Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 10, 2009

Buta Kerana Salah Orang lain

Inilah akibatnya bila masih ada lagi Kumpulan/gerombolan Barbarian di zaman langit terbuka dan bertamaddun ini. Menyusah dan mengakibatkan orang lain menderita. Article ini saya petik dari malaysiakini.com.


Cuba bayangkan masa depan pelajar ini. Kejadian ini berlaku adalah kerana perbuatan barbarian dengan tindak balas juga dengan cara barbarian yang tidak memikirkan akibat yang akan di terima oleh orang-orang tidak terlibat di sekitar tempat kejadian. Pelajar ini hanya mencari rezeki membantu saudaranya berniaga.


Pelajar buta terkena serpihan gas pemedih mata

Apr 10, 09 9:44am


Seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar stadium malam Selasa lepas.

Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing di Kota Bharu sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, lapor Bernama.

Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di hospital sejurus selepas kejadian.

Menceritakan detik kejadian, Muhammad Huzaifah berkata kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya Abdul Rahman Hussein di gerai yang terletak 100 meter dariStadium Sultan Muhammed IV, dan bersiap untuk pulang.

"Tiba-tiba saya tengok keadaan jadi kecoh dan orang ramai berlari sambil terdengar polis memberi arahan supaya bersurai.

"Saya berpaling ke arah anggota polis berkenaan yang kebetulan melepaskan gas pemedih mata ke arah saya, tanpa sempat saya mengelak, objek itu terkena mata kanan saya," mangsa dipetik berkata di Hospital Raja Perempuan Zainab II semalam.

Abdul Rahman pula berkata beliau sempat tunduk apabila gas pemedih mata itu dilepaskan yang terkena Muhammad Huzaifah dan beliau melihat darah keluar dari mata kanan mangsa sambil menjerit kesakitan.

"Saya dan beberapa orang lagi terpaksa memapah beliau ke hospital yang letaknya tidak jauh dari tempat berkenaan," katanya.

Ibu mangsa Kamariah Hussein, 60, berkata apa yang berlaku sangat menyedihkan beliau sekeluarga tambahan pula suaminya Mohd Noor Abdul Rahman, 72, baru tiga hari dibenarkan keluar dari hospital kerana sakit jantung.

Menurut Kamariah, lapor agensi berita itu lagi, aduan polis telah dibuat pada malam kejadian dan keluarganya turut menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi kelmarin mengesahkan seorang remaja berusia 18 tahun cedera selepas terkena gas pemedih mata.

4 comments:

  1. kalau saya bapa peljar berkenaa saya akan ambil tindakan undang2 tuntut ganti rugi dan kecederaan

    ReplyDelete
  2. Sdr. Fital.

    Dengar khabarnya memang mereka akan ambil tindakan undang-undang. Samalah kita saksikan nanti.

    ReplyDelete
  3. uncle,

    semborono nampak nyer mereka jalan kan tugas.. yang tidak berdosa menjadi mangsa.. cuba lah bayangkan kalo yg kena itu anak nya sendiri!!

    ReplyDelete
  4. kakyong.

    Sebenarnya mereka tidak berfikir. Apa yang mereka rasa adalah mereka ada kuasa. Bertindak dengan melulu dengan kuasa yang diamanahkan. Dosa pahala, belakang kira.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa