Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 28, 2008

Alfatihah Untuk Abang Ramli

Pada malam 24 Jun 2008 lalu, aku terima berita yang memeranjatkan. Abang Ramli birasku telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan. Aku bergegas pulang ke Ipoh, tempat asal isteriku malam itu juga. Setiba di Ipoh pada jam 4.00 pagi 25 Jun 2008, jenazah arwah sudah tiba dari hospital dan dibaringkan di ruang tamu rumahnya. Lantas aku ambil wudhuk dan membaca Yaasin dan alQuran sehinggalah aku betul-betul mengantuk dan terlena di sisi jenazah arwah.

Setelah arwah disemadikan pada jam 12.00 tengahari 24 Jun 2008 di perkuburan gurab, barulah aku terasa yang aku telah kehilangan teman yang sentiasa menemani ku bersembang sampai larut malam apabila aku pulang ke rumah orang tua isteriku.

Topik yang beliau amat teruja adalah PAS dan Tok Guru Nik Abdul Aziz. Beliau akan mengulas panjang tentang bab itu. Aku hanya mendengar dan mengiyakan saja kerana aku bukannya kenal sangat dengan dengan peribadinya walau pun aku orang Kelantan dan mengagumi ketokohan dan kewarakan beliau.

Ketika aku berseorangan di rumah Iparku tadi, aku terasa sangat kehilangan arwah. Bagiku arwah adalah seorang yang jujur dan lurus bendul. Suka bergurau dan berseloroh. Bagiku apa yang beliau kata adalah dari hatinya.

Beliau meninggalkan isteri Suwaibah Zainal Abidin dan anak-anak Mohd. Azim (sulung) Nurul Huda (ke dua) dan Mohd. Adib (bungsu) pada hari lahirnya yang ke 55 pada petang 24 Jun 2008. Alfatihah untuk beliau dan doa semuga Allah cucuri rahmat ke atas Rohnya serta ditempatkan di makam orang-orang yang solih.

Aku pulang hari ini 28 Jun 2008 dan tiba di rumah pada jam 6.20 petang. Maknanya sudah 4 hari aku tidak update blog ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa