Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 10, 2008

Senyum Pagi

Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada teman-teman yang berbangsa Thai/Siam. Cerita ini bukan berniat untuk menghina atau menyindir mana-mana bangsa. Cerita ini adalah untuk kita renung bersama dan fahami mesej yang saya hendak sampaikan. Ceritanya ini adalah satu cerita yang popular di Kelantan. Begini alkisahnya:

Sami dilarang membunuh mengikut ajaran Budha. Jadi kalau mereka teringin hendak makan kura-kura mereka akan lakukan dengan cara begini:

Mereka akan panaskan air sehingga menggelegak di dalam periuk besar atau kawah, di letaknya satu papan dengan kedudukan yang curam menghala ke mulut periuk atau kawah yang sedang menggelegak tadi. Di letakkan kura-kura di atas papan yang curam tadi dan suruhnya berjalan, sambil berkata "mu jale molek-molek, jatuh aku tak tahu, mu jatuh, mu jatuh sendiri"

Apa tak jatuh, dah papan itu diletakkan berkedudukan curam menghala ke arah mulut kawah dan bahang api dari bawah periuk tadi pula panas!. Jadi berjalanlah kura-kura tadi menghala ke mulut periuk besar atau kawah yang airnya sedang menggelegak . Bila kura-kura itu terjatuh ke dalam air panas tadi, bolehlah dia makan. Jadi bila kura-kura mati jatuh ke dalam air panas, bukan sebab dia yang bunuh tetapi kura-kura itu berjalan tidak cermat!

20 comments:

  1. Ada makna disebalik cerita uncle ni kan..?Hahhaa...

    Lumrah manusia..tau x boleh buat,tapi kalau dah nk sgt buat jugak tapi dgn cara lain..

    ReplyDelete
  2. Panjang akal si Sami ini untuk cari helah makan si kura kura!

    Ekkkkkkkkk, tak ada benda lain yang hendak dimakan ke??

    Saya pun ada bela kura kura. Bermula dengan jumpa seekor di tengah jalan. Bimbang dia dilanggar kereta, saya bawa balik letak dalam kolam.

    Lepas tu kesian pulak tengok dia sekor sekor, beli pula seekor buat teman dia.

    Lepas tu bertelur dan menetas, maka sekarang adalah baby kura kura di rumah saya!! Gembira saya..

    Salam.

    ReplyDelete
  3. uncle,
    insan sanggup buat apa saja untuk mencapai matlamat dan tidak mahu dipersalahkan dalam apa jua keadaan :)

    ReplyDelete
  4. Tuan Mountdweller bak perpatah kata hendak seribu daya he he he

    ReplyDelete
  5. teringat pulak saya pada nasib orang Melayu Singapuara bila baca cerite ini...

    Lee Kwan Yew kata, kalu nak buat rumah kena buat rumah batu. Kalu tak Kerajaan akan ambik tanah.

    Melayu mana ada duit nak buat rumah batu. Mcm kura2 atas papan. Kena mamh dek air menggelegak.


    MRSM Kalae Chepo 66/73

    ReplyDelete
  6. orang kite lagi best..nak makan ayam mesti sembelih dulu..takut makan bangkai..walaupun ayam curi dan terang2 haram..hihi!

    ReplyDelete
  7. masa aku 18 tahun dulu kawan aku india muallaf lagi best..makan mee cina yang ada babi..dikeluarkannya babi tu tapi supnya dia hirup..layannn

    ReplyDelete
  8. kawan babah dulu ada bela pet anjing comel..dia kata anjing tu dah disamak..

    ReplyDelete
  9. Erm...
    Macam-macamlah... ini macam nak menghalalkan cara yg salah.

    ReplyDelete
  10. Salam Saudara Fakharuddin,

    Bila bertindak mengikut hati.
    Akal ada, fikiran mati.
    Kura kura disuruhnya meniti
    Hatinya ada perasaan mati.

    Ni serupa hati samivellu
    Mulut kata 'tak' hati kata 'nak'

    Salam takzim

    ReplyDelete
  11. salam abg mount..
    cerita ni ingatkan aku pesan arwah mak aku.dia kata kalau nak rebus kerang,jgn letak kerang dlm air biasa atas dapur.biar air mendidih dulu,pastu baru masukkan kerang.tak sempat dia pikir nak lari,dah mati.tak la seksa sangat.hehehe

    ReplyDelete
  12. salam Tuan Gunung:

    Aku pernah cerita orang Siam makan kekurani, kalau kat kedah depa panggil 'Siam Perut Hijau' pantang jumpa benda bergerak, habis depa sapu..... Wallahualam

    ReplyDelete
  13. Salam...
    Cerita ni sama cam cerita zaman nabi mussa... Bila musa kata jangan tangkap ikan pd hari jumaat maka kaumnya pasang pukat petang khamis dan angkat pagi sabtu...hahahaaa

    Bila nafsu sudah menguasai akal manusia jadi `terlebih` bijak

    ReplyDelete
  14. salah sendiri, salahkan org lain.. Wallahualam

    ReplyDelete
  15. Salam buat semua,

    Apkah ini "Cara menghalalkan tujuan?" atau "Tujuan menghalalkan cara?"

    qaseh,

    Memang itulah manusia, tidak kira siapa pun dia, selagi ada nafsu. Apa cara sekali pun akan diikhtiarkan demi memenuhi tuntutan nafsunya.

    hanis,

    vegetarian adalah golongan sami Hindu.

    Puan melayuangkat,

    Memang golongan Siam kat sini makan apa saja. Kura-kura, labi-labi, biawak sehinggalah kumbang.

    Saya ada juga dulu bela kura-kura di dalam kolam mini kat luar rumah, sedar-sedar habis semuanya dicuri budak-budak nakal!

    Yang puan bela sempat pula beranak pinak.. ada ong tu!

    erisya,

    Itulah perangai makhluk yang bernama manusia. Bijak menggunakan akal untuk apa saja tujuan. Tuhan sekali pun samggup ditipunya!

    Cik sakura,

    Hah... itulah manusia, walau pun dia itu Sami!

    ano,

    Samalah juga dengan disuruh sikudung memakai cincin. Kalau kau tidak mampu cincin tu aku ambil balik.

    sdr. kulup,

    Kan lebih kurang, sebahyang lima waktu,tidak pernah tetapi sembahyang raya tidak boleh miss!

    ronasina,

    Fahaman orang baru, babi haram tapi sup adalah kuah! kan kelakar tu.

    aku oku,

    Hah... yang ni lagi advance!

    suara,

    Itulah, yang mana satu yang sesuai dengan ungkapan di atas?

    Sdr. Mohd. Sofi,

    Auta dan sama membelitnya dengan ular. Ni lagi berat, tipu Tuhan!

    aku,

    Kononnya bertimbang rasalah tu, nak bunuh tak boleh. Biar dia cari mati sendiri.

    mohmmad azli,

    Asyik yang menyelerakan!. Bagi dia oranglah tu.

    sdr. kulat lapok,

    Kat sini pun sama. Yang terbang tak boleh makan hanya kapal terbang, yang dalam air hanya boat, yang di darat hanya kepala tangga!

    sdr. mose,

    Terlalu bijak sehinggakan Tuhan pun dia tipu!

    ReplyDelete
  16. Lin,

    Bukan salah sendiri, tapi kena tipu. Kura-kura kena tipu sebab dia tidak berakal. Tapi si sami ni tipu Tuhan sebab lebih akal!

    ReplyDelete
  17. Salam Pakcik Din :
    Sepatut org yg martabat agamanya tinggi tk kira agama apapun,seharusnya dia memahami niat terhadap apa saja tindakannya itu.Apabila dia berniat sebegitu maka perbuatannya juga sebegitu walaupun caranya nmpk lembut & tersembunyi demi menutup kesalahannya

    ReplyDelete
  18. sdr. uxop,

    Tidak semuanya yang tahu agama itu punya pertimbangan. Contohnya ada paderi yang merogol dan membunuh. Ada juga orang melayu yang berstatus alim pun berzina dan menipu. Duit simpanan zakat pun kena kebas.

    Maknanya selagi manusia bernama manusia, selagi itulah akan dikuasai nafsu. Maknusia yang selamat hanyalah manusia yang boleh dan berjaya menguasai nafsu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa