Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 27, 2011

Menyuarakan kebimbangan: Salahkah?

Aziz Bari nafi serang pengurusan zakat S'gor

Hazlan Zakaria
1:18PM Nov 25, 2011

Profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari hari ini menafikan beliau menyerang pentadbiran dan pengurusan zakat di Selangor sebagaimana yang

didakwa oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda semalam.

Katanya, beliau tidak pernah menyerang pengurusan zakat yang sedia ada di Selangor.

azlan













Sebaliknya, tegas pakar perlembagaan itu, beliau hanya menyuarakan kebimbangan tentang masa depan, memandangkan pindaan kepada enakmen yang memberikan kuasa yang luas kepada
sultan - yang mungkin mempunyai implikasi kepada pengurusan masjid dan zakat.

Beliau memberitahu demikian kepada Malaysiakini hari ini melalui e-mel sebagai mengulas titah Sultan Selangor yang dukacita berhubung dakwaan Abdul Aziz, kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.

Abdul Aziz menjelaskan bahawa konteks komen beliau adalah mengenai percubaan "luar biasa" yang dibuat untuk meluluskan rang undang-undang itu apabila sultan dilaporkan "mengeluarkan titah kepada anggota Dewan Undangan Negeri Selangor".

Dilaporkan Sultan Selangor telah mengeluarkan titah menitahkan mereka meluluskan pindaan untuk meluaskan kuasa sultan dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam hal ehwal Islam di negeri ini.

Mengenai pengurusan zakat, beliau bercakap tentang masa depan, bukan tentang masa kini, jelas Abdul Aziz dan menambah beliau membuat komen iu sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang pakar dalam perlembagaan.

"Saya juga membayar zakat dan fitrah di Selangor," kata Abdul Aziz.

Berdasarkan itu, Abdul Aziz berhujah bahawa apa yang dititah oleh sultan mengenainya adalah "tidak betul".

Katanya, baginda telah diberi nasihat yang salah dan oleh itu beliau bersedia mengadap jika baginda memberi perkenan berbuat demikian. - sumber mk

3 comments:

  1. Kerajaan Nik Najis bagi bantuan apa? Bagi air jampi?
    Wakakakaka..
    Lu fikir la sendiri!
    Published with Blogger-droid v1.7.4
    Posted by PUTRA MERDEKA at 2:25 PTG Labels: kelantan banjir

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Saudara Mountdweller,

    Selamat menyambut Hijrah 1433, semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 yang telah berlalu dan dapat kita manfaatlah untuk kebaikan diri sendiri, keluaraga, bangsa, agama dan Negara InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. tahniah le kepada rakyat selangor terutama yg sokong part keris kerana mempunyai seorang sultan yg sangat mengambil berat tentang agam islam,walaupun semua orang tahu apa yang berlaku...tapi,nampak gayanya macam nak pertahankan orang2 yg berkhidmat dengan pejabat agama islam,bukan agamanya,,hayati betoi2 ucapan tersebut,janganlah jadi macam kaum2 yg sedang jadi penasihat kt malaysia niii,depa tak pindapun walau satu ayat ALLAH,tapi,,,depa pusingkan maksud ayat je!!!contoh,,,ALLAH kata bumi ni rata,depa guna kaedah teknologi utk katakan bumi bulat dan kitapun terpengaruh tanpa buat rujukan dalam kalam ALLAH..tak boleh nak salah juga kita ni,,sebab ulamak2 minda kerajaan ajaq AL-QURAN serupa syair bukan pada maknanya,kalu dari kecik2 dah diajaq maknanya AYAT2 ALLAH kt kita,aku rasa bn dah lama tak perintah malaysia.wassalam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa