Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 2, 2017

Kerjasama Bersatu - PAS: Untungkah Bersatu dan relakah menjadi 'Pak Turut' kepada 'Tuan' PAS?

Untungkah BERSATU, PAS bekerjasama?
Hambali Abdul Latiff   -   Hari ini, 1:19 tengahari
Segala-galanya masih kabur dan di awang-awangan.

Tarikh yang ditunggu semalam (1 Februari 2017) untuk mengetahui keputusan rundingan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada hakikatnya belum menunjukkan ada apa-apa.

Walaupun sebelum ini, Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mesyuarat itu akan menjadi penentu kepada kerjasama antara PAS dan partinya, ternyata setakat ini kedua-dua pihak hanya bersetuju membentuk jawatankuasa teknikal bersama.

Ia mungkin kesan serangan PAS yang bertubi-tubi terhadap Dr Mahathir.

Kenyataan bahawa "rangka kerjasama persefahaman politik" akan diserahkan kepada pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk diperhalusi membawa makna jelas – ia masih menunggu persetujuan peringkat tertinggi parti untuk menentukan hala tuju sebenar kerjasama berkenaan.

Hakikatnya hasil pertemuan delegasi PAS yang diwakili Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan BERSATU - Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir - masih jauh dan samar.
Mesyuarat semalam boleh diumpamakan sebagai permulaan, bukan “penentu” kerjasama pilihan raya antara BERSATU dan PAS, apa lagi untuk menjamin satu lawan satu menghadapi BN.

Perwakilan PAS dan BERSATU hanya membawa pulang “rangka kerja persefahaman politik” yang dicapai dalam pertemuan semalam. Kepimpinan tertinggi kedua-dua parti akan memutuskan apa langkah berikutnya.

Jika dilihat secara mendalam usaha PAS dan BERSATU ini, ia membawa kepada pertanyaan berikut:

Pertama, apakah kerjasama itu meliputi keseluruhan pilihan raya, termasuk di parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) di semua negeri yang membabitkan calon PAS dan BERSATU?

Kedua, apakah kerjasama itu hanya akan berlaku di beberapa negeri sahaja. Contohnya di Terengganu tetapi tidak di Kelantan, Johor dan Kedah?

Ketiga, jika diwujudkan kerjasama, apakah kesan kepada hubungan semakin baik Umno dan PAS setakat ekoran hubungan BERSATU dengan AMANAH, DAP dan PKR?

Keempat, bagaimana kedudukan BERSATU dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) ketika amat jelas kini PAS tidak boleh duduk semeja dengan AMANAH dan DAP?

Kelima, apa tujuan BERSATU menjalin kerjasama dengan PAS? Mahu menjadi pemerintah bersama atau hanya menjadi 'ekor' kepada PAS yang akan berlagak sebagau 'tuan'?

Pertanyaan ini ada relevan terutama di lima negeri – Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor - kerana BERSATU dan PAS menunjukkan kegairahan untuk meletakkan calon mereka.

Cuma dengan restu PAS

Di Johor, rasanya BERSATU boleh bersendirian kerana sejauh ini pengaruh PAS tidaklah begitu besar walaupun ia memiliki tiga kerusi DUN (seorang melompat ke AMANAH) berbanding dengan Umno memiliki 31 kerusi (selepas seorang ADUN melompat ke BERSATU).

DAP pula mempunyai 13 kerusi berbanding MCA dua dan MIC sebanyak tiga kerusi, manakala dan Gerakan satu.

Di Kelantan pula, apakah PAS memilih untuk bekerjasama dengan BERSATU bagi menjamin ia terus menjadi kerajaan negeri jika diasak bertubi-tubi oleh Umno dan AMANAH?

Tidak berkemungkinankah PAS akan main silap mata dengan Umno dan yang kelak akan rugi ialah BERSATU yang hanya menumpukan kerusinya di kawasan DUN atau parlimen yang dimenangi Umno saja?

Ini bermakna hanya 12 DUN dan empat kerusi parlimen sahaja mempunyai ruang untuk BERSATU bertanding. Itu pun bergantung kepada persetujuan dengan PAS dan AMANAH.

Di Terengganu, PAS sedang bersiap sedia dengan bala tenteranya konon akan menawan kerajaan negeri kali ini dengan paling tidak memenangi 20 kerusi DUN dan menambah kerusi parlimen.

BERSATU mungkin berpeluang bertanding di mana-mana 17 kerusi yang kini dipegang oleh Umno. Ia turut berpeluang meletakkan calon sekurang-kurangnnya di tiga daripada empat kawasan parlimen dikuasai Umno iaitu Besut, Kemaman, Hulu Terengganu dan Setiu.

Itu pun dengan restu PAS jika mereka bekerjasama. Dengan nafsu yang begitu menggelegak di kalangan pemimpin PAS yang sudah menunjukkan watak seolah-olah menteri besar, apakah BERSATU akan diberikan kerusi begitu banyak?

Apa pula kedudukan AMANAH yang kini memiliki kerusi parlimen Kuala Terengganu dan PKR yang sudah bertapak sejak dua pilihan raya umum di Terengganu?

Begitu juga di Selangor. Ketika ini PAS mempunyai 13 kerusi di DUN selepas dua ADUN parti itu melompat ke AMANAH (BERSATU tidak mempunyai sebarang kerusi di negeri itu).

Sementara DAP ada 15 kerusi dan PKR kini mempunyai 13 daripada 14 kerusi selepas bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi ADUN bebas.

Pelik sedikit di Selangor kerana walaupun PAS sedang 'berperang' dengan DAP dan AMANAH, kerajaan HARAPAN masih utuh di Selangor - sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

Mahukah menjadi ekor

Di sebalik itu, pemimpin PAS nampaknya kurang senang dengan BERSATU yang turut mengintai beberapa kerusi Umno di Selangor.

Di Kedah ada 15 kawasan parlimen dan 36 DUN. Pada PRU ke-13, PAS menang sembilan sahaja kerusi DUN berbanding 16 pada 2008.

Dengan jentera pilihan raya dikemudi Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah - dan dianggap antara faktor memenangkan BN Kedah pada pilihan raya umum lalu - peranan anak Dr Mahathir itu jangan dilihat sebelah mata.
Ketika ini BERSATU mempunyai peluang untuk bertanding di 18 kerusi Umno (pada PRU ke-13, Umno menang 19 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan). Jumlah ADUN Umno menjadi 18 selepas ADUN Ayer Hitam (Mukhriz) menyertai BERSATU.

PAS juga berkurangan satu kerusi kepada AMANAH di DUN Pengkalan Kundor kesan Dato Phahrolrazi Zawawi melompat ke AMANAH. Parti lain di DUN Kedah ialah MCA (2), PKR (4) dan DAP (2).

Inilah situasi yang berlaku ketika ini.

Persoalannya apakah BERSATU rela menjadikan dirinya sebagai ‘ekor’ kepada PAS semata-mata jika bekerjasama, atau menjadi ‘rakan politik’ yang bermakna diberikan kedudukan yang lebih baik dalam rangka kerjasama.

Di Johor, Kedah dan mungkin Terengganu, jika dengan strategi dan umpan yang mengena, BERSATU boleh membuat kejutan dengan menjadi peneraju dan PAS menjadi rakan politik yang bermakna.

Namun, ia perlulah bergantung kepada percaturan dan perundingan dengan PAS, lebih-lebih lagi di Terengganu.

Seperkara lagi, apa kesan hubungan politik PAS-BERSATU di Johor kerana kerusi DUN dimiliki DAP agak besar (13 kerusi). Untungkah BERSATU bekerjasama dengan PAS di Johor berbanding dengan DAP?

BERSATU perlu beringat, melihat sikap PAS di Kelantan dan Terengganu sebelum ini, kedudukan wakil tunggal PKR di kedua-dua DUN itu menjadikan mereka bagaikan "anjing buruk kepala" saja.

Apakah BERSATU sanggup menerima atau berharapan seperti siatuasi PKR di Kelantan dan Terengganu jika mereka bekerjasama di negeri yang PAS dilihat mempunyai kekuatan?

Atau PAS sudah berubah daripada sikap lamanya yang sering memandang rendah kepada rakan sekerjasama mereka?

Mungkinkah layanan PAS kepada BERSATU akan berbeza daripada cara mereka melayan PKR dan DAP selepas parti itu mencapai cita-citanya?

Apa yang diharapkan, rangka kerjasama hasil mesyuarat semalam diperhalusi dengan baik oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani presiden masing-masing pada waktu terdekat.

Turut penting kepada BERSATU juga ialah, kerjasama dengan HARAPAN selepas presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan hasrat parti itu menyertai gabungan berkenaan semasa berucap di Shah Alam November lalu.


Dengan kedudukan PAS menolak kerjasama dengan AMANAH dan DAP, apakah reaksi dan tindakan dua parti itu jika kerjasama benar-benar terjalin antara PAS dan BERSATU?

Apakah BERSATU akan berada dalam kedudukan tidak selesa dengan AMANAH dan DAP, di samping PKR akan sangat berwaspada dengan sikap BERSATU untuk beberapa ketika ini?

*HAMBALI ABDUL LATIFF bekas wartawan, pengarang akhbar dan kini perunding media bebas. Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan sikap Malaysiakini

Hah tuudia......Pegawai Khas menteri pun ada bahagian woo!

Pegawai Khas menteri pertahanan didakwa rasuah
 | BERNAMA

(foto dari Astro Awani)

Seorang bekas pegawai khas kepada seorang menteri kabinet dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM80,000 daripada seorang kontraktor, tiga tahun lepas.
Zailan Jauhari, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa kepadanya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.
Asmadi membenarkan Zailan dibebaskan dengan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Feb ini untuk sebutan semula kes.
Hakim turut memerintahkan tertuduh melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Isnin minggu pertama setiap bulan.
Tertuduh didakwa menerima suapan wang tunai RM20,000 dan cek bernilai RM60,000 sebagai upah kerana membantu dua syarikat mendapatkan tender bagi kerja-kerja pembersihan sekolah dalam daerah Kuala Selangor.
Zailan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Kuala Selangor, antara 7.30 malam dan 8 malam, pada 8 Jan 2014.
Kes disebut semula pada 13 Februari ini.

Bersatu akan tinggalkan PH untuk bergabung dengan PAS?

Muhyiddin-Abdul Hadi akan bertemu tandatangani perjanjian kerjasama
 | MALAYSIA DATELINE
Muhyiddin Yassin 3Muhyiddin Yassin 3Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi dalam waktu terdekat ini.
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau menyambut baik kesediaan Pas untuk membentuk kerjasama dengan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
 "Dengan perkembangan terbaharu ini saya juga yakin bahawa harapan untuk menyelamatkan Malaysia serta menawarkan masa depan Malaysia yang lebih baik juga semakin cerah.
"Saya berdoa semoga perjanjian PPBM-Pas akan dapat dimaterai oleh saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) dalam tempoh beberapa hari akan datang," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam satu pertemuan telah berlaku antara Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk memperhalusi hala tuju kerjasama antara kedua-dua parti.
Justeru kata Muhyiddin lagi amat penting wujudnya persefahaman antara PPBM, Pas dan parti-parti sekutu yang mempunyai aspirasi yang sama.
"Kerjasama ini akan merintis jalan ke arah pembentukan muafakat politik yang lebih kukuh antara parti-parti pembangkang untuk menghadapi Barisan Nasional secara satu lawan satu dalam PRU-14.
"InsyaAllah, jika diberikan mandat oleh rakyat, akan membentuk sebuah kerajaan baharu yang berintegriti selepas pilihanraya.
"PPBM sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan dan kerjasama ini akan diteruskan.
"Persefahaman yang dicapai dengan Pas ini akan melengkapkan usaha ke arah mewujudkan muafakat politik antara parti-parti pembangkang dan InsyaAllah akan memperkukuhkan lagi kedudukan parti-parti pembangkang menjelang PRU-14," ujarnya.
Namun dalam perkembangan sama hari ini Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mahfodz Mohamed pula berkata,  Pas hanya akan bekerjasama dengan PPBM sekiranya parti itu sanggup melupakan DAP dan Amanah. Pas katanya lagi, tidak kisah menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti seperti PKR dan PPBM tetapi tidak sesekali berganding bahu  di atas pentas politik yang sama dengan DAP dan Amanah.
Artikel Berkaitan Pas tidak bersama PPBM jika ada hubungan dengan DAP, Amanah

* Maka gembiralah Najib. PAS berjaya pecah belahkan pembangkang untuk menangkan BN di PRU14 ini. Jadi tak payahlah PAS nak berselindung di sebalik bayang hitam mereka!

Pakatan Harapan akan kalah banyak kerusi pada PRU14

Amanah,PPBM ganti peranan Pas di Selangor
01 Februari 2017 | MALAYSIA DATELINE

Penganalisis politik menjangkakan peranan Pas di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan terancam ekoran perkembangan pengaruh Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib  berkata, Pas mustahil untuk menguasai Kedah dan Terengganu manakala di Kelantan barangkali mampu bertahan.

“Untuk PRU 14, Pas mungkin boleh kekal kuasa di Kelantan, tetapi ingin berkuasa di Kedah dan Terengganu tidak realistik. Pas juga semakin jauh dari magnet kuasa di Selangor. Kini Amanah dan PPBM  dilihat akan ganti peranan Pas di Selangor,” ujarnya dipetik Sinaronline semalam.

Walau bagaimanapun, beliau berpendapat Pakatan Harapan akan kalah banyak kerusi pada PRU14 akibat pergolakan politik yang melanda gabungan tersebut mutakhir ini tetapi masih berupaya memperoleh sokongan pengundi Cina di kawasan bandar.

Berbanding Pas, ujarnya, maruah parti tersebut akan terjejas jika memilih pendekatan untuk kekal bersama Pakatan Harapan dalam blok pembangkang pada PRU14 nanti.

“Secara aplikasi dan logik politik, kerusi Pas jika bersama Pakatan Harapan akan menyusut kerana perlu berkongsi dengan Amanah dan juga PPBM,” jelasnya.

Sehubungan itu, Pas katanya, lebih baik bersendirian daripada membuat pusingan U menyertai Pakatan Harapan yang terdiri daripada Amanah, PKR dan DAP dengan kesemuanya masih bersefahaman dengan PPBM untuk menjatuhkan Umno-BN pada PRU14.

“Adalah lebih baik Pas mengambil pendirian berdikari berbanding membuat ‘U-turn’ dengan menyertai Pakatan Harapan, apatah lagi jika Pas berhajat mahu menggantikan Umno, ia lebih mustahil," ujarnya.

Beliau menyarankan Pas pada masa ini memberi tumpuan untuk bertindak tegas menolak kerjasama bersama golongan pemberontak dalam Pas yang dilihat pro-DAP termasuk melalui wadah Amanah.

Mengulas sasaran Pas untuk memenangi 40 kerusi Parlimen pada PRU14 pula, Md Shukri menasihatkan parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu harus realistik dalam merangka pelan tindakan politik parti mengikut situasi semasa.

Hal ini, katanya, termasuk mengambil kira isu protes senyap dalam kalangan ahli Pas tidak terkecuali dalam kalangan kepimpinan parti berkenaan.

"Jadinya usah buai perasaan ahli parti dengan impian kosong. Sejarah kemenangan Pas pada PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) pun tercalar akibat dilema tukar parti," ujar Md Shukri.

Abdul Hadi pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, Alor Setar dilapor pada 29 Januari lalu berkata, partinya meletakkan target untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen pada PRU14.

Ahli Parlimen Marang itu juga bertegas untuk mempertahankan Kelantan dan Selangor selain memerintah semula Terengganu dan Kedah atas tanggungjawab parti tersebut mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah.

 Pas bersendirian lebih baik?

Untuk rekod, Pas hanya memerintah Terengganu sepenggal iaitu pada 1999 hingga 2004 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada 1999 ketika era Reformasi dan hasil berada dalam Barisan Alternatif bersama PKR, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Rekod pemerintahan Pas di Kedah juga sepenggal selepas PRU ke-12 (2008) ketika parti itu berada kesepakatan gabungan parti pembangkang sebelum dirampas kembali BN pada PRU ke-13 (2013) walaupun sokongan kepada BN dilihat banyak pihak merudum.

Bahkan, Pas di Kedah pada PRU13 hanya menang sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) ketika BN menang majoriti mudah dengan menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala PKR dan DAP masing-masing menang empat dan dua kerusi.

Prestasi Pas secara keseluruhan juga menyaksikan parti itu gagal memenangi banyak kerusi Parlimen apabila bersendirian seperti dibuktikan pada keputusan PRU 1978 dan 1982 dengan hanya menguasai lima kerusi manakala hanya meraih kerusi tunggal pada PRU 1986.

Berbeza apabila berada dalam kesepakatan parti pembangkang lain, Pas mencatat prestasi paling baik pada PRU 1999 dengan memenangi 27 kerusi diikuti PRU 2008 (23) dan 21 kerusi pada PRU 2013.
Pas gagal menang lebih banyak kerusi apabila bersendirian. Sumber: Internet

Wednesday, February 1, 2017

“Sendiri kalah tak cukup, nak sangat presiden beliau bayar gantirugi juga?”

Nasrudin Tantawi mahu Haji Hadi kalah saman seperti dia juga?
Pada 30 Januari 2017
PETALING JAYA, 30 JAN: Pertimbangan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ekoran gambaran anti-Islam terhadapnya mendapat respon segera Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan.

Nasrudin seperti dilapor media berkata, jutaan umat Islam dan masyarakat bukan Islam negara ini akan bangkit membela presidennya jika disaman DAP.

Kenyataan Nasrudin itu bagaimanapun mendapat sindiran Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua.

“Dulu Nasrudin cabar Lim Guan Eng saman beliau. Nasrudin kena saman dan terpaksa tarik balik fitnah yang diakui tak berasas, dan bayar kos kepada Lim Guan Eng.

“Kini, Nasrudin macam tak dapat pengajaran. Minta pula Lim Kit Siang saman presiden PAS.

“Sendiri kalah tak cukup, nak sangat presiden beliau bayar gantirugi juga?” soalnya dalam satu kemaskini Facebook malam tadi.

Dalam perkara berkaitan, serangan Hadi terhadap DAP dan kerajaan Pulau Pinang turut dibidas ramai pihak antaranya Exco Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Kassim.

Menurut Abdul Malik, sejak kerajaan Pakatan mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) pada Mac 2008, syiar Islam terus berkembang subur jauh melebihi kerajaan terdahulu.

“Sehinggakan pimpinan Gerakan pernah mengecam secara terbuka pentadbiran kerajaan negeri, khususnya DAP kerana menyalurkan bajet agama yang besar berbanding zaman BN,” katanya. - sumber

Kalau hanya angan, apa salahnya?

Menang 40 kerusi: Sasaran Hadi tidak realistik
01 Februari 2017 | HUSEIN MAHAT
Sasaran Pas dianggap tidak realistik dan di luar kemampuan parti itu.

Kehilangan undi masyarakat bukan Melayu dan terhakisnya sokongan Melayu terhadap Pas menjadikan sasaran presiden parti itu untuk bertanding dan menang di 40 kawasan parlimen sebagai tidak realistik dan hanyalah harapan kosong.

Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, sasaran Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dibuat berdasarkan sokongan pengundi kepada parti itu ketika menjadi komponen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 2013.

"Dalam konteks negeri Kedah sebagai contoh, sokongan ketika itu kepada Pas adalah Melayu (44%), Cina (sekitar 70%) dan India sekitar (50%).

"Tetapi hari ini Pas tidak lagi berada dalam pakatan ini, malah membentuk gagasan Blok Ketiga dengan perjuangan berteraskan Melayu-Islam," ujarnya.
Dr Ismail SallehDr Ismail SallehDr Ismail menambah, kesan ketara perubahan sokongan rakyat kepada Pas selepas keluar daripada Pakatan Rakyat dapat diukur dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar apabila parti itu hanya mendapat kurang daripada 3% sokongan pengundi Cina serta kehilangan sokongan pengundi Melayu secara drastik.
Tambah beliau, dua kajian yang dibuat selepas itu menyokong perubahan sokongan rakyat kepada Pas iaitu Ilham Centre yang diterajui Hishomudin Bakar dan I-CPI oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
"Dapatan dari kedua-dua kajian itu hampir sama iaitu sokongan semasa orang Cina kepada Pas kurang dari 3% manakala sokongan Melayu kepada Pas kurang dari 25%.
"Malah unjuran sokongan semua bangsa kepada Pas di masa akan datang semakin menurun," jelas bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah itu.
Menurut beliau, dengan sokongan 25% pengundi Melayu dan 3% pengundi Cina, Pas tidak akan memenangi mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) mahupun parlimen di seluruh negara.
Sehubungan itu, tambah beliau, harapan Pas untuk mengambil semula Kedah dan Terengganu serta bertahan di Kelantan adalah harapan kosong yang tidak realistik, malah daripada kajian itu menunjukan Pas juga akan kehilangan Kelantan.
"Pemikiran perkauman Abdul Hadi jelas terpancar apabila beliau membuat perkiraan 89 kerusi parlimen pembangkang semasa yang terdiri dari 39 Melayu dan 50 bukan Islam.
"Beliau lupa ini berlaku ekoran daripada majoriti kerusi Melayu dimenangi oleh Umno. Sudah tentu statistik kerusi ini akan berubah dalam PRU akan datang kalau kerusi-kerusi Melayu yang ditandingi oleh Umno dan Pas dimenangi oleh juga calon Melayu dari PKR, Amanah mahupun DAP.
"Akhirnya komposisi dalam parlimen merangkumi lebih 65% Melayu, cuma bezanya ketika itu Melayu itu tidak lagi Melayu Umno atau Pas tapi Melayu dari Pakatan Harapan dan Bersatu (PPBM)," jelas beliau.
Sasaran pilihan raya Pas itu diumumkan Abdul Hadi pada sidang media sempena Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, baru-baru ini.
Abdul Hadi mengumumkan kesediaan Pas untuk bertanding di 40 kawasan parlimen, mempertahankan Kelantan, kembali memerintah Terengganu dan Kedah serta menerajui pemerintahan di Selangor.

Nak menang 40 kerusi, cuba jengok ni dulu!

Bolehkah Pas kekalkan Kelantan dalam PRU14?
 | BORHAN AHMAD
Bolehkan Pas mempertahankan Kelantan dalam PRU 14 nanti kini menjadi sorotan.Bolehkan Pas mempertahankan Kelantan dalam PRU 14 nanti kini menjadi sorotan.
Bolehkah Pas pertahankan kerajaan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang atau ia sedia untuk jatuh ke tangan Umno atau kerajaan baru akan dibentuk oleh Pakatan Harapan dan Bersatu?
Inilah persoalan yang selalu ditanya oleh pelbagai pihak dan juga dihurai secara kritis oleh pengarah pendidikan politik DAP, Liew Chin Tong dalam satu tulisannya.
Bagi ahli parlimen Kluang yang pernah membuat tesis tentang Pas dari tahun 2002 - 2004 itu, Pas boleh kehilangan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang melalui beberapa senario.
"Dengan andaian bahawa Amanah boleh memberikan cabaran yang kental kepada Pas di 10 dari 33 kerusi DUN yang dimenanginya sekarang manakala Bersatu pula boleh berbuat demikian di 5 dari 12 kerusi yang dimenangi Umno, Pas dan dan Umno tidak akan mampu untuk bertanding antara satu sama lain di Kelantan.
"Juga jika diandaikan Amanah, Bersatu dan PKR tidak bertanding antara satu sama lain dan bergabung - melawan Pas atau Umno atau kedua-duanya dalam pertandingan tiga penjuru - pihak yang paling teruk kalah bukannya Pakatan Harapan dan Bersatu.
Liew Chin TongLiew Chin Tong"Jika Pas dan Umno tidak boleh mencapai kata sepakat untuk membentuk gabungan pilihan raya dan membuat keputusan bertanding antara satu sama lain - manakala Pakatan dan Bersatu membentuk kesatuan dan meletakkan hanya satu calon di setiap kerusi - tidak ada sesiapa pun boleh pasti hasilnya terutama di kerusi yang marginal.
"Jika Pas dan Umno hilang 10% undi mereka - kerana kaitan mereka dengan Najib - dan mereka bertembung dalam pertandingan tiga penjuru, Pas akan kehilangan Kelantan manakala Umno boleh mengucapkan selamat tinggal kepada impiannya untuk mengambil alih negeri itu," kata Chin Tong.

Tohmahan PAS: Ini jawapan Mufti Pulau Pinang

Wednesday, February 1, 2017

Mufti Pulau Pianang Jawab Tohmahan PAS
Semalam, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof menuduh kerajaan Pulau Pinang mencampuri proses penfatwaan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut beliau kerajaan DAP-PKR mengarahkan semua fatwa perlu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) terlebih dahulu sebelum diluluskan sebagai fatwa.

Beliau berkata, dalam keadaan biasa, semua fatwa akan terus kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan bagi setiap negeri yang tidak mempunyai raja.

Pada sidang media yang sama, Ketua Pemuda PAS negeri Hafnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa fatwa Pulau Pinang tertakluk kepada penelitian exco kerajaan negeri kerana “kesan ke atas masyarakat umum”, antara lain.

Hafnan berkata ini berdasarkan penjelasan dibuat exco negeri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agama, Abdul Malik Abul Kassim dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri.

Hafnan, yang juga bekas anggota Jawatankuasa Fatwa negeri mendakwa exco kerajaan negeri “menangguhkan” beberapa fatwa, sambil menambah langkah itu merendahkan martabat institusi Jawatankuasa Fatwa.

Tu kata depa.. ni jawapan Mufti Pulau Pinang..
Saya amat berharap agar ahli2 politik khasnya dan masyarakat amnya dapat menghormati fatwa yg diputuskan oleh mana2 AJK Fatwa di negara ini sama ada di peringkat Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan mahupun fatwa negeri2.

Masyarakat hendaklah memahami bahawa keputusan fatwa dibuat berdasarkan kaedah2 tertentu di samping mempertimbangkan kepentingan awam dan situasi sekeliling.

Di Pulau Pinang khususnya, sesuatu fatwa yang hendak diwartakan dikemukakan terlebih dahulu ke dalam sesyuarat EXCO hanya untuk dimaklumkan, bukan untuk dibahaskan.

Kita ingin menjelaskan bahawa setakat ini belum pernah pihak exco atau Kerajaan Negeri menghalang pewartaan fatwa.

Apabila mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri memutuskan untuk mewartakan sesuatu fatwa, ia dikemukakan terlebih dahulu di dalam mesyuarat exco oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kemudian dihantar ke pejabat Penasihat Undang-undang Negeri untuk diperbaiki serta dihalusi susunan bahasanya.

Kemudian dihantar ke Istana Negara menerusi pejabat SUK untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Setelah diperkenankan oleh Baginda maka pejabat SUK sekali lagi menghantarkannya ke pejabat Penasihat Undang-undang negeri untuk tujuan pewartaan.

Di harap penjelasan ni dapat menghilangkan kekeiruan masyarakat berhubung proses pewartaan fatwa dan tiada lagi dijadikan sebagai bahan polemik oleh mana-mana pihak.

DATO' DR WAN SALIM WAN MOHD NOOR
MUFTI PULAU PINANG 

Itulah.. kalau tak tahu bertanyalah dulu.. jangan main serbu membabi buta saja..


Posted by Anak Sungai Derhaka at Wednesday, February 01, 2017 

Pertemuan PAS-PPBM: Yakinkah Hadi takkan kornar?

Hadi tak hadir pertemuan PAS-PPBM esok

  | January 31, 2017
Bagaimanapun, timbalan presiden PAS memaklumkan pertemuan itu mendapat restu Hadi.
PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menyertai pertemuan parti Islam itu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Dalam perkembangan terbaru, ahli Majlis Tertinggi PPBM Tariq Ismail memberitahu FMT pertemuan yang dijadualkan berlaku pada Khamis diawalkan ke esok.
Delegasi PAS akan diketuai Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata Hadi tidak akan menyertai perbincangan tersebut kerana tidak terlibat dalam jawatankuasa perbincangan.
Hadi bagaimanapun merestui perbincangan itu.
“Yang akan menyertai perjumpaan PAS dan PPBM ialah saya sendiri, Setiausaha Agung Datuk Takiyudin Hassan, Naib Presiden Idris Ahmad serta 2 lagi jawatankuasa PAS yang lain,” katanya ketika dihubungi FMT.
Hadi sebelum ini bertegas menolak kerjasama dengan DAP pada PRU akan datang, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan PPBM.
Semalam PPBM dalam kenyataan berkata parti itu tetap bertemu PAS walaupun akar umbi parti marah susulan penghinaan PAS terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
PAS turut mensasarkan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen pada PRU akan datang.
Pautan: 
Ahli Majlis Tertinggi PPBM berkata parti itu cukup matang untuk beri peluang perdamaian dalam kalangan pembangkang.

'Mangsa' dua permainan?

Wednesday, 1 February 2017

ANNUAR MUSA "MANGSA" DUA PERMAINAN?

Apabila beberapa hari lalu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad memberi amaran "tunggu" kepada ahli-ahli politik yang korup, hampir tidak ada yang menyangka mangsa pertamanya ialah Annuar Musa.

Dengan kedudukan sebagai Ketua Penerangan UMNO, lebih-lebih lagi beliau dilantik ke jawatan itu menggantikan Ahmad Maslan di tengah-tengah kehangatan serangan oleh Tun Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak, hukum akalnya beliau adalah tokoh pilihan dan tentulah akan sentiasa dilindungi oleh Perdana Menteri.

Jika pun beliau didapati melakukan apa-apa kesalahan yang ketara dan tidak boleh dilindungi, langkah yang biasa diambil ialah menasihatkannya berundur secara sukarela. Dengan yang demikian, bukan saja beliau akan diselamatkan, malah faktor jawatan yang disandangnya itu mungkin memberi kesan negatif kepada parti dapat dielakkan, selain yang lebih utama nama Perdana Menteri yang melantiknya juga akan turut terpelihara.

Tetapi, apa yang menimpa Annuar semalam memang mengejutkan dan luar biasa. Pertama kali dalam sejarah Mara, malah sejak Rida ditubuhkan,  Pengerusinya diperlakukan sedemikian rupa.

Annuar digantung tugas mulai semalam dalam satu mesyuarat khas tanpa kehadirannya yang diadakan ketika beliau berada di New Zealand menjalankan tugas rasmi selaku Pengerusi Mara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob yang bertanggungjawab kepada Mara, dalam kenyataan medianya mengatakan penggantungan itu adalah proses biasa bagi membolehkan audit dalaman menjalankan siasatan terhadap Annuar.

Pada lewat petang semalam pula, SPRM mengesahkan bahawa Annuar kini sedang disiasat atas dakwaan rasuah dan penyelewengan berhubung tajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada pasukan bolasepak Kelantan di mana Annuar dipercayai ada kepentingan di kedua-dua belah pihak.

Sebagaimana yang disebut dalam posting sebelum ini, maka kini tidak mustahil kepulangan Annuar di KLIA Khamis nanti akan disambut oleh pegawai-pegawai SPRM yang ingin menahan remannya, sekaligus menjadikannya ahli politik pertama yang ditahan sejak meletusnya skandal 1MDB.

Persoalan ramai, mengapa Ismail Sabri selaku menteri memberi kebenaran kepada Annuar diperlakukan sedemikian rupa sedangkan beliau sedar kedudukannya sebagai Ketua Penerangan UMNO dan merupakan antara orang kesayangan Najib?

Mengapa tidak Annuar dinasihatkan berundur secara baik,  jika pun beliau mahu dihadapkan kepada audit dalaman Mara atau mahu disiasat oleh SPRM?

Mengapa tindakan gantung jawatan, bahkan ketika beliau melakukan melakukan tugas rasmi menjadi pilihan yang tentunya memalukan dirinya, UMNO dan juga Najib?

Semua orang tahu Ismail Sabri Yaakob bercita-cita untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO akan datang. Di kalangan warga UMNO, keinginan Ismail Sabri itu bukan lagi rahsia, malah dalam program lawatannya ke beberapa negeri kebelakangan ini, beliau didapati "menyelam sambil minum air" dengan bertemu pemimpin-pemimpin UMNO di setiap negeri yang dilawatinya.

Sekiranya UMNO terus menang PRU 14, Zahid Hamidi sudah tentu akan mengisi jawatan Timbalan Presiden UMNO yang sekarang dipangkunya. Dengan demikian, hanya tinggal Hishammuddin Hussein selaku penyandang Naib Presiden dan bermakna ada dua kekosongan bagi jawatan tersebut.

Jika Hishammuddin menentang Zahid pula, lagilah ketiga-tiga kerusi Naib Presiden ada kekosongan. Di sinilah Ismail Sabri merasakan beliau ada peluang untuk menempatkan dirinya di jawatan ketiga penting dalam UMNO itu.

Tetapi, Ismail Sabri bukanlah pemimpin yang benar-benar ada karektor untuk pergi lebih jauh dalam politik dan kerajaan. Beliau hanyalah pemimpin biasa-biasa saja. Sebab itu, beliau perlukan lonjakan untuk menjadikannya sentiasa popular dan diingati.

Lantang dalam isu Low Yatt, mewujudkan Mara Digital dan mengatur perjumpaan Ketua-Ketua UMNO Bahagian untuk menyatakan sokongan kepada Najib dalam isu 1MDB dan derma RM2,600 juta sebelum ini adalah antara langkah yang dipercayai dilakukan oleh Ismail Sabri untuk mempopularkan dirinya.

Baru-baru ini pula Ketua Setiausaha kementeriannya ditahan oleh SPRM atas dakwaan rasuah. Meskipun penahanan itu tidak melibatkan beliau, tetapi hubungan rapatnya dengan Ketua Setiausaha itu telah pun menjadi bualan ramai dalam UMNO sehingga dikatakan sanggup membawanya sama berpindah dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sekarang ini untuk bersama di bawah satu kementerian dengannya.

Apabila Annuar sendiri membuat dakwaan bahawa mesyuarat khas Ahli Majlis Mara yang menggantungnya semalam diadakan dengan restu menteri, tidak mustahil ia dalam masa yang sama juga bertujuan melonjakkan nama Ismail Sabri.

Dengan sebelum ini mengatakan kes tajaan kepada bolasepak Kelantan telah menjejaskan nama Mara, penggantungan Annuar pula dengan sendirinya mampu melonjakkan lagi nama Ismail Sabri dalam konteks memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam di bawah kementeriannya.

Namun, tidakkah  tindakannya itu seolah-olah "mengenakan"  Najib kerana Annuar adalah pilihan Najib sebagai Ketua Penerangan UMNO?

Sebagai menteri yang biasa-biasa, Ismail Sabri tidak mungkin berani bertindak luar biasa. Apa pun tindakannya, beliau mesti mendapat kebenaran daripada Najib terlebih dahulu. Mustahil Ismail Sabri ada kekuatan luar biasa untuk memberi kebenaran kepada Ahli Majlis Mara mengadakan mesyuarat khas untuk menggantung Annuar tanpa mendapat lampu hijau daripada Najib terlebih dahulu.

Jika begitu, kenapa Najib sanggup "mengenakan" Ketua Penerangannya sendiri?

Najib kini berdepan tekanan masyarakat berhubung isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang dikaitkan dengan dirinya. Setiap hari sokongan rakyat makin menyusut dan berkurangan terhadapnya.

Apabila Annuar, sebagai orang kanan UMNO sendiri disiasat, direman atau didakwa kemudiannya, tukang-tukang kompang akan mengatakan itulah buktinya Najib serius dalam menanangi rasuah sehingga orang kanannya dalam UMNO sendiri pun tidak dilindunginya.

Orang kampung, makcik Felda dan pakcik kedai kopi mungkin menerima logik sebegitu, lebih-lebih lagi jika dua atau tiga lagi ahli politik turut dijadikan mangsa selepas ini.

Dalam keadaan begitu, ia sedikit-sebanyak akan memutihkan watak Najib untuk menghadapi pilihanraya akan datang. Bermakna, dengan "menghitamkan" Annuar, Ismail Sabri dapat melonjakkan popularitinya serta dalam masa yang sama dapat pula "memutihkan" sedikit imej Najib di mata rakyat. 

Apalah sangat setakat Annuar kalau mahu dijadikan "mangsa", yang lebih penting ialah mesti menang pilihanraya. Selepas menang nanti, skrip dan jalan cerita boleh diubah semula. (SH 01/02/2017).

Posted by Shahbudin Husin at 02:35

Komen dari blog:
  1. Sedikit option pd pendapat di atas.. ada kemungkinan ini permainan UMNO kelantan bilamana posisi anuar boleh menggugat dato' pa sbg ketua perhubungan negeri. So cara nak jatuhkan anuar terbuka bila Dato' Jazlan (MP machang) sebagai timbalan menteri di bawah ismail sabri.. dan MARA di bawah kementerian ini.. bila lagi nak kuburkan anuar musa.
    Perangai umno tetap perangai umno CUMA yg tersurat ialah bilamana ada raja melayu yg bersuara memecah tembelang menteri, kesan dia cepat pulak agensi kerajaan ambik tindakan..
    Jadi sebaiknya majlis raja2 bersuaralah untuk menangkap pokeMO1... ameen.
  2. Biar mereka tikam belakang sesama sendiri..kalau pencapaian najib makin merosot pada pru 14 nanti walaupun bn menang tipis, tak mustahil najib pula kena tikam belakang habis2an. Tapi yg kasihannya kehidupan rakyat jelata..makin hari makin malap. Pergi kerja balik kerja, kos kehidupan makin meningkat. Itu belum masuk pengangguran dan hutang. Belum masuk nasib peniaga kecil. Belum masuk hal lain spt bencana alam. Jika pembangkang menang pilihanraya, ambillah langkah drastik mansuhkan gst, rancakkan kegiatan ekonomi. Wujudkan peluang pekerjaan, bantulah mereka yg bekerja sendiri.

Kenyataan berbelit-belit juga......

Tuesday, 31 January 2017

BAGAIMANA ISMAIL SABRI TIDAK TAHU-MENAHU & APA NASIB ANNUAR SETERUSNYA?

Tanpa angin, tanpa ribut dan tidak dapat dipastikan juga sebab-sebab sebenarnya, tiba-tiba saja Pengerusi Mara, Annuar Musa digantung daripada jawatannya.

Annuar yang kini sedang berada di New Zealand digantung daripada jawatannya dalam satu mesyuarat khas  Ahli Majlis Mara yang diadakan tanpa kehadirannya.

Persoalannya, siapakah yang memberi mandat kepada Ahli Majlis Mara untuk mengadakan mesyuarat khas dan kemudian menggantung Annuar itu?

Mengikut peraturan dan hukum akal, tidak mungkin Ahli Majlis Mara berani bertindak sedemikian rupa tanpa kebenaran dan restu daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob.
Malah, tanpa restu menteri, mesyuarat Ahli Majlis Mara juga adalah tidak sah dan terdedah kepada tindakan lain, termasuk pemecatan.

Maka, logik paling munasabah ialah semua tindakan terhadap Annuar ini dilakukan setelah mendapat restu Ismail Sabri sendiri.

Tetapi, jika  ada restu Ismail Sabri mengenainya, apakah kesalahan Annuar sehingga diputuskan digantung itu?

Apakah ia berkaitan dengan penajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL, dua anak syarikat Mara kepada pasukan bolasepak Kelantan yang menjadi bualan ramai baru-baru ini atau berkaitan kesalahan-kesalahan lain yang lebih serius?

Maka, apa tindakan selanjutnya selepas penggantungan itu?

Adakah Annuar akan disiasat oleh SPRM atau pegawai-pegawai SPRM akan menunggu kepulangannya di KLIA nanti?

Annuar, bagaimanapun tidak berselindung mengatakan mesyuarat khas yang menggantungnya hari ini telah mendapat restu daripada menteri iaitu Ismail Sabri.

Beliau mendedahkan perkara itu dalam tulisan di laman Facebooknya.

Bermakna, mesyuarat khas itu adalah dalam pengetahuan dan diadakan dengan restu Ismail Sabri. Jika tidak sahih, tidak mungkin juga Annuar berani membuat pendedahan mengenainya.

Bagaimanapun dalam hal ini, terlihat sedikit pelik apabila Ismail Sabri mengatakan beliau tidak tahu menahu mengenai penggantungan Annuar itu serta juga tidak tahu sama ada penggantungan itu hanya berupa cadangan atau sesuatu yang sudah diputuskan.

Kata Ismail Sabri, beliau akan mendapatkan laporan penuh daripada Mara mengenai keputusan itu.

Kenapa Ismail Sabri tidak berterus-terang saja dalam hal ini?
Apa pula reaksi Najib Razak selepas ini?

Tidak terasa hatikah Najib apabila Annuar Musa yang dilantiknya sebagai Ketua Penerangan UMNO untuk membantunya mengukuhkan kedudukan parti, tiba-tiba digantung jawatan oleh ahli kabinetnya sendiri yang hanya berstatus Ahli Majlis Tertinggi UMNO?

Apakah mungkin Annuar akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO dalam waktu terdekat ini kerana dengan penggantungan itu, kredibilitinya jelas tercalar dan tentu saja menyukarkannya untuk menjalankan tugas? (SH 31/01/2017).

Posted by Shahbudin Husin at 17:29 

Pautan: 
Annuar tak tahu MARA bermesyuarat, tapi...
Ismail tak dimaklum Annuar 'digantung'

Sukarnya memahami catur politik PAS, BERSATU

Posted on Monday, January 30 @ 15:36:32 MYT by paktam
Oleh Zaid Ibrahim 

Tarikh 2 Februari ini amat penting kepada politik negara. Kata kawan-kawan, inilah hari pertemuan yang akan menentukan sama ada PAS akan bekerjasama atau tidak dengan BERATU dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti. 


Saya pun sebenarnya tidaklah mengetahui apa bentuk kerjasama yang akan dibincangkan oleh BERSATU dan PAS nanti, tetapi saya harap mereka beritahulah kepada orang ramai perkara utama perbincangan mereka, dan sama ada berjaya atau tidak dalam usaha itu.

Sudah tentunya, AMANAH dan DAP tidak termasuk dalam perbincangan itu. PAS menggangap AMANAH dan DAP sebagai musuh yang tidak boleh dimaafkan.

Bagi mereka Tun Dr Mahathir Mohamad pun tidak berguna langsung, malah mereka mahu bekas perdana menteri itu bertaubat terlebih dahulu. Inilah sikap sombong ulama-ulama PAS.

Nampaknya BERSATU rela ketua mereka diperhina sebegitu rupa, semata-mata kerana mahu “satu lawan satu” menjadi kenyataan.
Apa maksud “satu lawan satu?” Bagi BERSATU mereka mahu kerusi-kerusi yang mereka tandingi tidak disertai PAS, manakala BERSATU pula tidak akan meletakkan calon di kerusi ditandingi PAS.

BERSATU parti baru, dan untuk memenuhi janji mereka kepada orang Melayu, maka mereka mestilah bertanding di kerusi-kerusi Umno.

Jika tidak, sia-sialah

Jadi, kita tunggulah sejauh mana PAS akan memberi laluan kepada BERSATU di 60 kerusi yang mereka tandingi pada PRU ke-13 dahulu.

PKR juga mestilah memberi laluan kepada BERSATU di kerusi-kerusi yang mereka bertanding melawan Umno, kerana kalau tidak, tidak ada ertinya usaha “satu lawan satu” yang diidamkan itu.

Tidak ada erti juga kerjasama dengan PAS yang giat diusahakan selama ini. AMANAH pun mestilah sanggup memberi laluan kepada BERSATU di semua kerusi pilihan BERSATU untuk bertanding. Jika tidak, sia-sialah jugalah usaha mewujudkan kerjasama dengan PAS itu.

Ringkasnya BERSATU mahu PAS, AMANAH dan PKR memberi laluan kepada mereka untuk berlawan dengan Umno mengikut formula “satu lawan satu” di kerusi yang mereka tandingi nanti, termasuk sejumlah kerusi yang akan PAS "hadiahkan” kepada mereka.

Saya tidak nampak BERSATU mampu untuk memastikan PAS tidak meletakkan calon mereka di kerusi ditandingi AMANAH, DAP dan PKR.

Dengan lain perkataan, BERSATU rela kerusi AMANAH, DAP dan PKR ditandingi oleh PAS dan Umno.

Maknanya, bagi BERSATU, tidak mengapa berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi-kerusi Pakatan Harapan, asalkan kerusi BERSATU kekal “satu lawan satu”.

Inilah percaturan politik yang sukar saya fahami, tetapi biarlah kita semua tunggu kebolehan luar biasa pimpinan BERSATU dan PAS mencari penyelesaian tersebut

* DATUK ZAID IBRAHIM seorang peguam dan bekas anggota parlimen, senator dan menteri 

SPRM kotakan kata?: Annuar Musa disiasat

SPRM siasat Annuar Musa
mk  -  Hari ini, 6:45 petang
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan satu kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini.

Dalam kenyataan medianya, SPRM berkata, agensi berkenaan akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman MARA bagi menjalankan siasatan melibatkan beberapa isu rasuah dan salah guna kuasa didakwa dikaitkan dengan ketua penerangan Umno itu.

"Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan.

"Siasatan berhubung salah tadbir urus pula akan dijalankan oleh pasukan audit dalaman MARA," kata kenyataan tersebut.

Pagi tadi Ahli Majlis MARA mengadakan mesyuarat tergempar di ibu negara dan memutuskan untuk menggantung jawatan Annuar.

Pada 12 Januari lalu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat pendedahan berhubung penajaan Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menaja skuad bola sepak Kelantan.

Annuar pada awalnya menafikan pendedahan itu.

Menulis di Facebook, Ketua Penerangan Umno itu berkata "MARA tidak pernah menaja" walau satu sen pun untuk skuad The Red Warriors (TRW).

Penggunaan logo 50 Tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan TRW itu pula, kata Annuar, dipamerkan secara percuma walaupun ia bernilai RM250,000.

Namun, keesokan harinya Annuar memberi kenyataan berbeza dan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu berkata, beliau "difahamkan” terdapat surat menyurat, baucar dan dokumen lain antara The Red Warrior Sdn Bhd dan UniKL.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berpendapatan ketetapan dibuat MARA itu hanya cadangan.

Katanya, kuasa melantik atau menggantung jawatan pengerusi MARA terletak pada bidang kuasa menteri selepas ia mendapat persetujuan perdana menteri.

Memberi respon kepada isu penggantungan beliau, Annuar berkata beliau tidak dimaklumkan pihak terbabit bermesyuarat hari ini walaupun ada mesyuarat dijadualkan berlangsung pada 14 Februari nanti.

Namun, Annuar yang kini anggota parlimen Ketereh berkata, beliau menerima keputusan berkenaan dengan berlapang dada dan bertanggungjawab.

SPRM menegaskan supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberi ruang bagi menjalankan siasatan.

Pautan: TPM buka ruang seluas-luasnya pada SPRM untuk siasat ahli politik