Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 1, 2008

AYAT SERIBU DINAR




Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara

2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah

3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan

4. Dan ketika dirasakan perlu

PESANAN :

Sesiapa yang ingin mengamalkan ayat ini, hendaklah beramal semata-mata kerana Allah. Janganlah berniat hendakkan sesuatu dari Allah. Segala cerita di atas hanyalah sekadar cerita, mungkin untuk menunjukkan betapa afdalnya ayat ini.



32 comments:

  1. salam malam uncle..
    perkongsian yg bagus..

    uncle apa kabar..
    abg dh selamat smpai ke kaki gunung jam 5.30pm td..lega rasa hati ni..hujan tak berhenti dr semalam kat sana..

    5hb ni azza balik tanah merah..rs macam tak sabar nak rasa suasana banjir...hujan lebat...memang banjir satu musibah/bencana..tapi kenangan zaman kanak2 dl sarat lagi dlm diri ni..rindu saat2 tu sume..

    ReplyDelete
  2. W'salam azza,

    Uncle baik dan sihat tapi pejabat uncle tenggelam air malam tadi. Pejabat Bahagian uncle di tingkat bawah. 5 CPU tenggelam. Jadi hari ini budak-budak IT sibuklah sikit.

    Alhamdulillah abang azza dah selamat pulang. Maksud azza Tanah Merah mana? Kelantan ke? Kalau Tanah Merah Kelantan, jadi azza orang Kelantanlah.

    ReplyDelete
  3. waahhh uncle...adehh..
    azza meme ore tanoh meroh la..kg belimbing..sebab tu tempat2 hok uncle cito dale entry nih azza tahu belako...bukit bakar azza salu kemoh situ ngn rakan mudo dl..gunung stong abe naik bapo kali doh...hehee

    azza tanah merah, abg ketereh...cm kami menetap dan bekerja di penang melebihi 12 tahun...hehe

    ReplyDelete
  4. Tuan,

    Semacam Tuan tahu sahaja bahawa saya dalam proses mengamalkan ayat ini.

    Oh...lupa pula. Tuan kan memang arif tentang Harimau..

    Wassalam Tuan.

    ReplyDelete
  5. Ooooo... rupanya pusing kanan, pusing kiri orang Kelantan. Cuti lama ni, agak kalau turun KB bolehlah kita jumpa. Rasa nak kenal juga abang azza tu.

    Sorang lagi si ann tu, duduk sama-sama Kota Bharu. Tapi nak jumpa memang masa sekarang ni terhad.

    Qares pun Kelantan juga, tapi kat mana tak tahulah. Tak pernah tanya.

    mogen pulak orang terengganu. uxop Kelantan juga.

    ReplyDelete
  6. Salam Tok Rimau,

    Selamat mengamalkan ayat tu. Insya Allah dimakbulkan hajat oleh Allah.

    ReplyDelete
  7. uncle,
    sejak erisya amalkan spt yg uncle pesan tuh (x sampai sebulan!!) ...alhamdulillah rezeki murah..dari arah yang tidak disangka2...insyaAllah nak belanja kawan2 di ofis tanda kesyukuran...hmm..bila boleh belanja uncle pula ya? :)

    ReplyDelete
  8. Terima Kasih sekali lagi atas Peringatan yang peting ini.

    BarakaAllah fi ka.

    Salam.

    ReplyDelete
  9. Anakanda erisya,

    Syukurlah di atas apa yang dikurniakanNya. Baguslah, bersedekahlah dari zereki yang dimurahkanNya.

    Insya Allah sekiranya diizinkan Allah kita boleh jumpa dan boleh erisya belanja uncle

    ReplyDelete
  10. Assalamu alaikum Puan.

    Saya hanya memenuhi pesanan Rasulallah untuk sampai menyampai, pesan memesan di antara umatnya.

    ReplyDelete
  11. Salam Tuan,

    Ayat seribu dinar baek diamalkan utk memohon kemurahan rezeki.Tapi ade juga ayang salah gunakan dgn menjadikan tangkal dan pelaris dalam perniagaan.maen tampal2 jer tapi baca tak nak..susah juga kalo ade org macm nie

    ReplyDelete
  12. Salam...
    Adoii... kacek kelate la pulak... merangkak2 aku nak baca...

    Ayat 1000 dinar ni mmg menjadi kalau di amalkan.saya pernah baca utk perniagaan saya satu ketika dahulu esok kan tu ramai yg datang membeli... huhuhu tapi la ni tak baca dah, beli yg dah siap je pastu gantung kat dinding wat tukun...akakakakakakaak

    ReplyDelete
  13. Ingat mengingati memang dituntut dalam Islam walau pun satu ayat.JazakAllah Hua khairun Kasira.

    ReplyDelete
  14. sdr. mogen,

    Inilah masalah orang kita nak baca dan amalkan malas. Akhirnya penghias dinding. Quran pula jadi perhias almari.

    ReplyDelete
  15. sdr moses,

    moses tidak amal pun tak apa, amal pun setakat mulut jer. Kalau dalam hati sudah ada Allahu... faham jerlah moses. Susah nak cakap kat sini.

    ReplyDelete
  16. salam Opah,

    Itulah tujuan saya sebenarnya. Tapi kalau ada komen yang lebih jauh bagus juga.

    ReplyDelete
  17. salam uncle..
    rindu memang..risau takleh lepas..hehee..

    azza balik tak lama..dlm 3 4 ari je..sb abg dah sebuk ngn PESCA n aktivity disini..
    mmg tringin nak kenalkan abg dengan uncle.
    smlm abg smpai jam 12 tgh mlm..penuh selut dan lumpur..
    alhamdulillah semuanya selamat...walaupun dia memang longlai sb cuaca yg agak teruk skrg..

    ReplyDelete
  18. uncle, terima kasih yer banyak2..sayer mmg da lamer cari ayat seribu dinar ni..insyaAllah akan sy praktikkan selalu..

    ReplyDelete
  19. terima kasih....yeah, it helps a lot :D

    ReplyDelete
  20. Dakwah yang baik ni, moga ALlah berkati hidup Pakdin

    ReplyDelete
  21. azza,

    Selut, lumpur, gigitan pacat, luka kecil tu adalah perkara biasa pendaki. Dah tu bila balik 3 hari sakit badan. Lepas 3,4 hari ok balik dan akan lebis cergas daripada sebelumnya. Syukurlah abang azza dah selamat balik.

    Kat sini sekarang ni belum banjir lagi tapi hujan hanya berhenti sekejap-sekejap aja. kekadang lebat yang amat.

    azza balik sekejap saja, kemungkinan besar kita tidak sempat jumpa sebab uncle berkemungkinan besar akan pergi ambil along dan barang-barangnya di Lumut. Dia tinggalkan kereta di KK dan banyak pula barang nak bawa balik ke KB. Tarikhnya tak tahu lagi tapi yang pasti belum Raya Haji.

    Masa raya sehari dua tu, tau-taulah ramai pulak adik beradik balik dari KL. Uncle korban pulak tu.

    Kalau tak sempat jumpa, kita jumpa lain kali insya Allah. Takkan azza tak balik terus.

    ReplyDelete
  22. Sama-sama Galoh. Amalkanlah, insya Allah mendapat keberkatannya.

    ReplyDelete
  23. Sama-sama Mak Su. Insya Allah berkat.

    ReplyDelete
  24. Terima kasih di atas doa sdr. Brahim. Saya juga doakan sdr. di dalam rahmat dan rahimNya.

    ReplyDelete
  25. salam petang uncle..
    takpe lah kl tak sempat kali ni...sb azza mmg selalu balik kg..ada rezki leh kita jmpa...sebab balik kali ni singkat sgt masanya..mgkin 10/11hb dah kena balik penang sebab dh sibuk dgn sukan PESCA..

    apa yg uncle cakap tu betul..abg smpai jam 12 lebih smlm..arini jam 6 pagi dah bergegas ke airot utk amik kontijen kelantan utk Hari Ko Kebangsaan..penang jadi tuan umah..ptg pulak ada kelas kayak disini..
    ni azza duk tggu dia nak kuar makan..lum balik2..hehee

    ReplyDelete
  26. Sayangnya azza 11 haribulan dah nak balik. Tapi dalam jangka waktu itu, kalau azza terlajak ke KB bolehlah singgah kat rumah uncle sekiranya kebetulan uncle di rumah.

    Biarkan abang azza sibuk ketika masih muda. Uncle pun dulu macam tu juga. Program NGO, Program Belia, Program politik, Program sosial. Pendek kata semua uncle masuk campur.

    ReplyDelete
  27. salam uncle,thanks atas peringatan...insyaAllah akan diamalkan

    ReplyDelete
  28. Salam Saudaraku Fakhruddin,

    Fadhilatnya melaupaui batasan upaya minda untuk meramalkannya.

    Terima kasih saudara dan semoga kita semua dapat merasai nikmatnya.

    Salam takzim

    ReplyDelete
  29. w'salam anakanda Jue,

    Kalau rajin amalkanlah. Insya Allah murah rezeki dan uhum.. daya penarik!

    ReplyDelete
  30. Waalaikumussalam sdr.ku Mohd. Sofi.

    Ya saudaraku, kita hanya penyampai. Fadhilat hanya di sisi Allah yang maha kuasa.

    ReplyDelete
  31. Assalamu'alaikum Wr,Wb

    Salam kunjung warahmatullah

    Jazakallah khoiran kasira

    ReplyDelete
  32. Wa'alaikumussalam PakKaramu.

    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog yang dhaif ini. Dan salam persahabatan saya hulurkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa