Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 25, 2016

Arul Kanda simpan rahsia besar 1MDB?

“Arul perlu dedah rahsia 1MDB jika mahu hidup tenang”

April 25, 2016
Ia bagi mengelakkan Arul dijadikan 'kambing hitam' seperti yang berlaku kepada bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
tuan-ibrahim,arul
PETALING JAYA: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy disaran mendedahkan segala-galanya mengenai skandal syarikat pelaburan itu sebelum berundur.
Beliau juga dinasihatkan bekerjasama dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bagi merungkai semua isu yang menyelubungi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut berkata, Arul perlu bertindak sedemikian sekiranya beliau ingin hidup tenang selepas meninggalkan 1MDB.
“Pendedahan akan menyebabkan peluang beliau tidak dijadikan ‘kambing hitam’ di atas apa yang berlaku sebelum beliau diberikan amanah mengurangkan hutang 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, Arul merupakan individu yang bijak dan sudah tentu beliau dapat belajar sesuatu setelah melihat apa yang berlaku ke atas bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
“Sebagai orang terbesar di 1MDB hari ini, sudah tentu Arul dapat mengesan siapa pihak dalaman yang mungkin bekerjasama untuk melakukan penipuan sebesar AS$3.5 bilion itu.
“Arul wajib mendedahkan maklumat-maklumat tersebut kepada umum sebelum ada tangan ghaib cuba menutupnya menggunakan OSA,” kata beliau lagi.
Sebelum ini, Arul dalam wawancara bersama akhbar perniagaan, The Edge mendakwa kemungkinan berlaku penipuan yang besar dan mungkin terdapat kerjasama daripada pihaknya sendiri dalam isu kemelut 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang mengesahkan Aabar Investment PJS (Aabar BVI) bukan anak syarikat IPIC.
Malah Arul juga mengakui sekiranya apa yang didakwa IPIC itu benar bahawa Aabar BVI tiada kena-mengena dengan syarikat induk itu, sebenarnya 1MDB sudah ingkar (in default) membayar hutang sejak Disember 2015.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa