Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 6, 2009

Along Baru Antar

Along Hanging
(Rescue kapal ke kapal
)


Bersama Pegawai HMS Ocean


Di IMDEX Singapore


Snorkeling di Tioman



16 comments:

  1. Wah, along anak Pakdin dah macam PASKAL pulak dah...Asal tak hilang feminisme sudahlah.

    Pakdin, tak g makan kenduri? Cuti-cuti ni banyak sangat orang berkenduri. Ada yang terpaksa saya 'tolak', tak mampu nak pergi semua..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Saudara,

    Am Happy for Along. As a mother myself, there is nothing a mum/dad would wish but to see the advancement in the career of our daughter/s n in all aspects of her live/lives.

    Syukur Alhamdulillah. Tumpang gembira dan bangga dengan Along dan seluruh TLDM. Wish Along all the BEST!!

    (Cuak tengok gambar Along turun dari Heli itu)

    ReplyDelete
  3. Salam Pakdin.
    HMS Ocean saya tak pernah naik.
    Tapi KD Inderasakti,kerap juga saya naik :)

    ReplyDelete
  4. wow! bestnyer bergayut...auuuwww, gayatlah i

    ReplyDelete
  5. Sdr. Brahim.

    Itu pilihan along. Saya tidak halang asalkan jangan lupa Tuhan.

    Tang kenduri ni mana-mana pun sama agaknya. Tak terlarat perut nak tampung. Ni jam 3 nanti nak ke Pasir Puteh dan Kubang Kerian hadir kenduri. Esok ada empat lagi, tapi terpaksa pegi juga sebab agak rapat.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikumussalam Puan.

    Terima kasih Puan. Memang kita sebagai Ibu/bapa mengharapkan mereka berjaya. Dan ke arah itu adalah pilihannya, saya memberikatan semangat dan dorongan. Pada mulanya mamanya agak kurang senang tapi sekarang dah ok. Bagi saya Along jangan lupakan Allah dan suruhannya sudah memadai.

    ReplyDelete
  7. W'salam PG.

    Pakdin sendiri pun tidak pernah lagi naik mana-mana Kapal Perang. Tengok dari jauh adalah.

    Satu hari nak juga tengok keadaan di atasnya.

    ReplyDelete
  8. Mak Su.

    Along memangnya sukakan cabaran sejak dari kecil.

    ReplyDelete
  9. A'kum dan salam persahabatan.. tahniah krn berjaya mendidik anak2 mencapai kejayaan. semoga keberkatan didikan ibu bapa mengiringi kejayaan anak2 kita semua..

    ReplyDelete
  10. W'salam Sdr. Kelebar Malam.

    Terima kasih kerana sudi bertandang dan menghulurkan tangan persahabatan.

    Sememang semua kita berdoakan dan berhasrat untuk mendidik anak sebaik mungkin. Selepas itu kejayaan mereka pula yang membuatkan kita bersyukur tetapi sesudah mereka berjaya tidak ada ertinya sekiranya mereka lalai dengan tanggung jawab kepada Allah.

    Perkara inilah juga kadang kala membuatkan kita rimas.

    ReplyDelete
  11. Salam Pakcik..
    Along ni kira tahan lasak juga ye..
    kalu saya dh pening2 dh sbb gayut smbil hoyng-hayang kt heli tu..

    ReplyDelete
  12. W'salam UXOP.

    Entahlah, Along ni memang suka sangat dengan cabaran. dari kecil dia selalu ikut Pakcik buat apa saja.

    ReplyDelete
  13. Hanis,

    Mengikut katanya memenag seronok. Mungkin itu kehendaknya.

    ReplyDelete
  14. Salam MountDweller,
    Huh, tak nampak tepian atau daratan. Kalau jiwa penakut, memang tak jadi TLDM.

    ReplyDelete
  15. W'salam Dr.

    Bagi mereka mungkin tidak apa yag nak ditakutkan kot, sebab mereka dah biasa dengan keadaan begitu.

    Saya memang jenis mabuk laut. Kalau pergi memancing di laut, muntah macam keluar segala urat perut.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa