Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 27, 2017

Konflik Rohingya: Timbalan Komander Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) bersuara

Kenapa pejuang Rohingya serang tentera Myanmar
SH  -  26 SEPTEMBER 2017
Kawasan penempatan sesak di kem pelarian di Bangladesn dekat sempadan Myanmar

COX BAZAR - BANGLADESH. Bukanlah tugas mudah mencari seorang komander pasukan perjuang rakyat Rohingya di kalangan pelarian di kem yang terletak sempadan Bangladesh.

Kegelapan menyelubungi lokasi yang sesak dengan pelarian dan kawasan berbukit di kem pelarian dengan jalan berlumpur dan asap di udara.

Di bahagian atas puncak, menghadap ke seluruh bandar yang dibina untuk pelarian, Muhammad Rafik muncul dan duduk bersila bersama-sama sekumpulam kecil yang juga rakan senegaranya, jauh dari kampung halaman mereka, Rakhine.

Lelaki yang berusia 30 tahun itu berkata, dia adalah Timbalan Komander Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA), pasukan militan yang mencetuskan gelombang keganasan dan tindakan keras kejam oleh tentera Myanmar.

Rafik mendakwa dia berada di sana pada 25 Ogos ketika serangan hendap tengah malam yang menyebabkan sebuah pasukan tentera terbunuh, berjuang bersama 50 orang lelaki lain dari kampungnya.

"Terus mati adalah lebih baik daripada mati secara perlahan-lahan.

"Mereka telah menyeksa kami hari demi hari sehingga kami tidak mempunyai pilihan. Itulah sebabnya kami bertindak.

"Kami tahu ini akan berlaku. Kami bersatu dan kami memutuskan untuk melakukan ini," dedahnya kepada Channel News Asia.

Serangan yang diselaraskan dilakukan oleh sekumpulan pejuang ARSA di seluruh negeri.

Sejak itu, beratus-ratus buah kampung telah dibakar dan lebih daripada 400,000 umat Islam Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh.
Foto yang diambil pada Ogos 2017 yang menunjukkan bomba cuba memadamkan kebakaran dari rumah yang terbakar di Maungdaw di Rakhine Myanmar. - Foto STR/AFP

Sementara itu, menurut seorang lagi pejuang Rohingya, Abul Alam berkata, ARSA tidak mempunyai banyak senjata malah kurang terlatih.

"Ia adalah misi kematian bagi para pejuang dan penduduk Rohingya. Adalah perlu bagi dunia untuk melihat 'penyeksaan dan penderitaan' yang dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar.

Kata Abul lagi, mereka tidak pernah terfikir akan menjadi pelarian di Bangladesh.

"Secara jujurnya, kami fikir jika kami menyerang tentera mereka akan menyerang kembali dan kemudian dunia akan melihat apa yang sedang berlaku kepada Rohingya.

"Kami tahu kami tidak mempunyai cukup senjata untuk melawan tentera Myanmar. Kita juga tahu bahawa jika kita bertarung, walaupun dengan tongkat, maka dunia akan tahu dan belajar banyak daripadanya, " katanya.

TUDUHAN JENAYAH

ARSA telah dituduh melakukan jenayah kejam terhadap penduduk tempatan yang lain.

Kubur besar kebanyakannya wanita Hindu yang ditemui pada hari Ahad (24 September) oleh tentera dan susulan penemuan itu, ARSA dilabel sebagai pengganas.

Abul berkata, Rohingya tidak mempunyai konflik dengan kumpulan etnik lain dan menafikan bahawa mana-mana ahli ARSA bertanggungjawab atas kekejaman tersebut.

"Ia benar-benar salah. Ramai anak muda beragama Hindu berkawan dengan kami. Jika sebahagian daripada mereka memerhatikan kami, kami akan memberitahu mereka bahawa mereka bukanlah musuh.

"Musuh kami adalah kerajaan. Kamu tidak pernah menyeksa kami, kamu tidak pernah memukul kami dan tidak pernah membunuh kami. Kita adalah mangsa.

"Penganut agama lain seperti saudara. Ia bukan masa untuk membenci satu sama lain. Kami berjuang untuk hak-hak kami. Tetapi kita tidak akan mengarahkan serangan kita terhadap mana-mana agama atau orang lain, hanya kerajaan," katanya.

Perang propaganda makin memuncak dan wartawan tidak dapat mengakses Rakhine utara secara bebas untuk mengesahkan dakwaan berkenaan dari kedua belah pihak.

Walaupuan ARSA telah terpecah dan dipisahkan dan Rohingya sehingga kini tidak dapat masuk semula ke Myanmar, Rafik berkata, perjuangan itu tidak akan berakhir di sini.

Bagaimanapun, kumpulan itu akan dibubarkan jika matlamat mereka tercapai.

"Kami akan meneruskan perjuangan kami jika penyeksaan oleh tentera atau pihak berkuasa Myanmar berterusan.

"Kami tidak mempunyai pilihan lain. Kami tidak akan membubarkan kumpulan ini namun jika mereka berhenti menyeksa kami, secara automatik ianya akan terbubar," katanya.

DIBUAT UNTUK DAN OLEH ROHINGYA

ARSA dikaitakan dengan kumpulan militan Daesh susulan dakwaan pemimpin Ataullah Abu Amar Junuju yang muncul di dalam beberapa video di sosial media adalah dipercayai telah menghabiskan masa di Pakistan dan Arab Saudi untuk mendapatkan sokongan dari kumpulan militan lain, menurut laporan AFP.

ARSA bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dengan Al Qaeda, Daesh atau  melancarkan pemberontakan yang didorong oleh agama.

Mereka menukar namanya pada bulan Mac dari Harakah al-Yaqin, dilihat sebagai satu cara untuk menjauhkan diri dari kumpulan-kumpulan itu, meminta lebih banyak sokongan daripada masyarakat global dan membuat perbandingan dengan pergerakan militan yang sama dinamakan di kawasan etnik lain Myanmar.

"Kami dicipta oleh Rohingya dan disatukan oleh Rohingya. Kami hanya berjuang untuk hak kami. Ini satu-satunya sasaran kami," kata Abul.

Bagi pejuang ARSA, Kaunselor Negara dan pemimpin de facto Myanmar Aung San Suu Kyi adalah penyebab hak asasi Rohingya semakin diabaikan.

Malah Rohingya telah meramalkan keadaan mereka semakin buruk menjelang pemilihan 2015, di mana mereka tidak dapat mengundi.

"Kami menyalahkannya. Selepas dia dipilih, sejak itu kerajaan telah mula menyeksa kita lebih dari sebelumnya," kata Rafik.

Mengenai kesengsaraan dan penderitaan yang dikenakan terhadap penduduk Rohingya akibat tindakan mereka, keputusan mereka untuk memulakan keganasan, Abul berpendapat bahawa hujah itu tidak logik memandangkan penindasan yang mereka rasai hari ke hari.
Pelarian Rohingya menunggu untuk menerima bantuan di Cox Bazar Bangladesh pada 24 September . - Foto Reuters

"Siapa yang merasa gembira atau sedih? Kami tidak peduli kerana kami telah merasakan penyeksaan.

"Kami sudah berasa sedih tentang keadaan ini sehingga tidak peduli bagaimana perasaan mereka sekarang," katanya.

Dalam satu laporan lain, ARSA mengaku bertanggungjawab melakukan serangan maut ke atas  beberapa balai polis di Rakhine pada 25 Ogos.

Susulan itu, Do Suan berkata, kerajaan Myanmar telah mengisytiharkan ARSA sebagai kumpulan pengganas.

Eh, saya pun tak sedar yang penguatkuasaan ni melibatkan gelanggang futsal juga!

Muslim man who wore shorts to play futsal faces fine by Kelantan religious authorities
Tuesday, 26 Sep 2017 - 7:29 PM MYT
by sira habibu
KOTA BARU: A Muslim man who wore shorts to play futsal now finds himself facing a fine by Kelantan's religious authorities.

Wan Khairul Hayyee Wali, 30, said he had no idea that he could not even wear shorts to play futsal.

He said he has been wearing shorts to play futsal for many years, ever since he was in school.

"Therefore it came as a shock to me when a religious department enforcement officer gave me a notice saying I have flouted the Syariah Criminal Enactment for exposing my knees," he said.

"Seriously, they can't expect me to wear a sarong to play futsal," added Wan Khairul, a general worker at a wholesale store.

Khairul was slapped with the notice at 10.45pm on Monday.

He was ordered to attend a counselling session next month, failing which he would be called to appear before the Syariah court where he risks being fined RM1,000 if found guilty.

Khairul had tried explaining to the officer that he was on his way to play futsal and that he had got down from his car for a short while to buy a burger for his wife.

"If I did not stop to buy a burger, I would never have known that it is an offence to wear shorts even when we are on the way to play sports," he said.

Khairul said he would attend the counselling session.

"If it is an offence, they have to make it clear to the public. How are we supposed to know that it is an offence because even football players wear shorts," he said.

A Kelantan Islamic Religious Affairs Department officer said the dress code was strictly applicable to Muslims only.

"We do not take action against non-Muslims. We do not even take action if a female non-Muslim wears shorts in public," said the officer.

The officer also said Wan Khairul would not have to pay any fines if he attended the counseling session.

"We just want Muslims to dress decently when in public spaces, in keeping with our religious teachings," said the officer.

Lagi gaduh dengan penguat kuasa - video dan gambar di dalam

Lagi video tular gaduh dengan penguat kuasa
mk   -   Hari ini, 7:03 malam

Video seorang lelaki berperang mulut dengan beberapa anggota penguat kuasa kerajaan tempatan di Cheras kini menjadi tular di media sosial.

Dalam video kira-kira 4 minit itu, seorang lelaki dilihat menjerit-jerit kemarahan kepada dua anggota pasukan keselamatan yang berpakaian seragam, lapor New Straits Times (NST).
 
 
Akhbar itu difahamkan bahawa ia bermula apabila tayar keretanya dikunci kerana meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan, di pusat beli-belah Cheras Leisure Mall.

Ketegangan kemudian mewujudkan aksi tolak menolak. Kedengaran seorang menjerit “Pukul! Pukul lah!

Pegawai itu juga dicabar untuk membuka pakaian seragam dan berlawan dengannya.

Berdasarkan video, lelaki itu menggunakan kereta Perodua Myvi warna perak. Kunci padanya itu kemudian dibuka oleh seorang lelaki selepas itu.

Pemandu itu, dalam bahasa Cina, memberitahu orang ramai bahawa beliau hanya meletakkan kenderaan di situ kira-kira 5 minit sahaja.

Pihak yang merakan gambar itu juga turut dimarahi oleh pemandu itu.

“You mau apa? Marilah,” jeritnya.

Dia cuba ditenteramkan oleh seorang wanita.

Tidak habis di situ, pemandu itu kemudian memasuki kereta dan mengambil satu objek kelihatan seperti kayu.

Video itu telah ditonton lebih 30,000 kali dan dikongsi hampir 300 kali oleh pengguna Internet.

NST sedang cuba mendapatkan reaksi pihak berkuasa.

Awal bulan ini, insiden seorang wanita tidak puas hati kepada penguat kuasa di Subang Jaya kerana mengunci tayar keretanya turut menjadi tular.

Wanita itu berkata beliau meletakkan kereta di kawasan orang kurang upaya (OKU) kerana “membantu OKU”.

Laporan dari NST pula di sini

Tuesday, September 26, 2017

Ulasan menarik: Rahsia geng pro-PAS dalam PKR

Rahsia geng pro-PAS dalam PKR
Chiong Yoke Kong 
Kendatipun Azmin Ali berjanji akan menuruti pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya yang akan datang, namun rekodnya dalam menepati janji adalah tidak baik.
Contohnya beliau telah membelakangkan perjanjian yang ditandatanganinya dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lepas.

Oleh itu, daripada percayakan beliau sepenuhnya, lebih baiknya untuk meneliti tindakan seterusnya.
Malah geng pro-PAS telah menggunakan Anwar Ibrahim sebagai benteng mereka. Anwar yang akan disalahkan sekiranya apa yang tidak diingini berlaku kelak.

Saya amat bersimpati dengan Anwar Ibrahim lantaran kewibawaannya telah dirosakkan oleh geng tersebut.

Saya turut tidak senang hati dengan tindakan isteri dan anak perempuannya yang tidak tegas menegakkan nama baik dan kewibawaan Anwar.

Retorik geng pro-PAS adalah untuk menyatukan segala tenaga dan tidak menolak kawan kepada musuh.

Dulunya saya yang bersifat "too simple, sometimes naive" pun mempercayai retorik sedemikian.

Namun retorik sedemikian adalah ibarat kata-kata cinta yang kononnya romantik tetapi sesungguhnya tidak bolehlah digunapakai langsung.

Apakah yang ingin dibincangkan antara geng pro-PAS dengan PAS? Jawapannya adalah untuk mencapai kata sepakat satu lawan satu.

Abaikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) seketika dan bincangkan berkaitan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang merupakan kawan sejati Pakatan Harapan sejak hari pertama.
Adakah PAS akan berbaik-baik dengan parti ini yang dianggap pemberontak pada mata mereka? Adakah persetujuan satu lawan satu akan memberikan ruang kepada AMANAH?

Berdasarkan sikap PAS sebegini, siapakah yang percaya bahawa parti ini akan bertoleransi dan memberikan kerusi kepada AMANAH?

Oleh itu, apa yang diinginkan oleh geng pro-PAS – boleh dikatakan hampir 99 peratus – adalah supaya semua kerusi yang ditandingi PKR dijamin satu lawan satu dan semua kerusi yang bukan ditandingi mereka menjadi pertempuran terbuka.

(Jangan lupa bahawa PKR pernah ditikam dari belakang oleh Hadi Awang di parlimen Kota Damansara dan menatijahkan kekalahan calon mereka).

Sekiranya telah tercapainya kata persetujuan sedemikian, adakah PAS dikira sebagai kawan atau lawan?

Bezakan kawan, lawan

Bagaimanakah HARAPAN hendak meneruskan percaturan politik sekiranya tidak dapat membezakan antara kawan dengan lawan?

Adakah HARAPAN masih boleh berjuang habis-habisan untuk menumbangkan lawan sekiranya tidak dapat membezakan antara kawan dengan lawan?

Ketika itulah akan wujudnya banyak undi rosak.
Mengapakah Azmin bertegas untuk berbaik-baik dengan PAS walaupun dikritik sejak dahulu lagi? Ramai orang berpendapat PKR takut kalah.

Namun saya tidak berpendapat sedemikian lantaran turut terdapatnya pejuang sejati dalam kalangan parti itu.

Azmin tidak begitu takut hilang tampuk pemerintahan negeri Selangor tetapi beliau takut peranannya sebagai menteri besar menjadi lemah.

Azmin kini menguasai pelbagai pihak dengan sumber pentadbiran negeri dan salah satu pihak tersebut ialah PAS.

Tidak dilupakan bahawa PAS telah menjayakan aspirasinya untuk menjadi menteri besar selepas Langkah Kajang.

Sekiranya hilang PAS, Azmin akan menjadi harimau yang kehilangan taring. Hal ini disebabkan semua parti berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam HARAPAN dan senario inilah yang tidak diinginkan Azmin.

Kewujudan AMANAH dan BERSATU mengakibatkan Azmin kehilangan kuasa tawar-menawar politiknya yang boleh berbaik-baik dengan pelbagai pihak pada masa yang sama demi kepentingan politiknya.

Apakah rahsia PAS pula?

Hanya terdapatnya dua penjelasan terhadap sikap PAS kini yang tidak bertoleransi dan tegas dengan pendekatannya yang anti-HARAPAN.

Pertamanya, mereka telah menjauhkan diri daripada pendapat umum rakyat sehingga mereka tidak sedar bahawa pengundi khususnya bukan Melayu telah kehilangan kepercayaan terhadap mereka.

Keduanya, mereka tidak menginginkan kemenangan besar. Mereka hanya menginginkan sesetengah kerusi untuk menjadi kingmaker (penentu) yang menentukan hidup mati negara.

Ini bukanlah gurauan. Sekiranya mereka terus berhubungan sulit dengan PAS dan mengakibatkan HARAPAN tidak dapat membezakan antara kawan dengan lawan dan tidak berjuang habis-habisan untuk menumbangkan lawan, mungkin PAS dapat meneruskan nafasnya dan berjaya memenangi beberapa kerusi.

Kerajaan negeri Selangor adalah contohnya.

Jika DAP mengekalkan keputusan penggal yang lepas ataupun kalah satu sehingga dua kerusi, PKR kalah dalam satu atau dua kerusi (mungkin lebih banyak), AMANAH kecundang dalam kesemua kerusi lantaran ditikam oleh kedua-dua pihak, pada masa itulah PAS yang hanya memenangi beberapa kerusi adalah kingmaker.

Logik mudah

Logik matematik ini amat mudah sekali. Kerajaan Selangor telah lamanya tumbang sekiranya bukan disebabkan sokongan teguh dua ADUN AMANAH ketika itu.
Sekiranya PAS adalah kingmaker, pihak manakah yang akan didampingi oleh PAS? Umno ataupun HARAPAN?

Rahsia ini sebenarnya bukan rahsia. Sekiranya bekerjasama dengan HARAPAN, anda hanya dapat menikmati satu perlima daripada kek tersebut.

Sebaliknya kerjasama dengan Umno bukan sahaja dapat menjamin anda untuk menikmati separuh kek tersebut, malah Umno juga mungkin akan menghadiahkan jawatan menteri besar.

Sekiranya anda daripada PAS yang mempunyai tahap kecerdasan yang biasa sekalipun, nescaya anda pun akan membuat keputusan yang sama.

* CHIONG YOKE KONG adalah pengarah politik Pemuda DAP.

Setelah nyata dirinya terpalit dan terbelit bersama Umno, bijakkah PAS dok jaja isu ini kepada pengikutnya?

* Tak heran mereka cuba kelirukan ahli-ahlinya kerana mereka tahu pengikut2nya ramai yang kelabu tahap pemikiranya 

Itulah sebabnya Mahfuz berkata begini: Melayu mana lagi hendak sokong PAS

PAS kempen kata Dr Mahathir, Anwar akan masuk Umno semula
Zulkifli Sulong
Diterbitkan pada 26 Sep 2017 11:00AM ·
PAS berusaha memujuk penyokongnya yang kecewa dengan keputusan tidak bersama Pakatan Harapan dengan mendakwa tidak mustahil Dr Mahathir Mohamad dan beberapa bekas pemimpin Umno lain kembali kepada parti Melayu itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 September, 2017.

PAS meningkatkan serangannya terhadap Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim dengan mendakwa kedua-dua pemimpin itu akan kembali ke pangkuan Umno. Ini berlaku ketika parti Islam itu nampaknya mengunci sebarang kemungkinan untuk bekerjasama dengan PKR dan Bersatu.

Selain menggunakan lidah parti, Harakah, pemimpin PAS sudah mula memberitahu pengikutnya dalam majlis ceramah bahawa tiada gunanya bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana Dr Mahathir dan Anwar akhirnya akan berpatah balik dan masuk semula Umno.

Dr Mahathir kini merupakan pengerusi PH sementara Anwar ialah pemimpin de factonya. Dr Mahathir dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berulang kali sebelum ini mengatakan mereka tidak akan kembali menyertai Umno kerana ia sudah rosak teruk.

PAS juga memberitahu ahli-ahlinya di akar umbi yang pakatan pembangkang akan berpecah tidak lama lagi, nada yang sama yang diucapkan oleh Perdana Menteri Najib Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) apabila yang menggelar pakatan itu sebagai "satu lawak jenaka".


Pengarah Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob dalam satu rencana bertajuk "Anwar atau Mahathir mungkin U-Turn kepada Umno?" menulis Anwar mungkin akan mengikuti jejak langkah Muhammad Muhammad Taib dan pulang ke pangkuan Umno.

Rencana itu mengingatkan yang Muhammad, Anwar dan Najib pernah bersama dalam Team Wawasan ketika Anwar merampas kerusi timbalan presiden parti itu daripada Ghafar Baba pada 1993.

"Tidak mustahil dalam keadaan terdesak mendepani politik Tun Mahathir dalam menjelang PRU14 ini,  Anwar akan dikembalikan ke dalam Umno semula oleh rangkaian yang disebutkan tadi.

"Apatah lagi ia strategi yang paling ampuh untuk melumpuhkan PKR yang kini berpecah belah angkara beberapa pemimpin tidak sehaluan.

"Dan tidak mustahil bagi Najib yang terdesak mempertahankan survival politiknya dengan membebaskan Anwar dari penjara, kemudiannya menjadikan Anwar sekutu rapatnya dalam mendepani PRU14.

Wan Nordin juga menulis Dr Mahathir juga boleh patah balik masuk Umno "selepas melihat PH yang dipimpinnya berantakan tidak keruan hala tuju, dengan sikap DAP yang semakin dominan."

Di pentas ceramah, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Riduan Mohd Nor mengatakan Dr Mahathir akan balik semula menyertai Umno.

"PH ini akan pecah bahkan tidak mustahil Dr Mahathir masuk balik ke dalam Umno,"  dalam satu ceramah di Terengganu, pada hujung minggu lalu.

Para penyokong parti Islam itu dipujuk agar mereka tidak kesal dengan keputusan PAS bekerjasama dengan parti-parti kecil lain dalam Gagasan Sejahtera, dan bukannya pula menyertai PH.

Membendung kesan negatif

Serangan PAS terhadap dua pemimpin ini datang ketika ia terpaksa menangani kesan dalam kalangan ahli-ahlinya sendiri ekoran keputusannya menarik diri daripada PH. Ada dalam kalangan ahli akar umbi PAS merasakan pilihan terbaik untuk parti itu sampai ke Putrajaya ialah bekerjasama dengan pembangkang.

Kajian yang dibuat oleh PAS juga mendapati parti itu rugi sekiranya bertanding sendirian dalam pilihan raya umum nanti.

Tanpa bantuan PKR, DAP dan Bersatu, PAS berkemungkinan hilang separuh kerusinya di Selangor. Sekiranya itu berlaku, PAS berdepan kemungkinan tersingkir daripada kerajaan Selangor kerana ia tidak bersama PH dan tidak pula bersama BN.

Ini bermakna selepas hampir 10 tahun menjadi sebahagian daripada kerajaan di Selangor, parti itu akan hilang semua kedudukan dalam pentadbiran negeri, pihak berkuasa tempatan malah jawatankuasa masjid.

Oleh itu, ketika pimpinan tertinggi PAS berulang kali mengatakan keengganan menyertai PH, pemimpin lain seperti Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir terus menghantar mesej yang berbeza dengan mengatakan ia terbuka untuk bekerjasama dengan PKR dan Bersatu.

Dr Mahathir juga mengatakan parti Islam itu akhirnya akan membantu BN secara tidak langsung dengan memecahkan undi pembangkang sekiranya PAS memaksa pertembungan tiga penjuru di kerusi-kerusi yang ia tidak boleh menang.

Dr Mahathir, Mukhriz and Memali

Di Terengganu, Riduan memberitahu penyokong PAS yang ia sudah berusaha memujuk Dr Mahathir untuk bekerjasama dengan parti Islam itu.

"Pada awal pembentukan Bersatu, kita sudah jumpa anak dia, Mukhriz.

"Kita minta Mukhriz pujuk ayahnya agar pergi ke Memali dan hanya sebut 'minta maaf' saja, tetapi dia tidak mahu," katanya dalam ceramah di kubu parti Islam itu di Rhu Rendang.

Bagi Riduan, meminta maaf atas tragedi Memali 1985 lalu adalah antara syarat untuk membolehkan PAS bekerjasama dengan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

Atas dasar itulah, katanya, PAS mendesak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk bagi menyiasat kejadian yang mengorbankan 14 orang termasuk empat anggota polis itu.

"Kita ingin tahu, anggota polis yang terkorban ini kerana ditetak dengan parang atau (terkena) peluru M16," kata Riduan yang dianggap oleh PAS sebagai pakar sejarah.

Dr Mahathir dan Kertas Putih Peristiwa Memali yang dikeluarkan oleh kerajaan menyalahkan tragedi Memali ke atas "Amanat Hadi" yang diucapkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 1981, semasa jadi Pesuruhjaya PAS negeri. Hadi tidak pernah menarik balik amanat itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Asri Mat Daud berkata Dr Mahathir jugalah pihak yang menghalang Kelantan melaksanakan hudud.

"Dr Mahathir menghantar surat kepada Tok Guru Nik Aziz (bekas menteri besar Kelantan) memberikan amaran agar jangan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang di uluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan," kata Asri yang juga setiausaha akhbar menteri besar Kelantan sekarang.

PAS sedang berkempen menjelang perhimpunan besar, Fastaqim 2.0 yang akan diadakan di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu 29-30 September ini. – 26 September, 2017.

Isu perkauman: Annuar Musa tampil mengajar sejarah pula

Annuar: Politik perkauman lahir selepas DAP wujud
mk   -   Hari ini, 1:38 tengahari

Lipatan sejarah harus dibuka semula bagi mengenali DAP dan bagaimana politik perkauman mula timbul, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.
Menurutnya, DAP bertanggungjawab mewujudkan politik perkauman kerana politik sebegitu hanya wujud selepas tertubuhnya parti itu.

“Umno diwujudkan hampir 20 tahun lebih awal sebelum lahirnya DAP. Politik pelbagai kaum ketika itu cukup harmoni.

“Tetapi setelah Singapura dikeluarkan dari negara ini, parti serpihan PAP muncul iaitu DAP dan sejak wujudnya DAP yang bertanding dalam pilihan raya maka banyak isu perkauman dipolitikkan, sebagaimana kita tahu telah berlaku pergaduhan kaum,” katanya yang dipetik oleh portal Umno Online.

DAP terpaksa berulang kali menangkis dakwaan bahawa ia adalah parti cauvinis Cina yang mengancam kedudukan Islam dan orang Melayu di Malaysia.

Pemimpin parti itu mendakwa Umno menggunakan hujah tersebut untuk mencetuskan rasa takut di kalangan pengundi Melayu-Islam. Untuk mengubah persepsi itu, DAP membawa masuk lebih ramai anggota Melayu ke dalam parti itu dan meletakkan mereka sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya.

Sementara itu, Annuar juga mendakwa bahawa memandangkan pembangkang tidak berkuasa, mudah bagi mereka untuk menjanjikan rakyat "bulan dan bintang-bintang."

“Pembangkang ini meremeh-remehkan kejayaan kerajaan kerana mereka bijak ‘berpolitik’ tetapi kita sibuk menjadi kerajaan dan kerana itulah asyik menjawab isu yang sengaja diada-adakan oleh pembangkang.

“Nasihat saya kepada pemimpin Umno, walau menjadi timbalan menteri atau menteri duduk dalam kerajaan, harus bijak berpolitik dan boleh mengupas serta menjawab perkara-perkara yang berkaitan dengan politik semasa..

“Kelompongan yang ada dalam BN sekarang ini adalah kita tidak mahu bercakap secara politik, kita bercakap secara kerajaan... Inilah masalahnya untuk kita mula menyerang pembangkang,” katanya.

Beliau turut berharap agar rakan-rakan dalam parti komponen seperti MCA, Gerakan dan MIC serta anggota lain akan bijak dan berupaya menghuraikan apa itu BN, apa itu MCA dan apa itu Gerakan atas kesatuan dalam kepelbagaian yang diwujudkan.

“Jangan bercerita kerajaan sahaja... Ada kekuatan di belakang BN itu. Apakah dasar dan falsafahnya. Kita tidak hidangkan itu maka sekaranglah masa untuk kita ketengahkan dalam berpolitik,” katanya lagi.

Rakhine: Kalau begini keadaannya konflik ini tidak akan berpenghujung

17 lagi mayat ditemui, didakwa dibunuh pemberontak Rohingya
TMI - Diterbitkan pada 25 Sep 2017 10:04PM
Krisis Rohingya disifatkan krisis kemanusiaan terburuk sedang berlaku dan menimbulkan ketegangan di rantau Asia Tenggara dan Selatan. – Gambar EPA, 25 September, 2017.

MISI mencari pada Isnin menemui 17 lagi mayat dalam kubur besar di Negeri Rakhine, Myanmar, kata kerajaan, sehari selepas mayat 28 penduduk Hindu digali yang disifatkan tentera sebagai bukti pembunuhan besar-besaran oleh militan Islam Rohingya.

Utara Rakhine terjebak dalam keganasan kaum sejak pemberontak Rohingya melakukan serangan kejam ke atas pusat kawalan polis pada 25 Ogos lalu sekaligus menyebabkan tentera Myanmar melancarkan operasi besar-besaran yang menyebabkan ratusan ribu orang awam menjadi pelarian.

Majoriti terbesar pelarian –lebih daripada 430,000- adalah penduduk Islam Rohingya yang melintasi sempadan Bangladesh untuk melarikan diri daripada operasi ketenteraan yang disifatkan PBB sebagai pembersihan etnik.

Tetapi puluhan ribu etnik Buddha Rakhine dan sejumlah kecil penduduk Hindu juga melarikan diri mendakwa yang mereka diserang militan Rohingya.

Pada Ahad, tentera mengatakan mereka menemui dua kubur besar dipenuhi dengan 28 mayat penganut Hindu-kebanyakan wanita dan kanak-kanak- di luar perkampungan Ye Baw Kyaw di utara Rakhine.

Pihak tentera mengatakan pembunuhan itu dilakukan “pengganas pelampau” Rohingya.

Tujuh belas mayat lagi ditemui pada Isnin, kata jurucakap kerajaan Zaw Htay.

Ni Maul, seorang pemimpin Hindu yang menyertai operasi itu bersama tentera dan polis berkata mayat baru itu adalah lelaki Hindu berusia antara 30 hingga 50 tahun dan dikebumikan dalam dua lubang besar.

“Kami masih mencari bersama-sama tentera dan polis kerana kami percaya lebih 100 orang dibunuh ketika itu,” katanya kepada AFP.

Pelarian Hindu dari kawasan itu, dikenali sebagai Kha Maung Seik memberitahu AFP yang pemberontak Rohingya menyerbu perkampungan mereka pada 25 Ogos dan membunuh serta membawa ramai penduduk kampung ke dalam hutan.

Mereka menunjukkan kepada AFP senarai 102 penduduk dua perkampungan itu yang dikhuatiri sudah mati dibunuh.

Beberapa wanita beragama Hindu turut diculik militan menurut pelarian itu.

Disebabkan kerajaan menutup akses ke dalam zon konflik itu, sukar untuk mengesahkan kebenaran dakwaan itu yang menyemarakkan lagi kebencian etnik di Rakhine.

Tentera juga menyalahkan keganasan tercetus kepada etnik Rohinya dengan mendedahkan penderitaan kumpulan etnik lain yang turut sama terjebak dalam konflik itu.

Kawasan tumpuan konflik, kawasan utara Rakhine dikenali sebagai Maungdaw adalah kawasan yang mempunyai hubungan etnik yang rapuh, didominasi oleh Rohingya.

Tetapi hampir 40% penduduk Rohingya sudah meninggalkan kediaman mereka sejak keganasan tercetus.

Di Bangladesh, agensi kemanusiaan bergelut untuk memenuhi keperluan pelarian yang berkumpul di Cox’s Bazaar. PBB menyifatkan kebanjiran pelarian itu sebagai “kecemasan pelarian terpantas dan paling terdesak dalam dunia”.

Tetapi masih tiada simpati kepada minoriti Islam di dalam Myanmar, apabila Islamfobia sudah lama membarah dalam negara majoriti Buddha itu.

Walaupun sebelum keganasan terbaru itu tercetus, 1.1 juta penduduk Rohingya hidup dalam kemiskinan dan ratusan ribu menduduki kem pelarian dalam negara.

Mereka yang hidup di luar kem pula tidak mempunyai kewarganegaraan dan dihadkan pergerakan mereka untuk mendapatkan pekerjaan, pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Penganalisis berkata penindasan itu membantu kebangkitan pemberontak Tentera Pembebasan Rohingya Arakan yang menarik negara itu ke dalam krisis kemanusiaan terburuk pernah berlaku kini. – AFP, 25 September, 2017.

Siapa yang perlu diubah?

http://www.suara.tv/2017/09/20/mahathir-tidak-pernah-mahu-berubah-kata-pas/

HALAL DI CARUT

Ketua pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi , sama ada BODOH atau memang BANGANG apabila menyerang TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.

Si Khalil ini meminta TUN DR MAHATHIR MOHAMAD untuk berubah , walhal sepatutnya si Khalil ini patut menasehati Hadi Awang untuk berubah.

Alasan Khalil untuk TUN berubah langsung tidak boleh di terima dek akal yang waras kerana:

1. TUN sememang telah berubah dengan meninggalkan UMNO.

2. TUN telah berubah dari memberi kerjasama dengan si penyamun.

3. TUN telah berubah dari duduk di dalam sebuah parti yang bermasalah kepada penubuhan parti yang baru.

4. TUN telah berubah dengan membuat kerjasama dengan bekas seteru politiknya terdahulu.

5. TUN telah berubah dari tidak mahu bekerjasama dengan DAP kepada mahu bekerjasama.

6. TUN telah berubah dari duduk pencen kepada aktif semula mempertahankan negara ini.

Khalil ini baru lahir semalam mungkin , apabila cuba menjadi hero dengan menghina TUN MAHATHIR MOHAMAD.

Khalil sepatutnya menasehti Hadi Awang agar bertaubat dan berubah serta menarik balik AMANAT HADI AWANG yang menyebabkan ahli-ahli PAS mengkafirkan orang-orang yang menolak PAS.

Selama 50 tahun PAS melawan UMNO yang mana PAS mendakwa UMNO itu kafir.

Selama 50 tahun PAS melawan UMNO kerana menurut PAS , UMNO menjalankan undang-undang kafir.

Selama 50 tahun PAS menghina UMNO kerana perlembagaan negara ini adalah perlembagaan ciptaan penjajah.

Selama 50 tahun PAS mewiridkan bekerjasama dengan UMNO itu haram.

Selama 50 tahun juga PAS tidak pernah lepas dari memaki hamun UMNO.

Dahulu PAS juga bekerjasama dengan DAP di atas nama TAHALUF SIYASI.

TAHULUF SIYASI itu bukan hadits ye Khalil ianya hanya bahasa arab , pengikut PAS tidak faham.

PAS sebenarnya tidak pernah menjalankan hukum agama malah PAS sebenar-benarnya menggunakan agama demi SURVIVAL POLITIC nya.

Hendak tadbir negara ini mengikut hukum Islam konon , sedangkan perkara yang wajib di perangi tidak di lakukan , perkara paling basic dalam Islam adalah "menentang kemungkaran".

Di mana PAS ketika ini dalam memerangi kemungkaran.

Bukti di hadapan mata yang banyak ini PAS buat-buat tidak nampak , demi SURVIVAL POLITIC nya.

Adakah PAS gembira dengan segala kemungkaran yang sedang berlaku waktu ini.

PAS melalui Khalil si Ketua Pemudanya TIDAK PAYAH SEBUK NAK SURUH TUN BERUBAH , tapi PAS yang patutnya sekarang berubah segera.

Kepada PAS , anda hanya menipu ahli anda yang jujur itu dengan jelas dan terang , apabila anda dengan jelas bersekongkol dengan UMNO yang mana Presidennya telah berjanji di hadapan Presiden Amerika Donald Trump dengan kata-kata :

 "sesiapa sahaja musuh anda adalah musuh kami , dan kawan anda adalah kawan kami"

Ini bermakna termasuklah Israel menjadi kawan kepada Presiden UMNO yang PAS sedang jilat sekarang.

Perkara asas dalam ISLAM iaitu "menentang kemungkaran" pun PAS tidak mampu lakukan , maka jangan cerita untuk suruh orang berubah lah Khalil.

PAS menyokong UMNO sama seperti PAS menyokong ISRAEL.

Takbir!!!!.....

* SHUKUR MOHAMAD

Perkara jahat bertentangan dengan kemanusiaan, sape nak ngaku?

Duta Myanmar nafi dakwaan pembersihan etnik di Rakhine
Astro Awani |  September 26, 2017 08:27 MYT
Duta Myanmar nafi dakwaan pembersihan etnik di Rakhine
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Hau Do Suan menafikan dakwaan pembersihan etnik berlaku di utara Rakhine.
NEW YORK: Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan dakwaan pembersihan etnik berlaku di utara Rakhine.

Hau Do Suan berkata ini merupakan dakwaan yang serius dan hanya boleh diutarakan dengan bukti yang kukuh.

"Tuan Presiden, biar saya perjelaskan, tidak berlaku penghapusan etnik, tiada genosid. Pemimpin Myanmar yang telah lama berusaha ke arah kebebasan dan hak asasi manusia sama sekali tidak akan mendukung polisi sebegitu.

“Kami akan lakukan segalanya untuk menghalang penghapusan etnik dan genosid," kata Do Suan.

Tambahnya, pelarian ke Bangladesh akan dibenarkan pulang ke Myanmar selepas proses pengesahan dijalankan.

Namun pihak PBB sebelum ini berkata tindakan tentera Myanmar menjurus ke arah pembersihan etnik.

Utusan Malaysia ni tak serik-serik cari pasal!

MB tuntut Utusan tarik laporan 'Azmin benar pesta arak'
mk   -   Hari ini, 3:50 petang

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Malaysia kerana mendakwa bahawa beliau membenarkan pesta arak diadakan di negeri itu.

Dalam satu kenyataan, pejabat menteri besar Selangor berkata laporan muka depan akhbar milik Umno itu adalah tidak benar dan bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.
"Kami mencabar Utusan Malaysia untuk mengemukakan bukti bahawa beliau berkata demikian.

"Menteri Besar menuntut penarikan balik tanpa syarat, permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi dari Utusan Malaysia," petik kenyataan itu.
Akhbar itu hari ini memaparkan tajuk utama "Azmin benar pesta arak" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi “Tidak hirau amaran PDRM mengenai ancaman pengganas".

Perenggan pertama laporan itu menyebut bahawa "Kerajaan PKR Selangor tidak akan menghalang jika pesta arak Better Beer Festival 2017" mahu diadakan di negeri ini.

Ia memparafrasakan ayat-ayat Azmin yang kononnya berkata, ini sejajar dengan prinsip yang dipegang oleh kerajaan negeri Selangor iaitu untuk menghormati hak kaum dan agama lain.

Satu laporan lain memetik pemimpin PAS dan sebuah NGO Melayu yang membidas Azmin.

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dipetik sebagai berkata, arak bukanlah milik mana-mana agama atau kaum dan arak jelas ditentang oleh semua agama.

Sementara itu, pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan bahawa Azmin pada sidang akhbar semalam, memaklumkan bahawa sebarang majlis memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan serta memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

"Beliau tidak akan melangkaui pihak berkuasa tempatan dalam hal ini. Sebagai menteri besar adalah kewajipan beliau untuk menegakkan dan mematuhi undang-undang, undang-undang kecil dan prosedur negara.

"Pendirian kerajaan negeri adalah sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, bukan sahaja kita perlu menghormati hak kaum dan agama lain tetapi kita juga harus melindungi hak mereka," petik kenyataan itu.

Azmin kini berada di India atas urusan rasmi negeri.

Monday, September 25, 2017

Kalau terlepas kayalah, kalau kena cekup pula........

Penjenayah larikan 11 kilogram jongkong emas bernilai jutaan ringgit
Astro Awani |  September 25, 2017 17:24 MYT
Penjenayah larikan 11 kilogram jongkong emas bernilai jutaan ringgit
Dalam kekalutan itu, pengawal keselamatan telah melepaskan empat das tembakan ke arah kenderaan tersebut dari tingkat satu kilang. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Tiga penjenayah bersenjatakan kapak dan penukul melarikan beg berisi jongkong emas seberat 11 kilogram dan rantai emas dari sebuah kilang memproses emas di Jalan Siram, di sini, pagi Isnin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika dua pekerja syarikat terbabit yang baru turun dari kenderaan diserang dua lelaki dihadapan bangunan terbabit, sambil seorang lagi menunggu di dalam kereta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Supt Abd Aziz Daud berkata, beg berisi jongkong emas dan rantai emas itu dipercayai hendak dibawa ke kilang di Kuala Lumpur.
Abd Aziz berkata, dalam kekalutan itu, pengawal keselamatan telah melepaskan empat das tembakan ke arah kenderaan tersebut dari tingkat satu kilang itu.

Pemeriksaan forensik di tempat kejadian menemui empat kelongsong peluru.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamun.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut agar tampil ke hadapan bagi membantu siasatan untuk mengesan penjenayah yang terlibat.