Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 6, 2017

SPRM rakam 9 individu tu sape agaknya?

Siasatan Annuar Musa: SPRM rakam 9 individu
mk -   4 Feb 2017, 8:53 malam
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam percakapan sembilan individu termasuk Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap beliau.

Annuar kini digantung jawatan sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB).

Penggantungan jawatan Annuar yang dibuat pada mesyuarat khas Ahli Majlis Mara Selasa lepas, bagi membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara termasuk penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.

Susulan itu, SPRM pada hari sama mengesahkan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap Annuar.

Menurut sumber SPRM, setakat ini pasukan penyiasat sedang berusaha mengumpul lebih banyak maklumat berkaitan yang dipercayai dapat membantu siasatan kes berkenaan.

"SPRM kini dalam proses meneliti dan mengkaji dokumen dan invois yang dirampas sebelum ini melibatkan siasatan kes ini," kata sumber itu.

Bagaimanapun, sumber itu berkata tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini berhubung siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara tersebut namun enggan menggulas lanjut.

Sunday, February 5, 2017

Ini rupanya tujuan mereka, bagaimana dengan kedaulatan negara?

Hubungan baik dengan China dijangka tambah undi Cina kepada BN
05 Februari 2017 | BERNAMA
Salleh Said Keruak

Tiga faktor - kelemahan pembangkang walaupun diberi peluang; langkah Malaysia menjalin hubungan baik dengan China; dan politik murni Barisan Nasional (BN), dijangka menyebabkan peningkatan besar sokongan masyarakat Cina kepada parti pemerintah Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketika menzahirkan keyakinannya malam ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata walaupun diberi peluang sebagai wakil rakyat atau sebuah kerajaan di peringkat negeri, pembangkang telah membuktikan tidak mampu menyumbang ke arah kebajikan, pendidikan dan ekonomi masyarakat Cina.

Salleh berkata masyarakat Cina juga umumnya gembira apabila kerajaan Malaysia dan China menjalin hubungan rapat, yang menyaksikan peningkatan dalam hubungan dua hala.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah melaksanakan tugas dengan baik apabila mengukuhkan hubungan ini dan amat dihormati di China. Hubungan dua hala dan ekonomi antara Malaysia dan China kini berada pada kedudukan paling kukuh.

"Ini sudah pasti meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan peluang ekonomi untuk rakyat," katanya, dan menambah ia juga menunjukkan sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU14.

Salleh berkata demikian ketika menutup sambutan Tahun Baharu Cina daerah Pitas di sini malam ini.

Selain itu, beliau berkata BN mengamalkan politik murni tanpa menyerang mana-mana individu secara peribadi.

"Tidak seperti parti pembangkang, politik mereka adalah separuh benar dan turut memanipulasi untuk memenangi jiwa dan minda rakyat," katanya.

Sementara itu, Salleh berkata festival seperti sambutan Tahun Baharu Cina sentiasa menjadi platform penting untuk menggalakkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum.

Beliau berkata tradisi unik Malaysia harus dikekalkan kerana ia membolehkan pelbagai kaum untuk berinteraksi dan saling hormat-menghormati.

Pas cadangkan PKR dan Bersatu tinggalkan PH: Amanah Kelantan sindir Nik Amar

PKR, Bersatu bukan parti kerdil mahu sertai blok ketiga
SITI FATIHAH AWANG - 5 FEBRUARI 2017
PKR, Bersatu

KOTA BHARU – Cadangan Pas supaya PKR dan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan dan bersama mereka dalam blok ketiga bersamanya seumpama usaha seekor ular lidi mengajak ular sawa mencari makan bersamanya.

Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, PKR dan Bersatu bukanlah sebuah parti kerdil seperti Berjasa dan Ikatan, malah pemimpin mereka jauh lebih matang dan mempunyai pandangan politik yang tajam.

“Mereka mempunyai banyak kelebihan,antaranya lagi ialah bijak memahami senario politik Malaysia. Mustahil perkara tersebut berlaku. Lagi pun PKR sudah lama bersama DAP dalam Pakatan Rakyat dan kini sekali lagi bersama DAP dan Amanah, sebelum Bersatu turut mengambil sikap untuk bersama-sama dalam Pakatan Harapan,”katanya kepada Sinar Harian, di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Baik sertai blok ketiga']

Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda sekiranya PKR dan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan dan menyertai blok ketiga.

Menurutnya, adalah mustahil dari segi politik, PKR dan Bersatu meninggalkan pakatan politik yang kuat dan kukuh, untuk bersama dengan satu pakatan politik baru atas nama blok ketiga yang masih tidak jelas tuju politiknya.

Malah beliau juga berkata, Pas bagaikan bersandiwara apabila bertindak mengajak parti pembangkang lain bersama mereka menentang BN, sedangkan mereka dalam masa yang sama sedang bermesra dan menjalinkan hubungan politik dengan BN.

“Pas hanya boleh bekerjasama dengan mana-mana politik yang bersedia untuk duduk dan patuh kepada arahan dan kehendak mereka. Dalam erti kata lain, mereka boleh mengajak parti-parti kecil seperti Berjasa dan Ikatan untuk berada di bawah telunjuk politik mereka, namun mustahil PKR dan Bersatu untuk berbuat sedemikian,”katanya.

"Papa akan hampiri kufur": Sanggup jadi bintang porno kerana muflis

*Ini cerita lama. Tapi messagenya ada di kisah ini

Thursday, October 09, 2014
Nadya Filem Porno - kerana muflis

LOS ANGELES: Nadya Suleman, wanita yang melahirkan anak kembar lapan, bersetuju berlakon dalam sebuah filem porno untuk membantunya membayar hutang berjumlah lebih RM3 juta. 

Nadya, 36, mempunyai enam anak sebelum melahirkan kembar lapan itu, tiga tahun lalu. Dia kini sudah memfailkan untuk mengisytiharkan dirinya muflis selepas gagal membayar hutang, termasuk hutang rumah, bil elektrik dan wang yang dipinjam daripada sebuah sekolah. 

Petugas pelindung kanak-kanak di California juga mengunjunginya selepas laporan menyatakan anaknya hidup dalam kesengsaraan. Nadya yang berbogel untuk sebuah majalah dengan bayaran RM19,000 awal tahun ini, pernah berikrar untuk tidak berlakon dalam filem lucah. 
Tetapi selepas berdepan dengan ancaman rumahnya akan dijual, dia menandatangani persetujuan untuk muncul dalam filem seks yang akan memulakan penggambaran musim panas ini.

“Saya terpaksa melanggar ikrar saya. Yang penting, saya akan menjaga keluarga saya. Pendapatannya agak lumayan dan ia akan membolehkan saya mempunyai sebuah rumah yang selamat. “Saya akan melakukannya,” kata wanita itu. - Agensi

* Tak tahulah dia ni Islam atau apa sebab di Mesir tu kristian pun bernama arab juga. Cuma apa yang aku nak kata, kejadian ini terjadi sebagaimana "Papa akan menghampiri kufur" 

Dah mula dah.......gitu, gini di kalangan pemimpin PAS!

Pas masih belum sahkan tahaluf siyasi dengan PPBM - Mohd Amar  
Februari 04, 2017 20:50 MYT
Pas masih belum sahkan tahaluf siyasi dengan PPBM - Mohd Amar
MOHD AMAR: PAS masih belum mengesahkan sebarang tahaluf siyasi dengan PPBM walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak pada Rabu lepas. - Gambar fail
KOTA BHARU: PAS masih belum mengesahkan sebarang tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak pada Rabu lepas.

Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata keputusan berhubung perkara berkenaan hanya akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS selepas hasil pertemuan itu dibincangkan oleh majlis itu kelak.

"Setakat ini semua hasil perbincangan dan cadangan oleh PPBM akan dibincangkan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan seterusnya diambil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mini Darul Niswah Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor di sini, hari ini.

BACA: Kerjasama dengan PPBM: PAS belum buat keputusan - Abdul Hadi

BACA: 
PKR sambut baik kerjasama PPBM dan Pas - Azmin Ali


Rabu lepas, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi membincangkan kemungkinan kerjasama politik antara kedua-dua parti.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis dilaporkan sebagai berkata sebarang keputusan berhubung kerjasama politik diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS untuk diteliti terutamanya dalam aspek syarak, sama ada ia boleh diteruskan atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata beliau yakin Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan berjaya memenangi satu kerusi pun di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata berdasarkan kajian dan maklumat yang diterimanya, hanya PAS dan UMNO mampu bersaing kerana hanya dua parti ini yang dominan di Kelantan dan diterima baik oleh pengundi.
"Ini adalah keyakinan kami dan bukan niat untuk berbangga. Di Kelantan ini hanya ada PAS ataupun UMNO sahaja. Saya percaya sekiranya PAS kalah, sudah pasti yang menang adalah UMNO. Ini adalah keyakinan kami," katanya.

Pautan:

Kerjasama dengan PPBM: PAS belum buat keputusan - Abdul Hadi

Kerjasama dengan pecahan parti lawan akan bawa kemenangan di Kelantan - PAS

TITM Tiada Mandat, Bincang Kerjasama PPBM-PAS 

Sifir terencat akal mana yang dia pakai ni?

* Berbaik dan belai membelai dengan UMNO, nak tumbangkan UMNO?
Ni gila babi namanya!

Tinggalkan HARAPAN, pembangkang kian kuat
mk - Hari ini, 11:52 tengahari
Untuk memastikan kekuatan pembangkang kukuh menghadapi BN pada pilihan raya umum akan datang, PAS mempunyai 'formula' tersendiri.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kekuatan gabungan pembangkang akan meningkat sekali ganda jika PKR dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) meninggalkan Pakatan Harapan (HARAPAN) serta menyertai blok ketiga yang dianggotai partinya.

Kata Mohd Amar, sekiranya perkara itu berlaku, peluang untuk menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan lebih terbuka, lapor Sinar Harian.

“Jika dua parti itu bersama dalam blok ketiga (Gagasan Sejahtera) yang diterokai PAS ketika ini, kekuatan pembangkang akan meningkat berkali ganda berbanding Pakatan Harapan.

“Saya lebih suka mana-mana pembangkang kecuali DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk lebih serius jalin kerjasama dalam Gagasan Sejahtera yang turut disertai IKATAN, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti kecil lain,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ketika ditanya mengenai kerjasama antara PAS dan BERSATU selepas mengadakan pertemuan, Mohd Amar berkata sehingga kini masih belum ada keputusan dibuat antara kedua parti itu.

“Kita belum buat keputusan rasmi. Pertemuan sebelum ini lebih kepada perbincangan bagi memberikan pandangan dan cadangan, jadi keputusan sama ada kerjasama atau tidak ia akan dinilai oleh PAS Pusat kemudian (dibawa ke) majlis syura ulama.

“Memang semua orang akan suka jika ada kerjasama, tetapi kita ada penilaian sendiri tidak boleh ikut orang sebab kalau ikut, ada yang suruh PAS masuk Pakatan Harapan dan berbaik dengan DAP. Tetapi kita ada pendirian,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Mengapa China berbeza

February 4, 2017
Sejarah mengajar yang kuasa besar sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran berpengaruh dan mengenakan kawalan hegemoni ke atas jiran mereka.
Oleh Dennis Ignatius
Terdapat satu hujah giat dipromosikan dalam usaha meredakan kebimbangan terhadap kemasukan kuasa China di Malaysia, iaitu dengan mengatakan China tidak berbeza daripada negara lain di dunia dan oleh itu ia tidak perlu dilayan berbeza.
Mereka yang membuat hujah ini menegaskan tiada perbezaan, sebagai contoh, antara pelaburan China dengan negara lain.
Mereka juga mempertikaikan mengapa tiada kebimbangan yang sama mengenai kedaulatan dan isu berkaitan apabila negara lain melabur di Malaysia, atau apabila warga asing menetap di bawah program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H).
Apakah benar China sama sahaja dengan negara lain?
Apa jua kebaikan atau keburukan menjalinkan hubungan ekonomi dan politik lebih rapat dengan China, satu perkara cukup jelas: Ia tidak seperti negara lain yang pernah berurusan dengan kita.
Sesungguhnya, China menimbulkan beberapa cabaran unik yang membezakannya daripada negara lain.
Kuasa besar
Pertamanya, China adalah kuasa utama di rantau ini.
Sejarah mengajar yang kuasa besar sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran berpengaruh dan mengenakan kawalan hegemoni ke atas jiran mereka.
Sama seperti Amerika Syarikat (AS) dan bekas Kesatuan Soviet berbuat demikian masing-masing di Amerika Selatan dan Eropah Timur.
Kerajaan yang menyokong dikekalkan; yang degil diganti. Selain itu, rangka kerja hubungan politik, ekonomi dan ketenteraan dibina untuk mengikat kawasan masing-masing kepada hegemon tempatan.
Semua interaksi ekonomi, diplomatik dan ketenteraan China setakat ini menampakkan China mengikuti corak yang sama dengan pertalian di Asia Tenggara.
Strategi “One Belt, One Road” (Obor), sebagai contoh, bukan hanya strategi pembangunan wilayah; keutamaannya membina geopolitik yang direka untuk membantu China menjamin kedudukan dominan di rantau ini, mengikat Asia Tenggara dalam hubungan ekonomi dan lain-lain.
Selepas semuanya lengkap, negara seperti Malaysia akan berkait dan bergantung sepenuhnya kepada China.
Langkah China meneutralkan keupayaan Asean untuk bertindak secara bebas daripada China, keputusan Hague yang menindas Filipina, pencerobohan agresif ke dalam perairan yang dipertikaikan, pengaruh yang semakin berkembang dalam urusan dalaman negara jiran, pasukan tentera yang bersedia di Laut China Selatan, juga menggambarkan agenda lebih luas serantau kuasa besar.
Tun Razak sendiri, arkitek perhubungan kita dengan China, menyedari bahaya ini dan berusaha membantu membina rangka kerja – Asean, Zon Aman, Bebas dan Berkecuali, Zon Bebas Nuklear Asia Tenggara, Aturan Pertahanan Lima, dan susunan pertahanan longgar dengan AS – untuk mengurangkan apa jua cita-cita China.
Malah kemasukan Vietnam, Kemboja, Laos dan Myanmar dalam Asean didasarkan kalkulus yang sama.
Ini merupakan pendekatan yang berakal memandangkan kedudukan, kuasa dan cita-cita China.
Tiada campur tangan
China juga menimbulkan cabaran unik kepada integriti proses politik dalam negeri.
Menyedari potensi campur tangan hal ehwal dalam negara, dan bahaya kepada keselamatan negara dan perpaduan negara, Tun Razak berkeras dengan prinsip tidak campur tangan dan memastikan China juga begitu.
Dalam usaha menyenangkan China dan membuka pelaburan, pinjaman dan urus niaga, “dinding” kini beransur-ansur dibuka dengan kesan yang boleh diramal.
Walaupun prinsip tidak campur tangan diulang berulang kali, Kedutaan Republik Rakyat China (PRC) tidak memandang serius amaran pemimpin pembangkang yang mempersoalkan hala tuju hubungan Malaysia-China, atau memihak parti politik tertentu dengan kehadiran di persidangan dan acara politik berprofil tinggi.
Ia juga cuba meletakkan dirinya sebagai salah satu pecakap utama masyarakat Cina Malaysia.
Contohnya, pada minggu lepas, persatuan perdagangan tempatan membuat laporan polis terhadap perarakan yang dirancang persatuan Falun Xiulian Dafa (Falun Gong), sebuah badan berdaftar sah di Malaysia yang ditentang Beijing.
Menariknya, antara alasan yang diberikan adalah Falun Gong diharamkan di China dan perarakan mungkin menjejaskan hubungan Malaysia-China.
Semua persatuan Cina tempatan juga diseru menentang perarakan Falun Gong dan membuat laporan polis terhadap mereka.
Bahkan beberapa parti politik kita sekarang bertindak lebih seperti orang tengah Kedutaan PRC – menubuhkan urusan jawatankuasa PRC dan pusat Obor – daripada parti politik Malaysia.
Faham-faham sajalah, sekiranya sesuatu itu menjejaskan China, semakin besar kesannya makin terdorong ia mencampuri urusan dalam negeri.
Malah, kenyataan kedutaan baru-baru ini menyatakan ia “tidak akan membenarkan sesiapa sahaja menjejaskan….kerjasama 2 hala” boleh diambil sebagai amaran ia akan campur tangan jika perlu untuk melindungi kepentingannya.
Tambahan pula, berbilion ringgit dalam projek infrastruktur, urus niaga dan perdagangan yang dibawa China memberikan leveraj domestik yang hebat untuk mempengaruhi dan menjejaskan kesudahan.
Faktor etnik dan projek besar-besaran
Tiada gunanya berpura-pura etnisiti serta bilangan mereka tidak ada hubungan dengan projek pembangunan berskala besar seperti Forest City dan Bandar Malaysia yang sedang dibina syarikat berpangkalan di China dan dipasarkan hampir secara eksklusif kepada warganegara PRC.
Memandangkan saiz penduduk China, segala-galanya tentang China adalah besar – 10,000 pelajar sedang menuntut di Malaysia, 4 juta pelancong tahun ini.
Oleh itu, tidak mustahil kita tidak lama lagi akan menjadi tuan rumah kepada ratusan ribu penduduk warga PRC apabila semua bandar itu siap.
Sebaliknya, hanya 30,194 warga asing daripada beberapa negara berbeza diluluskan tinggal di Malaysia (portal rasmi Program Malaysia Rumah Keduaku) antara 2002 dan pertengahan 2016, dan mereka tersebar di seluruh negara.
Apakah implikasi keselamatan negara apabila adanya enklaf-enklaf PRC yang besar di Malaysia? Sejauh mana kesanggupan China untuk melindungi pelaburan, kepentingan dan keselamatan rakyatnya di Malaysia?
Tambahan pula, apakah bilangan besar warga PRC boleh diterima akar umbi Umno-PAS memandangkan etnik Cina Malaysia sendiri diburuk-burukkan secara konsisten dan digambarkan sebagai ancaman kepada kewujudan kuasa, agama dan budaya Melayu? Lambat laun akan ada respon negatif? Apa kesannya kepada hubungan antara kaum yang sedia ada tegang?
Bagaimana pula sistem imigresen kita yang gagal berfungsi akan menguruskan kebanjiran ratusan ribu penduduk sementara sedangkan ia mengawal sempadan negara dengan teruk sekali sehingga sekarang?
Manakala golongan berkepentingan cenderung mengecilkan isu-isu ini, kebimbangannya cukup nyata.
Jika projek seperti Forest City benar-benar untuk kepentingan negara, pihak berkuasa perlu bentangkan faktanya kepada rakyat – apa faedahnya, berapa ramai warga PRC yang dijangka mendiami pembangunan-pembangunan itu, apa status mereka, langkah yang akan diambil bagi memastikan projek pembangunan itu bersepadu sepenuhnya dengan masyarakat tempatan, apakah semua undang-undang dan peraturan berkaitan akan dipatuhi – dan sekurang-kurangnya bina suatu sepersetujuan umum bagi mengelakkan kesan sampingan di kemudian hari.
Kepentingan China didahulukan
China juga menonjol dari segi amalan perniagaan syarikat-syarikatnya dan kepatuhan mereka kepada dasar Beijing yang mengutamakan kepentingan ekonomi dan strategik China.
Banyak projek prasarana dan pembangunan perbandaran besar-besaran yang diusahakan PRC, sebagai contoh, biasanya merangkumi reka bentuk, pemerolehan, pembinaan dan perkhidmatan pengurusan.
Hampir semua sumber yang digemblengkan – teknologi, peralatan, bahan binaan, malah tenaga kerja – diperolehi dari China
dan memberi manfaat kepada syarikat dan pekerja yang berpangkalan di China. Malah, bahasa Mandarin menjadi bahasa perhubungan di tapak pembinaan.
Bagaimana amalan perniagaan seperti itu memberi manfaat kepada ekonomi tempatan? Adakah syarikat tempatan dipinggirkan?
Berapa banyak dan apa jenis pekerjaan yang benar-benar diwujudkan kepada rakyat Malaysia? Adakah projek ini benar-benar memberi manfaat kepada negara atau hanya beberapa kroni?
Adakah syarikat China dikecualikan daripada peraturan dan undang-undang mengenai pemindahan teknologi, pekerja tempatan, sumber tempatan bahan, dan lain-lain, yang menjadi piawaian kepada syarikat asing lain?
Kita perlu beri perhatian kepada negara-negara penerima projek besar China di benua Afrika yang kini mengadu mengenai beberapa isu ini.
Dan kemudian ada isu rasuah.
Indeks Pemberi Rasuah Transparency International 2011 menunjukkan syarikat China berada pada tempat ke-2 daripada senarai 28 negara dari segi kesediaan memberi rasuah.
Malaysia sekarang ini antara negara paling korup di dunia. Apabila 2 sistem rasuah berinteraksi dalam projek bernilai berbilion ringgit, yakinkah kita berbilion ringgit tidak akan disalurkan ke tabung peribadi atau digunakan untuk menggulingkan sisa baki demokrasi yang ada?
FDI atau pinjaman mudah?
Juga harus diperhatikan bahawa banyak projek besar seperti Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sebagainya dibiayai melalui pinjaman mudah, bukannya pelaburan langsung asing (FDI).
Memandangkan ia melibatkan jumlah biaya yang besar – semuanya dari sebuah negara, sebahagian besarnya dari kerajaannya sendiri – tidak lama lagi kerajaan China boleh muncul sebagai salah satu pemiutang terbesar kita.
Di negara-negara seperti Pakistan dan Sri Lanka, keberhutangan kepada China mengundang kesan mudarat – ditekan supaya menjual pegangan tempatan dalam projek yang dibiayai China, pajakan 99 tahun ke atas pelabuhan dan aset bernilai tinggi lain, akses istimewa kepada pasaran dan hak ke atas projek-projek tambahan dengan syarat-syarat yang memberikan keutamaan.
Mungkin ada hujah mengatakan sememangnya ada, pada hakikatnya, contoh pinjaman pemangsa di mana hutang digunakan untuk memerangkap negara kecil.
Ia seharusnya menjadi perhatian negara-negara yang kuat meminjam dari China.
Prasarana kritikal
China juga unik dalam tumpuan strategik terhadap sektor ekonomi yang kritikal. Tidak ada negara lain, sebagai contoh, terbabit dalam banyak projek pelabuhan di Malaysia secara serentak – Pelabuhan Kuala Kedah, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang (Pulau Carey), Pelabuhan Kuala Linggi, Pelabuhan Melaka, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Samalaju – dan dalam hampir setiap projek landasan kereta api baharu di negara ini.
Sebagai perbandingan, pelaburan dan kontrak besar lain membabitkan syarikat swasta bukan kerajaan yang berlainan dari negara berbeza dan tersebar di beberapa sektor yang berbeza.
Apakah implikasi ke atas keselamatan negara sekiranya sebuah negara, terutamanya yang mempunyai cita-cita geopolitik, dibenarkan untuk mendominasi prasarana pengangkutan kita?
Menariknya, negara-negara lain jauh lebih berhati-hati apabila ia melibatkan syarikat asing memperoleh kawalan ke atas prasarana kritikal.
Australia, contohnya, menubuhkan “Pusat Prasarana Kritkal” untuk menyelia aset-aset utama dan menilai sama ada bidaan yang diterajui entiti asing ke atas aset-aset utama termasuk grid elektrik dan pelabuhan menimbulkan sebarang risiko keselamatan kepada negara.
Laut China Selatan
Dan akhirnya, China juga satu-satunya negara di rantau ini yang agresif mencabar kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia.
Unit tentera laut dan pengawal pantai Cina secara kerap dan berterusan menceroboh perairan dan mengganggu nelayan kita, dalam usaha mereka meletakkan tuntutan ke atas terumbu-terumbu, beting-beting dan pulau-pulau milik Malaysia di Laut China Selatan.
Sama ada kita mahu mengakui atau tidak, kita berdepan krisis keselamatan di Laut China Selatan yang semakin meningkat tanpa strategi rapi untuk menanganinya.
Walaupun tiada siapa mahu melihat isu ini melarat, tidak ada gunanya kita berharap pada negara yang mencabar kita mempertahankan kedaulatan kita atau bermesra dengan tentera laut yang menceroboh perairan kita dan mengganggu nelayan kita.
Bukan negara biasa
Untuk semua sebab-sebab ini, China tidak seperti mana-mana negara lain yang pernah kita hadapi.
Walaupun China terlalu besar, terlalu penting untuk diketepikan atau dilayan seperti musuh, kerana itu juga ia perlu ditangani dengan cermat dan realis dan diikuti dengan tumpuan strategik secukupnya.
Janganlah kita terlalu terpesona dengan peluang sehingga tak nampak bahaya yang menanti, terkejar-kejar projek menarik dan tawaran lumayan hingga kita tidak nampak keadaan keseluruhan secara jelas kerana tertumpu pada perkara-perkara tertentu, jadi niat, asyik dengan agenda peribadi dan keuntungan sendiri sehingga terlepas pandang kepentingan negara.
China bukan negara biasa, sangat berbeza dengan negara-negara lain yang pernah kita hadapi; berpura-pura sebaliknya adalah bodoh dan bendul.
Dennis Ignatius adalah pembaca FMT.
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.

Betul tu.....Nape tak sabar dan bengap sangat?

Amanah, telefonlah, bukan guna media
ATIRAH HASLI - 5 FEBRUARI 2017
Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) yang secara terbuka meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendedahkan hasil pertemuan bersama Pas awal Februari lalu dikatakan tidak wajar.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Amanah sepatutnya tidak perlu menggunakan media untuk mengutarakan kemahuan mereka kepada Bersatu.

"Tidak perlulah Amanah pergi minta secara terbuka. Patut telefon (buat panggilan) sajalah dan minta kepada Bersatu apa yang mereka mahu.

"Saya anggap ia tindakan tidak wajar," katanya kepada Sinar Online.

Kata Mahfuz, Amanah tidak perlu mengingatkan Bersatu untuk melapor hasil pertemuan itu kerana ia sudah menjadi tanggungjawab Bersatu untuk berkongsi hal tersebut dengan Pakatan Harapan.

"Oleh kerana Bersatu sudah ada kerjasama dengan Pakatan Harapan, sudah tentulah mereka akan menyampaikan maklumat kepada rakan pakatan. 

"Parti yang ada tidak perlulah meminta atau mengingatkan Bersatu secara terbuka untuk berkongsi laporan penuh pertemuan dengan Pas," katanya lagi.

Kerana politik, geng serban dah pandai fitnah?

PAS fitnah, kontrak mufti disambung 4 kali, kata exco

  | February 5, 2017
Exco hal ehwal Islam negeri itu menjelaskan Hassan tidak digugurkan, sebaliknya kontraknya disambung 4 kali selepas fatwa Kalimah Allah diwartakan.
GEORGE TOWN: Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden memfitnahkan kerajaan negeri dengan mendakwa ketua menteri mengarahkan Datuk Seri Hassan Ahmad digugurkan sebagai mufti kerana isu Kalimah Allah dan campur tangan dalam hal berkaitan fatwa, kata exco Pulau Pinang.
Datuk Abdul Malik Kassim berkata, kerajaan negeri sebenarnya sudah menyambung kontrak Hassan sebanyak 4 kali, selepas fatwa Kalimah Allah diwartakan.
“Tuduhan itu fitnah dan berniat jahat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Sebagai seorang yang memahami ajaran Islam dan hukum-hakam, beliau sepatutnya memahami dosa fitnah.
“Sebagai seorang bergelar ustaz, Afnan tidak sewajarnya membuat tuduhan semberono terhadap kerajaan negeri. Meskipun tohmahan itu ditujukan kepada pemimpin bukan Islam, Allah melarangnya,” tulisnya di Facebook beliau.
Malik berkata, fatwa kalimah Allah bersama 39 kalimah suci Islam lain diwartakan kerajaan Pulau Pinang pada 29 April 2010, ketika Hassan menjadi mufti negeri, jawatan yang dipegang beliau sehingga 2014.
“Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengambil alih jawatan mufti daripada Hassan pada 7 Jun 2014, iaitu selepas 4 tahun pewartaan kalimah Allah oleh kerajaan negeri. Dalam tempoh 4 tahun, Hassan disambung kontraknya setiap tahun, iaitu sebanyak 4 kali.”
Rabu lalu, Afnan yang juga setiausaha Pemuda PAS mendakwa kontrak Hassan tidak disambung pada Jun 2014 kerana beliau membantah arahan Lim berhubung penggunaan kalimah Allah yang bertentangan Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.
Bagaimanapun, Lim hanya mengeluarkan kenyataan membenarkan orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah 6 bulan kemudian, iaitu pada Disember 2014.
Afnan turut mendakwa selepas fatwa Kalimah Allah diwartakan, Lim mengarahkan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri memastikan semua fatwa dikemukakan dalam mesyuarat exco, sebelum dihantar ke Istana Negara untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Malik berkata, beliau mendapat nasihat terus daripada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kebanyakan urusan berkaitan hal ehwal Islam di Pulau Pinang, bukannya Lim.
“Hal pelantikan mufti, yang di-Pertua dan ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang disyorkan serta diluluskan Anwar. Tidak ada sebarang campur tangan oleh Lim Guan Eng.
“Exco dan kerajaan negeri tidak pernah mencampuri urusan fatwa atau menghalang sebarang pewartaan fatwa.
“Kerajaan negeri tidak berhasrat untuk memanjangkan polemik tidak berasas ini.”
Mahkamah Persekutuan pada pertengahan 2014 melarang majalah mingguan gereja Katolik, Herald menggunakan kalimah Allah.
Kaitan:
Setiausaha Pemuda PAS berkata, Hassan membantah arahan Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah kerana ia bertentangan Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang menegaskan dakwaan itu benar dan bukan fitnah yang direka terhadap kerajaan negeri pimpinan DAP.
Mufti Pulau Pinang mufti berkata fatwa melalui exco kerajaan negeri hanya untuk pemberitahuan sebelum dihantar ke pejabat penasihat undang-undang negeri.

Hanya Mukhriz anggap serius, Hadi hanya pandang remeh jer!

Bukankah kata putus ditangan Hadi dan DUP?
Mahfodz Mohamed awal-awal lagi dah gertak dan letakkan syarat?

Mukhriz: Perbincangan PAS-BERSATU lebih serius dari apa Hadi bayangkan
Zikri Kamarulzaman      Hari ini, 12:17 tengahari
Pertemuan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah lebih serius daripada apa yang dibayangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata, mereka telah bertemu sebanyak tiga kali dengan "pasukan perunding" PAS, dan kemajuan yang dicapai semakin menggalakkan.

Bagi beliau, ia bukan setakat perbincangan biasa seperti apa yang dibayangkan oleh Hadi.

Mukhriz memberitahu Malaysiakini demikian ketika ditemui di Felda Jengka, Pahang malam tadi.

Beliau menjelaskan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa beliau keliru dengan respons Hadi mengenai pertemuan tersebut.

Hadi pada Khamis lalu berkata perbincangan PAS-BERSATU hanyalah satu pertemuan biasa.

Presiden PAS itu dipetik oleh akhbar New Straits Times sebagai berkata bahawa sebarang keputusan rasmi perlu dibuat secara kolektif oleh jawatankuasa pusat PAS, dan bukan seorang individu.

PAS dan BERSATU telah mengadakan pertemuan tertutup pada hari Rabu.

Mukhriz dan rakan sejawatannya dari PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengeluarkan kenyataan bersama bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal untuk membincangkan terma-terma mengenai kerjasama itu.

Mukhriz berkata beliau masih berharap satu persetujuan dapat dicapai dan tidak akan mengambil hati terhadap kenyataan Hadi itu.

Katanya, Hadi mungkin tidak mendapat taklimat sepenuhnya mengenai perkara itu.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berkata bahawa perjanjian itu - yang dijangka beliau akan ditandatangani tidak lama lagi - akan menyatukan pembangkang

BERSATU mahu meyakinkan PAS untuk bertanding satu lawan satu menentang BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Bagaimanapun, PAS tidak sehaluan dengan sekutu BERSATU dalam Pakatan Harapan, iaitu parti serpihannya, AMANAH dan DAP.

AMANAH dan PAS dijangka akan bertanding menentang satu sama lain.

BN tawan Kelantan PRU14: Yang aku nampak pun gitulah......

BN yakin tamatkan penguasaan Pas di Kelantan
MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB  |  02 Februari 2017 11:31 PM
Mohamad Fatmi bersalam dengan ahli parti-parti komponen BN dalam majlis perjumpaan khas serta pengumuman jentera BN Kota Bharu di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 2 Feb. - Barisan Nasional (BN) yakin memperolehi sekurang-kurangnya 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus menamatkan penguasaan 27 tahun Pas di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bendahari UMNO negeri, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, keyakinan tersebut berdasarkan kesungguhan serta kerja kuat parti itu membantu rakyat selain dibantu perpecahan pembangkang.

"Bukan setakat 12 kerusi, mungkin akan bertambah dan membentuk kerajaan. Faktor dimana UMNO yang tidak pernah berhenti bekerja untuk rakyat selain mempunyai jentera kukuh dilihat mampu memberi kelebihan kepada parti itu menang pada PRU-14," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas serta pengumuman jentera BN Kota Bharu di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Rosmadi Ismail; Ketua MCA Bahagian itu, Tan Ken Ten dan seluruh kepimpinan komponen BN Kota Bharu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Fatmi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu berkata, BN mampu merampas kembali Parlimen Kota Bharu pada PRU-14 meskipun kawasan tersebut dianggap sebagai kubu kuat Pas.

"Hari ini, kita lihat BN Kota Bharu menunjukkan solidariti serta semangat perpaduan yang cukup kuat dalam kalangan parti-parti komponen sekaligus berjaya membentuk kekuatan dalam menghadapi pilihan raya," katanya. 

Malaysia jadi 'budak suruhan' Trump?

MP: Malaysia jadi 'budak suruhan' Trump?
04 Februari 2017 | MALAYSIA DATELINE

Penghantaran bantuan ke Myanmar hanyalah 'lakonan' untuk menjadikan rakyat lupa terhadap sikap berdiam diri Umno dan Pas sewaktu Pakatan Harapan membawa usul berkaitan Rohingya di Parlimen pada November tahun lalu.
Raja Bahrin Shah

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah berkata, pelancaran 'Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar' semalam juga bagi menjadikan rakyat lupa mengenai sikap Malaysia yang tidak mahu menerima pelarian Rohingya pada tahun 2015.

"Semasa rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum berkumpul membantah tindakan kejam di kedutaan Amerika, Umno dan Pas berkumpul untuk merasmikan pelancaran Flotilla untuk Rohingya.

"Penghantaran bantuan ini hanyalah "simbolik" dengan sikap - "ambillah bantuan ini tetapi kedatangan kamu tidak diterima di bumi Malaysia".

"Mereka amat perlu bantuan lebih dari sokongan sandiwara kepentingan politik Umno dan Pas," katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, sikap Malaysia ini sama seperti seperti sikap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang menyekat kemasukan rakyat daripada tujuh negara Islam ke negara itu.

"Sudah berminggu-minggu Amerika mengharamkan kemasukan rakyat dari tujuh negara Islam tetapi Malaysia masih sepi membisu tanpa pendirian.

"Tetapi di Malaysia dan di kampung kononnya kerajaanlah juara perpaduan ummah yang sempit untuk Islam dan Melayu.

"Di manakah penyatuan dan perpaduan ummah menyeluruh seperti dituntut dalam Islam" soalnya.

Beliau juga mendakwa, Malaysia menjadi 'budak suruhan' Trump yang diisytihar rasis dan anti Islam oleh hampir seluruh dunia.

"Rakyat Yaman yang ingin lari ke Amerika untuk menyelamatkan diri disekat memasuki negara itu dan terperangkap untuk terus dibom oleh senjata bekalan Amerika, Britain dan Perancis dengan pengetahuan Malaysia yang bersama mereka di Riyadh.

"Kita menjadi pemerhati bisu kehormat dari dekat menyaksikan kekejaman pembunuhan "jenayah perang" saperti dinyatakan olih lapuran 67 muka Bangsa-bangsa Bersatu yang dibentang Jumaat lepas," katanya.

Dakwanya lagi, Malaysia hanya menjadi budak suruhan Trump dan kepentingan umat Islam sedunia bukan keutamaan tetapi menyelamatkan Najib dan BN lebih penting bagi mereka.

"Kalau bersuara tentang pengharaman tujuh negara Islam akan mengundang risiko kes 1MDB di Amerika. Kalau bersuara tentang Yaman akan terbongkar rahsia "derma RM2.6 billion dari keluarga di Raja Arab Saudi".

"Pada berkata-kata, baiklah Malaysia membisu diri isu tujuh negara Islam yang dihalang Amerika dan terus membantu serangan tidak berperikemanusiaan sekutu Arab Saudi ke atas Yaman.

"Demi perpaduan Umat Islam sedunia atau demi keselamatan Perdana Menteri Najib? soalnya lagi. 

Saturday, February 4, 2017

Pemimpin Pas berbaju logo Utusan: Adakah sesiapa lagi di kalangan pembangkang yang nak hiraukan apa yang PAS lakukan?

Pemimpin Pas berbaju logo Utusan, Najib kata Flotilla lambang perpaduan
04 Februari 2017 | ARIF ATAN
Muslimat Pas kelihatan gembira dengan berpakaian berlogokan Utusan dan Media Prima

'Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar' yang diketuai Umno semalam menyaksikan pemimpin Pas turut mengenakan pakaian berlogokan Utusan Malaysia dan Media Prima.

Antara mereka yang memakai baju berwarna putih dan berlengan panjang itu Ketua Dewan Muslihat Pas Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan beberapa pimpinan sayap wanita parti itu.

Turut berpakaian sama Ahli Jawatankuasa Pas Pusat seperti Dr Riduan Mohd Nor dengan masing-masing menyarung jaket perang berlogokan Pas.

Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat hanya berpakaian kemeja panjang putih berjalur dengan jaket berwarna coklat itu.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (tengah) menggantikan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan

Penampilan pemimpin Pas bersama logo Utusan Malaysia itu dilihat bercanggah dengan pendirian pembangkang sebelum ini yang pernah melancarkan kempen memboikot akhbar tersebut beberapa bulan berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

Tindakan berkenaan diambil ekoran sikap media yang dikuasai Umno-BN itu yang cenderung menyiarkan laporan negatif berkaitan blok pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak turut mengakui misi bantuan yang membawa 2,200 tan makanan dan ubat-ubatan itu bukan sahaja perlambangan perpaduan Umno dan Pas bahkan perpaduan ummah.

Walau bagaimanapun, tiada pemimpin Melayu Islam dari PKR, Amanah, Bersatu dan DAP yang turut diundang dalam majlis pelepasan kapal 'Nautical Aliya' ke Yangon itu.

Hadir sama dalam majlis yang sebelum ini diuar-uarkan akan dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan slot membaca doa adalah Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Turut serta Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan masing-masing berpakaian lengkap baju Melayu.

Antara pemimpin Umno yang hadir Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Johari Abdul Ghani; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Padah cabul, raba buah dada penunggang wanita

Rupa-rupanya, ya Allah! Dia ambil kesempatan meraba payu dara saya.
 
Padah cabul dada penunggang wanita

KUALA KETIL, KEDAH - Padah meraba wanita yang sedang menunggang motosikal, seorang lelaki cedera selepas terjatuh ditendang oleh mangsanya. 

Dalam kejadian jam 8 pagi tadi di Kampung Pantai Cicar itu, mangsa, Artiyna Ikhwan, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis waktu bekerja, diekori oleh suspek yang menunggang motosikal. 

"Dia mengekori saya dari belakang, masuk ke kampung. Bila saya bawa motor perlahan dengan harapan dia boleh memintas saya. Tetapi dia tidak berbuat demikian. 

'Bila saya tunggang lebih laju, dia pun ikut sama. Dalam hati dah risau dan kepala dah fikir macam-macam. Manalah tahu kalau dia nak meragut saya atau lain-lain. 

"Rupa-rupanya, ya Allah! Dia ambil kesempatan meraba payu dara saya. Kebetulan kaki saya pada ketika itu memang sudah bersedia untuk menendang motosikalnya, terus saya tendang," katanya. 

Suspek yang gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar sebatang tiang elektrik sebelum terbaring di tepi jalan. Suspek cedera teruk di bahagian muka. 

Meskipun masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu, namun Artiyna lega suspek dapat ditahan.

Justeru, mangsa menasihatkan agar golongan perempuan lebih berhati-hati apabila menunggang motosikal seorang diri. - The Reporter