Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata beliau mahu menjawab kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dilaporkan mendakwa suruhanjaya itu sebagai 'nakal dan tidak jujur'.

akbhar satar ti-m president with rafizi ramli and macc chief abu kassimSeperti di dalam video, apabila Taib berkata "kita nakal dan tidak jujur", katanya, beliau mahu menjawabnya.

"Tetapi pegawai perhubungan awam saya berkata Tan Sri (Taib) telah menjelaskan bahawa beliau tidak merujuk kepada SPRM.

Jika tidak, tegas Abu Kassim, beliau akan beritahu Taib supaya menyerahkannya kepada undang-undang untuk menentukannya.

Abu Kassim menyatakan demikian dalam nada yang tegas semasa forum di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ke-7 di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, untuk memulakan sesi tersebut, video KiniTV telah dimainkan di mana Ketua Menteri Sarawak itu ditanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan SPRM yang mana beliau menjawab: "Mereka tidak berhak mendapat kerjasama saya kerana mereka nakal dan tidak jujur"

taib mahmud responds to global witness report storyBagaimanapun, pejabat Taib kemudian mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa beliau telah merujuk kepada SPRM.

Abu Kasim berkata SPRM sudah dibiasa dipanggil nakal tetapi jarang pula dituduh tidak jujur.
"Kami jaga tepi kain orang, itulah sebabnya kita dipanggil nakal," katanya berseloroh.

Abu Kassim menegaskan bahawa siasatan SPRM terhadap Taib (bawah) masih berterusan.

Beliau juga nampaknya menyentuh tentang kes terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman yang terbabit dalam kontroversi apabila sekutu rapatnya ditangkap oleh pihak berkuasa bersama RM40 juta dalam mata wang Singapura ketika cuba untuk meninggalkan Hong Kong.

Tanpa menyebut nama, Abu Kassim berkata SPRM telah meminta kerajaan memperkenalkan undang-undang di mana derma politik hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun parti.

"Kerajaan telah bersetuju pada dasarnya," katanya.