Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 11, 2008

Di Telan Pusaran Air

ENTRY INI SAYA AKAN BUKA BUAT SEKETIKA UNTUK APA-APA PERTANYAAN

Saya suka imbas kembali bahaya-bahaya dan kesukaran yang saya tempuhi sepanjang saya terlibat dengan aktiviti outdoor untuk dijadikan panduan oleh orang lain yang baru menceburi bidang ini. Begitu juga di n3-n3 yang lepas, semuanya dengan niat memberikan panduan bukannya nak bangga diri dengan apa yang telah saya tempuhi dan alami.

Semasa saya melakukan aktiviti Tubing/Rakit Tiub bersama Team Rekreasi Jabatan saya dengan kerjasama KESEDAR dari Kuala Betis ke Kanpung Setar, Gua Musang kami terpaksa meredah dan melepasi 15 buah jeram yang agak mencabar. Kami mengambil masa 3 hari 2 malam untuk sampai ke Kampung Setar.

Salah satu di antara jeram yang besar dan mencabar ialah Jeram Mayat. Jeram ini agak besar dan jauh lebih kurang 500 meter dari permulaan jeram sehingga ke air tenang. Di sini kami lakukan satu lagi kerja gila. Kami bersepakat untuk berenang melepasi jeram ini yang dipenuhi batu-batu dan air yang cukup deras. Hanya seorang peserta sahaja akan berada di atas rakit untuk membawa rakit turun melepasi jeram, yang lain mesti melepasi jeram ini dengan berenang.

Dengar cerita orang kampung, di jeram ini ada ikan jenis Tapah yang besar. Pada satu masa sebuah rakit buluh dimuatkan dengan Buah Labu oleh orang ulu untuk dijual telah pecah di sini kerana hentaman batu. Bertaburanlah buah labu yang besar-basar dihanyutkan air jeram ini. Pada masa itulah timbul Ikan Tapah yang besar menelan labu-labu yang hanyut itu satu persatu seperti ikan di dalam aquarium menelan makan yang ditabur tuanya.

Kami terjun dari rakit dan mula berenang untuk melepasi jeram. Di satu peringkat yang airnya cukup deras, saya dihentam air percikan yang kuat ke muka bertalu-talu menyukarkan untuk bernafas dan melihat, tapi tetap saya gagahi juga sebab memang mustahil untuk berpatah balik. Di hadapan, saya nampak satu bungkah batu yang besar timbul di permukaan air dan saya cuba berpaut pada batu untuk menghilangkan letih dan melegakan pernafasan.

Saya gagal untuk capai batu itu dan dihanyutkan dengan laju ke arah pusaran air di belakang batu tersebut. Saya gagal untuk melarikan diri dari pusaran yang berpusar kuat. Saya pasrah, ikut saja bila pusaran itu memutarkan badan saya. Kita tidak boleh lawan pusaran air. Kita pasti tidak akan berjaya dan akan meletihkan dan membawa kepada lemas. Tiga kali badan saya berpusing, tiba-tiba saya disedut ke dalam pusat pusaran. Saya tahan nafas, ikut saja ditelan dan tunggu. Agak jauh juga saya disedut ke dasar. Lama juga di dalam berpusing dan ditarik ke bawah permukaan air.Tiba-tiba saya rasa badan saya ditolak ke atas dan saya timbul di permukaan. Pada masa itulah saya ambil peluang dengan pantas berenang melarikan diri dari ruangan pusaran itu. Alhamdulillah saya lepas dalam keletihan.

Kerana letih, saya tidak lagi berenang mengikut arah yang ditetapkan. Saya hanya rileks dan ikut saja dibawa arus. Tiba-tiba saya disedut pula oleh satu arus yang membawa saya ke satu teluk yang besar dengan airnya cukup dalam dan kehitaman. Dua kali saya cuba berenang keluar dari teluk itu, tapi gagal kerana arus di bawahnya kuat. Di saat itulah saya teringatkan ikan Tapah yang diceritakan oleh orang kampung sebelumnya. Saya pujuk hati " Fakhruddin, apa kau nak risaukan. Kalau dah memang takdir jadi makanan ikan, maka terimalah hakikatnya. Redalah demi taqdir Allah".

Sedang saya rileks dan berfikir begitu, saya cuba berenang sekali lagi untuk keluar dari situ. Alhamdulillah, kali ini saya berjaya dan terus berenang ke arah air tenang. Saya berenang ke satu pulau kecil di tengah-tengah sungai itu untuk berehat. Rakit-rakit yang di bawa turun juga akan menunggu di pulau itu. Setelah hilang penat kami meneruskan berakit ke destinasi akhir kami, Kampung Setar.

Sebenarnya ada dua cara untuk keluar dari pusaran air. Pertama jangan panik, tunggu sehingga kita ditolak keluar oleh air selepas disedut ke bawah pusaran. Kedua, sekiranya kita disedut agak terlalu dalam, kita hendaklah mencari ekor pusaran dan berenang melepasi pusaran itu dari ekornya iaitu dari bawah air. Kalau kita cuba melawan pusaran air. Pasti kita tidak akan berjaya, akan letih dan lemas.

45 comments:

  1. uncle...eee berani betul uncle! kat tempat erisya pusaran macam tu dipanggil lubuk...ramai yang hilang jika masuk ke situ..syukurlah uncle selamat!

    ReplyDelete
  2. Erisya,

    Uncle selamat mungkin sebab uncle tidak panik dengan pertolongan Allah. Bergantung harap padaNya.

    ReplyDelete
  3. salam,
    lama tak komen kat sini
    bab panik tu yg mslh nak control
    org penang kata cempera biawak...
    susah nak cool ni,mau pulak bab nyawa..

    abang blm daftar lagi tu program 10 dgn 11 bulan 1 2009.hehehehe

    ReplyDelete
  4. Tuan Mountdweller;

    Tuan telah mengotakan apa yang dikata. Semoga Allah menambah kehebatan Tuan.

    Dan memberi hidayah kepada orang-orang seperti Surind. Amin.

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum Wr,Wb

    Syukurrrrr! kalau tak, tentulah tak dapat kenal kat blog nih! hu, hu, hu, hu . memang! kalau kita menggelabah maka jawabnya mati, aii ! moutdweller ni macam nabi Allah Yunus plak, hi, hi,hi,hi . tapi itulah pengelaman, mudah-mudahan semua ini jadi tauladan pada yang suka berakit

    Agaknya itu pasal anak sulung tu masuk tentera laut kot, mana tahu untuk membela ayahnya dari di makan ikan tapah!

    Ma'af ye gurau je

    ReplyDelete
  6. Tuan,berapa dalam sungai tu tuan?Adakah putaran itu bermaksud arus di bawah/dasar sungai lebih laju /kuat dari dipermukaan sungai?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Saudara Mountdweller di pagi pagi Jumaat yang mulia ini,

    Cerita panik yang amat 'menarik' walaupun mencemaskan bila membacanya.

    Memang Pusaran Air ini amat merbahaya. Di Port Dickson Tanjung Tuan banyak cerita orang hilang ditelan pusaran air sejak dari dulu lagi.

    Tips jangan panik ini amat mustahak bagi yang mahu meneruskan hobi lasak begini. Ilmu ini patut jadi panduan sebagai bekalan.

    Barulah saya tahu rupa rupanya bila 'ditelan' pusaran air masih seseorang itu boleh pula 'melantun' semula ke permukaan air. Selama ini saya fikir bila ditelan pusaran air akan terus di 'kuburkan' di dasar sungai atau laut.

    Semoga Allah swt terus memberkati dan meRahmati Saudara seisi keluarga kerana tidak lokek Ilmu untuk dikongsi dengan semua kami. Amin!!

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan...

    Letih daddy membaca entry kali ini...seolah-olah terjun sekali dalam pusaran tersebut bersama tuan...

    Adeh..penat..penat...

    Alhamdulillah semua selamat!

    ReplyDelete
  9. salam pagi utk uncle..
    baru bkesempatan jenguk uncle..
    apa kabar..camana raya..
    azza tak smpat uncle..balik jap je..g sana sini ngn sdara mara...mak adik2..dah smpai masa nak balik penang..

    ni link abg..
    http://mytripadventure.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. w'salam sdr. matcomot,

    Ya,ya... jangan risau pasti saya akan hadir. P. Putehkan tempat saya?

    Bab panik ni pun susah saya nak cerita, mungkin semula jadi kot?

    ReplyDelete
  11. Tok Rimau,

    Bila saya ke pautan yang tuan beri itu, saya menggelegak! Bulu roma saya berdiri dan muka saya rasa besar dan panas. Saya terus ke laman Kementerian Dalam Negeri dan penuhkan borang aduan di atas nama saya. Kalau dipanggil ke KL untuk kerjasama pun saya akan pergi.

    Bukan apa Tok Rimau, perkara itu melibatkan Agama kita, memperlekeh dan menghina oleh seorang kononnya "Free thinker". Kalau melibatkan Bangsa Melayu, saya rasa boleh tahan lagi.

    Walau apa pun terima kasih di atas pendedahan tuan berkenaan si goblok surind tu.

    ReplyDelete
  12. Wa alaikumussalam Pak Karamu,

    Kalau tidak bergurau, hidup tidak akan ceria.

    Sebenarnya tuan, saya rasa mungkin anugerah semula jadi dari Allah yang saya susah untuk gelabah dan panik. Sebab seingat saya dalam keadaan cemas macam mana pun saya masih mampu berfikir dan bertenang.

    Saya rasa tipsnya ialah, biasakan diri dengan ingatan kepada Allah yang maha kuasa.

    ReplyDelete
  13. Witeblog,

    Pusaran terjadi bila arus sungai yang laju di hadang oleh sesuatu yang teguh dan besar seperti batu. Bila arus yang kuat menerjah, arus tadi terhalang dan berpatah balik dengan laju juga dan arus yang patah balik tadi dirempuh pula oleh arus yang mendatang dan akibat dari dua arus kuat yang bertentangan inilah menjadikan arus berpusar/pusaran. Pusaran ini tidak akan berlaku di tempat yang cetek.

    Pusaran ini ada muka dan ekornya. Muka ialah ditempat pusaran yang kita boleh nampak menelan segala-galanya hatta pelampung sekali pun. Di bahagian hujung paling bawah pusaran ini kita panggil ekor. Kalau di darat macam angin puting beliunglah. ekornya di bumi dan muka@mulutnya diangkasa. Atau pun di dalam keadaan terbalik.

    Segala benda yang ditelan dari mulut akan dibawa sehingga ke ekor dan diluahkan kembali. Lama atau sekejap itu bergantunglah kepada kekuatan pusaran.

    Cara untuk selamatkan diri ialah dengan menunggu kita diluahkan melalui muka/mulutnya atau kalau terasa terlalu dalam kita ditelan, kita cari ekornya dan menyelam keluar melalui ekornya. Pokok pangkalnya, jangan panik!

    ReplyDelete
  14. Hanis,

    Ya.. alhamdulillah uncle selamat.

    ReplyDelete
  15. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat,

    Panik, untuk menerangkan senang tapi praktikalnya susah sebab berkait rapat dengan jiwa dan naluri seseorang.

    Bab pusaran air, Puan boleh perhatikan pusaran air, dia akan berpusing dari luar dan objek tersebut akan ditarik sedikit demi sedikit ke tengah pusaran dan akan menyedut objek itu ke pusat pusaran seterusnya akan tenggelam. Seketika kemudian kita akan nampak pusat pusaran air tadi seolah memuntahkan balik apa yang disedut, tentang masa lama mana yang di ambil untuk memuntahkan kembali bergantung kepada sekuat mana putaran di pusat pusaran air itu.

    Kalau lama, maknanya objek di sedut cukup dalam dan jika keadaan pusaran begini, kita terpaksa melepaskan diri melalui ekor pusaran. Kita terpaksa menyelam melepaskan diri melalui ekor yang berada pada paras paling bawah pusaran. Di dalam keadaan inilah ketenangan amat diperlukan. Kalau gelabah memang akan lemas. Walau apa pun ketenangan di dalam keadaan begini susah untuk diperlolehi.

    Terima kasih di atas doa puan. Doa saya juga agar puan sekeluarga sihat dan bahagia.

    ReplyDelete
  16. Daddy Cool,

    Kalau kita melawan, memang kita akan penat dan kesemputan nafas. Kita kena rileks dan ikut saja putaran itu dan tarik nafas dalam-dalam untuk simpan sebanyak mungkin oxigen untuk menahan nafas semasa di telan. Bila diluahkan kembali, kita mesti berenang melarikan diri secepat mungkin. Kalau lambat kita akan disedut kembali.

    Ya, alhamdulillah saya selamat akhirnya.

    ReplyDelete
  17. azza,

    Alhamdulillah uncle ok. Raya pun oklah dengan korban walau pun hujan.

    Ok, nanti uncle akan ke link itu nanti.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Pusaran air la benda yang paling susah skali nk lepas..panik mmg x leh nk control..redha jea kalau kena mcm tu.Penah kena kat Lata Tembakah tgkt 3 or 5. lupa.pas tu mmg da x pegi lg.takut..abah Qaseh org KASEDAR gua Musang kejap patu pindah ke Tanah Merah smp pencen.

    ReplyDelete
  19. takut juga ya....saya tak reti berenang :(

    ReplyDelete
  20. Qaseh,

    Pusaran di Lata Tembakah tu kecil saja sebab volume air yang tidak sebanyak air sungai. Tapi walau pun kecil bagi yang mudah panik memang boleh tenggelam. Nasib baik Qaseh boleh lepas.

    Ayah Qaseh rupanya orang KESEDAR, tak tahulah uncle kenal atau tidak .

    ReplyDelete
  21. Mak Su,

    Kalau saya yang jadi leader, sesiapa yang tidak tahu berenang memang kena reject awal-awal lagi. Untuk melakukan aktiviti air mesti tahu berenang.

    ReplyDelete
  22. Salam saudaraku, Fakharuddin.

    Saya ingin tahu sesuatu. Bila saudara pulang ke rumah dan cerita kepada isteri tersayang, apa komennya?.

    Salam takzim

    ReplyDelete
  23. salam uncle..alhamdulillah uncle selamat..tak tau la,bila bercakap ttg bertenang ni,susah skit..jue nie cepat panik jugak..mula lah gelabah kalau sesuatu tu tak mengikut apa yg difikirkan...tue yg takuttu..

    ReplyDelete
  24. W'salam sdrku Mohd. Sofi,

    Komen isteri ialah "Tak boleh ke awak tidak merisaukan saya?". Tapi dia akan diam bila saya jawab "Siapakah antara manusia yang tahu taqdirnya?"

    Selepas itu isteri saya tidak akan berkata apa-apa lagi. Dia percayakan pendirian dan hati saya yang saya sentiasa bergantung kepada Yang Maha Esa.

    Samalah juga ketika beberapa kali rumah kami kena pecah dan hilang barang. Saya katakan yang semua yang ada dengan kita hatta nyawa sekali pun bukan hak kita yang mutlak. Allah akan ambil kembali bila-bila masa saja sekiranya Dia mahu.

    ReplyDelete
  25. W'salam Jue,

    Ya uncle juga bersyukur kerana Allah panjangkan hayat ini.

    Tapi ketenangan ketika kecemasan memang susah untuk dipupuk. Uncle pun tidak tahu macam mana nak nasihatkan orang lain tentang ini.

    ReplyDelete
  26. Salam tuan,
    betul kata daddy cool..bila baca n3 kali nie dah rasa panik..belum lagi kene sedut dalam air betul2.isk iskk.Yang paling penting, tuan jaga keselamatan diri semampunya.Yang laen2 serahkan padanya.

    ReplyDelete
  27. salam uncle...takutnya saya baca crita ni.ikan tapah makan org yer?

    pastu, dua cara yg uncle bg tu, kalau saya kena macam tu, rasanya saya tak tahu nak cari mana jalan keluar dr pusaran air.

    pernah tgok org jatuh dalam pusaran air, dalam beberapa minit jer tenggelam...kemudian timbul balik, mungkin sb dia pandai berenang kot...
    atau bila terjatuh, akan timbul sendiri..boleh uncle terangkan??

    ReplyDelete
  28. salam abg din..
    dh lama aku tak ngomel disini.
    masa peristiwa tu berlaku punye la tak best kan..
    tapi sekarang bila diingat semula,rase best pulak..
    ...itu la nikmat dari Dia.

    ReplyDelete
  29. Tumpang promosi kek umah tuan...

    moh nyinggah sini sumo : http://perisik-rakyat.com/2008/12/perhatian-kepada-reformis.html

    lepas tu sini jangan lupo - http://perisik-rakyat.com/2008/12/untuk-rujukan-reformis-18sx.html

    mekasih tuan.

    ReplyDelete
  30. W'salam sdr. mogen,

    Memang itulah yang lakukan dan itulah juga yang saya pahatkan ke jiwa saya. Segala-gala adalah hakNya.

    ReplyDelete
  31. W'salam Ann,

    Ok, perkara utama jangan panik. Kalau kena, pertamanya anggar dulu disedut dalam atau tak berapa dalam. Kalau setakat 2 meter, boleh tunggu kita luahkan tapi kalau dirasakan dalam, sebelum kehabisan oxigen kenalah cari ekor pusaran dan cuba keluar melalui ekornya.

    Yang kena sedut dan tidak berapa lama timbul balik tu, bukan dia tahu berenang tetapi di luahkan oleh pusaran itu sebagaimana yang uncle alami. Maknanya dia disedut tidak begitu dalam. Cuma dia kena tahu nak menjimatkan oxogen di pernafasan dia je. Jadi sebaik saja kita diluahkan, mestilah melarikan diri secepat mungkin. Kalau lambat kita akan disedut lagi.

    ReplyDelete
  32. Salam Saudaraku Fakharuddin,

    Alhamdulillah,

    Bersyukur punyai isteri yang memahammi. (kekadang saya rasa dia terpaksa atau dipaksa faham). Tapi nasihat saya wahai sahabatku, jangan kerap membimbangkan perasaannya.

    Semoga saudara dan keluarga dirahmati ALLAH.

    Salam persaudaraan.

    ReplyDelete
  33. W'salam aku,

    Itulah hikmah terhadap apa yang Allah taqdirkan. Pertama rasa syukur memantapkan lagi iman kita. Kedua kejadian sebegini membuatkan kira seronok dan masih tergambar apa yang telah berlaku. Takjub dengan kekusaannya tetap ada.

    ReplyDelete
  34. Salam Topengperak_Xinwugi,

    Memang menjadi tempat persinggahan utama saya di Kerajaan Rakyat, Perisik Rakyat, Wak Jono dan Pak Karamu.

    Terima kasih di atas sedudian tuan singgah dan mengundang.

    ReplyDelete
  35. W'salam sdrku Mohd. Sofi.

    Memang saya berusaha untuk meminimakan kerisauan dan kebimbangan isteri dengan mengurangkan aktiviti air.

    Kalau di gunung isteri saya tidak kisah sangat sebab saya ada juga sekali sekala membawanya bersama. Jadi lebih faham tentang keadaan di gunung dari di air. Aktiviti air saya tidak bawa dia sebab dia kurang mahir berenang. Bukan dia tidak tahu langsung tetapi kurang cekap.

    Itu sebab komen saya kat Mak Su yang saya tidak akan benarkan sesiapa yang tidak tahu berenang menyertai aktiviti air jika saya yang menjadi leadernya.

    ReplyDelete
  36. salam tuan, sama juga dengan saya tetapi ada sikit perbezaan.

    saya jarang menyinggah keblog rakan2 bloggers kerana saya membaca setiap entri blog rakan2 menggunakan google reader & saya juga kurang aktif memberi komen dlm mana-mana entri.

    walaubagaimanapun saya tetap mengikuti perkembangan blog rakan2 setiap hari.

    *perasan juga tuan rajin meninggalkan komen dalam blog saya. terima kasih atas kunjungan.

    ReplyDelete
  37. huh, hebatnya pak din.... air pun mcm api masa kecil jadi kawan kalau dah bah mcm tsunami hanya doa dan tawakal ajelah yg boleh kita buat.

    ReplyDelete
  38. W'salam Topengperak_Xinwugi,

    Saya cukup menghargai segala maklumat di blog sdr. Dengan adanya kawan-kawan blogger kita sama-sama dapat maklumat semasa.

    Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  39. salam aku oku,

    Hakikatnya tidak makhluk sehebat Allah yang Maha Kuasa ke atas semesta alam. Hebat manusia adalah semata-mata hebat secebis kurniaan dan taqdirNya. Apa pun Pak Din Bersyukur dengan pertolonganNya dan panjangkan umur Pak Din.

    Salam buat Babah!

    ReplyDelete
  40. thanks uncle...
    baru saya tahu dan faham.
    tapi minta2 semua kat sini dijauhkan dr semua tu.takut sgt!
    Uncle pun jaga diri baik2 yer...

    ReplyDelete
  41. ann,

    Begitulah. Terima kasih di atas peringatan ann.

    ann pun jangan marah-marah lagi. Kita bersaudara carilah yang jernih tapi untuk menjernihkan terpaksa pakai clorox pun terpaksalah dipakai juga.

    ReplyDelete
  42. uncle,terima kasih.
    skrg dh kurang sikit marah2...
    berkorban apa saja..
    :)

    ReplyDelete
  43. Ya ann, kekadang pengorbanan diperlukan tetapi tidak berbaloi berkorban pada tempat yang tidak sepatutnya. Beringat dan jadilah insan yan rasional.

    ReplyDelete
  44. Assalamu'alaikum wbt.

    Mencari jawapan tentang bagaimana pusaran air di sungai berlaku, selepas tragedi terakhir di Sg Belukar ... Terima kasih diatas perkongsian ilmu.

    HS

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa