Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 7, 2016

Kemaruk pemimpin recycle: Politik PKR, Amanah makin tepu?

Politik PKR, Amanah makin tepu kemaruk pemimpin kitar semula
Posted on Wednesday, July 06 @ 08:02:26 MYT by Abdullah
Pendapat
Oleh Abdul Rahman Malik

Adakah tempoh ‘asmara pandang pertama’ di antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Pakatan Harapan (PH) akan terencat apabila diselar oleh Solidariti anak muda (SAMM) yang amat sensitif soal nilai perjuangan?

SAMM dengan lantang menjerkah ‘masalah komunikasi’ di kalangan pemimpin-pemimpin PH yang 'tergila-gilakan' Muhyiddin yang baru ditalak Umno sebagai Timbalan Presidennya.

Sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memang amat sensitif soal nilai dan amalan budaya politik, SAMM menolak pandangan Amanah yang dilaporkan menyokong idea Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang baru.

Mahathir, Muhyiddin akan sertai Umno semula lepas misi jatuhkan Najib berhasil

Penyelaras Muda SAMM, Faisal Zainal berkata, perkara berkenaan tidak boleh dipertimbangkan kerana Muhyiddin semasa berkhidmat dalam kerajaan, telah bertindak melakar dan menyokong dasar-dasar yang menindas rakyat.

"Antaranya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Akta SOSMA, Pindaan Akta Hasutan, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Belanjawan Negara yang menindas rakyat. 

"Soalnya, adakah Muhyiddin semasa beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri gagal memahami derita rakyat. Dan setelah hilang kuasa baru nak fahami derita rakyat?," katanya dalam satu kenyataan.

Faisal menegaskan bahawa tiada keperluan untuk Muhyiddin diangkat sebagai ketua pembangkang baru. Malah beliau tidak perlu dibawa masuk dalam 'rumah' perjuangan PH. 
"Pasukan Mahathir dan Muhyiddin hanya mahu menggunakan Pembangkang dalam misi menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri. 

"Selesai misi Najib digulingkan, Pasukan Mahathir dan Muhyiddin akan meyertai Umno semula, kembali berkuasa dan kembali memijak pembangkang. 

"Semoga pimpinan Pakatan Harapan sedar mengenai perkara ini sebelum terlambat dan tidak dipatuk dari lubang yang sama," ujarnya lagi. 

Media dituduh salahlapor 

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memetik kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah, Mazlan Aliman berkata, parti itu mahu Muhyiddin dipertimbangkan sebagai ketua pembangkang baharu PH.

Mazlan juga dikatakan mengakui wujud perbincangan dalam parti untuk mencadangkan pelantikan bekas Timbalan Presiden Umno itu ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.  

Bagaimanapun Mazlan kemudian tampil menafikan perkara berkenaan dan mendakwa laporan tersebut jauh tersasar serta berniat jahat.

Penegasan itu diulangi oleh Pengarah Komunikasi Amanah,  Abdul Khalid Samad yang berkata, Mazlan Aliman sebenarnya bermaksud Amanah Johor sedia memberi platform untuk Muhyiddin bersuara.

"Ini memandangkan Muhyiddin ketika ini pemimpin yang tidak berparti. Jadi, kenyataan yang dikeluarkan tidak ada kena mengena dengan soal Muhyiddin menjadi ketua pembangkang," katanya.

Malah kata Khalid, Amanah Johor juga tiada kuasa untuk melantik sesiapa menjadi ketua pembangkang.

Benar atau tidak Mazlan disalahlapor oleh akhbar, yang penting Muhyiddin tiba-tiba dilihat sebagai ‘tenaga’  yang berpotensi menjana semangat baru mengukuhkan pembangkang. 

Bukan hanya Amanah, PKR juga alu-alukan Muhyiddin

PKR, misalnya, mengalu-alukan penyertaan Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekiranya mereka mahu meneruskan perjuangan politik mereka bersama pakatan pembangkang. 

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Datuk Saifuddin Abdullah berkata, gabungan itu menunggu masa yang sesuai bagi ‘melamar’mereka. 

"Kita setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Saifuddin. Di dalam PKR sendiri, kita mengalu-alukan kemasukan dan bantuan sokongan daripada semua pihak yang boleh bersama dengan perjuangan parti.

"Satu 'boost' atau sokongan baik yang boleh beri lonjakan kepada perjuangan PH," katanya.
  
Malah Syed Ibrahim juga tidak menolak ada pihak di dalam PH sudah mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin dan Mukhriz bagi menyertai gabungan pembangkang itu.

"Secara tidak formal, ramai pihak sudah terlibat dan buat perbincangan. Sama ada menawarkan mereka ke dalam parti, belum lagi secara formal," katanya lagi.
   
Terkecuali DAP yang kini sibuk dengan ujian kewibawaan Setiausaha Agungnya menghadapi kes rasuahnya, PKR dan Amanah sebenarnya mendedahkan betapa mereka kurang yakin dengan daya dan mutu kepimpinan mereka sendiri. 
Bak kata SAMM, tidakkah mereka menyemak rekod Muhyiddin terlebih dahulu sebelum berebut-rebut cuba menangguk di air keroh dan sibuk mahu ‘melamar’ bekas timbalan perdana menteri itu. 

Pakatan Harapan tandus pemimpin pelapis?

Tidakkah mereka meneliti apakah kesannya ‘campurtangan’ bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kempen pilihan raya kecil Sungai Besar yang baru lalu yang tidak membantu peningkatan undi calon PH?

Sudah tandus atau tepu sangatkah strategi politik PKR dan Amanah hingga melihat personaliti yang bermasalah adab dalam Umno mahu dijunjung sebagai penjana semangat baru?

Lazimnya, pembangkang amat kritis terhadap wibawa dan personaliti Umno-BN. Bagaimanapun kini apabila ada bekas pemimpin Umno yang dipecat parti, mereka berebut-rebut untuk menjadikannya sumber kekuatan baru.

Jika ditakdirkan Muhyiddin mampu menyumbang satu kerusi untuk pembangkang, tidakkah itu menyerlahkan bahawa PH hanya memanfaatkan ahli politik asuhan Umno? Tidakkah itu merestui kaedah perkaderan politik Umno? 

Itu belum diambil kira soal Mukhriz yang turut sama dipecat oleh Umno. Menurut rekod, pencapaian politiknya tidaklah gah mana. Malah beliau gagal merebut jawatan Ketua Pemuda Umno walaupun bermodal beliau putera Mahathir. 

Jika PKR dan Amanah begitu terliur dengan reputasi Muhyiddin dan Mukhriz, bagaimana dengan program perkaderan politiknya sendiri. Tidakkah ‘kemaruk’ memiliki ahli politik kitar semula begini akan merendahkan martabat sendiri?

Rindu sangatkan PKR pada Anwar Ibrahim sehinggakan tergila-gila untuk merekrut Muhyiddin yang kebetulan pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri.

Tidakkah aura Muhyiddin dan Anwar adalah bak bumi dengan langit

Adakah Husni gagal dalam menangani 1MDB?

Kenyataan Media

*APAKAH KESALAHAN,KELEMAHAN DAN KEGAGALAN HUSNI DALAM MENANGANI 1MDB DI KEMENTERIAN KEWANGAN?*

1.Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah menjelaskan punca beliau meletakan Jawatan Menteri Kewangan Kedua ialah setelah beliau bertanya pada PM Najib sebelum pengumuman rombakan kebinet dan Najib telah mengesahkan pada Husni yang beliau akan ditukar potfolio.

2.Persoalan yang pertama yang berbangkit ialah kenapa tiba tiba Husni bertanyakan pada PM adakah beliau akan ditukarkan potfolio. *Bagi saya pertanyaan Husni disebabkan sudah ada kedengaran lebih awal perbualan pertukaran potfolio Husni dikalangan orang yang tak sepatutnya tahu terlebih dahulu*.Macam mana rahsia pertukaran potfolio Husni lebih dahulu diketahui oleh orang lain sebelum Husni. *Bagi saya kalau pertukaran biasa tanpa ada perbalahan tak mungkin Husni nak tolak pemindahan dan pertukaran ke potfolio lain*.

3.Kedua kenapa PM Najib nak tukar Husni ke potfolio lain. *Apa yang tidak disenangi Najib pada Husni?.Apa kesalahan Husni di Kementerian Kewangan sehingga kementerian kewangan dilihat lemah?.Apa kelemahan Husni dalam menjalankan tugas di Kementerian Kewangan?.Adakah kerana kegagalan Husni menangani isu 1MDB?.Adakah Husni terlibat dalam Skandal Negara 1MDB?.Adakah Husni menggunakan wang 1MDB untuk kepentingan peribadi beliau dan keluarga?.Adakah Husni yang sabotaj Najib dengan memasukan berjumlah RM2.6 bilion dari akaun 1MDB kedalam akaun peribadi Najib dan kemudian membocorkannya pada WSJ dan SR?*.Adakah ini semua yang menjadi punca kemarahan Najib pada Husni sehingga Husni nak ditukar ke potfolio lain?.

*APA MASALAH DAN SIAPA YANG BERMASALAH*?.

4.Jawapan kepada persoalan yang saya bangkitkan dinanti oleh rakyat. *Apakah Husni punca segala masalah atau Husni seorang Menteri yang Najib tak boleh kawteam untuk jenayah Najib terus dilindungi yang menjadi punca masalah* Najib nak tukar Husni ke potfolio lain sehingga Husni mengambil jalan meletakan jawatan sebagai menteri kewangan ke dua.

5.Adakah Husni seorang Menteri yang bermasalah atau *PM Najib yang menjadi punca segala masaalah negara yang menjadikan semua rakyat bermasalah?*.

*KETUK KETUK RAMADHAN ALHAMDULILLAH*

#UndurNajib
#SelamatkanMalaysia
#SelamatHariRayaAidilfitri
#MaafZahirBatin.

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
5pm Taman Al-Walid Alor Star
4 July 2016/29 Ramadhan 1437H.

Tuesday, July 5, 2016

Taring Muhyiddin belum tercabut?

Setelah dipecat Muhyiddin masih digeruni
04 Julai 2016 | KAMARUL AZMAN HABIBUR RAHMAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dalam tahun 1860, Abraham Lincoln memeranjatkan ramai pihak apabila beliau mengalahkan calon-calon yang tampak lebih hebat daripadanya seperti Edward Bates, Salmon Chase dan William Seward untuk menjadi calon presiden Amerika bagi parti Republican.

Lebih memeranjatkan ialah beliau telah melantik ketiga-ketiga pemimpin yang dianggap musuh politiknya ini untuk memegang jawatan terpenting dalam kabinetnya setelah beliau berjaya menjadi presiden.

Perkara yang sama telah dilakukan oleh Tun Mahathir apabila beliau menawarkan jawatan Menteri kepada pencabar politiknya Ku Li dan Musa Hitam yang telah kalah dalam pertandingan menentangnya semasa pemilihan parti pada tahun 1987.

Ini amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Dato Seri Mohd Najib terhadap pencabar politiknya.

Najib sering mendakwa dirinya sebagai seorang 'gentleman' tetapi tindak tanduknya jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang penakut.

Jelas Najib cuba mengaburi mata rakyat tentang kelemahan pentadbiran dan kepimpinannya dengan menafikan hak pemimpin-pemimpin yang tidak bersengkokol dengannya. Lebih buruk lagi ramai di kelilingnya seperti mendapat arahan untuk terus meranapkan kredibiliti musuh politiknya seperti Tun M, Muhyiddin Yassin dan Muhkriz.

Setelah digantung dan kini dipecat keahlian UMNOnya, Muhyiddin masih digeruni oleh Najib dan orang-orangnya. Terbaru terdapat usaha memburukkan namanya oleh pihak yang menganjurkan program yang beliau tidak pernah memberikan persetujuan untuk hadir.

Ada yang begitu berminat dan ternanti nanti apakah tindakan yang bakal diambil oleh Muhyiddin selepas dipecat.

Kerana ketakutan inilah, Najib terpaksa melakukan rombakan kabinet dengan meletakkan orang-orangnya apabila beliau menyedari bahawa kedudukannya semakin rapuh. Ini mungkin ditambah pula dengan desas desus bahawa ada di kalangan pemimpin tertinggi yang sedang bersedia untuk berpaling tadah untuk menyokong Muhyiddin.

 Kata Napolean Bonaparte "A leader is a leader in hope". Malangnya rakyat Malaysia sudah tidak nampak sebarang harapan selagi Najib menjadi pemimpin mereka. Mereka lebih percaya yang mereka mempunyai harapan yang lebih gemilang di bawah Muhyiddin.

Najib mungkin melihat 'jawatan' sebagai satu 'kedudukan' dan 'kuasa'. Sedangkan Muhyiddin melihat jawatan sebagai satu 'tanggungjawab' dan 'amanah'.

Bagi rakyat kepimpinan sebenar adalah bagi menjamin masa depan mereka dan bukannya bertujuan menjadikan pemimpin kaya.

Pasti ramai yang ternanti apakah tindakan Muhyiddin seterusnya. Ramai juga yang bertanya apakah beliau akan mengepalai sebuah parti Melayu baru kerana ramai yang sudah bosan dengan Umno?

Keputusan Muhyiddin dinanti oleh bukan saja di Malaysia, malahan di seluruh pelosok dunia.

Ada yang mengatakan bahawa sebuah parti Melayu tidak akan mendapat sambutan. Benarkah? Namun, belum pernah berlaku dalam sejarah tanahair di mana kelahiran sebuah parti baru begitu dinanti nantikan.

Dengan pengaruh Tun Mahathir, perubahan besar akan berlaku.

* Penulis Kamarul Azman Habibur Rahman adalah Presiden  Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).

Benarkah kenyataan ini?

TANPA TUN M DAN SHAFIE APDAL, UMNO HANYA TINGGAL SiSA

Bekas Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal akhirnya mengumumkan keluar daripada parti selepas keahliannya digantung oleh Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuratnya, 24 Jun lalu.

Berucap di hadapan lebih 5 ribu penyokongnya, Shafie berkata, "Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan Semenanjung untuk membela bangsa dan negara."

"Saya dah fikir panjang, tuan-tuan nak saya letak jawatan. Selama ini saya bertahan, bersabar.

"Jadi saya berhenti serta-merta. Saya sayang UMNO, tapi jangan hina saya, jangan zalimi saya dalam UMNO," tegasnya lagi.

Selain merupakan pemimpin kanan parti dan kerajaan sebelum digantung keahliannya bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada UMNO, Shafie adalah antara pemimpin utama yang terlibat dalam membawa masuk UMNO ke negeri Sabah.

Beliau dipecat sebagai menteri dan kemudian digantung daripada UMNO hanyalah kerana kelantangannya bertanya mengenai 1MDB dan derma ribu-ribu juta yang dikaitkan secara langsung dengan Najib Razak.

Dengan mengumumkan keluar UMNO sambil bertekad untuk terus berjuang, Shafie benar-benar telah membuktikan beliau adalah "lanun Bajau laut" sebagaimana yang selalu disebut sendiri oleh Najib dalam beberapa Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.

"Lanun Bajau laut" bukan saja pantang dicabar, tetapi juga pantang dihina dan dizalimi.

Hanya kerana 1MDB dan wang beribu juta yang tidak mampu diberi jawapan meyakinkan, Shafie yang pernah berjasa dan berperanan penting membawa masuk UMNO ke Sabah, kini sudah ditolak ke tepi dan tidak lagi dihargai.

Sebelum Shafie, Tun Mahathir Mohamad juga mengambil tindakan keluar UMNO sebagai protes terhadap Najib. Ia juga disebabkan skandal 1MDB dan wang beribu-ribu juta yang ditemui dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Selepas UMNO diharamkan pada 1988, Tun Mahathirlah yang memulihkannya semula sehingga ia diterima sama seperti  UMNO yang sebelumnya, malah Tengku Razaleigh yang menubuhkan Semangat 46 pun akhirnya akur untuk kembali bertaut dengan UMNO pada 1996.

Tetapi kini, Tun Mahathir yang menubuh dan memulihkan semula UMNO serta Shafie yang membawa parti itu ke Sabah sudah tiada lagi bersama UMNO.

Tindakan Tun Mahathir dan Shafie keluar UMNO adalah isyarat mereka tidak lagi percaya UMNO yang dipimpin Najib sekarang sebagai UMNO yang sebenar-benarnya. UMNO sudah menjadi parti Najib.

Tanpa Tun Mahathir dan Shafie, UMNO di Semenanjung dan Sabah hanyalah tinggal sisa kerana pasti mendorong lebih ramai tidak mahu memberi undi mereka dalam pilihanraya. (SH 04/07/2016).

Dah jadi semakin menggila! - Masjid Nabawi digegar bom

Letupan kedengaran di luar Masjid Nabawi, Madinah - Laporan
Agensi |  Diterbitkan pada Julai 05, 2016 01:50 MYT
RIYADH: Satu letupan dipercayai angkara pengebom bunuh diri dilaporkan berlaku di luar perkarangan Masid Nabawi di Madinah Arab Saudi pada Isnin (waktu tempatan), lapor media tempatan negara itu.

Saluran Al-Arabiya turut memaparkan beberapa imej yang antara lain menunjukkan kebakaran di kawasan tempat letak kereta dan tubuh seseorang berhampiran tempat letupan

Sebelum itu pada awal Isnin, dua pengebom bunuh diri meletupkan diri mereka di sebuah masjid di Qatif, kawasan persisiran pantai yang dikuasai pengikut Syiah.

Satu lagi kejadian letupan bom bunuh diri turut berlaku Isnin berhampiran konsulat Amerika Syarikat di Jeddah, mencedera dua anggota keselamatan.

PRU 14: PAS parti penampan UMNO?

PAS - PRU 14 adalah parti penampan UMNO

Berdasarkan perkembangan semasa khususnya dalam kontek realiti PRU 14, pertandingan tiga penjuru, sesuatu yang sememangnya akan berlaku. PAS tidak akan bersedia untuk bergabung dalam PH. Sebaliknya PAS akan dijadikan parti "penampan" kepada UMNO-BN, bermakna PAS akan menyertai PRU 14 atas sifat pemecah undi, berperanan untuk menarik penyokong tegar daripada lari kepada parti-parti lain, khususnya PH, bagi memastikan kemenangan UMNO.

Hakikatnya PAS tidak akan menyertai BN sebaliknya  akan berperanan seolah-olah "menentang" BN, namun tidak bermusuhan dengan UMNO. Ini sejajar dengan pengisytiharan UMNO bahawa PAS bukan lagi musuh UMNO. PAS dengan agenda taawun (bererti tolong menolong) akan bersikap mesra UMNO. Ini bermakna kerjasama PAS-UMNO akan berlaku secara tersirat.

UMNO dan media arus perdana tidak akan menyerang PAS, sebaliknya PAS akan diberi ruang dan peluang di media perdana untuk menyerang PH. Tujuan utama adalah untuk menonjolkan apa yang dislogankan oleh PAS hari ini, iaitu memperjuangkan politik matang. Politik matang bagi PAS, apabila mereka tidak lagi mempersoalkan akan integriti, salah guna kuasa, penindasan, penyelewengan dan kebobrokan dalam urus tadbir yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO.

Atas hakikat inilah PAS boleh menafikan isu 2.6 billion dan  1MDB umpamanya dengan anggapan ia lebih bercorak pentadbiran yang boleh diselesaikan. PAS hari ini wujud atas landasan Nasionalisme Melayu Islam (walau pun PAS mengatakan bahawa mereka adalah parti Islam). Pemikiran PAS hari ini lebih berfokus kepada kepercayaan, "seburuk-buruk UMNO, zalimnya UMNO namun UMNO tetap Melayu dan Islam, sebaik-baik DAP, namun DAP tetap kafir, haram bersekongkol dengan kafir untuk menjatuhkan Islam", inilah sentimen yang akan disebarkan oleh PAS.

PAS akan menyertai PRU 14 dengan komitmen untuk mencari redha Allah, bermakna bukan berfokuskan untuk mendapatkan "kemenangan bagi mencapai redha Allah". Ini  bermakna, sasaran PAS adalah untuk menentukan UMNO beroleh kemenangan, oleh itu mencipta pertandingan berbentuk tiga penjuru, sebagai strategi membina polarisasi pengundian akan menyebabkan berlakunya perpecahan undi di samping akan mengeliru pengundi. Dalam situasi ini, PAS tentunya secara tidak langsung akan membantu kepada kemenangan UMNO.

Berdasarkan keadaan ini, walau pun PAS akan kehilangan banyak kerusi, sama ada di Parlimen atau pun di Dewan Undangan Negeri, namun beberapa orang daripada ahli PAS yang berkemungkinan akan memenangi kerusi Parlimen akan diberikan jawatan menganggotai kabinet. Manakala kerusi Senator akan diagihkan kepada beberapa individu PAS sebagai imbalan tethadap peranan PAS. Berdasarkan realiti ini, maka usaha untuk  membentuk "Unity Goverment" sebagaimana yang dihasrat PAS akan terlaksana. - Kamarudin Musa

Berita dari Pagoh dan Semporna: Apa nak jadi?

Masa sesuai saya letak jawatan, tunggu hukuman MT dan Lembaga Disiplin,kata Shahruddin
04 Julai 2016 | DALIA ISMAIL
Datuk Sharuddin Md Salleh

Sah! Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh Datuk Dr Shahruddin Md Salleh telah meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta merta hari ini.

Perkara ini dimaklumkan Dr Shahruddin sendiri kepada Malaysia Dateline apabila surat peletakan jawatannya telah di viralkan di media sosial dan whatsApp sejak awal pagi tadi. Surat bertarikh 4 Julai itu telah dihantar kepada Pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamad.

Menurut Dr Shahruddin, peletakan jawatannya ini ekoran Umno Bahagian Pagoh sebulat suara telah menolak keputusan Majlis Tertinggi Umno kerana memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Jun lalu.

Justeru kata beliau, inilah masa yang sesuai beliau meletakan jawatan sementara menunggu tindakan oleh Lembaga Disiplin parti atau Majlis Tertinggi (MT) mengambil tindakan terhadap keputusannya itu.

"Adalah amat sesuai untuk saya letak jawatan sebagai naib ketua bahagian Pagoh sementara menunggu hukuman lembaga disiplin atau MT.

"Sama ada saya diberikan amaran atau dipecat sebagai ahli Umno kerana ingkar dan menolak keputusan Majlis Tertinggi kerana telah memecat ketua Umno Bahagian Pagoh (Muhyiddin)

"Ini kerana saya dalam Umno telah berhempas pulas habiskan masa dan waktu mencari orang untuk jadi ahli Umno tetapi MT mudah-mudah saja pecat ahli.

"Lebih baik masa tu saya berikan kepada membaca al-Quran dan mempelajari hal-hal agama dan bahasa arab Al-Quran," ujarnya ketika dihubungi.

Justeru beliau berkata bila telah letak jawatan banyak perkara boleh dilakukannya, bahkan akan meneruskan tugasnya sebagai Adun Jorak sehingga tempoh Pilihan Raya Umum akan datang berakhir.

Menurutnya lagi MT telah memperlakukan pemimpin nombor dua negara seperti 'sampah' dengan mengambil keputusan memecat bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

"Beliau diperlakukan seperti sampah dan petualang sebagai orang nombor dua negara.

"Terpulanglah pada MT nak menghukum Umno Pagoh.

"Ramai Ketua Cawngan berkata pada saya, bila nak bertanding minta undi. Mereka nyatakan akan memperjuangkan suara hati ahli-ahli Umno tetapi bila dah dapat undi dan jadi ahli MT mereka pula menekan ahli dan tujuk kuku, pecat ahli.

"Sepatutnya adalah ahli MT yang berjumpa dengan ketua-ketua cawangan di Pagoh ni terangkan keadaan dan kita boleh berdebat jika ada perkara sesama sendiri tidak puas hati terhadap isu berbangkit," ujarnya ketika ditanya sama ada akan lebih ramai lagi ketua-ketua cawangan di bahagian Pagoh yang akan meletakan jawatan.

Shahruddin menegaskan lagi, semua ahli Umno di peringkat cawangan dan bahagian masih lagi sayangkan Umno tetapi mereka mahu pemimpin baru diperingkat atasan parti.

Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Muhyiddin di beberapa kementerian yang diterajui Muhyiddin sebelum ini.

Bagi Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Johor (GKCM) Solihin Badri ketika dihubungi Malaysia Dateline pula berkata, sewajarnya Adun Jorak, itu meletakan jawatan ekoran beliau secara peribadi rapat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya sudah menjangka keputusan itu akhirnya akan dibuat kerana beliau antara penyokong kuat Tan Sri Muhyiddin sejak sekian lama di Pagoh," ujarnya.

Mengulas alasan yang diberi Shahruddin kononnya di sebabkan mahu memberi tumpuan untuk membaca, menulis dan mempelajari bahasa arab dan menghafal ayat-ayat Al Quraan, ia dianggap alasan yang digunakan untuk menjelaskan sebab utama beliau meletakan jawatan.

"Itu semua alasan. Apa yang jelas beliau adalah antara ahli Umno di peringkat bahagian yang tidak bersetuju dengan keputusan MT Umno memecat Tan Sri Muhyiddin," ujar Solihin sambil ketawa kecil apabila ditanya alasan yang diberikan oleh Sharuddin seperti yang tersebar di media sosial.

Sebelum itu pada 28 Jun lalu lima Ketua Cawangan di Bahagian Pagoh turut meletakkan jawatan antaranya ketua cawangan Grisek, Datuk Tahir Mohd Taat; Ketua Cawangan Batu Enam, Datuk Abd Aziz Hashim; Ketua Cawangan Parit Medan, Mohd Solihan Badri;Ketua Cawangan Kurnia Sakti, Hedzer Ahmad dan Ketua Cawangan Kundang Ulu, Ahmad Kamit.

Shafei Apdal isytihar keluar Umno
04 Julai 2016 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Naib Presiden Umno yang digantung keahliannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan keluar daripada parti itu.

Beliau yang juga  Ahli Parlimen Semporna berkata, keputusan itu dibuat berikutan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggantung keahliannya pada 24 Jun lalu.

"Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara.

"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku saya selama saya memimpin Umno ini," katanya.

Keputusan itu diumumkan di hadapan ribuan penyokongnya di sebuah dewan perkarangan rumahnya di Kampung Bubul Lama, Semporna Sabah, hari ini seperti dilaporkan Malaysiakini.

Dua hari selepas keputusan MT mengantung jawatan Shafie, Umno Bahagian Samporna dibubarkan dengan peletakan beramai-ramai pemimpin kawasan tersebut sebagai memprotes keputusan.

Perkara tersebut dinyatakan dalam sidang media beramai-ramai di Samporna yang diketuai Pengerusi Tetap Umno Bahagian Samporna, Datu Eranza Datu Saribu yang juga mengumumkan peletakan jawatannya.

Julai tahun lalu, beliau dilucutkan sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Monday, July 4, 2016

Aiik......tak perlu empat saksi dah......siapa mamat tua ni?

HARON DIN BAIK JANGAN CAKAP POLITIK DUDUK DIAM-DIAM, KATA KHAIRUDDIN
by ARIANNA - 2016-07-04
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempersoalkan “nasihat” Datuk Haron Din kepada ketua menteri Pulau Pinang untuk bercuti sehingga kes rasuahnya selesai.

Beliau bertanya mengapa mursyidul am PAS itu tidak memberi nasihat sama kepada perdana menteri.

“Kalau Haron Din gentleman, suruh (Datuk Seri) Najib Razak bercuti sehingga siasatan ke atasnya selesai,” kata bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu, merujuk wang “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Haron dalam nasihatnya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, berkata adalah kebiasaan bagi seseorang pemimpin mengundur diri apabila didakwa di mahkamah.

Khamis lalu, Guan Eng mohon dibicara atas pertuduhan berkait salah guna kuasa dalam meluluskan permohonan sebuah syarikat menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman.

Beliau turut didakwa menyalah guna kedudukannya dalam pembelian sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta.

DAP bagaimanapun berkata tidak akan melantik pemangku ketua menteri sementara menunggu kes rasuah Guan Eng yang bermula September ini.

‘Tak berani’

Sambil menganggap Haron “tidak berani”, Khairuddin menasihatinya berhenti daripada memberi komen.

“Lebih baik Haron Din duduk diam-diam saja dan beramal ibadat di bulan Ramadan ni dari bercakap politik yabg bakal membuatkan keseluruhan rakyat mual dengan kenyataan berat sebelah beliau,” katanya.

Khairuddin melahirkan rasa pelik dengan Haron dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mengapa Haron Din dan Haji Hadi Awang diam seribu bahasa?,” tanya beliau.

“Jangan gajah depan mata tak nampak tetapi kuman di seberang laut mereka nampak!

“Pelik sungguh perangai tokoh-tokoh pemimpin PAS Pusat ini. Mereka ulama tapi tak main peranan sebagai ulama yang berani bercakap tentang hakikat serta hakiki.” – FMT

KLIK BACA: Penulis veteran direman tiga hari hina Najib

KLIK BACA: Semoga Allah selamatkan kita dan negara kita – Tun M

Tulisan terbaru Tun Mahathir – Rasuah: Terlepas di dunia, api neraka menanti

Bila orang sakit bercakap dalam sasau.......

PAS Sedia Kerjasama Dengan DAP Dengan Syarat Hidupkan Kembali Pakatan Rakyat
JULY 3, 2016 AIDCNEWS

AIDCNews – 03/7/16 – PAS sedia bekerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) dengan syarat menghidupkan semula Pakatan Rakyat yang dianggotai tiga parti, DAP, PKR dan PAS tanpa PAN, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata demikian khususnya merujuk kepada Negeri Selangor.

“Persefahaman yang membawa wujudnya Pakatan Rakyat itu boleh diwujudkan kembali. (Tapi) DAP kena hormati prinsip Islam yang kita bawa sebagaimana kita hormat prinsip demokrasi DAP bawa.

“DAP kena bersedialah sebab nanti DAP akan dilihat sebagai berasa kalah dan sebagainya. Kita nak bagitahu PAS tetap pertahankan prinsip. Kita banyak cara (jalan) ke Putrajaya tetapi kita tidak putus harapan dengan hanya semata-mata pilihan raya tak dapat Putrajaya,” ujarnya ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos.

Menyentuh berkenaan kedudukan PAN, Sallehen berkata perkara itu bergantung kepada DAP dan PKR.

“Saya tak sebut tentang PAN sebab parti itu tidak wujud dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri.

“PAN kita serahkan pada DAP dan PKR. Mungkin kalau DAP nak bagi kerusi pada dia sebab DAP dah buat kenyataan bahawa PAN hanya boleh tanding di kawasan majoriti bukan Islam, jadi DAPlah bagi kerusi pada PAN,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata untuk mengelak pertandingan tiga penjuru pada PRU 14, Pakatan Harapan (PH) mesti menghormati PAS sebagai pembangkang.

“Formulanya cukup mudah, cukup jelas.. mana-mana kerusi PAS, PAS bertanding. Mana-mana kerusi PKR, PKR bertanding atau mungkin mereka nak bagi pada PAN, mana-mana kerusi DAP, DAP bertanding,” kata beliau

Zuhdi berkata selagi PH tidak menghormati ‘perkiraan’ tersebut, maka senario sebagaimana yang berlaku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan berulang lagi

# sigila talak minta bekas laki ceraikan bini baru?

Sekian lama menjadi ahli, takkan baru sedar kot?

Pecat dan gantung ahli: Umno seperti parti 'kongsi gelap'
 | DALIA ISMAIL
Anina SaadudinAnina SaadudinUmno dianggap sama seperti sebuah parti 'kongsi gelap' kerana tindakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memecat dan mengantung tiga pemimpin utama parti itu pada Jumaat, hanya untuk melindungi kepentingan peribadi Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saadudin berkata, 3.2 juta ahli Umno harus menyedari hakikat pemecatan Tan Sri  Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pengantungan jawatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Jumaat lalu, adalah musibah paling besar terhadap parti tertua itu.
"Kita sudah tahu lambat laun akan berlaku keputusan pemecatan dan pengantungan ini.
"Jadi kepada 3.2 juta ahli Umno perlu tahu sebab utama mereka dipecat dan digantung,kerana mereka mengkritik presiden bukan menyerang parti.
"Mereka ini bukannya ahli biasa tetapi seorang wakil rakyat di Parlimen (Muhyiddin dan Shafie) dan Dewan Undangan Negeri (Mukhriz) telah dibuang dalam parti sendiri.
"Jika ahli Umno terus `tidur' dan membiarkan perkara ini berlaku maka Umno bukanlah sebuah parti politik yang melindungi rakyat tetapi Umno melindungi Presidennya seorang yang korup dan tidak amanah.
"Umno kini sudah menjadi sebuah parti atau kumpulan kongsi gelap," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau turut hadir dalam sidang media oleh Muhyiddin dan Mukhriz semalam di Kelab Alumni Universiti Malaya, Petaling Jaya semalam.
Anina berkata, Muhyiddin dan Mukhriz ibarat "seekor harimau" yang sudah berdarah tidak akan berdiam diri sebaliknya akan mengaum untuk menyerang balas terhadap apa yang telah MT lakukan terhadap mereka.
"Mereka ini ibarat harimau yang luka dan berdarah. Mereka akan mengaum dalam satu pasukan yang besar membabitkan rakyat.
"Ahli Umno sejak dahulu lagi, mereka berpegang kesetiaan pada parti.
"Keadaan sekarang menimbulkan dilema bagi ahli yang setia pada parti dan situasi menentang presiden menjadi kebimbangan ahli parti.
"Hari ini jangan ingat dia (Najib) bebas kerana berjaya memecat Muhyiddin dan Muhriz dari Umno.

"Jangan fikir tindakan pemecatan dan pengantungan mereka yang mahu membebaskan Umno daripada kepincangan terang-terangan terhadap perlembagaan parti dan pentadbiran negara, tidak menggugat kesetiaan ahli yang lain.
"Ini kerana ramai ahli sedia untuk berpaling tadah tidak akan menyokong Umno dalam PRU akan datang," ujarnya.
Sidang media Muhyiddin dan Mukhriz yang diadakan semalam.Sidang media Muhyiddin dan Mukhriz yang diadakan semalam.Anina yang dikenali secara terbuka menyerang Perdana Menteri ekoran kontroversi derma RM2.6 bilion, juga menegaskan, kemungkinan akan ada lagi ahli umno yang akan dipecat dan digantung kerana lantang menyerang kepimpinan Najib.
"Saya percaya akan ada lagi ahli Umno yang akan dipecat dan digantung keahlian selepas ini kerana menyerang kepimpinan Presiden.
"Saya anggap Muhyiddin dan Mukhriz atau sesiapa sahaja selepas ini, mereka sebenarnya tidak dibuang dari Umno tetapi di buang dari 'parti Najib'.
"Mereka yang menerima nasib sama ini akan terus bangkit untuk memperjuangkan kebenaran dalam platform yang lain," ujarnya tanpa mahu mengulas panjang kemungkinan penubuhan sebuah parti politik baru.
Sambungnya lagi,"Saya 'no comment' mengenai nak tubuh parti politik baru. Kita tunggu saja perkembangan semasa."
Dalam sidang media semalam, isyarat Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menyatakan, ia menjurus sama ada akan menubuhkan sebuah parti baru atau menyertai parti sedia ada.
Pada Jumaat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno memutuskan memecat timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan memutuskan untuk menggantung keahlian naib presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sunday, July 3, 2016

Kenyatan Media: Dakwa KM lepaskan PM transformasi baru perundangan negara?

Kenyataan Media

*DAKWA KM LEPASKAN PM TRANSFORMASI BARU PERUNDANGAN NEGARA OLEH PEGUAM NEGARA*.

1.Pendakwaan terhadap Ketua menteri P.Pinang adalah dibawah bidang kuasa Peguam Negara.Saya tidak mahu mengatakan tak boleh dakwa YAB Lim Guan Eng.Kerana saya tidak tahu apa hasil siasatan SPRM yang telah dikemukakan kepada Peguam Negara.Bagi saya apabila pendakwaan telah dibuat maka terserahlah pada mahkamah untuk mengendalikan perbicaraan dan saya yakin pasukan peguambela Guan Eng mampu menghadapj kes tersebut.

2.Kes ini sebenarnya tidak pun membantu meredakan krisis keyakinan terhadap Najib.Sebaliknya kes pendakwaan terhadap KM P.Pinang akan menimbulkan pesepsi buruk terhadap Najib dan sistem perundangan negara.Bagi saya ini merupakan transformasi baru terhadap sistem perundangan negara untuk menutup kejahatan PM Najib maka dicetus suatu kes yang tak ada kes untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kes Najib. *Dakwa Ketua Menteri (KM) tutup fail kes Perdana Menteri (PM)*.Kes yang membabitkan PM Najib sama ada kes RM2.6 bilion atau RM42 juta kes SRC menunjukan bagai mana Peguam negara mengguna kuasanya untuk tidak mendakwa Najib. *Tan Seri Apandi telah bertindak sebagai peguam kepada Najib bukan sebagai Peguam Negara*.Tranformasi bodoh ini akan menguatkan asakan rakyat meminta Najib berundur dan tidak dilepaskan.

BICARA SEGERA.

3.Saya menyarankan untuk perbicaraan ini tidak perlu ditangguh terlalu lama.Perbicaraan mesti disegerakan kerana kes ini membabitkan kepentingan negeri dan rakyat.Banyak urusan akan terganggu termasuk pelaburan asing dan ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan P.Pinang.

4.Perbicaraan segera diperlukan bagi mengelak daripada ketidakadilan terhadap tertuduh dimana kemungkinan berlakunya *perbicaraan media (trial by media bukanhnya trial by court of law)*.Bagi mengelak ini semua Mahkamah perlu segerakan perbicaraan dan tidak dilihat *mahkamah juga terlibat dalam konspirasi dakwa KM  lindungi PM*.

5.Saya cabar Tan Seri Apandi Peguam Negara sendiri yang mengendalikan kes pendakwaan terhadap Guan Eng bukan hanya hadir diawal pendakwwan sahaja.           ini bagi *membolehkan pasukan peguambela mempersoalkan keredibiliti dan integriti beliau dihadapan hakim*.

#UndurNajib
#SelamatkanMalaysia
#DakwaPM

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
3.30pm Taman Al-Walid Alor Setar
1July 2016/26 Ramadzan 1437H

Kelantan tentu jatuh!

Kelantan tentu jatuh, isunya siapa pengganti, kata Husam
03 Julai 2016 | ZIKRI ABDULLAH
Bukan saya usaha jatuhkan Pas Kelantan, itu keputusan mereka sendiri, kata Husam

"Tuduhan saya berusaha jatuhkan kerajaan Kelantan tidak benar sama sekali kerana kerajaan ini tentu akan jatuh hasil pilihan presiden Pas sendiri untuk kembali ke zaman Pas tidak menang dulu," kata Adun Salor Datuk Husam Musa di majlis makan colek anjuran Amanah Kelantan malam tadi.

Menurut Husam kejatuhan kerajaan Pas Kelantan dan kekalahan kebanyakan kerusi-kerusi Pas seluruh negara tidak dapat dielakkan apabila Pas memilih kembali menyendiri dan membuat blok ke 3 yang terasing dari pentas politik pilihan rakyat.

Keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar katanya menunjukkan parti asal beliau itu akan kembali kalah di semua kerusi-kerusi campuran dan kerusi-kerusi 'marginal' kawasan majoriti Melayu.
Orang ramai tidak melepaskan peluang berdialog dengan Datuk Husam

"Di Selangor kesemua 15 kerusi akan jatuh dan kalau Datuk Iskandar masih mahu jadi wakil rakyat selepas PRU ke 14 beliau perlu berhijrah ke mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).

"Saya adalah pengerusi "Road Map" Pas PRU 13 dan kita memang sasarkan untuk menang 15 kerusi di Selangor dengan memilih kerusi-kerusi campuran supaya rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) waktu itu dapat melonjakkan undi bagi mengalahkan BN.

"Kini tanpa lonjakan sokongan luar Pas kita boleh baca dengan tepat kesemua 15 kerusi itu Pas akan kalah termasuk Dr. Rani dan Dr. Halimah sekalipun," ujar beliau di perkarangan pejabat Amanah Kelantan di Kota Bharu..

Berkaitan Kelantan katanya, dengan mengasingkan diri dari 'mainstream' pakatan pembangkang tidak perlu penganalisa profesional untuk mengatakan Pas tentu kalah dalam PRU akan datang.

"Yang menjadi isu sekarang, kerajaan Pas yang akan kalah ini akan diganti oleh siapa," soal beliau.

Umno katanya telah memasang angan-angan untuk kembali berkuasa di Kelantan.Info semasa sambil makan colek
Info semasa sambil makan colek

"Tapi kena ingat dengan badai yang sedang melanda Umno sekarang, mereka pun tahu situasi telah berbeza dan kubu mereka termasuk di Johor sedang terumbang ambing dan mungkin runtuh," katanya.

Menurut beliau gerakan yang kini dipanggil 3M, iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz tidak boleh dipandang ringan dan ia boleh bangkit membentuk gegaran besar jika diatur dengan sempurna.

"Sebab itu di Kelantan ini kalau Amanah benar-benar mahu ambil alih, ia tidak pelik dengan syarat buat kerja kuat dan berstrategi dan elak perangai buruk parti lama berkelahi dengan semua orang," katanya.

Mengapa LGE selepas DSI?

MENGAPA LIM GUAN ENG SELEPAS DSAI ?? INI BUKAN SOAL LIM GUAN ENG ITU CINA TETAPI MELAYU UMNO NAK SELAMATKAN NAJIB DARI SKANDAL BILLION RINGGIT DAN BERKUASA SEMULA.

PERISTIWA

Rentetan peristiwa sejak DSAI dipenjara, isu 1mdb, campor tangan di Jabatan sprm, polis, ag, bank negara dan penangkapan pendakwaan pemimpin2 pembangkang terbaru Lim Guan Eng seterusnya menarik Parti Islam yang membawa sifat sifat "Khawarij dan Assobiyyah", Semua ini tidak payah dicerita lagi.........jelasnya BN UMNO mahu mengekalkan kuasa dengan cara tradisional meraka.

Tun Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Yassin, Dato' Seri Paduka Mukhriz bin Mahathir,  Datuk Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dan ahli ahli umno tegar pendokong mereka ini dibawah panji panji Deklarasi Rakyat tentunya tahu formula ini, dan adalah sangat jelas kepada rakyat bahawa Gabongan Pembangkang Pakatan Harapan Rakyat tidak dapat tidak penyatuan dua kuasa pembangkang ini wajar bersatu dalam satu pasukan.

Adalah malang jika ada rakyat yang cinta kan keamanan, keadilan, menyelamatkan dana Negara dan berhajat menghukum penyamun itu, masih mengangap penangkapan Lim Guan Eng ini sesuatu yang wajar tanpa mengkaji/mengesan plan politik jahat yang menjadi senjata ampuh setiap kali BN UMNO mempertahankan kuasa mereka sejak zaman berzaman.

Episod ini tidak akan berakhir disini, beberapa siri melemahkan struktur Pakatan Harapan Rakyat akan terus dilakukan sebelum pengistihar pembubaran Parlimen. Tidak terkecuali panji panji Deklarasi Rakyat akan juga di robek oleh rejim Najib,

Bagaimana Rakyat boleh membantu?? ya memahami percaturan politik jahat Najib ini amatlah perlu dan sebarannya wajar diperluaskan kepada rakyat jelata, Cukuplah KITA DIPERBODOHKAN DENGAN POLITIK "KHAWARIJ DAN ASSOBIYYAH"

PRESTASI

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Berita ini sudah cukup membuktikan betapa pentingnya melumpuhkan Pemimpin2 Pakatan Harapan Rakyat.

Ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam Malaysia kini sepatutnya berbunyi, "Jelas sekali, slogan DAP sebagai parti politik yang paling bersih di Malaysia adalah BENAR sama sekali selepas penahanan Guan Eng hari ini.

"Ketelusan dan akauntabiliti harus diamalkan Kerajaan Persekutuan, bukan sekadar di bibir sahaja, seperti dua Negeri Pembangkang Pulau Pinang dan Selangor, Ketelusan membina Negeri dengan pendapatan yang tidak pernah BN UMNO capai seperti yang dilakukan DAP dan PKR amatlah membahayakan BN UMNO"

Pendapatan sekitar 3 Billion dan berlumba lumba dikedudukan pertama dan kedua oleh Negeri Pakatan Harapan ini dalam menjana pendapatan Negeri telah disahkan oleh KETUA AUDIT NEGARA di setiap tahun belanjawan di kedua dua Kerajaan Negeri ini. Rekod ini belum pernah di capai ketika kedua dua Negeri ini di bawah BN UMNO.

Statistik MIDA menunjukkan DDI ke Pulau Pinang bagi tempoh 2008-2013 berjumlah RM13 bilion, berbanding RM 5 bilion di bawah pentadbitan BN UMNO bagi tempoh 2002 – 2007. Manakala FDI bagi tempoh sama pula mencatat jumlah keseluruhan RM40 bilion, berbanding RM21 billion bagi tempoh 2002-2007di bawah BN UMNO.

Hasil negeri Selangor yang dianggarkan pada tahun 2015 berjumlah RM 1.97 bilion telah melonjak kepada RM 2.05 bilion berbanding perbelanjaan sebenar RM 1.50 bilion sehingga 30 September 2015.

Rizab negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan pada 30 September 2015 berjumlah RM 3.58 bilion berbanding RM 3.2 bilion pada 31 Disember 2014. Peningkatan rizab melebihi 12 peratus.

Prestasi cemerlang berturut turut sejak tahun 2008 hingga 2016 oleh 2 Kerajaan Negeri Pakatan Harapan ini lah yang membuatkan BN UMNO mencari apa saja peluang walau pon terpaksa mengunakan atau memanupulasi undang2 sedia apatah lagi jika ada peluang mempersalakan Ketua Menteri adan Menteri Besar

POLITIK DAN PELUANG

Pakatan Harapan sekali lagi tidak belajar dari kesilapan Pakatan Rakyat khas nya PKR dan DSAI, dimana sedikit kelemahan terutama intergriti akan sentiasa dijadikan peluang BN UMNO untuk menambat hati rakyat dengan menghukum secara undang undang.  Bagaimana perlaksanaannya walaupon nampak jangal atau zalim itu sudah tidak lagi penting buat mereka asalkan peluang itu ujud. Apakah Pakatan Harapan sudah kurang bijak pandai??

Sehinggakan dalam mempunyai 2 Kerajaan Negeri yang paling kukuh pon masih terkial kial mengunakan peluang yang ada untuk merampas dua DUN PRK yang baru lalu, jika diambil sejarah P.093 Sg. Besar, apa kah yang Kerajaan PKR buat dengan kawasan teguh UMNO ini? tidakkah dana yang ada di Selangor tidak cukup untuk menawan kawasan yang belum pernah di menangi oleh pembangkang ini, Kecuali P,067 Kuala Kangsar Perak yang agak sukar tanpa Kerajaan Negeri, tetapi jika Pakatan Pembangkang bersatu tiada yang mustahil.

Jika diambil kira PRK lalu apakah Pakatan Pembangkang mampu merampas Putrajaya?? Ya BN UMNO dengan segala kekuatan jentera dan kuasa Persekutuan mereka mampu bukan saja mengekalkan kedudukan malah merampas Negeri2 Pembangkang ini, Bagaimana mengunakan peluang yang dah di tangan itu lah kelemahan ketara Pembangkang, Rakus tanpa hati hati sehingga kes semudah membeli harta tanah seperti kes Lim Guan Eng ini memeberi peluang kepada BN UMNO meruntuhkan segala usaha Pembangkang selama ini. Nasib Datuk Seri Azmin Ali di Selangor nampaknya mudah dirobek jika masih ada sikap menyimpan "kartel" yang kini menjadi viral di Media Siber, Apakah BN UMNO akan membiarkan peluang seperti ini dibiarkan berlalu pergi?? Jawapan nya sudah tentu TIDAK.

PAS dalam "kebodohan" keras kepala sedia maklum mengambil peluang terhidang dengan meninggalkan Pakatan paling tidak jika pon ada khilaf mereka isu balak misalnya sudah tentu dilindungi sang penguasa. Tidak kira lah apa nama yang diberikan oleh mereka "Block ke3" dan sebagainya, menjadi "penasihat" kerajaan BN UMNO berselindungi dengan "Penyatuan Ummah Merentasi Ideology" sudah memadai untuk terselamat dari tindakan zalim.

RAKYAT REFORMASI

Sudah terdengar suara suara pimpinan pembangkang "kita kena mulakan gerakan reformasi 98" seperti yang di popularkan DSAI. Baik Datuk Seri Azmin Ali atau Lim Guan Eng yang telah bersama DSAI sejak era 1998, diketika mereka berdua dipunjak Kerajaan Negeri masing2 sudah agak cepat selesa sehingga angin reformasi dengan mudah ditinggalkan di ketika DSAI "GENERAL" dipenjara,

Pembangkang mudah lupa bahawa "GENERAL" mereka telah lama di"bunuh" tanpa diganti. Bermula kerenah PAS pelbagai lagi isu timbul terutama dalaman PKR semakin meruncing gagal ditangani dengan cuntas. Penubuhan Pakatan Harapan nampak nya masih gagal mengembalikan semangat reformasi yang DSAI tinggalkan. Parti baru Amanah Rakyat belum lagi memberi impak meyakin kan, walaupon prestasi sebagai wakil Pakatan di dua PRK boleh lah dibangakan dengan umur 7 bulannya. Tetapi untuk mengisi kerusi "GENERAL" yang dikosongkan DSAI belum dapat di isi.

Pandangan penulis dalam soal menangani isu General Pakatan ini, Saya suka berkongsi idea DAP. DAP sehingga kini masih kekal mencalonkan DSAI sebagai bakal Perdana Menteri sekali gus mengikhtiraf DSAI sebagai General Pakatan Harapan.Tetapi hairannya "arahan penjara" datang nya dari pelbagai pemimpin terutama dalaman PKR. Saya kurang pasti ianya kelemahan DSAI sendiri menyalurkan "arahan penjara" itu atau pon telah dimanipulasi oleh si pembawa atau sememang nya ianya direka reka, hanya DSAI sendiri yang boleh menjawap nya.

Tentu nya sedikit kurang tekanan atau nampak kukuh jika isu General ini dapat diselesaikan segera. Seseorang hanya seorang, mesti mengambil alih arahan penjara, hubungan ini mesti kekal begini sehingga DSAI keluar. Jika tidak keperluan "pemangku General" wajib ujud dan dipatuhi.

Kunci segala nya ini kembali kepada fenomena reformasi yang jelas berjaya menawan 4 negeri pada PRU13 lalu (sebenarnya lima jika diambil kira Wilayah Persekutuan). Tidak dapat tidak "General" Pakatan Harapan mesti memukul gendang reformasi rakyat kembali mewarnai jalan jalan raya dengan dibantu Deklarasi Rakyat.(sekadar pandangan sejarah lalu).

Tekanan ini mungkin tidak dapat dielakkan oleh pihak Pembangkang. Walaupon resikonya agak tinggi, tetapi bak kata DSAI "LAWAN TETAP LAWAN, REFORMASI X3"

WAJARKAH TUN M BERSUARA !!!

Isu ini ada pro dan kontra nya dari segi sejarah nya ia sudah tentu ada yang terus membenci, mungkin juga tidak mampu untuk mempercayainya lagi. Ya sejarah banyak membuktikannya demikian, separuh dari sejarah itu belum dapat dipadamkan dari minda rakyat terutama keluarga DSAI sendiri. Jangan2 pisang berbuah dua kali.

Saya nampak dari sudut yang berbeda. Jika Tun M mampu memohon maaf secara terbuka kepada DSAI dan berjanji gelombang perjuangan kali kedua ini tidak lain mengembalikan jawatan DSAI atas dasar mahu menebus dosa lalu dan dapat di terima oleh DSAI serta keluarga, saya pasti Gabungan Deklarasi Rakyat dan Pakatan Harapan akan menjadi model baru politik Malaysia sekali gus gelombang tsunami rakyat tidak akan mampu di bendung lagi oleh BN UMNO, Walaupon taruhannya penjara menanti.

Syarat utama nya adalah nyawa Tun M yang berbaki ini menjadi taruhannya. Sama ada masih ada kesempatan atau tidak hanya Allah yang menentukannya. Jika ini berlaku saya pasti perancangan ALLAH itu benar benar memakbulkan doa Allahyarham Tuan Guru Fadhil Nor bahawa Tun M akan menyaksikan sendiri hasil dari kerja tangan nya ketika berkuasa dan kebaikan saja lah yang rakyat harapankan dari Allah sebelum Tun M menemuiNYA.

Sudah tentu hanya Tun M mampu meniup gelombang rakyat kali kedua ini, jika itu lah pilihan yang ada kepada Pembangkang dalam menangani tsunami politik terkini. Penulis hanya menulis sekadar memberi pandangan sejarah tiada niat untuk menghuru hara kan keadaan aman yang kita kecapai kini. Apapon tindakan rakyat dalam menyelesaikan isu isu politik mestilah berpandukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, ber Parlimen, Yg Di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu yang kita junjung,

Wassalamualaikum wbt,

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

Abu As Siddiq