Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 1, 2011

Fakta Menarik Tentang Mahathir

Pada saya Mahathir adalah kanak-kanak yang takut ditinggalkan. Takut kehilangan rupa dan nama dari khalayak. Takut disisihkan. Takut kehilangan legasi dan yang paling menakutkan ialah dipersalahkan dan dihukum!

Itulah sebabnya kebelakangan ini dia merapu dan meraban tak tentu hala termasuklah masih merendah-rendahkan Hukum Tuhan. Orang yang macam ini, kalau dipanggil pulang, bolehkah disolatkan?

Saya yang jahil ni bertanya jer. Yang arif (alim) agama, tolonglah jawab dengan ikhlas (tanpa sentimen politik).

Adakah Mahathir Seorang Genius Ataupun Gila?


Ia Euripides di dalam hikayat Medea yang mengatakan “Kepada sesiapa yang dilaknati Tuhan, akan hilang kewarasan”. Pastilah kalimah ini bersesuaian dengan manusia bernama Muammar Gaddafi yang disaat-saat akhir hidupnya dimunculkan di kaca TV iaitu Al-Jazeera dan CNN. Tidak ada kalimah yang sesuai selain yang diungkapkan tapi untuk manusia bernama Mahathir Mohamad – yang telah hilang kewarasan sudah agak lama juga.

Kita tidak perlulah membicarakan bagaimana Mahathir hilang kewarasannya, bukan kerana faktor genetic, atau kesakitan mahupun pengambilan ubat yang berlebihan. Mahathir hilang warasnya kerana Kuasa. Mungkin boleh diiktiraf gila kerana rakus dengan kuasa mutlak.

Pembohongan secara pukal

Di tengah dekad 80-an, Malaysia masih mengekalkan beberapa institusi-institusi yang berfungsi secara bebas. Bagaimanapun, kehakiman di dalam susuk Salleh Abbas, menolak untuk tunduk kepada Mahathir, yang berakhir dengan karier Salleh Abbas dimusnahkan. Selepas itu, sistem kehakiman telah menjadi ayam ternakan Mahathir berbanding sewaktu British masih berkuasa di mana kebebasan institusi awam dapt dibanggakan. Mahathir turut bersilat lidah dengan Perlembagaan ber-Raja Malaysia. Dengan segala keinginan dan tujuan, Mahathir menjadi seorang diktator. Beliau dikerumuni pengampu dan pemungut hutang. Ia terjadi mengikut apa yang diimpikan oleh Mahathir sendiri yang gila kuasa melihat sesiapa yang mempersoalnya sebagai ancaman.

Mahathir yang tidak memikirkan yang Malaysia ialah sebuah negara kecil yang terbatas di dalam banyak hal ehwal dunia, telah menebalkan muka sendiri memberi taklimat terutamanya kepada Barat, bagaimana dunia atau negara mereka perlu diuruskan. Ini bercanggah dengan cara dia mengatur-urus negara sendiri.

Ada dua cara bagaimana sesebuah negara itu boleh memainkan peranan yang besar dalam hal ehwal negara di dunia. Mereka perlu ada kekuatan kewangan atau kekuatan tentera. Malaysia tiada kedua-duanya, namun Mahathir telah selama beberapa tahun, termasuk selepas dia bersara, terus ‘menasihatkan’ Barat. Sejak insiden 9/11 hingga ke hari ini, dia tetap berpendapat kemusnahan Twin Towers itu adalah satu konspirasi Amerika atau Yahudi. Apa yang menyayat hati ialah pakar konspirasi tidak bertauliah ini merupakan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

Lahirnya Proton

Tiga tahun selepas menjadi Perdana Menteri pada 1983, Mahathir mula bercita-cita melahirkan industri automotif nasional. Ini secara tidak teterlaluan boleh dikatakan satu idea yang kurang bijak. Industri automotif memerlukan permintaan pasaran tempatan yang tinggi. Anda mungkin hanya mampu sekadar untung jika bertanding di persekitaran yang berdaya-saing, iaitu sekiranya anda bleh menjual sejuta kereta dalam setahun di pasaran tempatan. Sedekad selepas penubuhannya, hanya mampu menjual sebanyak 200 buah setahun, kurang dari apa yang disasarkan. Tidak ada dana mencukupi untuk bidang Kajian dan Penyelidikan yang bertahap tinggi. Proton tidak mungkin boleh mencapai impian yang Mahathir impikan sebagai pengeluar automotif terkemuka dunia. Proton hanya mampu hidp dengan bantuan dan perlindungan dari tarif kerajaan. Kereta yang dibuat menggunakan acuan teknologi Mitsubishi yang sudah keterbelakang; kerana Mitsubishi tidak mahu berkongsi teknologi baru dengan Proton.

Warga biasa dipaksa membeli kereta nasional yang berkualiti rendah tetapi harganya mahal. Keselamatan pengguna tidak diambilkira oleh Proton dan kerajaan sekadar melihat sebelah mata sahaja. Kereta Proton tidak dilengkapi bag udara dan sistem kunci anti-kecurian. Kebanyakan kemalangan jiwa yang berlaku boleh dielakkan sekiranya faktor-faktor keselamatan diperketatkan. Model yang dieksport dilengkapi segala faktor-faktor keselamatan. Hanya nyawa rakyat sendiri yang dianggap Mahathir sebagai tidak penting. Kerajaan cuba mengelak dari menanggung beban Proton dengan menjualnya kepada syarikat DRB tetapi Proton akan kembali menghantui kerajaan walau macamana cara sekalipun. Kerana Mahathir, tidak ada satupun syarikat automotif yang berminat untuk membeli Proton, lebih parah lagi, rakyat yang terpaksa menanggungnya.

Krisis Kewangan Asia menjadi punca

Bukannya Mahathir tidak memikirkan nasib malangnya. Seperti seorang ahli sains ‘gila’, Mahathir bergegas ke bahan ujikaji seterusnya. Dalam satu kajian, ianya adalah untuk membina sebuah bangunan yang tertinggi di dunia. Dana bukan persoalannya; dia akan menyedut keluar wang Petronas walau bagaimana cara sekalipun. Tidak ada seorang pun dari penasihatnya yang bertanya satu soalan yang amat penting, iaitu; apa keperluan sebenarnya? Sebaliknya mereka menasihatkan Mahathir secara serentak yang ianya adalah satu idea yang mengagumkan.

Ada banyak cara bagaimana wang boleh digunakan untuk pembangunan dan infrastruktur yang lebih penting dan menguntungkan Malaysia pada masa akan datang. Sebaliknya, Mahathir memilih untuk bermegah dengan monumun ciptaannya. Mahathir ini seperti seorang yang pendek bercakap besar cuba berjalan di atas tali yang tergantung untuk membuktikan dirinya mampu. Kelakuannya yang tidak masuk akal Mahathir mengundang bencana seperti yang terjadi ketika ekonomi Asia merudum pada 1997/98.

Sebenarnya kejayaan Malaysia tercatat pada era 90-an dimana negara mempunyai tahap pengurusan ekonomi yang bagus. Kesemua negara di Asian seperti Thailand dan Indonesia turut sama meningkat. Adalah satu kemustahilan bagi pemimpin dunia Asia, termasuk beberapa orang tirani seperti Suharto dan Mahathir menyediakan negara sendiri dengan pakar ekonomi yang mantap.

Penjelasan sebenar adalah dana assign mula memasuki pasaran rantau Asia dan banyak yang masuk itu adalah wang apungan, yakni boleh lesap dengan sekelip mata. Apa yang jelas ialah semakin banyak dana dilaburkan ke dalam benua Asia seperti satu petunjuk - ‘satu buat semua ikut’ – tanpa mengetahui yang pasaran kewangan dunia berasaskan spekulasi matawang. Spekulasi matawang mendapat kelebihan dari kelemahan ekonomi sistem yang tidak mempunyai teras kewangan yang kukuh bermula dengan Thailand sewaktu Krisis Kewangan Asia tahun 1997.

Menyalahkan orang lain

Untuk Mahathir, ia bermakna satu krisis politik. Cara dia menangani krisis kewangan itu ialah menuduh semua orang selain dirinya sendiri. George Soros, pedagang matawang kemudiannya dilihat sebagai lintah gergasi menghisap keluar dana negara-negara di Asia. Tetap sahaja perdagangan matawang sebahagian daripada sistem kewangan global yang sangat rumit. Sekiranya imbangan tidak rata di dalam sesebuah sistem, pedagang matawang sebagai kerjanya, memperbetulkan ketidakseimbangan itu. Mahathir pula tidak mahu mengaku yang dirinya telah boros dalam pelbagai projek meganya. Namun, Mahathir tetep menyalahkan Soros atas kemurungan ekonomi itu.

Krisis politik tahun 1998 menyaksikan Mahathir diuji kekuatan, sebagaimana kemudiannya ia dilihat sebagai cuba mempertahankan kuasanya. Timbalannya, Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara berdasarkan satu bukti yang direka-reka, dipercayai dikarang oleh rakan karibnya iaiatu Daim Zainuddin. Sidang mahkamah penuh kepincangan; salah seorang saksi, pegawai polis, menyatakan beliau akan berbohong di dalam mahkamah sekiranya diarah berbuat demikian walaupun bukti dimasukkan.

Putrajaya

Tahun 1999, Mahathir memindahkan pentadbirannya ke ibusawat pentadbiran baru ke Putrajaya, bandar berbangunan alam fantasi, pembaziran Mahathir seterusnya. Seperti biasa, Mahathir memaksa Petronas untuk menanggung kos pembinaannya. Untuk Mahathir, minyak bukanlah sumber asli yang kekal untuk diuruskan secara jimat-cermat, tapi sebagai cara dia merealisasikan wawasan agungnya, berboros; yang sentiasa tidak menguntungkan negara.

Kos pembinaan Putrajaya menelan belanja sebanyak RM12 bilion. Dana disedut untuk rekabentuk bangunan yang kemudiannya dilengkapi pelbagai perabot mahal. Wang dibazirkan untuk tiang lampu jalan beraneka rupa yang tidak berfungsi. Mahukan sebuah jambatan namun tiada sungai ataupun tasik di Putrajaya, lalu Mahathir mengorek tanah menjadikannya sebuah tasik! Kemudiannya dia membina jambatan impiannya itu. Semua ini adalah wang rakyat!

Dan apa yang kita dapat dari kesemua ini? Para pegawai kerajaan duduk di dalam bangunan beraneka rupa tanpa satupun yang berfungsi. Bangunan indah tidak menjana sebarang kegiatan ekonomi. Kilang-kilang yang menjana ekonomi, perniagaan milik individu – penswastaan yang menjana ekonomi, infrastuktur pula menampung kedua-dua ini guna mengurangkan kos barangan dan perkhidmatan serta waktu dipasarkan. Bangunan di Putrajaya dan duduk bergoyang kaki sahaja adalah satu pembaziran.

Kayu baton di tangan Badawi

Tahun 2004, Mahathir menyerahkan kuasa kepada Abdullah Badawi. Ketika itu dia percaya yang dia boleh memperkudakan Badawi dari belakang. Namun, Badwi memilih jalannya sendiri. Dia membatalkan projek-projek yang telah diluluskan Mahathir. Dia membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok impian Mahathir bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura. Mahathir kemuadian menyerang pentadbiran Badawi dengan terkeluarnya Badawi dari kerusi pemerintahan selepas pilihanraya umum 2008; walaupun hakikatnya Badawi ditendang keluar kerana asakan bertalu-talu Mahathir dari dalam UMNO.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, Mahathir telah cuba menulis kembali sejarah negara, sebagai contoh, menyatakan dia tidak mengeluarkan perintah menangkap lebih dari seratus orang di dalam Operasi Lalang 1987. Tiada yang terpedaya dan ada segelintir yang hadir sempat mengetawakan kenyataannya.

Kerana tidak berpuashati, Mahathir kemudiannya mengarang sebuah buku berjudul ‘Doctor in the House’. Buku ditulis penuh hipokrasi dan pembohongan disiang hari. Kehendaknya ialah memperlihatkan dirinya sebagai seorang doktor yang berjaya merawat kesakitan negara Malaysia. Sebaliknya, Mahathir ialah barah kepada Malaysia dan kesan kesakitan itu akan hidup lama di bumi ini walaupun dia sudah lama pergi.

Terima kasih - Addin

5 comments:

  1. Article ini (N3) seharusnya didedahkan kepada rakyat. Sayangnya hanya segelintir saja yg berpeluang membuka mata. Dari dulu lagi siapa yg cuba membuka mata rakyat pasti akan terpelanting dari kepimpinan yg diterajui...

    ReplyDelete
  2. Satu analisis yg amat baik namun adalah terlebih amat baik sekiranya analisis ini dibentangkankan sebelum sifat mahafiraun itu dizahirlan... walau apa pun ia tetap satu analisis yg berani... maka atas dasr itulah sekarang ini pihak PR menentang sehabis2nya segala macam bentuk idea jahat dan bodoh yg datang dari mentri2 pemerintah yg banggang.. supaya pisang tidak berbuah 2 kali.. supaya tidak berulang lagi analisis yg dilakukan setelah kemusnahan berlaku oleh pemerintah yg zalim dan boddoh... supaya rakyat terutamanya melayu tidak jadi sedah terantuk baru nak terngadah... "dah lama dah" 54 tahun dikerbau-lembukan oleh pemerintah terutamanya amno laknatullah... bangkitlah melayu, berjihatlah menentang kezaliman pemerintah yg boddoh ini...

    ReplyDelete
  3. pakatan rakyat sebenar nya lebih teruk dari mahathir, cuma tidak mahu mengaku, mencari kesalahan semua PM di malaysia sudah di ketahui sejak berzaman sampai lah ke Najib, anak najib juga terkena tempias dan rosmah juga tidak terlepas, yang betul semua PR saja walaupun mengadai kuasa melayu, sembah apek tua tu bukan dapat masuk syurga pun, jilat punggung ambiga pun tidak dapat geliga nya tapi dapat menjahanamkan kuasa melayu, itu pun bangga teramat sangat, perlu di ingat bahawa bukan semua orang boleh di perbodohkan kan dengan nama keadilan rakyat, mana keadilan saiful kalau asyik kes bertangguh2 oleh pemimpin anugerah allah yang di banggakan sangat, secara personal saya lihat air muka nya pun saya tak percaya langsung, kata2 yang keluar dari mulut nya pun cuma orang bodoh saja yang terpedaya, apakah anda salah seorang dari nya? mana pergi sixth sense anda membaca perawakan orang, ketahui lah cara percakapan seorang memperlihatkan isi hati dan permikiran, itu pun kalau anda bijaksana! kalau membuta tuli jadi pengikut sampai mati pun terus buta, nak tau rahsia nya? buka minda dan mata hati anda, luruskan hati batin dan anda akan nampak kepincangan dan kebodohan anda selama ini!

    ReplyDelete
  4. tak tau ke ATM antara tentera terbaik dunia?

    ReplyDelete
  5. nie blog pembangkang ke? dalam islam mmg suh fitnah n burukkan org yg kita xsuke eh? insaf la.. kang merangkak bwah panas terik cari tun dr mahathir nk mntak maaf.. xperlu nk bentangkan analisis bagai. manusia dikurniakan mata hidung mulut telinga dan AKAL untuk memikir mane baik mane buruk.. xyah susah2 nk buat sinopsis drama kalian nk bg org tau atau percaya.. awak di parti pembangkang yg bnyak mengetengahkan hal agama kita ISLAM... tp mcm ini ke seorang ISLAM??

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa