Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 1, 2011

Lidah Biawak Atau Memang Nyanyuk?

Saya tak akan kata dia sudah lupa tetapi dia telah nyanyuk!
Dia hanya nampak apa yang orang lain buat tetapi tidak ingat langsung apa yang dia sudah buat.

" Suatu yang "kebetulan". Gaddafi adalah orang Libya manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Mahmud di kenali dengan Ustaz Ibrahim Libya sempena arwah pernah menuntut ilmu di bumi Umar Mokhtar itu.

Keduanya telah meninggal dunia. Assyahid meninggal di bumi kelahirannya Memali kira-kira 26 tahun yang lampau 19 November 1985. Manakala Gaddafi baru sahaja meningga juga dibumi kelahiraannya Sirte 2 minggu yang lalu.

Keduanya dibunuh. Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri manakala Assyahid dibunuh oleh Kerajaan Malaysia yang ketika itu PMnya Dr Mahathir, Menteri KDNnya Musa Hitam dan IGPnya Hanif Omar..

Keduanya dibunuh tanpa melalui proses keadilan yang sewajarnya. Tidak dibicarakan dan dibawa ke mahkamah untuk mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan. Proses "keadilannya" ialah tembak !

Cuma yang bezanya ialah Gaddafi ada rekod kejahatannya iaitu membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Libya "dosa"nya hanya mengajar ilmu agama kepada orang kampung dan menentang ISA. Itu sahaja.

Apabila Dr Mahathir menyatakan tidak wajar Gaddafi dibunuh dan beliau patut ditahan dan dibicara terlebih dahulu maka kita tertanya-tanya adakah Dr Mahathir seorang yang "waras" dan berlagak dialah seorang yang memperjuangkan keadilan?

Bagaimana dengan Peristiwa Memali? Sehingga kini, tiada ucapan maaf secara terbuka dari Mahathir, Musa Hitam dan Hanif Omar.

Tanda seseorang itu telah mencapai tahap kembali semula ke "alam bayi" ialah apabila dia "menjilat kembali kahak hijaunya" tanpa disedari! Itulah Mahathir"

Tranungkite - saya ambil dari sini

Terima kasih ayid

2 comments:

  1. Janganlah dikira sangat si tua bangka tak sedar diri ni......dah lebih drp nyanyok. Bila terlalu lama sangat jadi PM dia terlupa dia dah jadi pencacai. Mumgkin dia mendapat kekuatan untuk hidup dengan menjadi pencacai nyanyok.

    ReplyDelete
  2. Yang sedihnya, ramei pulak pencacai tak nyanyuk bersama2 dengan dia. Apa pulal istilahnya untuk pengampu2 bangang dia ni?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa