Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 24, 2016

Punya air muka: PM British umum berundur

# Najib pun mencelah gak?

PM British umum berundur, Najib gesa hormat referendum
mk   -   Hari ini, 4:49 petang

David Cameron mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sebelum Oktober ini selepas rakyat Britain mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dalam referendum diadakan.

“Saya tidak fikir saya sesuai menjadi kapten untuk memimpin negara ini ke destinasi seterusnya,” katanya kepada pemberita di pejabatnya Downing Street, menurut Reuters.

Sebelum ini, Cameron semasa berkempen berkata akan kekal mentadbir walau apa pun keputusan diperoleh.

The Guardian pula melaporkan Cameron sebagai berbangga dengan pencapaian sebagai perdana menteri selama ini.

Selain referendum berkaitan kedudukan dalam EU, beliau juga merujuk kepada referendum untuk Scotland sama ada ingin kekal dalam Britain sebelum ini.

Cameron menegaskan beliau telah berjuang untuk referendum dengan sepenuh hati tetapi orang ramai berbeza pendapat dan oleh itu mereka memerlukan seorang pemimpin baru.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan rakyat British itu mesti dihormati.

“Pengundi UK sudah bersuara. Sebagai demokrat, kita mesti hormat keputusan itu.

“Kita harap yang terbaik buat rakan-rakan British kita untuk masa depan yang mereka pilih,” katanya.

Rakyat M'sia antara pelabur terbesar di UK

Undian itu diadakan selepas timbul persoalkan berkaitan peranan London sebagai bandar raya kewangan global bersama EU.

Kesan daripada keputusan itu, nilai pound jatuh ke tahap terendah dalam tempoh 30 tahun.

The Star Online melaporkan, pengundian bersejarah itu memberi beberapa kesan terhadap rakyat Malaysia, yang menjadi antara pelabur terbesar dalam harta tanah di United Kingdom.

Pelabur lain termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Lembatan Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pelabur Malaysia juga dikatakan terlibat dalam beberapa projek harta tanah di Britain, termasuk pembangunan semula Battersea.

Kedua-dua negara mempunyai hubungan dagang dua hala yang kukuh.

Bank Negara berkata pasaran Malaysia berada dalam kedudukan bersedia berdepan sebarang kemungkinan susulan referendum itu.

10 perkara yang anda ingin tahu tentang Brexit

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa