Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 4, 2017

Ciss.......dikencing dan buang masa rupanya!

TITM Tiada Mandat, Bincang Kerjasama PPBM-PAS Buang Masa

Perjumpaan Pas-PPBM hanya sembang-sembang, Tuan Ibrahim akui tiada mandat 

Delegasi Pas yang diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hanya bertindak sebagai jawatankuasa perunding dalam pertemuan dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelmarin, dan tidak mempunyai mandat untuk membuat sebarang keputusan berhubung soal kerjasama kedua-dua parti tersebut. 

Sehubungan itu, beliau dalam kenyataannya semalam memberitahu tiada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai hubungan Pas dan PPBM. 

Menurutnya, segala cadangan hasil perbincangan itu akan dikaji dan diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama seterusnya dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk diputuskan. 

"Sebagaimana amalan dalam semua kerjasama politik (tahaluf siyasi) yang dibuat sebelum ini, begitulah juga dalam hubungan dengan PPBM, Pas akan menyerahkan kepada Majlis Syura Ulamak Pas," ujarnya dipetik daripada kenyataan beliau semalam. 

Menurut Tuan Ibrahim, badan tertinggi yang memandu parti itu akan membuat keputusan berhubung kerjasama politik bersama PPBM dengan meneliti aspek syarak sama ada boleh diteruskan atau sebaliknya. 

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dilapor menyifatkan kerjasama Pas dan PPBM 'masih jauh' untuk terlaksana. 

Beliau berkata, semua cadangan kerjasama daripada PPBM perlu terlebih dahulu diteliti oleh Jawatankuasa Pas Pusat sebelum dibawa ke Majlis Syura Ulamak (MSU). 

"MSU adalah badan yang mempunyai kata akhir untuk membenarkan kerjasama itu atau tidak," ujarnya. 

Kelmarin, Pas dan PPBM bertemu dalam hasrat Presiden parti berlogokan bunga raya itu untuk mencapai kesepakatan satu lawan satu menentang BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. 

Walau bagaimanapun, banyak pihak melihat usaha PPBM itu tidak lebih membuang masa memandangkan sikap Pas yang mahu menjadi "king maker" dalam politik negara. 

Bahkan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menegaskan Pas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan Amanah dan DAP. 

PPBM sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan dan kerjasama tersebut disahkan sendiri Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diteruskan. 

ULASAN GB 

Apa yang diucapkan oleh pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir lebih realistik. PAS berpusing-pusing dan PPBM perlu meninggalkan PAS, sebaliknya menyertai Pakatan Harapan. 

Kini PAS u-turn lagi yang entah ke berapa kali. Kali ini, di dalam isu kerjasama PPBM-PAS, Presiden PAS menyatakan: 
Sebelum ini pun sudah meinta semua parti pembangkang agar berhatihati dengan PAS, parti yang terkenal dengan tikam-belakang dan pengkhianat itu. 

GB sudah mengulas: Kenyataan-kenyataan pimpinan PAS semuanya sudah tidak boleh pakai. 

Setiap kali mereka bersuara, setiap kali itulah ianya akan di"uturn" oleh presidennya sendiri, Hj Abdul hadi Awang. 

TITM pernah menyuarakan supaya semua parti pembangkang melaksanakan "gencatan senjata".
Tetapi ini pula kenyataan Haji Hadi:
Berapa banyak kali sudah, setiap kenyataan para pemimpin PAS khususnya dari TITM sendiri telah diterbalikkan oleh Presiden PAS sendiri. Contohnya: 
 
Ternyata TITM yang tidak ada kredibiliti memimpin kerana setiap kali ia mengeluarkan cadangan dan saranan, ia ditentang oleh ketuanya sendiri. 

Jika sebelum ini TITM meminta pemimpin AMANAH tutup mulut, kini TITM terpaksa menjilat semula ludahnya apabila sebenarnya beliaulah yang kena tutup mulut kerana kenyataan-kenyataannya jelas tidak laku dan tidak mendapat sokongan dan restu dari presidennya sendiri. 

Adalah terlebih baik TITM yang tutup mulut atau isytiharkan saja keluar PAS lantarannya. 

Dicatat oleh Green Boc di 1:32 PTG

Tak takutkah kita mengundang bala?

Apakah Malaysia bersubahat serang Yaman?
Raja Bahrin Shah   -   Hari ini, 6:28 petang
ULASAN l Jawapan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa kononnya Malaysia tidak terlibat dalam operasi peperangan di Yaman bersama dengan tentera Amerika Syarikat, Britain dan Perancis sukar dipercayai dan tidak munasabah.

Malaysia dikatakan hanya menjalani operasi latihan menyelamat dan bantuan bencana.
Pertama, jika untuk latihan menyelamat dan bantuan kenapa berada di Riyadh yang terletak beribu-ribu kilometer dari sempadan Yaman yang sedang diserang dengan peluru dan bom bekalan rakan kongsi satu jabatan dengan Malaysia di Riyadh dari Amerika, Britain dan Peranchis?

Adakah setelah mereka membekal bahan peluru serangan dan kita pula mengurus operasi "menyelamat" seperti operasi "trak penunda" yang mencurah minyak di jalan dan rakannya "menyelamatkan" mangsa kecelakaan kemalangan!

Bukankah ini persubahatan yang jahat dan berdosa dengan musuh Islam ke atas pengorbanan nyawa umat sesama Islam Yaman?

Kedua, dengan segala kecanggihan alat perang Amerika dan Britain mereka tentu boleh membezakan di antara sasaran awam dan ketenteraan.

Bangsa Bangsa Bersatu - PBB, melaporkan 80 peratus serangan dan kematian dikategorikan sebagai jenayah perang - kerana orang awam menjadi sasaran.

Bunuh umat Islam

Tidakkah Malaysia yang bersama dengan sekutu Barat ini tahu dosa dilakukan membunuh umat Islam?

Rencana BBC baru-baru ini menyiarkan temu bual dengan seorang jeneral tentera Arab Saudi berhampiran sempadan dengan Yaman.
Walaupun pada mulanya, Saudi menafikan pengeboman ke atas sebuah majlis pengebumian orang awam di Sanaa yang mengorbankan 150 nyawa dan mencederakan 500 lain, jeneral itu akhirnya mengakui tanggung jawab tetapi dengan alasan operasi tersebut diluluskan oleh ibu pejabat Riyadh, di mana Malaysia dan rakan kuasa besar Barat beroperasi.

Di antara dua hingga empat bom dilaporkan telah digugurkan pada majlis pengebumian tersebut.

Tidak mungkin Malaysia tidak mengetahui atau tidak bersubahat dalam isu ini. Adakah Malaysia akan terus bersekongkol dan bersubahat dalam sekutu ini?

Ketiga, apa relevan "latihan ketenteraan" di padang pasir Arab Saudi, termasuk juga latihan Northern Thunder yang pernah saya ajukan di Parlimen pada awal tahu lalu.

Lebih baik kita berlatih dengan tentera laut Indonesia untuk memerangi lanun dan militan tempatan yang mengganas di perairan Sabah dan mengancam nelayan kita di laut China Selatan.

Polisi Negara Berkecuali

Rakyat dan nelayan kita tidak terbela dan dilindungi tetapi kita membantu negara lain bersama kuasa besar Barat membunuh sesama Islam.

Bayangkan, Arab Saudi bersama lapan negara Arab serta Afrika dibantu oleh Amerika, Britain, Perancis serta Malaysia menyerang sebuah negara Islam kerdil Yaman!
Bukankah itu satu penganiayaan yang mengundang simpati orang bukan Islam lain pun tetapi tidak Malaysia?

Apa yang telah terjadi kepada ‘Polisi Negara Berkecuali’ kita hari ini?

Kita terlalu tunduk kepada kuasa besar dunia dan sekutu Amerika sehingga mengabaikan tanggung jawab membela negara kecil yang dizalimi.

Sehingga hari ini Malaysia masih membisu berhubung tindakan Presiden Amerika, Donald Trump yang mengharamkan kemasukan rakyat dari tujuh negara Islam.

Pemimpin kita menjadi budak suruhan kepada negara besar dan kaya.

Akhir sekali rakyat ingin tahu benarkah berita dari Arab Saudi mengatakan kehadiran juruterbang Angkatan Tentera Udara di Raja Malaysia di negara tersebut sekarang?

Apakah tugas serta misi mereka berada di sana?

Kami menuntut penjelasan.

Sikap hiprokit

Kenyataan Hishammuddin bahawa pembabitan Malaysia di Riyadh hari ini adalah untuk "....latihan pemindahan dan bantuan bencana...." tidak boleh diterima oleh mereka yang berakal waras.

Pelajar dan rakyat Malaysia telah lama dibawa keluar dari Yaman. Bencana yang berlaku adalah dengan bantuan persubahatan Malaysia dengan kuasa besar barat dari Riyadh.
Semasa kami berhimpun di depan kedutaan Amerika hari ini, membantah sikap rasis dan imperialis Amerika Syarikat, Umno dan PAS berkumpul untuk melancar Flotilla bantuan ke Myanmar kerana kekejaman kerajaan negara itu ke atas kaum minoriti Rohingya yang dilarang masuk Malaysia sebagai pelarian.

Kerajaan Malaysia telah menolak unsur bahas Rohingya di Parlimen. Bukankah ini mirip dengan sikap hipokrit serta diskriminasi Amerika yang membantu mengebom Yaman, dengan restu kerjasama Malaysia,tetapi menghalang pelarian Yaman memasuki Amerika?

Raja Bahrin Shah adalah Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH.

*Tulisan ini adalah pandangan dan pendapat peribadinya dan tidak semestinya mencerminkan mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Friday, February 3, 2017

Untuk apa Ismail Sabri mahu mengambil tindakan sebegitu rupa terhadap Annuar?

Friday, 3 February 2017

ANNUAR MUSA YANG DIKAITKAN RASUAH, MALANGNYA ISMAIL SABRI YANG DIANGGAP SALAH

Kadangkala timbul rasa seronok juga menyaksikan perbalahan sesama sendiri dalam UMNO berkaitan isu penggantungan jawatan Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara.

Di mana-mana mereka berbual-bual memperkatakan isu itu, jelas wujud dua kelompok yang berbeza.

Walaupun Ismail Sabri Yaakob, selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bertanggungjawab kepada Mara telah menjelaskan penggantungan itu hanya sementara dan bagi membolehkan siasatan oleh audit dalaman dilakukan, terlihat ramai yang menyalahkan beliau atas apa yang berlaku itu.

Mesyuarat khas yang memutuskan penggantungan Annuar bukan saja dikatakan tidak mungkin diadakan tanpa restu Ismail Sabri selaku menteri, bahkan tindakan menggantung Pengerusi Mara itu juga dikhabarkan mustahil diambil jika tidak mendapat lampu hijau daripada beliau.

Seorang pemimpin UMNO yang pernah menjadi pengerusi agensi kerajaan suatu ketika dahulu berkata, mana mungkin Ahli Majlis Mara berani bertindak sesuka hati terhadap pengerusi mereka sendiri kalau tanpa restu atau arahan orang yang lebih tinggi jawatannya.

Maknanya, kepercayaan ramai dalam UMNO ialah tindakan menggantung Annuar bukan saja atas restu, bahkan juga kerana kehendak Ismail Sabri.

Mereka percaya, hanya jika Ismail Sabri setuju, barulah tindakan penggantungan itu dapat diambil, manakala jika Ismail tidak mahu, bermakna Annuar boleh dielakkan daripada digantung jawatannya.

Persoalan ramai dalam UMNO ialah untuk apa Ismail Sabri mahu mengambil tindakan sebegitu rupa terhadap Annuar, sedangkan beliau tahu Pengerusi Mara itu adalah juga Ketua Penerangan UMNO dalam waktu yang sama?

Tidakkah beliau sedar tindakan penggantungan itu seperti menconteng arang ke muka Najib yang melantik Annuar selaku Ketua Penerangan UMNO?

Kata kawan-kawan dalam UMNO yang celupar pula, jika pun Ismail Sabri mahu menunjukkan ketegasannya berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, apakah beliau sendiri begitu bersih luar dan dalamnya?

Secara umumnya, soal percanggahan kepentingan dalam penajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada pasukan bolasepak Kelantan tidaklah direstui oleh banyak pihak, kecuali oleh segelintir pendedak, tetapi kata mereka, biarlah SPRM atau  PDRM saja yang menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Annuar.

Dengan mendahului tindakan terhadap Annuar, kata banyak pihak dalam UMNO, Ismail Sabri seolah-olah meletakkan Pengerusi Mara itu bersalah sebelum penyiasatan dijalankan terhadapnya.

Lagi pula, tambah mereka, apakah tidak ada cara atau kaedah lain untuk bertindak terhadap Annuar, selain secara mendadak menggantung jawatannya?

Sekiranya terbukti ada salah laku, penyelewengan atau rasuah melibatkan Annuar sekali pun, Ismail Sabri, jelas mereka lagi, sebagai menghormati kedudukannya yang dilantik Najib itu, beliau sepatutnya berbincang dengan Perdana Menteri dahulu sama ada perlu menasihatkannya berundur atau meletakkan jawatan sebelum proses penyiasatan diambil terhadapnya.

Dalam keadaan sekarang, apabila Najib bukan saja mengekalkan kedudukan Annuar sebagai Ketua Penerangan UMNO, malah mahu ruang diberi kepada beliau untuk membersihkan namany, gambarannya ialah seolah-olah Perdana Menteri memberi sokongan moral kepada Annuar berbanding Ismail Sabri.

Maka, apa nasib Ismail Sabri sekiranya penyiasatan SPRM mendapati Annuar tidak bersalah akhirnya?

Letak jawatan sebagai menteri?

Mungkin mustahil Ismail Sabri sanggup meletakkan jawatan, tetapi niatnya untul bertanding Naib Presiden UMNO tentunya sudah tidak bermakna lagi kerana nampaknya sudah ramai yang bersuara mahu mencantasnya pula. (SH 03/02/2017).

Posted by Shahbudin Husin at 17:01

Kaitan: BAGAIMANA ISMAIL SABRI TIDAK TAHU-MENAHU & APA NASIB ANNUAR SETERUSNYA?

Saya akan ke SPRM

Saya akan ke SPRM - Annuar Musa
Astro Awani |  Februari 02, 2017 23:48 MYT
Saya akan ke SPRM - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa akan ke SPRM pada pagi Jumaat selain mengakui rela disiasat agensi penguatkuasa itu. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
SEPANG: Tan Sri Annuar Musa akan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi Jumaat selain mengakui rela disiasat agensi penguatkuasa itu.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Khamis memberitahu akan bertemu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas ke SPRM.

Dalam pada itu katanya, tidak timbul isu tikam belakang oleh mana-mana pihak dalam isu berkenaan.

"Saya fikir tidak timbul soal tikam belakang. Jangan tuduh mereka. Biar SPRM siasat saya dahulu," jelasnya.
BACA: Penggantungan Mara: Saya akur dan akan bekerjasama dalam siasatan - Annuar Musa

BACA: SPRM buka kertas siasatan isu Annuar Musa


Ketibaannya disambut lebih 400 penyokongnya.
Selasa lepas, Annuar dilaporkan berkata, beliau akur dengan keputusan penggantungannya sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) yang berkuat kuasa serta-merta.

Annuar pada masa itu berada di New Zealand turut mengakui tidak tahu menahu berkenaan mesyuarat khas Ahli Majlis MARA yang diadakan pada hari berkenaan.

Korban 1MDB - Sanusi Junit

Wednesday, February 1, 2017

TERKORBAN KERANA 1MDB

MEREKA YANG TERKORBAN

1. Antara tokoh yang telah terkorban, DIPECAT dari jawatan dan parti kerana BERTANYA soalan-soalan mengenai 1MDB di dalam pertemuan UMNO, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan di Parlimen ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin dari Johor, Dato Panglima Shafie Apdal dari Sabah, dan Dato' Seri Mukhtiz Mahathir dari Kedah.

2. Tokoh yang di DIPENJARA, DIMUFLISKAN, DIDAKWA dalam mahkamah dan DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana membawa kes 1MDB untuk DISIASAT oleh pihak polis ialah Dato' Paduka Khairuddin Abu Hasan dari Pulau Pinang; sementara Anina Saaduddin dari Kedah yang juga telah BERTANYA dan melaporkan kepada polis perkara yang berkaitan dengan 1MDB juga telah DIPECAT dari UMNO.

3. Dari kalangan pemimpin di peringkat UMNO Bahagian yang sejak awal mendukung kegiatan Tun Dr. Mahathir Muhammad untuk menggantikan pemimpin kerajaan yang didapati meleset, menyeleweng, tidak amanah dan tidak berkemampuan, ialah Cikgu Kamarulazman Habibullah dari Negeri Sembilan dan Syed Saifuddin Harman dari Selangor.  Mereka telah DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana mewujudkan pasukan Gerakan Ketua-Ketua Cawangan (GKCM) di peringkat Bahagian dan Negeri untuk menegur dan memberi kesedaran kepada ahli-ahli UMNO peringkat akar-umbi supaya turut menegur pemimpin. Cikgu Kamarulazman DIBEKU jawatannya dan Syed Saifuddin TIDAK DISAMBUNG khidmat cemerlangnya kepada JASA.

4. Selain Dato' Seri Mukhriz yang di PECAT dari jawatan Menteri Besar Kedah, terlebih awal Dato' Seri Ahmad Said, telah DIPECAT  dari jawatan Menteri Besar Trengganu kerana TIDAK MENYETUJUI konsesi minyak di Trengganu dijadikan harta cagaran untuk 1MDB mendapat pinjaman. 1MDB, yang sebelumnya bernama TIA (Trengganu Investment Authority) telah diambil-alih sahamnya dari Kerajaan Negeri Trengganu oleh Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan. Dato' Seri Ahmad Said telah mengesahkan bahawa, walaupun negeri Trengganu dahulunya turut memiliki TIA tetapi, sebarang perlantikan dan keputusan atas nama TIA tidak pernah dirujuk kepada Kerajaan Trengganu. Inilah yang menyebabkan saham TIA yang dimikili oleh kerajaan negeri Trengganu telah dijual kepada Kerajaan Pusat dan TIA ditukar nama menjadi 1MDB.  

5. Senator Ezam Muhd Nor, dari Selangor, yang bertugas sebagai pegawai khas di Kementerian Kewangan telah juga MELETAK JAWATAN kerana keciwa dengan KEGAGALAN PROGRAM TRANSFORMASI yang dijanjikan oleh Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau menyatakan - 

SEMUA YANG TUN DR. MAHATHIR KATAKAN ADALAH BETUL DAN TEPAT BELAKA.

MENTERI KEWANG YANG BERTANGGUNGJAWAB

6. Setelah berbagai pendedahan dilakukan baik diperingkat nasional atau internasional, dan kerana merasa bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan Kedua Dato' Seri Husni Nadzahlah dari Perak telah MELETAKKAN JAWATANNYA. Beliau telah BERTANYA beberapa soalan pokok di dalam Parlimen dan kini MASIH BELUM DIPECAT dari keahlian UMNO walaupun beliau telah BERHENTI dari berbagai jawatan lain di dalam UMNO di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat.

7. Berhentinya Dato' Seri Husni sebagai seorang yang berpendidikan dan berpengalaman sebagai BANKER dan MENTERI KEWANGAN 2, tanpa perlu dipecat, adalah satu pukulan besar kepada Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Najib tidak boleh mengatakan Husni bersalah kerana -

HUSNI LEBIH FAHAM MENGENAI KEWANGAN DAN PERBANKAN DARIPADA NAJIB.

8. Dengan sendirinya -

PROSES MENEBUS MARUAH BANGSA MELAYU YANG DIBANGSATKAN SUDAH BERMULA.

KEGELISAHAN DAN KERESAHAN HIDUP DENGAN TEKANAN BEBAN EKONOMI YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT MALAYSIA MASAKINI SEMUANYA BERMULA DENGAN 1MDB

INSTITUSI PUAKA BERNAMA 1MDB

9. Isu 1MDB telah menghantui bangsa Melayu dan negara Malaysia sejak begitu lama.
10. Ia telah mempopularkan negara kita dengan imej yang buruk dan bersifat bangsat. Indonesia yang mempunyai rekod memenjarakan 9 orang Menteri, 19 orang Gubenor dan 100 Ahli Parlimen mentertawakan kita kerana kita mengalahkan mereka dalam senarai negara yang rekod rasuahnya tertinggi di dunia.

KITA BERI KEUNTUNGAN BESAR KEPADA YAHUDI

11. Bukan sahaja 1MDB telah meminjam RM42 bilion (atau 42,000 juta Ringgit) dari GOLDMAN SACHS sebuah BANK MILIK YAHUDI yang dilaknat Allah, tetapi juga dengan dikenakan komisyen 10% (RM4.2 billion) yang tersangat tinggi dan yang tidak pernah terdengar berlaku di dunia, dalam sejarah peminjaman wang kepada sebuah institusi milik kerajaan dan pinjamannya juga dijamin oleh kerajaan. Malahan pinjaman itu boleh diurus secara percuma oleh Bank Negara Malaysia.

KITA BAYAR RIBA YANG TERLALU TINGGI

12. Pinjaman ini, yang diurus oleh pihak YAHUDI dikenakan pula RIBA pada kadar 6.5% setahun sedangkan pinjaman sedemikian, iaitu pinjaman yang dijamin oleh kerajaan, jika diuruskan oleh Bank Negara Malaysia, atau sindiket bank tempatan boleh diperolehi dengan faedah kurang dari 2 peratus.

PINJAMAN DIBUAT SECARA SEMBUNYI DARI KABINET

13. Wang pinjaman ini pula dibuat TANPA DIKETAHUI oleh Kabinet tetapi dengan keputusan Menteri Kewangan, yang dilantik untuk memegang jawatan itu oleh Perdana Menteri, iaitu orang yang sama.

14. Apakah Perdana Menteri melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan untuk membolehkan beliau melakukan sekehendak hati beliau hanya untuk memecah amanah rakyat untuk beliau memimpin negara dengan bijak, telus dan berintegriti?

PERANAN ISTITUSI KERAJAAN DIBATASKAN

15. Usaha menyembunyikan segala maklumat yang berkaitan dengan 1MDB jelas kelihatan dengan merahsiakan terus segala butiran fakta yang ditemui oleh pihak Bank Negara Malaysia, Juruodit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Polis Di Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah.

16. Pendedahan yang dibuat secara meluas oleh jabatan dan agensi kerajaan di luar negara terpaksa diketepikan dan dihalang dari tersiar dalam media perdana, walaupun ianya berkaitan dengan kepentingan Negara Malaysia. Tidakan undang-undang ke atas penjenayah berkaitan 1MDB, telah dan sedang diambil di luar negara berkaitan, kerana penjenayah-penjenayah itu telah melanggar dan mengganggu sistem kewangan negara berkenaan. Kita merahsiakan kepada masyarakat tempatan semua tindakan ke atas penjenayah-penjenayah itu sseolah-oleh yang melakukan jenayah itu ialah kita sendiri.

17. Kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil tindakan ke atas Sarawak Report, New York Times, Wall Street Journal dan ratusan media di luar negara khususnya Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura yang mendedahkan jenayah berkaitan 1MDB. Keengganan mengambil tindakan ini pastinya kerana bimbang jika tindakan diambil maka kisah 1MDB tidak dapat dirahsiakan lagi. Jika yang dituduh dan dicela dalam media asing itu tidak bersalah maka mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka bukan sahaja dapat membersihkan nama negara kita  tetapi juga pihak yang memfitnah kita (jika betul itu fitnah) terpaksa menanggung rugi dengan membayar denda yang sudah tentu beratus juta ringgit sesuai dengan 'fitnah' yang dilemparkan. Soalnya ialah, 'Kenapa kita takut bertindak sedangkan dengan tidak bertindak kita menanggung kerugian.'

18. Segala Akta yang ada telah dan akan terus diguna untuk meneruskan penyembunyian ini.

19. Pihak Polis Di Raja Malaysia dihalang untuk mengambil tindakan dan diperalatkan untuk menahan mereka yang diketahui  membocorkan rahsia yang mendedahkan kebenaran salahlaku 1MDB; pihak Peguam Negara pula menjadi penghalang atas apa jua tindakan untuk diambil ke atas pihak yang kesalahannya berkaitan dengan 1MDB.

DIMANA LETAKNYA PERANAN RAJA?

20. Nasihat Majlis Raja-Raja Melayu mengenai pindaan Akta, walaupun yang menyentuh kuasa mereka juga diketepikan oleh Peguam Negara yang lantikannya berlaku hanya dengan persetujuan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong.

21. Jika dalam perkara yang begitu penting dan menyentuh kepentingan dan kuasa raja pun pihak kerajaan dapat mengenepikan tanpa ambil peduli sudah tentu dalam perkara-perkara lain juga kelihatannya raja-raja Melayu tidak dapat memainkan peranan.  

MELAYU MENGAMUK BILA KERAJAAN SUDAH LATAH 

INILAH FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN 

TIA JADI 1MDB

22. Penubuhan 1MDB adalah akibat dari gagalnya rencana awal untuk meminjam wang atas nama Trengganu Investment Authority (TIA) sebuah syarikat milik kerajaan Trengganu yang ditubuhkan untuk mengendalikan dana yang diterima dari PETRONAS sebagai hasil premium konsesi minyak di Trengganu.

23. Untuk meminjam wang ini perlulah dicagarkan konsesi minyak Trengganu. Rancangan ini dihalang oleh Menteri Besar dan Sultan Trengganu di waktu itu. Tujuan ini telah gagal dilaksanakan sehingga menjadi sebab untuk mendapat jaminan Menteri Kewangan sebagai cagaran dan TIA diubah menjadi 1MDB sementara saham kerajaan Trengganu diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri.

24. Semua ini berlaku tanpa pengetahuan Kabinet, Majlis Tertinggi UMNO dan Parlimen. Semuanya di luar bajet negara.

TENTANGAN AWAL OLEH PEMBANGKANG

25. Tun Dr. Mahathir berterusan menyedarkan pemimpin kerajaan untuk membetulkan pentadbiran kewangan tanpa berhasil. Di peringkat awal hanya Anggota Parlimen dari parti pembangkang yang menimbulkan perkara penyelewengan ini. Apabila keadaan semakin melaraat Tun Dr. Mahathir telah berhubungan beberapa kali degnan Dato' Seri Najib untuk membuat teguran. Tetapi ianya seperti menyimbah air ke atas daun keladi.

HARAPAN KEPADA PEGAWAI KERAJAAN JUGA HAMPA

26. Seterusnya rakyat mengharapkan Ketua-Ketua berbagai Jabatan dan agensi Kerajaan akan bertindak, dengan kuasa yang ada pada mereka untuk membetulkan keadaan. Tetapi harapan ini juga hanya tinggal harapan..

PEMIMPIN UMNO JUGA MEMBISU

27. Lepas itu kita menaruh harapan kepada pemimpin-pemimpin UMNO supaya bertindak, dengan bersuara dalam Perhimpunan Agong UMNO dan dalam pemilihan pemimpin, tetapi mereka juga gagal berbuat demikian dan Perhimpunan Agong yang berpeluang menukar pemimpin juga telah ditunda sehingga selepas PRU 14. Seterusnya pemimpin UMNO di semua peringkat juga membisu seribu bahasa.

PARLIMEN JUGA LUMPUH

28. Apabila penderitaan rakyat semakin bertambah maka pihak pembangkang bersetuju dengan Tun Dr. Mahathir untuk bertindak bersama supaya diadakan undi tidak percaya di dalam Parlimen, tetapi ianya telah gagal kerana dihalang oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Wakil-wakil rakyat juga berada dalam 'siege' dan ketakutan kerana ancaman terhadap habuan dan kedudukan setelah melihat apa yang boleh terjadi kepada sesiapa saja yang mengingkarinya - Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi contoh akibatnya. 

SUARA RAKYAT TIDAK DIPEDULIKAN

29. Usaha berikut telah dibuat untuk mendapatkan pandangan rakyat dengan memperkenalkan DEKLARASI RAKYAT untuk ditandatangai oleh rakyat yang bebas dari ikatan dengan kerajaan melalui jawatan atau hutang.

RAJA TIDAK BERKUASA UNTUK BERTINDAK MENGIKUT KEHENDAK RAKYAT

30. Tandatangan sekitar 1.5. juta rakyat juga tidak memberi kesan apa-apa kepada kerajaan. Pihak Majlis Raja-Raja Melayu juga telah tidak dapat berbuat apa-apa setelah DEKLARASI RAKYAT diserah kepada mereka. 

AKIBAT LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG KERANA SKANDAL 1MDB

31. Akibat dari skandal 1MDB dan salahguna wang hutang yang begitu banyak dan membebankan maka perkara-perkara berikut telah berlaku.

31a. Nama Negara di peringkat antarabangsa tercemar sehingga rakyat malu menyebut diri sebagai rakyat Malaysia kerana sering ditertawakan atau mendapat senyuman sinis dari pegawi kastam dan imigresen di lapangan-lapangan terbang negara asing. Tindakan mahkamah oleh Department of Justice di Amerika Syarikat ke atas komplot yang mendapat bahagian dari hutang 1MDB; tindakan undang-undang ke atas institusi dan individu yang melibatkan dana 1MDB di Switzerland dan tindakan undang-undang ke atas bank dan individu berkaitan 1MDB di Singapura, walaupun tidak tersiar dalam saluran media perdana dalam negara, maklumatnya tersebar keseluruh dunia.

31b. Kos hidup rakyat meningkat kerana (a) GST, (b) Kenaikan harga minyak, (c) Kenaikan toll jalanraya, (d) Penghapusan dan pengurangan subsidi, (e) Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan harga barang impot, termasuk bawang dan kentang meningkat naik, (d) Hilang pekerjaan kerana jumlah tenaga kerja dikurangkan, (e) Hilang pekerjaan kerana pemindahan operasi syarikat perniagaan ke Negara lain kerana operasi di Malaysia tidak menguntungkan, (f) Hilang pekerjaan kerana perniagaan dalam Negara ditutup, (g) Pengurangan biasiswa yang begitu ketara

31c. Riba atas pinjaman membebankan rakyat dari sekarang hingga puluhan tahun akan datag. Riba pertama dengan kadar 6.5 % dikenakan oleh bank Yahudi GOLDMAN SACHS ke atas pinjaman RM42 billion. Bila sampai masa untuk membayar riba, oleh kerana pelaburan dan penggunaan wang pinjaman sejumlah RM37.8 billion (RM42 billion ditolak komisyen untuk bank Yahudi sebanyak 10% atau RM4.2 billion) telah disalahlaburkan, maka bayaran sukar dilakukan kecuali dengan mendapatkan hutang baru sebagai tambahan.

32. Salahguna wang pinjaman dengan pelaburan yang mencurigai dan merugikan, ditambah pula dengan belanja yang boros di salah tempat seperti berikut:

32a. Salah satu syarikat anak 1MDB, bernama SRC International telah meminjam wang dari KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen yang memegang amanah 1.6 juta pekerja dengan kerajaan) sejumlah RM4 bilion untuk jangkamasa 10 tahun (untuk dapat mengurus pinjaman ini pihak kerajaan, dilaporkan oleh media Singapura berurusan dengan negara China untuk mengambilalih harta-harta SRC International). SRC International menghadapi masalah untuk membayar faedah dan sebahagian dari hutang yang perlu dibayar pada tahun depan. Atas pinjaman RM4 billion SRC International perlu membayar faedah RM164 juta setahun kepada KWAP. Oleh itu jumlah yang perlu dibayar pada tahun hadapan ialah RM660 juta dan pada tahun 2018 RM964 juta. Dari laporan kewangan SRC International untuk tahun 2014 tercatit pelaburan SCR Internatonal berjumlah RM305.6 juta dalam Negara sementara RM3.8 billion di luar Negara. Laporan ini juga melapurkan kerugian RM164.5 juta. Pada tahun 2013 SCR International telah membayar RM42 juta ke dalam akaun peribadi Dato' Seti Najib Tun Razak yang beliau katakana beliau tidak sedar.  

32b. Kemasukan RM2.6 bilion dari akaun 1MDB ke akaun peribadi Dato' Seri Najib di Arab Malaysia Bank Bhd. yang dikatakan 'derma' dari anak raja Arab Saudi yang ternyata dari 1MDB melaluit syarikat-syarikat yang sudah diketahui

32c. Pengambilan US$3.5 bilion dari 1MDB oleh Jho Low antara tahun 2009 dan 2013 sebagaimana dakwaan US DoJ (United State Department of Justice - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat). Wang ini digunakan untuk membeli harta mewah di Beverly Hills, California, New York dan London dan untuk membiayai pembuatan film "The Wolf of Wall Street" oleh anak Rosmah, dengan suami pertamanya, bernama Riza Aziz.

32d. Hasil pertemuan Jho Low, Turki bin Abdullah al Saud, anak raja Abdullah, pemili bersama syarikat PetroSaudi, dan Najib dalam bulan August 2009 di Peranchis, maka US$1 bilion telah dijanjikan untuk pelaburan dalam syarikat usahama yang ditubuhkan. Hanya US$300 juta telah diterima oleh syarikat usahama itu dan US$700 juta telah dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star Ltd., yang ditubuhkan di Seychelles. (mengikut selidikan DoJ USA). Oleh kerana wang yang diuntukkan kepada syarikat usahasama tidak semuanya termasuk dalam syarikat itu maka juruaudit Ernst & Young enggan menandatangani penyata kira-kira untuk tahun 2010. Najib telah campurtangan dan membatalkan Ernst & Young sebagai auditor untuk diganti dengan KPMG. Apabila KPMG menimbulkan kenyataan yang sama dipersoalkan oleh Ernst & Young mereka juga dimansuhkan perlantikan. Pada tahun 2011 Prince Turki menerima US$24.5 juta dari syarikat Good Star Ltd.. dan US$20 juta darinya telah dimasukkan ke dalam akaun Najib di AmBank, Kuala Lumpur. Masukan ini adalah permulaan dari masukan sehingga berjumlah US$1 bilion dalam masa dua tahun. Akaun Najib di AmBank diurus oleh Pegawai Kanan bank Encik Cheah Tek Kuang yang menjadi penasihat kepada Pengerusi Bank. Hubungan Jho Low di Ambank ialah Puan Joanna Yu.

32e. Surat palsu dari Saud Abdulaziz Majid al Saud bertarikh Feb. 1, 2011 menyatakan pemberian US$100 juta kepada Najib adalah satu derma kerana jasanya terhadap Islam di seluruh dunia dan tidak boleh dianggap sebagai rasuah.  Saud adalah seorang anggota kerabat di raja bawahan dalam kesultanan Saudi Arabia. Beliau tidak mahu menjawab mengenai kewujudan surat ini.

32f. Pada bulan Mac, 2013 wang sejumlah US$681 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Najib di AmBank. Surat bertarikh Mac. 1, 2013 memaklumkan wang US$800 juga telah dihadiahkan kepada Najib oleh Saud Abdulaziz.

32g. Selepas pilihanraya ke 13 pada ________ wang sejumlah US$620 juta telah dikembalikan oleh AmBank dari akaun Najib ke akaun di sebuah offshore company. (__________)

32h. Pada tahun 2012 Goldman Sachs menjual bon bernilai US$3.5 bilion kepada bank-bank antarabangsa dan mendapat komisyen berates juta.

32i. Jho Low memperkenalkan Najib kepada Khadem Al Qubaisi, Pengarah Urusan syarikat IPIC sebuah syarikat beribupejabat di Abu Dhabi di United Arab Emirats. Setelah pertemuan ini IPIC mengumumkan rancangan pelaburan bersama 1MDB untuk membina pusat janakuasa. 1MDB memaklumkan memaklumkan kepada juruaudit keputusan pengiriman US$1.4 bilion kepada IPIC sebagai pertaruhan sementara (refundable deposit). Wang ini tidak diterima oleh IPIC. Wang itu telah dimasukkan kedalam akaun dengan nama yang sama berdaftar di Virgin Islands dan ianya dikuasai oleh Khadem Al Qubaisi. Lebih dari US$1 billion lagi dimasukkan ke dalam akaun sahabat Jho Low di Standard Chartered Bank di Singapura.  Al Qubaisi kemudiannya menutup syarikatnya di Virgin Islands dan mengeluarkan wang sejumlah US$470 juta, dan sebahagian darinya sejumlah US100 juta telah digunakan olehnya untuk membel harta mewah di New York dan Los Angeles. Al Qubaisi memberi kepada Riza Aziz, anak Rosmah sejumlah US$238 juta untuk membeli harta dan membiayai pengeluaran filem 'The Wolf of Wall Street.'

32j. Pada tahun 2013 Goldman Sachs menjual bon 1MDB senilai US$3 bilion dan wangnya dimasukkan ke akaun BSI AG bank di Switzerland. Pelanggan yang terlibat dengan 1MDB berjumlah 100 orang yang mempunyai akaun di BSI AG termasuk Jho Low.  Jho Low malah membuka 18 akaun dalam sehari dalam bulan Oktober, 2014. Hubungan Jho Low di BSI Singapore ialah Encik Yak Yew Chee. Mengikut suratkhabar Straits Taime Singapura pada ________ (mungkin Juma'at 11/11)Yak Yew Chee telah pun mengaku bersalah dalam mahkamah Singapura tergadao empat pertuduhan  jenayah berhubung pemalsuan dan kegagalan memberi amaran tentang transaksi yang mencurigakan dalam siasatan berkaitan dengan 1MDB

BALA TAMABAHAN

32k. Kini kita berhutang pada China pula untuk - (i) Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang dianugerahkan kepada syarikat CCCC dengan kos RM55 billion. Setahun RM2,75 billion X 20 tahun. Sehari RM7.534 million  dan kalau tambangnya RM100 seorang maka sehari memerlukan seramai 75,342 orang penumpang. itu belum termasuk tenaga kerja dan etc cost + interest setiap tahun. Boleh dapatkah seramai itu penumpang?

CARA MENYEMBUNYIKAN FAKTA

33. Untuk melindungi dirinya dari kemungkinan didakwa dalam mana jua mahkamah di dunia Dato' Seri Najib telah bertindak sebagai berikut:

33a. Menamatkan khidmat Peguam Negara yang dijangka akan bertindak ke atasnya dengan Peguam Negara baru yang mengikut semua kehendaknya. Beliau berlagak sebagai hakim dan memutuskan bahawa tidak ada kesalahan dibuat oleh Najib dalam laporan-laporan yang diserah kepadanya, supaya Najib tidak dibawa kemahkamah untuk diadili.

33b. Menamatkan atau memendekkan jangkamasa berkerja bagi pegawai yang menyelidiki skandal berkaitan 1MDB.

33c. Menukar tempat bekerja pegawai-pegawai yang didapati tidak sebulu dengan ide melindungi Dato' Seri Najib dari siasatan berkaitan 1MDB.

33d. Mengadakan undang-undang SOSMA untuk boleh menangkap sesiapa saja sehingga pihak mahkamah pun berdolak balik menaik dan menurunkan keputusan dari satu makamah ke mahkamah yang lain.

33e. Menguatkuasakan undang-undang OSA dengan memasukkan semua maklumat berkaitan 1MDB sebagai rahsia negara sedangkan undang-undang OSA ini dikanunkan untuk mengawasi keselamatan negara. Ia tidak dikanunkan untuk melindungi penjenayah yang mencuri, merampok atau menyeleweng wang Negara.

33f. Menggunakan Akta Pencegarahan Keganasan (POTA)  2015 untuk mengambil tindakan ke atas PENGHASUT PEMBENCI KERAJAAN di laman-laman social spti WhatsApp, FB, Tweeter, Blog, dsb.

SOALAN RAKYAT YANG TIDAK BERJAWAB

34. Oleh itu rakyat jelata tertanya-tanya:

34a. Apakah mereka yang terlibat dan yang mempertahankan yang terlibat merupakan manusia yang tidak berfikiran, tidak berkeberanian dan tidak sedar bahawa mereka bertanggungjawb kepada Allah swt. atas azab yang mereka izinkan untuk menimpa rakyat yang mereka wakili.

34b. Apakah pemberian BR1M, DERMA, SUMBANGAN dan RASUAH dalam segala bentuk, dari masa ke masa, sudah mencukupi untuk mengimbangi azab yang dideritai rakyat dengan kenaikan kos hidup. 

34c. Apakah penderitaan itu boleh menjadi satu kebiasaan untuk dilupakan oleh Melayu yang dikatakan mudah lupa.

34c. Apakah nasib masa depan bangsa Melayu dengan sangat dahsyatnya berkurang biasiswa untuk membantu pelajar yang tidak dapat dibantu oleh keluarga sendiri untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.

34d. LTAT - Bagaimanakah nasib masa depan anggota angkatan tentera jika tabungan ini turut digunakan untuk membantu perjalanan 1MDB yang curang.

34e. KWAP - Apakah jaminan atas keselamatan tabungan semua pekerja jika tabungan ini turut dilibatkan untuk membantu perjalanan 1MDB yang merugikan.

34f. FELDA - Apakah nasib peneroka dan anak pinak mereka yang mewariskan sijil saham yang rapuh nilainya, ditukar dengan geran tanah yang tidak pernah jatuh nilainya. Bagaimana dengan kerugian yang dideritai akibat terjatuh harga saham dan salah-guna harta dalam pelaburan yang mencuriga dan merugikan.  

34g. LUTH - Apakah jaminan masa depan tabung ibadat yang jelas tidak keruan perniagaan dan pelaburannya sehingga mengancam masa depan penabung.

34h. SUBSIDI - Sampai ketahap manakah penderitaan akibat dari penghapusan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan.

34i. TOLL - Sampai bilakah bayaran toll ini dapat dikurangkan lebih-lebih lagi belaja untuk membangun projek yang ditollkan itu sudah pun selesai hutangnya dan untungnya juga cukup lumayan bagi pemegang konsesyen yang sudah tamat tempohnya.

34j. GST - Tidakkah ada dipihak berbagai peringkat yang insaf bahawa inilah beban yang ditanggung oleh rakyat kerana kecelakaan yang menimpa negara lantaran penyelewengan dalam 1MDB. 

KENAPAKAH?

35. Rakyat bertanya lagi, kenapakah -

35a. Kenapakah Perdana Menteri Najib tidak mahu menjawab sebarang soalan?

35b. Kenapakh Yang Di Perta Dewan Rakyat tidak membenarkan soalan dari ditanya?

35c. Kenapakah Peguam Negara menjawab soalan hanya apabila disuruh menjawab pada waktu dan dengan cara yang ditentukan?

35d. Kenapakah Ketua Polis Negara menangkap siapa saja yang bertanya soalan?

35e. Kenakah Menteri Dalam Negeri bersikap yang mencurigakan?

35f. Kenapakah Menteri membuat kenyataan atau bertanya soalan yang mendedahkan ketidakcerdikan:

KUALA LUMPUR, Nov 8, 2016 — Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad could endanger his legacy if he continues to act like US presidential candidate Donald Trump, Umno lawmaker Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said today. (Ternyata Donald Trump yang menang untuk jadi Presiden Amerika Syarikat).

Nazri Aziz Yeop berkata Mahathir Cemburu Dato' Seri Najib Berjaya Tarik Pelaburan Besar Dari China

Dalam BHOnline Mustapa Mohamed telah berkata pada 28 Mei, 2013 bahawa harga kereta akan turun secara berperingkat-peringkat sehingga 2017 - Betulkah kini?

Dalam BHOnline Ahmad Maslam telah berkata pada 31 Mac, 2015 bahawa harga barang boleh turun kerana cukai GST - Betulkah berlaku seperti itu?

Kenapakah Menteri dan Timbalan Menteri sanggup berbuat apa saja untuk membela kemungkaran dan untuk pura-pura atau betul-betul tidak mahu tahu mengenai kebenaran. Inilah BR1M untuk mereka:

MENTERI

1. Gaji Pokok RM18,000.00
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun Parking RM5,700.00
Jumlah Pendapatan Per Bulan ialah RM55,650.00

TIMBALAN MENTERI

1. Gaji Pokok RM15,000.00
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun Parking RM5,700.00
Jumlah Pendapatan Per Bulan ialah RM50,650.00

35g. Kenapakah tiada yang menjawab soalan yang ditanyakan oleh pihak raja dan sultan. Kenapakah raja dan sultan tidak lagi dihormati sebagaimana semestinya.

36. DENGAN PELANCARAN PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA PADA HARI SABTU 14 JANUARI, 2017 SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK BANGSA MELAYU MENGUBURKAN CARA MENAKUT-NAKUTKAN MELAYU KEPADA CINA, KHUSUSNYA LIM KIT SIANG, DENGAN MENYUBURKAN SEMANGAT PERKAUMAN UNTUK DIJADIKAN PERISAI BAGI MELINDUNGI AMALAN RASUAH DAN BERBAGAI KEMUNGKARAN PEMIMPIN POLITIK DAN KERAJAAN MELAYU.

37. OLEH KERANA MEMASUKKAN PEKERJA ASING SEPERTI RANCANGAN KEMASUKAN 1.5 JUTA WARGA BANGLADESH, TIDAK DAPAT DIHENTIKAN KERANA IANYA MERUPAKAN BISNES YANG MENGUNTUNGKAN BAGI PENIAGA-PENIAGA UMNO, BANGSA MELAYU WAJIB INSAF BAHAYA PROJEK SEPERTI PENEMPATAN 700,000 WARGA-NEGARA KOMUNIS CHINA YANG DAPAT MEMILIKI RUMAH ATAU KONDOMINIUM ATAS TANAH MILIK SELAMA-LAMANYA (FREEHOLD) DENGAN TAJAAN RAJA YANG TIDAK DAPAT DIPERSOALKAN KERANA KEDAULATANNYA SEBAGAI PELINDUNG UGAMA DAN ADAT ISTIADAT MELAYU.

38. MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYELAMATKAN BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA DENGAN MENGHAPUSKAN SEMUA PEMIMPIN DAN ORGANISASI YANG MENDUKUNG KEMUNGKARAN RASUAH, MELAKSANAKAN DASAR DAN AMALAN YANG MERUGIKAN BANGSA DAN NEGARA.

39. SAMPAI BILAKAH RAKYAT MALAYSIA AKAN MENDERITA KERANA 1MDB?

Posted by Sanusi Junid at 4:36 PM 

U Tin Win: Peguam Muslim-Myanmar penasihat undang-undang Suu Kyi yang dibunuh

Cerita U Tin Win: Seorang Muslim-Myanmar Memikirkan Masa Depannya
PADA 29 Januari 2017, U Ko Ni, pemimpin tersohor berusia enam puluh lima tahun yang merupakan seorang peguam Muslim-Myanmar yang turut menjadi penasihat undang-undang kepada parti pemerintah Myanmar Liga Kebangsaan Bagi Demokrasi (NLD), telah ditembak mati di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon setibanya beliau daripada lawatan kerja di Indonesia.

Seorang aktivis berpengalaman, bekas tahanan dan pakar perlembagaan, Ko Ni dikatakan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk jawatan Aung San Suu Kyi sebagai “Penasihat Kerajaan”. Beliau juga menjadi penyokong tegar terhadap pemindaan Perlembagaan 2008 Myanmar yang sering dikritik – meletakkan beliau sebagai pihak lawan kepada kuasa yang lebih konservatif, terutamanya pihak tentera.

Sementara ribuan rakyat menghadiri pengebumian beliau yang penuh emosi di perbandaran Okkalapa Utara, golongan pemerhati politik sedang mengimbangi persoalan sama ada pembunuhan upah oleh penembak tunggal ini berpunca daripada penglibatan Ko Ni dalam NLD (baca: bermotif politik) atau mungkin, kerana identiti Muslim beliau (lantas, lebih teruk lagi, bermotif keagaaman)?

Sememangnya, pembunuhan ini berlaku pada masa yang cukup mencabar bagi Myanmar. Isu layanan etnik Rohingya di daerah Rakhine sedang menerima kecaman global. Tentunya, pembunuhan ini – insiden yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Myanmar – mungkin boleh meretakkan hubungan yang sudah tegang diantara kaum majoriti Kesatuan Burma yang beragama Buddha dengan kaum minoriti Muslim.

Secara kebetulannya, beberapa hari sebelum insiden pembunuhan ini, saya telah berada di Yangon, meluangkan masa bersama seorang subjek temubual Muslim-Myanmar. Saya berniat untuk mendalami satu isu yang semakin hangat di rantau Asia Tenggara sebagai isu yang cukup sensitif: ketegangan antara kaum Buddha dan Muslim.
U Tin Win bersama keluarganya di kediaman mereka di Yangon. - Foto oleh Karim Raslan

Subjek temubual saya merupakan seorang pemandu yang tinggi lampai dan berjanggut lebat bernama U Tin Win. Berusia 71 tahun, beliau dilahirkan di Mandalay tetapi sudah lama menetap di Yangon bersama isterinya dengan lapan orang anak dan lapan belas cucu. Bapanya merupakan seorang Muslim beretnik India yang dulunya bekerja di trek landasan kereta api dan ibunya pula beretnik Myanmar dan telah meninggal dunia ketika dia masih seorang bayi. 

Tin Win (nama Muslimnya “Mohamad Esa”) telah membesar dengan menguasai satu Bahasa sahaja. Dia hanya mampu bertutur menggunakan Bahasa Myanmar dan cukup sedih apabila dihantar ke sekolah Inggeris buat seketika: “Saya cukup sedih, tetapi sekurang-kurangnya saya mempunyai nenek saya pada ketika itu”.

Salah satu minat dalam hidup dia merupakan lori – dia cukup terpesona dengan kenderaan tersebut sehinggakan menjadikannya mata pencariannya setelah berkhidmat selama empat tahun dalam angkatan tentera sebagai operator radio di negeri Chin. Katanya, neneknya tiba di pengkalan tentera tersebut dengan memandu sebuah lori untuk membawanya pulang ke rumah.

“Pada zaman itu, urusan masuk dan meninggalkan angkatan tentera lebih mudah” beliau memberitahu saya sambil tersenyum.

Sambil ketawa terbahak-bahak, dia mengimbau kembali kisah hidupnya sebagai seorang pemandu lori, dimana dia telah menikmati kebebasan merantau lebuh raya dan jalanan. Untuk tempoh lebih kurang 35 tahun, dia telah merentasi seluruh negara Myanmar dari arah utara ke selatan dan dari arah timur ke barat, melawati kesemua daerah dalam Kesatuan tersebut, kecuali Kachin yang terletak jauh di Utara.

Semamangnya, pengalaman pengembaraannya tidak kurang: “Setelah Ne Win mengambil alih pucuk pemerintahan pada tahun1962, keadaan menjadi lebih sukar bagi semua orang. Saya ingat saat yang saya terpaksa merentasi sempadan untuk masuk ke Imphal dengan berjalan kaki. Saya telah membawa bawang merah, bawang putih dan kentang untuk ditukar dengan baju dan rempah ratus. Perjalanan pulang cukup merungsingkan kepala. Kerana saya terpaksa melalui beberapa pusat pemeriksaan sempadan yang meminta bayaran rasuah. Saya bertekad untuk tidak melalui pengalaman sebegitu lagi.”

Sambil berbongkok memandang peta yang saya telah membuka di depannya, dia telah menunjukkan pekan-pekan dan daerah yang dilawatnya sepanjang beberapa dekad – sambil menyebut nama tempat secara satu per satu. Bagi saya, bunyi nama tempat ini cukup ajaib: Monywa, Sittwe, Dawei, Mawlmyine, Lashio dan Taunggyi. 

Semasa saya mendengarnya berbicara, saya dapat merasakan perasaan bangga beliau terhadap negaranya: “ Kaum Muslim telah berada di Myanmar buat berkurun lamanya. Kami telah berkhidmat kepada raja-raja dan telah diterima sebagai warganegara.” Namun, jelas bahawa dia turut sedih terhadap keperitan realiti Myanmar masa kini yang kembali bermain di fikirannya.

“Saya bersimpati dengan kaum Rohingya…tetapi mereka berbeza dari kami. Walaupun ramai yang fasih bertutur menggunakan bahasa Myanmar, masih ramai yang tidak mampu. Tambahan pula, sesetengah daripada mereka berasal dari Bangladesh.”

Malah, jumlah kaum Muslim Myanmar merupakan isu yang hangat dipertikaikan. Menurut sumber rasmi kerajaan, kaum ini merangkumi tidak lebih dari 4% populasi Myanmar, sebaliknya, menurut beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang berkecuali, mereka menganggarkan jumlahnya lebih dekat dengan 12%.
U Tin Win di rumahnya. - Foto oleh Karim Raslan

Kaum Muslim turut mendapati bahawa urusan kerajaan kian menjadi lebih sulit disebabkan unsur diskriminas yang telah diterapkan dalam institusi kerajaan. Contohnya, Tin Win menghadapi pelbagai rintangan untuk mendapatkan kad pengenalan bagi cucu-cicitnya. Ini merupakan satu masalah besar. 

Tanpa kad pengenalan (kad pengenalan berwarna merah jambu adalah yang paling baik), ia menjadi mustahil untuk membuka akaun bank, mendapatkan passport atau membeli hartanah. Namun, apabila saya bertanya pandangannya terhadap “Tokoh Wanita” (Aung San Suu Kyi), beliau menjawab tanpa sebarang keraguan: “Saya mentoring beliau.”

Jawapan ini mungkin memeranjatkan pengkritik beliau di seluruh dunia. Namun, mungkin ini merupakan sesuatu yang boleh difahami memandangkan masyarakat ini terdedah kepada pelbagai bahaya serta kelemahan NLD dalam menjalankan urusan dengan pihak tentera.

Tin Win telah membesar dalam Myanmar yang bebas. Kebarangkalian negara kesayangannya – yang telah diterokainya – akan berpaling tadah terhadap dia dan keluarganya merupakan senario yang terlalu perit dan sedih untuk difikirkan. Demi membela nasib beliau serta negaranya, penjunaman berbahaya Myanmar kepada sekterianisme perlu dihentikan.

Kematian Ko Ni – sesuatu yang Tin Win rasakan bermotif politik dan bukan bermotif keagaamaan – adalah tragedi yang cukup besar. Namun, sangat penting bahawa pengalaman negara jiran seperti Indonesia - termasuklah keperluan pembahuruan politik, kepelbagaian budaya dan kedaulatan rakyat dari angkatan tentera dan desentralisasi – memberi iktibar kepada pemimpin Myanmar.

Pada masa yang sama, adalah sangat penting bagi negara-negara ASEAN untuk mengakui skala dan cabaran yang dihadapi Myanmar yang serba kekurangan dari segi institusi demokrasi mahupun pendapatan rakyatnya. Sememangnya pertumpahan darah di Rakhine perlu dihentikan, namun demikian, tindakan kita tidak sepatutnya membahayakan nasib jutaan kaum Islam di Myanmar yang tinggal di Kesatuan tersebut. Tidak mustahil kalau mereka menjadi tebusan dalam isu Rohingya ini jika ianya dibimbing dengan emosi dan bukan dengan logik. - sumber

Thursday, February 2, 2017

Rupanya tektik mereka untuk cetus sentimen agama meraih keuntungan politik

Pas punca Akta 355 lewat dipinda
 | MALAYSIA DATELINE
Keratan akhbar yang memuatkan kenyataan Abdul Hadi agar semua pihak tidak menghalang pindaan Akta 355.

Pas harus dipersalahkan kerana mempolitik dan melambatkan kelulusan pindaan Akta 355 yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah malah tindakan parti itu menuding jari kepada pihak lain hanya untuk menutup kelemahan sendiri, kata Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh.
Beliau yakin tanpa permainan politik Umno dan Pas dalam isu ini, pindaan Akta 355 telah berjaya dibawa dan dibentang serta diluluskan dalam sesi parlimen yang lalu.
"Tapi kini Pas telah menggunakan isu ini untuk menghukum sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan cara Pas mengendalikan isu ini.
Dr Ismail SallehDr Ismail Salleh"Saya kira tidak ada orang Islam yang menolak penambahbaikan dan pemerkasaan terhadap Akta ini, malah ramai orang tidak faham pun apa itu Akta 355.
"Mereka telah memberi mandat kepada ahli-ahli Parlimen yang dipilih untuk melangsaikan tugas ini di parlimen," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Dr Ismail, parlimen atau Dun adalah tempat undang-undang digubal atau pindaan terhadapnya dibuat.
Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), ujarnya telah digubal pada 1965 dan  dibuat pindaan pada 1984 dan 1989 tanpa sebarang masalah.
"Tetapi kali ini ianya sangat berbeza kerana permainan politik Umno dan Pas melebihi hasrat pindaan akta itu sendiri.
"Umno/BN telah berjaya mendapat laba kemenangan politik yang besar setelah memberi laluan kepada Pas melalui pembentangan usul persendirian Ahli Parlimen Marang pada 26 Mei 2016 dan 24 Nov 2016.
"Kerana tersepit dan demi kepentingan politik juga Ahli Parlimen Marang menangguh perbahasan setelah dua kali peluang diberikan," tegas beliau.
Dr Ismail menambah, Pas kini terpaksa berkempen ke seluruh negara untuk menutup kelemahan presidennya  yang tidak bersedia membuat pembentangan dan seterusnya berbahas di Parlimen.
"Mereka menjadikan rakyat sebagai tempat melindungi kegagalan dan kepincangan mereka," tegas beliau.
Dr Ismail mengulas kenyataan Abdul Hadi yang meminta semua pihak agar tidak menghalang RUU355 daripada diluluskan parlimen.
Pas merancang perhimpunan menyokong RUU355 18 Feb ini di Kuala Lumpur sebagai kemuncak kempen menyokong pindaan Akta 355 berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah.