Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 22, 2010

Perjanjian Yang Menentukan Nasib Hari Ini

Kalau dilihat apa yang berlaku kepada Wilayah Patani dan Setul hari ini, maka Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis amat beruntung diserahkan kepada Inggeris oleh Kerajaan Siam ketika itu.

Ini adalah takdir yang mennentukan kita susah dan senang. Alhamdulillah kita ditakdirkan lebih baik dari saudara kita yang masih dijajah dan dizalimi Siam.
Perjanjian Inggeris-Siam 1909, dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, ialah perjanjian antara United Kingdom dan Thailand pada 1909. Perjanjian ini ditandatangani di Istana Raja Siam di Bangkok pada 10 Mac 1909 dan diratifikasikan pada 9 Julai 1909. Kajayaan perjanjian ini sebenarnya diusahakan dan dimulakan bersungguh-sungguh oleh Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam.

Beliau mendapati beberapa perjanjian yang dimeterai bersama Britain sebelum dia bertugas pada tahun 1906 di Siam merugikan Siam terutamanya hal ehwal perdagangan dua hala dan keistimewaan lain seperti dalam Bowring (1855) dan Perjanjian Rahsia (1897). Oleh itu, beliau telah berunding dengan pejabat kedutaan Britain di Bangkok pada tahun 1907 untuk menyeimbangkan kedudukan hubungan perdagangan dan memansuhkan hak keistimewaan Britain di Siam dengan kesediaanya memujuk Raja Chulalongkorn menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara seperti Perlis, Kedah, Terangganu dan Kelantan kepada Britain sebagai ganjaran. Tawaran itu mendapat reaksi positif daripada Ralph Paget, Duta Britain ke Siam serta Sir John Anderson, Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Gabenor Negeri-Negeri Selat.

Usaha keras Strobel ini bermula apabila beliau menyampaikan hasrat tersebut kepada Putera Damrong, Menteri Am Siam ketika itu yang memangku tugas Raja Siam ketika Raja Chulalongkorn mengadakan lawatan ke luar negera. Putera Damrong menentang keras cadangan menyerahkan negeri-negeri Melayu utara kepada Britain malah Strobel sendiri dimarahi oleh Putera Damrong. Namun begitu, Strobel tidak kecewa dan putus asa. Sebaliknya beliau berazam akan memaklumkan hasrat itu kepada Raja Chulalongkorn apabila kembali dari lawatan ke luar negara. Apabila Raja Siam Pulang, Strobel memaklumkan cadangan itu dan Raja Chulalongkorn hanya mahu menyerahkan Kelantan dan Terangganu sahaja kepada Britain. Strobel memaklumkan kepada Ralph Paget akan persetujuan Raja Siam yang hanya mahu menyerahkan Kelantan dan Terangganu sahaja dan beliau menegaskan bahawa Raja Siam akan menimbangkan semula untuk menyerahkan Kedah dan Perlis. Ralph Paget memberitahu Strobel akan hasrat British yang mahu mendapatkan Setul dan Patani (sekarang dikenali sebagai Satun) berdasarkan wilayah itu kepunyaan Kerajaan Kedah dan Ralph Paget juga bertegas mahu Pulau Langkawi diserahkan kepada Britain. Strobel kembali menemui Raja Chulalongkorn dan memaklumkan kepada baginda dengan cara menyerahkan Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan sahaja pihak Britain akan mengkaji semula perjanjian lama yang merugikan Siam. Ketegasan Strobel ini sehingga beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai Penasihat Hal Ehwal Luar Siam.

Sementara itu, Sir John Anderson Gabenor Negeri-Negeri Selat amat bersetuju Britain menguasai negeri-negeri Melayu Utara malah mahu menguasai Patani dan wilayah-wilayah lain hingga ke Segenting Kra. Namun begitu, Strobel mengatakan kepada Ralph Paget, beliau tidak yakin Siam akan menyerahkan Patani kepada Britain kerana Siam mempunyai kepentingan di negeri itu berbanding negeri-Negeri Melayu Utara. Di samping itu, Strobel memaklumkan kepada Paget bahawa Raja Chulalongkorn hanya bersedia menyerahkan negeri yang ia tidak mepunyai kuasa kawalan. Kegagalan Britain mendapatkan Patani mengecewakan Paget, walau bagaimanapun, Paget tidak mahu menekan Siam kerana tidak mahu Siam membatalkan rundingan menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara. Demi menyelamatkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terangganu, kepentingan Patani terpaksa dikorbankan. Di samping itu, Paget juga gagal mendapatkan Wilayah Setul daripada Siam apabila Raja Chulalongkorn enggan menyerahkannya atas alasan melindungi kepentingan orang sam-sam yang telah berhijrah dan mula bertambah di wilayah Setul. Pada tahun 1908 Strobel meninggal dunia tetapi rundingan tersebut tetap diteruskan.

Semasa rundingan tersebut pelbagai syarat yang dikenakan oleh Siam seperti pihak Britian perlu menanggung kos pembinaan jalan keretapi di Siam ketika itu. Kedua-dua pihak meneruskan perbincangan ini dari tahun 1907 hingga 1909.
Britain tidak dapat bertangguh lagi untuk menguasai seluruh Tanah Melayu kerana negeri-negeri ini kaya dengan biji timah dan sesuai ditanam dengan getah. Tambahan pula negeri-negeri Melayu ini amat sesuai disatukan kerana mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu sama dari segi bahasa, agama, bangsa, cara hidup, kebudayaan dan lain-lain.

Perjanjian ini merupakan perjanjian yang ke-8 dalam usaha British menguasai utara Tanah Melayu. Perjanjian sebelum ini ialah :
Perjanjian Burney 1826
Perjanjian Sulit Siam - British 1894
Perjanjian British - Perancis 1896
Perjanjian Sulit Siam - British 1897
Perjanjian Siam - British 1902
Pakatan British - Perancis 1902

Ciluk dari sini

5 comments:

  1. Cheers Queen & its Britons for lovely gratitude! Long live the Queen!

    ahaks!

    ReplyDelete
  2. Hanz

    Ada juga untungnya berbanding dijajah siam yang lebih kejam.

    Berterima kasih pun tidaklah juga tetapi bersyukur Kelantan di tahap ini.

    ReplyDelete
  3. Katon Tin Ton

    Inya Allah uncle akan ke sana dan linkkan.

    ReplyDelete
  4. namun maseh ada rkyt kelntan yg tidk bersyukur berada d bwh tnh mlayu .

    ReplyDelete
  5. tp mseh ada rkyt kelntn yg tdk thu bersyukur dgn nikmat keamanan dan kesejahteraan brada d tnh mlayu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa