Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 23, 2011

Apa Nak Hairankan, Yang Melayu Pun Tak Faham-Faham!

Mereka tu kafir. Maka tak hairanlah kalau mereka tidak faham atau pun tidak mahu faham. Yang berjenama Melayu dan mengaku islam pun tidak faham-faham atau tidak ambil peduli nak faham.

Kalau mereka faham dan ambil peduli nak faham, pastinya mereka tidak akan menentang. Bukankah menentang Hukum Allah itu adalah menentang Allah?

Kurang Faham HUDUD : Pemimpin MCA Diselar – Choi Tong

Oleh
Ibn_bacoks

imageBATU PAHAT – Para pemimpin MCA terutamanya presidennya Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek diselar kerana tidak memahami isu hudud secara yang sepatutnya.

Sebaliknya, hanya dilihat terus-menerus membangkangnya tanpa memiliki asas yang jelas. Demikian kenyataan YB Choi Tong Choi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Negeri Sembilan.

Katanya lagi, pandangan yang mengatakan bahawa jika hukum itu dilaksanakan dalam negara ini maka kebanyakan orang bukan Islam akan ‘dipotong’ adalah satu persepsi yang tidak tepat sama sekali.

”Soi Lek tak reti hudud. (pandangan) orang bukan Muslim kena potonglah !” katanya dengan nada sinis.

Beliau berkata demikian kepada hadirin sewaktu menyampaikan ceramahnya di perkarangan Bangunan Markas PAS Cawangan Parit Bilal Batu Pahat, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, YB Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor.

Beliau juga memberitahu bahawa penentangan golongan tersebut adalah disifatkan ‘berbau perkauman’ dan isu ini sengaja diputar-belit sebagai menakut-nakutkan kepada bukan Islam khususnya kaum Cina negara ini.

”(tindakan ini) berbau perkauman. Ugut (masyarakat) Kaum Cina (supaya) tak sokong Pakatan Rakyat (PR)” terangnya lagi.

Mengulas lanjut, Choi berkata lagi bahawa rakyat negara ini harus bijak menilai pemimpin yang berkualiti berbanding dengan mereka yang hanya muncul bila tiba pilihan raya sahaja.

Malah katanya lagi UMNO-BN sudah cukup lama memerintah dan pada pilihan raya akan datang merupakan peluang buat rakyat untuk melakukan perubahan bersama.

”Cukuplah 53 tahun BN memerintah. Mudah-mudahan Tuhan izinkan kita akan menang. Putrajaya milik kita” ujar beliau lagi yang merupakan salah seorang ADUN PKR yang fasih berbahasa Melayu.

Sumber dari sini

5 comments:

  1. Mereka yg kafir membangkang kerana yg Islam tapi sealiran dgnnya punya kefahaman yg sama. Nak terangkan macam mana lagi...

    ReplyDelete
  2. Orang Islam yang dok tedarus Quran sepanjang Ramadhan pun tolak hudud bagaimana nak suruh bukan Islam terima hudud.Menjadi kafir tu bukan saja tak masuk Islam....menolak hukum-hukum dalam Quran tu pun boleh menjadi kafir.Fikir-fikirkan lah.

    ReplyDelete
  3. Nak dakwah kena tangkap di bawah ISA. Hina Islam masih bebas macam tak buat salah pun! Sampai bila Melayu Islam terus bodoh?

    ReplyDelete
  4. Kalau nak Islam jointlah PAS.Kalau joint dengan UMNO sampai bila-bila pun ilmu Islam kita tak bercambah.Kita akan menjadi haru-biru lagi adalah.So....pergilah kuliah-kuliah agama yang dikendalikan oleh ustaz-ustaz PAS.

    ReplyDelete
  5. Salam ayahnda,macammana MCA nak faham hudud jika melayu yg berkawan dg diapun tak faham-faham dan tak mahu faham tentang hudud

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa