Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 3, 2016

Najib serang DAP: Zaid persoalkan kebijaksanaan Najib

Najib dedah kelemahan ketika serang DAP, kata Zaid Ibrahim

  | December 2, 2016
Bekas menteri Umno itu mempersoalkan kebijaksanaan Najib dengan menyerang satu parti pembangkang yang hanya mempunyai 17% kerusi di Parlimen.
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim menghentam ucapan pemimin Umno pada perhimpunan agungnya sejak 3 hari lalu, terutama sayap Wanita dan Pemuda. Bagaimanapun, beliau menyimpan kenyataan paling pedas untuk presiden Umno.
Dalam posting blog terbarunya, bekas menteri Umno itu mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusaha sedaya upaya menyerang parti pembangkang tunggal yang hanya mempunyai 17% kerusi di Parlimen.
“Menghabiskan banyak masa mencerca DAP, sebuah parti yang hanya mempunyai 38 daripada 222 kerusi Parlimen, tidak masuk akal.
“Orang Melayu yang menonton ucapannya akan bertanya mengapa ‘pemimpin atasan’ mereka begitu takut DAP. Apakah mungkin beliau menyembunyikan fakta yang tidak boleh diberitahu kepada penyokong setia parti yang Umno kehilangan sokongan orang Melayu?” soal Zaid sambal menambah, ia menunjukan kekurangan kebijaksanaan beliau.
Zaid mengandaikannya sebagai ketakutan Najib terhadap pemimpin Melayu dalam parti pembangkang, termasuk PKR, Amanah dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM).
“Dalam semua kebarangkalian, Najib takut bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan pemimpin Melayu yang lain dalam pembangkang.
“Beliau tidak mungkin mengaku, jadi beliau melakukan apa yang paling mudah: menghentam DAP,” kata Zaid.
Merujuk kepada kenyataan Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang Najib adalah presiden terbaik parti itu miliki, Zaid berkata ia sebaliknya bertentangan.
“Berdasarkan ucapan Najib pada perhimpunan agung itu, saya tidak akan mengatakan Najib presiden terbaik parti pernah miliki.
“Sebagai pemimpin, Najib tidak membuat sebarang usaha menerangkan dalam bahasa yang mudah bagaimana perancangan beliau untuk menangani kelembapan ekonomi kita, ringgit yang jatuh dan kebangkitan pelampau di negara ini.”
Zaid, yang pernah menjadi menteri undang-undang di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi, berkata Shahrizat dan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dijangka bertahan hanya pada perhimpunan agung sahaja.
“Semasa berucap pada perhimpunan agung Umno, anda tidak perlu menjadi logik atau menyokong dakwaan dengan fakta dan angka. Anda hanya perlu menjadi pelik dan mengejutkan dan jangan lupa memuji ‘pemimpin atasan’,” katanya.
Beliau berkata retorik pemimpin, termasuk pujian melampau dan kesetiaan mutlak kepada pemimpin atasan, dihidangkan kepada lebih 3,000 perwakilan yang seolah-olah menjadi tidak lebih sekadar tukang sorak.
Sebahagian besar ucapan ketua Wanita Umno itu tertumpu kepada pujian untuk presiden parti.

* Sharizat yang bermasalah akan menmpah nahas jika mengkritik atau melawan Najib. Jadi hanya ampu dan pujilah yang menyelamatkannya

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa