PKR siasat dakwaan penipuan kumpulan Azmin
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan menyiasat langsung dakwaan penipuan undi yang didakwa melibatkan calon timbalan presiden PKR.
Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata beliau akan terus ke Batang Sadong, dekat Sri Aman, Sarawak hari ini bagi menyiasat dakwaan itu dan akan mengambil tindakan serta-merta jika ia didapati berasas.
"Kalau dapati benar apa yang berlaku kita ambil tindakan sewajarnya dan akan buat makluman di situ dan saya beri amaran tegas. Kami serius.
“Kami akan ambil tindakan tidak kira apa jawatan mereka yang terlibat," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Ahli PKR Badrul Hisham Shaharin mendakwa penipuan berlaku ketika kiraan undi di Batang Sadong, Sarawak semalam melibatkan kumpulan penyokong Azmin Ali.
Beliau menyebarkan gambar di laman media sosial menunjukkan beberapa lelaki sedang bersama kertas undi pemilihan kawasan terpencil itu.
Johari mengaku menerima beberapa aduan berkenaan perkara itu.
"Bukan saja Chegubard (Badrul) ramai lagi buat aduan," kata beliau.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Azmin berhubung dakwaan itu tetapi setakat ini masih belum berhasil.
Menurut Johari, daripada maklumat awal, dua calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mendapati kertas undi pemilihan parti itu bertaburan di sebuah bilik hotel.
Johari berkata bilik hotel itu digunakan oleh petugas pemilihan cabang PKR Batang Sadong yang dikatakan terpaksa menggunakan tempat itu lantaran tiada tempat lain sesuai.
"Dikatakan ketika mereka sedang buka tong dan kira (undi) datang dua orang calon MPP yang tahu pengiraan sedang berlaku nak melihat hal tersebut tetapi ada kelewatan membuka pintu bilik.
"Kemudian dikatakan berlaku black-out (lampu padam) dan bila mereka masuk nampak kertas undi bertaburan," kata beliau kepada media tanpa mengulas lanjut.
Sementara itu, Johari juga berkata akan memanggil satu sidang khas untuk isu Azmin dan seorang lagi calon timbalan presiden Datuk Saifuddin Nasution Ismail ekoran kenyataan di media massa dua minggu lalu.
"Kita akan panggil sidang media khas. Jawatankuasa sedang meneliti. Kita dah dapatkan kenyataan mereka," kata Johari.
Johari turut mengumumkan beberapa cabang terpaksa mengundi pada 10 Mei berikutan masalah logistik dan perkara yang tidak dapat dielakkan.
"Cabang Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman di Terengganu kita anjakkan pilihan ke 10 Mei dan kita minta mereka bersedia dan adakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan pemilihan semula sekali gus.
"Sementara itu di Bukit Katil, Melaka; Paya Besar dan Jenratut, Pahang pemilihan turut diadakan semula dan kita meminta mereka bersedia dari segi tempat,' kata beliau.
Keputusan rasmi dari negeri Sarawak, Johor, Pahang dan Melaka bakal diumumkan Johari dan JPP dalam tempoh 24 jam. - mk
PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU
Pengumuman
Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)
Monday, April 28, 2014
Bulan April Yang Sarat Dengan Kebodohan!
Oh tidak, kita masih di bulan April yang sarat dengan kebodohan
SUARA LANTANG: Artikel ini seperti bahagian 3 suatu Trilogi. Sebelum ini, saya menulis: Belum lagi menjadi bahan ketawa dunia tetapi sudah hampir dan Siapa yang ditabal pemenang “Malaysia Tak Boleh”?
Hari ini, saya bermula dengan membandingkan Datuk Nawawi Ahmad dengan Datuk Zulkifli Noordin.
Datuk Nawawi ialah ahli parlimen Langkawi yang mempersenda kematian “Harimau Jelutong” Karpal Singh di akaun Facebooknya.
Dua hari kemudian, dia memohon maaf tetapi postingnya sudah tersebar dan ditempelak ahli politik dan pengguna Internet.
Zulkifli pula merupakan bekas naib presiden Perkasa dan calon Umno bagi parlimen Shah Alam yang tewas pada PRU13.
Dia memperlekehkan kematian bekas pengerusi DAP dan menganggapnya kemenangan bagi perlaksanaan hudud.
Tulisannya di Twitter terus diselar Menteri Belia & Sukan Khairy Jamaluddin yang menulis tweet balas, “Diamlah, betul, lebih baik diam.”
Kerana saya sendiri penulis di Twitter, saya turut menulis “Rakyat Malaysia samada sukakan @khairykj atau tidak gemarkannya. Tetapi apa yang boleh dikatakan bagi @zulkiflinoordin kecuali dia memang tiada wibawa.”
Itu sahaja perbezaan di antara Nawawi dan Zulkifli. Mereka berasal daripada Kedah dan menghina kematian Karpal. Selain itu, tiada persamaan.
Ahli parlimen Langkawi itu meminta maaf tetapi calon ahli parlimen itu tidak menyesali perbuatannya.
Beliau memang tiada wibawa.
Sebelum kekalahannya, Zulkifli berkata beliau yakin 101% akan menang.

Khalid Samad dari PAS menang besar ke atasnya dengan majoriti 10,939 undi.
Memang Zulkifli orang yang malang, tetapi bukan dia sahaja yang mempamer kebodohan dalam bulan April ini.
Peguam Negara, ahli parlimen yang berbini dua dan majistret yang lemah juga di dalam senarai ini.
Seorang peguam dan hakim bersara telah mempersoal mengapa peguam negara yang diimpot dari Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tampil mewakili Pendaftar Pertubuhan di dalam dakwaan terhadap DAP berhubung pemilihan parti itu.
Mereka bertanya samada Shafee ayam tambatan Putrajaya bagi mengekang individu dan organisasi yang menentang kerajaan.
Sebelum ini, peguam negara telah memberi kuasa kepada Shafee selaku timbalan pendakwaraya yang menerajui pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes Liwat II di Mahkamah Rayuan.
Bekas hakim itu berkata Pejabat Peguam Negara mempunyai peguam yang handal seperti Amarjeet Singh, Alice Loke dan Narkunavathi Sundareson. Jadi mengapa perlu khidmat peguam Umno?
Ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin pula berbini dua. Pada 2010, dia mengaku melakukan poligami dengan aktres Zizie Ezette tanpa pengetahuan pendaftar Syariah.
Bung Mokhtar tidak gemar pakaian seorang ahli parlimen wanita pada sesi persidangan baru-baru ini.
Apa salahnya kelibat kaki wanita?, tanya seorang pengguna Internet.
Seorang lagi berkata pakaian yang dikenakan ahli parlimen Seputeh Teresa Kok tidak menjolok mata.
“Pakaiannya sesuai bagi majlis rasmi dan juga boleh dipakai ke mahkamah,” katanya.
Seorang majistret Bukit Mertajam pula bukan hanya menghukum penjara seorang pekerja Bangladesh malah mengenakan hukuman tiga kali sebatan. Pekerja itu memiliki permit kerja yang sah!
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mahu kes itu didengar semula.
Pekerja berusia 28 tahun itu menyaman kerajaan Malaysia, Jabatan Imigresen dan polis sebanyak RM3 juta.
Ketua Polis Tan Sri Khalid Abu Bakar pula dilanda kontroversi kerana gagal bertindak ke atas penculikan yang dilakukan seorang bapa (yang memeluk Islam) ke atas anaknya yang berusia enam tahun.
Polis enggan bertindak terhadap laporan polis yang dibuat ibu beragama Hindu itu dan Khalid berkata terdapat dua arahan mahkamah yang bercanggah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menyatakan sokongan bagi pendirian ketua polis itu dan ditempelak ahli politik, peguam dan warga Internet.
Sistem mahkamah sivil dan mahkamah syariah memang berbeza, kata bekas menteri penasihat undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.
Inilah keadaan Malaysia selepas PRU13. Banyak yang mengarut.
Ketua polis juga berkelakuan aneh apabila anggota polis tidak menghadiri upacara pengkebumian Karpal Singh pada 20 April.
Namun, Raja Bomoh Sedunia yang membawa kelapa bagi merungkai Misteri MH370 mungkin calon April fool ulung kita.
Dia beraksi lagi di lokasi kemalangan kenderaan Karpal di Gua Tempurung di Lebuhraya Utara-Selatan.
“Saya terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa,” kata Dyana Sofya Daud, setiausaha politik Lim Kit Siang.
Terkejut kerana tiada tindakan yang diambil jabatan agama, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal-ehwal Ajaran Islam Datuk Seri Jamil KhirBaharom agaknya.
Tan Jooi Long merupakan bekas pengarang BERNAMA yang pernah menerajui agensi berita AS berpengkalan di Asia Pasifik. Dia menulis di akaun Twitter.
Tan Jooi Long

Ini Sudah Bagus Abe Din Tapi Tengok Mimik Muka Cina Harbi Sebelah Tu.....
'Umno mahu kerjasama dengan PAS terang hudud'
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno ingin bekerjasama dengan PAS bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.
Tetapi yang penting, kata beliau, adalah duduk semeja untuk berbincang sebelum PAS bertindak membawa usul hudud ke Parlimen.
Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau telah mengutarakan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam.
Mohd Amar memberi reaksi positif, kata Muhyiddin.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Profesionalisme Pengurusan Pendidikan: Kepimpinan Berprestij Tinggi, di Bahagian Teknologi Pendidikan di Kota Bharu.
Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Noor Zahidi Omar, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang, dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.
Ditanya sama ada Umno akan menyokong PAS dalam perkara hudud itu, Muhyiddin berkata ketika ini tiada siapa pun berhak membuat andaian sama ada menyokong atau tidak kerana apa yang bakal berlaku itu adalah perkara baharu dalam sejarah negara.
(Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum Hudud) di Dewan Rakyat Jun depan bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukum hudud di negeri itu).
"Tidak boleh buat andaian. Kita mahu tahu ceritanya dahulu. Kalau tak sokong nanti kata tak sokong hudud...ia membawa banyak makna. Kita mungkin tidak bersetuju mengenai usul itu. Ini satu perkara baharu dalam negara.
"Ia perlu diperhalusi dan diteliti dan persoalan kerana khuatir akan berbangkit kemudian. Ada perkara lain yang perlu diselesaikan dahulu sebelum dibawa ke Parlimen," katanya.
Muhyiddin berkata hukum hudud itu perlu diperbincangkan secara halus kerana masih ramai yang tidak memahami hudud.
"Saya fikir ada orang Islam yang masih tidak faham dan ini memerlukan penerangan yang meluas dan mendalam.
"Orang bukan Islam pun mahu tahu keadaan itu kerana ini sebuah negara yang merdeka dan rakyat lain berhak tahu walaupun dia bukan Islam.
"Pasal dia takut kesan kepada pelaksanaan itu akan membawa kesan kepada mereka," katanya.
"Sebab itu kena duduk berbincang dan daripada situ kita akan memperolehi penemuan dan perakuan iaitu situasi sebenar sebelum usul itu dibawa ke Parlimen.
"PAS hanya ada 21 wakil di Parlimen. Sebab itu mereka memerlukan sokongan daripada yang lain. Siapa yang mahu sokong...Umno sahaja kah? atau ahli Parlimen Islam yang lain," katanya.
Beliau berkata parti sekutu PAS iaitu DAP tidak perlu mempertikaikan keikhlasan Umno untuk berbincang mengenai hudud itu kerana Umno mempunyai pendirian yang perlu diterima.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Umno bercadang mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan.
Jawatankuasa itu akan disertai pihak yang arif mengenai hukum hudud termasuk pakar-pakar hukum agama dari luar negara, katanya.

Woo...Article Manarik Yang Saya Terlepas Pandang!
Siapa selepas Najib, Muhyiddin?
TAN SRI ABDULLAH AHMAD 27 April 2014
TAN SRI ABDULLAH AHMAD 27 April 2014
DINASTI politik subur dalam Umno, PKR, DAP dan juga Pas. Dinasti, mengikut huraian Speaking, “is a succession of hereditary rulers... a succession in any sphere; a prominent family spanning a number of generations.”
Contoh: dinasti Sir Onn Jaafar (bapa dan datuknya sebelum itu) anak dan cucunya Hishammuddin, Lim Kit Siang, anaknya Eng Guan, Anwar Ibrahim Nurul Izzah, Tun Razak Najib. Lim Goh Tong, anak dan cucu dan Dr Mahathir Mukhriz.
Di peringkat antarabangsa Nehru, anak, cucu dan cicitnya, Lee Kuan Yew dan anaknya Hsien Loong. Baik buruk dinasti terpulang siapa bercakap.
Tegas seorang pemuda Melayu Baru yang baharu pulang ke tanah air dari United Kingdom, “that’s not the equal opportunity democracy we aspire to”. Maksudnya ini bukan demokrasi yang kita harap; yakni memberi peluang yang sama.
Terimalah hakikat tiada equality bukan sahaja dalam politik bahkan dalam apa bidang pun.
Dalam keadaan biasa, Muhyiddin Yassin patut jadi perdana menteri ketujuh. Tetapi Malaysia sedang melalui era baharu, politik baharu. Jika Umno menang PRU14, Najib memasuki penggal kedua sebagai PM.
Jika Umno/BN tumbang, pemimpin Pas atau PKR perdana menteri. Anggaplah (assume) Umno menang siapa pula lepas Najib dan Muhyiddin? Team Hishammuddin -Khairy Jamaluddin? Team Hishammuddin -Mukhriz atau Mukhriz - Khairy? Ataupun gandingan menantu Badawi dengan regu dari Sabah menentang team Hishammuddin-Mukhriz? Atau calon yang belum muncul lagi tetapi tidak mungkin selayang pandang.
Hishammuddin menang tipis lawan Mukhriz merebut jawatan Naib Presiden Umno tahun lepas. Itu pun sebab “kempen luar biasa, istimewa" telah berlaku. Politik cut throat (tanpa belas kasihan) akan wujud dalam PRU14 dan selepas itu... pencukur pisau panjang dan amat tajam akan muncul.
Seorang pemodal asing (British) memberitahu saya, "that boy (Khairy) is a superb speaker if a bit over confident. Like him or not, I will put my money on him.”
Maknanya, budak itu petah bercakap dalam bahasa Melayu apalagilah dalam bahasa Inggeris... yakni melukis atau mencerminkan potret dirinya, terlalu yakin sangat. Apa pun saya akan melabur kerana masa depan Khairy agak cerah kalau dia rendah hati; sopan.
Kononnya Khairy sekarang “wira” dalam kalangan muda-mudi Peribumi terutama yang English speaking di bandar dan di pinggir bandar (in towns and suburbs)
Khairy sebenarnya bernasib baik dan juga tidak bernasib baik! Muda-mudi - mengundi bagi pertama kali dalam PRU14- tidak jauh muda daripada generasinya.

Tidak begitu beruntung kerana kemaraannya berlaku pada masa parti pemerintah tidak begitu popular, dianggap suspek yakni rakyat berasa kurang percaya dengan partinya kalaupun mereka percaya padanya peribadi.
Mukhriz terpaksa menunjukkan segera Kedah di bawahnya berubah dengan kemajuan yang luar biasa untuk meningkat ke atas lagi. Dia mesti dilihat proaktif dan bervisi seperti bapanya. Saya sedar this is not an easy act to follow.
Dia, kalau tidak pun sepenuhnya, mestilah bertindak seakan bapanya. Hishammuddin has nothing to prove anymore ...sudah lama memegang beberapa portfolio dan rakyat telah pun membuat judgment terhadapnya.
Muhyiddin, saya dengar, telah berkata kepada kawan-kawannya dia tidak minat lagi untuk mendaki gunung sampai kemuncak! Kerana, katanya, age is against him. Juga tidak larat lagi.
Tegas seorang pemerhati yang bijak, “a deft move by Muhyiddin which means he is available to serve as a compromise.”
Maknanya dia boleh jadi calon kompromi. Inilah tokoh-tokoh yang dilihat sebagai pengganti Najib, lainlah rakyat mahu Zahid Hamidi dan Shafie Apdal. Kedua juga tokoh tetapi mempunyai latar belakang berlainan daripada tokoh-tokoh disebut terlebih dahulu. Juga mereka agak kurang terdedah.
Tercapai atau tidak matlamat 2020?
Dr Mahathir melahirkan visi 2020 yang akan tamat selepas PRU14, dijangka berlangsung selewat-lewatnya akhir tahun 2018 kecualilah berlaku darurat atau malapetaka yang tidak terduga atau terlintas di minda kini.
Parti pemerintah akan berusia 74 tahun dan kita menyambut kemerdekaan ke-63 serta penubuhan Malaysia ke-57 pada tahun itu.
Jika Datuk Seri Najib Tun Razak memenangi PRU14, dialah yang akan mengisytiharkan sama ada kita capai atau sebaliknya target 2020.
Jika pembangkang menang PM barulah akan membuat keputusan atau judgment. As Speaking emphasises, "The judgment on whether 2020 target has been achieved will be made by Najib if Umno/BN retains power otherwise it will be done by the new prime minister,”
Kalau GDP kita antara sekarang dan 2020 tinggi, lagi baik melebihi 7 peratus dan rakyat berasa kemewahan (bukan bermusim sahaja) it will not be too hard for Najib to surpass the target, all being well, of course.
Najib bisa mencapai target visi 2020 kalau pertumbuhan ekonomi melebihi 7 peratus antara sekarang dan tahun penamat. Tidak mudah naik dari 4-5.5 peratus sekarang. Tidak juga sukar jika keadaan memihak kepada Najib dan kerajaan.
DAP vs hudud
Kenyataan bos DAP, Lim Eng Guan, tidak ambiguous, tidak samar; terang dan jelas bahawa hudud perlu persetujuan konsensus ketiga-tiga parti - DAP, PKR dan Pas. Benar, dalam politik semua mungkin, everything is possible tetapi DAP consistent ada mendiang Karpal Singh atau tidak. Parti itu akan menentang hudud habis-habisan.
Sanggupkah Pas berpisah dengan rakan akrabnya kerana hudud? Umno dan MP Islam (termasuk dua MP Islam DAP?) tidak menentang hudud pada dasarnya tetapi mahu diyakinkan tanpa sebarang keraguan terlebih dahulu kewajaran dan cara perlaksanaan hudud.
Sama seperti hudud di Saudi Arabia atau ala Taliban?. Mutakhir, Brunei telah menangguhkan pelaksanaan hudud mengikut seorang jurucakapnya, Jauyah Zaini, kerana sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Walaupun lama lagi hudud akan jadi kenyataan, baik di Kelantan apatah lagi di seluruh negara, Speaking advises, “prepare yourself mentally for the coming of hudud!”
Obama circle?
Saya pernah jadi intern di pejabat Lyndon Baines Johnson dan mengiringi Tun Razak ke White House beberapa bulan sebelum Johnson melawat Malaysia tahun 1966, sekali gus menjadi Presiden Amerika pertama menjejak bumi bertuah ini.
Kenapa Tunku Abdul Rahman Putra bersetuju dengan cadangan Tun Razak menamakan Rancangan Felda Labu Kampong LBJ sempena nama Presiden Amerika yang ke-36 itu? Sebabnya masa John Kennedy presiden, dasar Amerika Syarikat terhadap Konfrontasi Indonesia menganyang Malaysia ambiguous.
Setelah Johnson ganti Kennedy (yang dibunuh/ assasinated), Johnson menyokong kita tanpa ragu-ragu lagi. Johnson juga peminat Malaysia dan Tunku... hanya - negara Malaysia dan Tunku pemimpin dunia yang menewaskan pemberontakan komunis.
Hari ini Barack Obama berada di Kuala Lumpur, presiden Amerika Syarikat yang kedua menziarahi kita. Dengar-dengarnya betul atau tidak, wallahualam, satu bulatan di Putrajaya atau di Cyberjaya mahu dinamakan OBAMA ROUNDABOUT.
Barangkali jasanya besar kepada Malaysia yang ramai rakyat tak tahu! Saya harap dan berdoa Bulatan Obama ini (kalaulah benar) tidak akan menimpa nasib yang sama dengan Kampong LBJ empat dekad akan datang. Atau menerima sejarah yang sama dengan Edingburgh Circle di depan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Satu renungan
Baiknya Malaysia menabur budi,
Bendang ada lagi di Kuala Nerang;
Tersohor Putrajaya menabur budi,
Budi jarang dikenang orang.
Alfatihah: Sidik Hussain Kembali Ke Rahmatullah
Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia
PETALING JAYA: Setelah sekian lama menderita akibat ketumbuhan sehingga menjadi kanser pada pipinya, pelakon Sidek Hussain, 63, akhirnya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 11.55 malam Ahad.
Sidek dimasukkan ke HKL pada 22 April lalu apabila keadaan kansernya semakin serius pada tahap empat sehingga komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan.
Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Sebiah Sulaiman, 61.
Sidek yang banyak berlakon dalam drama-drama televisyen tempatan sebelum ini pernah menerima rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh dekat sini tetapi pihak doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana ia berisiko tinggi.

Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru. - Mstar
Aku Fikir Dia Ni ada 'Masalahlaa'
Mula teropong MH370 tergantung-gantung di udara di sempadan 3 negara
Lepas KLIA teropong pula kat Teluk Intan - entah apa yang dia nampak ketika itu tak tahulahPastu buat upacara panggil mayat timbul di sebuah pulau - bila pula MH370 jatuh dari bergantungan di udara itu ke laut?Hari ni pulak MH370 ada dalam keadaan selamat di sebuah pulau dan nak bincang dengan Obama - dia ingat siapa dia ni?
Raja Bomoh Ingin Jumpa Obama, Bincang Misteri Kehilangan MH370
By Editorial April 26, 2014 : 8:45 pm
Kuala Lumpur – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin berkata beliau berhasrat untuk berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bagi membincangkan beberapa perkara termasuk isu berkaitan misteri kehilangan pesawat MH370.
Beliau yang menghubungi wartawan Suara TV petang tadi menjelaskan pihaknya mendapat alamat bahawa pesawat tersebut masih selamat dan berada di salah sebuah pulau yang berada di bawah kawalan Amerika Syarikat.
“Datuk telah melakukan beberapa upacara perubatan tradisional sebelum ini dan menurut pandangan Datuk kapal terbang itu masih selamat dan berada di salah sebuah pulau.
Ibrahim walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, kerana mahu berbincang dengan Obama terlebih dahulu.
Menurut pengamal perubatan traditional itu, selain isu kehilangan pesawat pihaknya turut ingin membincangkan beberapa perkara lain antaranya perubatan traditional Melayu dan seni silat Nusantara agar dapat diiktiraf sebagai salah satu daripada warisan dunia.
Mengulas lanjut Ibrahim berkata, pihaknya telah membuat permohonan rasmi agar diberikan sedikit ruang kepadanya berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat itu.
“Selamat datang, Datuk ucapkan kepada Presiden Obama.
“Datuk telah meminta para pegawai Datuk untuk mengaturkan pertemuan ini dan mengharapkan ia dapat merungkai misteri kehilangan kapal terbang ini” ujarnya lagi.
Obama merupakan Presiden AS kedua melawat Malaysia dalam tempoh 50 tahun selepas kali terakhir oleh Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.
Lawatan bersejarah itu merupakan sebahagian daripada siri lawatan Obama ke Asia meliputi negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Filipina.
Kunjungan tersebut membawa makna besar bagi Malaysia kerana ia menggambarkan keyakinan AS terhadap negara ini selain pengiktirafan terhadap kepimpinan Najib.
Pada masa yang sama, kesediaan Obama memilih Malaysia juga menunjukkan Washington yakin dengan situasi politik di negara ini yang aman dan harmoni.
Sempena lawatan ini, Najib dan Obama dijangka membincangkan kerjasama ekonomi, pelaburan, aspek keselamatan, pertahanan serta sains dan teknologi.
Beliau juga dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan melawat Masjid Negara. - Suara TV
Kenyataan Terselindung Obama.........
Kenyataan terselindung Obama tentang layanan buruk terhadap pembangkang
Hazlan Zakaria
Hazlan Zakaria
SEKILAS PANDANG: Kunjungan Presiden Barack Obama ke Malaysia ialah bagi mengukuhkan hubungan baik Amerika Syarikat dengan Malaysia, namun kenyataan presiden itu ketika dialog dengan pemimpin pemuda hari ini mengandungi maksud terselindung. Beliau seakan merujuk layanan buruk Malaysia terhadap pengikut Syiah dan pemimpin pembangkang.
Walaupun tidak menyatakan nama atau mana-mana kumpulan, beliau mengingatkan tentang bahaya apabila tindakan mendakwa pihak lain dibuat. Ini diutarakan beliau apabila bertemu 400 pemimpin golongan pemuda hari ini.
“Saya fikir kita perlu menghormati setiap pihak, walaupun mereka tidak bersetuju dengan kita,” jelasnya ketika sesi soal jawab di mesyuarat ‘town hall’ di Universiti Malaya.
“Perkara asas ialah walaupun ada pihak tidak sukakan kamu, kelihatan berbeza, memiliki kepercayaan berbeza, anda tetap perlu melayan mereka dengan baik. Jika ini berlaku, anda mampu menyelesaikan pelbagai masalah dunia,” katanya.
Beliau kemudian berkata, walaupun terdapat perbezaan di kalangan masyarakat dunia hari ini, amat penting menerapkan sikap saling menghormati dan bertolak-ansur. Peranan ini sewajarnya dimainkan pihak kerajaan.
“Layan semua dengan rasa hormat dan minta kerajaan kamu melayan semua pihak dengan baik. Semuanya akan okay,” Obama mengumumkan sambil mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.
Nadanya jelas bagi difahami mereka yang ada di situ.
Mungkin pemimpin kerajaan persekutuan akan berasa malu jika mereka turut menghadiri majlis yang sama.
Malaysian mengumumkan pengikut Syiah menyimpang daripada amalan Islam, sambil hanya mengiktiraf ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai mengikut ajaran sebenar.
Anehnya, Malaysia juga menandatangani deklarasi Amman, yang mengiktiraf empat mazhab Sunnah dan dua mazhab Syiah yang menurut ajaran Islam.
Kerajaan persekutuan juga sering menggunakan akta lapok bagi menghukum pemimpin pembangkang, dan ramai di antara mereka yang berdepan tindakan mahkamah serta hilang kelayakan selaku wakil rakyat.
Walaupun banyak memuji Malaysia, kenyataan Obama hari ini dilihat sebagai satu peringatan kepada Perdana Menteri Malaysia bahawa apa beberapa perkara yang perlu diperbaiki.
Obama Nasihat Atau Perli?
'M'sia tak berjaya jika masih beza minoriti'
Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berkata Malaysia tidak akan menjadi negara maju sekiranya masih mendiskriminasikan golongan bukan Muslim dan minoriti.
"Ini negara majoriti Muslim. Ada masanya mereka yang bukan Islam melihat diri mereka kekurangan atau menghadapi permusuhan.
"Tiada negara yang boleh berjaya sekiranya sebahagian penduduknya dipinggirkan dan didiskriminasi.
"Malaysia tidak akan berjaya sekiranya bukan Islam tidak mempunyai peluang sama seperti yang lain," kata beliau semasa sesi pertemuan dewan dengan Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di Universiti Malaya hari ini.
Obama dalam menjawab soalan dari wakil Myanmar yang meminta nasihat beliau mengenai bagaimana cara pemimpin muda menangani masalah kepelbagaian masyarakat dalam rantau Asean.
Obama yang menjadi presiden keturunan Afrika pertama AS berulang kali menitik beratkan soal kepentingan untuk memberi peluang sama tanpa kira latar belakang.
"Jika kita lihat antara punca terbesar konflik, penderitaan dan peperangan di seluruh dunia, salah satunya – jika bukan punca paling penting – adalah kerana layanan berbeza terhadap masyarakat yang lain.
"Untuk berjaya, anda perlu ada toleransi kepada mereka yang berbeza dengan anda. Baik dari segi keturunan, agama, bangsa dan orientasi seksual," kata beliau.
Sebagai satu rantau negara, Asia Tenggara merupakan kuasa ekonomi ketujuh terbesar di dunia dan rakan niaga keempat terbesar AS dan penting kestabilan jangka panjang, kata Obama.
"Amerika tidak boleh memaksa masa depan sedemikian di rantau ini, sebaliknya ia perlu dibina bersama," kata beliau yang meluangkan masa hampir dua jam berucap dan melayan soalan dari belia yang dipilih dari 10 negara Asean ini. - mk

Layakkah Lidah Setan Menjadi Penyambung Lidah Rakyat Malaysia?
Awang Selamat mungkin hanya selamat di dunia...
Utusan Malaysia tidak bercakap bagi pihak rakyat Malaysia
KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
APRIL 27, 2014
Rakyat Malaysia lega Obama tidak jumpa Anwar, kata Utusan Malaysia
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
APRIL 27, 2014
LATEST UPDATE: APRIL 27, 2014 11:25 AM
Utusan Malaysia tidak bercakap bagi pihak rakyat Malaysia
KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
APRIL 27, 2014
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama (kiri) bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak (kanan) di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini. – Gambar Reuters, 27 April, 2014.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berada di Malaysia hujung minggu ini untuk bertemu beberapa pemimpin serta melawat beberapa tempat, sejak 48 tahun selepas lawatan kali terakhir presiden negara itu ke Malaysia.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia berkata rakyat Malaysia lega apabila Obama tidak bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Seperti juga di AS, rakyat Malaysia mahukan pemimpin yang bermoral, bersih dan berwibawa, bukannya ikon yang songsang," kata Awang Selamat dalam ruangannya dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan akhbar sama yang melaporkan sebelum ini CIA berkemungkinan terlibat dalam kehilangan pesawat MH370.Awang Selamat turut menyindir Anwar yang hanya dapat bertemu Penasihat Keselamatan AS Susan Rice dengan mengatakan perjumpaan itu sekadar menepati dasar keterbukaan negara itu.
Namun mari kita jelaskan, bukan Utusan mahupun Umno bersuara bagi pihak rakyat Malaysia.
Malah, bukan juga jurucakap Melayu dan juga jika Pilihan Raya 2013 dan Pilihan Raya Kecil Kajang adalah petunjuk.
Mereka juga tidak bercakap bahasa yang sama dengan Obama.
“Saya percaya, tidak kira sama ada kita berasal dari sebuah kampung terpencil atau bandar raya megah, sama ada kita tinggal di Amerika atau di Malaysia, sebagai manusia, kita berkongsi hasrat yang sama – untuk hidup dengan bermaruah dan aman.
“(Kita ingin) mencorakkan masa depan kita sendiri, boleh mencari rezeki dan bekerja keras untuk menyara keluarga. Dan paling penting, mewariskan kepada generasi akan datang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ditinggalkan untuk kita.
"Inilah aspirasi yang melambangkan era baru 'bekerjasama' antara Amerika Syarikat dan Malaysia. Kita mungkin berbeza sebagai negara, rakyat kita mempunyai harapan dan aspirasi sama. Kita mampu membentuk kekuatan antara kedua-dua negara daripada kepelbagaian etnik. Kita mampu membina harapan dari sejarah dan mengimpikan harapan cerah untuk anak-anak kita," kata Obama dalam ucapan di Istana Negara di Kuala Lumpur malam tadi.
Presiden AS itu berkata, Malaysia akan berjaya dengan kepelbagaiannya, sesuatu yang Umno dan lidah rasminya secara sistematik cuba menafikan dan musnahkan sejak tsunami politik pada 2008.
Amat indah apabila pemimpin negara paling berkuasa melawat Malaysia dan menikmati hospitaliti kita.
Namun, ia tidak penting bagi Obama untuk bertemu Anwar atau tidak, kerana presiden AS itu tidak mengundi di sini.
Malah ia melucukan apabila rakyat Malaysia turut berebut untuk bergambar bersama presiden AS itu.
Obama akan menamatkan lawatannya esok, dan ucapannya akan memberikan kesan atau dibuat endah tak endah.
Namun kita rakyat Malaysia kekal di sini, menentang mereka seperti Awang Selamat yang mahu memecah belahkan hubungan kita dan usaha menjadi rakyat Malaysia yang lebih baik. – 27 April, 2014.Rakyat Malaysia lega Obama tidak jumpa Anwar, kata Utusan Malaysia
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
APRIL 27, 2014
LATEST UPDATE: APRIL 27, 2014 11:25 AM
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memeriksa barisan semasa upacara menyambut rasmi di luar rumah Parlimen di Kuala Lumpur semalam. – Gambar Reuters, 27 April, 2014
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia mendakwa ramai rakyat Malaysia merasa lega apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Hussein Obama tidak mempunyai rancangan untuk bertemu dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Awang Selamat dalam kolumnya di edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini, kerajaan AS kini semakin mempercayai pentadbiran Datuk Seri Najib Razak meskipun terdapat gerakan memburukkan Malaysia yang dilakukan Anwar.
"Seperti juga di AS, rakyat Malaysia mahukan pemimpin yang bermoral, bersih dan berwibawa, bukannya ikon yang songsang."
"Dalam dunia diplomatik, harus diakui tiada kesempurnaan. Apatah lagi hubungan antara kuasa besar dengan negara kecil seperti Malaysia.Sebaliknya, menurut Awang Selamat, pertemuan Anwar dengan Penasihat Keselamatan AS Susan Rice hanyalah sekadar menepati dasar keterbukaan negara itu.
"Meskipun ada perbezaan pendirian dalam beberapa isu, termasuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), ia bukan halangan besar," tulis Awang Selamat.
Menurutnya lagi, Najib berjaya meneutralkan pengaruh Anwar ke atas AS walaupun terdapat gerakan melobi dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia selama bertahun-tahun oleh aktivis pro-pembangkang.
"Keterbukaan beliau dan kebolehannya dalam pentadbiran terutama pengurusan ekonomi negara serta dasar luar, menjadikan Malaysia terus disegani dunia," tulisnya lagi.
Obama yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia bermula semalam merupakan presiden AS yang pertama ke Malaysia selepas Lyndon Johnson datang ke negara ini pada tahun 1966.
"Ketika Najib bekerja keras untuk kemakmuran negaranya, Anwar lebih sibuk menghasut dunia, terutamanya AS agar menekan dan menghukum Malaysia.
"Awang percaya pentadbiran Obama arif dalam menilai antara Najib dan ketua pembangkang itu, yang kini bergelut dengan isu moral dan integriti.
"Maka ramai rakyat Malaysia lega apabila Obama menolak untuk bertemu Anwar dalam lawatan tersebut, yang kini terdesak untuk menyelamatkan dirinya selepas dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana meliwat," katanya.
Menurut Awang Selamat, hasil penting daripada lawatan Obama yang paling penting adalah perkembangan hubungan dua hala Malaysia-AS tanpa sebarang gangguan Anwar.
"Kepada Obama dan Najib, tahniah. Semoga bermulalah fasa baru yang boleh menjadi sandaran." – 27 April, 2014.
Sunday, April 27, 2014
Tidakkah Malaysia Tersindir?
Di Malaysia
Hilang wilayah (Pedra Branca) tak ada satu manusia pun letak jawatan sama ada pemimpin politik atau pun dari pejabat AG
Hilang Kapal Terbang bersama 239 Penumpang dan crewnya tidak ada sesiapa pun yang lepaskan jawatan
Sedangkan kemalangan feri di Korea menelan korban yang lebih kurang sama dengan MH370
Maknanya di Malaysia tidak ada sesiapa pun di antara pemimpin atau pihak penerbangan yang bertanggung jawab?
PM Korea Selatan letak jawatan
Perdana Menteri Korea Selatan mengumumkan untuk meletak jawatan bagi memikul tanggungjawab ke atas kritikan ke atas kerajaan ekoran tragedi feri karam 16 April lalu yang mengorbankan hampir 300 orang.
Chung Hong-won dalam pengumumannya hari ini berkata ia adalah tindakan terbaik yang boleh dilakukannya – 11 hari selepas tragedi maritim tersebut.
“Perkara yang baik untuk saya lakukan ialah memikul tanggungjawab dan meletak jawatan,” katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita DPA.
Lebih 180 orang disahkan meninggal dunia setakat ini, kebanyakannya pelajar yang menaiki feri tersebut dari Incheon di barat Seoul ke pulau peranginan Jeju untuk lawatan sekolah.
Lebih 110 orang masih belum ditemui sekatat ini.
Kesemua 15 orang kru kanan kapal tersebut didakwa di mahkmah atas tuduhan kecuaian kerana gagal membantu penumpang apabila feri tersebut karam, dua jam selepas membuat panggilan kecemasan. - mk

Untuk Tatapan Saudara Dan Sahabat: Gi Ofis Ngan Mama - Gelagat Haris Salahuddin
Harini Haris teman mama pi office sbb ayah kene handover duty. pakai smart2,alih2 kakinye pakai selipar je sbb eczema...hahahahancus...
Kemainlah bila masuk kereta,lepas mama siap masukkan beliau dlm carseat,br nk pulas steering,beliau kata,' oh mama...akai cibet (pakai seatbelt),'
Hahaha,mama kalo dlm base mmg x suka pakai seatbelt pun,tp sbb haris dh pakai seatbelt,jdnye mama pun kene pakai la ye? dlm perjalanan nk tergelak dgr beliau mengomel,
' oh anasnye! (panasnye),' sambil tutup mata drpd panahan matahari yg menyilau.
bila lalu markas udara,excited beliau tunjuk2 di tarmac,' eyikoter (helikopter)..mama, eyikoter tu,'
'ane pocen (posen= duit syiling),' sambil tgk kiri kanan carseat, pastu kira,' satu,du-we,yige,em-pat,yime,e-nam,ujuh,a-pan, sem-milan,se-puyoh!'
Adoi anak...geram rasa nk gigit2 je kamulah...*bliss*
Gelombang Artis Masuk Perkasa Pula
Artis masuk PERKASA kerana kerenah birokrasi
Beberapa orang pelakon serta penggiat drama dan filem tempatan mengumumkan penyertaan dalam NGO pendesak Melayu, PERKASA pada malam tadi.
Mereka menyertai biro kesenian dan warisan NGO tersebut, yang dipromosi sebagai wadah untuk menjaga kepentingan mereka dalam industri hiburan tanah air.
Antaranya yang hadir dalam majlis pelancaran biro tersebut ialah pengarah dan pelakon, Zulkifli M Osman yang bertindak sebagai timbalan pengerusi II biro itu.
Beliau melihat PERKASA sebagai sebagai satu platform yang mampu membawa isu dan suara anggotanya kepada perhatian menteri yang berkaitan.
Menurutnya, beberapa isu yang cuba diketengahkan golongan itu sebelum ini tidak mendapat perhatian disebabkan kerenah birokrasi.
"Kita cuba mengatasi situasi dalam industri yang tak berjaya melepasi benteng sampai ke (peringkat) atas. Melalui biro ini kita mungkin berjaya untuk sampai ke atas
"Biasanya (isu) cuma sampai kepada KSU (ketua setiausaha), KP (ketua pengarah), dan setiausaha politik sahaja – ia biasanya tak sampai ke peringkat atas.
"Kepimpinan (golongan artis) kita sebelum ini tidak cukup lantang," katanya ketika ditemui wartawan di program Malam Rintihan Penggiat Seni Tanah Air, di Kuala Lumpur.
Menurutnya, dua orang penggiat seni yang sudahpun menyertai PERKASA ialah seniwati Fauziah Nawi dan penyanyi Ebby Saiful.
Biro tersebut diketuai bekas anggota kumpulan Carefree dan pelakon era 80-an, Datuk Don@Abdullah Hussain yang sudah menjadi ahli PERKASA sejak awal penubuhannya lagi.
Selain Zulkifli dan Don, turut kelihatan hadir pada majlis semalam adalah pelakon Shaharudin Thamby, Datuk Baharuddin Omar, seniwati Ruminah Sidek, pelakon dan penerbit Datuk Yusof Haslam, serta pelakon dan pelawak Imuda.
Baharuddin Omar mengesahkan beliau merupakan anggota PERKASA sejak biro itu ditubuhkan sekitar sebulan lalu sementara Yusof Haslam pula hadir untuk memberi sokongan kepada penubuhan biro itu dan belum menjadi anggotanya.
Hadirin pada majlis malam tadi dipersembahkan dengan tayangan video berjudul 'Nasib Orang Kita' yang memaparkan penderitaan beberapa artis yang meninggal dunia akibat penyakit seperti barah dan sakit tua.
Selepas itu, seniwati Ruminah menyampaikan monolog berjudul 'Gelandangan Anak Seni' selama kira-kira 10 minit.
Acara malam tadi diakhiri dengan sesi dialog di antara wakil pekerja filem dan drama dengan anggota panel di antaranya terdiri daripada Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, produser Yusof Haslam serta pengerusi biro kesenian dan warisan itu sendiri. - mk
Beberapa orang pelakon serta penggiat drama dan filem tempatan mengumumkan penyertaan dalam NGO pendesak Melayu, PERKASA pada malam tadi.
Mereka menyertai biro kesenian dan warisan NGO tersebut, yang dipromosi sebagai wadah untuk menjaga kepentingan mereka dalam industri hiburan tanah air.
Antaranya yang hadir dalam majlis pelancaran biro tersebut ialah pengarah dan pelakon, Zulkifli M Osman yang bertindak sebagai timbalan pengerusi II biro itu.
Menurutnya, beberapa isu yang cuba diketengahkan golongan itu sebelum ini tidak mendapat perhatian disebabkan kerenah birokrasi.
"Kita cuba mengatasi situasi dalam industri yang tak berjaya melepasi benteng sampai ke (peringkat) atas. Melalui biro ini kita mungkin berjaya untuk sampai ke atas
"Biasanya (isu) cuma sampai kepada KSU (ketua setiausaha), KP (ketua pengarah), dan setiausaha politik sahaja – ia biasanya tak sampai ke peringkat atas.
"Kepimpinan (golongan artis) kita sebelum ini tidak cukup lantang," katanya ketika ditemui wartawan di program Malam Rintihan Penggiat Seni Tanah Air, di Kuala Lumpur.
Biro tersebut diketuai bekas anggota kumpulan Carefree dan pelakon era 80-an, Datuk Don@Abdullah Hussain yang sudah menjadi ahli PERKASA sejak awal penubuhannya lagi.
Selain Zulkifli dan Don, turut kelihatan hadir pada majlis semalam adalah pelakon Shaharudin Thamby, Datuk Baharuddin Omar, seniwati Ruminah Sidek, pelakon dan penerbit Datuk Yusof Haslam, serta pelakon dan pelawak Imuda.
Baharuddin Omar mengesahkan beliau merupakan anggota PERKASA sejak biro itu ditubuhkan sekitar sebulan lalu sementara Yusof Haslam pula hadir untuk memberi sokongan kepada penubuhan biro itu dan belum menjadi anggotanya.
Hadirin pada majlis malam tadi dipersembahkan dengan tayangan video berjudul 'Nasib Orang Kita' yang memaparkan penderitaan beberapa artis yang meninggal dunia akibat penyakit seperti barah dan sakit tua.
Selepas itu, seniwati Ruminah menyampaikan monolog berjudul 'Gelandangan Anak Seni' selama kira-kira 10 minit.
Acara malam tadi diakhiri dengan sesi dialog di antara wakil pekerja filem dan drama dengan anggota panel di antaranya terdiri daripada Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, produser Yusof Haslam serta pengerusi biro kesenian dan warisan itu sendiri. - mk
Mengenai Hukum Hudud Di Kelantan
Isu-isu mengenai hukum hudud di Kelantan
Dikemaskini 10:02PM Apr 26 2014 - Aziz Bari

SUARA LANTANG: Laporan akhbar mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan telah menimbulkan beberapa soalan. Pertanyaan ini muncul selepas Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada akhir tahun lalu. Bertentangan kepada beberapa orang yang melihat - termasuk lewat bekas mendiang pengerusi DAP Karpal Singh - bahawa undang-undang hudud tidak dibenarkan oleh Perlembagaan ternyata bahawa kedua-dua mereka tidak fikir begitu.
Apa pun Umno, sebagai rakan utama dalam BN, masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menjelaskan pendirian parti mengenai perkara itu. Ini adalah penting bukan sahaja dengan mengambil kira sebanyak mana pembangkang meletakkan isu kepada BN serta komponen MCA tetapi yang lebih penting dasar Umno sendiri mengenai isu kontroversi.
Pada minggu undang-undang parti Melayu, ia masih belum lagi dapat beralih pendirian parti itu yang dikenali: hudud tidak ada dalam agenda parti. Begitulah garis bawah sebagai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin - dalam satu kenyataan minggu lepas - tidak membuat sebarang petunjuk jelas bahawa Umno telah berlepas dari garis sebelumnya mengenai undang-undang hudud.

Kali terakhir Perdana Menteri menegaskan Umno tidak ada komitmen - adalah apabila bekas Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan - pada penghujung tahun 2011 - bahawa kerajaan akan melaksanakan undang-undang hudud yang terkandung di dalam enakmen yang diluluskan Dewan Undangan Negeri pada tahun 1993, tiga tahun selepas Pas mengambil alih negeri pada tahun 1990 pada pilihan raya umum.
Kenyataan yang dibuat oleh Najib dan Muhyiddin adalah penting kerana beberapa pemimpin Umno termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Jamil Khir, Alwi Che Mat dan Dr. Asyraf Wajdi telah merekodkan dan mengatakan bahawa Umno akan menyokong Pas berhubung pelaksanaan hudud. Menteri Jamil Khir berbuat demikian di Parlimen dan beliau bolehlah dinamakan telah mewakili dasar rasmi kabinet.
Walau bagaimanapun kenyataan berikutnya dikeluarkan oleh Muhyiddin secara langsung menidakkan andaian berdasarkan prinsip tanggungjawab bersama. Pendek kata, Umno masih tidak dapat melakukan - adalah sejauh mana pelaksanaan hudud berkenaan.

Itulah apa yang telah diceritakan apabila undang-undang untuk menghapuskan beberapa halangan untuk pelaksanaan hudud adalah untuk diluluskan melalui rang undang-undang ahli persendirian yang akan dibentangkan oleh Pas.
Dalam erti kata lain jika Umno benar-benar serius tentang undang-undang hudud, ia akan menjadi salah satu parti pemerintah yang membentangkan rang undang-undang dan bukannya menyerahkan kepada Pas yang berada di bangku pembangkang.
Selama bertahun-tahun kita telah melihat bagaimana rang undang-undang ahli swasta telah diletakkan pada senarai akhir dan akhirnya tiada seorang pun daripada mereka melihat cahaya keluar. Sebagai parti pemerintah Umno perlu bersedia untuk melakukan pembentangan itu. Jika tidak semua janji yang dibuat untuk menyokong rang undang-undang yang dicadangkan itu akan kekal gimik politik tulen.

Bagi Pas satu-satunya mendapati sukar untuk memahami gimnastik politik terkini parti. Bagi satu perkara langkah untuk mempunyai undang-undang hudud dilaksanakan selepas diumumkan mengadakan pertemuan dengan Umno. Namun cukup parti Islam yang dijangka DAP dan sekutu-sekutunya PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menyokong rang undang-undang yang dicadangkan.
Semua orang tahu bahawa hudud bukan dasar bersama Pakatan dan DAP telah membangkitkan perkara ini banyak kali bahawa parti itu bertentangan dengan undang-undang itu. Sama dengan ahli-ahli bukan Islam dalam PKR.

Seorang pegawai Suaram, Syukri Razab pada minggu lalu mencadangkan bahawa sekiranya Pas benar-benar serius untuk melaksanakan undang-undang hudud. Apa yang mereka perlukan adalah dengan menjalankan referendum di negeri ini. Itu adalah perlu kerana Pas, kata beliau, hanya berjaya mendapatkan sebanyak 44 peratus undi popular dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
Tambahnya, hudud juga tidak dinyatakan dalam manifesto pilihan raya parti. Titik-titik ini adalah jelas sah terutamanya apabila Pas sentiasa mendakwa bahawa pelaksanaan hudud sebagai suatu perkara yang betul.

Walaupun desakan mereka pada hudud Pas tidak pernah jelas mengenai isu-isu penting seperti bidang kuasa dan juga peta jalan untuk diberikan pelaksanaan skim perlembagaan yang sedia ada. Apabila parti yang bertanggungjawab untuk meluluskan enakmen pada tahun 1993. Mereka seolah-olah berfikir bahawa kuasa terletak pada negeri ini.
Tetapi apabila Ahmad Yaakob pergi berdepan dengan Najib selepas mengambil alih daripada bekas Menteri Besar Kelantan Nik Aziz pada tahun lepas. Nampaknya parti seolah-olah telah menukar pandangan: hanya kerajaan persekutuan mempunyai kuasa untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Jadi kerana ia adalah Umno, yang kini benar-benar ingin meraih kepentingan politik parti sangat-sangat memerlukan cahaya atau kuasa merawat kesusahanterbaru mereka. Daripada situ tersingkapnya kejahilan Pas.
Nampaknya apa yang kita sedang lihat sekarang ialah mengulangi senario 2008: parti yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan dengan Umno kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerja keras untuk membawa kerajaan persekutuan jatuh ke bawah melalui perancangan beliau pelan 16 September.

Dr Abdul Aziz Bari merupakan bekas professor undang-undang UIAM yang kini mengajar di UNISEL. Beliau juga seorang felo kanan di IDEAS dan Institut Pulau Pinang, sebuah badan pemikir dimiliki kerajaan negeri.
Subscribe to:
Posts (Atom)