Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 18, 2008

Ikrar

Setiap hari, paling kurang lima kali kita berikrar kepada Allah Azzawalla berkenaan cara hidup kita di dunia.

Tetapi adakah kita tunaikan janji kita sebenarnya. Sama-samalah kita nilai diri kita, kita muhasabah diri kita.............




Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku
kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam

44 comments:

  1. Terima kasih uncle, kerana mengingatkan diri yang lupa...

    ReplyDelete
  2. Salam tuan blog...
    Kalau tidak keberatan next time tuan gantikan perkataan sembahyang tu kepada SOLAT,krn pengertiannya tak sama.
    Lagipun kat corong2 radio dah di sebut solat bila masuk waktu, maybe ada yg dah menegur.
    Kalau kita yg tak mulakan siapa lg yg akan nak mula....
    mohon ampun krn memandai2....hahaha

    ReplyDelete
  3. Salam tuan blog...
    Adakah sama pengertian sembahyang dgn Solat....???
    Adalah lebih elok digantikan perkataan sembahyang itu kpd solat

    Dulu2 kat corong2 radio sering di sebut telah masuk waktu sembahyang bg kws........tp la ni dah sebut solat pasal ada yg menegur

    mohon ampun krn memandai2 nak komplen kat blog tuan

    ReplyDelete
  4. Salam tuan blog...
    Adakah sama pengertian sembahyang dgn Solat....???
    Adalah lebih elok digantikan perkataan sembahyang itu kpd solat

    Dulu2 kat corong2 radio sering di sebut telah masuk waktu sembahyang bg kws........tp la ni dah sebut solat pasal ada yg menegur

    mohon ampun krn memandai2 nak komplen kat blog tuan

    ReplyDelete
  5. patut la x kuar...hahaha dah ada filter rupanya...tak perasan la pulak, kalau tuan tak approval pun x pe...

    ReplyDelete
  6. Salam buat semua.

    erisya,

    Tugas sesama muslim ingat mengingati. Kalau tak kita kan makhluk yang selalu alpa.

    sdr moses,

    Terima kasih kerana menegur. sdr. sentiasa di alu-alukan ke sini. Memang saya mungkin alpa di sini, betul sembahyang dan solat tidak sama.

    "Solat" lebih tepat, kerana sembahyang adalah perkataan melayu biasa iaitu "sembah". Sembah, apa-apa pun boleh sembah hatta bukan islam sekali pun sembahyang juga. Sepatut tidak boleh samakan sembahyang dan solat.

    Terima kasih sekali lagi.

    Terpaksa saya buat filter selepas sdr. tegur yang terbolos sebelum ini. Sebenarnya saya malas nak buat tapisan tetapi dah jadi terpaksa pulak.

    ReplyDelete
  7. Saling mengigati adalah yang paling terbaik..Thanks uncle.

    ReplyDelete
  8. uncle..
    memang tiap kali azza masuk sini akan termuhasabah dengan sndiri...

    ReplyDelete
  9. Salam tuan blog,..
    Kita semua insan biasa ciptaan tuhan yang maha Esa. Kekadang terlupa tak sedar diri akibat pengaruh duniawi.
    Saling ingat mengingati amalan mulia dan dituntu oleh agama. Terima kasih atas pesanan ini InsyaAllah kelemahan diri akan diperbaiki...

    ReplyDelete
  10. salam abg mount..
    tima kasih kerana ingatkan semua.dan aku sokong perkataan sembahyang ditukar kpd solat.tak pasti la kalau ada yg tak mau guna perkataan solat.yang masih nak sembahyang..

    ReplyDelete
  11. Salam buat semua.

    Qaseh, azza dan momentum,

    Sebenarnya uncle mengingatkan diri sendiri tetapi di samping itu uncle ambil peluang untuk mengingatkan sesama muslim. Maklumlah kita disibukkan oleh duniawi seperti kata sdr. momentum. Insya Allah kita akan bersama mendapat manafaatnya.

    Sdr. aku,

    Terima kasih saudara dan moses mengejutkan saya dari lena! sememangnya tidak boleh disamakan sembahyang dengan solat. "Solat" hanya untuk kita.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Saudara Mountdweller,

    Memang benar, kita manusia ini amat mudah lupa atas segala yang kita lafazkan. Apatah lagi dalam Solat, kalimat yang kita ucapkan seolah seperti 'rutin' sahaja.


    Sama-samalah kita ingat mengingati buat kebaikan diri kita semua. Macam saya ini selalu berazam untuk lebih baik dalam segala aspek khasnya dalam beramal, tetapi urusan 'dunia' kadang-kadang atau seringkali mengabaikan atau melencungkan hati ini..Tetapi Azam tetap ada, ikhtiar tetap dibuat, InsyaAllah.

    Terima Kasih atas semangat dan ingatan dari Saudara ini. BarakaAllah fi ka.

    ReplyDelete
  13. salaams uncle,
    Dr khairon yahaya sedang menghadiri conference di korea. Beliau bukan dalam bidang yang sama ngan kami.

    ReplyDelete
  14. Salam Puan melayu angkat dan erisya,

    Puan,

    Sama-samalah mengerjakan yang sepatutnya. Semuga hidup kita lebih berkat.

    erisya,

    Terima kasih di atas info. Uncle saja tanya kot-kot dia ada di situ. Sebenarnya dr. khairon tu sahabat baik aunty sejak dari zaman sekolah.

    ReplyDelete
  15. salam uncle...alhamdulillah..hope setiap doa dan perbuatan kita diterima Allah..thanks ..sekurang2nye mengingatkan kita semua ttg t/jwb kita kepadaNya..

    ReplyDelete
  16. Salam Saudara ku,

    Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh.

    Terima kasih atas ingatan saudara.

    Salam takzim

    ReplyDelete
  17. Salam sdrku Mohd. Sofi dan Anakanda jue.

    Apa pun saya mohon diingatkan, kita manusia memang lalai.

    Tegur menegur, ingat mengingati seharusnya kita amalkan sesama muslim.

    Terima kasih sama-sama.

    ReplyDelete
  18. uncle,

    erisya tak kenal Dr Khairon tuh tapi beliau sekarang dah jadi pengarah..jaga sains marin. Aunty nak contact no ke? erisya boleh tolong minta kan :)

    ReplyDelete
  19. Salam..

    Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
    dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

    kalau ikrar ni (aku hadapkan wajahku)tak tercapai macam mana dgn solatku ibadahku,hidupku, matiku nak serah kepadaNya

    Ingat mengingati mmg amalan mulia sesama kita,masalahnya masa solat pun dok ingat macam2 huhuhuhu

    ReplyDelete
  20. Salam uncle, terima kasih kerana sering mengingatkan dgn post2 yang baik.

    ReplyDelete
  21. Salam erisya,

    Terima kasih di atas maklumat erisya. Uncle saja tanya, sebab biasanya seminar hal-hal conservation ni dia selalu ada. Aunty memang sudah ada no. h/p dia. Adik anak uncle kat penang tu pun selalu gak hubungi dia.

    Apa pun terima kasih banyak.

    Cuma yang meragukan uncle sekarang ialah pertembungan antara yang putih dan yang hitam pada erisya tu. Itu perlu cari jalan keluar.

    ReplyDelete
  22. Salam saudaraku moses,

    "Kalau ikrar ni (aku hadapkan wajahku)tak tercapai macam mana dgn solatku ibadahku,hidupku, matiku nak serah kepadaNya"

    Tentang ini, kalau diikutkan apa yang saya fahami ada 2 golongan. Itu golongan awam dan golongan hakikat. Bagi golongan awam sudah cukup dengan mengakui dengan syahadah.

    Tetapi bagi golongan yang satu lagi itu, akan lebih menjurus kepada wajah yang bukan wajah, diri yang bukan diri. Tang tu kita tidak boleh diperbincangkan di khalayak. Sdr. Ingat tak bagaimana pesan Saidina Ali Karramallahu wajhah?

    Walau bagaimana pun terima kasih kerana acahan saudara itu.

    ReplyDelete
  23. salam saya buat mohd. azli dan lin.

    Memang tugas kita ingat mengingati sesama kita. Maklumlah kita dijadikan sebagai makhluk yang sememangnya sentiasa lalai.

    Diri saya juga perlu disedarkan!

    ReplyDelete
  24. salam ..datang jengah uncle...sehat tak...

    ReplyDelete
  25. Salam...
    Tuan mmg seorang yg amanah lagi fatonah...amma ba`du

    Rahsia kalau dibongkarkan tak jadi rahsia la pulak...hahaha

    Qala Rasullullah:
    Sesiapa yg ingin mengatahui kedudukanya disisi Allah, maka hendaklah memperhatikan bagaimana kedudukan Allah di dalam hatinya

    wassalam

    ReplyDelete
  26. salam uncle...
    terima kasih kerana mengingati saya...
    sharing is loving...

    ReplyDelete
  27. salam buat azza,

    Terima kasih kerana bertanya khabar. Alhamdulillah uncle sihat sehingga ini.

    Wah... seronok bercuti sampai Pangkor. Ya.. memang baik untuk ambil masa bersama bercuti dan makan angin semuga lebih bahagia dan bertambah erat.

    ReplyDelete
  28. Salam sdr moses,

    Puji-pujian hanya bagi Allah yang maha agung. Tugas kita hanyalah memperingat dan diingati.

    wallahu aklam. terima kasih sdr.

    ReplyDelete
  29. Salam anakanda hanis,

    Betul, sharing is loving! Sayang menyayang sesama muslim dan ingat mengingat, tegur menegur adalah ajaran Rasulallah.

    Semuga kita sama-sama mendapat manafaatnya.

    ReplyDelete
  30. salam uncle...
    masa terhad kan..kena guna sebaiknya...
    pagi tadi abg dah outstation lagi..sb tu masa yg ada kena hargai betul2..

    uncle ke mana cuti ni..

    ReplyDelete
  31. Salam azza,

    Sebenarnya uncle cadang nak kota kinabalu sambil tu nak panjat gunung kinabalu. Tapi anak uncle along tu nak balik pulak 28 Nov. Tu yang buat tertangguh.

    ReplyDelete
  32. Pengucapan 5x sehari sepatutnya sudah menginsafi kita..Jgn lupa janji Allah kepada org yg tak menepati janji serta ikrar itu..Sesungguhnya Allah itu maha Pengasih lg Maha Penerima Taubat

    ReplyDelete
  33. Salam uxop,

    Memang manusia ada satu makhluk yang tidak berpegang pada janji dan ikrar.

    Harap kita jaganlah menjadi sebahagian dari golongan itu. Moga Allah mengampunkan kita dan memberikan hidayahnya. Insya Allah.

    ReplyDelete
  34. salam uncle..
    jika ianya sstu yg patut dikongsi..azza rs teruja nak membacanya..
    jika ianya sstu yang peribadi..mgkin uncle ingin menyimpannya sendiri..
    namun tak salah jika berkongsi pengalaman sesama kita terutama adik2 yg masih hijau dlm menilai hidup..

    hanya uncle yg berhak tentukan..

    bes nya kl boleh naik gunung kinabalu...abg azza masuk hutan belum smlm...esok baru balik..pasni naik yong belar pulak d cameron...

    ReplyDelete
  35. Uncle pun rindu rasanya kat Tahan dan Korbu. Dah lama tak berkunjung.

    Berkenaan pengalaman uncle berkawan tu. Insya Allah uncle akan tulis.

    ReplyDelete
  36. Uncle, thanks yer kerana bila saya singgah blog uncle ni, saya cukup tersedar...
    banyak dapat pahala kat uncle kerana mengingati, kdg2 manusia ni banyak terlupa...

    apatah lagi saya..
    :)

    ReplyDelete
  37. salam..jenguk uncle di pagi ahad..
    apa kabar..

    ReplyDelete
  38. salam ann dam azza,

    Sebenarnya yang diingatkan adalah diri sendiri tetapi di samping itu sahut anjuran Rasulallah untuk ingat mengingati antara sesama muslim. Itu saja niat uncle.

    Azza,

    Alhamdulillah uncle sihat dan dikurniakan Allah dengan kesihatan yang baik dan kewarasan yang masih boleh dipergunakan.

    Terima kasih banyak kerana azza sudi menjenguk dan menanyakan khabar. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  39. Azza,

    Uncle doakan juga untuk azza semuga dikurniakan kesihatan dan kedamaian hidup. Keakraban hubungan suami isteri amat bermakna di dalam hidup berumah tangga. Kekalkan momentum itu.

    ReplyDelete
  40. aeliah,

    Terima kasih kerana singgah di blog ini. Saya akan komen di blog anda.

    ReplyDelete
  41. sama2.sebnrnya blog pak din antara blog yg selalu dibaca jugak.cuma bru skrg ada kelapagan utk menyibukkan diri dgn blog..hehe...
    ape2 pon,keep up..

    ReplyDelete
  42. OMG, it is still accepting donations! Fantastic example of a creative fundraising effort that raised $10,000 in 48 hours to build a classroom at the school in Tanzania.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa