Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 26, 2013

Yahudi Itu Saud, Saud Itu Yahudi?

Yahudi dan Saud berganding bahu menghumbankan Islam
Layakkah Keluarga Saud diharap menjaga dua Tanah Haram?

Israel dan Saud Gesa Sokong Tentera Mesir

Jurusalem sedang melancarkan kempen bagi menggesa Eropah, US untuk memberi sokongan terhadap kerajaan tentera di Mesir, mengikut lapuran New York Times. Pegawai Israel menyatakan, " Apakah pilihan yang ada? Sama ada tentera atau ketidakstabilan". Iaitu mereka merujuk kepada kebimbangan jika Ikhwan yang berjuang mengembalikan syiar Islam di Mesir.

Israel dan Saudi berkongsi pandangan yang sama berkenaan dengan sokongan terhadap Tentera Mesir yang mengamalkan dasar ultra-sekular iaitu menolak ajaran Islam dari diamalkan. Di satu pihak, Saudi tidak lagi dapat berpura-pura kononnya sebagai pembela Islam sejati apabila mengesahkan dan memberi sokongan sepenuhnya terhadap pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Mesir yang menentang rampasan kuasa terhadap kerajaan Islam yang sah.

Minggu lepas Saudi memberi amaran terhadap US kononnya kerana ingin menarik balik bantuan ketenteraan terhadap Mesir, dan berjanji memberi bantuan berbillion-billion dolar bagi menjamin Ikhwan tidak lagi berkuasa di Mesir. Tetapi semalam Jabatan Pertahanan US mengumumkan akan membekalkan sebanyak 1300 bom berangkai bernilai $641 juta. Saudi dan US kononnya menunjukkan pertelingkahan dalam isu Mesir, padahal permainan mereka ini hanyalah untuk mengabui umat Islam.

 Inilah jahatnya permainan Yahudi dan sekutunya yang menjadikan nyawa umat Islam sebagai taruhan bagi memperluaskan pengaruh mereka.

Memetik kenyataan Daryl Kimball, direktor eksekutif Arms Control Association, sebuah badan pemerhati berpusat di Washington juga menyatakan kehairanannya, kedua-dua US dan Saudi baru-baru ini mengecam penggunaan bom berangkai oleh Syria tetapi mereka juga sedang mempersiapinya!

"Both the US and Saudi Arabia have recently condemned the use of cluster munitions by the government of Syria - that’s ironic given this new sale, because a cluster munition is a cluster munition, no matter what kind it is".

Sementara itu Israel mempertingkatkan kempen melalui saluran diplomatiknya menggesa Eropah dan US menyokong kerajaan tentera di Mesir. Mengikut lapuran beberapa pegawai, duta-duta Israel di Washington, London, Paris, Berlin, Brussel sedang giat melobi menteri-menteri luar kerajaan tersebut.

Pihak Israel menyatakan, " Jika kamu berpegang kepada prinsip utama, nanti kamu akan melepaskan perkara lebih penting - iaitu kepentingan meletakkan Mesir atas landasan asal walau apa pun terjadi. Pertamanya, selamatkan apa yang ada, kemudian barulah bincang pasal demokrasi dan kebebasan.." Inilah prinsip jelas Zionis, iaitu kumpulan Islam mestilah dihapuskan walau apa cara sekalipun, dan demokrasi hanyalah untuk menegakkan kumpulan sekular. 

Menurut lapuran New York Times melalui beberapa sumber diplomat menyatakan lagi, pihak Israel dan Mesir, General al-Sisi sentiasa berhubungan. - sumber

Raksasa Ker Ape?

Lagi misteri raksasa laut

Sunday, August 25, 2013

Keganasan Al-Sisi: Siapakah Yang Akan Bertindak?

Di mana PBB?
Di mana OIC?

Al-Sisi dalang keganasan
Kaherah: Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Kaji Selidik Media dan Pendapat Awam Mesir semalam menunjukkan 79 peratus rakyat Mesir percaya keganasan Rabu lalu yang meragut lebih 600 nyawa penyokong presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi adalah kejahatan terhadap kemanusiaan.
Dalam pada itu, 73 peratus responden berkata, menteri pertahanan yang juga panglima tentera Mesir, Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi bertanggungjawab ke atas keganasan di dua kubu penyokong Mursi , Rabiah Adawiyyah dan Dataran An-Nahda, pada hari berkenaan.
Kajian itu dilakukan pada Khamis dan Jumaat dengan membabitkan 3,678 responden di beberapa wilayah dan bandar serta menggunakan cara pengambilan sampel dengan tingkat kepercayaan 95 peratus.
Hasil kajian itu juga menunjukkan 19 peratus penduduk menganggap tindakan itu diperlukan untuk menegakkan hukum negara sementara dua peratus lagi responden memilih untuk berdiam diri, sebahagian besarnya penyokong Parti Nour, parti Islam yang menyokong penggulingan Mursi. - Agensi

Mengalahkan Ular, Terang Dan Jelas Pun Masih Nak Belit!

Kalau dia ni keturunan Bangla aku tak heran.....

'Abu Kassim mahu jawab tapi Taib kata tak rujuk pada SPRM'
mk - 6:26PM Ogos 24 2013
Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata beliau mahu menjawab kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dilaporkan mendakwa suruhanjaya itu sebagai 'nakal dan tidak jujur'.

akbhar satar ti-m president with rafizi ramli and macc chief abu kassimSeperti di dalam video, apabila Taib berkata "kita nakal dan tidak jujur", katanya, beliau mahu menjawabnya.

"Tetapi pegawai perhubungan awam saya berkata Tan Sri (Taib) telah menjelaskan bahawa beliau tidak merujuk kepada SPRM.

Jika tidak, tegas Abu Kassim, beliau akan beritahu Taib supaya menyerahkannya kepada undang-undang untuk menentukannya.

Abu Kassim menyatakan demikian dalam nada yang tegas semasa forum di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ke-7 di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, untuk memulakan sesi tersebut, video KiniTV telah dimainkan di mana Ketua Menteri Sarawak itu ditanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan SPRM yang mana beliau menjawab: "Mereka tidak berhak mendapat kerjasama saya kerana mereka nakal dan tidak jujur"

taib mahmud responds to global witness report storyBagaimanapun, pejabat Taib kemudian mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa beliau telah merujuk kepada SPRM.

Abu Kasim berkata SPRM sudah dibiasa dipanggil nakal tetapi jarang pula dituduh tidak jujur.
"Kami jaga tepi kain orang, itulah sebabnya kita dipanggil nakal," katanya berseloroh.

Abu Kassim menegaskan bahawa siasatan SPRM terhadap Taib (bawah) masih berterusan.

Beliau juga nampaknya menyentuh tentang kes terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman yang terbabit dalam kontroversi apabila sekutu rapatnya ditangkap oleh pihak berkuasa bersama RM40 juta dalam mata wang Singapura ketika cuba untuk meninggalkan Hong Kong.

Tanpa menyebut nama, Abu Kassim berkata SPRM telah meminta kerajaan memperkenalkan undang-undang di mana derma politik hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun parti.

"Kerajaan telah bersetuju pada dasarnya," katanya.

Saturday, August 24, 2013

Gila: Peninggalan Artis Punya Hal, Yang Busuk Pun Untung Ratusan Ribu Ringgit!

Gigi busuk John Lennon dilelong RM100,000

Friday, August 23, 2013

Menakjubkan: Rangka Berusia 5,000 Tahun Di Mesir Dikalungkan Dengan Serpihan Tahi Bintang

Khamis Ogos 22, 2013
Artifek Besi Yang Ditemui Sebagai Perhiasan Pada Rangka Berusia 5,000 Tahun Di Mesir Diperbuat Daripada Serpihan Tahi Bintang

PARIS: Artifek besi paling tua yang pernah ditemui dalam sejarah ketamadunan kemanusiaan berusia 5,000 tahun dalam bentuk manik yang dikalungkan ke atas rangka di tanah perkuburan lama Mesir disahkan diperbuat daripada serpihan tahi bintang.
Imbasan ke atas manik-manik itu yang ditemui oleh ahli arkeologi British pada 1911 menggunakan teknologi tinggi mendapati bahan itu diperbuat daripada serpihan tahi bintang.
Sembilan kalungan manik-manik kecil yang ditemui di kawasan perkuburan itu bertarikh sekitar 3,200 Tahun Sebelum Masihi.
Turut ditemui bersama manik-manik itu ialah lapis lazuli, agate dan emas.
Manik-manik itu kini disimpan di Muzium Petrie University College London (UCL).
Besi daripada tahi bintang adalah sejenis aloi yang berlainan dari segi komposisi besi yang ditemui di bumi.
Sumber-sumber galian yang terkandung di dalam manik-manik itu menyamai dengan apa yang terkandung di dalam batu yang jatuh sebagai tahi bintang ke permukaan bumi.
Hasil pertukangan daripada pembuatan manik-manik itu membuktikan bahawa masyarakat Mesir 5,000 tahun dahulu sudah mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai seni pertukangan besi, kata Profesor Thilo Rehren, penyelidik di UCL.
Besi daripada tahi bintang adalah jauh lebih keras dan sukar untuk dibentuk berbanding logam seperti tembaga. - sumber

Thursday, August 22, 2013

Pemimpin Ini Memang Gila!

1,300 maut serangan gas beracun di Syria
Remaja dan kanak-kanak antara yang terbunuh dalam 
serangan gas beracun di Wilayah Ghouta, semalam

Aktivis dakwa tentera bedil roket, Rejim nafi guna senjata kimia

Beirut: Lebih 1,300 orang terbunuh apabila tentera Syria menggempur pinggir Damsyik dengan senjata kimia semalam, kata pembangkang yang menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai dan menggesa campur tangan antarabangsa. 


“Angka itu pasti meningkat. Serbuan dan serangan berterusan,” kata Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) yang beribu pejabat di Britain dan mengumpulkan maklumat daripada aktivis dan pasukan perubatan. 

"Angka itu pasti meningkat. Serbuan dan serangan berterusan” - Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia

SOHR berkata, serangan amat sengit dan disasarkan ke pinggir bandar Zamalka, Arbeen dan Ein Tarma di timur Damsyik.

Ia memetik aktivis sebagai berkata tentera rejim membedil roket dengan peledak berisi gas beracun dalam serangan itu.

Sebuah kumpulan pemerhati dari Britain sebelum itu berkata sekurang-kurangnya 100 maut dalam serangan tentera ke atas kubu kuat pejuang pembebasan di pinggir ibu kota Syria semalam, dalam apa yang didakwa sebagai serangan gas beracun.

Ratusan maut diserang 


Satu kumpulan lain, Jawatan-kuasa Penyelarasan Tempatan, berkata beratus-ratus maut atau cedera dalam serangan itu. Perbezaan angka daripada kumpulan aktivis adalah perkara biasa di Syria, terutama dengan kerajaan mengehadkan laporan luar dan domestik.

Dakwaan dibuat ketika pasukan senjata kimia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan 20 anggota, diketuai pakar Sweden, Ake Sellstrom, berada di Damsyik sejak Ahad lalu untuk menyiasat tiga kawasan yang didakwa serangan senjata kimia dilancarkan.

Kawasan yang disiasat adalah kampung Khan al-Assal di barat Aleppo dan dua lagi lokasi yang dirahsiakan atas alasan keselamatan.

Berikutan laporan semalam, SOHR menggesa pasukan PBB di Syria dan semua pertubuhan antarabangsa melawat kawasan yang teruk terjejas dan memastikan bekalan perubatan dan bantuan tiba kepada penduduk secepat mungkin. 

Ia juga menggesa siasatan terhadap serangan itu.

Sementara itu, pihak berkuasa Syria menafikan dakwaan tentera menggunakan senjata kimia.

“Laporan penggunaan senjata kimia palsu. Ia cubaan menghalang pasukan PBB menjalankan misi mereka,” lapor agensi berita SANA.

Akhbar Al-Watan melaporkan kerajaan Syria berjanji untuk bekerjasama dan memudahkan kerja pasukan penyiasat PBB yang melancarkan misi di negara itu kelmarin. 

Britain sementara itu berkata ia akan merujuk dakwaan penggunaan senjata kimia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dakwaan itu belum dapat disahkan. - AFP/AP

Mengerikan: Kaki, cebisan organ ditemui di lokasi nahas

22 Ogos 2013
GENTING HIGHLANDS - Kaki dan cebisan organ dalaman manusia ditemui tidak jauh dari badan bas yang remuk teruk selepas terjunam ke gaung dalam kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Nor berkata kaki dan cebisan organ dalaman itu mungkin milik dua invidu.

Kaki itu ditemui dalam operasi mencari saki baki mangsa oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian nahas itu pagi ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Antara yang ditemui dalam operasi bermula 9.45 pagi itu ialah barang-barang peribadi milik mangsa nahas yang diharap dapat membantu anggota keluarga mengecam identiti mangsa.

"Sebanyak 34 daripada 37 mayat mangsa juga sudah dibedah siasat. Rata-ratanya mati akibat kecederaan teruk di dalam badan," katanya.

Mohd Mansor berkata pasukan penyelamat juga tidak menjangka menemui mayat lain di lokasi kejadian hari ini selain menunggu siasatan Puspakom Sdn Bhd dan pasukan forensik polis di kawasan nahas sebelum menarik naik bangkai bas.

"Bas terbabas ke dalam gaung 60 meter dari permukaan jalan. Nasib baik bas tersangkut pada pokok, jika tidak bas boleh jatuh lebih jauh ke dalam," katanya.

Buat masa ini, polis belum mengambil kenyataan daripada mangsa yang selamat kerana mereka masih dalam keadaan trauma.

Beliau juga meminta orang ramai tampil ke Hospital Kuala Lumpur atau datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong jika mengesyaki ada anggota keluarga yang terlibat dalam nahas itu. - Bernama

ElBaradei Pulak Mungkin Akan Kena......

Egypt’s ElBaradei to face court for ‘betrayal of trust’

August 21, 2013
CAIRO: Mohamed ElBaradei, Egypt’s former interim vice president, is being sued for a “betrayal of trust” over his decision to quit the army-backed government in protest at its bloody crackdown on the Muslim Brotherhood.
The case points to the prospect of a new wave of politically driven lawsuits being brought to court following the downfall of President Mohamed Mursi, whose supporters brought a raft of cases against opposition figures during his year in power.
Anti-government activists had called those suits, many of them accusing people of “insulting the president”, a form of political intimidation.
ElBaradei’s case, brought by an Egyptian law professor, will be heard in a Cairo court on September 19, judicial sources said on Tuesday.
ElBaradei, the former head of the U.N. nuclear agency and co-leader of the secular National Salvation Front (NSF) grouping, was the most prominent liberal to endorse the military’s overthrow of Mursi on July 3 following mass protests.
But he resigned on August 14 after security forces attacked the protest camps set up by Mursi’s Muslim Brotherhood supporters in Cairo, killing hundreds of people.
The military’s intervention against Mursi has polarized public opinion in Egypt. Around 900 people have died in violence across the country over the past week.
Sayyed Ateeq, a law professor at Helwan University, filed the suit against ElBaradei.
“He was appointed in his capacity as a representative of the NSF and the majority of the people who signed the Tamarod declaration,” he told Reuters, referring to the broad movement that led the anti-Mursi protests.
“Doctor ElBaradei was entrusted with this position and he had a duty to go back to those who entrusted him and ask to resign” instead of stepping down on his own, he said.
Ateeq said that, if found guilty, ElBaradei could face a three-year prison sentence. But a judicial source said the maximum sentence in a case of this kind was a fine and a suspended jail term.
ElBaradei left Egypt this week for Europe and is unlikely to attend any hearing in the case.
Khaled Dawoud, an aide to ElBaradei who quit as NSF spokesman following the crackdown, said Ateeq “set a precedent that harms Egypt’s reputation abroad, when a politician is prosecuted just for resigning from his post, something that has never happened before in any country in the world”.
The lawsuit follows a wave of arrests of Muslim Brotherhood leaders in recent days and a decision by the public prosecutor to charge Mursi, who is being detained in an undisclosed location, with inciting violence.
“If this case against ElBaradei is true then it is a major escalation showing that things are getting very polarized. You’re either on this side or on that side,” Dawoud told Reuters.

Wednesday, August 21, 2013

Tangan Pemerintah UAE, Arab Saudi, Kuwait, Jordan Dan Bahrain Juga Berbau Hanyir Darah Warga Mesir!

Kehancuran Mesir penuhi impian Al-Sisi

Bas Jatuh Gaung: Update mStar

Bas Jatuh Gaung: 26 Disahkan Maut
Antara mangsa yang berjaya diselamatkan.
PETALING JAYA: Maklumat terbaru Jabatan Bomba dan Penyelamat sehingga pukul 7.30 petang mengesahkan seramai 26 mangsa terbunuh dalam nahas kejadian bas pelancong terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu.
Sementara itu 16 lagi mangsa ditemui masih hidup.
Usaha menyelamat mangsa sedang dijalankan.
Jumlah keseluruhan mangsa yang ditemui kini adalah seramai 42 orang.
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa.
Seramai 7 lagi mangsa masih terkandas.
Sebelum ini Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail dalam kenyataannya menjangkakan sekurang-kurangnya 32 orang dikhuatiri mati dalam insiden tersebut.
"Setakat ini 32 mangsa lagi masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia. Bomba menjangkakan semua 49 mangsa," katanya.

Bas jatuh gaung di Genting Highland, 25 maut, 16 cedera

OLEH MUZLIZA MUSTAFA DAN HASBULLAH AWANG CHIK
AUGUST 21, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 21, 2013 07:40 PM
Nahas bas di Genting Highland meragut nyawa sekurang-kurangnya 25 penumpang setakat ini selepas bas terjunam ke dalam gaung petang ini sewaktu menuruni bukit.

Setakat ini, hanya 17 mayat berjaya dikeluarkan kata Timbalan Ketua Pengarah Bomba Datuk Soiman Jahid. 
Seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang. 
 
 
 
 
 
 
 
Lapan lagi penumpang masih belum berjaya dikeluarkan.

Bas tersebut dipercayai membawa kira-kira 49 penumpang di mana kemalangan berlaku pada jam 2.46 petang.

Operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila tiada laluan jalan raya yang menghubungkan ke gaung itu sehingga memaksa anggota bomba menggunakan kren untuk menjalankan operasi menyelamat.

Pegawai Bomba Shukri Md Noor memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands menerima panggilan pada jam 2.22 petang dan kemalangan dilaporkan berlaku di KM3.8, jalan menuruni bukit menuju ke Kuala Lumpur. - 21 Ogos, 2013

Betulkah Wan Ji Hina Sultan?

Aku rasa kalau Sultan Muhammad V, Baginda takkan ambil kisah
Sang kaki bodek jer yang bising kot?

Pendakwah pertahan diri dari dakwaan hina sultan
mk - 7:15PM Ogos 20 2013
Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husein mempertahankan dirinya berhubung video yang menunjukkan beliau berbincang kemungkinan Malaysia menjadi negara sistem monarki, yang didakwa sesetengah pihak sebagai "menghina" sultan.

Wan Ji berkata kenyataan itu dibuat secara kiasan sewaktu perbincangan berkaitan 'fiqh tawaqqu' - satu cabang pengajian fikah Islam yang membincangkan isu yang mungkin berlaku pada masa depan.

ppim police report against ustad wan ji insults sultan 200813 02Ketika dihubungiMalaysiakini hari ini, Wan Ji berkata beliau memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW yang selalu membuat perancangan untuk masa depan dan beliau memberi pelbagai contoh, termasuk tentang sultan.

Seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membuat laporan polis dengan mendakwa Wan Ji menghina sultan dan beliau menggesa tindakan diambil terhadapnya.

Laporan polis itu dibuat oleh Muhammad Zharif Johor di ibu pejabat polis Dang Wangi pada 3.55 petang tadi.

Musharraf dituduh bunuh Benazir







Tuesday, August 20, 2013

Isu Kerajaan Kelantan 'Kaku': Jawapan Dr Agus Yusoff Kepada Penyokong Dan Pemimpinnya

Penyokong kerajaan Kelantan dan pemimpinnya: Jawapan saya - Prof Dr Mohammad Agus Yusoff
AUGUST 20, 2013
i.
Posting saya mengenai ketiadaan keghairahan baru kerajaan Kelantan mendapat reaksi yang pelbagai dari kawan dan juga kepimpinan kerajaan negeri.
Menariknya dengan reaksi itu ialah saya baru bergendang, tetapi mereka sudah kelam kabut menari. Disebabkan kelam kabut itu, maka tarian mereka sumbang, terpesong dari gendang yang saya palu.
Membacanya saya gembira kerana respons mereka menunjukkan satu perkara: kita semua peka kepada pembangunan Kelantan, cuma dengan dengan pandangan yang berbeza.Sekiranya saya bertanya lagi, kenapa menari sumbang, maka saya sudah boleh jangka jawapannya adalah kerana ‘mereka menari di padang yang tidak rata.’ Aduh!
Dari semua pandangan itu, saya terlebih dahulu ingin menjawab komen kawan-kawan, khususnya tentang: (i) adakah saya orang Datuk Husam Musa?, (ii) sejauh manakah saya rapat dengan Datuk Husam?, dan (iii) apa yang saya perolehi dari Datuk Husam Musa?
Saya hairan, apa kaitan saya dengan Datuk Husam? Saya mengenali beliau seperti mana saya mengenali pemimpin PAS yang lain. Mengapa baru ditimbulkan soal Datuk Husam? Yang saya timbulkan dalam tulisan saya bukan soal Datuk Husam.
Apa yang saya persoalkan dalam tulisan saya ialah pembangunan projek lebuh raya rakyat dan stadium serta bekalan air untuk rakyat. Ini kerana berkebetulan pada waktu itu ramai rakyat Kelantan yang pulang berhari raya, maka saya kasihan melihat mereka terpaksa melalui jalan yang sesak dan menghadapi masalah air bersih untuk minum dan mandi.
Persoalan berapa yang saya perolehi dari Datuk Husam adalah komen yang kurang wajar kerana adakah serendah itu kita melihat kredibiliti dan integriti saya dan Datuk Husam? Jika pun ada dalam kalangan kita yang tidak setuju dengan Datuk Husam, saya fikir Islam tidak mengajar kita untuk turun darjat serendah itu. Sebab itulah dalam kita melontarkan sesuatu—seperti juga saya, kita mesti selalu waspada dengan kenyataan yang hendak dibuat, apalagi jika kita mendokong prinsip dan tatasusila Islam. Kalau kita pendokong Islam, ingatlah juga dosa pahala dalam politik, takut-takut nanti kita terfitnah saudara sendiri.
Mengapa saya timbulkan persoalan lebuh raya rakyat dan lainnya?
Saya timbulkan pertanyaan ini kerana ini adalah projek kerajaan negeri yang dijanjikan sebelum pilihan raya. Saya tidak persoalkan sumber kewangan untuk membina lebuh raya rakyat, pembangunan stadium dan bekalan air kerana kesemua ini adalah janji yang dibuat oleh kerajaan negeri. Dan kerajaan negeri sendiri sudah melancarkan projek ini dengan siap mengutip dermanya sekali. Tiada kaitan saya dengan Datuk Husam dalam soal ini.
Prinsipnya walaupun projek ini dahulunya adalah idea Datuk Husam, tetapi yang turut bersetuju untuk mewar-warkan projek ini adalah kerajaan negeri. Maka dalam soal ini, prinsip ‘tanggungjawab bersama’ terpakai yang semestinya tanggungjawab ini dipikul oleh kerajaan sekarang selepas Datuk Husam tidak lagi berada di dalam kerajaan.
Mengapa perlu dijadikan isu sangat dengan Datuk Husam? Bukankah beliau juga adalah pemimpin PAS, malah Naib Presiden PAS lagi? Atau apakah dalam kepimpinan PAS negeri sekarang ini ada masalah dalaman sehingga saya pula cuba dikaitkan dengan masalah dalaman politik itu.
Tulisan saya adalah untuk rakyat Kelantan, untuk negeri saya. Saya senang jika rakyat kelantan senang dan negeri saya membangun. Itulah sahaja yang mampu saya lakukan, iaitu memainkan peranan saling mengingatkan.
Ada juga menyatakan saya gila pembangunan dunia semata-mata. Apa yang penting, kata sahabat FB saya ialah keperluan akhirat yang dibawa oleh PAS. Jadi, mengapa saya persoalkan kepimpinan PAS? Saya tidak membantah soal ini, cuma saya yakin pembangunan dunia dan akhirat kita carilah bersama dan serentak. Bukannya bermakna apabila kita bercakap soal pembangunan dunia, maka kita lupa tentang akhirat sehingga lupa Allah dan tidak solat.
Bagi menunjukkan lagi kemarahan kepada posting saya, ada yang bertanyakan saya apa yang dapat dibuat oleh kerajaan negeri dalam masa 100 hari memerintah? Mengapa saya begitu gopoh menghentam kerajaan negeri?
Bacalah kenyataan saya dengan hati-hati. Adakah saya menghentam sesiapa? Saya hanya sekadar menyatakan tidak ghairah kerana saya tidak melihat polisi baru, bukannya saya minta siapkan bangunan dalam masa 100 hari? Mengapalah terpesong begitu jauh dari kenyataan saya?
Melihat kembali hal ini, saya dapat merasakan bahawa penyokong kerajaan negeri ini lebih alergik kepada teguran melebihi dari penyokong BN. Ada ketikanya saya merasakan penyokong BN jauh lebih matang dan terbuka daripada sesetengah penyokong kerajaan negeri. Maka, saya timbulkan pertanyaan, mengapa sampai begitu sekali tertutup mindanya?
Hairannya lagi ialah orang yang sama inilah yang kuat mengutuk kerajaan pusat tanpa melihat kepada fakta yang muncul. Misalnya, apabila membincangkan tentang apa idea baru kerajaan pusat setelah 100 hari memerintah, maka mereka dahulu yang memberi komen dan mengaibkan pemimpin kerajaan pusat. Apakah itu dibenarkan? Saya hairan dengan gaya berpolitik seperti ini. Oleh sebab itulah sejak zaman pelajar lagi, saya sudah tanamkan dalam diri saya untuk menjadi jurulatih politik dari pemain politik. Saya memilih menjadi Alex Ferguson dari menjadi Beckham, biarpun saya tahu menjadi Beckham lebih dipuja.
Paling menarik perhatian saya apabila ada sahabat yang mengaku berasal dari kampung saya bertanyakan, apakah yang saya sumbangkan untuk kampung saya? Katanya, jika saya boleh tanya apa yang kerajaan negeri sumbangkan untuk rakyat Kelantan, maka apa pula sumbangan saya untuk kampung kelahiran sendiri? Saya gagal menjawab soalan ‘cepu mas’ ini kerana saya belum membina sebuah telaga pun untuk kampung asal saya atau memotong riben pun untuk merasmikan apa-apa projek untuk kampung saya.
Tetapi Alhamdulillah, apabila balik ke kampung yang memang amat jarang saya pulang kerana saya sudah tidak ada ayah bonda lagi dan semua adik beradik saya pula sudah menetap di Selangor, sekiranya ada kesempatan saya akan uruskan apa yang perlu dan mampu untuk bantu sahabat handai dan rakan taulan. Paling tidak pun saya mengatur beberapa urusan mereka dengan pejabat kerajaan dan hal bantuan dalam keupayaan saya. Begitulah!
Kepada penyokong kerajaan negeri ini, pesan saya teruskan sokongan dan perjuangan itu. Tapi dalam masa yang sama, belajarlah untuk menerima perbezaan pendapat supaya nantinya sokongan ‘kental’ itu boleh meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan negeri, bukan sebaliknya. Jangan jadi penyokong yang membawa rebah. Dan jangan terlalu beremosi dalam politik.
ii
Pada 9 Ogos, saya membuat posting menulis pandangan saya mengenai kerajaan negeri kekeringan idea baru selepas 100 hari memerintah. Antara lain saya mempersoalkan pembinaan lebuh raya rakyat, stadium dan bekalan air bersih untuk rakyat Kelantan.
Selain itu, saya juga mencadangkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan negeri untuk membangunkan rakyatnya? Antaranya saya “mencadangkan kerajaan negeri menghidupkan kembali program pertanian dan penternakan kambing Jamnapari yang tergendala.”
Kenyataan saya cukup ringkas, tetapi segera mendapat reaksi pemimpin kerajaan negeri. Saya gembira dengan hal ini kerana ia menunjukkan keprihatinan pemimpin negeri kepada luahan rakyat.
Malangnya, kenyataan saya diulas dalam konteks yang tersasar. Ini cukup merisaukan saya. Jika ibaratkan dalam peperiksaan, lain soalan yang dikemukakan, lain pula yang dijawab. Hal ini berlaku kerana dua kemungkinan: tidak cukup persediaan atau memang tidak mampu (jikapun tidak sesuai dikatakan tidak layak) menjawab.
Maka, atas latahan pemimpin ini—dari bekas MB, MB, TMB dan tiga Exco—maka media pun menggunakan perkataan sensasi ‘Agus diselar’ dan “Agus dibidas.’ Hebat juga bunyinya. Tapi tulisan saya ini tidak untuk menyelar atau membidas. Saya hanya menulis untuk meleraikan kekeruhan pandangan hasil dari ‘kekaburan fahaman’ pemimpin kerajaan negeri ke atas tulisan saya.
Misalnya, pada 10 Ogos Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri berkata: “kerajaan negeri tidak akan mengadakan perbincangan semula mengenai pembinaan Lebuh Raya Rakyat dan stadium sebaliknya memantapkan perbincangan sebelum ini untuk memastikan kejayaan projek berkenaan.”
Pada hari sama juga, TMB dan Setiausaha Akhbar MB mengeluarkan kenyataan: “kerajaan kini dalam proses memperhalusi projek itu.” Exco Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat dalam Harakah pula menyatakan:
“Kerajaan negeri melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan. Langkah itu dibuat memandangkan konsultan sebelum ini mengundur diri….Syarikat Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group sebuah syarikat berpangkalan di Abu Dhabi sedang menyiapkan cadangan lengkap projek tersebut.”
Saya menjawab semua kenyataan di atas dalam tulisan saya pada 10 dan 15 Ogos, tetapi pada hari ini saya hendak menjawab lagi dengan menimbulkan satu pertanyaan mudah. Semoganya pertanyaan saya ini dibaca dan jika mahu dijawab, semoganya jawapan hendaklah dalam konteksnya supaya jika “kita analogikannya dengan jawapan dalam peperiksaaan, jawapannya kali ini lulus.”
Exco Kerajaan Tempatan menyatakan tidak adakan mengadakan perbincangan semula untuk melaksanakan projek lebuh raya dan stadium sebaliknya memantapkan perbincangan sebelum ini untuk memastikan kejayaan projek. Peliknya TMB, Setiausaha Akhbar MB dan Exco Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat pula menyatakan baru melantik konsultan baru dari Abu Dhabi tidak sampai sebulan yang lepas. Itupun baru hendak menyediakan kertas cadangan?
Jadi, soalan saya ialah kenyataan siapakah yang betul? Takkanlah isu projek lebuh raya pun Exco boleh menjawab dengan kenyataan yang berbeza?
Pada 9 Ogos, saya juga menulis mengenai projek kambing jamnapari. Kata saya: “Projek kambing ini memang gagal, tapi ia projek baik untuk rakyat. Saya lihat di Kelantan sekarang ini jika ada majlis kenduri kendara, rakyat bercakap tentang kambing panggang dan nasi Arab. Ini menunjukkan projek kambing ini ada sambutan rakyat, tetapi kerajaan negeri pula tidak menyambutnya. Begitu juga dengan projek pertanian yang lain. Banyak yang boleh ditanam dan dikembangkan.”
Mengenai projek pertanian saya menulis: “Projek padi organik di Tunjong sudah tidak kedengaran lagi. Apapun kegagalan projek lepas, saya harap selepas ini kerajaan negeri dapat menjadikan Kelantan yang mempunyai tanah luas itu sebagai negeri yang mampu sara diri dari segi keselamatan makanan. Kelantan dekat dengan Thailand, maka ambillah sedikit ‘bau’ dari kejayaan pertanian Thailand untuk dibawa ke Kelantan.”
Menjawab kenyataan saya tentang projek padi organik, Exco Pengerusi Bio Teknologi dan Teknologi Hijau berkata projek ini adalah projek NGO dan tidak gagal kerana kerajaan negeri bagi peruntukan sebanyak RM114,000 sejak tahun 2010. Begitu juga dengan projek kambing Jamnapari, kerajaan negeri menggerakkan semula projek itu, bukannya gagal?
Baik, jika projek ini berjalan baik, soalan saya bagitahulah data kejayaan dan pengeluarannya? Baik, jika projek ini projek NGO, dengan bantuan kerajan tersebut, berilah data kejayaannya bukan sekadar menjawab secara umum sahaja. Justeru ketiadaan jawapan yang konkrit inilah, kenyataan Exco di atas gagal menyakinkan saya.
Saya lihat jawapan kerajaan negeri adalah sekadar menegakkan benang basah supaya kerajaan negeri dilihat kuat sahaja. Mengapa begitu sekali defensif? Atau adakah ini juga penyakit ‘denial syndrome’ yang merebak dalam kepimpinan kerajaan negeri? Semoganya tidak.
Adakah PAS juga amalkan kronisme?
Apakah kerajaan negeri sempurna sehingga tidak boleh ditegur? Pada saya, kerajaan negeri tidak sempurna dan oleh itu saya hendak menegur lagi kerajaan negeri, khususnya tentang pembaharuan pentadbirannya. Banyak yang boleh saya tegur, tetapi untuk menyejukkan keadaan bagi tujuan analisis, saya sentuh satu perkara sahaja tentang pelantikan baru kerajaan negeri dalam hal lantikan politik.
Apa yang pastinya banyak pelantikan baru tidak ada pembaharuan dan perubahan. Majoritinya adalah pelantikan ‘reuse dan recycle’ seolah-olah kitar semula menjadi dasar dan amalan. Misalnya, lihat siapa yang dilantik menjadi Pengarah Pusat Kajian Strategik? Siapa Pengarah Urusetia Penerangan Kelantan? Siapa Ketua Pengelola Bahagian Dakwah Halaqat Negeri Kelantan?
Saya tidak mahu timbulkan kelayakan mereka yang dilantik, tetapi yang hendak saya timbulkan ialah mana pemimpin muda, barisan pelapis? Apa jawatan untuk mereka jika semuanya diisi dengan orang lama? Apakah tindakan ini tidak salah? Apakah ‘salah’ itu dalam istilah untuk BN sahaja?
Saya tegur begini supaya kita memahami realiti politik. Sekiranya kerajaan pusat yang membuat pelantikan sebegini, maka penyokong PAS dan pemimpinnya segera menuduh BN mengamalkan kronisme dan kolusi, tetapi apabila ‘kita sendiri’ yang buat, istilah apa pula yang hendak dipakai? Pesan saya, jangan mengata dulang paku serpih, jika dalam hal mengata orang kita yang lebih!
Apa lebihnya kerajaan PAS dengan kerajaan pusat?
Saya sudah lama mengkaji politik PAS dan budaya politik Kelantan. Saya memahami sangat budaya politik dalam PAS dan penyokongnya. Satu yang saya perhatikan sejak dahulu ialah setiap tahun PAS akan mengadakan sambutan ulang tahun hudud. Satu programnya ialah panggil orang buat ceramah Huhud dengan mengerahkan penghulu Halaqat datang menjadi pendengarnya. Selepas itu makan minum dan bersurai. Agenda lain apa?
Saya timbulkan hal di atas untuk menilai apa lebihnya PAS berbanding dengan Umno atau menilai apa lebihnya kerajaan negeri berbanding dengan kerajaan pusat? Saya tidak nampak apa lebihnya PAS. Tetapi saya lihat ada beberapa perbezaan gaya kepimpinan antara pemimpin PAS dan BN.
 Secara umumnya, pemimpin BN jika ditegur, mereka lebih tenang menerima teguran, bahkan kritikan. Pemimpin BN menari setelah memahami melodi gendang yang palu, tidak seperti sesetengah penyokong dan pemimpin PAS yang cepat melatah menjadikan tarian mereka mudah sumbang.
Kedua, pemimpin Umno memang banyak berjanji. Bezanya, janji itu lambat laun ditunai juga. Pemimpin PAS, saya masih menunggu janjinya untuk selesaikan lebuh raya rakyat, stadium dan bekalan air serta projek pertanian dan penternakan. Soal urusan dan tanggungjawab kerajaan pusat, saya tidak sentuh dulu kerana projek lebuh raya rakyat dan stadium ini adalah janji kerajaan PAS kepada kepada rakyat. Ingat, pecah tanah dan kutipan derma  sudah pun dibuat!
Sekadar ini jawapan saya—dari rakyat yang sayangkan negeri dan negaranya. Ah, seronoknya bila boleh bertukar pendapat begini. – 20 Ogos, 2013.
* Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof ialah seorang penganalisis politik.

Gerakan sekular halang demokrasi di Asia Barat

Dr Muhamad Razak Idris

Pelbagai cabaran harus ditempuh bagi menjayakan demokrasi di Asia Barat. Peristiwa terbaru di Mesir sejak beberapa hari lalu menunjukkan ia harus dibayar dengan darah dan nyawa bagi merealisasikan cita-cita itu. Cabaran ini sejajar dengan kedudukan rantau itu yang unik dari sudut sejarah dan istimewa pula dari segi kekayaan serta pengaruhnya dalam menjamin ketahanan kekuasaan dan kepemimpinan dunia. 

Faktor yang rencam ini menjadikan rantau Asia Barat dipenuhi pelbagai kepentingan membabitkan kelompok dalaman masyarakatnya, malah juga perkumpulan dalam kalangan bangsa luar lingkungannya. 


Menjayakan demokrasi dilihat sebagai kepentingan strategik asasi bagi perkumpulan masyarakat sivil dan pergerakan Islam. Sudah sekian lama rantau ini ditadbir secara autokratik menggunakan pendekatan keras dan tertutup. Pemerintahan sebegini memberi kesan buruk terhadap pembangunan insaniah masyarakat Asia Barat serta perkembangan peradabannya yang menyeluruh. 

Asia Barat lubuk konflik 

Sejak sekian lama, rantau Asia Barat menjadi lubuk konflik berpunca pelbagai pertikaian dan pertembungan. Pentadbiran tertutup menjadikan sumber kekayaan yang meluas tidak dapat dinikmati secara rata kerana faktor monopoli. Pembangunan ilmu, teknologi dan penyelidikan juga terencat kerana taraf hidup rakyat yang lemah serta kehidupan yang sering dilanda ketakutan serta ancaman keselamatan. 

Sejak beberapa dekad lalu, pelbagai pergerakan sivil dan politik Islam menggerakkan kesedaran masyarakat iaitu penyelesaian kepada kemajuan rantau Asia Barat harus menerusi mekanisme baru yang bersifat terbuka dan berasaskan perundingan serta pemuafakatan bersama rakyat dan pemerintah. Mekanisme demokrasi dilihat berpadanan dengan cita-cita ini. Ia boleh menghubungkan kerjasama dua hala yang rancak menerusi sistem pentadbiran yang mesra. 

Jika keadaan ini boleh diwujudkan, rantau Asia Barat yang unik kembali mekar dan warganya dapat menyumbang secara berkesan kepada pembangunan kehidupan dunia seperti zaman kegemilangan peradaban Islam. Berasaskan inspirasi ini, sarjana Muslim melihat menjayakan demokrasi sebagai jalan dan pendekatan paling baik bagi menjayakan maksud serta ajaran Islam dari sudut pemerintahan yang menekankan prinsip keadilan dan kebajikan. Inspirasi ini mula dihayati secara meluas sebagai sebahagian daripada jihad kenegaraan pada masa kini oleh masyarakat di Asia Barat. Namun, cita-cita luhur ini tidak dikongsi semua warga Asia Barat. Kemunculan dan kebangkitan kesedaran demokrasi dilihat sesetengah pihak akan mengorbankan pelbagai kepentingan yang sudah sekian lama bertapak. Bagi kelompok penguasa yang terbiasa dengan pemerintahan autokratik, tidak mudah menerima amalan dan budaya terbuka serta telus dalam sistem politik dan sosial. 


Pendekatan ini boleh menggugat kepentingan mereka dari segi kebendaan dan kekuasaan. Apa yang lebih mencabar, saluran demokrasi akan melahirkan penguasa baru bukan daripada perkumpulan yang mereka restui. Kepentingan kekeluargaan dan kelompok tentu tergugat. Dalam erti kata lain, pendekatan demokrasi yang dilaungkan pelbagai pertubuhan sivil dan pergerakan Islam hakikatnya bukan suatu yang didambakan, malah dianggap nilai asing yang akan mengancam kepentingan penguasa yang sekian lama terbina dan berkembang dalam pelbagai ruang kehidupan. 

Pertembungan kepentingan 

Begitulah cabaran realiti geo-politik Asia Barat yang harus ditempuh pendukung demokrasi di rantau itu. Kisah di Mesir yang tragis berlaku kerana pertembungan kepentingan yang rencam antara pelbagai pihak di Asia Barat. Pemuafakatan pelbagai kelompok direncanakan bagi mengekang kebangkitan kesedaran demokrasi setelah dilihat bakal mengancam masa depan kepentingan jangka panjang penguasa autokratik di rantau itu. 

Kerjasama beberapa pemerintah di rantau itu mendokong rampasan kuasa di Mesir adalah sebahagian daripada langkah mengekang kebangkitan demokrasi di Asia Barat. Kali ini, menerusi program penajaan pemerintah tentera. Perencanaan ini harus berjaya walaupun ia memakan korban nyawa dan harta yang tinggi. 

Pelbagai kepentingan di Asia Barat bergabung dan bekerjasama merestui tindakan penajaan ini. Turut serta ialah Amerika Syarikat yang memiliki kepentingan strategik di rantau itu. Golongan liberal dan sekular pula bergandingan dengan tentera atas asas mengekang kebangkitan kelompok agama dan pengaruh mereka dalam sistem politik serta kebudayaan. 

Peristiwa di Mesir menjelaskan iaitu bagi penguasa autokratik dan kumpulan pendukungnya yang pelbagai, menjayakan demokrasi di rantau ini bukan lagi kepentingan utama, sebaliknya harus ditangguhkan. Bagi mereka, demokrasi yang sedang berkembang di Asia Barat, sekiranya ia tumbuh secara baik dan segar, tidak akan memberikan kebaikan jangka panjang kepada kelompok mereka