Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 10, 2009

Rukun Iman

Sekadar memperingatkan diri dan teman-teman. Rukun Iman adalah perkara asas kepada agama selain dari Syahadah dan Rukun Islam, kadang-kadang kita terlupa. Oleh kerana terlupalah maka tindak tanduk dan tutur kata kita tersasar.

Dalam pada kita bertelingkah disebabkan aliran politik, saya suka mengingatkan diri tentang 6 rukun di bawah. Tanyalah diri apakah sebenarnya kita sebenar-benarnya berIMAN?

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman:-

1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada nabi dan Rasul Allah
3. Percaya kepada malaikat
4. Percaya kepada kitab
5. Percaya kepada hari akhirat
6. Percaya kepada qada dan qadar


Kita nilai diri kita berasaskan soalan di bawah. Tambahan dari Pak Karamu dialu-alukan.

1. Adakah kita patuhkan perintahnya?
2. Adakah kita ikut anjurannya?
3. Adakah kita yakin yang malaikat sentiasa mengawasi kita?
4. Adakah kita benar-benar ikut perintah Allah sebagaimana firmannya?
5. Dengan apa yang kita perlakukan di dunia ini, kita benar-benar yakin pada hari akhirat dan adanya pembalasan?
6. Adakah kita benar-benar yakin dan berserah kepada qada dan qadar Allah?

Di bawah ini saya pastekan ulasan dari Pak Karamu. Terima kasih Pak kerana sudi berkungsi.

Salam kunjung mountdweller dan kepada semua,

Persoalan ini berat pada orang yang tiada berilmu dan beramal, kerana syarat iman itu bukan setakat percaya sahaja akan tetapi wajib di amalkan iman tersebut, (ya ayyuhal lazina amanu wa 'amilus solihat) jika setakat percaya tanpa di amalkan maka dengan sendirinya rosak iman dan tiada makna apa-apa atau terjatuh kita pada munafik yang jelas

Di dalam negara kita Malaysia ini kita tidak dapat nak laksanakan hukum Tuhan, sebab tiada peruntukan undang-undang bagi kita berbuat demikian, walaupun di katakan negara islam, sebagai contoh saya apabila membaca khutbah maka saya akan kata " Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan supaya kembali kepada kitab Allah dan sunah Rasullullah saw " namun bolehkah kita kembali kepada kitab dan sunah Rasullullah tersebut ? Jawabnya tentu tidak boleh

Firman Tuhan "Wa anih kum bima anzalallah (hendaklah kamu berhukum dengan hukum Tuhan ) semua ini tidak dapat di lakukan sebab tiada peruntukkan, so macam mana ? Saya rasa yang dapat kita lakukan ialah dengan yakin pada rukun yang 5 dan ke enam sahaja, namun ianya tetap juga berkait, aduh ! sakitnya !

Namun cubalah tekankan keimanan tersebut dengan muhasabah diri supaya kita dapat bersama-sama dengan mereka yang bercita-cita nak menegakkan islam, hanya dengan itu saja yang saya nampak, sekurang-kurangnya kita dapat berkecuali dari mereka yang tidak mahu beriman (illa man jihadun fi sabilillah) kecuali kepada mereka yang berjihad kepada jalan Allah, ertinya mahu berjuang kepada jalan Allah

Jangan pilih jalan yang sebagaimana Tuhan katakan "Faman sya a fal yuk min, waman sya a fal yakfur (jika mahu beriman berimanlah kamu jika mahu jadi kafir maka kafirlah kamu ) ni 'a 'u zubillahi min zalik !

15 comments:

  1. Assalamualaikum Saudara,

    Terima Kasih atas ingatan ini. Ya, amat baik buat saya Mahasabah diri sendiri.

    Apa yang saya belajar Iman datang dari Amalan2 kita yang berterusan. Walau tidak banyak tapi istiqamah saban hari.

    Dan kalau nak berAmal pula mesti ada Ilmu. Ilmu yang betul kita belajar dari Guru Agama yang benar Ajarannya berpegang pada Al Quran dan Sunnah.

    (Silap guru takut ajaran sesat pulak - maklumlah sekarang ini macam macam)

    Mengikut Ustaz saya lagi, hati kita kena digilap tiap hari. Penuhkan dengan zikir. Mengigati Allah tiap saat. Membaca Al Quran atau apa sahaja yang boleh merapatkan kita denganNYA.

    Berkawan dengan orang yang BerIman. Ini pun penting juga.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  2. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Betul puan. Basahi bibir dengan zikir, denyutkanlah hati/jnatung dengan Sir.

    Banyak guru antara guru, guru yang mursyid payah bertemu.

    Semoga puan diberkati.

    ReplyDelete
  3. salam uncle..
    apa kabar uncle malam ni. rasa tak terkomen bila melihatkan fenomena yg terjadi sekarang ni. pelbagai perasaan bergolak dalam diri sebenarnya bila melihat melayu semakin hilang norma2 dan adab kemelayuan. seolah2 kita amat mudah diperkotak katikkan oleh bangsa lain.

    sesekali muhasabah diri sebegini...terasa insaf..walau setinggi mana kita terbang..kepada Dia juga kita kembali..

    ReplyDelete
  4. Salam kunjung mountdweller dan kepada semua,

    Persoalan ini berat pada orang yang tiada berilmu dan beramal, kerana syarat iman itu bukan setakat percaya sahaja akan tetapi wajib di amalkan iman tersebut, (ya ayyuhal lazina amanu wa 'amilus solihat) jika setakat percaya tanpa di amalkan maka dengan sendirinya rosak iman dan tiada makna apa-apa atau terjatuh kita pada munafik yang jelas

    Di dalam negara kita Malaysia ini kita tidak dapat nak laksanakan hukum Tuhan, sebab tiada peruntukan undang-undang bagi kita berbuat demikian, walaupun di katakan negara islam, sebagai contoh saya apabila membaca khutbah maka saya akan kata " Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan supaya kembali kepada kitab Allah dan sunah Rasullullah saw " namun bolehkah kita kembali kepada kitab dan sunah Rasullullah tersebut ? Jawabnya tentu tidak boleh

    Firman Tuhan "Wa anih kum bima anzalallah (hendaklah kamu berhukum dengan hukum Tuhan ) semua ini tidak dapat di lakukan sebab tiada peruntukkan, so macam mana ? Saya rasa yang dapat kita lakukan ialah dengan yakin pada rukun yang 5 dan ke enam sahaja, namun ianya tetap juga berkait, aduh ! sakitnya !

    Namun cubalah tekankan keimanan tersebut dengan muhasabah diri supaya kita dapat bersama-sama dengan mereka yang bercita-cita nak menegakkan islam, hanya dengan itu saja yang saya nampak, sekurang-kurangnya kita dapat berkecuali dari mereka yang tidak mahu beriman (illa man jihadun fi sabilillah) kecuali kepada mereka yang berjihad kepada jalan Allah, ertinya mahu berjuang kepada jalan Allah

    Jangan pilih jalan yang sebagaimana Tuhan katakan "Faman sya a fal yuk min, waman sya a fal yakfur (jika mahu beriman berimanlah kamu jika mahu jadi kafir maka kafirlah kamu ) ni 'a 'u zubillahi min zalik !

    ReplyDelete
  5. Salam Abe Din,

    Selain dari negeri Sabah..Kelantan Negeri Tanah Rendah Sekebun Bunga ini adalah dua negeri yang saya belum jejak lagi...hehehe..belum ada rezeki nampaknya..
    -Berbalik soalan Abe Din tadi yang ada 6 itu... ramai diantara kita nie sedar dan tahu..malah ada yang ariff berkenaan hal itu,tetapi sudah resmi manusia itu pasti alpa...seperti saya inilah.
    -Malaikat tak pernah culas untuk mencatitkan amalan kita...kita tahu itu,tapi kita tak pernah nampak malaikat..tapi kita tahu malaikat ini ada..mungkin itu yang membuatkan kita alpa atas apa yang kita kerjakan..
    -Kita nie tak sabar dalam menerima ujian Allah...tak percaya QadarNya..tetapi kita berkehendakkan keputusan yang baik baik atas amalan,ibadat dan tugas kita didunia...kita pasti ker akan dibalas dengan syurga atas amal ibadat kita itu..
    -Disinilah peranan doa..kita mintak pada yang esa supaya mengurniakan kejayaan didunia dan akhirat...walhal kita nie "hamba"..taraf hamba nie mana boleh mintak dengan "Tuan"..tetapi dengan ketinggian sifat dan zatNya, Allah suruh kita mintak...sesuailah dengan makna Basmalah..Allah Yang Lebih Mengetahuinya..

    ReplyDelete
  6. Salam Ayahanda,

    Pak Karamu dah ulas panjang lebar, dan sebagai insan yang kerdil dan jahil, akan saya ambil sebagai iktibar dan pengajaran diri.

    Walaupun belajar dan tahu, kadang2teralpa juga adanya, bagus juga ada dikalangan kita yang ingat mengingati sesama muslim.

    Wassalam...

    ReplyDelete
  7. satu post yang mengembalikan ingatan kita sejauh manakah kita faham dan memahami agama Islam.

    ReplyDelete
  8. salam ayahanda.. rasanya jika semua kita tetap berpegang pada kitab Allah dan sunnah rasul pasti hidup kita aman damai.. pasti tiada anak2 muda yang jadi mat rempit dan terlibat dalam aktiviti2 sosial.. bila agaknya ni semua akan jadi kenyataan 'ek??

    ReplyDelete
  9. W'salam Pak Karamu.

    Terima kasih banyak kerana kunjungan dan sudi pula berkungsi ilmu.

    Itulah yang malangnya kita sebagai manusia yang alpa. Islam, Kufur. Kufur, Islam bergilir silih berganti antara pagi dan petang.

    Berkenaan berhukum dengan hukum Allah, kita sebagai rakyat marhaen tidak boleh buat apa-apa selagi Pemerintah yang berkuasa yang juga bersyahadah dan percaya kepada rukun Islam tetapi hatinya tidak terbuka untuk berhukum dengan hukum Allah.

    Apa yang kita boleh lakukan hanyalah berdoa dan berharap serta beristiqamah dengan perjuangan.

    ReplyDelete
  10. W'salam azza.

    Alhamdulah uncle baik dan begitu jugalah azza pun hendaknya.

    Sebenarnya kita yang silap. Terlalu memberi muka kepada mereka dan ditambah lagi dengan keparahan perpecahan di kalangan. Sebab itulah mereka berani.

    Pemimpin yang ada juga tidak tegas seperti mana Tun Mahathir dulu. Pada masa itu tiada siapa yang berani buat hal.

    ReplyDelete
  11. W'salam IndukYati.

    Abe Din timbulkan persoalan ini semata-mata untuk peringatan bersama. Abe Din kadang-kadang tu terlupa. Kadang-kadang tu semuanya adalah kita dan lupa untuk bersandarkan kuasa Allah.

    Dan sekarang pula orang Islam/Melayu bergaduh tentang politik. Janganlah berpolitik sehingga merusakan Iman kita, merusakkan Syahadah kita. Biarlah perpada-pada kata orang tua. Sepatutnya kita berpalinglah kepada Allah sebelum melakukan sesuatu.

    ReplyDelete
  12. IndukYati, kalau berhajat ke Kelantan, jangan lupa maklumkan saya.

    ReplyDelete
  13. W'salam anakanda Isa.

    Bukankah ingat dan mengingati antara muslim adalah tugas kita bersama. Jadi sama-samalah kita melakukan apa yang patut.

    ReplyDelete
  14. Salam Muhammad Azli Shukri.

    Sekadar untuk mengembalikan ingatan saya sendiri dan saudara saudari sesama Islam. Kekadang kita terlalu jauh lekanya.

    ReplyDelete
  15. W'salam anakanda nurdaniella.

    Dalam hal gejala sosial ni, ayahanda yang sudah tua ni pun memang sakit jiwa dibuatnya.

    Walau apa pun di dalam perkara ini, yang pertama bersalah ialah Ibu Bapa yang mempunyai anak dengan ajaran yang tidak cukup. Mungkin masa yang membatasi atau sememangnya alpa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa