Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 29, 2014

Banjir: Macai Cuba Menyolek Bossnya Yang Kelihatan Huduh!!!

Macai bukan sebarang macai, macai ini macai berpangkat
Tapi sayang......
Ulasan dan hiasannya langsung tak terangkat!

Bukan semuanya salah Najib
 | December 29, 2014
Tidak perlu tuding jari pada Najib saja, PAS yang mentadbir Kelantan.
COMMENT
najib banjir3Dalam kesibukan rakyat Malaysia berhadapan pelbagai dugaan dalam menghadapi banjir besar dan kehilangan pesawat AirAsia, dalam pada para pemimpin negara dilemparkan dengan pelbagai tohmahan, catatan seorang yang mengakui sebagai Pegawai TLDM menjadi viral di media sosial.
Daripada tulisannya, menggambar beliau sebelum ini bukanlah penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak. Sama ada benar atau tidak keterangan dirinya bukanlah persoalan, tetapi maksud yang ingin disampaikannya wajar diberi perhatian.
Seperkara yang jelas, beliau mengakui bahawa penilaiannya terhadap Najib telah berubah apabila diberitahu oleh seorang sahabatnya di Bahagian Perisikan akan tujuan sebenar Perdana Menteri bermain golf dengan Presiden Amerika Barrack Obama di Hawaii.
Bahagian Perisikan? Sewajarnya apa yang diketahui menjadi rahsia, atau lebih tepat lagi, ianya dirahsiakan. Tapi bila difikirkan, mungkin juga ia “terbocor” memandangkan situasi ketika itu (Jumaat lalu) agak kecoh, saling meletakkan kesalahan pada Najib, maka ada kewajaran menceritakan yang benar.
Blog kulihatlangitbiru.com memetik nukilan individu berkenaan, Pegawai TLDM bernama Ariffin Embong yang menyatakan bahawa antara tujuan utama Najib bertemu Obama iadalah membincangkan kestabilan rantau ASEAN daripada menjadi pusat pengganas antarabangsa yang boleh menjejaskan pemulihan ekonomi Malaysia terutamanya ketika nilai matawang negara menjunam.
Ujarnya, Najib sedang menjalinkan hubungan rapat dengan AS untuk mengimbangi kuasa besar China yang semakin mendominasi perdagangan dunia selain berunding mengurangkan penggunaan wang negara untuk mencari ke mana hilangnya MH370 dengan menggunakan kepakaran dan teknologi Pentagon.
“Cukuplah Malaysia diperalatkan oleh Melbourne dengan kepakaran dan peralatan dasar laut mereka yang menjadi bebanan perbelanjaan negara,” katanya.
Penulis juga menghargai kemampuan Najib yang disifatkannya sebagai “kejutan dalam menyelesaikan isu MH17 secara bijaksana di Ukraine.”
Katanya lagi, adalah tidak indah jika asyik mengecam dan mencari silap Perdana Menteri kerana beliau tidak menunjukkan ‘wajah’ ketika banjir tempoh hari memandangkan barisan pentadbiran negara telah diamanahkan oleh Najib sebelum meninggalkan negara perlu menunjukkan kepimpinan yang berwibawa menangani banjir besar ini.
Beliau juga berpendapat, tidak perlu menuding jari kepada Najib sedangkan banjir besar bukannya berpunca daripada penyelewangan pentadbiran UMNO, tetapi PAS yang mentadbir Kelantan di mana berlakunya pembuangan sistem tadahan semulajadi dan penebangan hutan secara rakus untuk kepentingan negeri mahupun peribadi.
“Pendapat peribadi saya adalah tidak perlu PM dikecam kerana tiada dalam negara kerana bah besar di beberapa negeri. Negara kita belum darurat lagi,” tambahnya.
Hakikat nyata, menurut penulis, peralatan canggih Pentagon diperlukan untuk pertahanan negara, malah jika mahu menyelam di dasar laut bagi membuat kalibrasi data perubahan arus bawah laut dan ukuran retakan gua laut pun menggunakan system tercanggih dari AS.
“Saya merasakan tidak wajar orang berserban, pak lebai mengecam Najib kerana berlainan parti atas isu ini. DAP, biarlah mereka tetap tidak senang dengan PM beragama Islam, hanya bermuka-muka memperbodohkan Melayu Islam.
“Mungkin saya akan mati besok tiba-tiba menyokong tindakan Najib ke Hawaii yang dirancang sebelum banjir lagi,” tambahnya.
Penulis juga mengingatkan, jika sesuatu itu benar hendaklah tetap diakui kebenarannya kerana itu adalah janji seorang yang beragama Islam dengan Allah SWT sebagai Muslim.
“Viralkan catatan ini untuk kefahaman mereka di luar sana. Saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas catatan ini. Mungkin catatan terakhir dari anak laut jika kami mati besok sebagai wira laut,” ujarnya.
Beliau yang memohon kemafaan jika nukilannya melukakan hati pembaca mengingatkan supaya “Hidup kita biarlah memberi manfaat pada orang lain, mati kita juga untuk manfaat umat Muhammad SAW. Semoga kita bertemu di syurga.”

Isyarat ELT penerbangan QZ8015 masih belum dapat dikesan

UPDATED: Dec 29, 2014 03:02pm - TRP
Petugas BASARNAS tekun mencari isyarat ELT pesawat AirAsia penerbangan QZ8015 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad. - Foto: Antaranews

KUALA LUMPUR, 29 Disember:

Badan Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) Indonesia (BASARNAS) belum menemui isyarat ‘Emergency Locator Transmitter’ (ELT) pesawat AirAsia QZ8501 yang kebiasaannya akan memancarkan signal apabila sesebuah pesawat terhempas.
Media Indonesia, Antaranews melaporkan Ketua Basarnas Marsda Tentera Nasional Indonesia (TNI) FH Bambang Soelistyo sebagai berkata, sehingga kini isyarat ELT itu tidak dapat dikesan.
Katanya, isyarat ELT yang sepatutnya terpancar akibat hempasan, tidak dapat dikesan alat pengesan yang digunakan negara lain, katanya.
Soelistyo berkata punca ELT tidak dapat dikesan akan disiasat Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Negara (KNKT).
Beliau berkata, BASARNAS berjaya mendapatkan titik koordinat terakhir dan melakukan pencarian di selat Karimata, sebelah Barat Kalimantan dan perairan Bangka Belitung di Sumatera.
“BASARNAS memiliki alat pengesan isyarat ELT yang mudah dibawa ke mana saja sepanjang proses pencarian,” ujarnya.
Sementara itu, kumpulan Badan Daerah Kepulauan Bangka Belitung dilaporkan memfokuskan pencarian pesawat Airbus 320 AirAsia di sekitar Pulau Nangka Belitung Timur.
Ketua Badan Misi Mencari dan Menyelamat Daerah Kepulauan Babel, Joni Superiadi berkata pihaknya menumpukan usaha mencari di sekitar perairan Pulau Nangka.
“Berdasarkan maklumat yang kami terima, ada seorang nelayan yang mendengar bunyi ledakan di sekitar pulau tersebut semalam,” katanya di Kapal SAR RB201 di Perairan Belitung, hari ini.
Katanya, kumpulan SAR Babel akan berpecah kepada dua, mengelilingi pulau dari dua arah bagi misi mencari sekitar Pulau Nanas yang jaraknya 30 batu daripada Manggar.
“Fokus pencarian di sekitar Pulau Nangka yang berada di koordinat 1083200SE-022900S,” katanya.
Joni berkata, pihaknya pada awal merancang untuk mencari di koordinat 03.22.46LS dan 108.50.07BT, namun berdasarkan maklumat daripada BASARNAS yang terlebih dulu ke tempat kejadian tidak menemui sebarang petunjuk.
Pesawat AirAsia QZ8501 dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura terputus hubungan daripada radar pengendali pesawat di Soekarno-Hatta dan radar Kohanudnas pada jam 6.18 pagi waktu tempatan dan disahkan hilang pada 7.55 pagi waktu tempatan.

Episod Sedih Rakyat Kelantan: Mangsa Meningkat Lagi Ke 151,000 Orang

Pagi ini pula walau pun hujan hanya renyai-renyai tetapi tiupan angin sejuk bermula lagi......
Kalau ikutkan pengalaman, angin sejuk ini membawa hujan ke hulu. Bila di bahagian hulu hujan air sungai bertambah mengembang
Ramalan hit ke tiga mungkin betul

Mangsa banjir K'tan cecah 151,000
10:00AM - 29 Dec 2014 - mk

Mangsa banjir meningkat di Kelantan pagi ini kepada 151,072 orang berbanding 134,139 malam tadi.

Mangsa banjir di Pahang dan Perak turut meningkat pagi ini.

Pahang mencatatkan seramai 33,225 berbanding 31,095 malam tadi, Perak pula 7,813 orang berbanding 7,539 malam tadi, lapor Bernama.

Manakala jumlah mangsa banjir turun di Terengganu dan Johor pagi ini.

Terengganu catat 33,292 orang berbanding 36,210 malam tadi, Johor 328 orang berbanding 332 malam tadi


Sebak lihat mangsa cium bungkus makanan

10:30AM - 29 Dec 2014

CATATAN Sepanjang perjalanan, saya dapat melihat ratusan buah kenderaan ditinggalkan berlapis-lapis di atas jalan raya.

Saya bersama jurukamera, Fandi Zulkfley mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 1.30 petang.

Mujur selepas beberapa jam berusaha mencari pengangkutan ke Kota Bharu, kami dipelawa sukarelawan Darul Hijrah untuk menaiki pacuan empat roda mereka.
Kebetulan mereka datang untuk mengambil bekalan sumbangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Dalam perjalanan itu, kelihatan juga kereta yang masih ditenggelami air, dan masih jelas kelihatan kesan paras sebenar air banjir pada tingkap kereta.

Saya juga dapat melihat sebahagian besar kedai-kedai termasuk pasar raya dan hotel ditutup sepenuhnya.

Kami melalui jalan Bunut Payong sebelum smpai ke jalan Salor. Kelihatan sebagaian besar rumah-rumah masih ditenggelami air.

Perjalanan mengambil masa lebih sejam, sebelum sampai ke kawasan perkampungan di mana terdapat mangsa yang enggan berpindah.
Jika perjalanan hari biasa, ia mungkin hanya memakan masa setengah jam. Namun kerana terpaksa meredah lauan banjir, dan kesesakan laluan ekoran banyak kereta tersadai di atas jalan, maka ia mengambil masa lama.

Setibanya di Kampung Kota, ramai di antara mangsa telah kehabisan bekalan makanan dan tidak dapat keluar ke mana-mana.

"Alhamdulillah, terima kasih banyak dik, lama dah pak cik tunggu, makanan semua habis lama dah" kata salah seorang pak cik sambil mencium bungkusan yang diterima.

Biarpun hanya biskut dan snek, ternyata pemberian itu sangat bernilai bagi mereka pada waktu ini.

Kelihatan juga ada di kalangan penduduk sedang mengharungi air sambil menjunjung beg. Saya sempat bertanya kepada mereka dari ma dan mahu ke mana.

"Dari sekolah (tempat pemindahan). Ni kak balik rumah, sudah lima hari tinggal rumah. Tak tahu apa jadi," kata seorang pemuda.
Kira-kira jam 7.30 malam, kenderaan kami masih bergerak menuju rumah ke rumah, mencari kalau-kalau ada mangsa yang boleh dibantu.

Suasana makin gelap, bekalan elektrik sudah lima hari terputus di kawasan ini. Tiada satu pun cahaya kecuali cahaya lampu kenderaan kami.

Kenderaan kami terpaksa menyelit-nyelit di celah-celah kenderaan yang tersadai di tengah jalan.

Dalam kesukaran itu, Kami bergerak pula ke kampung Wakaf Zain. Beberapa buah rumah lagi kami berjaya sampai. Ada juga warga emas yang tinggal bersendirian dalam gelap.

Pasukan sukarelawan Darul Hijrah menghulur bantuan, sambil tidak putus-putus menasihatkan mereka bersabar menerima ujian ini.

Kira-kira jam 9.30 malam, stok kami hampir habis. Kami keluar dari kawasan tersebut. Ketua misi mencadangkan kami mencari makan malam dan pulang.

Untuk mencari kedai, kami terpaksa meredah perjalanan hampir 30KM lagi dengan kadang-kadang mengharungi air sedalam hampir setengah meter.

Boleh dikatakan, hampir semua kawasan sekitar Kota Bharu lumpuh dan tiada satu pun kedai makan dibuka.

Kami terpaksa keluar dari Kota Bharu untuk mencari makanan di kawasan yang tidak terjejas banjir.
Kami menuju ke jalan Pasir Putih, barulah kami bertemu kedai makan yang dibuka.

Pun begitu, kedai tersebut penuh. Semua orang bertumpu di situ kerana ia satu-satunya kedai yang dibuka dan paling hampir dengan kawasan banjir.

Kami menunggu agak lama sebelum mendapat tempat duduk. Kelihatan ramai pasukan sukarelawan lain juga makan di situ.

Alhamdulillah, kami akhirnya dapat mengisi perut setelah seharian tidak menemui kedai makan.

Kira-kira jam 12.30 pagi, barulah kami tiba di tempat penginapan di rumah salah seorang anggota sukarelawan di Pengkalan Chepa.

Beliau dengan baik hati mempelawa saya dan jurukamera menumpang tidur di rumahnya.

Hari ini, misi serupa akan diteruskan.

Benarkah kerajaan Kelantan gagal tangani banjir?

Negeri lain tak kena banjirkah?
Kenapa hanya kerjaan Kelantan saja dipersalahkan?
Adakah Kelantan bukan wilayah Malaysia?
Bukankah beban ini tanggung jawab bersama kerajaan persekutuan?

Sudah 20 tahun perintah, kerajaan Kelantan gagal tangani banjir
 | December 29, 2014
Kegagalan kerajaan negeri yang memegang tampuk pentadbiran negeri Kelantan selama lebih 20 tahun, harus bertanggungjawab dan mengambil inisiatif lebih serius bagi mengatasi masalah banjir ini.
Oleh Johan James
Banjir Kelantan 3Negeri Kelantan dilanda lagi banjir seperti tahun-tahun yang lepas. Namun pada kali ini, ia lebih teruk daripada banjir besar yang telah berlaku pada tahun 1926, 1967 dan 2004. Apakah musibah banjir ini sumpah tanpa penghujung bagi rakyat Kelantan? Siapakah yang harus dipersalahkan? Kerajaan pusat? Kerajaan negeri? Atau rakyat yang kononnya telah berdosa besar.
Kejadian banjir di negeri ini merupakan kejadian tahunan yang telah sebati dalam kehidupan harian rakyat Kelantan. Mereka tidak gentar menghadapinya selama ini sungguhpun pernah dikejutkan dengan kejadian banjir yang besar sebanyak tiga kali. Namun, timbul persoalannya, adakah dalam era zaman moden ini banjir masih lagi menjadi bebanan atau ancaman bagi penduduk Kelantan?
Jika dilihat dari segi keadaan cuaca di Asia Tenggara dalam tempoh seminggu yang lalu, banjir dalam skala yang besar ini bertitik tolak daripada hujan lebat sebanyak 255mm hujan, selama 24 jam pada 21 dan 22 Dis 2014 (sumber: flood list.com). Malah sehingga ke hari ini, hujan lebat masih berterusan. Di samping itu, fenomena ‘air pasang surut’ yang dipengaruhi oleh kedudukan bulan juga menjadi penyumbang utama kepada kejadian banjir besar ini.
Fenomena ini dikenali sebagai ‘Fenomena new moon’ di mana kedudukan bulan berhampiran bumi menyebabkan air pasang. Hujan lebat turun disebabkan angin monsoon timur laut merentasi laut China Selatan sampai ke Semenanjung Malaysia. Ini menyebabkan air banjir sukar untuk surut kerana air pasang lebih tinggi daripada biasa. Apa yang berlaku sekarang yang menyebabkan banjir besar adalah disebabkan gabungan faktor alam iaitu :-
  1. Pada ketika ini bulan berada hampir dengan Perigee,
  2. Bulan hampir dengan fasa bulan baru (new moon) sejajar dengan matahari,
  3. Perigean spring tide sedang berlaku,
  4. Angin monsoon timur laut sedang bertiup dan
  5. Hujan lebat di kawasan pedalaman. (sumber:falakonline.net)
Oleh itu gabungan faktor-faktor alam di atas merupakan antara punca utama berlakunya banjir yang amat teruk sekarang. Selain negeri-negeri pantai timur di Malaysia, daerah-daerah seperti Yala, Narathiwat, Pattani di Thailand, Aceh, Bandung, Jawa Tengah di Indonesia, serta 5 lagi daerah di Srilanka, turut mengalami nasib yang sama.
Sungguhpun nafas lega boleh dihembus kerana kejadian banjir di Malaysia khususnya di Kelantan bukan sesuatu yang luarbiasa, peranan pihak berkuasa khususnya kerajaan negeri dalam menangani musibah ini harus diambil kira. Kegagalan kerajaan negeri yang memegang tampuk pentadbiran negeri Kelantan selama lebih 20 tahun, harus bertanggungjawab dan mengambil inisiatif lebih serius bagi mengatasi masalah banjir ini.
Antara faktor-faktor yang harus dipertimbangkan oleh kerajaan negeri Kelantan untuk mengatasi masalah banjir ini adalah keadaan geografi, sistem perparitan, dan aktiviti pembalakan atau penebangan hutan tanpa kawalan.
Ke arah itu, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan harus berkerjasama dalam mengenalpasti masalah-masalah dalam faktor-faktor tersebut untuk mengatasi masalah banjir yang semakin menghantui rakyat Kelantan, tanpa saling bertuduhan. Pelan kontingensi bagi menghadapi situasi banjir yang lebih serius harus diatur oleh kedua-dua pihak. Justeru itu, kerajaan negeri juga tidak seharusnya memberikan alasan ketidakcukupan sumber pendapatan khususnya daripada sumber petroleum dan gas asli lagi bagi kegagalan mengatasi masalah banjir. Kerajaan negeri Kelantan harus mengambil iktibar daripada negeri-negeri yang telah mengalami pembangunan pesat tanpa sebarang sumber asli.
Johan James adalah pembaca FMT

Banjir Kelantan: Rasa Pelik Bila Nampak Surut Tapi Mangsa Dipindahkan Meningkat

Mangsa banjir di K'tan cecah 134,000
7:26PM - 28 Dec 2014 - mk

Keadaan banjir di Kelantan masih buruk dengan peningkatan jumlah mangsa sehingga 134,139 orang manakala di Terengganu, Pahang, Perak dan Johor tidak banyak berubah setakat malam ini dengan jumlah keseluruhan mangsa hampir 200,000 orang.
    
Selain Kelantan mempunyai 134,139 mangsa, Pahang pula mencatat 31,669 mangsa, Terengganu (24,097), Perak (7,539) dan Johor (332).
    
Di KELANTAN, mangsa banjir daripada 32,999 keluarga ditempatkan di 308 pusat pemindahan setakat 9 malam ini berbanding 124,966 daripada 30,131 keluarga di sebelah petang.
    
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 42,469 orang, Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,169), Tumpat (30,569), Gua Musang (7,529), Tanah Merah (3,546), Machang (3,097) dan Pasir Putih (192).
    
Di TERENGGANU, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu jumlah mangsa menurun kepada 24,097 orang malam ini berbanding 24,497 petang tadi.
    
Keadaan banjir di negeri itu tidak banyak berubah malam ini kecuali daerah Kuala Terengganu yang menunjukkan peningkatan jumlah mangsa kepada 1,450 orang daripada 770 orang petang tadi ekoran cuaca yang tidak baik.
    
Dungun mencatatkan mangsa hampir sama seperti sebelumnya iaitu 10,969 orang manakala Hulu Terengganu pula 171 orang.
    
Di PERAK, jumlah mangsa di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian yang terjejas akibat bencana banjir setakat malam ini, menunjukkan penurunan sebanyak 42 orang iaitu 7,539 mangsa daripada 2,001 keluarga berbanding 7,581 mangsa daripada 2,007 keluarga petang tadi.

Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir meningkat kepada 4,026 orang melibatkan 1,095 keluarga berbanding 3,870 mangsa daripada 1,055 keluarga sebelumnya.
    
Jumlah mangsa di Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput menurun kepada 2,566 daripada 649 keluarga berbanding 2,785 melibatkan 701 keluarga sebelumnya.
    
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 31,669 orang yang ditempatkan di 256 pusat pemindahan berbanding 31,601 orang pada pukul 8 pagi.
    
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata setakat ini lapan daerah di seluruh Pahang masih terjejas banjir manakala Temerloh mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 6,965 daripada 1,585 keluarga.
    
"Jerantut (6,781 mangsa/1,566 keluarga), Kuantan(5,860 mangsa/1,585 keluarga), Pekan (4,519 mangsa/1,201 keluarga), Maran (3,729 mangsa/907), Lipis(2,729 mangsa/806 keluarga), Bera (1,061 mangsa/272 keluarga) dan Rompin (25 mangsa/6 keluarga)," katanya.
    
Di JOHOR, bilangan mangsa di pusat pemindahan menunjukkan penurunan dengan sejumlah 332 orang melibatkan 85 keluarga malam ini berbanding 465 orang melibatkan 117 keluarga, petang tadi, menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana negeri itu.

Sedih Dan Pedih: Kenapa Begini Jadinya??

Catatan Sdra Nazman Che Iberahim, Ketua Pemuda PAS Kuala Krai
Saturday, 27 December @14:51
Terlalu banyak keperitan dan derita rakyat Kuala Krai yang saya tiada ruang untuk catatkan di sini. Daerah ini 2.8kali lebih besar drp negeri perlis.
Bantulah kuala krai. Saya merayu.
Nazman Che Iberahim
Ketua Pemuda PAS Kuala Krai
Tel : 016-9255445

No Akaun Bank;
Kelab Cakna Kuala Krai: 03072010129674 Bank Islam

Salam. Hari ini baru dapat komunikasi. Sudah 6 hari kuala krai terputus talian komunikasi, digi dan maxis out terus.
Celcom sikit2 sahaja ada.
Letrik tiada, air tiada. Minum air hujan, mandi air lumpur. Kencing berak usah dicerita lagi sbb air tiada. Air minum tiada.
Perdana Menteri Najib Razak bermain
golf semasa banjir besar melanda negara.
Anak anak tiada pampers, susu anak2 mangsa banjir tiada. Menangis bayi2 kelaparan. Kalau ada susu pun, tiada botol susu, semuanya hanyut dibawa arus. Allahurabbi.
Beras 10kilo dikongsi 400 orang. Gula sekilo dikongsi 400 orang. Lauk tiada. Minyak masak tiada. Garam tiada.
Tiada tilam, tiada toto, tiada tikar dan tak ada selimut. Tidur beralaskan simen dengan baju basah. Kami orang dewasa tidak mengapa, tapi anak2 yang disedihkan.
Ada yang 3 hari x makan, ada 4 hari x makan. Kalau ada nasi atau tepung jemput hanya diberi utk anak3 kecil sahaja. Makanan tiada.
Kami berpindah berkali2. Masuk pusat pemindahan petang selasa, malamnya air masuk ke dewan pemindahan, pindah ke tingkat 2 sekolah teknik krai, esoknya air masuk ke tingkat dua, pindah naik tingkat 3.
Air naik sangat pantas dengan arus yang sangat deras. Ramai yg tidak sempat menyelamatkan diri hanya berlari ke bukit2 tinggi berdekatan. Di Kg Bekok dan Tualang dua bukit tinggi menjadi tempat berlindung drp arus sungai lebir yg menggila, 4 hari di puncak bukit tanpa bantuan, tiada makanan dan minuman, mereka berdakap beramai2 dalam kesejukan hujan lebat tanpa ada apa apa bumbung selama tempoh itu. Anak anak kecil kesejukan menggigil. Allahurabbi. Tiada bot tiada helikopter.
Ramai yang demam, warga tua yg kesejukan dan demam, anak anak sakit perut menggelepar tiada ubat, ada yg disengat lipan tiada ubat. Tiada ubat.

Kami di kuala krai kebuluran, hingga terpaksa mengayuh sampan mencari ayam ayam dan itik yang tersekat dihujung2 pucuk pokok, dan diatas bumbung rumah, disembelih dan dibawa utk dimakan oleh mangsa pemindahan banjir.
Bot tentera, polis dan bomba banyak lalu lalang, tapi tiada satu pun yg berhenti memberi bantuan ataupun sekadar bertanya khabar dan keadaan walaupun dipanggil berkali2.
Rakyat di sini tiada duit ditangan. Kalau ada di bank pun, semua bank terselam dan tenggelam. Satu bank sahaja selamat di kuala krai iaitu bank rakyat, namun Letrik tiada, mesin offline.Kalau ada duit pun, tiada kedai yang ada barang, semuanya tenggelam dan habis. Tiada bekalan.
Episod kelaparan, kebuluran dan kesejukan dari hari isnin hingga ke hari ini sudah dilalui, namun yg lebih menakutkan adalah derita rakyat menjelang musim persekolahan nanti, apabila 90% drp rakyat kuala krai musnah semuanya harta benda.
Baju semuanya hanyut dan basah bersama lumpur, tiada baju kering. Tiada sampai lagi baju utk mangsa walaupun sekadar baju bundle. Tiada tuala wanita. Kasihan pd mereka yg datang bulan.
Kereta tenggelam,barangan rumah 5 hari tenggelam dan hancur lunyai, ratusan buah rumah hancur dan hanyut dlm arus banjir, rakyat seakan akan bakal memulakan kembali kehidupan mereka dengan jari sepuluh tanpa ada apa2 harta dan keperluan diri di tangan.
Ayuh, saya seru dan merayu dengan penuh kerendahan hati, semua sahabat sahabat di luar sana utk membantu kami di kuala krai.
Masa untuk pulihkan semula emosi dan perasaan, trauma dan kesedihan jiwa rakyat, pembangunan semula prasarana dan keperluan asas rakyat, kita perlu mulakan sekarang.
Terlalu banyak keperitan dan derita rakyat kuala krai yg saya tiada ruang utk catatkan di sini. Daerah ini 2.8kali lebih besar drp negeri perlis.
Bantulah kuala krai. Saya merayu.
Nazman Che Iberahim
Ketua Pemuda PAS Kuala Krai
Tel : 016-9255445
No Akaun Bank;
Kelab Cakna Kuala Krai: 03072010129674 Bank Islam

QZ8501-Terkini 11:35 PM: Dilihat terbang rendah di perairan Pulau Lingga oleh Kapten kapal

Kapten kapal lihat pesawat terbang rendah dekat Pulau Lingga
AHAD, 28 DISEMBER 2014 @ 11:35 PM

KUALA LUMPUR : Kapten sebuah kapal, KM Bahari Maju, mendakwa melihat pesawat merah terbang rendah di perairan Pulau Lingga, hari ini.
Menurut laporan Metrotvnews.com malam ini, perkara itu dimaklumkan petugas pusat komunikasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) Daerah Bangka-Belitung selepas menerima maklumat itu menerusi kapten kapal terbabit, Fariawan.
Pesawat berkenaan dilihat terbang rendah pada jam 8.00 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) ketika KM Bahari Maju berada pada kedudukan koordinat 00'17'202 S dan 105'40'422 E.
"Kita tadi menerima informasi dari KM Bahari Maju yang melihat pesawat berwarna merah terbang rendah di Timur Pulau Lingga, Kepulauan Riau," kata petugas berkenaan, Febby Imam Saputra.
Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal dari Surabaya, dijadual tiba di Singapura pada 8.30 pagi namun terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi. - sumber

Hantar anak ke airport malam ni, jumpa sosok ini

Saya dan keluarga minum dan makan malam di airport ternampak beliau ini bersama dengan empat atau lima rakannya
Apa dia buat atau tunggu siapa, itu bukan soal dan masalah sayalah
 


Sunday, December 28, 2014

Ooohh....Sultan Negeriku!

Sebenarnya gambar ni aku dapat 3 hari yang lepas lagi melalui WhatsApp dari adik. Tapi aku tak berani nak siar bimbang ianya superimpose atau edited. Tapi nampaknya ianya real bila satu blog (infolaju) menerbitkannya hari ini. Jadi aku pun tumpanglah

Maaflah kalau cerita ini tak betul. Saya pun sejak baginda jadi Sultan, tak pernah terserempak lagi. Masa baginda menjadi Tengku Mahkota dulu tu adalah solat satu saf

Aku malas nak tanya ke mana perginya pembesar-pembesar negeriku yang lain?

Sultan Kelantan Menyamar Bantu Mangsa Banjir

Beliau datang tanpa wartawan, tanpa kamera, tanpa publisiti, drive sendiri mengharungi banjir untuk melihat rakyatnya. Sewaktu banjir, beliau turut sama membantu kerja-kerja menyelamat sehingga orang langsung tidak menyedari itu adalah Sultan mereka. Beliau juga menerima arahan dari seorang Mejar untuk membuat banyak kerja berat. Sewaktu berhenti rehat beliau turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas-petugas sukarelawan. Tiba-tiba beliau disapa

Petugas :"abang dari mana?"
Sultan :"orang sini jugak"
Petugas "macam muka tuanku la abang ni"

Beliau hanya tersenyum
setelah menyedari yang disapa tadi adalah sultan mereka, kecut perut org tadi minta maaf kerana tidak tahu yang itu adalah sultan. Beliau hanya tersenyum malah memeluk orang tadi. Tergamam Mejar yg ada kt situ, langsung tak reti nak bagi arahan mcm mula-mula tadi..

Ciri-ciri pemimpin begini kita mahukan. Menyusup keluar dari istana, mmbantu rakyat tanpa memperkenalkan diri. Moga Tuanku menjadi contoh pada sultan dan bakal-bakal sultan. Allahhu Akbar!
Biar gambar berbicara..yg pakai raincoat dan berkaki ayam tu la tuanku sultan kelantan..
aku share N3 dari sini

Satu-Satunya Jalan Ke Airport Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa - Video

Sesiapa yang ingin ke Airport Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa hanya satu jalan jer yang masih boleh ke sana dari Kota Bharu iaitu: 
Kota Bharu-Jalan Demit-Kedai Lalat/Kota Jembal-Jalan Pengkalan Datu-Jambatan Pak Nik Lah-Padang Tembak. 

Jalan sebelum jambatan Pok Nik Lah dari Kota Bharu menghala ke Pengkalan Chepa masih ditenggelami air. Bagaimana pun kereta masih boleh lepas sekiranya dipandu dengan hati-hati.

Video di bawah:
Tadi pergi  cari jalan selamat ke airport sebab nak antar anak malam ni flight jam 10:00

QZ8501 Minta Ubah Laluan Kerana Cuaca: Adakah Terhempas Di Laut?

Tentera: Radar kesan di Laut Jawa
1:00PM - 28 Dec 2014 - mk

Pesawat AirAsia membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal hilang pagi ini.

Pesawat Airbus 320-200 daripada Surabaya, Indonesia pada 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysian) dan dijadual tiba ke Singapura dua jam selepas itu.

Ia bagaimanapun hilang kawalan dengan pusat kawalan trafik udara.



LAPORAN LANGSUNG

1.49pm: Ketua tentera udara Indonesia, Marsma Hadi Tjahjanto berkata pihaknya mengerahkan anggotanya ke wilayah Belitung untuk menyiasat perkara itu.

“Hari ini angkatan udara menerbangkan Boeing 737 dari Makassar menuju ke tempat yang dikatakan jatuhnya pesawat AirAsia itu.

"Mengikut radar pesawat itu jatuh di atas Laut Jawa berdekatan Belitung.

“Kita akan mencari pesawat itu dengan pesawat yang kita miliki.

"Dan sekiranya kita menemui objek seperti pesawat kita akan melaporkannya,” katanya seperti disiarkan Metro TV Indonesia.

1.20pm: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tony Fernandes berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini tidak lama lagi.

Men
ulis di Twitter, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa orang ramai.

1.11pm: Orang ramai dinasihat hanya terima maklumat sahih daripada AirAsia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia, kata menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, lapor Bernama.

1pm: Menurut laman web pengesan penerbangan FlightRadar24, pesawat QZ8501 hilang daripada radar  di barat laut, Laut Jawa.

Kawasan di lintasannya termasuk Pulau Belitung dan Pulau Bangka.

FlightRadar24 melaporkan, sebelum penerbangan hari ini, QZ8501tiba ke Surabaya daripada Kuala Lumpur pada 8.45 malam (waktu tempatan) tadi dan mendarat pada 10.20 malam (waktu tempatan).

Statusnya kini disenaraikan sebagai tidak diketahui.

12.50pm: CNN Indonesia laporkan bahawa lokasi terakhir pesawat itu dikesan sekitar Pulau Betilung, Sumatera.

Memetik bangkapos.com, Kompas pula melaporkan “sebuah pesawat” dikhabarkan jatuh di perairan laut Belitung Timur namun titik lokasinya belum dapat dipastikan.


# Tadi aku tengok laporan CNN

Kelantan: Air Di Rumah Abang Aku Di Jalan PCB Surut 6cm Tapi Mangsa Pindah Bertambah

Mangsa di Kelantan meningkat, negeri lain kekal
12:33 PM - 28 Disember 2014 - SH

KUALA LUMPUR - Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 93,407 orang pagi ini berbanding lebih 80,000 semalam, manakala di Terengganu, Pahang dan Perak tidak banyak berubah.

Di KELANTAN, jajahan Kota Baharu mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu 42,469 orang daripada 9,663 keluarga di 62 pusat pemindahan. Air dilaporkan surut sedikit di Kota Baharu dan cuaca mendung.

Tumpat merupakan satu lagi jajahan yang teruk terjejas dengan 21,396 mangsa di 31 pusat pemindahan, diikuti Gua Musang (7,529/24 pusat) dan Pasir Mas (6,319/25 pusat).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 33,601 mangsa setakat 8 pagi ini berbanding 33,643 di sembilan daerah malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ketika dihubungi Bernama berkata Kuantan merekodkan 8,474 mangsa, Maran (3,693), Jerantut (6,657), Raub (221), Lipis (2,647), Rompin (13), Pekan (3,928), Temerloh (6,965) dan Bera (1,003).

Di TERENGGANU, jumlah mangsa menurun kepada 33,990 pagi ini berbanding 34,709 malam tadi di kawasan terjejas banjir termasuk Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut.

Di JOHOR, 475 mangsa melibatkan 119 keluarga masih berada di sembilan pusat pemindahan sehingga pagi ini.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, sehingga jam 8 pagi, empat pusat pemindahan dibuka di Kluang, dua di Batu Pahat dan masing-masing satu di Muar, Segamat dan Kota Tinggi.

Jalan Bukit Tempurung di Segamat juga dilaporkan masih terputus hubungan sehingga pagi ini.

Sementara itu, dua sungai mencapai paras bahaya iaitu Sungai Sembrong di Batu 2, Kluang dan Sungai Ladang Chaah di Segamat.

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian setakat pagi ini meningkat kepada 7,513 orang daripada 1,968 keluarga berbanding 7,010 orang malam tadi.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, kesemua mereka ditempatkan di 56 pusat pemindahan iaitu 25 di Kuala Kangsar, Perak Tengah (19), Hulu Perak (11) dan Kerian (satu).

Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir meningkat kepada 3,808 orang daripada 1,027 keluarga berbanding 3,479 mangsa daripada 971 keluarga malam tadi.

Jumlah mangsa banjir di Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput iaitu sebanyak 2,778 daripada 697 keluarga manakala di Hulu Perak 722 daripada 183 keluarga dan di Kerian 205 mangsa melibatkan 61 keluarga.

Di KANGAR, 43 mangsa daripada 13 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir MKN berkata hanya tinggal 34 mangsa daripada 10 keluarga masih berada di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Kangar sehingga jam 9 pagi ini. - Bernama

Video Yang Menitiskan Air Mata: Juga aku terima melalui WhatsApp dari ahli keluarga pagi ni

Kesan banjir di kampong kerinting, gua musang
28.12.14

Msg aku terima dari ahli keluarga melalui WhatsApp tadi: Untuk Nik Amar 'Perati'

Ini aku copy n paste kul 11.++ PM 27.12.14

Catatan peribadi YB Shafie Ngah semasa menerima taklimat drp pegawai bilik gerakan banjir Kota Bharu, 3.30 ptg, 27 dis 2014;

1. Banjir kali ini lebih buruk drp banjir Kelantan tahun 1967

2. Kawasan tinggi & ulu Kelantan, yg tidak pernah banjir juga turut banjir, sprt Gua Musang.

3. Punca fenomena alam yg boleh diukur oleh manusia ialah;

a. Kadar hujan yg sgt lebat di seluruh Kelantan, selama tiga hari berturut-turut, iaitu sebanyak lebih 500mm, yg mana kadar tersebut adalah sama dgn 37 hari kadar curahan hujan biasa di negeri itu.
b. Pada masa yg sama, keadaan air laut berlaku air pasang besar, tanggal 28, 29 & 30 haribulan hijriy, menyebabkan kadar air hujan yg sgt lebat itu tidak boleh mengalir keluar ke laut.

4. Jangkaan; Kawasan Gua Musang & Kuala Krai adalah yg paling awal merasai air surut, manakala Pasir Mas (termasuk jajahan Rantau Panjang) & Kota Bharu adalah kawasan yg paling akhir air surut disebabkan keadaan demografi negeri itu.

5. Kerjasama Kerajaan Negeri dgn Kerajaan Persekutuan dlm operasi membantu mangsa banjir sudah bermula hari ini.

6. Tiada pengisytiharan Darurat Bencana dibuat pada waktu ini.

7. Semua pihak yg menerima maklumat mengenai banjir di negeri ini diminta tidak menyebarkan khabar yg tidak diketahui kesahihannya bg mengelak salah tanggap atau mengelak panik.

Terima kasih.

Link kaitan: Banjir 1967 lebih buruk – Mohd Amar

Saturday, December 27, 2014

Kerana cakap ikut sedap mulut, korang baca apa kata penulis bukan muslim

Macam mana agaknya mau paut hati bukan Muslim dengan cara berhikmah?
Kalau harapkan puak-puak ni hancuss!

Mampukah hudud selamatkan Kelantan daripada banjir?
K Kabilan07:00PM Dis 27 2014

SEKILAS PANDANG: Amat membimbangkan apabila ahli politik mengaitkan bencana alam sebagai cara Tuhan menyampaikan pesanan yang menyebelahi agenda tertentu mereka.
Dengan lebih 100,000 mangsa banjir terpaksa berpindah setakat ini, ahli politik kita sering bertindak tidak sewajarnya.
Perhatikan apa yang diutarakan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh. Walaupun diharap menunjukkan kepimpinan dengan membantu mangsa banjir di tanah kelahirannya, Nik Abduh berkata banjir adalah petanda kemarahan Allah.
Kemudian, beliau berkata mesej politik di dalam bencana ini ialah bagi kerajaan PAS Kelantan meneruskan agenda hudud di negeri tersebut, walaupun ditentang ramai. 
Nik Mohamad, yang juga anak Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis pendapatnya di laman Facebook agar umat Islam kembali ke jalan Allah.
“Ini peringatan kepada umat Islam agar kembali ke jalan Allah dan menjauhi kemurkaanNya.”
“Kerajaan Kelantan perlu meneruskan agenda hukum hudud,” katanya lagi.
[Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat Hudud.]
Perlukah kita terima bulat-bulat apa yang dicoret ahli politik ini? Mengapa mereka berpendapat kita boleh dipermainkan? Adakah kita semua budak-budak mentah?
Pada masa kerajaan pusat, pihak berkuasa dan NGO sedang berusaha gigih memastikan mangsa banjir selamat dan bekalan kepada mereka mencukupi, Nik Abduh mahu mempolitikkan bencana alam yang berlaku setiap tahun di Pantai Timur itu.
Bukan masanya beliau membuat kenyataan berbaur politik pada masa ini, pada masa sidang khas berkenaan hudud akan dilaksanakan pada Isnin ini (telah ditangguh) bagi meluluskan Pindaan ke atas Enakmen II Kanun Jenayah Syariah Islam Kelantan.
Apabila diluluskan, PAS kemudian merancang membentangkan Rang Undang-Undang persendirian bagi meminda Perlembagaan Persekutuan. Jika dibenarkan, negeri Kelantan bakal melaksanakan undang-undang tersebut.
Ini ditentang keras DAP di mana perang mulut tercetus di antara pemimpin kedua-dua pihak. Bahkan ia diberitakan mampu membawa kepada kemusnahan gabungan Pakatan Rakyat sendiri.
Pada masa Nik Abduh merasakan bencana yang menimpa disebabkan kemurkaan Tuhan, mungkin juga ia petanda bahawa rancangan melaksanakan huduh perlu ditangguhkan.
Pada hari Khamis The Malay Mail Online memetik Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berpendapat banjir besar yang melanda mungkin menyaksikan kerajaan menukar tarikh sidang khas yang dirancang.
Bahkan katanya, dewan undangan negeri Kelantan terkesan akibat banjir.
“Kita tunggu dan lihat,” katanya.
Jadi helah Nik Mohamad Abduh kini terdedah. Kalau mengikut caranya, adakah masalah banjir dapat dielakkan?
Mahukah beliau bertaruh bahawa banjir tetap akan menimpa negeri Kelantan walaupun hudud dijalankan? Adakah Allah tetap murka? Mengapa pula?
Masa sudah tiba bagi ahli politik sepertinya mengenepikan sentimen agama dan turun padang menyelesaikan masalah yang menimpa rakyat. Hudud boleh dilakukan di lain masa.