Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 30, 2011

Orang Ini Pun Nak Tumpang Semangkok!

Bukankah memperbaiki dan menegur itu suruhan agama? Atau adakah dia merasakan Pemerintah Malaysia ini sudah sempurna?

Fikir-fikirlah !


Khamis Jun 30, 2011
Jangan Sertai Perhimpunan 9 Julai - Pengerusi Majlis Fatwa

KUALA TERENGGANU: Umat Islam khususnya dan masyarakat negara ini amnya dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, negara ini sekarang bukan sahaja aman, malah orang luar menjadikan negara ini sebagai contoh.

"Ertinya kalau sudah ada yang baik itu, kita perlu jaga, kita perlu pertingkatkan dan perlu dibaiki untuk menjadi lebih baik".

"Dalam Islam, yang baik itu jangan kita rosakkan, yang berpadu, jangan kita pecahkan kerana ia adalah merupakan satu dosa besar bagi kita," katanya ketika diminta pendapatnya mengenai perhimpunan yang akan diadakan itu selepas majlis perasmian Wacana Pendidikan Fatwa negeri Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di sini, Khamis.

Beliau berkata, Malaysia yang mempunyai ekonomi teguh sedang menuju ke arah yang lebik baik, jika perkara yng boleh menyekat atau merosakkan negara, maka perhimpunan itu tidak harus diteruskan.

"Dalam Islam kita boleh memberi pandangan, tetapi ia melalui saluran. Islam suruh kita berbincang dulu, kalau sudah tidak ada peluang, nak jumpa tak boleh, kita ditekan, pada saya itu boleh kita buat apa yang patut untuk mencari keadilan," katanya.

Bagaimanapun katanya, selagi ada sumber, maka ia digalak menggunakan 'syura' (berbincang).

Beliau berkata, selain itu semua pihak harus melihat masa depan dan kemajuan negara.

Katanya, kemajuan bukan bererti yang ada ini kita runtuhkan dan bina yang baru. "Dalam sejarah tamadun manusia, kemajuan itu apa yang ada. Kalau kurang, kita tambah, yang kurang baik, kita perbaiki supaya ia menjadi lebih baik.

"Seperti di Terengganu, kita nak lahirkan generasi Ulul Albab, generasi celik Al-Quran dan Hadis, nak menjadikan ornag Islam itu baik. Apakah kita kena runtuhkan yang ini dan nak bina yang baru yang dikatakan satu tamadun," kata Abdul Shukor. -BERNAMA/mStar

4 comments:

  1. yooo...jgn la pergi berkumpul beramai2 pd 9hb ni..ttp pergilah berkumpul beramai utk meyaksikan pesta maksiat tajaan TV3 suku yg pasti diadakan tiap2 thn & di tiap2 negeri d mesia ni..jom..kite wt maksiat...najib suka tuu..

    ReplyDelete
  2. yooo...jgn la pergi berkumpul beramai2 pd 9hb ni..ttp pergilah berkumpul beramai utk meyaksikan pesta maksiat tajaan TV3 suku yg pasti diadakan tiap2 thn & di tiap2 negeri d mesia ni..jom..kite wt maksiat...najib suka tuu..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Pak Din.. sihat kut?

    Berkenaan tajuk entri ..Ok, kita mintak 1 fatwa rasmi drp Majlis Fatwa & diperkenan oleh masjlis Raja & Sultan Melayu, dgn sebab musabab spt Prof. (pjg sungguh la gelaran pangkat sebelum nama dia) sebutkan tu, yg kita rakyat Malaysia khasnya Melayu & orang Islam hendaklah (hukumnya) WAJIB sokong & undi calon-calon UMNO & BN SAHAJA pada setiap pilihanraya? Baru nampak berani, mantap & tegas, kan, pak Din??

    Hehe

    ReplyDelete
  4. Sekarang semua yang berjawatan tinggi dalam kerajaan sedang "mengampuan". Tan Sri tinggal di bungalow, Tan Sri mana tau kesusahan rakyat kerana ketidakadilan pemerintah yang diberi kuasa daripada Pilihanraya tak adil. Tan Sri duk laa diam-diam kerana kantong pitis Tan Sri dah penuh. Usah lah ampu sana ampu sini, rakyat nak termuntah mendengar ampuan Tan Sri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa