Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 29, 2016

Ciss.........betapa bengong dan angkuhnya ahli PAS ini, tak padan dengan kopih bertenggek di kepala!

Rapelson Jawab Ahli PAS Yang Hinanya Kerana Cacat...

Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi N26 Gedong, Rapelson Richard Hamit hari ini menjawab kritikan dan penghinaan yang dilemparkan kepadanya oleh ahli PAS, hanya kerana beliau seorang OKU.

Rapelson dengan rendah diri dan penuh budi bahasa mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghinanya itu dan menyatakan beliau tidak marah atau kecewa kerana menurut Rapelson, kecacatannya itu adalah "anugerah Tuhan", dan mereka yang mengenal Tuhan mereka, mereka tidak akan pertikaikan pemberian Tuhan.

"Walaupun saya cacat, tetapi saya tidak khianati rakyat. Bahkan saya telah membela rakyat," demikian tulis Rapelson.

"Bukan beribu ekar tanah yang saya kehendaki, tapi khidmat dan budi yang akan saya taburi," tambahnya.

Tulisan Rapelson itu adalah sebagai jawapan seorang ahli PAS bernama Mohd Mahyuddin Mohd Yusoff yang katanya hujjah dari kitab Imam Mawardi, dimana dikatan kitab itu menyebut syarat untuk menjadi khalifah (atau pemimpin) mestilah sempurna anggota supaya tidak mengganggu tugas sebagai pemimpin dan melaksanakan tugas dengan berkesan.

Beliau lalu memetik dari Al-Quran (tanpa menyebut ayatnya) syarat untuk menjadi pemimpin ialah Qowi (kuat, layat) dan Amin (amanah).

Beliau mempersoalkan AMANAH kerana mencalonkan Rapelson kerana menurutnya dengan mencalonkan OKU untuk tugas besar seperti wakil rakyat dianggap mengiktiraqf OKU atau membebankan mereka.

Pengarah Pendidikan Politik Pemuda AMANAH, Hasbie Muda menyatakan beliau amat terkejut kerana PAS yang mendakwa sebagai parti Islam bersikap seperti itu ke atas seorang hamba Allah S.W.T

“Terkejut saya bila ada ahli PAS pertikaikan tindakan AMANAH mencalonkan seorang OKU dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Diguna nas al qawwi al amin serta petikan tulisan ulama untuk sokong hujahnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasbie berkata, apakah dia terlupa bekas Timbalan Yang Dipertua PAS satu waktu dahulu, Prof Zulkifli Muhammad juga seorang OKU.

Menurutnya, Zulkifli mengalami kecacatan pada kaki dan tangannya kesan penyakit polio yang dihidapi sewaktu kecil.

“Prof. Zulkifli dicalonkan untuk kerusi Bachok dan beliau menang.

“Mahu kritik pun berpada-padalah. Jangan selewengkan nas untuk menutup kejahilan kamu,” tegasnya.

Tulisan Mahyuddin itu juga telah mendapat kritikan hebat dari netizen yang bukan dari kalangan ahli AMANAH.

R.A.M.M. menulis di facebooknya, 
Mamat Bodoh mana dok tafsir maksud Qawwi dan Al Amin itu pada tubuh Anggota tu.. ni lah kalau Jenis Khawarij.. tafsir ayat dan hadis pada maksud zahir ayat.. atau menafsirkan secara Literal.. Aku pun Selalu guna Hujjah Qawwi Al Amin.. tapi takda lah sebodoh mamat ni mengaitkan dgn Pencalonan Calon Amanah dari kalangan OKU.. kalau ikut tafsir mamat ni, PAS tak boleh lah ada Calon Perempuan.. Perempuan tak kuat mcm Lelaki..Cuba tanya Mamat ni, Sheikh Ahmad yassin dulu duduk atas Kerusi Roda.. mana dalil Qawwi Al Amin tu? Tok Guru Nik Aziz pun sakit.. Lemah.. mana tafsiran Qawwi Al Almin tu.. ni Nak Habaq mai.. Kalau Boleh jalankan Amanah..tak kira lah Fizikal dia mcm mana.. Qawwi itu pada Kebolehan memimpin.. bukan kekuatan Fizikal bro.. Karpal Singh dulu..Duduk atas Kerusi Roda..tapi masih boleh dok pergi Mahakamah.. Berlawan dalam parlimen.. Jgn badan sihat, tapi asyik ponteng candat Sotong.. Tu yg orang Panggi takda sifat Al Amin.. tu lah org tak amanah makan gaji Buta...

Dicatat oleh Green Boc di 10:17 PTG  

Thursday, April 28, 2016

Pencipta hantu mungkin akan berkubur!

Generasi muda utamakan kawan berbanding kaum – tinjauan
 | April 28, 2016
Perkara itu didedahkan menerusi siri kedua kajian CENBET yang membabitkan 1,056 penduduk di Semenanjung Malaysia.
chenbet
PETALING JAYA: Meskipun rasisme dikatakan semakin mencengkam Semenanjung tanahair, tinjauan Centre for Better Tomorrow (CENBET) memberi beberapa petunjuk memberangsangkan untuk masa hadapan kepelbagaian kaum.
Tinjauan itu mencerap maklum balas daripada 1,056 responden di kawasan bandar dan luar bandar Semenanjung Malaysia, dari Pulau Pinang dan Pantai Timur hingga ke Johor.
Dibahagikan mengikut empat braket umur (18-25, 26-35, 36-45 dan 56 ke atas), tinjauan dibuat secara rawak, bersemuka dan berdasarkan penilaian kendiri kecenderungan perkauman responden.
Dari segi hubungan kaum, 42% dalam kalangan braket umur pertama (18-25) dan 31% (26-35) daripada braket umur kedua mendahulukan kawan berbanding kaum, manakala 49% dan 56% daripada braket umur yang sama memilih kawan tanpa melihat warna kulit.
Kecenderungan itu ditunjukkan meskipun 30% dan 31% daripada braket umur yang sama mengakui ada unsur-unsur rasisme dalam diri mereka.
Malah, 49% dan 38% daripada braket umur yang sama bersetuju Malaysia berada di ambang pergaduhan antara kaum.
“Kajian ini diharap dapat membantu kerajaan untuk merangka dasar dan kemudian menilai pelaksanaan satu-satu dasar itu,” kata Presiden CENBET, Gan Ping Sieu.
Tren mendahulukan insan berbanding kaum turut ditemui dalam dinamik ekonomi dan politik antara kaum.
Warna kulit bukan faktor dalam penilaian penganugerahan projek, pengambilan kakitangan baharu dan langganan perkhidmatan buat 88% daripada braket umur pertama dan 82% daripada braket umur kedua.
Hanya 9% dan 15% daripada braket umur yang sama mengambil kira faktor warna kulit.
Ditanya sama ada dasar berasaskan kaum relevan atau tidak, 45% daripada mereka yang berumur 18 ke 25 tahun dan 51% mereka yang berumur 26 ke 35 tahun mengatakan tidak.
Rata-ratanya sedia memilih wakil rakyat daripada kaum berbeza (63% dan 55%), dan 26% daripada braket umur pertama dan 21% daripada braket umur kedua sedia menerima bukan Melayu sebagai Perdana Menteri.
66% dan 70% dalam kalangan braket umur yang sama menolak.

# Maknanya momok yang dicipta UMNO sudah tidak digeruni lagi oleh generasi muda dan pencipta hantu mungin akan berkubur!

Yang ni aku setuju

Perbalahan PKR-DAP hakis keyakinan rakyat

 | April 28, 2016
Ramkarpal berkata, perebutan kerusi antara sekutu dalam Pakatan Harapan telah mengecewakan rakyat Sarawak
ramkarpal-dap-pkr-sarawak
KUCHING: Perbalahan berterusan antara PKR dan DAP berhubung pertindihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pakatan pembangkang.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh tidak bersetuju dengan perebutan kerusi antara kedua-dua parti itu, di mana kedua-dua pihak enggan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah itu.
“Terus terang saya katakan, pertandingan tiga penjuru antara ahli Pakatan sendiri sangat tidak wajar.
“Tetapi, saya rasa sampai ke tahap tertentu, rakyat telah dikecewakan oleh tindakan tidak bertanggungjawab itu.
“Ia akan menghakis keyakinan orang ramai. Tetapi, kami (Pakatan Harapan) akan cuba terangkan kepada rakyat, bagi mengembalikan keyakinan mereka,” katanya kepada FMT, semalam.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang kesal dengan isu itu, turut mengikut jejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang memohon maaf kepada rakyat.
“Apa pun, ia telah berlaku. Amat dikesali perkara sedemikian berlaku dan sudah tentu kami ada sebab tersendiri dan PKR juga mempunyai alasan mereka.
“Kami memohon maaf kepada pengundi Malaysia dan Sarawak, kerana tidak dapat memastikan pertandingan satu lawan satu.
“Tetapi apa pun, kami perlu teruskan,” katanya kepada FMT selepas menghadiri satu ceramah DAP, semalam.
Kelmarin, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dilaporkan sebagai berkata, parti itu bersedia menarik diri daripada bertanding di kerusi Batu Kitang dan sebagai pertukaran, PKR perlu berundur daripada lima kerusi lain yang turut ditandingi DAP.
Bagaimanapun, PKR semalam menegaskan, mereka tidak akan menarik diri daripada enam kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, seperti yang dicadangkan sekutunya, DAP.

Laa.......patut ler......baru berapa bulan di kerusi tu, negeri dijadikan milik peribadi!

Ikut perangai sape tu?

EXCO Terengganu tidak pernah bincang isu beri pulau pada Dr Zakir
 | April 28, 2016
EXCO Terengganu tidak pernah bincang isu beri pulau pada Dr Zakir
ghazali-taib_ahmad-razif_zakir-naik_600
KUALA TERENGGANU: Cadangan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib mendedahkan cadangan sebaliknya keputusan peribadi Ahmad Razif dan beliau mempunyai alasan tersendiri berhubung perkara itu.
“Oleh kerana Menteri Besar yang cakap, maka kena tanya pada beliau. Isu ini juga tidak pernah dibincangkan di dalam mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Terengganu,” katanya kepada FMT.
Malah, menurut ADUN Ajil itu sebarang penggunaan rizab tanah Kerajaan Terengganu hendaklah mendapat persetujuan daripada Tuanku Sultan.
“Semua tanah di Terengganu ini selain milik individu, adalah kepunyaan kerajaan dan Raja. Bahkan keputusan muktamad Ahmad Razif (mahu beri tanah kepada Dr Zakir Naik) terletak pada Tuanku Sultan. Kalau Tuanku Sultan kata tidak boleh maka kena akur malah, membuat pengumuman tanpa maklum kepada Tuanku Sultan pun sudah dikira salah,” katanya.
Difahamkan, tindakan Zakir memberi syarahan di Terengganu turut tidak disenangi Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, kerana dikhuatiri mungkin menyebarkan ajaran sesat.
Menurut laporan China Press, selain menghadiri ceramah pendakwah dari India itu, Ahmad Razif turut menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir, bagi tujuan penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di negeri itu.
Tindakan Ahmad Razif menyokong pendakwah kontroversi juga diduga sebagai punca darjah kebesarannya dilucutkan Sultan Terengganu.

Pakatan Pembangkang: Hanya dua parti saja boleh 'diyakini'

Only a DAP-Amanah Opposition pact ‘believable’, says Zaid

 | April 28, 2016
Former minister says the two parties have a close affinity with each other and should only maintain a "loose arrangement" with PKR.
zaib-ibrahim_sarawak_pakatan_600_1
PETALING JAYA: After the disappointing squabble over seats between DAP and PKR in view of the Sarawak election next month, former law minister Zaid Ibrahim now feels that the only “believable” Opposition pact would be one between DAP and Parti Amanah Negara (Amanah) minus PKR.
He said this was the third time DAP elder Lim Kit Siang has had to “grovel” and apologise to the people for friction among those within the Opposition pact, the first being the 13th General Election in 2013 and later when PAS exited Pakatan Rakyat.
“The Opposition has always been fractious but to show its penchant for disunity in the way it has in the Sarawak election is unforgivable,” Zaid wrote in his blog today.
“The best hope for a truly believable Opposition pact is between DAP and Amanah. The two parties have a close affinity and should constitute the core Opposition,” Zaid suggested, confident that discussions on seat allocation between the two would be “more meaningful” as there was a higher chance both would honour any arrangements agreed upon.
He said the DAP-Amanah pact could maintain a “loose arrangement” with PKR although he advised against forming any future electoral pacts as these were a waste of time and would likely only lead to “worse acrimony”, something Barisan Nasional would use to their advantage.
Zaid also voiced his reservations over PKR, saying it was a party that believed one of its leaders i.e. Anwar Ibrahim, would be the next prime minister should Umno exit the political scene.
He also said PKR was however divided in that while Nurul Izzah, Rafizi Ramli and Saifuddin Nasution would likely have “important key positions” should Anwar become PM, there was already another group within the party led by its deputy president Azmin Ali who already believed the party was under their control, and that it was they who would make key decisions and not anyone else.
“PKR under Azmin will be flexible and it is not inconceivable that PKR+PAS or PKR+Umno deserters will be on the menu for the consideration of voters,” Zaid predicted.
Political pacts aside, Zaid said politicians should start offering Malaysians a credible political platform that took the interests of the people to heart, and added, “They need only form alliances with a view towards forming a government after they have obtained the mandate of the people when the General Election results are known.”
He said there was no need for Opposition politicians to follow the BN formula of “ganging up to win as many seats as possible” regardless of the individual party’s manifestos.

Politik Malaysia yang sentiasa hasilkan modal bualan

DUNIA POLITIK MALAYSIA YG SENTIASA MENGHASILKAN BAHAN UNTUK PERBUALAN.

Sepanjang tahun 2015 sehinggalah kepada sekarang April 2016,dunia politik Malaysia tidak lengkang dengan pelbagai ISU yg menyenakkan pemikiran rakyat.

Sepanjang tahun 2015, ISU 1MDB,ISU NAJIB ADA 2.6 BILLION DALAM AKAUNNYA  DAN MINATNYA PAS TERHADAP UMNO antara bahan-bahan yg telah dihidangkan sebagai bahan untuk rakyat memikirnya. Dikala sepanjang 2015 sehinggalah awal 2016, semua isu itu penuh dengan penafian dan cuba digambarkan bahawa 1MDB sebenarnya BUKAN sebuah Syarikat yg SAKIT. Najib juga dengan penuh yakin menafikan adanya 2.6 Billion itu benar-benar wujud dalam AKAUNNYA. Bagi isu UG dengan UMNO,PAS konsisten mengatakan ianya tidak akan berlaku dan umno adalah lawan politik PAS!

Menjelang 2016, segala yg dinafikan sebelum ini mula menampakkan wajah kebenarannya. Mereka yg dituduh sebagai penipu dan cuba menfitnahkan 1MDB dan NAJIB mula diakui oleh rakyat sebagai pihak yg terlebih dahulu mempunyai nilai sensiviti kepada penyelewengan begitu tinggi nilainya.. Diperingkat ini, apa pun bantuan tukang nafi dan tukang sokong samada dari lebai,ulamak atau pun pembodek disekeliling NAJIB serta para pengampunya dianggap oleh rakyat tidak lebih sebagai BADUT yg kelaparan DEDAK POLITIK!

April 2016 akan berakhir tidak berapa hari je lagi. April tahun ini akan berakhir dengan membawa bahan tentang PERLUCUTAN GELARAN pemberian oleh istana Terengganu kepada MB RAZIF.

MAT SAID LEBAH TERENGGANU,MENYENGGAT TANPA MENINGGALKAN SENGATNYA!

Penghujung tahun 2016 juga memperlihatkan sesuatu yg sukar diterima di PRN Serawak bagaimana PAKATAN HARAPAN yg dipercayai mampu mengalas sebagai lawan utama BN di Serawak telah bercelaru tentang penempatan calon.

Kesemua peristiwa yg dilontarkan oleh parti politik sebagai bahan politik kepada rakyat telah didatangkan dengan anggapan RAKYAT MALAYSIA BODOH POLITIKNYA. Mereka lupa kita bukan lagi ditahun 1967 yg kekangan teknologi begitu ketara wujud pada ketika itu. WE ARE NOW IN YEAR 2016.

TEKNOLOGI MAKLUMAT KINI HANYA PERLU ADA INTERNET DAN TALIPON YG PENUH BATERINYA.SEGALANYA DIHUJUNG JARI!

MESRANYA PAS BERSAMA UMNO TIDAK LAGI MENUNGGU KETIKA LAMPU BILIK TIDUR DIPADAMKAN. Bahkan di tempat awam pun boleh dilihat hilai ketawa dan tepuk tampar pasangan yg bahagia ini.

JODOH PERTEMUAN MILIK ALLAH!

Bagi semua senario yg wujud itu tidak pelik kerana ianya telah dijangkakan. YANG PELIK DAN AGAK MENGUSARKAN IALAH APABILA VIDA DARI QU PUTEH membayangkan untuk tidak meneruskan tajaan terhadap TRW setelah Preseiden KAFA telah berjaya meletakkan dua jari dipipi dengan tepat!

Juga agak mengeruh dan mengusarkan ialah apabila Presiden KAFA membayangkan agar TOK LEBAI AMBIL ALIH KERUSI PRESIDEN KAFA MENEPATI SEJAJAR/KEHENDAK VIDA UNTUK MENJADIKAN PEMAIN KELANTAN BERMUQADAM SEBAGAI SALAH SATU AKTIVITI PEMAIN BOLASEPAK KELANTAN!

BERDARAH DIKEPALA MB KELANTAN DAN NIK AMAR MEMANGKU JAWATAN MB KELANTAN SEMENTARA ATAU SELAMANYA MUNGKIN MENJADI BAHAN UNTUK MEI YG BAKAL MENJELANG!

NYAMUK MENGGIGIT

Rafizi mengimbau masa lalu......

Saya pasti ramai di dalam ni masih ingat 2 September 1998.

Saya tidak pernah lupa. Saya ambil kapal terbang (kali pertama naik kapal terbang domestik) dari Kuantan ke KL bila ditelefon jam 10pg bahawa Saudara Anwar akan dipecat.

2 minggu saya di KL ada beberapa helai baju saja. Tidur di pejabat PKPIM di Kg Baru. Pergi mana2 membonceng dgn Sdr Amidi Abdul Manan naik motor Honda Cup dia (dia presiden PKPIM pada ketika itu).

Kerja pertama diberikan kepada saya ialah menjadi pengarang Suara Mahasiswa yang pertama. Tiap2 hari di UIA UPM dll kami pimpinan siswa ketika itu turun bakar Utusan ramai2. Kami edar Suara Mahasiswa sebagai simbolik media perdana tak boleh pakai.

Malam bagi ceramah kecil2 kalau tidak ke rumah DSAI.

Saya diminta meninggalkan negara cepat takut ada tangkapan. Jadi saya balik ke UK lebih awal sebelum 20 September. Pada hari itu pimpinan siswa lain - Amidi, Shabrimi semua ditahan dibawah ISA.

Masa itu tidak ada KEADILAN. Tidak ada parti. Tidak ada strategi politik. Tidak ada jawatan. Tidak ada ego.

Yang ada hanya mencari kebenaran dan membela mereka yang dizalimi. Ketika itu saya yang tidak pernah ada apa-apa hubungan kepartian turun kerana naluri kita membenci yang zalim.

Saudara Anwar dizalimi dan beliau mengajak rakyat melawan yang zalim. Kita sokong beliau kerana kita rasa beliau berada di pihak yang benar.

Anwar bercakap benar, Anwar cuba berlaku adil, Anwar jujur. Yang musuh rakyat pada ketika itu Mahathir pula berbohong, zalim, pecah amanah. Matlamat menghalalkan cara.

Sekarang kita semua jadi orang politik. Semua ada jawatan baik bergaji atau tidak.

Semua bincang strategi politik.

Saya harap kita tidak pernah sekali pun melupakan kenapa kita turun pada 2 September 1998 atau pada 20 September 1998.

Kita mencari kebenaran. Kita melawan yang zalim. Kita benci pembohongan dan pembodohan.

Malanglah sekali jika selepas begitu banyak pengorbanan dan parti yang lahir dari semangat itu sudah di ambang kuasa; kita lupa kenapa kita masuk gelanggang dulu2.

Kita boleh bersaing, boleh ada strategi. Kita boleh berunding dengan sesiapa.

Tapi jangan lupa niat di hati dan jangan sampai ketepikan naluri mencari kebenaran. Berkatalah benar walaupun itu kepada ayah kita sendiri atau pemimpin yang kita sayangi.

Berlakulah adil kepada semua. Jika tidak sia-sialah kerana reformasi yang kita laungkan itu sudah lompong.

Rafizi Ramli
Anak muda umur 21 tahun pada 2 September 1998

Pakatan Harapan masih mewarisi sikap dan tingkah laku "degil"

Isu berkaitan pertindihan calon antara DAP dan PKR,  di lima kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak; Mambomg, Ngemah, Simanggang, Batu Kitang dan Murum,  memperlihatkan kewujudan Pakatan Harapan masih belum mampu untuk lari daripada bayangan konflik sebagaimana yang wujud dalam Pakatan Rakyat. Ini bermakna, parti-parti politik yang membentuk Pakatan Harapan masih mewarisi sikap dan tingkah laku "degil" dalam mengendali konflik kepentingan sesama sendiri.

Secara tidak langsung menggambarkan Pakatan Harapan, bukanlah pakatan yang dapat memberikan harapan terhadap usaha untuk memperkukuh integriti dan akauntibiliti. Juga, menjadi tanda soal dalam konteks keupayaan dalam mengurus perbezaan pandangan serta ideologi politik, ini tentunya memberi kesan kepada potensi pengurusan politik dan pentabiran negara, seandainya berpeluang menjadi parti pemerintah.

Senario pertindihan calon, berlaga sesama sendiri, menggambarkan kalangan anggota Pakatan Harapan tidak mempunyai daya kreativiti dan kemahiran yang tinggi dalam aspek keberkesanan komunikasi, keupayaan perundingan, wujudnya konflik personaliti dan juga terpantulnya kelemahan akal budi. Kesan daripada itu, sukar untuk membentuk situasi menang, menang. Apalagi untuk membina realiti belajar untuk bersetuju, dalam keadaan tidak bersetuju. Fenomena pertindihan calon ini juga memperlihatkan ketidakupayaan untuk membina kerjasama dalam situasi sukar bagi mencapai matlamat bersama.

Persoalannya, apakah dengan realiti ketidakmampuan mengurus konflik tuntutan sesama anggota dalam Pakatan Harapan, membolehkan Pakatan Harapan untuk terus hidup sebagai model kerjasama politik alternatif kepada Barisan Nasional? Apakah rakyat berkesanggupan untuk terus memberikan harapan kepada Pakatan Harapan, bagi menggerakkan perubahan politik dan seterusnya membentuk reformasi politik negara? Atau blok ketiga akan muncul menjadi juara dan peneraju reformasi politik yang mampu memecah benteng Barisan Nasional? - Zulhanin Ab. Ghani

Wednesday, April 27, 2016

Menakutkan: Banyaknya hutang negara yang anak cucu kena tanggung!

RM587 bilion, banyaknya hutang Malaysia
Posted on Wednesday, April 27 @ 16:18:50 MYT by paktam
Oleh AHMAD AMZAD HASHIM

ADA beberapa perkara yang sempat saya catatkan daripada Wacana Ekonomi Terengganu 2016 yang berlangsung di Terengganu Equestrian Resort kelmarin 26hb April 2016.

Wacana ini menampilkan tokoh ekonomi seperti Prof Dr Anuar Ahmad, mantan Naib Canselor UNISEL dan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, mantan Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, mantan penasihat Ekonomi kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya diminta menjadi moderator dalam Wacana berkenaan.

Menurut angka rasmi daripada Kerajaan Malaysia, jumlah Hutang Luar Negara 2015 adalah RM587 Billion. Untuk jumlah hutang sebegitu, anggaran jumlah bayaran faedah yang perlu dibayar pada setiap tahun adalah RM21 Billion. 

Ini menjadikan nisbah hutang luar negara Malaysia sudah mencapai 55.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. Iaitu sudahpun melepasi tahap 55 peratus yang ditetapkan sebagai kritikal oleh Kementerian Kewangan sendiri.

Saya ada membangkitkan bagaimana pula dengan ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang (Umno) di Sidang Parlimen Sukuan ke Tiga tahun 2015 lalu yang menerangkan keadaan kewangan yang lebih tenat dengan Hutang Luar RM847.9Billion. 64 peratus dari KDNK. Paras Hutang isi rumah 84 peratus, tertinggi di benua Asia?

Dijawab mungkin itu berasaskan analisa ekonomi bukan sumber rasmi kerajaan. Tengku Razaleigh Hamzah adalah mentan menteri kewangan Malaysia dan seorang pakar ekonomi yang pernah menjadi penasihat Bank Dunia.

Hutang 1MDB sebanyak RM42 Billlion disebut sebagai hutang swasta syarikat 1MDB. Jumlah bayaran faedah untuk hutang ini setiap tahun RM2.6 Billlion.

Mengejutkan Laporan tiga hari lalu Arul Kanda, CEO 1MDB menyebut, ekoran pertikaian 1MDB dan IPIC, Putrajaya akan tanggung hutang 1MDB pula!

Pendapatan GST ternyata tidak kembali dalam bentuk faedah kepada rakyat seperti dijanjikan kerajaan. RM28 juta setahun GST habis untuk bayar faedah hutang luar sahaja.

Terengganu mengalami Penguncupan Bajet

Asal Bajet yang dibentangkan bernilai RM2.3 Billion. Sebahagian besar bulat bulat bergantung melalui pembiayaaan RM1.7B Dana Khas Persekutuan. Itu lebih 80 peratus sumber pendapatan Terengganu.

Ekoran kejatuhan harga minyak, maka Dana Khas pun kena dipotong oleh Kerajaan pusat. (Pelik, pusat masih berdolak dalih bahawa Terengganu berhak kepada Royalti Petroleum dalam masa yang sama menyebut nilai pasaran minyak mentah dalam tentukan bayaran dana khas)

Dari Bajet RM2.3Billion, cuma tinggal RM640juta

Belanja bayar gaji kakitangan di bawah tanggungjawab kerajaan negeri sekitar RM200juta setahun. Belanja perbekalan setahun RM300juta setahun.

Wang tidak cukup kerana Kerajaan Terengganu gagal mengurus negeri dalam menambah pendapatan negeri. Terlalu bergantung duit minyak.

Tanpa wang minyak, Terengganu tak cukup wang.

Berbeza semasa PAS memerintah 5 tahun. Cuma sempat terima sekali bayaran royalti RM400juta pada tahun pertama. Berjaya mencari asas baru pendapatan hingga Kerajaan diurus dengan baik. Kecualikan bayaran cukai pintu kediaman, cukai bakul, tol jambatan. Mudahkan rakyat miliki tanah untuk rumah kediaman. Pulihkan syarikat milik kerajaan yang rugi menjadi untung.

Misalnya TDM yang sebelumnya rugi mula beruntung

Malah ketika PAS kalah dan kerajaan negeri diambil alih BN, masih ada simpanan wang ratusan juta.
Bajet tahunan Terengganu sekitar RM2 Billion setahun walau rakyatnya cuma 1.2juta penduduk. Selangor pun berbelanja RM2Billion, tapi penduduknya 6 juta.

Terengganu belanja RM2 Billion setahun, tak cukup kena ada hutang lagi RM1billion lebih. Selangor dengan bajet begitu mampu kumpul simpanan rezab hingga RM3.6Billion.

Kelantan bajetnya RM500 juta tetap lancar pentadbiran malah maju sejahtera. Pahang pun sekitar RM800 juta sahaja setahun.

Azrul Azwar membentang banyak fakta teknikal berhubung persekitaran makroekonomi, angka-angka petunjuk yang perlu dibuat rujukan dan mengulas penelitiannya berhubung prospek pelaburan masa hadapan bagi melonjakkan ekonomi Terengganu agar tidak lagi 80 peratus perlu spoonfed (disuap wang) melalui dana khas persekutuan.

Antara pelaburan impak tinggi yang benar-benar boleh menganjak kedudukan masa hadapan Terengganu adalah dengan merealisasikan kewujudan semulajadinya sebagai negeri pengeluar petroleum dan negeri maritim yg menjadi tumpuan kapal segmen sederhana khususnya dalam logistik industri cari gali petroleum.

Saya agak teruja kerana ini kebetulan sungguh bersamaan dengan perjuangan saya sejak di MSET lagi dan ketika menjadi Ahli Majlis Industri Pertahanan Negara dan Persatuan Industri Maritim AMIM.

Kali ini ia datang dari penasihat ekonomi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Setahu saya blueprint di MITI pun ada begitu juga.

Tapi ahli politik Umno Terengganu tidak berfikir ke situ. Tukang sabotaj lagi ada lah. Seperti sesudah dibelanja RM470juta untuk memperdalamkan muara Sungai Terengganu, ditimbus kembali dengan pelbagai penambakan dan terakhir sekali dibuat jambatan melintang di muka kuala.

Ini termasuk perkasakan peranan pelabuhan. Markas Senggaraan untuk Naval dan juga industri pembinaan dan pembaikan kapal. Limbungan fabrikasi onshore dan offshore.
Industri petrokimia. Hub plastik, komposit.

Perladangan. Sawit, Getah.

Industri perikanan. Pengurusan Sumber Perhutanan lestari.

Perlombongan. Besi, bauxite, silika. Tumpu kepada pelaburan nilai tambah dan teknologi lestari yang selamat alam sekitar.

Pelancongan dan Kraftangan , batik dan sutera

Kunci katanya mempelbagaikan portfolio asas pendapatan.

Supaya jangan berterusan bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. 

Berita yang buatkan para wala'un mengetap gigi!

Wednesday, 27 April 2016
"ORANG INI" YANG SEPATUTNYA JADI PRESIDEN PAS
Berikut ialah kenyataan media Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menampakkan memang wujud "kong kali kong" dalam syarikat pelaburan tersebut.

Pastinya Pas akan lebih dihormati dan disanjung tinggi jika "orang ini" yang menjadi Presiden parti Islam itu.

1MDB diisytiharkan ingkar selepas gagal membayar faedah AS$50.3 juta untuk bon berbilion-bilion dolar ang dijamin oleh International Petroleum Investment Corporation (IPIC) – tiada sebarang komen daripada Menteri Kewangan Malaysia yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

Sebuah akhbar Singapura menyatakan bahawa Presiden and Ketua Eksekutif 1MDB Arul Kanda telah memaklumkan kepada PM bahawa kerajaan terdedah kepada hutang lebih AS$6.481 bilion" kepada Abu Dhabi – Menteri Kewangan Malaysia tetap membisu.

Apakah impak keingkaran ini kepada negara, hutang-hutang negara yang lain dan juga nilai Ringgit dalam jangka panjang dan pendek? – Sunyi sepi daripada Menteri Kewangan.

Arul sebelum ini berkata perjanjian penyelesaian hutang 1MDB dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) akan melihat pengurangan hutang syarikat sehingga RM16 bilion. Apakah persengketaan antara 1MDB dan IPIC telah menggagalkan pelan rasionalisi yang dipelopori Arul?

Jadi berapakah hutang 1MDB setelah IPIC tidak mahu meneruskan perjanjian itu? Siapakah dan apakah harta 1MDB (apakah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange) tanah emas milik negara akan dicairkan untuk membayar hutang 1MDB? Siapa yang akan bertanggungjawab? – Menteri Kewangan tidak mengendah.

Yang diwar-warkan hanyalah “kejayaan” Program Transformasi Negara (NTP) yang kesannya tidak dapat dirasai rakyat selain kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ini bukti Malaysia mempunyai Menteri Kewangan yang “terhebat.” Sudah sampai masanya rakyat bertanya apakah perlu rakyat terus membayar gaji kepada Menteri Kewangan “terhebat” ini?

Apakah PAC perlu memanggil semula Arul bagi mengetahui pelbagai hutang  1MDB yang masih gagal didedahkan.  Berapakah jumlah sebenar hutang 1MDB?

Kepada saudara Arul, dedahkanlah semua sebelum terlambat. Ini adalah jasa terbesar saudara kepada rakyat Malaysia.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
27 April 2016


Di bawah ini pula kenyataan media oleh Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pas Pokok Sena yang diberikan surat tunjuk sebab kerana terlibat dalam Gerakan Selamatkan Malaysia.

Apakah menyelamatkan negara dan menentang kemungkaran sudah menjadi suatu "dosa" dalam Pas?

GOOD MORNING DATUK SERI NAJIB:AWAT TAK BAYAQ HUTANG AS50.3 JUTA DATUK SERI?. ADOI!.MALU HABIH 1MALAYSIA.

1.Good Morning Datuk Seri.Ish awat yang Datuk Seri tak bayaq hutang tu?.Malu kami jadi rakyat Malaysia ni bila diistihar 1MDB yang Datuk Seri berkuasa penuh tiba tiba tak bayaq hutang malu besaq kami.

2.Awat Datuk Seri buat lagu tu.Tak bayaq pasai apa?.tak dak duit ka?.SENGKEK sangat ka?.Awat Datuk seri ni Orang dah tak percaya ka nak berghutang (berhutang) bayaq hutang?.Ni kan dah susah orang istihar Datuk Seri ketegaq (degil) dan engkaq (ingkar).

MACAM MANA LAPAIH NI KEPERCAYAAN OGHANG PADA MALAYSIA?.

3.Bila Datuk Seri lari dan liat nak bayaq hutang macam mana pulak lepaih ni tahap kepercayaan (credit rating) oghang yang duk bagi hutang kepada Malaysia,depa percaya lagi ka.Saya ni oghang kampung Pokok Sena saja tapi gheti juga sikit sikit bab ni.Bila Datuk Seri buat peghangai dalam kes bayaq hutang,dia akan bagi kesan menyebabkan Credit Rating Malaysia jatuh.Bila credit rating jatuh dia akan bagi kesan besaq kepada sistem kewangan dan ekonomi Malaysia.Cheti dan Along kat Malaysia pun tak percaya dah.Kalau depa bagi hutang pun kadar faedah yang tinggi.Takkan lepaih ni Datuk Seri pakai bergantung pada meniaga bulu ketiak dengan sigheh saja kut.

4.Ghimaih betoi kami kut kampung.Sughuh (suruh) Datuk seri beghundoq (berundur) dari PM tak mau.Bila Datuk Seri duk betunggoi jadi PM dengan kami kami tanggung hutang kelilin pinggang bila mai bab nak bayaq Datuk Seri laghi (lari) ikut pintu belakang,dah jadi macam lagu M.Daud Kilau "HUTANG MINTA HUTANG".

5.Macam ni lah Datuk Seri,baik Datuk Seri beghenti lah dari jadi PM.Duk tang tu lagi bukan ada faedah apa pun pada negara dan rakyat.Jangan duk buat peghangai macam DAUN PISANG KEGHIN  ghentap pun tak putuih.Jangan ketegaq sangat.

#UndurNajib
#ReformNegara
#SelamatkanMalaysia.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
27 Apr 2016

Berdasarkan kedua-dua kenyataan media ini, mudah-mudahan ahli Pas segera membuka mata dan membawa  kembali parti itu ke jalan yang benar? (SH 27/04/2016) - sumber

Pembangkang, jangan sampai kami menyampah!

Jangan sampai kami kecewa dan muak dengan pembangkang
27 April 2016 | SOFI WAHAB

Barisan Nasional dan Pakatan Harapan atau blok ketiga sama sahaja. Semuanya mementingkan diri. Itu antara luahan rakyat apabila menyaksikan gelagat para politikus mempamerkan rentak tari mereka di Sarawak pada proses penamaan calon semalam.

Bagi penyokong BN mereka kecewa kerana terdapat pemimpin BN yang tidak terpilih menjadi calon tidak semena-mena bertanding menentang calon BN sebagai calon bebas.

Ini sudah menjadi lumrah dalam politik Sarawak. Malah ramai di kalangan calon bebas pernah menang di Sarawak.

Lebih teruk lagi lima calon PKR dan satu calon DAP yang tidak sepatutnya bertanding menyerahkan borang penamaan calon menentang rakan sendiri.

Masing-masing menuding jari antara satu sama lain. Apa guna berbincang jika hasil perbincangan tidak dipatuhi. Matangkah kita?

Manakala Pas pula besar kepala langsung tidak mahu berpakat dengan blok pembangkang lain bagi menghadapi BN secara satu lawan satu. Mungkin mereka merasa kuat. Inikah yang dikatakan politik matang dan sejahtera?

Amanah pula nampaknya akur dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan apabila meletakkan 13 calon seperti yang diputuskan sebelum itu. Cuma mereka terpaksa berdepan dengan Pas di lima kerusi akibat tiadanya persefahaman antara Pas dan Pakatan Harapan.

Ternyata Amanah tetap teguh dengan perjanjian dan keputusan Pakatan Harapan tidak membantah dan jelas kematangan pimpinan dan ahlinya.

Kini rakyat semakin hari semakin muak dengan politikus yang seolah-olah hanya mementingkan politik mereka bukannya masa hadapan rakyat. Rakyat sememangnya sudah muak dengan BN kerana kesengsaraan dan kepayahan hidup mereka.

Kepada Pakatan Harapan mereka ingin bergantung harapan tetapi tindak tanduk para politikus khususnya dari PKR dan DAP mengguriskan hati mereka.

Hendak diharapkan pada BN, harapan tinggal harapan. Hendak diharapkan pada Pakatan Harapan, ujian pertama ini pun nampak tidak 'comel'.

Hendak bergantung harap pada Pas, kelihatan sukar kerana payah sungguh hendak dibawa berbincang bersama pembangkang. Pas nampaknya lebih suka berbincang dengan Umno. Entahlah...

Kami rakyat hampir putus harap dengan politikus sebegini.Kami sudah muak dengan BN tetapi kecewa dengan pembangkang.

Bila agaknya pembangkang akan matang. Atau di dalam pembangkang sendiri ada agen musuh yang durjana.

Kepada rakyat Sarawak berhati-hatilah mengundi. Kebobrokan yang berlaku dalam negara sejak akhir-akhirnya ini yang mengakibatkan kita sengsara dan sudah memerlukan kita mencari alternatif selain BN.

Walaupun pembangkang kelihatan tidak sekata namun pada saya mengundi BN mudaratnya lebih besar.

Kepada pembangkang satu pesanan saya, jangan sampai rakyat kecewa dan muak dengan kamu.

Walau apa pun hasil dari perbincangan, mood pengundi sudah rosak

Kerusakan berlaku bukan saja di kerusi-kerusi berkenaan bahkan di seluruh Sarawak........terima kasih kerana berikan peluang pada pihak lawan menabur racun!

PKR sedia berbincang, DAP pula bagaimana?
 | April 27, 2016
Ini bagi memastikan pertandingan satu lawan satu di enam kerusi DUN Sarawak
mansor
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR berkata masih ada peluang untuk membaiki situasi di enam kerusi yang bertindih dengan DAP menjadi pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Ahli Biro Politik PKR, Mansor Othman berkata kedua parti perlu mempunyai kemahuan untuk “memberi dan menerima” sekiranya mahu menjayakan matlamat bersama dalam pilihan raya kali ini.
“Kita masih mempunyai peluang sebelum hari mengundi untuk memenuhi harapan rakyat supaya hanya ada pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional.
“Kita sentiasa bersedia untuk duduk berbincang, dan bersedia untuk terus memberi peluang kepada usaha ini, dalam semangat yang saksama, saling memberi dan menerima, demi matlamat yang lebih agung.
“Adakah rakan-rakan seperjuangan kita bersedia untuk melakukan yang sama?” soal Mansor, merisik keberanian DAP untuk kembali ke meja rundingan.
Kenyataan Mansor ini mengulangi seruan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, yang ditujukan kepada rakan-rakannya dalam PKR dan DAP agar kembali berbincang dan membentuk kesepakatan baharu.
Menurut Mansor, kegagalan PKR dan DAP mencapai kata putus yang boleh diterima kedua pihak merupakan “kesilapan milik bersama”.
“Saudara Azmin (Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali) menghubungi saudara Guan Eng (Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng) dan mencadangkan penyelesaian pertindihan 5 kerusi dengan 3 diserah kepada PKR manakala 2 lagi kepada DAP untuk mengelak pertandingan tiga penjuru.
“Akan tetapi saudara Guan Eng enggan mempertimbangkan sebarang jalan penyelesaian secara baik untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru,” jelas Mansor, menjawab kisah rundingan pengagihan kerusi.
Menurut Mansor, PKR pertama-tamanya bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru sekiranya rundingan dengan DAP gagal.
Semalam, ketua sayap wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin berkata PKR akan terus berkempen di kesemua kerusi yang bertindih.
“Kegagalan proses rundingan antara KEADILAN dan DAP amat dikesali,” kata Mansor, “malah perbalahan yang berlaku selepas itu juga dikesali. Walau bagaimanapun, kita kini perlu bersatu hati.”

Ini tipu ka?

PENIPUAN DALAM 1MDB
27 Apr 2016

1. Akhirnya penipuan yang dilapor oleh media cetak dan elektronik di seluruh dunia diakui benar oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

2. Arul mengaku akan kegagalan 1MDB membayar US 1 billion (RM 3.9 billion) kepada IPIC (International Petroleum Investment Company – Abu Dhabi), syarikat yang menjamin hutang 1MDB.

3. Mengikut IPIC syarikat bernama Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands) yang menerima bayaran dari 1MDB bukanlah miliknya walaupun IPIC mempunyai sebuah syarikat dengan nama yang hampir sama, iaitu Aabar PJS Ltd.

4. Jika 1MDB membayar USD 1 billion kepada syarikat palsu, ada kemungkinan syarikat berkenaan ditubuh dengan pengetahuan 1MDB sendiri dan duit itu akhirnya dimasuk dalam akaun persendirian. Sangkaan seperti ini memang dibuat oleh ramai orang, dan kenyataan Arul bahawa ada penipuan besar berlaku dalam 1MDB hanya mengesahkan sangkaan.

5. Arul akan cuba membetulkan yang salah tetapi benang basah sukar ditegak selepas pengakuan olehnya. Adalah lebih baik Arul cerita semua, berkenaan juruaudit dibuang, 1 billion US dilabur dalam JV 1MDB/Petro Saudi, tanpa kelulusan pengarahnya, tanpa pemeriksaan due diligence, dan kemudian dibubar tetapi modal tidak dikembali kepada 1MDB, sebaliknya diberi pinjam kepada Petro Saudi, duit yang pergi ke Cayman Islands yang tidak balik ke Malaysia tetapi ke Singapura yang menjelma jadi unit, yang dilihat oleh Arul tetapi tidak dilihat olehnya, peranan bank BIS dan lain-lain milik Jho Low perjalanan wang 1MDB ke Hong Kong, Switzerland, London, Amerika, British Virgin Islands, Seychelles, Abu Dhabi, penyalahgunaan duit KWAP, duit SRC mengalir ke dalam akaun Najib, konsesi minyak di Argentina dan Turkmenistan yang menjadi aset dan kemudian tidak menjadi aset dan beribu lagi cerita yang melibatkan wang 1MDB, dijelas, dinafi, diakui dan hilang tidak disebut lagi.

6. Sesungguhnya negara Malaysia tidak pernah melihat skandal yang sebegitu besar seperti skandal 1MDB. Rakyat yang sukar memahami berapa besarkah satu juta, sekarang mencuba menggambar banyak manakah satu billion, dan empat puluh dua billion. Bagaimanakah wang berbillion boleh kesana kesini sehingga akhirnya berada dalam akaun peribadi Najib. Rakyat menjadi bingung dengan cerita-cerita wang begitu banyak yang merata ke semua pelusuk dunia.

7. Dicerita pula pembiayaan pengeluaran filem lucah dengan ratusan juta Ringgit yang dibuat oleh anak tiri Najib, Waah! Banyaknya duit. Dari mana datangnya. Mudah. Duit Keluarga. Rupa-rupanya multi-milionaire Melayu sudah lama ada.

8. Dan banyak lagi pengakuan yang boleh dibuat oleh Arul, oleh pengerusi jawatankuasa penasihat, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dan jangan lupa Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang begitu berani bertindak sendiri meminjam dan melabur berbillion Ringgit dan USD bagi pihak 1MDB tanpa kebenaran, tanpa kelulusan badan pengarah dan orang atasan. Waah! Confident sungguh Shahrol. Apakah dianya juga yang terlibat dengan bayaran kepada Aabar PJS Ltd (Virgin Islands).

9. Satu filem drama boleh dibuat berkenaan 1MDB dan tokoh-tokoh serta lokasi diseluruh dunia yang terlibat. Red Granite boleh labur dan beberapa tokoh terkenal boleh jadi pelakon. Mungkin akan menang Oscar.

10. Demikianlah cerita 1MDB yang berjaya memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia. Akan lebih ramailah pelancong yang akan datang ke negara 1MDB.

11. Memang hebat Malaysia dizaman Najib!!                chedet

# Sape punya tektik ni? 
   Ini bukan tipu tapi pusing mau halalkan dan orang ramai jadi pening!
   Tapi nak buat macam mana terkantoi juga........