Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 3, 2016

Rohingya: Bodo sangat Mamat ni, tapi depan nama tu Dr....., Dr. dari mana ek?

Rohingya: Zuhdi tak faham antara usul dan soalan lisan, bidas Amanah
03 Disember 2016 | MALAYSIA DATELINE
Pas membisu di Parlimen namun hadir ke himpunan solidariti untuk Rohingya esok

Parti Amanah Negara (Amanah) membidas kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mendakwa Amanah ingin menjadi juara dalam isu kekejaman terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar apabila membawa usul mengenainya di Parlimen.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Raja Bahrin Shah berkata, isu Rohingya bukan untuk diambil kesempatan politik untuk menentukan siapa juara dan dakwaan Mohd Zuhdi itu menzahirkan sikap sebenar beliau.

Raja Bahrin berkata, Mohd Zuhdi tidak memahami perbezaan antara usul dan soalan lisan di Parlimen apabila berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah banyak kali mengemukakan soalan lisan mengenai Rohingya setiap kali persidangan.

"Pertanyaan di bawah soalan lisan berbeza dari Usul di bawah 19 (a) untuk di bahas secara terbuka di Parlimen. Soalan lisan seperti disebut beliau adalah terhad dan bukan dibuka untuk dibahas untuk menentukan pendirian dan tindakan.

"Ramai ahli Parlimen lain, termasuk yang bukan Islam, telah mengemukakan soalan lisan seperti yang telah dilakukan oleh ahli Parlimen Marang. Bukan Ahli Parlimen Marang sahaja yang membawa soalan Rohingya sebelum ini.

"Namun usul dibawah 19 (a) memberi ruang yang luas dan masa yang panjang untuk dibahas sedalam-dalamnya dan dimana boleh dipersetujui satu usul untuk diluluskan oleh Parlimen untuk tindakan kerajaan.

"Ini adalah perbezaan yang besar dibandingkan dengan soalan lisan yang terhad," kata beliau dalam satu kenyataan.

Menurut Raja Bahrin yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu, amat mengecewakan apabila tiada seoarang pun wakil rakyat Pas menyokong usul itu tetapi ingin berhimpun bersama Umno esok dalam isu yang sama.

"Amanah tidak membuat tuntutan bahawa isu Rohingya ini isu kami, malahan kami mengakui ini adalah isu seluruh rakyat Islam dan juga bukan Islam. Kerana itulah kami amat kecewa tiada seorang wakil Pas atau Barisan Nasional pun yang menyokong usul 19 (a) Rohingya pada hari ia ditimbulkan di Parlimen.

"Malahan lebih memalukan, selain dari dua wakil Amanah, adalah empat ahli Parlimen bukan Islam dari PKR dan DAP menyoal kenapa isu ini ditolak sementara Pas dan rakan yang dinasihatinya dari Umno membisu. Bisu dalam keadaan ini bererti setuju usul itu ditolak," katanya lagi.

Beliau juga tidak terkejut jika Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya esok yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Abdul Hadi dijadikan medan untuk mewujudkan suasana anti-bukan Islam demi kepentingan politik Umno dan Pas.

"Kami tidak mempertikaikan hak Pas untuk bersama dan bersepakat dengan Umno untuk berhimpun pada 4 Disember. Namun kenapa perlu ia dihadkan kepada ummat Islam sahaja? Adakah ia bertujuan mewujudkan suasana anti-bukan islam demi kepentingan politik Umno dan Pas?

"Soalannya mana yang lebih penting dan wajib untuk dibuat, melaungkan slogan dan berceramah berapi-api di stadium atau membuat pendirian dan menentukan tindakan kerajaan di Parlimen?

"Kami tidak hairan kalau akhirnya perhimpunan itu akan menjadi perhimpunan melaungkan slogan anti-bukan Islam dan menyeru orang Islam bersatu menyokong Umno dan Pas sambil takut pada DAP. Amat jelas itu agenda sebenar perhimpunan ini," katanya.

* Kononnya bimbang kredit pergi pada parti lawan?

Maaf cakap, Abang aku pernah kata, di zaman dia dan aku dulu budak yang tak lepas naik ke tingkatan empat dan tak layak mengulang, ibu bapa akan hantar ke sekolah arab. Setelah entah berapa lama belajar dapatlah ke Universiti di Timur Tengah, India atau Pakistan. 

Bila balik ke tanah air/kampung bertitle Ustaz dan diangkatlah jadi pemimpin. Jadi itulah kualiti pemimpin yang tersohor wujud pada hari ini.........itu komen abang akulah!

Bukan tidak ada langsung yang menjadi biijak, ada........tetapi berapa orang yang setaraf almarhum UFN dan TGNA?

Yang akan datang mungkin berbeza kerana bebudak sekarang ramai yang cerdik dan berIQ tinggi. Maka dengan sendirinya pemikiran dan mentaliti berubah

Definisi hidup Melayu merangkumi Jho Low RM42 Billion dan Pimpinan Negara China, Bapak Komunis Dunia RM144 Billion

03 Disember 2016 | DR SYED ISKANDAR SYED JAAFAR AL MAHDZAR
Ketika ini sebuah parti Melayu sedang mengadakan persidangan yang kebiasaannya dihadiri oleh majoriti ahli ahlinya yang masih susah dan hidup meminta minta manakala pewakilan yang terdiri daripada Ketua Bahagian dan Cawangan pula sekalipun tidak hidup meminta minta kerana sudah senang lenang terpaksa hidup untuk terus menjaga hati pimpinan utama parti mereka kerana cuma dengan menjaga hati bekalan vitamin wang dapat di jamin berterusan.

Acara bertepuk tangan dan memuji muji pemimpin ibarat orang mabuk ketum tanpa menyedari majoriti golongan rakyat dalam keadaan susah. Meningkatnya golongan penerima BRIM dianggap sebagai kejayaan adalah sesuatu yang pelik.

Kononnya pemimpin mereka adalah anugerah Allah swt ini juga tiada biasa dengan perlantikan Jeneral Sisi Mesir yang diwar-warkan oleh golongan pengampu tegar sebagai anugerah Allah swt.

Kemunafiqan melanggar sumpah pegang jawatan di putar belitkan menunding jari kepada bekas pemimpin besar mereka yang telah bersara. Namun semasa menerima perlantikan pegang jawatan Perdana Menteri daripada Yang Di Pertuan Agong komitmen untuk berlaku jujur dengan melafazkan sumpah berat Wallahi Wattallahi Wallhamdullillah hirrabil alamin.

Parti Melayu ini mendakwa mereka menjaga kepentingan melayu. Melayu mana yang dijaga agaknya? J low itu Melayu barang kali? Pemimpin utama negara China itu melayu barangkali sehingga seolah olah menjual dan menggadai pelbagai projek infrastruktur keselamatan negara bernilai lebih RM144 billion kepada negara Bapa Komunis itu.

Apa kata PDRM agaknya, bila sedikit masa lalu Mat Sabu di katakan menghina kaum keluarga anggota polis ketika insiden bukit kepong seolah olah Mat Sabu membela komunis? Kenapa perlu beria ia abu mayat Chin Peng tidak di izinkan pulang ke Sitiawan Perak ? Chin Peng adalah ikan bilis saja dalam pertubuhan Komunis jika nak di bandingkan dengan negara China di mana pimpinan utama negara beria ia mendapatkan pelbagai bantuan kewangan.

Telah sekian lama lesen perbankan susah hendak di keluarkan namun cuma dengan lawatan rasmi yang begitu panjang untuk sesebuah negara iaitu seminggu, lesen perbankan di keluarkan oleh negara kita kepada negara komunis berkenaan. Justru ianya akan lebih mudah untuk negara komunis berkenaan mengeluarkan pelbagai bentuk pembiayaan mengikut polisi dan dasar ibupejabat bank mereka di negara komunis China.

Projek projek infrastruktur keselamatan negara dengan mudah di berikan kepada negara komunis justru jika berlaku apa apa sabotaj oleh mereka ianya amat mudah mereka lakukan memandangkan mereka adalah penyumbang dana modal yang utama. Dengan satu butang sahaja kemalangan keretapi laju terbesar dunia boleh berlaku. Dengan satu perintah sahaja serangan udara boleh dilakukan ke dalam bandar Kuala Lumpur memandangkan lapangan TUDM Sungai Besi kini milik China untuk tujuan pembangunan dan di gantikan dengan lokasi yang lebih jauh daripada bandar Kuala Lumpur. Malah dengan satu butang sahaja sumber tenaga elektrik boleh terhenti memandangkan salah satu daripada syarikat pengeluar tenaga elektrik bebas , Edra kini di miliki oleh syarikat syarikat kumoulan negara komunis China.

Bagaimana pula dengan kedudukan pertubuhan Polis Bantuan yang biasanya menjadi pertahanan aspek keselamatan di pelbagai syarikat syarikat infrastruktur keselamatan negara yang kini mungkin pemegang saham utamanya adalah syarikat syarikat negara komunis China? Polis bantuan sekalipun di luluskan oleh Ketua Polis Negara namun gaji mereka dibayar secara terus oleh syarikat syarikat dimana mereka bertugas. Justru kesetiaan mereka ini, apakah kepada syarikat yang membayar gaji mereka ataupun kepada KPN dan PDRM yang mengeluarkan kebenaran di bawah Akta Polis 1967.

Tidak menghairankan jika kita menganggap perbuatan menjual dan menggadai pelbagai aset keselamatan penting negara atas nama perniagaan sebagai satu pengkhianatan kepada negara sepertimana yang termaktub di bawah Kanun Kesiksaan.

Apa agaknya persidangan parti melayu berkenaan akan kata, hidup melayu? Namun yang sebenarnya sepatutnya di laungkan hidup negara bapak komunis dunia! Jangan marah, nanti kena jual kata P Ramlee dalam filem 3 Abdul kepada Ahmad Nisfu namun inilah hakikatnya, tak perlu marah mesti bersuka ria.

Isu budak berbangsa cina J Low seorang diri yang mendapat faedah daripada dana RM42 billion mengalahkan kesemua jutaan penerima BRIM dan mereka yang hadir di persidangan berkenaan masih lagi melaungkan hidup melayu dan kononnya pemimpin mereka anugerah Allah swt.

Apa pentingnya projek mencantikkan kawasan tugu negara sebanyak RM650 juta atau lebih lagi kosnya itu dikala pelbagai harga barangan naik dan kejatuhan nilai ringgit hingga menyebabkan ada penukar wang di luar negara enggan menerima ringgit sekalipun di nafikan oleh segolongan pembohong sebagai tidak benar. Adakah mungkin projek tugu juga merupakan salah satu lagi cara untuk mengambil dana untuk kepentingan peribadi semata mata?

Apa pentingnya untuk membina Menara Warisan PNB dengan membazirkan berbillion wang rakyat? Apa pentingnya institusi seperti Felda dan Tabung Haji berniaga dalam bidang yang bukan mereka punyai kepakaran hingga menyebabkan kedua dua terpaksa menjual aset mereka untuk untuk menunjukkan kononnya mereka masih ada tunai?

Mudahnya perwakilan wanita parti melayu di kelirukan oleh samseng sharif dol kampong dusun kononnya YB Rafizi di hukum kerana memfitnah ketua mereka yang mempunyai iras wajah seperti lembu betina itu. Sebenarnya YB Rafizi dijatuhkan hukuman kerana di anggap membocor rahsia negara di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan bukannya kerana ketua mereka tidak membela lembu dalam kondominium.

Namun Akta Rahsia Rasmi 1972 sepatutnya merujuk cuma kepada perkara perkara yang membawa kepada isu isu keselamatan negara bukannya untuk menutupi perbuatan jenayah mencuri wang negara sebanyak RM256 juta dimana keseluruhan ahli keluarga yang asalnya menganggur mendapat pendapatan puluhan atau ratusan ribu sebulan untuk bertugas di syarikat yang kononnya untuk menambahkan bekalan daging lembu negara.

Teringat kita pada peribahasa, bodoh macam lembu, siapa agaknya yang bodoh di sini, hidup Melayu, hidup Melayu.

Kononnya jika Pakatan Harapan berkuasa, DAP memerintah negara dan DAP kononnya bahaya kerana DAP itu parti majoritinya bangsa Cina. DAP takkan dapat menguasai negara kerana mereka mempunyai bilangan kerusi Parlimen yang amat sedikit dalam Dewan Rakyat kerana mereka tidak bertanding di kesemua kerusi Parlimen semasa setiap pilihanraya umum.

Persoalan pokok ialah jika DAP ditakuti kerana Cinalah atau kerana kononnya hubungan dengan PAP Singapuralah atau kerana komunis lah—sekarang persoalannya ialah adakah J Low yang kaya raya seorang diri mengalahkan kesemua jutaan penerima BRIM itu berbangsa melayu. Jika benar J Low itu melayu, hidup J Low hidup J Low.

Seterusnya jika benar DAP hendak ditakuti kerana berbangsa Cina dan komunis , agaknya para pemimpin negara bapak komunis dunia China itu berbangsa Melayu. Jika benar begitu, hidup negara komunis China, hidup negara komunis China.

Apakah pasokan keselamatan negara khususnya PDRM dan ATM tidak merasai apa apa bila hampir segenap aspek kewangan negara akan di kuasai negara komunis China? Apakah ini bukan satu pengkhianatan pada negara? Apakah masih perlu hormat, masih perlu takut, masih perlu berbaik baik kepada pemimpin negara yang semacam ini? Tidakkah mereka ini sepatutnya ditahan reman di siasat di dakwa dan dihukum?

Bukan sedikit jenayah pembunuhan kejam berlaku yang dikaitkan dengan dengan mereka, apakah sebagai pasokan keselamatan negara kita masih mahu berdiam diri? Tugas pasokan keselamatan negara ialah menjaga keselamatan negara bukannya menjaga penjenayah berat suami isteri yang memimpin negara, jangan salah faham.

Gaji bukan dibayar oleh para penjenayah tetapi daripada hasil cukai dan sumber kewangan negara justu kesetiaan patut cuma kepada negara semata mata. Bermesyuaratlah, siasatlah atau mengadaplah Majis Raja Raja mahupun Yang Di Pertuan Agong dan Timbalan baginda.

Watikah perlantikan pegang jawatan di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebagai perdana menteri di iringi dengan sumpah pegang jawatan untuk berlaku jujur dengan lafaz Wallahi…. Justeru kegagalan berlaku jujur bermaksud menderhakai Yang Di Pertuan Agong yang di lantik oleh Majlis Raja Raja Melayu. Bawalah perkara ini ketengah segera dan bertindaklah sewajarnya, InshaaAllah demi kebaikan negara juga.

Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa Yang Di Pertuan Agong adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera dan ini di sahkan dalam pelbagai provisi Akta Angkatan Tentera 1972.

Manakala, “command and control’ pasokan PDRM terletak sepenuhnya kepada YDH Ketua Polis Negara manakala Menteri Cuma bertanggungjawap hal hal logistik seperti nak bina balai polis baru dan sebagainya. Justru siapapun menjadi menteri tetap bertanggungjawap menjaga hal hal logistik PDRM.

Yang Di Pertuan Agong pada bulan Julai 1958 menanugerahkan gelaran di raja kepada pasokan polis persekutuan tanah melayu yang kemudiannya menjadi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Justru anugerah Yang Di Pertuan Agong itu patut dilaksnakan dengan penuh tanggungjawab dalam menahan para penjenayah sebenar sekali pun VVIP.

Jika kita gagal bertindak untuk menahan, mendakwa dan menghukum penjenayah sebenar adalah lebih baik , dibebaskan kesemua penjenayah yang kini di penjarakan kerana pelbagai kesalahan jenayah memandangkan penjenayah-penjenayah berat kesalahan membunuh, dalang pembunuhan, penggubahan wang haram, pengkhianatan kepada negara dan lain-lain masih lepas bebas dan dihormati serta dipuji melambung-lambung sebagai konon anugerah Allah swt. Hidup Melayu, hidup Melayu betulkah melayu yang hidup atau J Low dan negara bapak komunis yang sebenarnya hidup?

Sukarnya untuk mendapat seorang seperti Hang Nadim dalam parti Melayu berkenaan kerana mereka ramainya barangkali percaya yang rezeki datang daripada manusia bukannya Allah swt. Wallahualam.

Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar ialah peguambela dan peguamcara

Adakah mereka akan dicantas dan diamkan?

Saturday, 3 December 2016
MASIH ADA MASA DEPANKAH MEREKA INI DALAM UMNO?

Walaupun Perhimpunan Agung UMNO lebih merupakan pesta tahunan untuk membodek, mengipas, mengampu dan perlakuan lain yang sedarjatnya dengannya, rupa-rupanya masih ada jurucakap yang lebih jujur, ikhlas dan tidak rela terus diperbodohkan.

Jurucakap Puteri UMNO, Norsafinaz Mohd Azman dari Terengganu mendesak pimpinan kerajaan agar berhenti menutup kebenaran berkaitan ekonomi negara.
Jangan tipu kami. Kalau ekonomi tak bagus, cakap tak bagus. Jangan cakap ekonomi masih okay, tetapi kami nampak kawan-kawan diberhentikan kerja dan harga barang rumah naik, katanya.

Ketika beliau menyampaikan kritikannya, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hadir mendengar ucapannya.
Jurucakap Pemuda UMNO, Rizuan Ahmad meluahkan mengenai kenaikan kos sara hidup yang menjadi beban kepada rakyat, terutama golongan marhaen dan orang-orang kampung.

Di satu ketika beliau meminta Najib beratur naik bas dan pergi ke pasar membeli minyak masak untuk merasai sendiri keluh kesah dan derita rakyat yang terus terbeban itu.

Ketika beliau berucap yang mendapat tepukan para perwakilan, Najib dan Rosmah turut hadir mendengarnya.
Wakil Pahang, Shahaniza Shamsuddin banyak membangkitkan kelemahan pengurusan Felda terhadap peneroka, meskipun mereka merupakan penyokong UMNO dan BN selama ini.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang, turut melahirkan kehairanan tentang kenaikan harga minyak masak di negara kita ini, di sebalik ladang kelapa sawit yang luas terbentang di depan mata.

Wakil Johor, Ayub Rahmat menyeru UMNO agar berhenti meminta orang Melayu memberi sumpah setia kepada parti itu serta mengenang-ngenang apa yang telah disumbangkannya.
Beliau yang juga Adun Kemelah berkata, orang Melayu tidak terhutang budi kepada UMNO, sebaliknya  parti itulah yang terhutang budi dan patut berterima kasih kepada orang Melayu.

Mereka ini adalah sebilangan kecil pemimpin yang tidak seperti Nazri Aziz, Salleh Said Keruak, Fuad Zarkashi, Ahmad Maslan, Abdul Rahman Dahlan dan ramai yang lain yang hanya tahu mengipas, membodek dan mengampu serta tidak tidak mahu kebenaran sebagai suatu kenyataan.

Tetapi, berada di dalam kelompok yang majoritinya adalah pengipas, pembodek dan pengampu, masih ada masa depankah mereka ini?

Mampukah mereka terus menjadi pemimpin yang bersuara atas kebenaran atau akan menerima tekanan supaya diam dan seterusnya perlahan-lahan akan tenggelam? (SH 03/12/2016).
Anda mungkin juga meminati:
Posted by Shahbudin Husin at 08:35

PRU14: Adakah fomula ini akan disepakati Umno - Pas, Pembangkang akan lemas?

PRU14: Umno, Pas capai sepakat?
ONG BOON TECK - 3 DISEMBER 2016
Umno pas Umno dan Pas sepakat?

UMNO dan Pas diramal akan mencapai kata sepakat untuk menghadapi PRU14, demikian dinyatakan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong ketika ditemu bual Sin Chew Jit Poh.

Beliau berpendapat, Umno mungkin tidak akan menumpukan sepenuh perhatian di Dun Kelantan dan Terengganu, dan sebagai balasannya, Umno akan meminta Pas memberi kemenangan mudah kepada calon-calonnya di kawasan parlimen.

"Umno harap boleh menang kira-kira 20 kerusi parlimen di Kelantan dan Terengganu bagi mengisi kerusi-kerusi yang mereka kalah terutama di kawasan bandar.

"Pas dijangka bertanding di kawasan-kawasan pantai barat semenanjung, sekali gus menyebabkan berlaku tiga penjuru antara BN, Amanah dan Pas. Sekiranya ini berlaku, pastinya pihak yang akan mendapat kelebihan ialah BN," kata Chin Tong.

Beliau yang membuat analisa turut berkata, sokongan pengundi Cina kepada pembangkang kini telah merosot sedikit sejak kebelakangan ini.

"Pada PRU 2013, pembangkang memperoleh sokongan kira-kira 85 peratus daripada pengundi Cina, namun ia agak menurun kepada 65 peratus, iaitu lebih kurang apa yang diperoleh pada PRU 2008.

"Oleh itu, bagi parti-parti pembangkang sekiranya ingin mendapatkan balik sokongan yang kuat seperti PRU 2013, sokongan Melayu turut memainkan peranan penting," katanya.

* Pastinya mereka akan nafikan terutamanya PAS kerana ini adalah tanggapan DAP!

Patutler ramai yang kata dia ni bangang!: Bila pula Pembangkang jadi pemerintah yang gagal selesaikan masalah rakyat?

Pembangkang tak mampu selesai isu kos sara hidup
ATIRAH HASLI - 2 DISEMBER 2016
Abdul Rahman Dahlan Abdul Rahman

KUALA LUMPUR - Pembangkang tidak akan mampu menyelesaikan isu kos sara hidup yang membelenggu kehidupan seharian masyarakat masa kini.

Sebaliknya kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, hanya kerajaan BN yang mampu berusaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.

"Kos sara hidup banyak berkait dengan perkara atau dasar yang diluar kawalan kita. Contohnya bila harga minyak turun, itu bukan keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) untuk menurunkan harga minyak. Bila kita hilang RM30 bilion pendapatan negara, kita akan terpaksa mengikat perut.

"Ini sekaligus menambah beban kenaikan kos sara hidup rakyat. Isu kos sara hidup bukan sahaja terkesan di Malaysia, malah seluruh dunia termasuk Singapura, Thailand dan banyak negara lain lagi turut merasai kesannya," katanya ketika ditemui Sinar Online, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, pembangkang tidak mempunyai dasar yang betul-betul mampu untuk menangani kos sara hidup.

"Selain retorik, kita tahu memang dasar yang mereka bentangkan tidak akan mampu selesaikan masalah.

"Kalau mereka katakan nak turunkan harga barang,bagaimana caranya? Di mana duit hendak di cari? Kita kena ingat kita sekarang berada dalam bajet defisit di mana kita tidak mempunyai cukup wang untuk membiayai pembangunan negara.Maka sebab itulah kita berhutang untuk membangunkan negara," jelasnya lagi.

* Tak pernah sekali pun pembangkang menjadi kerajaan di Malaysia. Jadi macam mana pula dikatakan gagal menyelesaikan masalah rakyat? Bercakap biarlah berpaksikan pada minda yang sihat supaya tidak digelak oleh yang cerdas!

Sebaliknya dari merdeka 1957 sehingga sekarang kerajaan Perikatan dan BN yang memerintah Malaysia. Yang aku nampak sedari aku kecil sehingga ke tua bangka sekarang hanya Kerajaan Perikatan di bawah Almarhum Tungku dan Allahyarham Tun Razak yang beruasaha bersugguh-sungguh membantu rakyat miskin dengan berbagai rancangan dari Felda sehinggalah UDA.

Selepas itu Kerajaan BN hanya membantu untuk menambah rakyat yang kaya menjadi bertambah kaya dan melahirlan ramai jutawan tapi rakyat marhaen tetap ketinggalan. Perit mereka bertambah bila kenaikan kos hidup semacam tidak terkawal dan beban ekonomi seolah dihenyak kebahu rakyat dengan kenaikan serba serbi keperluan asas bagi kehidupan rakyat

Ada pemerintah sekarang berusaha bersungguh-sungguh menurunkan harga keperluan asas rakyat selain dari terus menaukkan harganya? Yang ada hanya pembohongan demi pembohongan yang mengelirukan rakyat. Hari ini kata tak naik........tapi esok lusa terus mencanak! Jujurkah itu?

Walau pun minyak ada kala turun naik, namun sepadankah penurunannya dengan sebuah negara pengeluar minyak?

Selepas ini kita mungkin akan mendengar penglipur lara dari Salleh Said Keruak pula. 

Kerajaan PAS Kelantan jangan bohong

Kelantan jangan bohong, Orang Asli tolak tuduhan diperalat

  | December 2, 2016
Pertubuhan alam sekitar menyifatkan cubaan mengaitkan usaha mereka kepada agenda melawan kerajaan PAS sebagai tidak adil
VIDEO INSIDE
GUA MUSANG: Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA) menyifatkan cubaan mengaitkan usaha menyokong tuntutan Orang Asli Gua di Musang kepada agenda melawan kerajaan PAS sebagai tidak adil.
Pengerusi PEKA Datuk Sharifah Sabrina Syed Akil menegaskan usaha mereka tiada kaitan politik, dan mengingatkan perkara yang ditangani ketika ini menyentuh khazanah alam.
“Kami tidak ada kena-mengena dengan politik. Kami tidak menghasut, tapi kami menyokong mana-mana pihak yang menjaga khazanah alam.
“Senang mereka menuduh orang, menuduh NGO dan menuduh segala-galanya. Kita tengok sendiri Orang Asli sekarang pandai dan tahu hak mereka,” kata Sharifah ketika ditemui FMT di Gua Musang.
Baru-baru ini seramai 47 Orang Asli diberkas Jabatan Perhutanan Kelantan dalam usaha Kerajaan Negeri membuka laluan kepada pembalakan di hutan simpan yang dikatakan tanah adat mereka.
Jabatan Perhutanan Kelantan hari ini berkata Orang Asli yang mendirikan sekatan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Perias dan Gunung Stong melakukan kesalahan di bawah Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) Negeri Kelantan kerana menduduki dan memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran.
Kelantan bertegas Orang Asli melanggar undang-undang kerana menghalang pembalak berlesen daripada mengambil balak, manakala PAS mendakwa penentangan “digerakkan oleh parti politik, yang berpakat dengan penentang kelulusan undang-undang Islam.”
Sebenarnya, kata Sharifah, Kerajaan Negeri gagal menjawab memorandum yang diserahkan tahun lepas.
“Kami pernah hantar memorandum kepada menteri besar meminta mereka supaya tidak menjahanamkan hutan. Kita boleh cari jalan lain untuk jana ekonomi, bukannya dengan aktiviti pembalakkan sahaja namun sehingga kini tiada respon daripada pihak mereka,” katanya.
Sementara itu, seorang aktivis Orang Asli, Mustafa Along, yang baru dibebaskan daripada tahanan menolak dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau dan komunitinya.
“Kami buat semua ini sebab rasa cinta kami kepada hutan, tetapi apabila ada pihak mengatakan kami dihasut itu semua tipu,” katanya.
“Memang lumrah manusia untuk pertahankan sesuatu yang kita sayang,” tegasnya.

Amar berkata, kerajaan negeri masih meneliti rasional tindakan Orang Asli menghalang pengeluaran balak dari HSK Balah yang mungkin didalangi pihak tertentu kerana aktiviti pembalakan di kawasan itu berjalan lancar sejak 30 tahun lalu.

Peguam itu didakwa berpakat dengan parti politik untuk membina persepsi buruk terhadap Kerajaan Kelantan.

Jabatan Perhutanan Kelantan turut kesal dengan tindakan pengamal undang-undang menyokong usaha Orang Asli yang melanggar undang-undang

* Badan Peguam gesa kerajaan hentikan penindasan Temiar, Rohingya

Najib serang DAP: Zaid persoalkan kebijaksanaan Najib

Najib dedah kelemahan ketika serang DAP, kata Zaid Ibrahim

  | December 2, 2016
Bekas menteri Umno itu mempersoalkan kebijaksanaan Najib dengan menyerang satu parti pembangkang yang hanya mempunyai 17% kerusi di Parlimen.
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim menghentam ucapan pemimin Umno pada perhimpunan agungnya sejak 3 hari lalu, terutama sayap Wanita dan Pemuda. Bagaimanapun, beliau menyimpan kenyataan paling pedas untuk presiden Umno.
Dalam posting blog terbarunya, bekas menteri Umno itu mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusaha sedaya upaya menyerang parti pembangkang tunggal yang hanya mempunyai 17% kerusi di Parlimen.
“Menghabiskan banyak masa mencerca DAP, sebuah parti yang hanya mempunyai 38 daripada 222 kerusi Parlimen, tidak masuk akal.
“Orang Melayu yang menonton ucapannya akan bertanya mengapa ‘pemimpin atasan’ mereka begitu takut DAP. Apakah mungkin beliau menyembunyikan fakta yang tidak boleh diberitahu kepada penyokong setia parti yang Umno kehilangan sokongan orang Melayu?” soal Zaid sambal menambah, ia menunjukan kekurangan kebijaksanaan beliau.
Zaid mengandaikannya sebagai ketakutan Najib terhadap pemimpin Melayu dalam parti pembangkang, termasuk PKR, Amanah dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM).
“Dalam semua kebarangkalian, Najib takut bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan pemimpin Melayu yang lain dalam pembangkang.
“Beliau tidak mungkin mengaku, jadi beliau melakukan apa yang paling mudah: menghentam DAP,” kata Zaid.
Merujuk kepada kenyataan Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang Najib adalah presiden terbaik parti itu miliki, Zaid berkata ia sebaliknya bertentangan.
“Berdasarkan ucapan Najib pada perhimpunan agung itu, saya tidak akan mengatakan Najib presiden terbaik parti pernah miliki.
“Sebagai pemimpin, Najib tidak membuat sebarang usaha menerangkan dalam bahasa yang mudah bagaimana perancangan beliau untuk menangani kelembapan ekonomi kita, ringgit yang jatuh dan kebangkitan pelampau di negara ini.”
Zaid, yang pernah menjadi menteri undang-undang di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi, berkata Shahrizat dan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dijangka bertahan hanya pada perhimpunan agung sahaja.
“Semasa berucap pada perhimpunan agung Umno, anda tidak perlu menjadi logik atau menyokong dakwaan dengan fakta dan angka. Anda hanya perlu menjadi pelik dan mengejutkan dan jangan lupa memuji ‘pemimpin atasan’,” katanya.
Beliau berkata retorik pemimpin, termasuk pujian melampau dan kesetiaan mutlak kepada pemimpin atasan, dihidangkan kepada lebih 3,000 perwakilan yang seolah-olah menjadi tidak lebih sekadar tukang sorak.
Sebahagian besar ucapan ketua Wanita Umno itu tertumpu kepada pujian untuk presiden parti.

* Sharizat yang bermasalah akan menmpah nahas jika mengkritik atau melawan Najib. Jadi hanya ampu dan pujilah yang menyelamatkannya

Umno berpesta di PWTC: Ada lagi pemikiran bantut, tidak melihat kenyataan, kesian Mamat tua ni!

Umno berpesta di PWTC kerana tiada lagi ancaman PAS, kata penganalisis

  | December 2, 2016
Dan strategi Umno 'meneutralisasikan' musuh tegarnya itu setakat ini berjaya.
KUALA LUMPUR: Walaupun menerima ancaman paling besar dalam sejarah politiknya, namun pimpinan dan perwakilan Umno masih mampu berpestaria di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana parti itu berjaya meneutralisasikan musuh tradisi yang mengancam mereka selama ini, PAS.
Menurut penganalisis politik, tanpa ancaman PAS, Umno yakin akan boleh terus mengekalkan kerusi Melayu yang bakal ditandingi mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang supaya terus kekal di Putrajaya.
“Dengan isu kenaikan harga barang, 1MDB, perpecahan dalam Umno ekoran tindakan Tun Mahathir menubuhkan Bersatu dan lain-lain lagi, ia akan membebankan Umno. Jika isu ini turut digunakan oleh PAS untuk menyerang mereka, Umno akan teruk,” kata Hisomuddin Bakar, pengerusi eksekutif Ilham Centre, sebuah badan penyelidik politik dan pilihan raya bebas.
Sebaliknya, Hisomuddin berkata apa yang berlaku ialah pemimpin dan perwakilan Umno terus berpestaria di PWTC.
“Menuju PRU 14, Umno akan terus rasa selamat di kawasan Melayu tanpa ada tentangan daripada PAS,” katanya kepada FMT.
Bagi Hisomuddin, strategi paling ampuh Umno menjelang PRU ke 14 ini adalah “meneutralisasikan” musuh tegarnya PAS, dan usaha itu, menurutnya, berjaya setakat ini.
Namun beliau mempersoalkan apa sebenarnya sokongan atau bantuan yang diberikan kepada PAS sebagai balasannya, selain membenarkan rang undang-undang Pindaan Akta 355 dibacakan di Dewan Rakyat.
“Ini bantuan politik paling besar dan untungkan politik PAS,” kata Hisomuddin.
Sebagai balasan, PAS berkecuali dalam bajet, tidak turun Bersih 5 dan tidak bersama pembangkang yang lain dalam banyak hal, tambahnya.
“Saya yakin ahli PAS juga keliru ke mana hala tuju PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sebab perhitungan utama sebuah parti politik adalah kemenangan dalam pilihan raya dan sebelum itu melalui pembahagian kerusi atau kerusi yang akan mereka tandingi.
“Sebab itu, ketika presiden PAS nampak bekerjasama dengan perdana menteri, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula secara konsisten menyerang dan berkata akan lawan Umno dalam dalam pilihan raya nanti,” katanya.
Hisomuddin berkata berdasarkan ucapan Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada perhimpunan Umno yang berlangsung sekarang, Umno akan bekerjasama dengan PAS.
“Pada bacaan kami, sikap PAS kini dan ucapan Najib semalam sudah menunjukkan mereka sudah masuk fasa kerjasama. Namun bentuk kerjasama masih dalam perkiraan pemimpin mereka bagi menentukan implikasinya terhadap ahli.
“Sebab itu pimpinan kanannya masih dalam mood nafi, PAS tetap akan lawan Umno, tuduhan mahu bersama dengan Umno adalah fitnah dan sebagainya,” kata Hisom.
Sementara itu, tidak ada seorang pun pemimpin kanan PAS yang memberikan reaksi terhadap kata-kata pujian yang dibuat oleh pimpinan Umno khasnya Najib terhadap PAS.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi menyifatkan kenyataan presiden Umno yang mengalu-alukan hubungan mesra Umno-PAS sebagai muslihat politik untuk cuba memerangkap PAS supaya mengikut rentak parti itu.
“Ia sebagai satu percubaan membina persepsi di kalangan rakyat bahawa PAS sudah lunak terhadap Umno dalam semua perkara,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, PAS menyifatkan Amanah musuhnya yang paling dibenci kerana ia menjadi batu penghalang kerjasama Umno-PAS.
“Pemimpin utama PAS tahu jika mereka membuat kerjasama dengan Umno, ahli bawahan mereka akan lari. Jika Amanah tiada, ke mana ahli mahu lari melainkan kekal dalam PAS atau berdiam diri sahaja?
“Sebab itu mereka sangat benci kepada Amanah,” kata Husam yang kini penasihat Amanah Kelantan
Umno berpesta di PWTC kerana PAN Dah jadi ”BALACI UMNO"

Walaupun menerima ancaman paling besar dalam sejarah politiknya, namun pimpinan dan perwakilan Umno masih mampu berpestaria di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana parti itu berjayamewujudkan ketegangan dikalangan pembangkang khususnya parti PAN dengan PAS.

Musuh tradisi UMNO ialah PAS, jika UMNO boleh meneutralisasikan musuh tradisi yang mengancam mereka selama ini dengan mengalih pandangan PAS kepada salah satu parti-parti pembangkang selain DAP seprti PAN maka UMNO boleh lega dan bergoyang kaki.


PAN harus kekal menyerang PAS sehingga PAS banyak menghabiskan masa menjawab serang PAN, UMNO mempunyai banyak masa menyerang pembangkang lain seperti DAP, PKR atau BERSATU.


Hisomuddin Bakar, pengerusi eksekutif Ilham Centre, sebuah badan penyelidik politik dan pilihan raya bebas (sebenarnya bukan bebas pun pasal dia ni IKRAM pro PAN) berkata strategi paling ampuh Umno menjelang PRU ke-14 ini adalah “meneutralisasikan” musuh tegarnya PAS.


Bagaimana nak neutralkan PAS?

Antaranya ialah menjadikan UG seolah-olah benar dan ini membuatkan puak-puak PAN akan menyerang PAS dengan isu UG antara UMNO-PAS. 

Jika strategi ini berjaya  Jalan menuju PRU 14, bagi Umno akan terus selamat terutamanya di kawasan-kawasan Melayu kerana wujudnya pertandingan tiga penjuru PAS, UMNO dan PAN (Pakatan Harapan).


Dengan isu kenaikan harga barang, 1MDB, perpecahan dalam Umno ekoran tindakan Tun Mahathir menubuhkan Bersatu dan lain-lain lagi, yang sepatutnya jadi bebanan kepada Umno sudah tidak begitu membahayakan  kerana PAS tak sempat untuk menyerang UMNO disebabkan terpaksa melayan kerenah dan serangan PAN.


PAN tidak lain tidak bukan BELACI UMNO secara tidak sedar.


Sokongan atau bantuan yang diberikan kepada PAS dalam pindaan Akta RUU 355 adalah senjata untuk menjadikan pembangkang makin ghairah menyerang PAS.


Nak tahu UMNO berjaya atau tidak dalam “meneutralisasikan” PAS ialah melihat batang tubuh si Hisomuddin Bakar, pengerusi eksekutif Ilham Centre. 


Bayangkan seorang kononnya pengalisis data politik boleh percaya dengan UMNO. Kalau dia ini percaya setakat ahli PAN lain bodoh dalam analisis tentulah lagi percaya.


Hisomuddin berkata berdasarkan ucapan Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada perhimpunan Umno yang berlangsung sekarang, Umno akan bekerjasama dengan PAS.


“Pada bacaan kami, sikap PAS kini dan ucapan Najib semalam sudah menunjukkan mereka sudah masuk fasa kerjasama. Namun bentuk kerjasama masih dalam perkiraan pemimpin mereka bagi menentukan implikasinya terhadap ahli." Katanya lagi.


Kan dah kata si Hisomuddin ini pun boleh terperangkap dengan strategi UMNO. 

Bila mereka percaya PAN akan menjadi BALACI UMNO terus menyerang PAS.

Hisomuddin berkata "Sementara itu, tidak ada seorang pun pemimpin kanan PAS yang memberikan reaksi terhadap kata-kata pujian yang dibuat oleh pimpinan Umno khasnya Najib terhadap PAS. "


Saya tak tahu macam mana kononnya pengerusi sebuah badan penyelidik politik dan pilihan raya bebas boleh percaya dengan kata-kata Najib.

Kalau UMNO boleh tipu orang cerdik IKRAM, jangan hairan ramai ahli IKRAM menjadi bodoh bersama PAN menyerang PAS kononya PAS-UMNO nak bergabung.


Makin gelak NAJIB dan seisi keluarga UMNO melihat PAN sudah JADI BALACInya menyerang PAS Kelantan.


Haji Hassan Omar

* Ohh........kuat sugguh serangan Amanah sehinggakan tak sempat PAS nak melawan UMNO sehingga bisu, buntu dan kaku di Parlimen!

Tak buta dan tuli pula yang PAS serang DAP serta Amanah dan dilabelkan macam-macam. Bila diajak dengan fomula 'satu lawan satu' banyak pula syarat dan senongeh yang diada-adakan. 

Kontot sungguh minda dia ni. Aku tak kenal dia ni, namun aku rasa aku boleh memahaminya melalui tulisannya.

Cer korang baca berkaitan: Menukar Najib atau Umno
Dan tajuk gambar di bawah ni sape yang cakap?
 
 
 

Ada juga yang tersedar dari mimpi......

Orang Melayu tidak terhutang budi kepada UMNO, tapi sebaliknya - Wakil Johor 
Hans Yusoff, Astro Awani |  Disember 02, 2016 17:59 MYT
Orang Melayu tidak terhutang budi kepada UMNO, tapi sebaliknya - Wakil Johor
Ayub: UMNO juga perlu berhenti daripada bersikap retorik jika mahu mengekalkan sokongan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Orang  Melayu tidak terhutang budi kepada UMNO sebaliknya parti itu yang terhutang budi kepada orang Melayu.

Ahli Parlimen Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata parti itu perlu memikirkan tawaran baru bagi memperkasa agenda kaum itu sendiri.

Tegasnya, beliau turut mencadangkan UMNO memimpin usaha menyemak semula pembaharuan dalam agenda Melayu maju.

Beliau berkata, UMNO juga perlu berhenti daripada bersikap retorik jika mahu mengekalkan sokongan.

"Berdasarkan apa yang saya bentangkan, kami ingin sekali lagi menegaskan penting untuk UMNO beri satu tawaran baru untuk orang Melayu agar melalui tawaran baru ini, agenda Melayu dapat kita hasilkan demi orang Melayu,” kata Ayub.

BACA: LAPOR LANGSUNG Perhimpunan Agung UMNO 2016 (Hari Kedua)

Ayub pada masa sama berkata, isu sebenar orang Melayu adalah kesiapsiagaan dan kebolehsaingan untuk berfungsi sekaligus berjaya dalam kehidupan abad ke-21.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari kedua Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

BERHENTI BERSUMPAH SETIA UMNO
( katanya wakil UMNO Johor)

SEORANG yang berhormat menghubungi saya baru sebentar tadi dan meminta saya memberikan pandangan tentang kenyataan wakil UMNO Johor yang namanya Datuk Ayub Rahmat.

Ayub menyatakan sudah sampai waktunya orang UMNO berhenti meminta orang melayu memberi sumpah setia kepada UMNO, malah katanya sudah sampai waktunya orang UMNO berhenti mengenang apa yang telah UMNO berikan kepada orang Melayu.

Soalnya sekarang untuk apa dikenang dan untuk apa bersumpah setia terhadap UMNO?

Perlu saya jelaskan UMNO asal yang memang berjuang untuk kemerdekaan Malaya sudah berkubur alias sudah lama mati dan yang harus dikenang jasa2 mereka yang sudah tiada dan itu lojik dan layak dingat kala kita ini dilahirkan sebagai manusia yang mengenang budi.

Jasa-jasa orang UMNO yang terdahulu memang jelas berjuang untuk negara bangsa dan sesuai dengan perjuangan Nabi yang maksudnya berSIASAH.

UMNO yang berjasa itu sudah lama mati dan UMNO yang sekarang ialah UMNO jelmaan yang bangkit dari kubur dan sikap yang diperlihatkan hampir sama dengan perangai hantu dan kalau ini dimaksudkan maka kenyataannya Datuk Ayub Rahmat saya setuju dan orang UMNO harus melupakan dan tidak perlu bersumpah kelak termakan sumpah menjadi gila asyik syok sendiri ditambah dengan termakan dedak yang melimpah.

UMNO yang ada sekarang jelas cukup memudaratkan kesan banyak sangat tanah/rezab Melayu digadai dan segala khazanah yang dibina bertahun-tahun terbang melayang menjadi milik orang lain dan tidak lama lagi Melayu yang diagung2kan selama ini bakal merempat di tanah airnya sendiri.

Apakah bangsa Melayu masih tidak sedar dan masih terus mengatakan berjuang dalam UMNO demi negara bangsa sedang menang sorak kampung tergadai dan tidak hairan bangsa Melayu menjadi bangsa pelarian di tanah air sendiri dan bangsa asing bakal berkuasa semacam belada minta tanah.

Untuk apa lagi dikenang jasa UMNO baru yang bangkit dari kubur dan menjelma sebagai malaikat sedang kalangan mereka itu perampok dan pencuri khazanah negara dan yang ada sekarang tidak boleh ditegur dan kala ditegur siap mereka dipecat gantung dan siap dipanggil polis untuk ditakut2kan dan ini sudah jelas kelihatannya semacam bukan manusia lagi.

Baik peguam negara, Polis negara dan yang lain terkait dengan namanya Perdana Menteri semuanya main angguk dan main akur membontotoi belakang seorang perdana menteri dan kesannya yang benar jadi salah masuk penjara dan yang salah terus ketawa dan bebas dengan kekayaan yang melimpah.

Bagaimana pula orang Sabah?

Orang Sabah ini memang tidak ada kaitan dengan UMNO dan seharusnya UMNO sirna dari Sabah sebab sudah jelas UMNO itu parti Melayu kesan dalam perlembagaan sudah jelas definasinya/rujuk perkara 160 yang mengatakan Melayu itu islam agama dan mengamalkan adat istiadat melayu dan pertanyaan apakah yang bukan Islam agama itu Melayu dan layak sertai UMNO? Tanya Robin, Ambrose dan Kiandee!

Soalnya berapa orang saja yang namanya Melayu di Sabah ini dan kedua sejarah UMNO( nama asal UMO) memang tidak ada kaitan di Sabah dan ia ditubuhkan di istana Johor kalangan orang semang, asli, jakun, bugis dan segala macam tanpa disebut bangsa Melayu kecuali persatuan guru2 Melayu dari negeri selangor ketika itu.

Orang Sabah hanya harus berterima kasih kepada parti USNO lama pimpinan Tun Mustapha, UNKO, United Party. Demokratik Party dan United Momogon Organisation yang telah berunding dengan IGC membawa 20 perkara. Itu kenyataan dan itu harus kita kenang dan berterima kasih.

Lalu untuk apa berterima kasih kepada UMNO yang jelas parti perampok hingga Sabah menjadi TERMISKIN, pendidikan asas paling tersorot di Malaysia dan mengikut E Kasih Sabah paling banyak menerima dan memohon bantuan termiskin tegar.

Lihatlah di kampung2 sejak merdeka hingga sekarang masih banyak yang tidak punya paip air dan masih punya jalan yang babi sendiri enggan jalan sedang manusia terpaksa lewat untuk sampai ke kota penuh bertanah merah, lewat lumpur yang hebat.

Memang hebat ini UMNO memiskinkan Sabah sedang Sabah negeri terkaya balak, minyak, sawit, gas, pelancongan dan sebagai dan tanah2 beribu ekar milik syarikat luar negeri sedang Sabahan ada terhalau dari tanah adat dan mohon tanah kubur susah dapat.

Nah, untuk apa lagi berterima kasih kepada UMNO dan kalian dipaksa mengenang jasa-jasa mereka. Apa saja jasa2 mereka terhadap Sabah dan Sabahan selain memiskinkan dan kemudian berjanji setinggi gunung sedang janji jambatan, jalan raya hampa semuanya kita.

Orang Semananjung sendiri sebenarnya sudah menolak UMNO di PRU13 dan buktinya PR menangi 52% undi sedang BN hanya 47% undi dan ini hakikatnya.

Kenapa BN bisa menang dan berkuasa dan mari saya perkatakan hal sebenarnya secara rengkas. PRU13 itu jelas PR ketinggalan 33 kerusi sahaja dan BN berkuasa kesan Sabah dan Sarawak sumbang 44 kerusi MP yang menyebabkan BN berkuasa mendapat 133 kerusi di PRU13 itu. Apakah tidak nampak hakikatnya?

Kita selalu salahkan Malaya dan burukkan Malaya dan hakikat sebenar tidak semua yang di Malaya itu tidak baik dan majoriti kalangan mereka baik dan itu terbukti mereka menolak UMNO/BN dan yang tidak baiknya kesan kebaculan dan kebodohan diri kita sendiri di Sabah Sarawak yang  menyediakan dan menyumbang 44 kerusi yang membolehkan seorang Najib duduki kerusi PM hingga sekarang.

Apakah kita ini buta dan pekak dan masih ada yang mahu jadi agen BN di PRU14 akan datang? Jika inipun tidak difahami bermakna ada kalangan kita pengkhianat negara bangsa dan bukan seorang pejuang tetapi yang dikejar hanyalah untuk isi kantung anak bini kroni dan suku sakat. Memang bacul dan laknat!

Datuk Ayub UMNO Johor sudah menjelaskan sudah sampai masanya tidak perlu dikenang dan tidak perlu bersumpah sedia dan DSSA, Jaujan, Darell Leiking, Terrence Siambun, Junz Wong sudah mengorbankan segalanya dan kenapa pula kita masih berpeluk tubuh dan kita tidak punya jalan lain bukan saja melupakan UMNO dan lagi UMNO yang bangkit tidak punya jasa malah terkenal sebagai PENGASAK dan perampok nombor satu dalam dunia dan tidak boleh tidak semua mesti bersatu dalam WARISAN dan kemudian dibantu oleh parti2 lain yang benar-benar setia kepada perjuangan rakyat yang mahukan ketelusan pemimpin berjuang kerana Allah semata.

Salam perjuangan meski penjara atau mati tidak usah undur, kita bangun dan melawan kuasa ada di tangan kita dan gunakan kuasa itu untuk undi WARISAN.

Insyallah Sabah akan berlarian di laluan makmur untuk mencapai puncak gunung kinabalu atas nama kejujuran, ketelusan dan kita mesti ubah.

SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah

ISMAILY BUNGSU
pk-dssa
2 Disember, 2016
7:30pm