Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 28, 2014

Kelantan: Air Di Rumah Abang Aku Di Jalan PCB Surut 6cm Tapi Mangsa Pindah Bertambah

Mangsa di Kelantan meningkat, negeri lain kekal
12:33 PM - 28 Disember 2014 - SH

KUALA LUMPUR - Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 93,407 orang pagi ini berbanding lebih 80,000 semalam, manakala di Terengganu, Pahang dan Perak tidak banyak berubah.

Di KELANTAN, jajahan Kota Baharu mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu 42,469 orang daripada 9,663 keluarga di 62 pusat pemindahan. Air dilaporkan surut sedikit di Kota Baharu dan cuaca mendung.

Tumpat merupakan satu lagi jajahan yang teruk terjejas dengan 21,396 mangsa di 31 pusat pemindahan, diikuti Gua Musang (7,529/24 pusat) dan Pasir Mas (6,319/25 pusat).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 33,601 mangsa setakat 8 pagi ini berbanding 33,643 di sembilan daerah malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ketika dihubungi Bernama berkata Kuantan merekodkan 8,474 mangsa, Maran (3,693), Jerantut (6,657), Raub (221), Lipis (2,647), Rompin (13), Pekan (3,928), Temerloh (6,965) dan Bera (1,003).

Di TERENGGANU, jumlah mangsa menurun kepada 33,990 pagi ini berbanding 34,709 malam tadi di kawasan terjejas banjir termasuk Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut.

Di JOHOR, 475 mangsa melibatkan 119 keluarga masih berada di sembilan pusat pemindahan sehingga pagi ini.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, sehingga jam 8 pagi, empat pusat pemindahan dibuka di Kluang, dua di Batu Pahat dan masing-masing satu di Muar, Segamat dan Kota Tinggi.

Jalan Bukit Tempurung di Segamat juga dilaporkan masih terputus hubungan sehingga pagi ini.

Sementara itu, dua sungai mencapai paras bahaya iaitu Sungai Sembrong di Batu 2, Kluang dan Sungai Ladang Chaah di Segamat.

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian setakat pagi ini meningkat kepada 7,513 orang daripada 1,968 keluarga berbanding 7,010 orang malam tadi.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, kesemua mereka ditempatkan di 56 pusat pemindahan iaitu 25 di Kuala Kangsar, Perak Tengah (19), Hulu Perak (11) dan Kerian (satu).

Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir meningkat kepada 3,808 orang daripada 1,027 keluarga berbanding 3,479 mangsa daripada 971 keluarga malam tadi.

Jumlah mangsa banjir di Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput iaitu sebanyak 2,778 daripada 697 keluarga manakala di Hulu Perak 722 daripada 183 keluarga dan di Kerian 205 mangsa melibatkan 61 keluarga.

Di KANGAR, 43 mangsa daripada 13 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir MKN berkata hanya tinggal 34 mangsa daripada 10 keluarga masih berada di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Kangar sehingga jam 9 pagi ini. - Bernama

1 comment:

  1. Sedih lah

    Banjir tiap2 tahun ada tapi kerajaan tak sedia. Makan gaji buta saja ; nanti mintak bonus lagi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa