Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 26, 2010

55 Tahun Aku Di Sini

Hari ini 26 Ogos 2010

Pada hari ini genaplah selama 55 tahun aku menumpang di bumi Allah ini

Hari ini genaplah selama 55 tahun aku menumpang kasihnya Allah
di alam fana ini

Hari ini genaplah 55 tahun Allah limpahkan aku dengan rahmatNya.

Hari ini genaplah 55 tahun aku menumpang Rahman Allah
dengan nikmat rezeki yang melimpah dan kesihantan yang baik.

Hari ini genaplah 55 tahun Allah hidayahkan aku agamaNya
dan itulah Rahmat terbesar dariNya

Syukur alhamdulillah........

Upload pula Kek hadiah dari Adik

Terima kasih Adik

16 comments:

  1. selamat ulangtahun pak din..semoga sejahtera..
    ya Hu!

    ReplyDelete
  2. salam,

    Selamat hari lahir uncle,semoga dianugerahkan kesihatan yang baik,keluarga bahagia serta dimurahkan rezeki amin....

    ReplyDelete
  3. Apa apa pun "MOUNTDWELLER" All The Best La!Biar macam kelapa tua, makin tua makin diperlukan .Sisih malaikat 44 ,moga moga tak jadi macam UMNOBN makin tua makin teruk perangai,tak reti reti nak berubah , seolah olah nak hidup seribu tahun.

    ReplyDelete
  4. Salam pk Din... Hari ini hari ulang tahun Pak Din yer.... Selamat hari ulang tahun dari muraisenja kami sentiasa mendoakan agar Pak Din dimurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan serta diberkati segala amalan...Amin.

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Lahir, Ayahanda Mountdweller yang kami kasihi! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik... Happy Birthday Uncle!

    ReplyDelete
  6. asalamulikum ayahnda
    selamat ulang tahun ,semoga di murahkan rezeki dipanjangkan umur

    ReplyDelete
  7. Salam Pak Din,
    Kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT ULANG TARIKH KELAHIRAN. Semoga sentiasa selamat dan dilindungi ALLAH SWT sentiasa.
    Terimakasih kerana Pak Din tidak kedekut berkongsi ilmu dan pendapat. Satu blog yang amat jujur.

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Selamat ulang tahun ke 55 thn "Ayahanda". Semoga dipanjangkan umur & dikurniakan kesihatan yg baik. Dimurahkan rezeki & kekal dalam hidayahNYA...Ameen.

    ReplyDelete
  9. Salam..
    Selamat Hari Jadi Yg ke 55 ayah din... semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. amin..

    ReplyDelete
  10. Salam Mountdweller,

    Selamat Hari Lahir!!

    Semoga 55 tahun hidup anda di bumi Allah SWT ni, telah mendapat berkatNya dan Mum doakan semoga hari-hari yang mendatang juga, anda sentiasa dalam lindungan dan barakahNya... insyaAllah.

    Salam pada adik dan akak.

    ReplyDelete
  11. Salam Ayahanda,

    Perghh... dah 55 tahun, Selamat Ulangtahun Kelahiran di Bumi Allah ini.

    Semoga ceria dan sejahtera selalu.

    ReplyDelete
  12. Happy Birthday!

    AlhamdulillahiRobbilAlamin! May Allah swt continue to bless you and your family.

    Salam.

    ReplyDelete
  13. Wa alailumussalam Sdr.kulupSakah, Man, Anonymous, muraisenja, Anakanda Galuh Cendra Kirana, Anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o, melur, mr edz, Anakanda KiTTuN, Anakanda afnan, Puan A Mum Of Three Mohd., Anakanda Isa, Puan melayuangkat.

    Terima kasih di atas ucapan dan doa anda semua.

    Saya juga doakan saudara/ri sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Insya Allah.

    ReplyDelete
  14. Hanz

    Thanks. May Allah bless you.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa