Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 3, 2008

Kes Liwat DSAI - Pandanganku

Dalam pada semua orang sedang bising tentang liwat, tentang akuan bersumpah RPK dan yang terbaru akuan bersumpah oleh Balasubramaniam Prumal yang membabitkan Najib Razak dan Rosmah aku juga teringin nak mencelah. Apa yang aku ingin mencelah bukanlah melibatkan kes altantuya tetapi tentang laporan liwat oleh budak Saiful Bukhari terhadap DSAI.

Sepanjang yang aku baca baik di dalam blog atau portal berita penjurusan dalangnya adalah kepada Najib sebab dikatakan budak ini rapat dengan Najib dan Rosmah. Ada juga yang menuduh Abdullah Badawi PM kita akan tetapi fokusnya lebih condong ke arah Najib sebab banyak gambar-gambar budak ini berlatar belakangkan pejabat TPM dan kakitangannya. Maka munculah Najib menyangkal tohmahan itu dengan muka yang tidak menyakinkan beralaskan alasan yang cukup bongok. Budak yang tercicir pengajian pergi mohon biasiswa di pejabat TPM!

Alahai TPMku, aku yang tak sekolah di England pun rasanya tidak akan serendah itu kredibaliti alasan lawatan budak itu ke pejabat TPM dan berjumpa beliau. Tapi yang seronoknya tu, bila pokok bergoyang entah dirempuh angin atau helang, banyak pula ungka-ungka yang galak sahut menyahut dengan nada yang bermacam-macam di rimba seberang!

DSAI kata budak ini dipaksa oleh pihak polis untuk membuat laporan palsu terhadapnya kerana beliau ada bukti KPN dan Peguam Negara sekarang telah menggelap dan mengubah bukti di dalam kes beliau dulu. YB. DS Wan Azizah kata ini adalah konpirasi kumpulan Najib untuk menyekat DSAI ke puncak kuasa. Ada lojik juga dengan bukti yang ada. Kumpulan Najib ada banyak sebab untuk menjahanamkan DSAI. Abdullah Badawi pula ada sebab tersendiri. Beliau mungkin sudah gayat di puncak mahligai Putrajaya bila sering digoncang oleh DSAI.

Tetapi satu lagi manusia yang tidak boleh dilepas pandang ialah Ezam. Ezam pernah bersumpah mula-mula beliau masuk UMNO dulu yang beliau akan menghalang DSAI untuk menjadi Perdana Menteri dengan apa jua cara sekali pun. Pembahagian peratus pembabitan Ezam tidak boleh dilepas pandang begitu sahaja. Budak Ezam ini pun licik juga menciluk. Tengoklah macam mana dia tipu kawan-kawan dia dulu (10 budak hitam). Malah komen dia ialah "tak terperanjat"

Bagi aku dalam kes DSAI meliwat ini, kalau mengikut akal yang waras Beliau tidak akan melakukannya. Kecualilah DSAI sudah gila. Sebabnya ialah :

# Beliau sudah berada di puncak kepercayaan rakyat dan pemimpin parti-parti di dalam gabungan PR.
# Beliau hanya beberapa tapak saja lagi untuk menjejaki Putrajaya
# Beliau dan keluarga baru saja pulang ke tanah air dari Umrah
# Takkan beliau tidak ambil iktibar dari peristiwa lepas yang beliau telah alami
# Sebagai seorang pemimpin, tidakkah beliau malu umpamakan " mengata dulang paku serempih mengata orang dia yang lebih"
# Dengan umur beliau sudah 60 tahun, mampukah meliwat dengan paksaan keatas budak lelaki yang berumur 23 tahun. Lojikkah ianya berlaku?

Bagi aku semua yang berlaku adalah secebis kotoran yang melimpah keluar dari sebuah parti yang kotoran dan kejijikannya yang tidak terbendung dan dilimpahkan keluar semoga ianya memberikan sedikit kelegaan dengan dihamburkan ketempat lain. Maka riuh rendah bab minyak naik, barang naik, Pulau Batu Putih, Altantuya dan isu lompat parti dapat dialihkan buat sementara waktu. Keredaan sementara ini akan memberikan ruang untuk mereka mengatur dan menyusun strategi yang berikutnya pula.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Saudara,

    Pening kepala percaturan Melayu lawan Melayu..baik pergi kelas Harifah atau Tafsir..dapat juga ketenangan.

    Pasal Politik Melayu sekarang ni..kun Paya Kun

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam,

    Betul kata saudara, kita sebagai rakyat mengharapkan rahmat dari pemimpin yang baik dan beriman. tetapi apakan daya Allah yang menentukan segalanya.

    ReplyDelete
  3. pendapat saya pula, masih ada logiknya anwar tu boleh meliwat Saiful dengan paksaan. bukan secara fizikal, tetapi psikologi. bukankah anwar pakar dalam hal ni?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa