usaha saya menepati nasihat ayahanda.

"Tidak perlulah saya berlapik untuk memohon maaf kepada orang-orang Umno jika tulisan-tulisan saya sebelum ini telah semakin menjauhkan mereka daripada PAS yang saya cintai sebagaimana ayahanda mencintainya.

"Saya tiada berhasrat demikian selain islah dan pembaikan sedaya upaya saya," katanya.

Timbalan ketua Pemuda MIC ditembak

Timbalan ketua Pemuda MIC Hulu Langat parah ditembak
Published: 3 March 2015 12:01 AM

Timbalan ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat cedera parah selepas terkena enam das tembakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko, Kajang tengah hari tadi.
Ketua polis Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata ketika kejadian 12.46 tengah hari itu, mangsa M. Thanabalan, 38, yang menaiki kereta Honda Accord sedang berhenti di lampu isyarat sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.
"Salah seorang daripada mereka kemudian melepaskan tembakan yang mengenai  bahu kanan, pipi kanan dan dada kanan mangsa," katanya kepada Bernama.
Ab Rashid berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang sebelum dipindah ke Hospital Serdang.
Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi dalam keadaan tidak sedar namun stabil.
Beliau berkata polis sedang menyiasat motif kejadian tersebut termasuk berkaitan politik. – Bernama, 2 Mac, 2015 - sumber

Siapa kata hanya pemimpin PAS dan Anwar saja boleh jadi Imam?

Najib ni pakai kain pelikat atau sampin?
Gambar ni aku dapat dari puak-puak UMNO
Betul, tak betul korang komenlah.....

Monday, March 2, 2015

Tukang lawak atau menteri?

Sebelum ini Zahid kata perlu rujuk kepada AG
Timbalan dia pulak kata tertakluk kepada Speker Perlimen dan kebenaran pengarah penjara
Kalau kurang pasti kenapa tak tutup mulut dulu supaya tidak jadi bahan ketawa?
Dan hari ini pula baca kat bawah:

Permohonan Anwar hadir sidang parlimen tertakluk keputusan Lembaga Pengampunan
Bernama |Kemas kini:Mac 02, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 02, 2015 17:27 MYT)

Permohonan Anwar hadir sidang parlimen tertakluk keputusan Lembaga Pengampunan
Status permohonan Anwar Ibrahim untuk hadir sidang parlimen hanya akan diketahui selepas Lembaga Pengampunan buat keputusan. - Ahmad Zahid
PUTRAJAYA: Status permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat hanya akan diketahui selepas Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan berhubung petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga ketua pembangkang itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau  menerima surat permohonan daripada peguam Anwar, S. Sivarasa mengenai perkara itu dan telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara serta Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Sebagaimana yang diketahui, ia tertakluk kepada interpretasi perundangan tetapi yang lebih penting ialah Lembaga Pengampunan belum bersidang maka tentunya keputusan kita juga tertangguh.

"Lembaga Pengampunan hanya akan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya mengenai status permohonan Anwar, yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang bermula 9 Mac ini.

Ahmad Zahid berkata Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal penjara hanya boleh membuat keputusan mengenai kedudukan seseorang anggota Parlimen mengikut interpretasi perundangan.

"Terutama perkara 48 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Penjara serta undang-undang berkaitan dengan anggota Parlimen," katanya.

Pada 23 Feb lepas, isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pihak ketua pembangkang itu berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari pada 26 Jun, 2008.

Isu ni aku tak tahu, kesian atau nak gelak......?

Saman Harakah tidak membanggakan
 | March 2, 2015
Seteruk-teruk Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak saman dan selemah-lemah Tun Abdullah Badawi dia juga tak saman rakyat.
hanipaharakahKUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin bersedia untuk mengutip dana membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak membayar caj guaman jika Najib mahu menyaman akhbar Perancis yang pernah menuduh beliau terlibat dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2009.
“Sebab dia perdana menteri jadi kita tolong,” katanya berikutan rasa tidak puas hati beliau terhadap langkah Najib yang bertindak untuk menyaman akhbar Harakah Daily.
Soal beliau lagi, dua bulan lalu Tony Pua dari DAP dan juga Rafizi Ramli (PKR) juga pernah diberi notis peringat untuk disaman, namun sehingga sekarang Najib belum lagi menyaman mereka.
“Seronok juga bila dia saman semua jadi meriah, maknanya dalam parlimen kami jarang dapat soal Perdana Menteri, jadi bila Najib nak pergi mahkamah dan bersedia disoal saya bersyukur dan ucap terima kasih,” jelasnya yang juga peguam kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakub.
Pada masa sama beliau, juga turut mempersoalkan tindakan Najib sehingga kini langsung tidak mengambil tindakan menyaman akhbar New York Times, Sunday Times dan Sarawak report yang banyak mengkritik perdana menteri dalm isu 1MDB.
Hanipa menyifatkan tindakan Najib memberi notis peringatan untuk disaman sebagai pertama kali dalam sejarah Malaysia apabila seorang ketua negara menyaman rakyat biasa.
“Seteruk-teruk Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak saman dan selemah-lemah Tun Abdullah Badawi dia juga tak saman,” katanya.
Walau bagaimanapun, beliau menghormati keputusan Najib untuk menyaman Rosli dan juga Harakah atas kapasiti mempertahankan keluarganya daripada difitnah.
“Kami sudah berbincang dan sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah, kami bersedia berhadapan dengan Perdana Menteri di mahkamah,” ujarnya.
Manakala, Rosli pula menyampaikan rasa terkilan beliau terhadap langkah Najib menyaman akhbar itu.
“Saya tak rasa bangga, Najib saman saya. Imej perdana menteri kita terjejas, saya terkilan sebagai rakyat Malaysia ialah menjaga imej pemimpin kita. Tapi itulah hakikatnya dia sendiri tak nak jaga imej dia,”katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.
Harakah Daily disaman atas tuduhan menfitnah anak tiri Najib, Riza Aziz yang dikata mengguna dana 1MDB untuk membuat filem sebaliknya terkilan apabila imej seorang ketua negara sudah tercemar apabila bertindak menyaman rakyat.

Ini baru 'jantan', berani buat berani tanggung!

'Kenapa ancam saman Harakah sahaja, kenapa tidak NY Times sekali?'
Syafique Shuib,Astro Awani |Kemas kini:Mac 02, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 02, 2015 15:58 MYT)

'Kenapa ancam saman Harakah sahaja, kenapa tidak NY Times sekali?'
(Dari kiri) Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakop, peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad ketika satu sidang media tengah hari tadi. Gambar: Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop sedia berhadapan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mahkamah berhubung kenyataan fitnah dalam artikel membabitkan dana 1MDB.

Pada 26 Februari, Najib mengemukakan surat tuntutan kepada pihak HarakahDaily yang antara lain menuntut HarakahDaily berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berhubung isu itu terhadap Najib, 48 jam dari tarikh notis.

Rosli diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin yang berkata tempoh itu telah tamat dan pihak Harakah enggan menuruti tuntutan itu.

"Jika kes ini dibawa je mahkamah, kami sudah bersedia.

"Kami hormati hak beliau untuk menyaman. Tidak ada masalah kerana ini perkara biasa," jelas Mohamed Hanipa dalam satu sidang media di Pusat Media PAS, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Namun, Mohamed Hanipa mahu Najib menjelaskan mengapa beliau (Najib) tidak juga menyaman media antarabangsa yang sebelum ini pernah menulis tentang beliau.

"Kalau betul beliau ingin menjaga nama beliau, kenapa tidak samanThe New York Times danThe Sunday Times?"

"Dan kalau nak nampak konsisten dan serius, anak tiri beliau iaitu Riza Aziz sepatutnya saman juga," kata Mohamed Hanipa.

Beliau kini sedang menunggu tindakan susulan Najib berikutan notis 48 jam yang diberi telah tamat.

Surat tuntutan itu, yang turut diserahkan kepada Ketua Pengarang HarakahDaily Taufek Yahya, menyatakan  bahawa sekiranya firma guaman itu tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak HarakahDaily berhubung surat tuntutan itu, ia bermaksud pihak itu tidak menafikan penegasan Najib itu dan HarakahDaily juga berniat untuk meneruskan dengan penerbitan kenyataan berunsur fitnah itu.

Surat tuntutan itu: "Dalam keadaan tersebut, kami mempunyai arahan tegas daripada anak guam kami untuk meneruskan prosiding mahkamah terhadap pihak tuan tanpa sebarang rujukan pihak tuan, termasuklah permohonan menfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu tersebut."

'Barua': Hang ada fakta, ada bukti ke?

Jangan pulak sampai orang kata MP Pasir Mas bodoh
Bercakap dan tuduh ikut sedap mulut tanpa bukti!
Atau hanya sekadar ikut sedap mulut macam Presiden?

Hanipa: Siapa agaknya 'barua' PAS itu?
mk - 2:34PM - 2 Mar 2015

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan siapakah golongan “barua” yang dimaksudkan oleh ahli jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dalam parti itu.

“Tanya (Nik) Abduh-lah, sebab dia yang cakap. Kalau dia kata ada barua dalam PAS, dia kena buktikan.

“Setahu saya tidak ada barua dalam PAS. Saya pun nak tahu (siapa). Kita sama-sama nak tahu,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Nik Abduh mendakwa terdapat "barua” di kalangan ahli PAS yang lebih taat setia kepada Pakatan Rakyat berbanding kepada parti itu sendiri.

Nik Abduh (kanan) yang juga anggota parlimen Pasir Mas mendakwa, kelompok itu juga cuba memisahkan pemikiran Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hanipa hari ini menjelaskan, apa yang berlaku dalam PAS hanya perbezaan pendapat seperti lazimnya dalam mana-mana parti politik.

"Bila berlaku pemilihan ia semakin rancak"

“Muktamar ini macam perlawanan persahabatan, kadang-kadang ada yang main kasar kena juga kad merah. (Ini) normallah dalam parti,” katanya.

Hanipa ketika ditanya sama ada menjadi antara individu yang mahu menggulingkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjawab “tidak mahu melayan khabar angin”.